Kertas Kerja Surau

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

1.

PENGENALAN
Surau adalah rumah Allah iaitu tempat yang paling penting bagi semua umat Islam dan
lambang penyatuan. Begitu juga Surau SMK Sukau merupakan nadi utama untuk guru-
guru dan murid-murid.Surau SMK Sukau sentiasa diimarahkan dengan pelbagai
program keagamaan seperti solat Subuh, zohor Asar, Magrib dan Isyak secara
berjamaah, Ceramah Agama, kuliah, Solat Tarawih dll.

Surau yang kondusif adalah penting untuk mencapai objektif – objektif program yang
dijalankan di surau. Oleh yang demikian, Pihak HEM dengan kerjasama PIBG, Komuniti
Sukau, Guru-Guru senantiasa mencari dana untuk menyediakan kemudahan prasarana
yang lebih baik untuk keselesaan guru dan murid-murid.

2. MATLAMAT

2.1 Program menaiktaraf dan menambah bangunan surau ini dapat menampung
jemaah lelaki dan perempuan yang semakin ramai.
2.2 Memberi keselesaan kepada ahli jemaah setempat dan penghuni Asrama khususnya.
2.3 Aktiviti-aktiviti keagamaan dapat dijalankan dengan lebih baik .
2.4 Menjadi tempat ibadah yang mempunyai prasarana yang lengkap

3. OBJEKTIF :

3.1 Memberi keselesaan semasa melaksanakan sebarang program dan aktiviti.

3.2 Menjadi tempat Ibadah yang mempunyai prasarana yang lengkap dan terbaik.

4. RASIONAL :

Keadaan surau yang tidak dapat menampung jumlah pelajar yang menggunakan surau
menyebabkan keadaan kurang selesa dan panas. Oleh itu menambah bangunan surau
dapat menyediakan tempat yang selesa dan dapat menampung jumlah pelajar yang
datang mengimarahkan surau dengan pelbagai aktiviti dan program .
5. JAWATANKUASA PENGURUSAN NAIK TARAF SURAU

Penaung
Tn. Suhaimi Hj Othman
Pegawai PPD Kinabatangan

Penasihat
En. Azahari Bin Rangon
YDP PIBG SMK Sukau

Pengerusi
Tn. Safri Jeffri
Pengetua

Timbalan Pengerusi
En. Mohd. Mansur Bin Mohd. Zaman
Penolong Kanan HEM

Timbalan Pengerusi 1
Pn. Salmah Md. Zain
Penolong Kanan Pentadbiran

Timbalan Pengerusi 2
En. Masli Udin
Penolong Kanan Kokum

Penyelaras
Ustad Sahrul Khair Bin Jalpah
En. Adam Malan

Setiausaha
Ustazah Che Wan Johana Che Wan Omar

Bendahari
Ustazah Nurfadhilah Jukirim

AJK

AJK Guru AJK PIBG/Komuniti


Ustad Herman Osman En. Emyl Salleh En. Azmey Sakong En. Basirun Idris
En. Ridwan Muhammad Pn. Latiffa Abdullah En. Amat@Ahmad En. Mohd. Noor Ghani
En. Mohd. Rafix Jool Pn. Noor Hashimah Awang En. Ghani En. Ribot Pilahi
En. Mark Anthony Moncal Pn. Viannie Momin En. Raish Ishak En. Samsuddin Danokasi
En. Ahmad Khaidir Khusairi Cik Hasniza Mohd. Khasim En. Jeffrey Sinyor En. Rindy Kiming
En. Juharin Laidim Cik Intan Sakinah Ismail En. Aming Basa En. Nasirun Idris
En. Hadirman Ghani Pn. Ani Amboche En. Ardin Lasit En. Adnan Adam
En. Mohd. Nazri Mad Yasin Pn. Fatimah Aribahal
En. Mohd. Faisal Haris En. Muhammad Aras
6. ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil Perkara Kuantiti Harga Jumlah Catatan


1 Zink Spandik 20 Kpg 50.00 1000.00
2 Papan 1 x 6x 12 (Selangan Batu) 120 Kpg 50.00 6000.00
3 Tiang Bulian 6 x 6 x 7 8 Btg 100.00 800.00
4 Tiang Sambung 4x4x10 6 Kpg 40.00 240.00
5 Beruti Gulung – Gulung 2x3x15 20 Kpg 40.00 800.00
6 Beruti Kuda Terjun 2x4x15 15 Kpg 40.00 600.00
7 Beruti Beam 2x6x12 8 Kpg 60.00 480.00
8 Beruti x4x10 76 Kpg 40.00 3040.00
9 Plywood Waterproof 10 Kpg 60.00 600.00
10 Simen 3 Guni 25.00 75.00
11 Pasir 6 Guni 6.00 42.00
12 Batu 9 guni 6.00 54.00
13 Paku 2 ½ 7kg 8.00 56.00
14 Paku 3” 5Kg 8.00 40.00
15 Paku Simen 3” 2 Kotak 10.00 20.00
16 Bolt Nut 7” 8 Btg 2.00 16.00
17 Paku Zink Spandik 3Kg 10.00 30.00
18 Papan 1”x8”x15’ 15 kpg 40.00 600.00
19 Upah 4000.00
JUMLAH 18493.00

7. SUMBER PENDAPATAN

7.1 Sumbangan dari daripada guru-guru dan waris pelajar SMK Sukau, Kinabatangan.

7.2 Memohon sumbangan Derma /Zakat daripada pelbagai pihak termasuk sektor
korprat dan pihak PIBG, YB Adun Sukau, Kilang – Kilang dan perseorangan.
8. PENUTUP

Adalah diharapkan agar Program Menaiktaraf Surau SMK Sukau ini berupaya mencapai
objektif yang telah digariskan demi menjaga kepentingan pelajar-pelajar & guru-guru
dalam meningkatkan syiar Islam. Kerjasama & komitmen yang tinggi amat diharapkan
dalam menjayakan program ini.

Disediakan oleh Disemak oleh Disahkan oleh

Mohd. Mansur Mohd. Zaman Azahari Rangon Safri Bin Jeffri


Penolong Kanan HEM YDP PIBG Pengetua
Kertas Kerja
Penambahbaikan Surau Sekolah
SMK Sukau, Kinabatangan

Disediakan Oleh

MOHD. MANSUR BIN MOHD. ZAMAN


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
SMK Sukau, Kinabatangan

You might also like