Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Teks Ucapan Pengetua

Sempena Perasmian Minggu PSS,


Minggu Bahasa dan Kem Membaca 1 Malaysia.

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wrt wbr,


Selamat sejahtera, salam satu Malaysia.

Yang Berusaha,
PN SITI Hajar bt bakar, timbalan pen. Kanan petang,

Guru-guru, murid-murid serta hadirin hadirat yang dikasihi sekalian.

Pertamanya marilah kita bersyukur ke hadrat Ilahi, kerana dengan


limpah dan kurnia-Nya dapat kita berkumpul di sini pada hari ini dalam
keadaan yang aman, damai dan ceria.

Seterusnya saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada guru-


guru dan murid-murid yang terlibat dalam menjayakan majlis kita pada
pagi ini.

Pada pagi ini kita akan melancarkan 3 dalam 1 iaitu Minggu Pusat
Sumber , Minggu Bahasa dan Kem Membaca 1 Malaysia. Di samping
dapat menjimatkan masa, ketiga-tiga program ini mempunyai matlamat
akhir yang sama iaitu untuk melahirkan murid yang rajin membaca,
mencintai bahasa Melayu, iaitu bahasa kebangsaan Malaysia dan
melahirkan insan yang berkemahiran, berdikari dan yakin pada diri
sendiri. Justeru, saya menyeru guru-guru dan murid-murid berlumba-
lumba melibatkan diri secara langsung dengan program yang telah
dirancang.

Sesungguhnya, Peribahasa Melayu ada menyebut Bahasa Jiwa Bangsa


dan Membaca Jambatan Ilmu

Guru-guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian,


Peribahasa Arab ada mengatakan
‘Qiraati Miftahul Ilmi’ yang bermaksud ‘membaca kunci ilmu’.

Kem Membaca 1 Malaysia merupakan salah satu aktiviti utama


Kementerian Pendidikan Malaysia yang diuruskan oleh Bahagian
Teknologi Pendidikan (BTP)

Program ini bertujuan membina tabiat suka membaca dalam kalangan


murid sekolah dan pemangkin kepada proses pembelajaran sepanjang
hayat.

Tema pada tahun ini ialah Pembacaan Berkualiti Menjana Minda.


Program ini akan berlangsung selama 4 hari, iaitu dari 3 April hingga 6
April 2018. Program ini dilancarkan serentak di seluruh negara.

Warga SMK Seri Keramat yang dikasihi sekalian,

Sifat suka membaca ialah satu amalan mulia dan seharusnya dijadikan
budaya seumur hidup. Membaca adalah langkah untuk menimba ilmu,
memperkaya maklumat, ilmu pengetahuan dan kebolehan dalam
pelbagai bidang. Dalam erti kata yang lain, melalui membaca kita boleh
mendidik diri sendiri dalam pelbagai aspek ilmu pengetahuan dan
maklumat, membolehkan kita mempertingkat taraf hidup, mampu
berdaya saing dan bergerak maju dalam dunia kini yang semakin
mencabar dan berteknologi tinggi. Rakyat yang suka membaca
merupakan aset kerajaan yang tidak tehingga nilainya kerana kehidupan
hari esok banyak bergantung kepada apa yang kita pelajari pada hari ini.

Guru-guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian,

Untuk pengetahuan semua, Program ini akan melibatkan hampir semua


panitia dan beberapa aktiviti dan pertandingan akan dijalankan dalam
memeriahkan program ini lagi. Antara aktiviti yang menarik ialah
pertandingan membaca berita dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,
dan Bahasa Arab, pengunjung bertuah, dan lain-lain. Harapan saya
agar semua guru dan murid-murid akan mengambil bahagian dalam
aktiviti yang dipertandingkan kerana hadiah yang menarik dan sijil akan
diberikan kepada pemenang.

Akhir kata saya ingin memetik kata-kata Imam Al-Ghazali buat


renungan dan panduan kita semua,
“Sesungguhnya hati manusia itu mati, kecuali mereka yang
berilmu,

“Sesungguhnya mereka yang berilmu itu lena kecuali mereka yang


beramal,”

“Sesungguhnya mereka yang beramal itu tertipu kecuali mereka


yangikhlas.”
Marilah kita sama-sama menghayatinya”

Dengan lafaz BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM, saya merasmikan Kem


Membaca 1 Malaysia, Minggu Pusat Sumber dan Minggu Bahasa 2018.

Sekian Terima Kasih.

You might also like