Isi Kandungan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

1.

0) PENGENALAN
Persatuan didefinisikan sebagai anggota yang pakar atau mahir dan
mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam sesuatu bidang (Kamus Dewan
Edisi Keempat). Persatuan wujud dalam pelbagai komuniti di Malaysia. Ianya ada
pada peringkat sekolah, peringkat masyarakat, peringkat kebangsaan dan
sebagainya. Setiap persatuan akan menyediakan satu perancangan secara tahunan
bagi menjalankan aktiviti dan ianya pasti melibatkan duit. Oleh itu, pengumpulan
dana adalah perlu dan penting. Dengan itu, pengasas persatuan haruslah
memastikan pengumpulan dana itu berjalan dengan lancar. Salah satu cara untuk
mendapatkan sumber kewangan dalam sesuatu kelab adalah melalui kutipan yuran
tahunan melalui ahli di dalam persatuan tersebut. Cara ini banyak digunapakai oleh
pelbagai kelab bagi memastikan dana kelab dan persatuan sentiasa mencukupi bagi
menjalankan aktiviti. Selain dari cara ini terdapat juga beberapa cara lain yang boleh
digunakan seperti kutipan derma, hasil jualan, sumbangan dari pihak luar dan
sebagainya.

2.0) LATAR BELAKANG KAJIAN


Tugasan ini dilaksanakan pada 8 Mac sehingga 21 Mac 2019. Bagi tugasan
ini, saya telah mencari senarai persatuan dan kelab yang aktif di Terenganu dan
telah memilih Persatuan Pemuliharaan Tuntung, kura-kura dan penyu bagi
melaksanaakan kajian yang dikehendaki. Persatuan ini berpusat di Kuala
Terengganu yang memudahkan pengumpulan maklumat yang diperlukan iaitu
sejarah penubuhan, kaedah dan proses penubuhan persatuan, aktiviti atau
perhidmatan yang diamalkan serta strategi penjanaan sumber kewangan bagi
segala aktiviti yang dijalankan oleh persatuan tersebut. Persatuan ini adalah antara
yang paling aktif dalam melaksanakan aktiviti pemuliharaan terutamanya
pemuliharaan penyu yang merupakan ikon di Terengganu. Terdapat beberapa
kaedah yang digunakan dalam melaksanakan kajian ini antaranya kaedah
pemerhatian dari sumber internet.

1
3.0) OBJEKTIF KAJIAN
Tujuan kajian ini dijalankan adalah atas beberapa objektif iaitu :
a) Mengenalpasti sejarah penubuhan Persatuan Tuntung, Penyu dan Kura –Kura
di Terengganu.
b) Mengenalpasti kaedah dan proses penubuhan Persatuan Tuntung, Penyu dan
Kura–Kura.
c) Mengetahui strategi penjanaan sumber kewangan bagi menjalankan aktiviti yang
dirancang.

4.0) SEJARAH PENUBUHAN PERSATUAN


Bagi tugasan kali ini, saya telah memilih Persatuan Pemuliharaan Tuntung,
Kura–Kura dan Penyu Malaysia yang berpusat di Kuala Terengganu, Terengganu.
Persatuan ini yang berdaftar melalui nombor rujukan PPM-001-11-10062011
merupakan persatuan di peringkat Kebangsaan dan ianya telah diasaskan oleh
beberapa orang penting antaranya Tan Sri Dr. Salleh Mohd.Nor, Dr.Chan Eng Heng,
Chen Pelf Nyok, Lim Puay Aun dan Wee Seng Whatt. Persatuan ini telah
ditubuhkan pada Oktober 2011 dengan tujuan untuk membawa perubahan dan
pemulihan kepada kepupusan populasi liar penyu di Malaysia melalui kerjasama
dari pelbagai organisasi, individu dan komuniti tempatan serta melalui aktiviti dan
programnya yang tersendiri. Justeru, Persatuan Pemuliharaan Tuntung, Kura–Kura
dan Penyu Malaysia adalah organisasi bukan untung yang pertama di Malaysia yang
memulihkan semula populasi kura-kura penyu air tawar di negara ini. Ini dilakukan
melalui penyelidikan, pemuliharaan, pemulihan, pendidikan dan jangkauan awam.

5.0) KAEDAH DAN PROSES PENUBUHAN


Persatuan Pemuliharaan Tuntung, Kura–Kura dan Penyu Malaysia yang
berpusat di Kuala Terengganu, Terengganu ditubuhkan pada tahun 2011 untuk
memulihkan populasi liar penyu di Malaysia. Ini dicapai melalui perkongsian
dengan organisasi, individu dan komuniti tempatan serta melalui program sendiri.
Persatuan ini ditubuhkan atas kesedaran perlunya mengambil tindakan segera
untuk mengelakkan kepupusan. Oleh itu, pada tahun 2011 dengan kerjasama Tan
Sri Dr. Salleh Mohd.Nor, Dr.Chan Eng Heng, Chen Pelf Nyok, Lim Puay Aun dan
Wee Seng Whatt persatuan ini telah ditubuhkan. Sebenarnya, pemuliharaan
tuntung di negeri ini telah digerakkan oleh para pencinta alam dan hidupan liar
sejak 2004, melalui program perintis di sungai Setiu dengan tahun-tahun
seterusnya mencatatkan perkembangan awal yang dianggap memberangsangkan.
Namun kelompok kecil mereka yang berperanan penuh dedikasi melalui Persatuan

2
Pemuliharaan Tuntung, Kura-Kura dan Penyu Malaysia telah menamatkan aktiviti
di Setiu. Jadi, bagi mengembangkan peranan mereka pada tahun 2011 salah satu
pengasas persatuan ini iaitu Cik Chen Pelf Nyok telah memainkan peranan dalam
menubuhkan sebuah persatuan secara sendiri bagi meneruskan usaha murninya
bagi memulihkan populasi penyu di Malaysia. Dengan itu lahirlah Persatuan
Pemuliharaan Tuntung, Kura–Kura dan Penyu Malaysia. Persatuan ini juga telah
didaftar melalui nombor rujukan PPM-001-11-10062011. Kini, persatuan ini diiktiraf
sebagai sebuah persatuan Kebangsaan di Malaysia.

6.0) OBJEKTIF PERSATUAN


Persatuan ini mempunyai pelbagai objektif bagi memastikan usaha memulihara
penyu ini Berjaya antaranya termasuklah:
1. Menjalankan penyelidikan mengenai biologi dan ekologi penyu di Malaysia dan
menyebarkan hasil penyelidikan melalui penerbitan, seminar tempatan,
antarabangsa dan persidangan.
2. Memastikan pemulihan populasi penyu dijayakan di Malaysia dengan
memulakan dan meningkatkan usaha ke arah pemuliharaan populasi tersebut
terutamanya spesies yang semakin terancam.
3. Memupuk rasa kesedaran dan mengambil berat terhadap hidupan liar di
kalangan orang ramai dengan mengetengahkan profile penyu di Malaysia
melalui pameran, kempen kesedaran awm, program pendidikan, pengeluaran
dan pengedaran bahan – bahan pendidikan.
4. Memberikan perkhidmatan professional / perunding dalam bidang
pemuliharaan penyu, pengurusan dan penyelidikan kepada agensi–agensi
tempatan, serantau dan antarabangsa.

7.0) AKTIVITI YANG DILAKSANA


Sepanjang penubuhan persatuan ini sejak tahun 2011, pelbagai aktviti telah
diljankankan dalam usaha memulihara spesies penyu, tuntung dan kura–kura di
Malaysia. Kebanyakan kegiatan yang dijalankan banyak bertumpu di Terengganu
memandangkan mereka berpusat di Terengganu dan negeri tersebut yang
sememangnya terkenal dengan pelbagai spesies penyu.
Antara aktiviti tersebut termasuklah program kesedaran tentang penyu yang
dibahagikan kepadai 5 siri bagi kempen tersebut. Ianya dijalankan kepada pelajar
berusia 10 dan 11 tahun dengan harapan pendedahan awal ini dapat meningkatkan
kesedaran mereka pada masa akan datang. Selain itu, mereka turut menjalankan
aktiviti pemuliharaan tuntung dengan melibatkan orang tempatan bagi membantu

3
mereka dalam usaha memastikan bilangan tuntung tersebut tidak berkurangan.
(Rujuk lampiran 1) Program ini dijalankan di Sungai Setiu, Terengganu. Pihak
persatuan ini turut melepaskan tuntung di Sungai Setiu dan melihat perkembangan
mereka membiak di kawan liar. Setelah 5 tahun, usaha mereka membuahkan hasil
apabila tuntung yang dilepaskan berjaya membesar dan membiak di kawasan
tersebut.
Pihak persatuan ini turut menyediakan poster bagi kempen kesedaran tentang
kepupusan haiwan–haiwan ini. (Rujuk lampiran 2). Poster ini dihasilkan bagi 5 siri
program kempen kesedaran yang diadakan di sekolah–sekolah yang terpilih di
Kuala Terengganu. Namun begitu, pihak sekolah atau mana–mana pihak yang
ingin menggunakan poster ini memohon penggunaan poster ini melalui laman web
persatuan ini. Poster yang dihasilkan termasuklah poster tentang cara–cara untuk
menyelamatkan tuntung dan penyu, bahaya yang dihadapi oleh haiwan ini dan
sebagainya.

8.0) DANA DAN PENGURUSAN KEWANGAN


Persatuan Pemuliharaan Tuntung, Kura–Kura dan Penyu ini mendapatkan
sumber kewangannya melalui pelbagai sumber antaranya termasuklah derma yang
dijalankan melalui laman web rasmi persatuan ini. Menurut perlembagaan
persatuan ini dana yang dikumpul adalah melalui bayaran yuran tahunan, yuran
pendaftaran. Selepas itu, dana juga dikumpul melalui sumbangan dari pihak luar,
hasil jualan dari barang–barang cenderahati yang dijual teutamanya melalui laman
web rasmi mereka. (Rujuk Lampiran 3). Bukan itu sahaja, mereka turut
mendapatkan dana dan tajaan dari pihak yang bekerjasama dengan pihak
persatuan. Hal ini dapat dilihat melalui beberapa projek yang telah dijalankan.
Salah satu projek tersebut termasuklah Projek Meningkatkan Bilangan
Tuntung sungai di Terengganu, Malaysia. Fasa pertama projek ini dijalankan pada
tahun 2010 bermula dari bulan Januari sehingga hujung Disember 2010. Fasa
seterusnya merupakan fasa pemerhatian dan pengumpulan data tuntung yang
dilepaskan di sungai berkenaan. Dana utama bagi projek ini datang daripada
United States Fish and Wildlife Service. Selain itu, Persatuan Pemuliharaan
Tuntung, Kura-Kura dan Penyui ni turut mendapatkan dana daripada Turtle
Conservation Fund (TCF) dan Turtle Survival Alliance (TSA). Pada tahun kedua
dan ketiga projek ini dijalankan, kebanyakan sumbangan diperoleh dari Mohamed
bin Zayed Species Conservation Fund dan Turtle Conservation Fund. Pada tahun
keempat projek ini iaitu pada tahun 2014, dana diperoleh dari CIMB Foundation
yang menaja keperluan projek sepanjang tahun tersebut.

4
Dengan adanya bantuan daripada syarikat luar, persatuan luar dan
peruntukan yang diperolehi dari dana persatuan terbabit, aktiviti tersebut dapat
dijalankan dengan lancar sepanjang 7 tahun. Manakala, penyelidikan tersebut
berjalan iaitu bermula dari tahun 2010 sehinga 2016 serta membuahkan hasil yang
memberangsangkan (Rujuk Lampiran 4). Di dalam perlembagaan Persatuan
Pemuliharaan Tuntung, Kura-Kura dan Penyu ini ada dinyatakan tentang
penggunaan wang dana dari persatuan tersebut dan dinyatakan bahawa
penggunaan wang persatuan tidak boleh melebihi RM 10,000 –RM 15,000 dalam
jangka masa yang pendek. Menurut Cik Chan Pelf Nyok, dengan adanya bantuan
dari tajaan, dana dan sumbangan dari pihak luar, projek memulihara tuntung ini
dapat dijalankan dengan lancar tanpa sebarang masalah yang mengganggu projek
tersebut sepanjang tempoh 7 tahun pelaksanaannya. Tajaan yang diberikan bukan
sahaja dalam bentuk wang malah sumbangan mikrocip turut diperolehi oleh pihak
persatuan secara tidak langsung mengurangkan kos yang perlu ditanggung oleh
pihak persatuan sepanjang 7 tahun projek ini dilaksanakan.
Menurut Cik Chan Pelf Nyok, meskipun bagi aktiviti ini mereka mendapat
bantuan dana yang mencukupi namun terdapat juga beberapa kekangan bagi
menjalankan aktiviti lainy yang membuktikan bahawa pengurusan kewangan
merupakan aspek yang paling penting dalam usaha memastikan persatuan ini
dapat meneruskan usaha pemuliharaan haiwan–haiwan ini. Tambahan lagi, pada
zaman kegawatan ekonomi kini, persatuan ini tidak dapat melakukan aktiviti yang
berkos tinggi sebaliknya mereka hanya menumpukan kepada aktiviti dan program
yang melibatkan kos yang tidak terlampau membebankan seperti kempen
kesedaran, seminar dan sebagainya. Namun usaha berterusan masih dijalankan
oleh persatuan ini dengan membantu serta bekerjasama dengan pihak–pihak luar.

9.0) ANALISIS SWOT

9.1 KEKUATAN
Kekuatan yang boleh dilihat dalam mengumpulkan dana untuk kegunaan
persatuan, disebabkan persatuan ini adalah persatuan yang melibatkan kerajaan
negeri dan juga usaha-usaha yang dijalankan di dalam persatuan ini amat selari
dengan hasrat kerajaan negeri Terengganu. Contohnya seperti yang telah
dimaklumkan sebelum ini, Dana utama bagi projek ini datang daripada United
States Fish and Wildlife Service. Selain itu, Persatuan Pemuliharaan Tuntung,
Kura-Kura dan Penyu ini turut mendapat dana daripada Turtle Conservation Fund
(TCF) dan Turtle Survival Alliance (TSA). Pada tahun kedua dan ketiga projek ini

5
dijalankan, kebanyakan sumbangan diperoleh dari Mohamed bin Zayed Species
Conservation Fund dan Turtle Conservation Fund. Pada tahun keempat projek ini
iaitu pada tahun 2014, dana diperoleh dari CIMB Foundation yang menaja
keperluan projek sepanjang tahun tersebut. Oleh itu ini adalah kekuatan utama
mereka dalam menguruskan kewangan persatuan.

9.2 KELEMAHAN
Kelemahan yang dkenalpasti dalam persatuan ini adalah dalam menguruskan
penjanaan kewangan walaupun mendapat penajaan yang banyak daripada
pelbagai pihak. Hal ini kerana dana yang diberikan tersebut perlulah digunakan
untuk jangka masa panjang. Manakala, dalam perlembagaan Persatuan
Pemuliharaan Tuntung, Kura-Kura dan Penyu ini ada dinyatakan tentang
penggunaan wang dana dari persatuan tersebut dan dinyatakan bahawa
penggunaan wang persatuan tidak boleh melebihi RM10,000–RM15,000 dalam
jangka masa yang pendek. Dengan kelemahan ini ia sedikit sebanyak menggangu
persatuan untuk menjana kewangan dengan lebih banyak terutamanya bagi
tenaga kerja. Dana juga tidak dapat dijanakan sekiranya ada pihak yang masih
tidak mempunyai kesedaran akan haiwan-haiwan tersebut.

9.3 PELUANG
Terdapat banyak peluang yang telah digunakan oleh persatuan ini untuk
memaksimumkan penjanaan kewangan mereka. Mereka mungkin boleh
mengadakan bengkel berbayar tentang pemuliharaan tuntung, kura-kura dan
penyu. Dengan cara ini ia sedikit sebanyak dapat memberikan nilai tambah untuk
kewangan persatuan. Selain itu, persatuan ini juga boleh mencipta koperasi yang
menjual pelbagai keperluan, cendermata yang berkaitan dengan persatuan dan di
jual kepada orang ramai mahupun pelancong yang datang. Dengan hasil penjualan
cenderamata itu, ia akan memberikan keuntungan yang berterusan kepada
persatuan tersebut. Cenderamata tersebut seperti perlulah bertemakan kura-kura,
baju bertemakan penyu, “kay-chain”dan sebagainya. Dengan wujudnya koperasi
ini, ia akan menarik ramai pelabur yang ingin berkongsi saham dengan koperasi
pertubuhan tersebut, oleh itu, lama kelamaan ia akan dapat menjana kewangan
dengan skala yang besar.

6
9.4 ANCAMAN
Ancaman yang di terima apabila mereka menyatakan penggunaan wang
persatuan tidak boleh melebihi RM 10,000–RM 15,000 dalam jangka masa yang
pendek, disebabkan kelemahan ini ancaman persatuan untuk menjalankan
seminar dan aktiviti yang berskala besar bagi menarik lebih ramai pengunjung
untuk menjalankan sesuatu aktiviti tersebut akan berkurang. Mereka juga tidak
sanggup membayar untuk menyertai bengkel aktiviti yang dilihat kerana
beranggapan seperti tidak bersifat eksklusif dan hanya berskala kecil. Apabila
kekurangan dana untuk menjalankan program ataupun aktiviti, persatuan ini juga
akan sukar untuk mengumpul dana daripada pengunjung dan perserta semasa
sesuatu bengkel diadakan.

9.5 CADANGAN
Mempelbagaikan lagi cara jualan serta produk jualan bagi persatuan. Dengan
membuat kepelbagaian ini, pembeli akan lebih tertarik untuk memberi kerana ada
banyak piihan. Pihak persatuan juga boleh mengadakan kempen dan juga seminar
permulaan secara percuma, dan bengkel seterusnya peserta perlu membayar
untuk meneruskan sesuatu seminar tersebut. Dengan cara ini ia sedikit sebanyak
akan menarik minat murid dahulu dan seterusnya mereka akan berasa teruja untuk
menyertai bengkel seterusnya dan membayar yuran yang dikenakan. Cadangan
yang terakhir adalah menarik lebih ramai pelabur dan juga penajaan dari pelbagai
pihak termasuklah kerajaan negeri.Hal ini kerana melalui persatuan ini mereka
memulihara satu ikon bagi negeri tersebut iaitu Terengganu. Ini amat perlu bagi
menarik perhatian pelancong dari luar negara untuk datang ke Malaysia untuk
belajar cara memulihara tuntung, penyu dan kura-kura.

10.0) KESIMPULAN
Pengumpulan dana serta pengurusan kewangan merupakan satu elemen
yang penting bagi memastikan kelancaran persatuan tersebut. Tanpa pengurusan
kewangan yang baik, persatuan tersebut tidak akan dapat melaksanakan sebarang
aktiviti tahunan yang telah dirancang dan secara tidak langsung membawa kepada
kelumpuhan sistem persatuan tersebut. Berdasarkan kajian, dapat dilihat bahawa
persatuan tersebut mempelbagaikan cara untuk menjana sumber kewangan. Dapat
disimpulkan disini bahawa setiap persatuan perlulah bertindak proaktif dan bijak
dalam mengukuhkan sumber kewangan sesebuah kelab mengikut perlembagaan
persatuan yang ditetapkan.

7
11.0) RUJUKAN

Conserving the Nature of America, https://www.fws.gov/ 10 Mac 2019 Sea Turtle

Conservation, Research, Education, and Involvement, http://www.juaraturtleproject.com/

Turtle Conservation Fund, http://www.turtleconservationfund.org/ 18 MAC 2019

Turtle Conservation Society, http://www.turtleconservationsociety.org.my/ 19 Mac 2019

https://www.freemalaysiatoday.com/category/leisure/2017/05/23/nak-tahu-pasal-penyu-jom-
ke-galeri-tuntung-di-kemaman/ diakses pada 19/3/2019, 4.35p.m.

https://www.sinarharian.com.my/article/7620/EDISI/Terengganu/Penggunaan-taut-ancam-
tuntung diakses pada 19/3/2019, 6.00p.m.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/01/412024/taut-ancam-tuntung diakses pada


20/3/2019, 6.00p.m.

https://www.turtleconservationsociety.org.my/ diakses pada 20/3/2019, 7.00p.m.

http://www.optionstheedge.com/topic/people/cover-story-dr-chen-pelf-nyok-co-founder-turtle-
conservation-society-malaysia diakses pada 20/3/2019, 7.30p.m.

8
LAMPIRAN

LAMPIRAN 1

LAMPIRAN 2

9
LAMPIRAN 3

LAMPIRAN 4

10

You might also like