TBM1

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

TRANSKRIPSI TEMU BUAL MURID

Nama: ___________________ Tarikh: __________________ Kumpulan: 1/2/3/4/5/6/7/8

Pengkaji : Selamat pagi murid – murid, pada hari ini saya akan menemu
bual kamu semua tentang guru anda. Soalan saya pada hari
ini semuanya akan berkenaan dengan cikgu kamu. Sebelum
itu, saya akan menjelaskan hak murid dalam menyertai kajian
ini. Segala maklumat yang murid akan berikan akan
dirahsiakan. Oleh itu, jangan takut – takut kalau saya
bertanyakan tentang guru awak. Saya tak akan bagitahu
dengan cikgu awak <ketawa>.
Murid A, B & C : Baik, cikgu <ketawa>.
Pengkaji : Yang pertama, saya nak tanya, seronok dan faham tak cikgu
mengajar sejarah dalam kelas awak?
Murid A, B & C : Seronok! Faham!
Pengkaji : Kenapa awak merasakan bahawa awak faham dan seronok
dengan subjek sejarah.
Murid B : Cikgu banyak gunakan bahan – bahan yang menarik, kadang
– kadang dia menggunakan komputer, kami semua pun
kadang – kadang melihat video di dalam kelas.
Murid C : Cikgu itu kadang – kadang bertanya soalan yang banyak.
Soalan pun kadang – kadang tricky tapi semuanya dapat
dijawab oleh kamu semua.
Murid A : Saya paling suka kalau cikgu tu buat lawak. <ketawa>. Tapi
yang paling menyeronokkan, apabila cikgu mengajar topik
kemerdekaan. Cikgu banyak menggunakan masa untuk
memberitahu kami. Hari itu, cikgu bawak jam besar, tapi dia
letakkan tarikh – tarikh penting kemerdekaan.
Pengkaji : Wah, menarik! Ok, saya nak tanya dengan kamu semua
adakah cikgu selalu memberi penerangan terhadap sesuatu
peristiwa sejarah sebelum mengajar.
Murid A : Cikgu memang banyak memberi penerangan, sebelum kami
belajar sesuatu, cikgu akan bertanyakan kami dengan
beberapa soalan mengenai peristiwa tersebut. Persoalan –
persoalan tersebut dapat menarik minat saya untuk belajar
dengan lebih mendalam.
Murid B : Cikgu pun juga menggunakan kaedah gallery walk. Antara
yang dibuat oleh kami adalah, kami berbincang dalam
kumpulan mengenai sesuatu isu ataupun topik dan kami akan
membentangkan tersebut kepada kawan kami. Selepas
gallery walk tersebut, barulah cikgu akan menerangkan
peristiwa sebenar.
Murid C : Selalunya, cikgu ini selalu berfikir tentang masa depan.
<ketawa> cikgu selalu termenung ke hadapan dan cikgu akan
membuat beberapa .. em macamana nak cakap .. macam
tengok to the future la. <ketawa>
Pengkaji : Oh, itu telah menampakkan bahawa cikgu anda sentiasa
membuat ramalan terhadap masa hadapan menggunakan
bukti – bukti sejarah. Ok, sepanjang cikgu anda mengajar
anda sesemua topik, adakah cikgu anda menggunakan
konsep masa dalam mengajar?
Murid C : Konsep masa ini seperti tarikh, jam dan lain – lain la?
Pengkaji : Ya.
Murid C : Kalau begitu, cikgu selalu gunakan masa ini semasa
mengajar sejarah. Adakalanya, cikgu banyak cakap pasal
frasa – frasa pelik seperti abad ke 21, pada awal 1950, pada
akhir tahun 1956. Pada mulanya, kami pun tak tahu apakah
frasa tersebut, tetapi selepas cikgu menerangkannya,
barulah kami faham.
Murid B : Semasa cikgu mengajar topik penentangan tokoh tempatan,
cikgu selalu menggunakan tarikh semasa memberi
penerangan sejarah tersebut. Tarikh – tarikh itu banyak
membantu saya semasa menjawab peperiksaan.
Pengkaji : Kenapa kamu merasakan bahawa tarikh – tarikh tersebut
dapat membantu kamu untuk lebih memahami peristiwa
sejarah?
Murid C : Cikgu tu pernah bercakap begini, kalau tak kenal maka tak
cinta. <ketawa>. Kalau kita tak tahu tarikh, susah kita nak
memahami peristiwa sejarah tersebut.
Pengkaji : Ok, kita pergi ke soalan seterusnya, bagi kamu, adakah cikgu
selalu memberi anda peluang kepada anda untuk mencari
bahan sejarah secara sendiri di dalam kelas?
Murid A : Bagi saya, cikgu selalu memberi peluang yang banyak untuk
menerokai fakta – fakta sejarah. Cikgu kadang – kadang
memberi tugasan berkumpulan kepada kami dan kami akan
mencari maklumat tersebut bersama – sama menggunakan
komputer riba. Setelah kami mencari maklumat tersebut,
kami akan membentangkan maklumat tersebut.
Murid C : Ya, selepas itu, cikgu juga sentiasa menyediakan pelbagai
bahan kepada kami. Kami akan baca bahan – bahan
tersebut dan kami akan mengupas fakta – fakta daripada
bahan tersebut.
Murid B : Tetapi, selepas kami meneroka sendiri, cikgu akan
menerangkan balik peristiwa tersebut.
Pengkaji : Ok, murid – murid. Saya ingin mengucap terima kasih
kepada anda semua kerana telah menjadi peserta kajian
saya.

You might also like