Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

MASYARAKAT BERTOLERANSI

Penerangan nilai: Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan
berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup

1. Contoh yang menunjukkan masyarakat Malaysiasentiasa bersatu padu

a. rakyat Malaysia menikmati hidup yang aman, damai dan harmoni

b. kestabilan politik dalam negara

c. pertumbuhan ekonomi yang mantap

d. kejayaan Malaysia menjadi tuan rumah pelbagai acara antarabangsa seperti menganjurkan
sukan bertaraf dunia.

2. Cara-cara menunjukkan toleransi dalam masyarakat majmuk dari segi

a. makanan

~ menyediakan makanan yang boleh dimakan oleh semua kaum dalam sesuatu majlis

b. pakaian

~ Berpakaian sopan dan kemas semasa menghadiri sesuatu majlis

~ Tidak mempersendakan pakaian tradisonal kaum lain

c. kepercayaan

~ Tidak menghina / mencaci kepercayaan kaum lain

~ Menghormati kaum lain untuk mengamalkan kepercayaan masing-masing

3. Kesan sekiranya masyarakat majmuk Malaysiatidak mengamalkan nilai toleransi dalam


kehidupan seharian

a. berlaku prasangka antara kaum

b. berlaku pepecahan / pergaduhan antara kaum

c. Negara kita mudah dijajah oleh orang luar

4. Cara-cara untuk meningkatkan nilai toleransi antara kaum

a. mengadakan program kemasyarakatan yang melibatkan pelbagai kaum

b. sentiasa mengutamakan hidup sepakat membawa berkat

c. mengadakan Sekolah Wawasan

d. perkongsian bilik antara kaum yang berbeza di asrama sekolah / institusi pengajian tinggi
5. Walaupun wujud perbezaan dalam kepercayaan, mayarakat Malaysia masih dapat hidup
dalam suasana aman dan harmoni kerana

a. rakyat Malaysia mengamalkan sikap bertolak ansur antara kaum yang berlainan

rakyat Malaysia saling memahami dan menghormati adat resam dan cara hidup kaum lain

__________________________________________________________________________________

Sikap toleransi dan hormat menghormati antara kaum telah meletakkan Malaysia sebagai sebuah
'Negara Contoh' tentang penyatuan kaum.Perpaduan antara kaum dilambangkan melalui institusi
raja yang dianggap sebagai payung pentadbiran negara.Hak dan prinsip ini terus dikekal walaupun
akhir-akhir ini terdapat usaha untuk merungkaikan nilai-nilai kemasyarakatan rakyat Malaysia masa
kini.Berdasarkan situasi ini,beberapa peringatan daripada pelbagai pihak yang cintakan kedamaian
meminta supaya setiap perbezaan tidak terjerumus ke kancah permusuhan.Ia harus dilihat sebagai
cabaran untuk merapatkan juramg perbezaan bagi meneruskan agenda pembinaan negara
bangsa,ataupun bangsa Malaysia.

;Bangsa Malaysia' bukan bermakna bercirikan kekhususan fizikal,ia berbentuk kesatuan dalam
pemikiran,tindakan dan psikologi.Saling bantu membantu dan bekerjasama dalam setiap
aspek,seperti yang dijelaskan "apabila melihat satu kemalangan berlaku,apakah kita akan
bertanyakan mangsanya Melayu,Cina atau India?" Kita perlu menghulurkan bantuan dengan
melupakan sempadan kaum dan ras.Kita menghulurkan bantuan kerana kita adalah sesama
manusia,satu bangsa iaitu bangsa Malaysia.

Rakyat negara kita selama ini telah menunjukkan contoh yang baik dalam bertolak ansur sesama
sendiri menerusi toleransi agama,budaya dan sosial,nampaknya kita tidak mempunyai banyak
masalah dalam mengadaptasikan kepelbagaian budaya.Ini kerana setiap etnik dan kaum diberi
kebebasan untuk mengamalkan cara hidup dan adat istiadat masing-masing tanpa menyinggung
perasaan orang lain.Peraturan kita tidak pernah memaksa sebarang individu supaya menukar
namanya menjadi nama etnik tertentu.

Dalam bidang pendidikan,pembangunan sekolah jenis kebangsaan memberi gambaran yang cukup
jelas tentang dasar toleransi terhadap perkembangan bahasa dan budaya kepelbagaian etnik yang
cukuo luas,sehingga di dalam sekolah jenis tersebut terdapat pelbagai kaum pula yang
memasukinya,seperti yang dijelaskan tentang bilangan pelajar Melayu yang memasuki sekolah
kebangsaan Cina.

You might also like