Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 15

CONTOH KARYA AGUNG

5 CONTOH KARYA AGUNG MELAYU

HIKAYAT HANG TUAH


Hikayat Hang Tuah merupakan satu-satunya epik Melayu yang melakar cita-cita, kebolehan,
dan sikap hidup orang-orang Melayu pada suatu zaman. Hang Tuah yang menerajui hikayat
ini, mewakili keunggulan citra Melayu sebagai bangsa yang berbudaya dan bertamadun
dengan menonjolkan sifat-sifat kesetiaan, keberanian, kepintaran dan budi bahasa yang halus.
Hang Tuah merupakan seorang laksamana yang unggul serta pahlawan Melayu yang gagah
semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah di Melaka pada abad ke-15.
Pada masa umurnya sepuluh tahun, Hang Tuah bersahabat karib dengan empat orang yang
sebaya dengannya, iaitu Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu. Mereka
bagaikan isi dengan kuku. Ketika belayar ke Pulau Tinggi, Hang Tuah dan sahabatnya telah
membunuh segerombolan lanun lalu mereka diambil berkhidmat di bawah Sultan oleh
Bendahara yang kagum akan kepahlawanan mereka pada usia yang begitu muda.
Ketika Hang Tuah mengiringi Sultan ke Majapahit, beliau menyahut cabaran seorang
pahlawan Jawa yang termasyhur dikenali sebagai Taming Sari dan berjaya memperoleh
sebilah keris yang dinamakan ‘Taming Sari’ sempena nama pemiliknya yang asal.
Kemenangannya menyebabkan Hang Tuah dikurniai bukan sahaja keris ‘Taming Sari’ tetapi
juga gelaran Laksamana dan sepersalinan pakaian oleh Seri Betara.
Laksamana Hang Tuah telah menjadi orang kesayangan sultan dan hal ini menimbulkan rasa
iri hati dalam kalangan kerabat diraja termasuk Patih Karma Wijaya. Suatu tuduhan palsu
telah dibuat terhadap Hang Tuah iaitu, beliau dituduh berzina dengan dayang sultan, dan
Hang Tuah serta-merta dijatuhi hukuman mati oleh sultan yang murka tanpa sebarang usul
periksa. Bagaimanapun, hukuman mati itu tidak dilaksanakan oleh bendahara, dan Hang
Tuah disembunyikan di Inderapura.
Hang Jebat telah melancarkan pemberontakan balas dendam terhadap Sultan Mansur Shah
demi membalas kematian Hang Tuah. Sultan telah mengisytiharkan Hang Jebat sebagai
penderhaka dan berasa menyesal kerana menjatuhkan hukuman mati kepada Hang Tuah.
Akhirnya, bendahara membuka rahsianya dan memanggil Hang Tuah pulang daripada
persembunyian. Hang Tuah telah diampuni oleh sultan. Suatu perlawanan yang amat
menyedihkan telah berlaku antara Hang Tuah dengan Hang Jebat. Selepas berlawan selama
tujuh hari, Hang Tuah telah berjaya membunuh Hang Jebat dan mendapat keris Taming
Sarinya semula. Jebat mengamuk selama 3 hari sebelum menghembuskan nafasnya yang
terakhir.
Kemudian, orang-orang Feringgi (Portugis) berjaya menawan Melaka dengan membedil kota
Melaka. Penggempuran ini telah dilakukan serentak dengan kedatangan dua angkatan laut
dari Manila dan negara Feringgi. Para pahlawan Melaka telah berjaya ditewaskan dan
seterusnya berundur ke selatan. Di sini, mereka mendirikan sebuah kerajaan baharu yang
dikenali sebagai Kerajaan Johor Lama.
Maka, Hang Tuah terus menghilangkan diri dan beliau tidak pernah dilihat lagi. Berita
tentang Laksamana Hang Tuah juga tidak kedengaran lagi tetapi beliau dipercayai masih
hidup pada akhir hikayat ini. Hikayat ini diakhiri dengan semangat nasionalisme yang kekal
sehingga hari ini, iaitu “Takkan Melayu Hilang di Dunia.” Hikayat Hang Tuah turut
dikemukakan oleh Malaysia sebagai Warisan Dunia untuk dimasukkan ke dalam Daftar
Ingatan Dunia - Memory of the World Register pada 2001.

HIKAYAT SULALATUS SALATIN (SEJARAH MELAYU)


“Kemasyhuran kitab sejarah Melayu dikaitkan dengan perincian sejarah Kesultanan Melayu
Melaka yang pernah berdiri sebagai sebuah negara Melayu yang paling kuat, agung dan kaya
pada abad ke-15. Lantaran itu, karya tersebut sering kali diselidiki sebagai sebuah dokumen
sejarah yang menggambarkan antara lain, kelahiran kerajaan Melaka bersekali dengan
tamadun Melayu Islam Berajanya, pengluasan kuasa pemerintahnya serta pelbagai aspek dan
titik bengik kehidupan kesultanan tersebut yang berakhir dengan episod keruntuhannya akibat
serangan Portugis pada tahun 1511 M. Bermakna, Kitab Sulalatus Salatin menjadi antara
sumber rujukan utama yang bersifat primer tentang sejarah masyarakat dan kebudayaan
Melayu awal.”
http://www.khazanahbendaharaserimaharaja.com/tun-seri-lanang.html

HIKAYAT ABDULLAH
Hikayat Abdullah memerikan akan betapa kasihnya Abdullah akan ibunya, Salamah. Peri
Abdullah menerima pendidikan. Abdullah memerikan sebilangan guru yang mengajarnya.
Abdullah memberikan pandangan peribadinya akan peri pentingnya ilmu dalam kehidupan
kita. Abdullah mencatat pemandangan dan suasana Kota Melaka yang ramai penduduknya.
Abdullah memerikan kerja-kerja merobohkan tembok-tembok kota Melaka dengan perintah
Raja Farquhar. Kota itu diruntuhkan dengan menggunakan bom. Salah satu episod betapa
bijaknya Encik Sulong menangkap gajah. Hanya seekor sahaja yang hidup daripada puluhan
yang ditangkap. Abdullah memerikan ekspedisi penangkapan gajah itu dari mula hingga
akhir.

Oleh: Abdul Manaf Bin Mohd .Yasir

HIKAYAT RAJA-RAJA PASAI


Hikayat Raja Pasai bermula dengan kisah dua orang raja yang bersaudara, iaitu Raja Ahmad
dan Raja Muhammad. Pada awalnya, mereka ingin membuka negeri di Samarlangga. Ketika
menebas hutan untuk membuka negeri, Raja Muhammad telah menemui seorang kanak-
kanak perempuan dari sebuah pokok buluh. Lalu dia mengambil kanak-kanak itu, dan
menjadikannya sebagai anaknya sendiri. Kanak-kanak itu dinamakan Puteri Betung. Raja
Ahmad pula mendapat seorang anak lelaki yang dijaga oleh seekor gajah. Anak lelaki itu
dinamakan Merah Gajah. Setelah dewasa, Puteri Betung dan Merah Gajah dinikahkan.
Mereka mendapat dua orang anak lelaki yang diberi nama Merah Silau dan Merah Hasum.
Pada suatu hari, Merah Gajah melihat sehelai rambut Puteri Betung yang berwarna emas. Dia
meminta untuk mencabut rambut itu dari Puteri Betung tetapi Puteri Betung tidak
mengizinkannya. Namun demikian, Merah Gajah tetap mencabut rambut itu ketika Puteri
Betung sedang tidur. Akibat daripada perbuatan itu, keluarlah darah putih dari kepala Puteri
Betung kemudian beliau meninggal dunia. Apabila diketahui oleh Raja Muhammad, baginda
sangat marah lalu membunuh Merah Gajah. Apabila Raja Ahmad mengetahui bahawa
anaknya dibunuh, baginda terus melancarkan perang terhadap Raja Muhammad. Akhirnya,
kedua-dua raja tersebut menemui ajal dalam peperangan tersebut.

Oleh: Raja Noraniza Binti Raja Abdullah

HIKAYAT INDERAPUTERA
Hikayat ini mengisahkan perihal seorang putera yang bernama Inderaputera, putera kepada
Maharaja Bikrama Buspa yang memerintah negeri Samantapuri. Kelahirannya yang telah
lama ditunggu-tunggu oleh ayahanda dan bondanya disambut dengan bunyi-bunyian dan
penuh dengan adat istiadat. Ahli nujum datang untuk menilik nasib putera itu. Ahli nujum itu
menyatakan bahawa pada usia Inderaputera tidak patut dibiarkan bermain bersama binatang
kerana takut bencana akan menimpanya. Inderaputera juga diramal akan menjadi maharaja
yang besar dan disegani oleh kawan mahupun lawan.
Tajuk-tajuk Karya-karya Agung
(Besar)
Karya-karya Agung (Besar)

Definisi

Karya-karya yang berjaya meninggalkan kesan seni, ilmu,


falsafah, budaya, dan sosial yang kekal dalam kesedaran dan
ingatan pembaca. Unsur dalam karya ini merangkumi mutu,
nilai ketamadunan dan nilai kemanusiaan di dalam karya
tersebut.
Rasional

Hasil daripada penilaian Anugerah NILAM Kebangsaan


mendapati majoriti calon lebih mementingkan kuantiti buku
yang dibaca daripada kualiti buku. Hanya segelintir calon
terutamanya calon sekolah menengah yang dikenal pasti
membaca karya-karya bacaan bermutu daripada penulis-
penulis dan sasterawan berwibawa. Justeru, galakan membaca
karya besar perlu ditekankan dalam penghayatan pembacaan
murid bagi menjurus mereka ke arah pemikiran kritis dan
kreatif.

Karya besar amat penting kerana karya ini merupakan


khazanah komprehensif tentang maklumat dan ilmu
pengetahuan dalam semua lapangan bidang ilmu yang
berkembang dalam sejarah peradaban manusia. Kefahaman
kepada idea dan gagasan besar yang dilontarkan merupakan
usaha manusia untuk memahami dan menghayati
kebijaksanaan yang merupakan santapan mental dan rohani
yang diperlukan oleh manusia.

Persoalan yang dibahaskan dalam karya besar ini masih


relevan dengan isu semasa walaupun ada antaranya telah
ditulis berabad-abad yang lalu. Persoalan ini masih segar dan
perlu diterokai daripada pelbagai konteks dan perspektif. Atas
kesedaran tersebut, maka koleksi karya-karya besar perlu
diwujudkan di Pusat Sumber Sekolah.

Objektif

1. Menyokong program galakan membaca di sekolah-sekolah


melalui penghayatan pembacaan karya-karya besar dan
bahan-bahan bacaan yang bermutu.
2. Mendedahkan murid-murid kepada karya-karya besar agar
mereka dapat menilai dan menghargainya.
3. Melahirkan murid-murid yang berpengetahuan, berfikiran
kritis dan kreatif
4. Melahirkan masyarakat berilmu dan menghayati budaya ilmu
5. Membina tradisi menulis dan memperkayakan kreativiti
penulisan.

Kriteria

1. Meliputi karya kreatif dan non-kreatif daripada penulis dan


pemikir berwibawa.
2. Ditulis dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris atau karya-
karya terjemahan.
3. Karya oleh penulis tempatan dan luar negara.
4. Karya yang mempunyai nilai yang selaras dengan falsafah
pendidikan kebangsaan dan telah memenangi pelbagai
anugerah di peringkat kebangsaan atau antarabangsa.
5. Karya-karya yang tidak menyentuh sensitiviti masyarakat,
agama, bangsa, atau kaum.
6. Sesuai dengan budaya masyarakat setempat.
7. Karya asli.
8. Karya-karya besar dalam bentuk edisi pelajar adalah
diterima.

Contoh Senarai Nama Bahan Bacaan Karya Agung (Besar)

Bahasa Inggeris

Bahan Bacaan Sekolah Menengah (Atas)

Karya Klasik
1. Hamlet - William Shakespeare
2. Romeo and Juliet - William Shakespeare
3. The Merchant of Venice - William Shakespeare
4. Cleopatra - William Shakespeare
5. The Tempest - William Shakespeare
6. As You Like it - William Shakespeare
7. Much Ado About Nothing - William Shakespeare
8. The Taming of The Shrew - William Shakespeare
9. Twelfth Ninth - William Shakespeare
10. King Lear - William Shakespeare
11. King Arthur and Knights of the Round Table - William Shakespeare
12. Henry V - William Shakespeare
13. The Prince of Padua - William Shakespeare
14. Illiad & Odyssey - Homer
15. Oedipus - Socrates
16. Pride and Prejudice - Charlotte Bronte
17. To Kill A Mockingbird - Harper Lee
18. Roots - Alex Haley
19. Of Mice and Men - John Steinbeck.
20. Animal Farm - George Orwell.
21. The Scarlet Letter - Nathaniel Hawthrone.
22. Moll Flanders - Nathaniel Hawthrone.
23. Gone with the Wind
24. Wuthering Heights - Charlotte Bronte
25. The Tale of Two Cities - Charles Dicken
26. Jane Eyre - Charlotte Bronte
27. The Pearl - John Steinbeck
28. Sons and Lovers - D.H. Lawrence
29. The Pygmalion - George Bernard Shaw
30. The Importance of Being Ernest - Oscar Wilde
31. Noli me Tangare ( My Hand) - Jose Rizal
32. Centerbury Tales - Chaucer
33. Lord of The Rings - L. Tolkien
34. Collections of Khalil Gibran

Karya Bacaan Matang dan Bukan Fiksyen (Menengah Atas)

1. Mein Kempf (My Struggle) - Adolf Hitler (terjemahan Bahasa


Inggeris)
2. The Wealth of Nation - Adam Smith
3. The Republic - Plato
4. The Prince - Machiavelli
5. Utophia - Sir Thomas More
6. In Praise of Folly - Erasmus
7. Chicken Soup of The Soul

Bahasa Melayu

Sekolah Menengah

Karya Klasik

1. Tuhfat An-Nafis
2. Hikayat Merong Mahawangsa
3. Hikayat Malim Deman
4. Hikayat Laila Majnun
5. Hikayat Raja Donan
6. Hikayat Malim Deman
7. Hikayat Awang Sulung Merah Muda
8. Hikayat Amir Hamzah
9. Pelayaran Abdullah - Munsyi Abdullah

Bahan Bacaan Kontemporari / Moden sekolah menengah

1 Ranjau Sepanjang Jalan - Shahnon Ahmad


2 Salah Asuhan - Abdul Moies
3 Tenggelamnya Kapal Van Der Widjk - Drs. Prof. Hamka
4 Uda dan Dara - Usman Awang
5 Salina - A. Samad Said
6 Sejarah Melayu - Tun Sri Lanang
7 Anak Mat lela Gila - Pak Sako

Lain-lain
2. Puteri Gunung Tahan - Pak sako
3 . Melor Kuala Lumpur - Harun Aminurrashid
4 . Gelombang Hidup - Abdullah Sidek
5 . Nyawa di Hujung Pedang - Ahmad Murad
Nasarudin
6 . Sisa Neraka Dunia - Ahmad Lutfi
----------------------------------------------------------------------
----------------------

2. Sungai mengalir Lesu (1967) - A.Samad said


3 . Desa Pingitan (1964) - Ibrahim Omar
4 . Pulanglah Perantau - Aziz Jahpin
5 . Samudera - Arena Wati
6 . Merpati Putih Terbang Lagi - Khatijah Hashim
7 . Interlok - Abdullah Hussein
8 . Rentong - Shahnon Ahmad
9 . Anak Titiwangsa - Keris Mas
10.Biru Warna - Awang Had Salleh
11.Rantau Selamat - Abdullah Hussein
12.Badai Semalam - Khatijah Hashim
13.Gelora - Arena Wati
14.Senja Belum Berakhir - Azizi Hj. Abdullah
15.Sami Mekong - Azizi Hj.
Abdullah
16.Pahlawan Lembu - S.Othman Kelantan
17.Hari Terakhir Seorang Seniman - Anwar Ridhwan
18.Saga - A. Talib Hasan
19.Daerah Tercinta - Muhd Mansor
Abdullah

----------------------------------------------------------------------
----------------------
2 . Srengenge (1973) -
3 . Seluang Menodak Baung (1978)
4 . Lingkaran - Arena Wati
5 . Bulan Merah di Tiga Kuala - Zahari Afandi
6 . Kunang-Kunang - Zahari Afandi
7 . Bila Lagi Kompang Berbunyi - Marwilis
8 . Ngayau - Amil Jaya

Karya terbitan Tahun 80an

1 . Tok Guru - Shahnon Ahmad


2 . Daerah Zeni - A. Samad Said
3 . Hujan Pagi - A. Samad Said
4 . Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur - Keris Mas
5 . Rimba Harapan - Keris Mas
6 . Seorang Tua di Kaki Gunung - Azizi Hj. Abdullah
7 . Mega-Mega di Langit - Talib YK
8 . Lepaskan Kembali Aku ke Laut - Shaari Isa
9 . Buih di Atas Air - Abdullah Hussein
10. Meniti Cahaya - Ghazali MA
11. Sesudah Fajar Sebelum Senja - Baharuddin Sidi
12. Di Sebalik Sebuah Kubah - Harun Hj. Salleh
13. Langit Petang - A. Samad Said
14. Tunggul Gerigis - Shahnon Ahmad
15. Di Negeri Belalang - Anwar Ridhwan
16. Terang Bulan - Rahmat Harun
17. Arus - Anwar Ridhwan.

You might also like