Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

FORUM : KEMALANGAN JALAN RAYA

Pengerusi :

Salam sejahtera , Salam 1 Malaysia , Salam 1 Ummah . Bersua kita lagi dalam arena Forum
Remaja Sekolah 2017. Bersama saya WM Syiehab bin WM Faiz , moderator anda pada hari ini.
Pada tahun ini, kami akan menfokuskan permasalahan di kalangan rakyat Malaysia iaitu
Kemalangan Jalan Raya.. Sebagai pembuka bicara, izinkan saya menyampaikan serangkap
pantun sebagai pemanis kata

Negeri Kelantan Aman Sentosa,


Membangun Bersama Islam Visi Utama,
Dengan tiada melengahkan masa,
Lafaz Bismillah mulanya kata.

Tanpa melengahkan masa lagi, saya memperkenalkan tiga orang ahli panel yang tidak asing lagi.
Baiklah di sebelah kanan saya, ahli panel yang pertama, saudara Izzuhan Izani dari Kelab
Mencegah Kemalangan Jalan Raya Negeri Kelantan. Seterusnya, ahli panel yang kedua, Syahmi
Yamin segak berbaju ungu dari Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Kelantan. Dan di hujung
sana, nampak pemalu tapi bijak berkata-kata, saudara Nik Asyar yang merupakan lepasan
universiti luar negara dengan kelulusan Undang-undang. Selamat datang buat ahli panel dan
hadirin sekalian.

Baiklah, sebelum saya menyimpang lebih jauh, izinkan saya menerangkan apa itu Kemalangan
Jalan Raya. Kemalangan jalan raya ialah peristiwa ngeri yang biasanya melibatkan perlanggaran
dua kenderaan atau lebih di jalan raya ataupun lebuh raya. Kemalangan sebegini biasanya
boleh membawa kecederaan dan juga kematian. Kemalangan jalan raya bukanlah satu perkara
baru di negara kita malahan sejak sekian lama. Negara kita merupakan antara negara yang
mempunyai angka kematian kemalangan yang tinggi. Oleh itu, pastinya kemalangan jalan raya
ini mempunyai sebab atau faktor kejadian itu berlaku. Boleh saudara Izzuhan terangkan
faktor-faktor berlakunya kemalangan jalan raya?

Panel 1 :

Terima kasih kepada saudara pengerusi. Sebenarnya, berlakunya kemalangan jalan raya ialah
sikap pengguna jalan raya itu sendiri. Kebanyakan pengguna jalan raya tidak mematuhi arahan
keselamatan jalan raya seperti tidak mematuhi papan tanda - papan tanda jalan raya ,
memandu dengan laju dan melebihi had laju kebangsaan serta tidak mematuhi lampu isyarat.
Seterusnya mereka juga memandu dalam keadaan dipengaruhi alkohol dan memandu walaupun
mengantuk. Dalam hal ini, tabiat pemandu ini yang mementingkan diri sendiri menjadi
penyumbang besar kepada kes kemalangan jalan raya.
Kemalangan jalan raya juga berpunca daripada keadaan jalan raya itu sendiri. Faktor jalan raya
yang berlubanag , tiada bahu jalan , jalan berbengkang-bengkok dan jalan raya yang tidak
mempunyai papan tanda juga menjadi punca kepada kemalangan jalan raya.

Pengerusi :

Terima kasih kepada saudara Izzuhan . Sebentar tadi saudara menyatakan bahawa kemalangan
jalan raya dikaitkan dengan pengguna jalan raya dan keadaan jalan raya itu sendiri. Bolehkah
saudara Syahmi Yamin nyatakan faktor kemalangan jalan raya yang disebabkan oleh keadaan
kenderaan yang juga menjadi salah satu punca dalam hal ini.

Panel 2 :

Baiklah , keadaan kenderaan yang tidak diselenggara dengan baik turut menjadi
penyebab. Kebanyakan kos kemalangan berlaku disebabkan sistem brek yang gagal
berfungsi dengan baik. Terdapat juga kemalangan berlaku disebabkan tayar kenderaan
meletup akibat tayar tersebut rosak atau anginnya berlebihan. Oleh itu, pengguna jalan raya
perlu memperuntukkan sejumlah wang untuk menyelenggara kenderaan mereka

Panel 1 :

Dalam hal ini juga kurangnya pemantauan daripada pihak berkuasa juga boleh
menyebabkan kemalangan jalan raya berlaku. Pihak berkuasa seperti pihak polis hendaklah
membuat pemantauan di tempat-tempat yang dikenal pasti sering berlaku kemalangan.
Pihak berkuasa mestilah mengambil tindakan undang-undang terhadap pesalah jalan raya.
Pemantauan yang dijalankan secara berterusan akan menjadikan pengguna jalan raya lebih
berhemah ketika di jalan raya sekali gus boleh mengelakkan kemalangan.

Panel 3 :

Di sini saya boleh menambah sedikit penyebab kemalangan jalan raya. Selain daripada itu
keadaan cuaca juga menjadi penyumbang kes kemalangan jalan raya. Hujan yang turun
menyebabkan jalan menjadi licin dan berbahaya sekiranya kenderaan melaluinya dengan
kelajuan yang tinggi. Selain itu jerebu juga menyebabkan had penglihatan menjadi kabur dan
sukar menganggar jarak kenderaan di hadapan.

Pengerusi :

Terima kasih kepada saudara Syahmi dan saudara Nik Asyar atas ulasan-ulasan itu tadi. Tanya
sama pokok, Apa sebab goyang , Jawabnya angin yang goncang , kesannya pasti luruhnya
dedaun ke atas tanah. Begitulah juga dengan kemalangan jalan raya , pastinya meninggalkan
kesan-kesan negatif. Justeru itu , apa pula kesan-kesan daripada kemalangan jalan raya? Apa
pandangan panel-panel kita ?
Panel 2 :

Soalan yang ditunggu-tunggu oleh saya. Baiklah, lazimnya berbagai-bagai kerosakan akan
berlaku ekoran daripada kemalangan jalan raya. Kerajaan dan pihak-pihak yang terlibat dalam
kemalangan jalan raya seperti syarikat insurans terpaksa mengeluarkan sejumlah wang yang
banyak untuk memenuhi tujuan membaik pulih dan membayar pampasan. Kerajaan juga
terpaksa membaiki kerosakan jalan raya dan kemudahan asas yang berpunca daripada
kemalangan jalan raya. Tambahan pula, syarikat insurans perlu membayar tuntutan insurans
dan bil perubatan yang tertunggak akibat kemalangan jalan raya tidak kira mangsa kemalangan
jalan raya itu cedera atau maut. Setiap tahun, jutaan ringgit telah dibelanjakan oleh kerajaan
dan syarikat insurans kerana kadar kemalangan jalan raya yang amat tinggi di Malaysia.
Alangkah baiknya wang sejumlah itu disalurkan untuk tujuan pembangunan prasarana seperti
projek pembangunan negara. Jelaslah kemalangan jalan raya akan mendatangkan kerugian
kepada ekonomi Negara.

Panel 3 :

Tepat sekali pendapat saudari. Tambahan pula, kemalangan jalan raya akan menyebabkan
kematian dan kemungkinan besar mengalami kecacatan. Kebanyakan mangsa yang terlibat
dalam kemalangan jalan raya majoritinya akan merempuh ke alammaut kerana kecederaan
yang parah terutamanya bahagian kepala.Ini kerana,sekiranya berlakuhentakan yang kuat pada
bahagian kepala boleh menyebabkan pendarahan pada bahagian otakmanusia.Sebab itulah
peluang untuk manusia hidup amat tipis.Terdapat sebahagian yang mengalamikemalangan juga
masih selamat tetapi mengalami kecacatan seperti tangan kudung,kaki dipotong ataubuta dan
juga hilang ingatan.Sebab itulah,keselamatan amat penting dan perlu diingat setiap masa.
Di samping itu, kemalangan jalan raya juga dapat memberi kesedaran dalam diri pengguna agar
lebih berwaspada semasa memandu dan mengamalkan sikap berhati-hati.Terutamanya semasa
melalui jalan yang mempunyai selekoh tajam atau jalan yang berbukit-bukit. Keadaan
kemalangan yang mengerikan akan dapat melahirkan rasa gerun dalam diri manusia dan
melahirkan rasa insaf dan takut jika mengalami perkara yang sama sekiranya mereka tidak
berhati-hati di jalan raya.

Pengurusi :

Begitu padat sekali isi yang diberikan oleh kedua-dua panel kita pada hari ini. Kita berbalik
kepada soalan saya yang terakhir. Sebagai langkah untuk menghindari nyawa pengguna jalan
raya daripada terus melayang, langkah penjagaan keselamatan mereka perlu disegerakan.
Pihak berkuasa juga mesti memandang berat terhadap sebarang usaha untuk mengurangkan
kadar kemalangan jalan raya. Apakah langkah-langkah yang dilakukan oleh pihak berkuasa
untuk membendung masalah ini daripada terus meningkat?
Panel 1 :

Masyarakat iaitu kita semua amat berperanan dalam membendung masalah kemalangan jalan
raya ini memandangkan kitalah pengguna jalan raya. Justeru, kita perlu memastikan keadaan
kenderaan berada dalam keadaan terbaik sebelum memulakan perjalanan. Sebelum
memulakan perjalanan yang jauh, kita perlu mendapat rehat secukup-cukupnya. Kita perlu tidur
dahulu ataupun berehat di hentian-hentian rehat dan rawat sekiranya berasa letih atau
mengantuk kerana ‘ terlelap sesaat membawa maut’. Selain itu, pemandu juga perlu mematuhi
arahan had laju dan sentiasa siaga atau siap sedia dengan papan-papan tanda di jalan raya.
Pemandu juga mestilah tidak menggunakan telefon bimbit semasa memandu dan tidak
ber’sms’ ketika memandu. Pemandu perlulah memakai tali pinggang keledar sebagai langkah
keselamatan.

Panel 2 :

Dalam pada itu, keadaan jalan raya di Malaysia terutamanya di pedalaman hendaklah
dinaiktaraf bagi mengelakkan daripada berlakunya kemalangan yang dapat meragut nyawa.
Belakangan ini, pihak berkuasa telah menerima banyak rungutan dan aduan daripada mereka
yang sering ulang-alik dari tempat kerja tidak kira siang atau malam yang perlu melalui jalan itu.
Lebih parah lagi, ada bahagian jalan yang sudah berlopak dan sering dipenuhi dengan lumpur.

Pengerusi :

Mungkin panel kita yang ketiga boleh menambah sedikit pendapat panel kita yang lain.

Panel 3 :

Secara intihanya dapat disimpulkan bahawa semua pihak memainkan peranan dalam mengatasi
masalah kemalangan jalan raya ini. Kita hendaklah bersatu padu. Hal ini kerana muafakat
membawa berkat. Sebelum ‘kudis menjadi pekung’ biarlah masalah ini beransur-ansur pulih
dengan kerjasama kita semua kerana ‘mencegah lebih baik daripada merawat’. Justeru
itu,kesedaran dan sikap prihatin dalam diri setiap masyarakat haruslah diwujudkan agar
kemalangan jalan raya dapat dikurangkan.Kita hendaklah menjadikannya sebagai pengajaran
pada masaakan datang.Janganlah sehingga orang yang kesayangan kita terlibat barulah kita
bertindak .

Pengerusi :

Pandangan dan kata-kata yang sangat berharga oleh panel kita pada hari ini. Ucapan ribuan
terima kasih kepada ahli-ahli panel kita kerana sudi meluangkan masa untuk menghadiri dan
berkongsikan pendapat masing-masing. Semoga apa yang kita dapat pada hari ini bukan
sekadar ‘masuk telinga kanan, keluar telinga kiri’. Nampaknya, masa amat mencemburui kita.
Kesimpulannya,keselamatan jalan raya adalah tanggungjawab bersama.. Jika tidak, kemalangan
jalan raya akan menjadi batu penghalang kepada kemajuan negara. Kehilangan sumber
manusia yang merupakan nadi penggerak pembangunan Negara, perbelanjaan membayar kerja
memabik pulih dan pampasan insuran serta tercemarnya imej negara akan membawa padah
kepada ekonomi. Oleh itu, kita perlulah berganding bahu untuk memastikan masalah ini tidak
semakin berleluasa. Usah menepuk dada menanya selera, tetapi tepuklah dahi, bukalah minda
dan fikir-fikirkanlah. Sebelum kami mengundurkan diri, terimalah serangkap pantun nan indah
daripada saya.

Tuailah padi antara masak,


Esok janagn layu-layuan,
Intailah kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

Salam hormat. Ceria-ceria selalu.

Sekian,Terima Kasih

You might also like