Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 20

DAYA DAN GERAKAN

2.1 PETA KONSEP

15
[Halaman ini sengaja dibiarkan kosong.]

16
2.2 NOTA MURID
2.2.1 Menganalisis 1. Jarak ialah
gerakan linear

2. Sesaran ialah

3. Laju ialah

Formula untuk laju ialah:

4. Halaju ialah

Formula untuk halaju ialah:

5. Pecutan ialah

Formula untuk pecutan ialah:

6. Nyahpecutan berlaku apabila

7. Persamaan-persamaan gerakan berikut boleh digunakan untuk


menyelesaikan masalah gerakan linear sesuatu objek:

2.2.2 Menganalisis graf 8. Suatu gerakan boleh diwakilkan dengan menggunakan graf sesaran-
gerakan masa dan graf halaju-masa.

17
9. Graf sesaran-masa boleh menerangkan pergerakan suatu objek:

10. Dengan menggunakan graf sesaran-masa kuantiti:


Jarak/Sesaran

Halaju

11. Graf halaju-masa boleh menerangkan pergerakan suatu objek:

12. Dengan menggunakan graf halaju-masa kuantiti:


Jarak/Sesaran

Pecutan

2.2.3 Memahami inersia 13. Inersia ialah

Jika objek:
dalam inersia objek akan cuba
keadaan
pegun
sedang inersia objek akan cuba
bergerak

18
2.2.4 Menganalisis 14. Momentum ialah
momentum

Formula untuk momentum ialah:

15. Prinsip Keabadian Momentum menyatakan bahawa dalam suatu


sistem yang tertutup,

2.2.5 Memahami kesan 16. Apabila daya-daya yang bertindak ke atas suatu objek berada dalam
daya keseimbangan

17. Hukum Gerakan Newton Pertama menyatakan bahawa

18. Apabila daya-daya yang bertindak ke atas suatu objek tidak berada
dalam keseimbangan

19. Hukum Gerakan Newton Kedua menyatakan bahawa

Hukum di atas dapat diwakili oleh rumus berikut:

2.2.6 Menganalisis impuls 20. Impuls ialah


dan daya impuls

Formula untuk impuls berikut:

21. Daya impuls ialah

Formula untuk daya impuls berikut:

22. Masa pelanggaran mempengaruhi daya impuls:

19
2.2.7 Menyedari 23. Antara ciri-ciri keselamatan pada kenderaan ialah:
kepentingan ciri-ciri Komponen Bagaimana ia mengurangkan impak kepada
keselamatan kenderaan pemandu / penumpang
zon remuk

beg udara

tali keledar

penyandar
kepala

2.2.8 Memahami daya 24. Objek jatuh ke bumi kerana


graviti

25. Medan graviti ialah

26. Kekuatan medan graviti ialah

Formula untuk kekuatan medan graviti ialah:

27. Berat ialah

Formula untuk berat ialah:

2.2.9 Menganalisis 28. Daya paduan ialah


keseimbangan daya

20
2.2.10 Memahami kerja, 29. Kerja ialah
tenaga dan kuasa

Formula untuk kerja ialah:

30. Menurut formula di atas, tiada kerja dilakukan jika


a)

b)

31. Apabila kerja dilakukan

32. Tenaga kinetik ialah

Formula untuk tenaga kinetik ialah:

33. Tenaga keupayaan graviti ialah

Formula untuk tenaga keupayaan graviti ialah:

34. Prinsip Keabadian Tenaga menyatakan bahawa

35. Kuasa ialah

Formula untuk kuasa ialah:

36. Kecekapan ialah

Formula untuk kecekapan ialah:

21
2.2.11 Menghargai 37. Kepentingan memaksimumkan kecekapan ialah:
kepentingan a)
memaksimumkan
kecekapan alat
b)

c)

2.2.12 Memahami 38. Kekenyalan ialah


kekenyalan

39. Hukum Hooke menyatakan bahawa

40. Tenaga keupayaan kenyal ialah

Formula untuk tenaga keupayaan kenyal ialah:

41. Faktor-faktor yang mempengaruhi kekenyalan ialah:


Faktor Huraian

22
2.3 AKTIVITI
2.3.1 KE GARISAN! SEDIA! MULA!
Konsep Fizik jarak, sesaran, laju, halaju, pecutan, nyahpecutan, graf sesaran-masa, graf
halaju-masa
Cakupan Objektif 2.1 menganalisis gerakan linear
Pembelajaran 2.2 menganalisis graf gerakan
Cadangan Masa 320 minit (2 minggu)
EMK
Sumber Salters Horners Advanced Physics for Edexcel AS Physics (muka surat 4-12)
Aktiviti 1. Aktiviti luar (80 minit)
1.1 Lampiran 1: Cadangan Pelaksanaan Pengajaran Tematik 2.3.1

2. Aktiviti kelas (80 minit)


2.1 Analisis data dan perbincangan mengenai Aktiviti 1

3. Amali (80 minit)


3.1 Menggunakan pita detik dan jangka masa detik untuk menganalisis
gerakan.

4. Aktiviti kelas (80 minit)


4.1 Analisis data dan perbincangan mengenai Aktiviti 3
4.2 Melengkapkan 2.2.1 dan 2.2.2
2.3.2 LEBIH KUASA!
Konsep Fizik inersia, jisim, Hukum Gerakan Newton Pertama, momentum, prinsip keabadian
momentum, perlanggaran, letupan, keseimbangan daya, daya bersih, Hukum
Gerakan Newton Kedua, daya paduan, impuls, daya impuls, kerja, tenaga kinetik,
prinsip keabadian tenaga, kuasa, kecekapan
Cakupan Objektif 2.3 memahami inersia
Pembelajaran 2.4 menganalisis momentum
2.5 memahami kesan daya
2.6 menganalisis impuls dan daya impuls
2.7 menyedari kepentingan ciri-ciri keselamatan kenderaan
2.10 memahami kerja, tenaga dan kuasa
2.11 menyedari kepentingan memaksimumkan kecekapan alat
Cadangan Masa 960 minit (6 minggu)
+540 minit
EMK Bahasa, Keusahawanan, TMK
Sumber Internet, Video
Aktiviti 1. Aktiviti kelas (80 minit)
1.1 Membincangkan konsep inersia menggunakan contoh-contoh harian:
Pemandu F1, lori kontena, dll.

2. Amali (80 minit)


2.1 Lampiran 2: Menyiasat hubungan antara inersia dan jisim.
2.2 Melengkapkan 2.2.3

3. Penulisan laporan amali (+120 minit)


3.1 Lampiran 2: Menyiasat hubungan antara inersia dan jisim.
3.2 Menulis laporan amali.

23
4. Aktiviti luar (80 minit)
4.1 Lampiran 3: Cadangan Pelaksanaan Pengajaran Tematik 2.3.2

5. Aktiviti kelas (15 minit)


5.1 Perbincangan mengenai Aktiviti 4. Fokus kepada OP 2.4.

6. Amali (65 minit)


6.1 Lampiran 4: Mengesahkan jumlah momentum dalam sistem tertutup
adalah malar.
6.2 Melengkapkan 2.2.4

7. Amali (60 minit)


7.1 Lampiran 5: Menyiasat hubungan di antara daya dan pecutan ATAU
Lampiran 7: Menyiasat hubungan di antara jisim dan pecutan.

8. Aktiviti kelas (20 minit)


8.1 Perbincangan mengenai Aktiviti 4 dan Aktiviti 7. Fokus kepada OP 2.5.
8.2 Melengkapkan 2.2.5

9. Penulisan laporan amali (+120 minit)


9.1 Lampiran 5: Menyiasat hubungan di antara daya dan pecutan ATAU
Lampiran 7: Menyiasat hubungan di antara jisim dan pecutan.
9.2 Menulis laporan amali.

10. Aktiviti kelas (160 minit)


10.1 Membincangkan impuls dan daya impuls menggunakan contoh-
contoh harian: ujian perlanggaran, lesung batu, raket tenis, dll.
10.2 Melengkapkan 2.2.6

11. Aktiviti kelas (80 minit)


11.1 Menganalisis dan membincangkan video ujian pelanggaran.

12. Penulisan artikel (+180 minit)


12.1 Menulis satu artikel mengenai ciri-ciri keselamatan pada kenderaan.
12.2 Melengkapkan 2.2.7

13. Aktiviti luar (80 minit)


13.1 Lampiran 3: Cadangan Pelaksanaan Pengajaran Tematik 2.3.2

14. Aktiviti kelas (80 minit)


14.1 Perbincangan Aktiviti 13. Fokus kepada OP 2.10 dan OP 2.11.
14.2 Perbincangan murid mengenai pengubahsuaian yang meningkatkan
kecekapan roket air.

15. Aktiviti kumpulan (80 minit) (+120 minit)


15.1 Penyediaan bahan-bahan untuk pengubahsuaian. [Luar kelas]
15.2 Aktiviti pengubahsuaian roket air.

16. Aktiviti luar (50 minit)


16.1 Ujian pelancaran roket air yang telah diubahsuai semasa Aktiviti 15.

24
17. Aktiviti kelas (30 minit)
17.1 Melengkapkan 2.2.10 dan 2.2.11
2.3.3 MEMANJAT LEBIH TINGGI!
Konsep Fizik keseimbangan daya, daya bersih, pecutan graviti, medan graviti, berat, tenaga
keupayaan, kekenyalan, Hukum Hooke
Cakupan Objektif 2.8 memahami daya graviti
Pembelajaran 2.9 menganalisis keseimbangan daya
2.10 memahami kerja, tenaga dan kuasa
2.12 memahami kekenyalan
Cadangan Masa 640 minit (4 minggu)
+120 minit
EMK Bahasa
Sumber Salters Horners Advanced Physics for Edexcel AS Physics (muka surat 17-27)
Aktiviti 1. Aktiviti luar (80 minit)
1.1 Peristiwa bercanggah: graviti tidak dipengaruhi oleh jisim objek.
1.2 Situasi yang menunjukkan keseimbangan daya.

2. Aktiviti kelas (240 minit)


2.1 Perbincangan mengenai Aktiviti 1.
2.2 Melengkapkan 2.2.8 dan 2.2.9

3. Penerokaan (80 minit)


3.1 Lampiran 6: Penakluk Bukit

4. Amali (80 minit)


4.1 Lampiran 7: Menyiasat hubungan antara daya dan pemanjangan
spring.

5. Penulisan laporan amali (+120 minit)


5.1 Lampiran 7: Menyiasat hubungan antara daya dan pemanjangan
spring.
5.2 Menulis laporan amali.

6. Aktiviti kelas (80 minit)


6.1 Perbincangan mengenai Aktiviti 3 dan Aktiviti 4.
6.1 Aktiviti untuk mengkaji faktor yang mempengaruhi kekenyalan.

7. Aktiviti kelas (80 minit)


7.1 Melengkapkan 2.2.10 dan 2.2.12

25
[Halaman ini sengaja dibiarkan kosong.]

26
LAMPIRAN 1: CADANGAN PELAKSANAAN PENGAJARAN TEMATIK 2.3.1
Persediaan

Pecahkan murid kepada beberapa kumpulan dengan tugas-tugas berikut:

KUMPULAN ARAHAN
A. ‘OBJEK’ bergerak satu arah: Stesen A-B-C-D-E, Titik sifar di A
1. Setiap ahli kumpulan akan dibekalkan dua jam randik yang telah diset semula
kepada sifar.
2. Seorang ahli kumpulan akan diletakkan di setiap stesen kecuali stesen
permulaan (Stesen A).
3. Apabila arahan ‘SEDIA’ diberikan, semua ahli kumpulan hendaklah bersedia
untuk memulakan catatan masa pada kedua-dua jam randik. Apabila arahan
‘MULA’ atau apabila wisel dibunyikan, jam randik hendaklah dimulakan.
4. Apabila ‘OBJEK’ melepasi stesen, hentikan jam randik pertama.
5. Jika ‘OBJEK’ berhenti di stesen, hentikan jam randik pertama. Apabila ‘OBJEK’
meninggalkan stesen, hentikan jam randik yang kedua.

B. ‘OBJEK’ bergerak satu arah: Stesen A-B-C-D-E, Titik sifar di C


1. Setiap ahli kumpulan akan dibekalkan dua jam randik yang telah diset semula
kepada sifar.
2. Seorang ahli kumpulan akan diletakkan di setiap stesen kecuali stesen
permulaan (Stesen A).
3. Apabila arahan ‘SEDIA’ diberikan, semua ahli kumpulan hendaklah bersedia
A untuk memulakan catatan masa pada kedua-dua jam randik. Apabila arahan
‘MULA’ atau apabila wisel dibunyikan, jam randik hendaklah dimulakan.
4. Apabila ‘OBJEK’ melepasi stesen, hentikan jam randik pertama.
5. Jika ‘OBJEK’ berhenti di stesen, hentikan jam randik pertama. Apabila ‘OBJEK’
meninggalkan stesen, hentikan jam randik yang kedua.

A. ‘OBJEK’ berpatah balik: Stesen C-D-E-D-C, Titik sifar di C


1. Setiap ahli kumpulan, kecuali ahli kumpulan yang akan bertugas di stesen C,
akan dibekalkan dua jam randik yang telah diset semula kepada sifar. Ahli
kumpulan yang bertugas di stesen C akan dibekalkan sebuah jam randik sahaja.
2. Seorang ahli kumpulan akan diletakkan di setiap stesen.
3. Apabila arahan ‘SEDIA’ diberikan, semua ahli kumpulan hendaklah bersedia
untuk memulakan catatan masa pada kedua-dua jam randik. Apabila arahan
‘MULA’ atau apabila wisel dibunyikan, jam randik hendaklah dimulakan.
4. Apabila ‘OBJEK’ melepasi stesen, hentikan jam randik pertama.
5. Jika ‘OBJEK’ berhenti di stesen, hentikan jam randik pertama. Apabila ‘OBJEK’
meninggalkan stesen, hentikan jam randik yang kedua.
1. 6. Ahli kumpulan yang bertugas di stesen C akan menghentikan jam randik
apabila ‘OBJEK’ kembali ke stesen C.
Kumpulan ini bertugas untuk merekodkan jumlah pergerakan ‘OBJEK’ dengan mengira
B
jumlah stesen yang dilalui oleh ‘OBJEK’
Kumpulan bertugas untuk menentukan jarak ‘OBJEK’ dan arah ‘OBJEK’ daripada titik
C
sifar setiap kali ‘OBJEK’ melepasi stesen.
Kumpulan A ialah kumpulan penjaga masa. Kumpulan B ialah kumpulan yang menghitung jarak yang
dilalui ‘OBJEK’. Kumpulan ialah kumpulan yang menghitung sesaran ‘OBJEK’.

27
Aktiviti

1. Empat sesi permainan akan dilaksanakan yang mewakili pergerakan dalam graf sesaran-masa seperti
berikut:

SESI A B

GRAF
SESARAN-
MASA

SESI C D

GRAF
SESARAN-
MASA

2. Cadangan jadual untuk merekod data

KUMPULAN JADUAL DATA


Stesen Jam Randik 1 / s Jam Randik 2 / s
A 5 -
A
B 10 15
... ... ...
No Stesen
1 A (mula)
B
2 B
... ...
No Titik Sifar Stesen Semasa Arah
1 D Positif
A
2 C E Positif
... ... ...

Spesifikasi
Jarak antara stesen ialah 4 meter.
Tempoh masa paling ideal ialah 5 saat (satu ribu satu, ..., satu ribu lima).

28
LAMPIRAN 2: AMALI

Tujuan: Menyiasat hubungan di antara jisim dan inersia.

Masalah: Bagaimana jisim sesuatu objek mempengaruhi inersia objek tersebut?

Arahan

A. Perancangan (15 minit)

Rancang satu penyiasatan bagi persoalan di atas.

Sebagai panduan, berikut merupakan langkah-langkah bagi menjalankan penyiasatan tersebut:

a) Apakah inferens yang boleh dibuat daripada masalah di atas?

b) Apakah hipotesis yang hendak diuji?

c) Apakah pembolehubah-pembolehubah yang terlibat dalam penyiasatan ini?

d) Apakah bahan dan radas yang diperlukan? Alat pengukuran manakah yang akan digunakan?

e) Bagaimana penyiasatan tersebut dilaksanakan? Bagaimana data diperoleh dan disusun? Apakah
analisis yang perlu dibuat untuk mencapai kesimpulan penyiasatan?

f) Apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk memastikan penyiasatan berjalan lancar, pengukuran
yang dibuat bebas daripada ralat serta persis dan jitu?

B. Pelaksanaan (50 minit)

Laksanakan penyiasatan berdasarkan perancangan yang telah dibuat.

C. Laporan Penyiasatan

Sediakan laporan amali berdasarkan format berikut:

a) Tujuan eksperimen

b) Pernyataan masalah

c) Inferens

d) Hipotesis

e) Senarai pembolehubah

f) Bahan dan radas

g) Prosedur

h) Hasil dan analisis

i) Kesimpulan

29
LAMPIRAN 3: CADANGAN PELAKSANAAN PENGAJARAN TEMATIK 2.3.2

Persediaan
1. Sediakan tiga model kereta yang sama dengan spesifikasi berikut:
a) Kereta A dikuasakan dengan bateri 1.5 V.
b) Kereta B dan C dikuasakan dengan bateri 3.0 V.
c) Kereta A dan B mempunyai jisim yang sama.
d) Kereta C mempunyai jisim sekurang-kurangnya 25% lebih banyak daripada Kereta A dan B.
2. Sediakan dua landasan untuk kereta bergerak.
3. Sediakan model roket air dan pelancar.
4. Sediakan sebuah troli kecil atau kotak beroda dan tiga pemberat yang sama saiz dan jisim.

Aktiviti
A. Menyiasat momentum
1. Kereta A dan Kereta B diletakkan di landasan dan dibiarkan bergerak.
2. Murid diminta memerhatikan pergerakan Kereta A dan Kereta B.
3. Sesi perbincangan selepas aktiviti.

B. Menyiasat gerakan roket air


1. Pasang roket air pada pelancar.
2. Pam angin ke dalam roket air. Pastikan murid memerhatikan segala perbuatan guru.
3. Pastikan murid berada pada jarak yang selamat sebelum melepaskan klip pelancar pada roket
air. Lancarkan apabila murid telah bersedia untuk memerhatikan pergerakan roket air keluar
daripada pelancar.
4. Ulang Langkah 1-3 tetapi dengan menambah tekanan atau air di dalam roket air.
5. Sesi perbincangan selepas aktiviti

C. Menyiasat kesan daya


1. Masukkan semua pemberat ke dalam troli.
2. Minta dua orang murid untuk menarik atau menolak troli tersebut dengan perlahan secara
bergilir-gilir.
3. Minta kedua-dua murid tadi untuk menarik atau menolak troli tersebut dengan perlahan pada
masa yang sama.
4. Masukkan satu pemberat ke dalam troli.
5. Minta beberapa murid untuk menarik atau menolak troli tersebut dengan perlahan secara bergilir-
gilir.
6. Masukkan semua pemberat ke dalam troli dan ulang Langkah 5.
7. Minta murid untuk menerangkan pengalaman mereka apabila menolak troli tersebut dan
membuat perbandingan di antara kedua-dua situasi.

30
LAMPIRAN 4: AMALI

Tujuan: Mengesahkan jumlah momentum dalam sistem tertutup adalah malar.

Masalah: Adakah jumlah momentum dalam sistem tertutup malar?

Arahan

A. Perancangan (20 minit)

Rancang satu penyiasatan bagi persoalan di atas.

Sebagai panduan, berikut merupakan langkah-langkah bagi menjalankan penyiasatan tersebut:

a) Apakah inferens yang boleh dibuat daripada masalah di atas?

b) Apakah hipotesis yang hendak diuji?

c) Apakah pembolehubah-pembolehubah yang terlibat dalam penyiasatan ini?

d) Apakah bahan dan radas yang diperlukan? Alat pengukuran manakah yang akan digunakan?

e) Bagaimana penyiasatan tersebut dilaksanakan? Bagaimana data diperoleh dan disusun? Apakah
analisis yang perlu dibuat untuk mencapai kesimpulan penyiasatan?

f) Apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk memastikan penyiasatan berjalan lancar, pengukuran
yang dibuat bebas daripada ralat serta persis dan jitu?

B. Pelaksanaan (50 minit)

Laksanakan penyiasatan berdasarkan perancangan yang telah dibuat.

C. Laporan Penyiasatan

Sediakan laporan amali berdasarkan format berikut:

a) Tujuan eksperimen

b) Pernyataan masalah

c) Inferens

d) Hipotesis

e) Senarai pembolehubah

f) Bahan dan radas

g) Prosedur

h) Hasil dan analisis

i) Kesimpulan

31
LAMPIRAN 5: AMALI

Ingat kembali aktiviti melibatkan roket air dan troli pada kelas yang lepas:
Pilih salah satu daripada dua Masalah berikut:

A) Tujuan: Menyiasat hubungan di antara daya dan pecutan.

Masalah: Apa yang berlaku kepada pecutan troli apabila daya yang dikenakan bertambah?

B) Tujuan: Menyiasat hubungan di antara jisim dan pecutan.

Masalah: Bagaimana jisim sesuatu objek mempengaruhi pecutan objek tersebut?

Arahan

A. Perancangan (10 minit)

Rancang satu penyiasatan bagi persoalan di atas.

Sebagai panduan, berikut merupakan langkah-langkah bagi menjalankan penyiasatan tersebut:

a) Apakah inferens yang boleh dibuat daripada masalah di atas?

b) Apakah hipotesis yang hendak diuji?

c) Apakah pembolehubah-pembolehubah yang terlibat dalam penyiasatan ini?

d) Apakah bahan dan radas yang diperlukan? Alat pengukuran manakah yang akan digunakan?

e) Bagaimana penyiasatan tersebut dilaksanakan? Bagaimana data diperoleh dan disusun? Apakah
analisis yang perlu dibuat untuk mencapai kesimpulan penyiasatan?

f) Apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk memastikan penyiasatan berjalan lancar, pengukuran
yang dibuat bebas daripada ralat serta persis dan jitu?

B. Pelaksanaan (50 minit)

Laksanakan penyiasatan berdasarkan perancangan yang telah dibuat.

C. Laporan Penyiasatan

Sediakan laporan amali berdasarkan format berikut:

a) Tujuan eksperimen f) Bahan dan radas

b) Pernyataan masalah g) Prosedur

c) Inferens h) Hasil dan analisis

d) Hipotesis i) Kesimpulan

e) Senarai pembolehubah
32
LAMPIRAN 6: PENAKLUK BUKIT

Rajah 1: Bungee jumping (kiri) dan rock climbing (kanan).

Langkah diatur sebaiknya. Sebelum tangan berpaut pada celahan batu dan kaki menemui tempat
berpijak yang sesuai, perasaan cemas pasti terasa. Walaupun badan sudah dilengkapi dengan peralatan
keselamatan canggih dan tahan lasak, silap langkah tergelincir, badan atau mungkin kepala boleh
terhentak pada batu kapur di depannya. Namun, semangat untuk meneruskan cabaran yang menguji
keberanian, fizikal dan mental, setiap langkah diatur sebaiknya.

Sesekali mata memandang ke bawah dan tanpa disedari, rupa-rupanya penulis berada di
ketinggian 70 meter. Dalam keadaan gayat itu, penulis duduk sejenak di lereng bukit batu kapur sambil
menikmati kehijauan alam semula jadi dengan angin sepoi-sepoi bahasa yang bertiup lembut cukup
mendamaikan. Keletihan mendaki lereng bukit batu kapur dan kesakitan yang dirasai bagai berlalu begitu
saja. Terasa tenang dengan pemandangan luas kehijauan alam semula jadi.

Suliata Asri, Badan tergantung di lereng bukit.

Harian Metro, 25 Mei 2017.

Sukan daki tembok atau rock climbing dalam petikan di atas berbeza dengan sukan-sukan atas
padang dan trek seperti lari pecut. Bagaimana sukar atau mustahil suatu pergerakan dalam mendaki di
antara celahan batu-batu curam dan tajam, daya-daya yang bertindak ke atas pendaki tersebut sentiasa
berada dalam keseimbangan yang memastikan kedudukan pendaki stabil. Tali-tali yang berpaut pada
tubuh pendaki, berat pendaki serta daya yang menarik tangan semasa berpaut pada tebing menghasilkan
daya paduan sifar semasa pendaki dalam keadaan pegun berpuluh meter dari permukaan tanah. Sudah
tentu ada masanya pendaki tidak berada dalam keadaan keseimbangan daya: semasa melakukan
pergerakan – atau terjatuh!

Tali-tali yang digunakan semasa mendaki sudah tentu perlu kuat untuk menampung berat pendaki.
Jika terjatuh, tali-tali ini juga perlu cukup kuat untuk menentang daya graviti yang menarik tubuh ke Bumi.
Tali ini tidak boleh terlalu tegar (tidak dapat dilenturkan atau keras) yang boleh mencederakan pendaki
yang terjatuh dan juga tidak boleh terlalu kenyal sehingga tidak dapat menahan pendaki daripada terus
jatuh ke bawah sehingga mencecah Bumi – dan boleh menyebabkan kematiannya, akibat tali yang
memanjang oleh berat pendaki yang menarik tali tersebut. Keseimbangan di antara tegar dan kenyal juga
penting dalam sukan seperti bungee jumping.

33
LAMPIRAN 7: AMALI

Tujuan: Menyiasat hubungan di antara daya dan pemanjangan spring.

Masalah: Apakah hubungan di antara daya yang dikenakan pada spring dan pemanjangan spring?

Arahan

A. Perancangan (20 minit)

Rancang satu penyiasatan bagi persoalan di atas.

Sebagai panduan, berikut merupakan langkah-langkah bagi menjalankan penyiasatan tersebut:

a) Apakah inferens yang boleh dibuat daripada masalah di atas?

b) Apakah hipotesis yang hendak diuji?

c) Apakah pembolehubah-pembolehubah yang terlibat dalam penyiasatan ini?

d) Apakah bahan dan radas yang diperlukan? Alat pengukuran manakah yang akan digunakan?

e) Bagaimana penyiasatan tersebut dilaksanakan? Bagaimana data diperoleh dan disusun? Apakah
analisis yang perlu dibuat untuk mencapai kesimpulan penyiasatan?

f) Apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk memastikan penyiasatan berjalan lancar, pengukuran
yang dibuat bebas daripada ralat serta persis dan jitu?

B. Pelaksanaan (50 minit)

Laksanakan penyiasatan berdasarkan perancangan yang telah dibuat.

C. Laporan Penyiasatan

Sediakan laporan amali berdasarkan format berikut:

a) Tujuan eksperimen

b) Pernyataan masalah

c) Inferens

d) Hipotesis

e) Senarai pembolehubah

f) Bahan dan radas

g) Prosedur

h) Hasil dan analisis

i) Kesimpulan

34

You might also like