Pengurusan Tekanan Kerja Di Kalangan Guru Sekolah Rendah Di Zon Sungai Balang, Daerah Muar PDF

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 115

i

PENGURUSAN TEKANAN KERJA DI KALANGAN GURU SEKOLAH


RENDAH DI ZON SUNGAI BALANG, DAERAH MUAR

HAFIZ FAHMI BIN MOHAMAD

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada


Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan

(Pengurusan dan Pentadbiran)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

2013
ii

Dedikasi

Teristimewa untuk ibubapa Tn. Hj. Mohamad bin Masruri dan Pn.. Hjh. Azizah
binti Talib

serta

ibubapa mertua En. Sahaid bin Ahmad dan Pn. Norjiah Nawawi

yang sentiasa

mendoakan kejayaan dan kebahagiaan.

Buat isteri tercinta, Syaainnurdiya binti Sahaid yang sama-sama mengharungi


cabaran dalam mengejar impian untuk menggengam segulung Ijazah Sarjana
ini, kesabaranmu benar-benar membuatku terharu

Tidak lupa buat anakku yang tersayang

Naufal Azizi bin Hafiz Fahmi yang banyak berkorban ketika ayah sibuk
menyiapkan tugasan dan mengulangkaji pelajaran

Juga

Pensyarah-Pensyarah Fakulti Pendidikan, UTM.

dan rakan-rakan yang membantu.


iii

Penghargaan

Bersyukur kepada Allah yang Maha Esa kerana dengan limpah dan
izinNya projek ini dapat disempurnakan. Saya dengan seikhlas hati ingin
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan khususnya kepada penyelia,
Tn.Hj.Hassan Bin Hushin atas segala bimbingan, teguran, tunjuk ajar, nasihat
dan panduan yang telah dihulurkan sepanjang tempoh penyelidikan projek ini
dijalankan. Ribuan terima kasih kerana terus memberi nasihat, teguran dan
bimbingan tanpa jemu-jemu sehingga projek ini sempurna dilaksanakan.

Penghargaan juga diberikankepada kepada Kementerian Pelajaran


Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri Johor, Pejabat Pelajaran Daerah Muar, para
guru besar, sekolah-sekolah yang terlibat dalam kajian ini dan juga kepada guru-
guru yang sudi memberi kerjasama dan maklumbalas. Akhir sekali tidak lupa
juga kepada rakan-rakan yang sentiasa membantu dalam menyiapkan projek ini.

Semoga Allah yang Maha Esa membalas segala jasa dan kerjasama yang
dihulurkan. Harapan saya agar hasil kajian ini dapat dimanfaatkan oleh semua.

Terima kasih.
iv

ABSTRAK

Kajian ini membincangkan pengurusan tekanan kerja dikalangan guru


sekolah rendah di zon Sungai Balang, daerah Muar. Tahap pengurusan
tekanan kerja diukur berdasarkan empat punca tekanan guru iaitu dari
aspek pengurusan disiplin pelajar, pengurusan kurikulum, pengurusan
persekitaran sekolah dan hubungan interpersonal dikalangan guru.
Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah kuantitatif yang
mana melibatkan 197 orang sampel bagi data kuantitatif. Soal selidik
digunakan sebagai instrumen kajian. Hasil daripada analisis mendapati
kesemua tahap pengurusan tekanan kerja menunjukkan skor min
keseluruhan yang sederhana iaitu 3.540 dan sisihan piawai 0.352. Selain
dari itu tahap punca tekanan dari aspek persekitaran sekolah berada pada
tahap tinggi iaitu dengan skor min 3.979 dan sisihan piawai 0.933.
Adalah diharapkan kajian ini akan memberi manfaat kepada para guru
besar dan guru dalam usaha mengenalpasti punca tekanan guru di
sekolah rendah dan seterusnya mencari cara mengatasi faktor tekanan
kerja guru.
v

ABSTRACT

This research discusses the management of job stress among primary school
teachers in the zone of the Sungai Balang, Muar. Stress management level was
measured by the four causes of teacher stress management aspects of student
discipline, curriculum management, the management of the school environment
and interpersonal relationships among teachers. The study was conducted using
a quantitative method which involves 197 samples for quantitative data. The
questionnaire was used in this study. Results from the analysis showed that all
levels of work stress management showed moderate overall mean score of 3.540
and a standard deviation of 0.352. Apart from the source of stress in terms of the
school environment are high that the mean score of 3.979 and a standard
deviation of 0.933. It is hoped that this research will benefit headmasters and
teachers in order to identify the causes of stress in primary school teachers and
also to find ways to overcome work stress factors.
vi

KANDUNGAN

BAB TAJUK MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

HALAMAN PENGAKUAN

HALAMAN JUDUL i

DEDIKASI ii

PENGHARGAAN iii

ABSTRAK iv

ABSTRACT v

KANDUNGAN vi

SENARAI JADUAL x

SENARAI RAJAH xiii

SENARAI SINGKATAN xiv

SENARAI LAMPIRAN xv

1 PENGENALAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latarbelakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 11


vii

1.5 Persoalan Kajian 12

1.6 Hipotesis Kajian 13

1.7 Kepentingan Kajian 13

1.8 Batasan Kajian 15

1.9 Definisi Operational 15

1.9.1 Pengurusan 16

1.9.2 Tekanan 17

1.9.3 Guru 17

1.9.4 Sekolah Rendah 18

1.10 Kesimpulan 18

2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 20

2.2 Teori dan Konsep 21

2.2.1 Teori Tekanan Hobb (1972) 21

2.2.2 Model Tekanan Robbins (1993) 21

2.2.3 Teori Tekanan Marshall dan Cooper (1979) 22

2.2.4 Teori Tekanan Hans Selye (1974) 23

2.3 Punca-Punca Tekanan Guru Di Sekolah 23

2.4 Strategi Menangani Tekanan 30

2.5 Kesimpulan 33
viii

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 35

3.2 Rekabentuk Kajian 36

3.3 Lokasi Kajian 37

3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 37

3.5 Instrumen Kajian 40


3.5.1 Bahagian A: Latarbelakang Responden 41
3.5.2 Bahagian B: Pengurusan Disiplin Pelajar 41
3.5.3 Bahagian C: Pengurusan Kurikulum 42
3.5.4 Bahagian D: Pengurusan Persekitaran
Sekolah 42
3.5.5 Bahagian E: Hubungan Interpersonal 42
3.6 Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen 44

3.7 Kajian Rintis 44

3.8 Prosedur Pengumpulan Data 46

3.9 Analisis Data 48

3.10 Analisis Deskriptif 50

3.11 Analisis Statistik Inferensi 51

3.12 Kesimpulan 52
ix

4 DAPATAN DAN ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 53

4.2 Maklumat Dan Latar Belakang Responden 54

4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 55

4.2.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 55

4.2.3 Taburan Responden Mengikut umur 56

4.2.4 Taburan Responden Berdasarkan Status

Perkahwinan 57

4.2.5 Taburan Responden Berdasarkan

Kelulusan Akademik 57

4.2.6 Taburan Responden Mengikut Kelayakan

Ikhtisas 58

4.2.7 Taburan Responden Mengikut

Pengalaman Mengajar 59

4.3 Analisis Takbiran (Inferensi) Mengikut Persoalan

Kajian 59

4.3.1 Tahap punca tekanan dalam kalangan guru

dari aspek pengurusan disiplin 60

4.3.2 Tahap punca tekanan kerja dalam kalangan

guru dari aspek pengurusan kurikulum 62

4.3.3 Tahap punca tekanan kerja dalam kalangan

guru dari aspek pengurusan persekitaran

sekolah 65
x

4.3.4 Tahap punca tekanan kerja dalam kalangan

guru dari aspek pengurusan hubungan

interpersonal 68

4.3.5 Tahap pengurusan tekanan kerja dalam

kalangan guru dari setiap elemen punca

tekanan 70

4.4 Analisis Inferensi Berdasarkan Hipotesis Kajian 71

4.4.1 Hubungan antara pengurusan tekanan

kerja dengan pengalaman mengajar 71

guru di sekolah rendah zon Sungai Balang,

daerah Muar.

4.4.2 Hubungan antara pengurusan tekanan

kerja dengan umur guru di sekolah rendah 72

zon Sungai Balang, daerah Muar.

4.5 Kesimpulan 73

5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Pengenalan 75

5.2 Rumusan Hasil Kajian 75

5.3 Perbincangan Hasil Kajian 77

5.3.1 Hasil Dapatan Maklumat Demografi


Responden 77
5.3.2 Hasil Dapatan Mengikut Persoalan Kajian 80
xi

5.3.2.1 Tahap Punca Tekanan Dari Aspek


Pengurusan Disiplin Pelajar 80
5.3.2.2 Tahap Punca Tekanan Dari Aspek
Pengurusan Kurikulum 82
5.3.2.3 Tahap Punca Tekanan Dari Aspek
Pengurusan Persekitaran Sekolah 85
5.3.2.4 Tahap Punca Tekanan Dari Aspek
Hubungan Interpersonal 87
5.3.2.5 Tahap Keseluruhan Pengurusan
Tekanan Kerja Dikalangan Guru 88
5.3.2.6 Hubungan Antara Pengurusan
Tekanan Kerja Dengan Pengalaman
Mengajar 89
5.3.2.7 Hubungan Antara Pengurusan
Tekanan Kerja Dengan Umur Guru 90

5.4 Cadangan Tindakan Kajian 92


5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 94
5.6 Kesimpulan 95

RUJUKAN 96

LAMPIRAN 100
xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Senarai sekolah yang terlibat 37


3.2 Jadual menentukan jumlah/ saiz sampel daripada
populasi 39
3.3 Senarai Skala Likert 43
3.4 Senarai Item Bagi Tahap Tekanan Kerja
Dikalangan Guru Sekolah Rendah 43
3.5 Kaedah analisis data berdasarkan persoalan kajian 49
3.6 Pengkelasan skor berdasarkan kepada nilai skor
min 50
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 55
4.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa 55
4.3 Taburan Responden Mengikut Umur 56
4.4 Taburan Responden Berdasarkan Status
Perkahwinan 57
4.5 Taburan Responden Mengikut Kelulusan Akadmik
Tertinggi 57
4.6 Taburan Responden Mengikut Kelayakan Ihktisas 58
4.7 Taburan Responden Mengikut Pengalaman
Mengajar 59
4.8 Skor min dan sisihan piawai punca tekanan kerja
dalam kalangan guru dari aspek pengurusan disiplin 60
xiii

4.9 Skor min dan sisihan piawai punca tekanan kerja


dalam kalangan guru dari aspek pengurusan
kurikulum 62
4.10 Skor min dan sisihan piawai punca tekanan kerja
dalam kalangan guru dari aspek pengurusan
persekitaran sekolah 65
4.11 Skor min dan sisihan piawai punca tekanan kerja
dalam kalangan guru dari aspek hubungan
interpersonal 68
4.12 Skor min dan sisihan piawai elemen punca
tekanan kerja dalam kalangan guru 70
4.13 Hubungan Antara Pengurusan Tekanan Kerja
Dengan Pengalaman Mengajar 72
4.14 Hubungan Antara Pengurusan Tekanan Kerja
Dengan Umur Guru 73
xiv

SENARAI RAJAH

NO.RAJAH TAJUK MUKA SURAT

3.1 Carta Alir Prosedur Pengumpulan 47


Data
xv

SENARAI SINGKATAN

SPSS - Statistical Package for Social Science

SPPBS - Sistem Pengurusan dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah

SAPS - Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

SK - Sekolah Kebangsaan

SJKC - Sekolah Jenis Kebangsaan Cina

SJKT - Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil

SPM - Sijil Pelajaran Malaysia

STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia

PPD - Pejabat Pelajaran Daerah

JPN - Jabatan Pelajaran Negeri

KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia


xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang Soal Selidik 100

B Surat Pengesahan Status Pelajar 109

C Surat Kebenaran Menjalankan Kajian 110

D Surat Kebenaran Menjalankan Kajian

Pejabat Pelajaran Daerah Muar 111

E Data SPSS 112


1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Sistem pendidikan di negara kita, terutamanya sistem persekolahan adalah


merupakan perkara yang penting sekali bagi sesebuah negara dalam usaha menuju
negara maju bagi mencapai wawasan 2020 dan membangunkan masyarakat dari segi
politik, sosial dan ekonomi. Sistem persekolahan bukan sahaja bertujuan
memberikan ilmu serta pengetahuan kepada masyarat semata-mata, bahkan ia
merupakan satu saluran bagi menyampaikan maklumat berkenaan dengan kisah-
kisah perjuangan negara yang sangat mementingkan nilai-nilai murni yang ada di
dalam masyarakat berbilang kaum demi mencapai perpaduan. Negara kita Malaysia
adalah sebuah negara yang masyarakatnya terdiri daripada berbilang kaum, agama
dan budaya. Ini lebih dikenali sebagai masyarakat majmuk. Bagi melaksanakan
sistem pendidikan yang berkesan, pihak kerajaan perlukan merancang sukatan
kurikulum mengikut keperluan dan kesesuaian masyarakat Malaysia.

Semasa pembentangan bajet 2013 oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji
Abdul Razak, kerajaan telah memperuntukan dana sebanyak RM 38.7 billion kepada
2

Kementerian Pelajaran Malaysia meliputi peruntukan mengurus dan pembangunan.


Disamping itu kerajaan juga menyediakan peruntukan tambahan sebanyak RM 500
juta bagi meningkatkan kemahiran guru dalam pengajaran subjek-subjek teras, yakni
Bahasa Kebangsaan, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik melalui pendekatan
Higher Order Thinking Skills. (Portal Kementerian Kewangan Malaysia). Kerajaan
juga menyediakan pendidikan rendah dan menengah di sekolah-sekolah kerajaan
secara percuma bermula tahun 2012. Perkara diatas menunjukkan kesungguhan
kerajaan untuk memartabatkan lagi sektor pendidikan di Malaysia demi melahirkan
masyarakat yang berpengetahuan dan mempunyai minda kelas pertama.

Guru merupakan tunjang utama dalam pendidikan. Guru juga adalah


pelaksana segala dasar, pelaksana kurikulum yang telah digariskan oleh pihak
kerajaan. Tanpa sokongan dan penglibatan daripada guru segala perancangan dan
pembangunan pendidikan akan terbengkalai begitu sahaja. Oleh itu, dalam kita
memperkatakan kepentingan pendidikan, guru adalah orang yang memainkan
peranan utama dalam menyalurkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam
pendidikan formal. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 akan
memperkenalkan Satu Pakej Kerjaya Guru baru dalam usaha memartabatkan
keguruan sebagai profesion pilihan termasuk kaedah memberi ganjaran sepanjang
tempoh kerjaya guru. Menurut laporan awal, Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025, gelombang pertama (2013-2015) memberi fokus kepada
meningkatkan standard profesionalisme guru.(Saedah Siraj & Mohd Sani Ibrahim,
2012).

Tugas guru pada masa kini semakin mencabar. Guru bukan sahaja bukan
sahaja berperanan sebagai penyampai ilmu pengetahuan, kemahiran yang berguna
serta bertanggungjawab menyuburkan minat menuntut ilmu di kalangan pelajar.
Guru juga bertanggungjawab memperkembangkan bakat dan kebolehan pelajar.
Pendidik berperanan sebagai tempat sumber membina daya pemikiran yang kreatif,
kritikal dan analitikal bagi membentuk pelajar yang boleh menyesuaikan diri dengan
perubahan-perubahan sekeliling serta perubahan yang terdapat dalam sistem
pendidikan kita.
3

Menurut Saedah Siraj & Mohd Sani Ibrahim (2012), Rangka Rancangan
Jangka Panjang Ketiga (RRJP3) juga telah memberi penekanan kepada
pembangunan sumber manusia berpengetahuan (k-workers) dalam usaha mencapai
status negara maju pada tahun 2020. Keupayaan sistem pendidikan untuk menambah
penawaran sumber pengetahuan ini bergantung kepada bilangan sumber manusia
yang terlatih dan bermotivasi. Untuk merialisasikan matlamat tersebut, Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) telah memperkemaskan perancangan dan pembangunan
sumber manusia dengan memberikan fokus kearah melahirkan guna tenaga yang
kompeten dan kompetitif (Dasar Pendidikan Kebangsaan, 2004).

1.2 Latarbelakang Masalah

Sekolah merupakan sebuah organisasi yang bertindak sebagai pelaksana


dasar yang telah dipertanggungjawabkan oleh kerajaan iaitu mendidik para pelajar
supaya dapat menguasai kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Di
dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pendidikan di Malaysia adalah satu usaha
yang berterusan kearah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani. Sekolah merupakan sebuah institusi yang
tersohor bagi melahirkan modal insan yang bukan sahaja mencari ilmu semata-mata
bahkan turut menampilkan kreativiti dan kebolehan di samping dapat menerokai nilai
karekter keperibadian mulia. Pada masa kini guru berhadapan dengan pelbagai tugas
rasmi mahupun tidak rasmi bagi mendidik pelajar.

Pada masa kini, kebanyakkan ibubapa memilih untuk memulakan sistem


pendidikan formal bagi anak-anak mereka bermula dari pendidikan prasekolah
namun pada dasarnya, pendidikan yang diwajibkan di Malaysia bermula dari sekolah
rendah. Pendidikan sekolah rendah merupakan suatu asas pembelajaran. Untuk
tujuan ini, satu kurikulum yang seragam telah diwujudkan untuk memastikan
4

kurikulum pendidikan nasional merangkumi subjek-subjek asas dan penting. Bagi


mengukur prestasi murid ditahap ini, satu peperiksaan dikenali Ujian Penilaian
Sekolah Rendah (UPSR) dijalankan disemua sekolah.

Tugas guru pula semakin hari semakin mencabar. Tugas guru pada masa kini
bukan sahaja mengajar dan mendidik murid-murid. Malahan kerja-kerja yang
melibatkan aktiviti ko-kurikulum, aktiviti sekolah dan tugas pengkeranian turut
menjadi beban tugas guru. Perkara tersebut menambahkan lagi tekanan kerja ke atas
guru-guru pada masa kini.

Justeru keupayaan guru menguruskan segala tugasan dan tanggungjawab


tanpa sebarang tekanan merupakan asas kepada pembangunan murid melalui proses
pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di dalam kelas. Tanggungjawab guru
yang kian mencabarbukan sahaja dari dunia pendidikan itu sendiri tetapi juga dari
masyarakat sekeliling yang meletakkan tanggungjawab yang tinggi kepada pihak
sekolah dan khasnya kepada guru-guru. Kestabilan emosi amat diperlukan untuk
mengelakkan sebarang tekanan dalam melaksanakan segala tanggungjawab dan
tugas yang telah diamanahkan.

Kajian ini akan memberikan tumpuan kepada pengurusan tekanan kerja


dikalangan guru sekolah rendah. Di Malaysia terdapat 10,083 buah sekolah yang
terdiri 7,743 buah Sekolah Rendah dan 2,340 buah Sekolah Menengah (Portal EMIS,
Januari 2013). Mengikut Perangkaan Pendidikan Malaysia 2012, terdapat 5,851 buah
adalah Sekolah Kebangsaan (SK), 1,294 buah adalah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina
(SJKC), 523 buah adalah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT), 26 buah Sekolah
Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan 28 buah Sekolah Pendidikan Khas.

Manakala di negeri Johor terdapat 271 buah sekolah menengah dan 903 buah
sekolah rendah. Mengikut Jabatan Pelajaran Johor terdapat 610 buah Sekolah
5

Kebangsaan, 8 buah Sekolah Rendah Agama, 215 buah Sekolah Jenis Kebangsaan
Cina (SJKC) dan 70 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil.

Kajian ini melibatkan sebilangan buah sekolah di daerah Muar dan membuat
tumpuan kajian di zon Sungai Balang yang terdiri daripada 27 buah sekolah.
Terdapat 19 buah Sekolah kebangsaan dan 8 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.

Bagi zon Sungai Balang di daerah Muar, guru-guru menghadapi masalah


seperti dibebani tugas, kekangan masa bagi menjalan tugas sebagai pendidik dan
kekangan masa bagi meyiapkan tugasan yang diberi oleh pihak atasan. Saban hari
mereka berasa mengeluh dengan pelbagai tugas yang perlua disiapkan mengikut
“date line” yang telah ditetapkan. Mereka bukan sahaja mengajar dalam jumlah
waktu yang banyak, malah mereka juga dibebani dengan tugas-tugas pentadbiran
yang semakin bertambah dan juga melayan kerenah pelajar yang pelbagai. Kerja-
kerja pentadbiran yang kerap kali guru merungut adalah memasukkan markah pelajar
ke dalam Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) dimana sistem ini diisi secara
online dan bagi markah pelajar tahun 4, 5 dan 6. Manakala bagi guru-guru yang
mengajar tahun 1, 2, dan 3 perlu mengisi pentaksiran pelajar secara online. Dengan
ini guru perlu mengetahui dan memahami kedua-dua sistem tersebut.

Pada masa kini manusia hidup di dalam alaf yang mencabar dan kompleks.
Zaman yang serba mencabar dan kompleks ini menyebabkan satu sindrom baru yang
melanda manusia iaitu “tekanan”. Menurut Hatta Sidi dan Mohamed Hatta
Shaharom (2002), tekanan atau stres merupakan sebahagian daripada kehidupan
manusia sejak dahulu lagi tanpa disedari. Ia akan berubah wajah mengikut peredaran
masa. Tekanan bukanlah suatu perkara yang asing bagi masyarakat di negara ini.
Tekanan biasanya dialami oleh semua manusia apabila berada didalam keadaan yang
tidak menyeronokkan. Secara umumnya perkataan tekanan telah digunakan secara
meluas mengikut konteks yang tertentu. Tekanan dan kehidupan amat berkait rapat
dengan gaya hidup, perwatakan seseorang, faktor keluarga, proses urbanisasi serta
kejutan budaya terhadap perkembangan yang mendadak.
6

Tekanan merupakan satu keadaaan dimana persepsi terhadap seseorang itu


dan kemampuan untuk mengatasi permintaan tersebut, ketidakseimbangan ini akan
menyebabkan berlakunya stress atau tekanan di dalam diri individu tersebut.
Ketidakseimbangan ini bergantung kepada daya tindak seseorang dalam bentuk
psikologikal yang melibatkan strategi, kognisi serta tingkahlaku dan fisiologikal.
Tekanan akan berlaku sekiranya daya tindak seseorang secara normal tidak berkesan.
Keadaan ini mungkin akan menyebabkan kerosakan fungsi dan struktur. Tidak
semua individu mengalami proses yang sama (Cox, 1978).

1.3 Pernyataan Masalah

Di Negara kita, tekanan kerja dikalangan guru sangat hebat diperkatakan


sejak akhir-akhir ini. Terdapat kajian-kajian lepas mendapati profesion perguruan
berhadapan dengan tekanan kerja yang tinggi (Cooper 1995, Hart et al., 1995) dalam
Mokhtar (1998). Pada hari ini bidang pendidikan semakin mendesak guru-guru
supaya bekerja bersungguh-sungguh dan bekerja lebih masa supaya dapat mencapai
sasaran yang diimpikan oleh setiap sekolah. Disamping pelaksanaan dan pencapaian
sasaran yang diimpikan, guru-guru semakin mula tertekan atau sekurang-kurangnya
pernah merasa tertekan dengan permintaan yang tinggi beban kerjaya pendidikan ini.

Di Malaysia, persoalan tekanan kerja dikalangan guru-guru bukan lagi setakat


dijadikan bahan kajian ilmiah, malah pada masa kini turut ditimbulkan juga di dalam
media massa. Perkara-perkara yang menggambarkan wujudnya tekanan dikalangan
guru kerap disiarkan oleh media massa. Menurut Kamaruzaman Kamarudin (2007)
bahawa faktor penghargaan merupakan faktor yang boleh menyebabkan tekanan
kerja kepada guru. Faktor penghargaan ini merujuk kepada penghargaan yang
sepatutnya diberikan kepada guru-guru yang rajin, berdedikasi dan cemerlang dalam
7

akademik dan kokurikulum. Terdapat guru-guru yang benar-benar memberi


komitmen yang tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran, namun penghargaan
yang sewajarnya masih belum diperolehi. Selain itu, terdapat guru-guru yang tidak
berpeluang untuk kenaikan pangkat dan masih diiktiraf senioritinya untuk memegang
sesuatu jawatan.

Pada masa kini pendidik mengeluh dengan pengurusan disiplin disekolah.


Mengikut Omardin Ashaari (1996), istilah disiplin merupakan pendidikan akhlak
sebagai asas kepada pembinaan peribadi manusia yang baik, adil, saksama dan
bertimbang rasa. Disiplin merupakan latihan yang diberikan kepada pelajar supaya
mereka bertindak bersesuain dengan peraturan di rumah, sekolah dan masyarakat.

Akhir-akhir ini tahap disiplin pelajar di negara kita semakin merosot. Guru-
guru sekolah terpaksa berdepan dengan pelbagai masalah disiplin pelajar yang saban
hari semakin membimbangkan. Antara masalah disiplin yang seringkali dilakukan
oleh pelajar seperti tidak menghormati guru, bergaduh, ponteng sekolah, berambut
panjang bagi pelajar lelaki dan lain-lain lagi. Disiplin sekolah merupakan bahan
perbincangan yang amat popular dikalangan masyarakat sejak kebelakangan ini.
Guru dan masyarakat memandang berat tentang soal disiplin dikalangan pelajar.
Mereka berhasrat untuk meningkatkan taraf disiplin di sekolah. Oleh itu guru
terpaksa melaksanakan hukuman kepada pelajar yang melakukan kesalahan dan
sekaligus guru terbeban dengan borang-borang serta fail-fail berkaitan dengan
pelaksanan hukuman disiplin di sekolah. Ini akan menambahkan lagi kerja guru dan
seterusnya memberikan tekanan keatas guru-guru di sekolah.

Ramai guru berasa terbeban dengan pengurusan kurikulum pada masa kini.
Guru-guru bukan sahaja mengajar malah dikehendaki menyiapkan markah
peperiksaan murid-murid ke dalam sistem secara online iaitu Sistem Analisis
Peperiksaan. Apabila habis sahaja peperiksaan dijalankan guru-guru akan menanda
kertas jawapan dan seterusnya mengisi markah secara online ke dalam sistem
tersebut. Sistem tersebut akan menjadi perlahan atau tidak boleh di akses langsung
8

apabila terlalu ramai pengguna. Ini menyebabkan guru rasa tertekan bagi
menggunakan sistem tersebut. Apabila guru tidak boleh mengisi markah ke dalam
sistem itu pada waktu persekolahan, maka guru terpaksa membawa markah murid ke
rumah untuk memasukkan markah ke dalam sistem tersebut. Ini akan memberikan
tekanan kepada guru kerana membawa kerja hingga ke rumah dan terpaksa
menyelesaikan kemasukkan markah murid-murid. Adakalanya guru terpaksa
memasukkan markah hingga ke awal pagi kerana terlalu ramai pengguna. Bagi guru
yang mengajar tahun 1, 2 dan 3 pula meraka berhadapan dengan Sistem Pengurusan
dan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS). Dimana guru-guru akan
memasukkan pentaksiran pelajar mengikut setiap matapelajaran yang ditawarkan
sekolah berkenaan secara online. Guru akan menghadapi masalah seperti talian
internet terlalu ramai pengguna dan ini seterusnya akan menyukarkan guru
memasukkan pentaksiran ke dalan sistem tersebut. Ada dikalangan guru terpaksa
memasukan pentaksiran ke dalam sistem SPPBS ini di awal pagi sekitar 2 hingga 3
pagi apabila talian internet menjadi sesak. Ini akan menambahkan lagi tekanan
dikalangan guru kerana membuat kerja sehingga di awal pagi sampai terpaksa
mengorbankan masa tidur.

Masalah tekanan dikalangan guru merupakan satu fenomena yang memang


wujud dikalangan guru-guru di negara kita. Oleh itu, adalah penting bahawa
pemantauan perlu dibuat keatas setiap tahap tekanan dari semasa ke semasa.
Sebarang peningkatan pada tahap tekanan guru perlu diberi pertimbangan yang
serius dan tindakan perlu diambil untuk mengurangkan masalah tersebut. Seandainya
tidak, ia boleh membawa kepada kemerosotan sistem pendidikan negara dan
seterusnya menghampakan segala aspirasi negara bagi mencapai status negara maju
menjelang Wawasan 2020 (Safiah Shain, 2006). Oleh yang demikian pihak
Kementerian Pelajaran Malaysia perlu mengenalpasti setiap masalah yang guru
hadapi supaya masalah tersebut menjadi beban kepada guru-guru seterusnya, ia akan
menjadi tekanan kepada guru.

Persekitaran sekolah yang kurang kondusif juga boleh menyebabkan guru-


guru merasa kurang selesa di kalangan guru. Pada masa kini kebanyakkan sekolah
9

menghadapi kekurangan bilik darjah tertutamanya di bandar-bandar besar. Bilangan


murid ditempatkan di dalam kelas mencecah 44 orang. Ini akan memberi
ketidakselesaan dikalangan murid, seterusnya menyukarkan mereka memberi
tumpuan kepada proses pengajaran. Manakala guru terpaksa mengajar dalam kelas
yang penuh sesak dan menyebabkan rasa tidak selesa. Situasi ini berterusan kerana
tidak dapat membina bangunan yang baru. Akhirnya guru pula yang rasa tertekan
kerana jumlah murid yang ramai serta kerenah murid yang sukar dikawal apabila
berada di dalam kelas yang terlalu padat dan tidak selesa.

Tekanan guru memang berkencederungan untuk menyebabkan guru berada


dalam keadaan murung, mengalami tekanan jiwa, kekecewaan dan kebimbangan.
Guru yang gagal mengawal diri akibat tekanan akan memberi kesan kepada
perhubungan guru dengan pelajar dan juga mutu pengajaran dan pembelajaran.
Perkara ini seterusnya boleh menjejaskan kualiti pendidikan dan juga profesion
perguruan yang seterusnya akan membantutkan usaha mewujudkan sebuah
masyarakat yang mampu membawa Malaysia ke tahap kecemerlangan dan
kegemilangan mutu pendidikannya ( Sapora Sipon, 2007 ).

Guru-guru baru seringkali dilabelkan dengan kurang mempunyai kemahiran


hubungan interpersonal dikalangan rakan guru. Ini mungkin disebabkan mereka
masih belum mempunyai kemahiran tersebut. Apabila mereka sudah ditempatkan di
sekolah kemahiran hubungan interpersonal akan dapat diasah melalui aktiviti,
perbualan sesama guru yang lebih senior, mahupun dengan menyiapkan tugas yang
diberi oleh pihak atasan yang memerlukan kerja didalam kumpulan. Adakalanya
pihak pentadbir seperti pengetua dan guru besar sentiasa memberikan galakan
kepada guru supaya bekerja dengan lebih baik dan ini secara tidak langsung
hubungan sesama rakan guru dengan pihak atasan bertambah baik dan sekaligus
dapat menyiapkan tugas yang diberi dengan lebih bersungguh-sungguh. Selain itu
hubungan interpersonal dikalangan guru dapat membantu guru apabila menghadapi
masalah seperti masalah disiplin di dalam kelas, mungkin ada dikalangan rakan guru
memberi cara-cara menangani masalah disiplin pelajar dan seterusnya memberikan
cadangan tindakan yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah disiplin.
10

Menurut Esah Sulaiman (2003), guru merupakan pengurus pembelajaran


yang bertanggungjawab untuk merancang pengetahuan, kemahiran dan nilai yang
hendak diajar kepada pelajar setiap hari. Ini menunjukkan tanggungjawab guru untuk
menyediakan maklumat-maklumat untuk diajar tidak semudah yang disangkakan.
Guru juga dibebankan dengan tugas-tugas lain seperti tugas pentadbiran sekolah
contohnya merancang dan menjalankan aktiviti sekolah, menjadi penasihat persatuan
dan kelab, menjalani kursus yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah atau Jabatan
Pendidikan Negeri dan sebagainya. Perkara ini mungkin dilihat mudah oleh
sesetengah pihak namun ia merupakan bebanan yang amat tinggi kepada para guru
kerana mereka terpaksa melakukan pelbagai jenis kerja yang berkaitan dengan
akademik, kokurikulum dan pentadbiran sekaligus setiap hari. Tambahan pula,
adakalanya tugas-tugas ini perlu diselesaikan pada hari minggu sehingga
menyebabkan guru tidak mendapat ruang waktu untuk berehat dan bersama keluarga.
Ia menjadi menjadi satu masalah yang besar dan dipandang serius oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia sehingga wujudnya satu Jawatankuasa Khas bagi mengkaji
bebanan tugas guru yang terlampau banyak.

Menurut Zubaidah (1999), dalam kajiannya mendapati bebanan waktu


mengajar, jumlah matapelajaran dan beban tugas disekolah mempengaruhi keletihan
emosi seterusnya menyebabkan tekanan kepada guru. Manakala (Abdul Malik, 2000)
menyatakan beban tugas yang berat, tidak dapat menyiapkan tugas, boleh
menyebabkan seseorang itu mengalami tekanan.

Berdasarkan pernyataan diatas pengkaji ingin mengetahui lebih lanjut


mengenai pengurusan tekanan kerja yang dihadapi oleh guru-guru sekolah rendah.
11

1.4 Objektif Kajian

Secara umumnya, kajian ini bertujuan melihat pengurusan tekanan kerja


dikalangan guru sekolah rendah di Zon Sungai Balang, Daerah Muar. Secara
khususnya, objektif kajian ini adalah untuk :-

1. Mengkaji tahap punca tekanan guru dari aspek pengurusan disiplin pelajar di
sekolah rendah Zon Sungai Balang, daerah Muar.

2. Mengkaji tahap punca tekanan guru dari aspek pengurusan kurikulum di


sekolah rendah Zon Sungai Balang daerah Muar.

3. Mengkaji tahap punca tekanan guru dari aspek pengurusan persekitaran


sekolah di sekolah rendah Zon Sungai Balang, daerah Muar.

4. Mengkaji tahap punca tekanan guru dari aspek hubungan interpersonal


dikalangan guru sekolah rendah Zon Sungai Balang, daerah Muar.

5. Mengkaji tahap keseluruhan pengurusan tekanan kerja dikalangan guru


sekolah rendah Zon Sungai Balang, daerah Muar.

6. Mengkaji hubungan antara pengurusan tekanan kerja dengan pengalaman


mengajar guru di sekolah rendah Zon Sungai Balang, daerah Muar.

7. Mengkaji hubungan antara pengurusan tekanan kerja dengan umur guru di


sekolah rendah Zon Sungai Balang, daerah Muar.
12

1.5 Persoalan Kajian

Berdasarkan objektif kajian yang dinyatakan, antara persoalan kajian adalah


seperti yang berikut:-

1. Apakah tahap punca tekanan guru dari aspek pengurusan disiplin pelajar di
sekolah rendah Zon Sungai Balang, daerah Muar.

2. Apakah tahap punca tekanan guru dari aspek pengurusan kurikulum di


sekolah rendah zon Sungai Balang, daerah Muar.

3. Apakah tahap punca tekanan guru dari aspek pengurusan persekitaran sekolah
di sekolah rendah Zon Sungai Balang, daerah Muar.

4. Apakah tahap punca tekanan guru dari aspek hubungan interpersonal


dikalangan guru di sekolah rendah Zon Sungai Balang, daerah Muar.

5. Apakah tahap keseluruhan pengurusan tekanan kerja dikalangan guru sekolah


rendah Zon Sungai Balang, daerah Muar.

6. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara pengurusan tekanan kerja


dengan pengalaman mengajar guru di sekolah rendah Zon Sungai Balang,
daerah Muar.

7. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara pengurusan tekanan kerja


dengan umur guru di sekolah rendah Zon Sungai Balang, daerah Muar.
13

1.6 Hipotesis Kajian

Berdasarkan objektif kajian dan persoalan kajian, terdapat empat hipotesis


yang dikaji iaitu :-

Ho 1 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pengurusan tekanan


kerja dengan pengalaman mengajar guru di sekolah rendah Zon
Sungai Balang, daerah Muar.

Ho 2 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pengurusan tekanan


kerja dengan umur guru di sekolah rendah Zon Sungai Balang, daerah
Muar.

1.7 Kepentingan Kajian

Berdasarkan objektif di atas, kajian ini diharapkan dapat membantu memberi


maklumat berkaitan dengan masalah tekanan kerja dikalangan guru sekolah rendah.
Melalui maklumat yang ditemui daripada hasil kajian ini, diharap dapat memberikan
penjelasan mengenai masalah tekanan kerja dikalangan guru di sekolah serta cara
mengatasinya. Antara rasional kajian ini dijalankan ialah:-
14

1.7.1 Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPNJ)

Kajian ini diharapkan dapat dijadikan sebagai maklumat yang berfaedah


mengenai masalah tekanan kerja yang dihadapi oleh guru. Sekaligus pihak
JPNJ diharapkan dapat membantu meringankan tekanan kerja yang dihadapai
guru.

1.7.2 Guru

Hasil kajian ini diharapkan guru-guru dapat menemui cara-cara menangani


tekanan kerja di sekolah. Dengan adanya cara menangani tekanan kerja di
sekolah guru boleh mengelakkan dari berlakunya tekanan kerja sekaligus
dapat menjalankan tugas sebagai pendidik dengan lebih berkesan dan prestasi
akademik pelajar akan bertambah baik.

1.7.3 Guru Besar

Hasil dapatan kajian ini boleh membantu guru besar untuk mengenalpasti
tugas-tugas yang diberikan kepada guru itu sama ada membebankan hingga
memberi tekanan kepada guru atau tidak. Guru besar juga dapat
mengenalpasti guru yang tidak mampu menerima tugas yang berat sehingga
boleh memberi tekanan kerja.
15

1.8 Batasan Kajian

I. Kajian ini adalah terbatas kepada permasalahan guru di sekolah yang


boleh menyumbang kepada tekanan kerja yang dihadapi di sekolah.

II. Kajian ini adalah berbentuk kuantitatif dan terbatas kepada guru-guru
terlibat di Zon Sungai Balang iaitu sebanyak 27 buah sekolah yang
terlibat.

III. Sampel yang dipilih terdiri daripada sembilan orang guru bagi setiap
sekolah yang terdapat di Zon Sungai Balang.

1.9 Definisi Operasional

Definisi yang ditunjukkan disini bertujuan dapat memberikan gambaran


sesuatu istilah yang lebih jelas dan dapat mengelakkan kekeliruan maksud istilah
yang digunakan di dalam kajian ini. Hal ini kerana definisi istilah membawa maksud
yang khusus di dalam kajian ini.
16

1.9.1 Pengurusan

Mary Parker Follet (1868 -1933) menyatakan bahawa pengurusan adalah


sebagai seni untuk mencapai sesuatu melalui orang lain. Wan Azmi Ramli
merumuskan pengurusan adalah aktiviti perancangan dan pergerakan atau
panduan oleh sesuatu perusahaan atau organisasi berhubung dengan segala
kaedah-kaedah, peraturan-peraturannya, juga tanggungjawab dan tugas-tugas
kakitangannya itu.

James A.F Stoner & Charles Wienkel (1989) menyatakan bahawa


pengurusan adalah proses merancang, mengorganisasi, memimpin dan
mengawal daya usaha anggota organisasi dan menggunakan sumber-sumber
lain dalam organisasi bagi mencapai matlamat organisasi yang ditetapkan.

Menurut Mohamad Najib (2010), pengurusan adalah satu aktiviti


perancangan dan pergerakan atau panduan oleh sesebuah pasukan atau
organisasi berhubung dengan kaedah-kaedah, peraturan-peraturannya,
tanggungjawab, dan tugas-tugas kakitangan. Ia adalah satu peroses
mengagihkan input-input organisasi termasuk sumber ekonomi dan sumber
kakitangan dengan cara perancangan, pengorganisasian, pengarahan dan
pengawalan untuk tujuan mengeluarkan output segala barangan dan
perkhidmatan yang diperlukan oleh pelanggan-pelanggan supaya objektif
organisasi tercapai
17

1.9.2 Tekanan

Mengikut Hans Selye (1976) tekanan melibatkan penggunaan semua sistem


yang ada dalam badan yang melampaui keupayaan. Individu berkenaan
mendapati sukar menyesuaikan diri dengan keadaan dan memerlukan usaha
yang lebih untuk mencapai keseimbangan dalam dirinya dan dengan alam
sekitar.

Hatta Sidi dan Mohamed Hatta (2005), mentakrifkan stres atau


tekanan sebagai tindak balas minda dan fizikal terhasil daripada permintaan
(atau cabaran) mengikut sesuatu keadaan atau tempat. Stres atau tekanan
melibatkan perasaan subjektif, yang pada mulanya diterima oleh diri
seseorang secara aman, tetapi lama-kelamaan menjadi semakin “kacau”
apabila permintaan atau cabaran semakin bertambah. Tekanan terjadi akibat
perubahan yang berlaku di dalam tubuh badan dan mempunyai kaitan dengan
alam sekeliling. Tekanan merangkumi beban, konflik, keletihan, ketegangan,
panik, perasaan gemuruh, enxieti, kemurungan dan hilang daya tahan. Gejala
tekanan ini terhasil apabila seseorang itu berasa yang keperluan melebihi
daripada keupayaan atau sumber yang ada pada dirinya (Norhanani, 2007).

1.9.3 Guru

Guru bermaksud pendidik dan pengasuh. Guru merupakan seorang


ahli masyarakat yang mempunyai perhubungan sosial yang saling berkait
rapat dengan masyarakat berstatus. Guru merupakan tenaga ikhtisas di dalam
bidang perguruan yang dipertanggungjawab untuk mendidik pelajar di
sekolah. Guru juga sebagai anggota masyarakat, harus pandai bergaul dengan
masyarakat. Untuk itu, guru harus menguasai psikologi sosial, memiliki
18

pengetahuan tentang hubungan antara manusia dan sebagai anggota


masyarakat, guru mempunyai keterampilan membina kelompok,
berkerjasama dalam kelompok untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

1.9.4 Sekolah Rendah

Sekolah Rendah adalah sekolah yang ditubuhkan oleh kerajaan


persekutuan. Sekolah Rendah terdiri daripada murid-murid yang berumur dari
7 tahun hingga 12 tahun. Sekolah Rendah yang dipilih dalam penyelidikan ini
ialah sekolah rendah di zon Sungai Balang, daerah Muar. Sekolah di zon
dipilih oleh penyelidik kerana sekolah penyelidik termasuk di zon Sungai
Balang.

1.10 Kesimpulan

Berdasarkan maklumat diatas bahawa sekolah merupakan sebuah institusi


yang melahirkan modal insan yang bukan hanya mencari ilmu tetapi turut
menampilkan kreativiti dan kebolehan di dalam sesuatu bidang akan akan diceburi.
Institusi pendidikan seperti sekolah adalah sebagai pelaksana dasar pendidikan
kebangsaan bagi mencapai visi dan misi yang telah dirancangkan.

Guru-guru pada masa kini terdedah dengan pelbagai cabaran di dalam sistem
pendidikan negara kita. Mereka perlu bijak mengurus tekanan kerja akibat daripada
19

pertambahan tugas, pertambahan pelajar yang mendadak dan masalah disiplin pelajar
yang membimbangkan sejak akhir-akhir ini. Guru perlu mengenalpasti kaedah yang
terbaik dapat mengurangkan tekanan kerja agar mereka berasa selesa dan gembira
semasa menjalankan tugas. Oleh itu, kajian ini akan mengkaji pengurusan tekanan
kerja dikalangan guru sekolah rendah di zon Sungai Balang, daerah Muar.
20

BAB 2

SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan

Bab ini menerangkan hasil karya dan kajian yang berkaitan dengan
pengurusan tekanan kerja dikalangan guru sekolah rendah. Pendidikan merupakan
aset yang penting bagi semua individu dan juga aset penting dalam pembangunan
sesebuah negara. Pembangunan pendidikan untuk rakyat adalah menjadi tonggak
kejayaan sesebuah negara. Bagi melahirkan manusia yang seimbang dalam
menghadapi cabaran masa kini, ia memerlukan kepimpinan yang sesuai dengan
kehendak masa kini. Modal insan yang perlu dilahirkan perlulah seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

Oleh yang demikian, guru yang dapat menguruskan segala tugasan dan
tanggungjawab tanpa sebarang tekanan adalah merupakan asas kepada pembangunan
murid menerusi proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan di dalam kelas.
Pada masa kini, peranan guru semakin mencabar bukan sahaja di bidang pendidikan
malahan juga dari masyarakat yang meletakkan tanggungjawab yang tinggi kepada
pihak sekolah amnya dan guru-guru khasnya. Guru-guru yang mempunyai kestabilan
21

emosi amat diperlukan bagi mengelakkan sebarang tekanan dalam melaksanakan


segala tanggungjawab yang telah diamanahkan.

2.2 Teori dan Konsep

2.2.1 Teori Tekanan Hobb (1972)

Teori ini menghuraikan hubungan antara prestasi guru dengan tuntutan yang
dialaminya ( Dunham, 1992 ). Hoob (1972; dalam Dunham (1992) mengatakan
bahawa kerja tanpa sebarang tuntutan akan membawa kepada kebosanan. Justeru itu,
tuntutan kerja yang meningkat akan dikira sebagai merangsang dan “energising”.
Namun begitu jika tuntutan-tuntutan ini melebihi keupayaan individu untuk
bertindakbalas terhadapnya, ini akan mewujudkan tahap kebimbangan yang tinggi,
tahap “ concentration” yang lemah dan kurang berkesan dalam kerjayanya.

2.2.2 Model Tekanan Robbins (1993)

Robbins (1993) berpendapat bahawa factor-faktor organisasi, ekonomi dan


individu adalah merupakan sumber-sumber yang berpotensi dalam menimbulkan
tekanan. Faktor ekonomi termasuklah ketidak tentuan ekonomi, politik dan sosial.
Sementara faktor organisasi merangkumi aspek tuntutan-tuntutan kerja, peranan
interpersonal, struktur organisasi dan kepimpinan organisasi. Penekanan semua
22

aspek ini mewujudkan pengalaman tekanan dikalangan individu. Jika individu itu
tidak Berjaya menangani tekanan tersebut, maka individu tersebut akan mengalami
petanda fisiologi dan petanda tingkahlaku. Petanda fisiolgi termasuklah sakit kepala,
tekanan darah tinggi dan sakit jantung. Petanda psikologi pula terdiri dari aspek
kebimbangan, ketegangan dan kekurangan kepuasan kerja manakala petanda
tingkahlaku pula termasuk produktiviti yang rendah dan ketidakhadiran bekerja.

2.2.3 Teori Tekanan Marshall dan Cooper (1979)

Marshall dan Cooper (1979), turut mengemukan teori mereka terhadap


tekanan iaitu tekanan dapat dikatakan berpunca dari factor-faktor persekitaran dan
individu. Faktor-faktor persekitaran merangkumi dari segi aspek perhubungan,
instrisik pekerjaan, struktur dan iklim organisasi. Komponen perhubungan
mencakupi aspek hubungan dengan pihak atasan dan pekerja dengan rakan sekerja.
Faktor struktur dan dan iklim organisasi pula merangkumi aspek kurang penglibatan,
komunikasi yang kurang baik dan tidak ada rasa kepunyaan. Penekanan ini akan
mendatangkan tekanan kepada pihak berkenaan sekiranya mereka gagal untuk
bertindak mengawal tekanan tersebut. Ketegangan yang berlarutan terlalu lama boleh
membawa kepada msalah kesihatan fizikal dan masalah kesihatan mental. Masalah
kesihatan adalah seperti kadar nadi yang tinggi, tekanan darah tinggi, paras kolesterol
yang tinggi serta penyakit jantung. Masalah kesihatan mental pulatermasuklah emosi
tertekan, tiada kepuasan bekerja, kurang bermotivasi dan kurang aspirasi.
23

2.2.4 Teori Tekanan Hans Selye (1974)

Hans Selye (1974) adalah seorang pakar psikologi yang banyak membuat
kajian fenomena tekanan dan aspek biologi dan hasil-hasil penyelidikannya. Beliau
mengutarakan satu teori yang menarik mengenainya. Beliau mendefinasikan teori ini
sebagai satu tindak balas yang tidak spesifik oleh tubuh terhadap apa-apa rangsangan
atau permintaan dan ia dikenali sebagai Sindrom Adaptasi Am (GAS). Sindrom ini
mempunyai proses adaptasi kerana tubuh akan merangsang satu bentuk pertahanan
yang membantu untuk mengatasi masalah. Ia dinamakan sindrom kerana Manifestasi
reaksi adalah berkaitan diantara satu sama lain. Teori ini adalah berdasarkan tiga
tahap asas perkembangan yang berlaku ketika tekanan iaitu, tahap bersedia dan
berjaga-jaga (Alarm Reaction), tahap penentangan (Stage of Resistance) dan tahap
kelesuan (Stage of Exhaustion).

2.3 Punca-Punca Tekanan Guru Di Sekolah

Mengikut kajian yang telah buat oleh Azizi Yahaya dan rakan-rakan (2010)
yang bertajuk Stres Dalam Kalangan Guru Sekolah Menengah Di Empat Buah
Negeri Di Malaysia. Seramai 400 orang guru dari 16 buah sekolah di empat buah
negeri yang dipilih secara kelompok. Hasil kajian ini mendapati bahawa guru
terpaksa melakukan tugas yang bertentangan dengan kehendak mereka. Di dalam
kajian tersebut seramai 65.3% bersetuju mengatakan faktor lebihan kerja dalam
stress. Di dalam setiap tugas yang diberikan kepada peringkat bawahan, pihak
pentadbir hendaklah memberikan sokongan dan memberikan galakan agar guru-guru
mampu melakukan tugaas yang diberi. Guru juga akan diyakinkan oleh pihak atasan
tentang mereka yang tidak pernah mengajar sesuatu subjek yang perlu diajar olehnya
pada masa sekarang. Jikalau guru tersebut terdapat kekurangan maka pihak pentadbir
24

perlu menangani dengan bijak dan sentiasa memberi motivasi serta tunjuk ajar dan
menghargai tugas yang telah berjaya dijalankan oleh guru.

Dalam kajian diatas juga seramai 40.8% responden mengatakan sangat


bersetuju dalam kenyataan “anda disisihkan oleh rakan sekerja”. Manakala 31.5%
responden mengatakan bersetuju dalam kenyataan diatas. Ini membuktikan bahawa
rakan sekerja adalah orang penting bagi mengurangkan tekanan kerja dikalangan
guru. Adakalanya rakan sekerja malas memberikan sumbangan dan pertolongam
dalam menyiapkan sesuatu tugas yang diberikan. Mereka ini kurang memberikan
komitmen dan idea di dalam kumpulan bagi menjayakan tugas yang diberi.

Menurut Azizi Yahaya dan rakan (2010), didapati pernyataan “ pejabat /


bilik guru bising berbanding tahap biasa” mencatat min tertinggi iaitu 3.39 dan
sisihan piawai 1.1005. Seramai 32.8 peratus bersetuju dan 14.0 peratus sangat setuju
dengan pernyataan ini. Ini menunjukkan pejabat dan bilik guru adalah tempat yang
penting dimana guru menyiapkan tugas yang diberikan. Oleh yang demikian adalah
penting supaya pejabat dan bilik guru dapat dihindarkan dengan perlakuan membuat
bising sama ada orang yang melakukan bising itu terdiri daripada guru sendiri atau
pun dari pelajar yang kelasnya bersebelahan dengan bilik guru atau pejabat.

Dalam hasil kajian yang dijalankan oleh Tajulashikin dan rakan-rakan (2013)
yang bertajuk Faktor-Faktor Penentu Stres Dalam Kalangan Guru : Sekolah Rendah
Mubaligh Di Kuala Lumpur, dimana kajian ini telah dijalankan keatas 14 buah
daripada 22 Sekolah Rendah Mubaligh yang terletak di Kuala Lumpur yang
mempunyai populasi guru seramai 382 orang. Penyelidik berminat menjalankan
kajian terhadap guru-guru daripada Sekolah Rendah Mubaligh Kuala Lumpu kerana
masih belum terdapat lagi kajian-kajian yang lepas berkenaan stres atau tekanan di
kalangan guru yang berada di Sekolah Rendah Mubaligh di Kuala Lumpur secara
khusus.
25

Hasil kajian tersebut mendapati bahawa faktor bebanan kerja, kerenah


pelajar, kekangan masa, hubungan sesama rakan sekerja, hubungan dengan ibubapa
pelajar, penghargaan dan sokongan adalah peramal yang signifikan.

Selain daripada itu, Kamaruzaman (2007) meneruskan kajian yang bertajuk


“Tekanan Kerja Dikalangan Guru Sekolah Menengah ” . Penyelidik berminat
mengkaji yang mana kedudukan lima faktor utama yang mempengaruhi tekanan
kerja yang dalami oleh guru. Lima faktor yang mempengaruhi tekanan kerja
dikalangan guru adalah faktor penghargaan, perhubungan, kekangan masa dan
sumber, beban tugas dan salah laku pelajar. Kajian ini dijalankan dengan memilih
guru seramai 40 orang dari dua buah Sekolah Menengah (Gred A dan Gred B) di
Rantau Panjang, Kelantan.

Dapatan kajian tersebut mendapati bahawa faktor salah laku pelajar


mempunyai skor min yang tinggi iaitu 3.54 dan sisihan piawai 0.67. Manakala skor
min yang kedua tertinggi adalah faktor kekangan masa dan sumber mempunyai skor
min 2.97 dan sishan piawai 0.52. Seterusnya faktor penghargaan yang mempunyai
skor min 2.81 dan sisihan piawai 0.59. Faktor yang keempat pula adalah faktor
perhubungan dimana skor min ialah 2.66 dan sisihan piawai 0.56. Manakala faktor
yang terakhir iaitu faktor beban tugas dengan skor min 2.64 dan sisihan piawai 0.62.

Kajian yang dijalankan oleh Safiah Shain (2006), menerusi kajiannya yang
bertajuk “ Tahap Punca Tekanan dan Strategi Menangani Tekanan di Kalangan
Guru-guru Sekolah Rendah di Daerah Kota Samarahan, Sarawak.” Penyelidik
berminat mengkaji tahap punca tekanan yang utama terhadap guru sekolah rendah
dari aspek tingkah laku pelajar, tuntutan professional, pengurusan sekolah, beban
tugas, persekitaran sekolah dan hubungan interpersonal. Kajian ini dijalankan terdiri
daripada 415 orang guru. Seramai 146 guru lelaki dan 269 guru perempuan dimana
mereka mereka bertugas di 22 buah sekolah rendah disekitar daerah Kota
Samarahan.
26

Di dalam kajian diatas tahap punca tekanan yang sederhana terdiri dari aspek
tingkah laku pelajar dengan skor min 3.30 dan sisihan piawai 0.96. Manakala dari
aspek tuntutan professional dengan skor min 3.16 dan sisihan piawai 1.07. Aspek
pengurusan sekolah dengan skor min 3.13 dan sisihan piawai 1.16. Aspek seterusnya
iaitu aspek beban tugas pula dengan skor min 3.60 dan sisihan piawai 1.13. Dari
aspek persekitaran sekolah dengan skor min 2.87 dan sisihan piawai 1.09. Satu aspek
yang berada pada tahap punca tekanan yang rendah ialah hubungan interpersonal
dengan purata nilai min 2.33 dan sisihan piawai 1.12.

Kajian yang telah dibuat oleh Ahmad Johori dan rakan (2010) yang bertajuk
“Kepuasan Kerja Di Kalangan Guru Teknikal Di Empat Buah Sekolah Menengah
Teknik Sekitar Johor Bahru”. Kajian ini dijalankan untuk mengetahui tentang
kepuasan kerja dikalangan guru-guru teknikal di empat buah sekolah menengah
teknik di Johor Bahru. Sebanyak 103 set soal selidik yang mengandungi 30 item
tentang kepuasan kerja telah diedarkan kepada responden yang mengajar di Sekolah
Menengah Teknik Johor Bahru, Sekolah Menengah Teknik Perdagangan, Sekolah
Menengah Teknik Azizah dan Sekolah Menengah Teknik Tanjung Puteri. Skop
kajian adalah difokuskan kepada faktor kepuasan kerja dari segi beban tugas,
peluang kenaikan pangkat dan juga pendapatan yang diterima.

Hasil kajian tersebut didapati bahawa aspek peluang kenaikan pangkat


mempunyai tahap yang tinggi dengan skor min 3.76. Manakala aspek pendapatan
yang diterima mempunyai tahap sederhana dengan skor min 3.67. Seterusnya aspek
beban kerja mempunyai tahap sederhana dengan skor min 3.36. Didapati peratusan
keseluruhan responden mengatakan setuju dengan faktor peluang kenaikan pangkat
dalam mempengaruhi kepuasan kerja adalah agak tinggi dimana 70% mengatakan
setuju, 13.3 % mengatakan tidak setuju dan 16.1% mengatakan tidak bersetuju.

Menurut Abdullah dan Ainon (2008) dalam Ahmad Johari dan rakan (2010)
ganjaran yang diterima membolehkan memotivasikan seseorang pekerja dan
seterusnya akan menyebabkan pekerja tersebut merasa puas dengan usaha yang telah
dilakukan. Ganjaran pula tidak terbatas kepada pemberian dalam bentuk wang
27

sahaja. Ganjaran juga boleh diberikan dalam bentuk kerja. Salah satu yang termasuk
dalam ganjaran kerja sebagaimana yang telah dinyatakan adalah peluang kenaikan
pangkat. Oleh yang demikian, tidak hairanlah jika dapatan kajian yang diperolehi
adalah sedemikian rupa kerana peluang kenaikan pangkat dan kepuasan kerja
mempunyai hubungkait yang rapat diantara satu sama lain.

Salah satu punca yang timbul dari ketidakpuasan bekerja dikalangan


responden adalah berkaitan dengan pendapatan yang diterima. Kepuasan dan
pendapatan akan dapat dilihat oleh individu sebagai fungsi upah yang diterima
adalah bersesuaian dengan input dan output individu itu jika dibandingkan dengan
orang lain. Dalam dapatan kajian tersebut didapati 65% responden bersetuju bahawa
faktor pendapatan yang diterima sekarang mempengaruhi kepuasan bekerja,
manakala 15.5% lagi mengatakan tidak bersetuju dan 19.5% tidak pasti.

Norhanim (1994) dalam Ahmad Johari dan rakan (2010), apabila seseorang
guru yang bertungkus-lumus untuk menunjukkan dan mempertingkatkan prestasi
yang terbaik, tetapi masih tidak dipertimbangkan untuk menikmati gaji yang selaras
dengan prestasinya, maka kejatuhan dari prestasi yang sebenar boleh berlaku.
Manakala Abdullah dan Ainon (2008) mengatakan bahawa pendapatan yang dilihat
sebagai satu ganjaran yang diterima oleh seseorang pekerja hasil usahanya, adalah
merupakan satu cara menggalakkan pekerja itu supaya terus mahu melakukan
sehingga timbul minat dan keseronokkan dalam diri sendiri.

Dalam kajian ini faktor beban tugas adalah perkara yang penting dan ingin
dikaji oleh pengkaji. Hasil kajian mendapati responden mennyatakan setuju tentang
beban tugas yang dipikul mempengaruhi kepuasan pekerja. Daripada itu sebanyak
57.4% responden mennyatakan setuju, 29.1% responden menyatakan tidak setuju,
manakala 13.4% responden lagi menyatakan tidak pasti.
28

Kebanyakkan pekerjaan profesional memerlukan tugas perkeranian. Begitu


juga halnya dengan profesion perguruan yang menyebabkan seseorang guru terpaksa
melakukan kerja-kerja perkeranian seperti mengisi kad penyata kemajuan pelajar,
mengisi borang pinjaman buku teks dan rekod persekolahan murid (Ahmad Johari
dan rakan, 2010, dalam Ee Ah Meng, 1997)

Mengikut kajian yang dibuat Johari Hasan & rakan (2011) yang bertajuk
Kajian Terhadap Stres Dikalangan Guru Sekolah Rendah Di Zon Permas Jaya,
Johor Bahru Dari Aspek Personaliti mendapati, guru akan menghadapi tugas yang
lebih banyak pada awal tahun berbanding pada hujung tahun. Tugas guru akan
bertambah pada awal tahun kerana mereka terlibat dengan tugas mengajar, tugas
pengkeranian seperti menyediakan buku rekod, alat bantu mengajar, mengagihkan
buku teks, mengisi kedatangan pelajar, membuat pendaftaran pelajar baru. Manakala
tugas sosial yang perlu dipikul oleh guru adalah seperti latihan rumah sukan,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru, mengutip yuran, mengagihkan pelajar mengikut kelas
dan sebagainya
.

Dalam kajian tersebut mendapati majoriti responden merasakan tugas


pengkeranian memang memberikan tekanan kepada guru. Manakala tugas sosial
guru pula tidak menjadi punca faktor stres dikalangan guru.

Menurut Sapora Sipon (2010), stress banyak memberi kesan yang mendalam
kepada guru. Kewibawaan bidang pendidikan banyak bergantung kepada produktiviti
guru. Amat sukar bagi guru-guru memberi perkhidmatan yang berkualiti tinggi
sekiranya menghadapi tekanan di tempat kerja. Banyak kajian yang menyokong
dakwaan bahawa stress dikalngan pekerja sering dikaitkan dengan kesan negetif
sama ada kepada individu mahpun kepada organisasi. Stres juga dikatakan memberi
kesan terhadap kepuasan kerja, kesihatan fizikal dan kesihatan mental. Guru yang
mengalami tahap tekanan yang tinggi dikatakan memepunyai tahap kepuasan kerja
yang rendah. Manakala guru yang mengalami tahap tekanan yang rendah mempunyai
tahap kepuasan kerja yang tinggi.
29

Kajian di luar negara oleh Montgomery dan Rupp (2005) dimana


kajian ini menjalankan analisis-meta terhadap 65 kajian yang lepas berkaitan stres
dikalangan guru bermula dari tahun 1998 hingga 2003. Kajian tersebut bagi
mengenalpasti pelbagai punca yang boleh menyebabkan guru menjadi stres. Hasil
kajian mendapati terdapat tiga punca stres luaran secara sederhana mempengaruhi
peningkatan burnout dalam kalangan guru. Tiga punca stres dikalangan guru ialah
tingkah laku pelajar, bebanan kerja atau tuntutan kerja dan sokongan daripada rakan
kerja.

Seterusnya kajian yang bertujuan mengkaji sama ada faktor demografi


mempunyai hubungan dengan tahap stress guru. Kajian Ling (2008) dalam kajian
Tajulashikin Jumahat dan rakan (2013) mendapati pengalaman mengajar seseorang
guru mempunyai hubungan yang signifikan dengan tahap stress guru. Guru yang
mempunyai pengalaman mengajar yang lebih lama didapati mengalami stress yang
lebih tinggi berbanding dengan guru yang kurang berpengalaman. Hasil dapatan
kajian, mendapati guru yang mengajar di tahap yang tinggi lebih stress dari tingkah
laku, emosi dan keletihan berbanding guru yang mengajar di tahap rendah. Kajian ini
terhadap guru-guru sekolah menengah di Hong Kong dengan menggunakan kaedah
kuantitatif.

Namun kajian Gelman (2008) dalam kajian Tajulashikin Jumahat dan rakan
(2013), mendapati guru biasa dan guru pendidikan khas di sekolah rendah dan
menengah di New York yang bertujuan untuk melihat apakah pembolehubah-
pembolehubah demografi seperti jantina, umur dan pengalaman mengajar yang
menyumbang kepada stres dikalangan guru didapati hasil kajian yang bertentangan
dengan hasil kajian Ling (2008) iaitu didapati semakin meningkat umur dan
pengalaman seseorang guru, maka semakin berkurangan stress dialami. Namun
kajian tersebut tidak mendapati tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan bagi
tahap stress antara guru-guru biasa dengan guru pendidikan khas. Maksud pernyataan
tadi ialah tahap stress guru biasa adalah sama dengan tahap stress guru pendidikan
khas.
30

2.4 Strategi Menangani Tekanan

Dalam kajian Safiah Shain (2006) yang bertajuk “ Tahap Punca Tekanan dan
Strategi Menangani Tekanan di Kalangan Guru-guru Sekolah Rendah di Daerah
Kota Samarahan, Sarawak” dengan mengamalkan suruhan agama dapat menangani
tekanan. Seramai 108 (55.1%) responden mengatakan mengamalkan suruhan agama
merupakan strategi menangani tekanan yang sangat berkesan. Manakala 57 (29.1%)
responden pula mengatakan berkesan, 25 (12.8%) responden mengatakan sederhana
berkesan, 2 (1%) mengatakan sedikit berkesan dan 4 (2%) pula mengatakan tidak
berkesan dengan mengamal suruhan agama.

Dalam kajian diatas mendapati 89 (45.4%) reponden mengamalkan gaya


hidup sihat, merupakan strategi menangani tekanan yang sangat berkesan. Manakala
strategi belajar cara mengawal emosi adalah tempat ketiga dalam strategi menangani
tekanan. Manakala tempat keempat pula iaitu strategi mengelakkan persengketaan
dalam strategi menangani tekanan.

Menurut Mohd. Razali dan rakan (1997) dalam kajiannya yang bertajuk
“Strategi Menangani Tekanan Di Kalangan Guru-guru Sekolah Menengah Zon A Di
Bahagian Kuching/Samarahan Sarawak : Satu Tinjauan” sebanyak 262 soal selidik
dihantar kepada 6 buah sekolah menengah Zon A Bahagian Kuching / Samarahan
yang dipilih secara rawak daripada keseluruhan 19 buah sekolah menengah Zon A.
Daripada 262 soal selidik yang dihantar, hanya 209 atau 79.8% responden sahaja
yang memulangkan soal selidik dengan lengkap.

Hasil daripada kajian ini menunjukkan 70.3% responden mengatakan tahap


tekanan kerja dalam bidang perguruan adalah pada tahap sederhana, sangat tertekan
dan amat tertekan. Terdapat 57.5% responden mengatakan mereka kerapkali dan
setiap masa seronok dengan kerja guru. Majoriti responden, iaitu 83.5% daripada
mereka yakin tentang kebolehan menangani tekanan masing-masing sekurang-
31

kurangnya lebih kurang sama dengan rakan sejawat. Ini dapat digambarkan pada
tahap tekanan yang dialami responden masa kini, kebanyakkan daripada mereka
mempunyai kebolehan untuk menangani tekanan tersebut.

Daripada kajian diatas juga, tahap pengetahuan guru-guru tentang strategi-


strategi menangani tekanan semasa waktu persekolahan adalah tinggi. Fakta ini
berdasarkan bilangan strategi yang diketahui oleh kebanyakkan responden iaitu 36
daripada 45 strategi-strategi yang dikemukakan kepada mereka dan juga peratus
responden yang mengatakan mereka pernah berfikir tentang strategi didalam senarai
soal selidik yang diedarkan. Strategi menangani tekanan dengan memastikan diri
faham apa yang akan diajar, meyimpan semua kerja dengan dikemaskini/teratur dan
persediaan mengajar secara menyeluruh adalah strategi-strategi yang diketahui ramai
responden.

Dapatan kajian diatas didapati, strategi memastikan diri faham apa yang akan
diajarkan kepada pelajar adalah merupakan strategi paling berkesan dalam
menangani tekanan guru. Manakala strategi melepaskan kemarahan kepada rakan
sekerja untuk meredakan tekanan pula merupakan strategi yang paling tidak akan
dicuba. Strategi-strategi berbincang mengenai urusan kerja dengan guru penolong
kanan, rakan-rakan guru sesama sekolah atau dari sekolah lain, membaca buku-buku
tentang strategi menangani tekanan yang ingin dicuba. Strategi keluar untuk makan
tengahari adalah merupakan strategi menangani tekanan yang dianggap paling tidak
berkaitan walaupun terdapat sebilangan responden mengatakan mereka pernah
mencuba dan mendapati strategi ini berkesan.

Hasil kajian diatas juga didapati, cara-cara mempelajari strategi menangani


tekanan yang mudah oleh respoenden seperti mendengar nasihat daripada rakan
sejawat, membaca majalah / suratkhabar, mendengar radio dan televisyen dan
melalui pengalaman sendiri. Kajian ini juga mendapati sebilangan besar responden
iaitu 60.8% berpendapat bahawa terdapat pihak lain yang bertanggungjawab keatas
tekanan yang dihadapai oleh guru-guru. Terdapat sebilangan respoden iaitu 62.9%
32

mengatakan bahawa pihak sekolah dan pentadbir sekolah, Kementerian Pelajaran


Malaysia dan Jabatan Pelajaran Negeri adalah sebagai pihak yang bertanggungjawab
keatas tekanan yang dihadapai oleh guru-guru.

Dalam kajian yang dibuat oleh Abang Mat Ali (1998) dalam Safiah
Shain (2006) mendapati bahawa strategi menangani tekanan di kalangan 209 guru-
guru dibahagian Kuching terdapat tujuh strategi yang paling berkesan dalam
menangani tekanan dikalangan guru antaranya ialah memastikan diri faham apa yang
akan diajar (73.8%), belajar daripada kesilapan dan memaafkan diri sendiri (64.4%),
berbincang urusan kerja dengan guru (54.6%), bersembang dengan rakan sejawat
tentang minat rekreasi dan sebagainya (53.4%), realistik terhadap matlamat-matlamat
(50%), dan menumpukan perhatian kepada satu perkara pada sesuatu masa (50%)
merupakan strategi menangani tekanan yang pernah dicuba dan berkesan.

Manakala terdapat tujuh strategi yang tidak akan dicuba adalah seperti
melepaskan kemarahan kepada rakan sejawat, melupakan kurikulum nasional untuk
hari tersebut, berhenti daripada menyukai kerja, mengambil cuti pada hari itu untuk
mencari ketenangan, mengambil masa untuk berehat secara sedar / sengaja semasa
hari persekolahan, bermain muzik dalam bilik darjah dan mengamanahkan tugas-
tugas kepada rakan-rakan sejawat.

Kajian Narawi (1998) dalam Safiah Shain (2006) mendapati bagi strategi
daya tindak menangani stres di kalangan pengetua sekolah menengah di Sarawak
terhadap 119 orang pengetua mendapati strategi daya tindak yang paling berkesan
dalam menangani tekanan adalah dengan bersikap positif yakni mengamalkan
kemahiran perhubungan dengan rakan sekerja, menghadapi masalah secara optimis,
mewujudkan set mental yang lebih positif serta menggunakan peluang kursus dan
perkhidmatan bagi meningkatkan kemahiran pengurusan komunikasi.

Menurut Safiah Shain (2006) strategi yang lain yang boleh membantu dalam
menangani tekanan guru ialah perspektif yang lebih realistik seperti berseloroh dan
33

bergurau jenaka (humour), serta sokongan intelektual, social dan kerohanian seperti
melibatkan diri dalam kegiatan kerohanian, berbual dengan ahli keluarga serta
sahabat karib dan melibatkan diri dalam aktiviti sosial.

Sapora Sipon (2010) mengatakan pendidikan stress dan latihan pengurusan


stress boleh berfungsi dalam membantu individu untuk mengenalpasti simptom stress
dan menangani stigma dan kesan yang berkaitan dengan stress. Pendidikan stress dan
pengurusan stress sangat berkesan dalam membantu individu yang berurusan dengan
punca-punca stress yang berkaitan dengan persekitaran kerjayang tidak boleh diubah
atau tiada kaitan dengan kerja.

Dalam Kajian Sapora Sipon (2010), salah satu cara untuk mengenalpasti
tahap stress ditempat kerja ialah melalui audit stress. Occupational Stress Indicator
(OSI) yang telah dicipta oleh Cooper, Sloan dan William (1988) telah digunakan
secara meluas sebagai alat diagnostik dalam penyelidikan stress pekerjaan. Alat OSI
atau alat pengukuran yang lain menyumbang kepada kaedah yang berkesan dalam
usaha organisasi memantau kesihatan organisasi dan proaktif dalam pengurang
stress. Audit stress boleh digunakan bagi tujuan baseline dimana tekni-teknik
pengurusan stres boleh dinilai. Penggunaan audit stress juga boleh digunakan dalam
usaha menentukan sikap pekerja dan keperluan yang dipersepsikan untuk intervensi
sekunder dan utama. Kaedah ini sangat berguna memberikan maklumat sebelum
sesuatu intervensi dilaksanakan. Audit stress jelas boleh menjimatkan kos dan satu
cara yang lebih berfokus dalam pengurangan stress kerja.

2.5 Kesimpulan

Dalam kajian ini, pengkaji ingin mengkaji pengurusan tekanan kerja


dikalangan guru sekolah rendah dengan mengambil kira tahap punca tekanan guru
34

dari aspek pengurusan disiplin, pengurusan kurikulum, pengurusan persekitaran


sekolah dan hubungan interpersonal dikalangan guru.
35

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Bab ini akan membincangkan tentang metodologi kajian yang akan


dijalankan bagi mengumpul dan memperolehi data yang akan digunakan sebagai
dapatan kajian yang mencakupi aspek populasi, lokasi dan persampelan kajian,
rekabentuk kajian, kerangka teori, instrumen, kebolehpercayaan instrumen, kajian
rintis, prosedur pengumpulan data dan cara analisis data. Kajian yang dijalankan
menggunakan kaedah tinjauan selidik bagi mengenalpasti pengurusan tekanan kerja
di kalangan guru sekolah rendah di zon Sungai Balang Daerah Muar. Kajian ini
melihat tahap punca tekanan guru dalam pengurusan disiplin pelajar, pengurusan
kurikulum, pengurusan persekitaran sekolah dan hubungan interpersonal dikalangan
guru.
36

3.2 Rekabentuk Kajian

Rekabentuk kajian bermaksud struktur penyiasatan serta pelan yang


digunakan bagi mendapatkan maklumat dan bukti bagi menjawab persoalan-
persoalan kajian. Menurut Chua Yan Piaw (2011) pengkaji harus dapat merancang
kajiannya dengan menggunakan rekabentuk kajian yang sesuai dengan tujuan
kajiannya. Jika rekabentuk kajian yang digunakan tidak sesuai, hasil kajian yang
diperolehi mungkin tidak benar dan dengan ini mendatangkan kesan yang negetif
kepada pengkaji lain yang membuat rujukan hasil kajian tersebut.

Kajian ini berbentuk kajian kuantitatif dengan menggunakan pendekatan


secara tinjauan terhadap pengurusan tekanan kerja dikalangan guru sekolah rendah.
Data kajian dikumpul daripada soal selidik. Dalam kajian tinjauan, pengkaji memilih
sekumpulan subjek daripada populasi sebagai responden kajian, memungut
maklumat daripada responden dan seterusnya menganalisis maklumat tersebut untuk
menjawab soalan kajian.

Kajian ini juga merupakan kajian berbentuk kolerasi dimana mengukur darjah
hubungan antara dua atau lebih lebih pembolehubah. Azizi, Shahrin, Jamaludin,
Yusof dan Abdul Rahim (2007) menyatakan kajian kolerasi merupakan kaedah
terbaik untuk mengkaji hubungan atau saling kait diantara pembolehubah yang
bersandar dan tidak bersandar. Kajian ini dapat melihat kekuatan antara dua
pembolehubah (McBurney dan White, 2007). Kajian yang dijalankan adalah kajian
berbentuk kuantitatif berbentuk tinjauan (survey research).

Penyelidik telah berjumpa dengan Pegawai Pendidikan di Pejabat Pelajaran


Pendidikan Daerah Muar untuk menerangkan mengenai tujuan dan pentingnya kajian
ini dijalankan. Penerangan tujuan kajian dijalankan adalah penting untuk memberi
keyakinan kepada pegawai tersebut bagi tujuan untuk mendapatkan kerjasama
sepenuhnya dari pegawai tersebut.
37

3.3 Lokasi kajian

Kajian ini dijalankan di Zon Sungai Balang, di Daerah Muar dimana terdapat
27 buah sekolah iaitu 19 buah Sekolah Kebangsaan (SK) dan 8 buah Sekolah Jenis
Kebangsaan Kebangsaan Cina (SJKC). Kajian ini dijalankan berdasarkan maklumat
serta bantuan yang diperolehi dari guru-guru yang bertugas di sekolah tersebut.

3.4 Populasi Dan Sampel Kajian

Populasi kajian terdiri daripada 583 orang guru yang berkhidmat dan terlibat
secara langsung dalam penyelidikan ini di 27 buah sekolah di Zon Sungai Balang, di
Daerah Muar.

Mengikut Jadual Krejcie, R. V and Morgan D.W, persampelan kajian terdiri


daripada 243 orang guru di 27 buah sekolah. Dimana setiap sekolah diambil 9 orang
guru sebagai sampel. Jadual 3.1 menunjukkan sekolah yang terlibat.

Jadual 3.1 : Senarai sekolah yang terlibat

Bil Nama Sekolah Jumlah Sampel


1. SK AIR HITAM BT 18 9
2. SK PARIT NAWI 9
3. SK JALAN YUSOF 9
4. SK SIMPANG 4 9
5. SK BUKIT NANING 9
6. SK PARIT LATIFF 9
38

7. SK PARIT NO 5 9
8. SK PARIT SAMSU 9
9. SK PARIT JAWA 9
10. SK SRI JAMIL 9
11. SK PARIT BULAT 9
12. SK LDG AIR MANIS 9
13. SK PARIT PECHAH 9
14 SK PEKAN BAHARU 9
15. SK SERI MENANTI 9
16. SK SG BALANG DARAT 9
17. SK PT PINANG SERIBU 9
18. SK ORANGKAYA ALI 9
19. SK TANJONG TOHOR 9
20. SJKC BOON LIM 9
21. SJKC SAN CHAI 9
22. SJKC CK WAH YU 9
23. SJKC HAU LIM 9
24. SJKC LIMBONG 9
25. SJKC SIN MING 9
26. SJKC YU MING 9
27. SJKC HWA MING 9

JUMLAH SAMPEL 243

Sampel merupakan kumpulan yang dikaji dalam sesebuah populasi.


Persampelan merupakan pengambilan sampel dari populasi sasaran dan maklumat
yang diperolehi dari sebahagian kumpulan. Babbie (2008) menyatakan pengkaji
mengambil dengan tujuan untuk mendapatkan data dan maklumat bagi menjawab
persoalan kajian. Persampelan yang dijalankan mestilah berjaya mengurangkan ralat
39

persampelan. Kajian yang dijalankan ini menggunakan kaedah persampelan purposif


atau tujuan.
Bagi mementukan saiz sampel, pengkaji telah menggunakan kaedah jadual
Krejcie, R.V and Morgan D.W (1970) adalah seperti Jadual 3.2.

Jadual 3.2 : Jadual menentukan jumlah / saiz sampel daripada populasi.

N S N S N S
10 10 95 76 260 155
15 14 100 80 270 159
20 19 110 86 280 162
25 24 120 92 290 165
30 28 130 97 300 169
35 32 140 103 320 175
40 36 150 108 340 181
45 40 160 113 360 186
50 44 170 118 380 191
55 48 180 123 400 196
60 52 190 127 420 201
65 56 200 132 440 205
70 59 210 136 460 210
75 63 220 140 480 214
80 66 230 144 500 217
85 70 240 148 550 226
90 73 250 152 600 234

Nota : N ialah saiz populasi. S ialah saiz sampel.


Sumber : Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan Azizi dan rakan (2007)
40

3.5 Instrumen Kajian

Dalam penyelidikan sains sosial, instrumen kajian biasanya merupakan soal


selidik yang direka khas untuk mengumpul data kajian. Soal selidik mempunyai
banyak kegunaan. Ia mungkin digunakan sebagai senarai semak untuk merekodkan
pemerhatian ke atas tinkah laku responden, atau sebagai soalan sesi temu bual, atau
sebagai ujian kertas-pensil dan sebagainya. Soal selidik yang baik tidak seharusnya
menimbulkan rasa bosan responden untuk menjawab dengan ikhlas dan jujur. Item-
item dalam soal selidik haruslah mudah difahami, dan responden dapat menjawabnya
tanpa keraguan walaupun dengan hanya membacanya sekali sahaja. (Chua Yan Piaw,
2011)

Dengan cara ini, responden akan berasa lebih selesa dan mudah memberi
respon terhadap sesuatu subjek yang dikaji. Najib (2001) menyatakan soal selidik
digunakan kerana berkebolehan mengukur ciri-ciri atau pembolehubah yang ingin
diukur daripada saiz sampel yang banyak serta data boleh dianalisis dengan cepat
dan berkesan.

Penyelidikan ini menggunakan Teacher Stress Inventory yang diperkenalkan


oleh Boyle et al. (1995) bagi tujuan mengukur tahap tekanan kerja guru. Soal selidik
bagi kajian ini berpandukan Self Report Teacher Stress oleh Dunham (1992) pula
digunakan untuk mengenalpasti kedudukan punca-punca utama tekanan guru seperti
pengurusan disiplin pelajar, pengurusan kurikulum, pengurusan persekitaran sekolah
dan hubungan interpersonal yang mempengaruhi tekanan kerja guru.

Instrumen yang digunakan dalam penyelidikan ini dibahagikan kepada


kepada dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A untuk
mengukur maklumat latar belakang guru yang mengandungi 7 item. Manakala
Bahagian B untuk mengukur pengurusan tahap tekanan kerja dikalangan guru
41

sekolah rendah. Instrumen ini mengandungi 66 item yang perlu dijawab oleh
responden yang berbentuk membulatkan jawapan yang sesuai dengan menggunakan
skala lima tahap.

3.5.1 Bahagian A : Latarbelakang Responden

Bahagian ini mengandungi 7 item yang bertujuan untuk mendapatkan


maklumat demografi responden dalam kajian. Maklumat demografi tersebut adalah
jantina, umur, bangsa, status perkahwinan, pengalaman mengajar, kelayakan
akademik tertinggi dan kelayakkan ikhtisas. Responden menjawab dengan
membulatkan jawapan mengikut kesesuaian maklumat yang diperlukan. Kaedah ini
akan memberikan maklumat yang tepat apa yang pengkaji kehendaki.

3.5.2 Bahagian B : Pengurusan Disiplin Pelajar

Bahagian ini mengandungi item yang mengukur tahap tekanan kerja


dikalangan guru dari aspek pengurusan disiplin pelajar sekolah rendah yang
disesuaikan dengan Teacher Stress Inventory yang diperkenalkan oleh Boyle et al.
(1995) dan telah diubahsuai oleh Kamaruzaman Kamaruddin (2007), bertujuan
mengukur tahap tekanan kerja guru. Bahagian ini mengandungi 15 item yang
memfokuskan kelakuan pelajar yang boleh menimbulkan masalah di sekolah.
42

3.5.3 Bahagian C : Pengurusan Kurikulum

Bahagian ini mengandungi item yang mengukur tahap tekanan kerja guru
dari aspek pengurusan kurikulum di sekolah rendah. Didalam bahagian ini terdapat
16 item yang memfokuskan kepada tugas-tugas hakiki seorang guru yang terdapat di
sekolah rendah. Di dalam aspek ini terdapat juga tugas yang bukan hakiki yang boleh
memberi kesan kepada guru.

3.5.4 Bahagian D : Pengurusan Persekitaran Sekolah

Bahagian ini pula adalah mengukur tahap tekanan kerja guru dari aspek
persekitaran sekolah. Di dalam bahagian ini terdapat 20 item yang memfokuskan
keadaan fizikal bangunan sekolah dan juga mengenai susun atur perabot serta
peralatan mengajar, yang boleh memberi kesan kepada guru.

3.5.5 Bahagian E: Hubungan Interpersonal

Di dalam bahagian ini terdapat 15 item yang mengukur tahap tekanan kerja
guru dari aspek hubungan interpersonal dikalangan guru. Item-item yang terkandung
di dalam aspek ini memfokuskan kepada bagaimana guru berkomunikasi dengan
rakan sekerja dan hubungan dengan pihak pentadbir sekolah.
43

Responden diminta membulatkan jawapan mengikut kesesuaian berpandukan


pada skala lima mata berbentuk Likert seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.3.
Item-item tersebut digunakan untuk mengukur tahap tekanan kerja dikalangan guru
seperti yang terdapat pada Jadual 3.4.

Item Skor
Sangat Tidak Setuju (STS) 1
Tidak Setuju (TS) 2
Kurang Setuju (KS) 3
Setuju (S) 4
Sangat Setuju (SS) 5

Jadual 3.3 : Senarai Skala Likert

Tahap tekanan kerja Senarai Item Bilangan


dikalangan guru
Pengurusan disiplin B1-B15 15
pelajar
Pengurusan kurikulum C16-C31 16
Pengurusan persekitaran D32-D51 20
sekolah
Hubungan interpersonal E52-E66 15
dikalangan guru.
Jumlah 66

Jadual 3.4 : Senarai Item Bagi Tahap Tekanan Kerja Dikalangan Guru Sekolah
Rendah.
44

3.6 Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen

Kesahan merujuk kepada sesuatu yang bererti dan berguna yang disimpulkan
daripada skor ujian. Kesahan adalah konsep yang penting dalam konteks pengukuran
konstruk ataupun gagasan seperti sikap, motivasi, persepsi, kecergasan dan
pencapaian. (Azizi Yahaya dan rakan, 2011).

Menurut Mohd Salleh Abu & Zaidatun Tasir (2011) kebolehpercayaan


merupakan ukuran keupayaan instrumen penyelidik dalam mengukur pembolehubah
kajian secara konsisten setiap kali ia digunakan pada masa, tempat dan sampel yang
berlainan. Pengujian tahap kesahan adalah penting untuk memastikan ítem yang
dibuat adalah bersesuaian dengan responden yang hendak diuji (Majid Konting,
1998).

3.7 Kajian Rintis

Kajian rintis dilakukan sebelum kajian sebenar dilakukan. Melalui kajian


rintis ini, penyelidik berpeluang untuk memperbaiki soalan yang kurang sesuai
dengan menambahkan soalan yang lebih bersesuaian. Penyelidik perlu melihat dulu
tahap kebolehpercayaan item set soal selidik sebelum melakukan kajian sebenar.

Mengikut Mohd Najib (2003), tujuan utama kajian rintis adalah untuk
menentukan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen. Hanya dalam keadaan apabila
instrumen telah mempunyai kepastian sebenar dari aspek objektif, kesahan,
kebolehpercayaan dan kepenggunaan, maka barulah kajian rintis tidak perlu
dilaksanakan. Keadaan ini jarang berlaku kerana sekurang-kurang penyelidik perlu
45

mengenal ciri sampel yang sudah tentu berlainan daripada kajian lepas. Dengan itu,
kajian rintis adalah satu aktiviti yang penting bagi setiap kajian tinjauan.

Manakala Shaifol Bahary dan Hasnul Faizal (2008) menyatakan


bahawa kajian rintis sangat penting supaya kajian sebenar tidak akan dipersoalkan
dari segi keupayaan alat kajian dan prosedur pelaksanaan kajian tersebut. Antara
fungsi kajian rintis adalah seperti berikut:-

1. Digunakan bagi menguji keberkesanan alat kajian yang digunakan.


2. Digunakan bagi rancangan cadangan dan garis panduan kajian yang akan
dilaksanakan.
3. Digunakan bagi mengkaji dan menilai logik (kebolehlaksanaan dan
kemunasabahan) kajian sebenar yang akan dijalankan.
4. Digunakan untuk memurnikan kesesuaian rekabentuk kajian yang bakal
dilaksanakan.
5. Digunakan bagi melihat dan seterusnya menilai sama ada rangka atau teknik
persampelan berkesan dan sekiranya berlaku kecacatan, pemurnian perlu
dilakukan terlebih dahulu.
6. Digunakan bagi mengenaslpasti masalah yang mungkin timbul dalam kajian
sebenar.
7. Digunakan bagi menganggarkan kemungkinan keputusan hasil kajian
sebenaryang mingkin boleh didapati.
8. Digunakan bagi membuat perbelanjaan dan anggaran jumlah serta sumber
kewangan.
9. Digunakan bagi menetapkan atau menentukan saiz sampel kajian sebenar.
10. Digunakan dalam menilai keberkesanaan teknik análisis kajian yang bakal
digunakan dalam kajian sebenar.
11. Digunakan bagi menyediakan peralatanyang perlu digunakan untuk membuat
kajian sebenar.
12. Digunakan dalam menilai dan seterusnya memurnikan kesesuain soalan
kajian yang digunakan dalam kajian sebenar.
46

13. Digunakan sebagai “warm-up” atau melatih pengkaji supaya dapat


menguruskan kajian sebenar dangan lancar dan berkesan.
14. Digunakan bagi memberi keyakinan kepada pihak penaja tentang keupayaan
kajian tersebut dalam mencapai objektif penaja. Kesesuain keputusan kajian
rintis akan membolehkan pihak penaja menyokong dan membiayai kajian.

Kajian rintis (pilot study) telah dijalankan kepada 30 orang guru dari Sekolah
Kebangsaan Bakri Batu 5, Muar yang tidak terlibat dalam kajian. Tujuannya bagi
menentukan nilai kebolehpercayaan instrumen. Guru-guru yang dipilih bagi tujuan
kajian rintis adalah berdasarkan latarbelakang respoden yang hampir sama dengan
responden kajian yang sebenar. Dengan kaedah ini, kebolehpercayaan instrumen
kajian dikatakan dapat menggambarkan kesesuaiannya bagi menjalankan kajian
sebenar yang akan dilaksanakan kelak.

Berdasarkan analisis data kajian rintis yang dijalankan di Sekolah


Kebangsaan Bakri Batu 5, didapati nilai pekali kebolehpercayaan bagi keseluruhan
instrumen adalah tinggi iaitu 0.960 . Oleh yang demikian instrumen soal selidik yang
digunakan dalam kajian rintis ini bolehlah dipercayai dan boleh digunakan bagi kajian
yang sebenar.

3.8 Prosedur Pengumpulan Data

Kajian ini dimulakan selepas mengadakan perbincangan dengan penyelia.


Bagi menjalankan kajian sesuatu kajian, terdapat prosedur-prosedur yang perlu
dipatuhi. Pertama, kertas cadangan kajian perlu dihantar kepada Bahagian
Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan (EPRD). Selepas itu penyelidik
47

perlu memohon kebenaran kelulusan kajian daripada Kementerian Pelajaran


Malaysia.

Selanjutnya penyelidik perlu mendapatkan kelulusan daripada Jabatan


Pelajaran Negeri Johor dan Pejabat Pelajaran Daerah Muar bagi melaksanakan
penyelidikan di Sekolah Kebangsaan di Zon Sungai Balang, di daerah Muar.
Langkah terakhir, penyelidik perlu menghantar surat kebenaran kepada guru-guru
besar sekolah kebangsaan di Zon Sungai Balang beserta salina surat kelulusan dari
Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pelajaran Negeri Johor dan Pejabat
Pelajaran Daerah Muar supaya soal selidik dapat dijalankan.

Kebenaran Bertulis
(Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan)

Kebenaran Bertulis
(Jabatan Pendidikan Negeri Johor)

Kebenaran Bertulis
(Pejabat Pelajaran Daerah)

Kebenaran Bertulis
Guru Besar
Sekolah terlibat)

Agihan Soalan Soal Selidik

Terima Balik Soal Selidik

Menjalankan Analisis Data

Rajah 3.1 : Carta Alir Prosedur Pengumpulan Data


48

3.9 Analisis Data

Pemprosesan data merupakan teknik untuk pengumpulan, pengolahan,


penganalisisan, penyimpanan dan pengeluaran data. Dengan ini, penganalisisan data
perlu dilakukan untuk mendapatkan maklumat yang berguna dan bermakna daripada
data-data yang dikumpul dalam sesuatu penyelidikan. (Mohd Majid, 1990).

Borang soal selidik yang telah diisi akan dikumpul dan disemak terlebih
dahulu, bertujuan bagi memastikan segala maklumat yang diisi dengan betul oleh
responden. Seterusnya, data-data yang telah dikumpul, dianalisis berbantukan
komputer dengan menggunakan program SPSS versi 19.0 (Statistical Package for
Sosial Sciences) untuk mencari skor min, peratusan dan sisihan piawai. Menurut
Mohd Majid (1990), pemprosesan data menggunakan komputer dapat dilakukan
dengan cepat dan berkesan berbanding dengan pemprosesan data secara manual.
Tambahan pula, pemprosesan data yang berulang-ulang dapat dilakukan dengan
cepat dan cekap. Perisian SPSS versi 19.0 adalah beberapa pakej perisian komputer
yang digunakan bertujuan untuk memproses dan menganalisis data penyelidikan
khususnya penyelidikan pendidikan dan sosial. Data-data dan maklumat dalam
bahagian I iaitu latarbelakang responden dianalisis dengan mengira frekuensi bagi
setiap ítem dan kemudian ditukarkan kepada peratusan, dinyatakan dalam bentuk
jadual peratusan dan taburan kekerapan. Manakala bahagian II iaitu pengurusan
tekanan kerja dikalangan guru sekolah rendah dianalisis dengan menggunakan jadual
peratusan dan nilai skor min. Penyelidik mengelaskan setiap ítem mengikut
persoalan kajian yang telah ditetapkan.
49

Jadual 3.5 : Kaedah analisis data berdasarkan persoalan kajian.

Bil Persoalan Kajian Kaedah Analisis Data


1. Persoalan kajian 1
Apakah tahap punca tekanan guru dari aspek Skor min, sisihan
pengurusan disiplin pelajar di sekolah rendah, zon piawai
Sungai Balang, daerah Muar.
2. Persoalan kajian 2
Apakah tahap punca tekanan guru dari aspek Skor min, sisihan
pengurusan kurikulum di sekolah rendah, zon Sungai piawai
Balang, daerah Muar.
3. Persoalan kajian 3
Apakah tahap punca tekanan guru dari aspek Skor min, sisihan
pengurusan persekitaran sekolah di sekolah rendah, piawai
zon Sungai Balang, daerah Muar.
4. Persoalan kajian 4
Apakah tahap punca tekanan guru dari aspek
Skor min, sisihan
hubungan interpersonal dikalangan guru di sekolah
piawai
rendah zon Sungai Balang, daerah Muar.
5. Persoalan Kajian 5
Apakah tahap keseluruhan pengurusan tekanan kerja Skor min, sisihan
dikalangan guru sekolah rendah zon Sungai Balang, piawai
daerah Muar.
6. Persoalan Kajian 6
Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara
pengurusan tekanan kerja dengan pengalaman Kolerasi Pearson
mengajar guru di sekolah rendah zon Sungai Balang,
daerah Muar.
7. Persoalan Kajian 7
Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara
Kolerasi Pearson
pengurusan tekanan kerja dengan umur guru di
sekolah rendah zon Sungai Balang, daerah Muar.
50

Jadual 3.5 menunjukkan kaedah menganalisis data berdasarkan persoalan


kajian. Persoalan kajian 1, persoalan kajian 2, persoalan kajian 3, persoalan kajian 4
dan persoalan kajian 5 dianalisis dengan menggunakan skor min dan sisihan piawai.
Manakala persoalan kajian 6 dan persoalan kajian 7 dianalisis dengan menggunakan
kolerasi Pearson.

Bagi menentukan tahap data yang diperolehi dari responden,


penyelidik menggunakan analisis skor min. Pengkelasan terhadap tahap data yang
diperolehi berdasarkan analisis skor min adalah seperti Jadual 3.6 :-

Jadual 3.6 : Pengkelasan skor berdasarkan kepada nilai skor min

Bil Min Skor


1. 1.00 – 2.33 Rendah
2. 2.34 – 3.67 Sederhana
3. 3.68 – 5.00 Tinggi

(Sumber: Mohd. Najib 1999)

3.10 Analisis Deskriptif

Penggunaan statistik deskriptif bertujuan bagi menghurai ataupun membuat


ringkasan pada makulumat ataupun data yang diperoleh bagi populasi ataupun
sampel. Ia biasanya digunakan oleh para penyelidik bagi membuat ringkasan pada
data yang mempunyai kuantiti yang besar. Statistik deskriptif mengandungi carta,
51

jadual dan sebagainya sebagai salah satu cara bagi meringkaskan kuantiti data yang
besar supaya lebih mudah difahami. (Azizi Yahaya dan rakan, 2007).

Walsh (1990) menyatakan statistik deskriptif boleh memberikan maklumat


secara langsung dan mudah. Ujian ini berkisarkan pandangan guru-guru sebagai
responden terhadap tahap punca tekanan guru dari aspek pengurusan disipilin pelajar,
pengurusan kurikulum sekolah, pengurusan persekitaran sekolah dan hubungan
interpersonal dikalangan guru.

3.11 Analisis Statistik Inferensi

Kolerasi Pearson digunakan bagi menguji hipotesis yang menjelaskan


hubungan antara pembolehubah-pembolehubah kajian. Hubungan kolerasi koefisien
boleh wujud dalam skala negetif atau positif serta pengiraan perhubungan kolerasi
diantara dua pembolehubah menghasilkan nilai julat dari -1.00 hingga +1.00.
Kolerasi koefisien -1.00 bermaksud perhubungan negetif manakala nilai +1.00
membawa maksud perhubungan yang positif. Manakala nilai 0 menandakan tidak
wujudnya hubungan antara pembolehubah-pembolehubah ini.

Walaubagaimanapun kolerasi koefisien yang nilai julatnya antara -


1.00 hingga +1.00 menunjukkan darjah perhubungan yang tinggi dan ini
membolehkan seseorang itu membuat ramalan yang tepat mengenai hubungan
diantara satu pembolehubah dengan pembolehubah yang lain berdasarkan maklumat
atau data yang diperolehi.
52

3.12 Kesimpulan

Penyelidikan ini dijalankan melibatkan data secara statistik deskriptif dan


statistik inferensi bagi menjawab persoalan kajian. Populasi, sampel kajian, lokasi
kajian, kesahan dan kebolehpercayaan instrumen yang digunakan, kajian rintis serta
penganalisisan data adalah aspek yang amat penting bagi membantu dalam
memastikan penyelidik menjalankan kajian secara terperinci dan sistematik. Data-
data yang diperolehi akan dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical
Packages For Social Sciences (SPSS) Version 19.0.
53

BAB 4

DAPATAN DAN ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan

Bab ini mengemukakan hasil analisis data yang diperolehi daripada maklum
balas responden. Di dalam bab ini perbincangan secara deskriptif lebih kepada
penghuraian latar belakang responden. Manakala analisis statistik infrensi pula
melibatkan penggunaan kaedah analisis min, sisihan piawai, dan ujian kolerasi
Pearson bagi menentukan hubungan pembolehubah yang dikaji berdasarkan
hipotesis dan persoalan kajian.

Kajian ini telah dijalankan di 27 buah sekolah di zon Sungai Balang, daerah
Muar. Sebanyak 243 set soal selidik telah diedarkan dan sebanyak 197 set atau
81.1% telah dijawab dan dikembalikan. Manakala set soal selidik yang tidak
dikembalikan semula adalah sebanyak 46 set atau 18.9%, kerana kebanyakkan guru
menghadiri kursus Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), guru cuti bersalin
dan juga faktor-faktor yang tidak diketahui.
54

Data kuantitatif yang diperolehi diproses menggunakan program Statistical


Package For The Social Sciences (SPSS) Versi 19.0. Kaedah menganalisis data yang
diperolehi adalah mengikut prosedur kajian yang telah diterangkan dalam bab
sebelum ini. Manakala hasil kajian dari data kuantitatif akan dinyatakan dalam
bentuk jadual.

Soal selidik yang telah disediakan mengandungi empat bahagian iaitu


Bahagian A, B, C, D dan E. Dimana Bahagian A adalah bertujuan untuk
mendapatkan maklumat latarbelakang responden. Di dalam bahagian ini kaedah
analisis data berbentuk deskriptif yang menggunakan kekerapan dan peratusan.
Manakala Bahagian B, C, D dan E adalah berkaitan dengan objektif kajian yang
dijalankan. Bagi bahagian ini kaedah analisis data menggunakan min, sisihan piawai
dan ujian kolerasi pearson digunakan.

4.2 Maklumat dan Latar Belakang Responden

Maklumat latar belakang responden adalah merupakan salah satu ciri yang
perlu diambil kira dalam mencorak keputusan kajian. Responden kajian ini terdiri
daripada 197 orang guru yang mengajar di sekolah rendah zon Sungai Balang, daerah
Muar. Dalam kajian ini maklumat dan latar belakang responden yang diberi tumpuan
ialah jantina responden, bangsa responden, umur responden, status perkahwinan
responden, kelulusan akademik tertinggi responden dan kelayakan ikhtisas
responden.
55

4.2.1 Taburan Responden Mengikut Jantina

Jadual 4.1 : Taburan Responden Mengikut Jantina

Jantina Kekerapan (f) Peratus (%)


Lelaki 43 21.8
Perempuan 154 78.2
Jumlah 197 100

Jadual 4.1 menunjukkan bahawa bilangan dan peratusan responden mengikut


jantina. Daripada 197 orang responden yang menjawab soal selidik seramai 43 orang
(21.8 peratus) adalah lelaki dan seramai 154 orang (78.2 peratus) adalah perempuan.

4.2.2 Taburan Responden Mengikut Bangsa

Jadual 4.2 : Taburan Responden Mengikut Bangsa

Bangsa Kekerapan (f) Peratus (%)


Melayu 134 68
Cina 62 31.5
India 1 0.5
Lain-lain 0 0
Jumlah 197 100

Jadual 4.2 menunjukkan bilangan dan peratusan responden mengikut bangsa.


Daripada 197 orang responden bangsa Melayu terdiri daripada 134 orang (68
peratus), bangsa Cina terdiri 62 orang (31.5 peratus), bangsa India 1 orang (0.5
peratus) dan tiada bagi lain-lain bangsa.
56

4.2.3 Taburan Responden Mengikut Umur

Jadual 4.3 : Taburan Responden Mengikut Umur

Umur Kekerapan (f) Peratus (%)


21 – 25 Tahun 9 4.6
26 – 30 Tahun 34 17.3
31 – 35 Tahun 52 26.4
36 – 40 Tahun 28 14.2
41 – 45 Tahun 36 18.3
46 – 50 Tahun 29 14.7
51 – 55 Tahun 9 4.6
Jumlah 197 100.0

Daripada Jadual 4.3 menunjukan taburan responden berdasarkan umur. Hasil


daripada analisis yang telah buat terhadap responden dikalangan guru yang mengajar
sekolah rendah di zon Sungai Balang didapati umur 31-35 tahun adalah yang paling
ramai iaitu 52 orang (26.4 peratus) . Manakala responden yang paling sedikit
didapati berumur 21-25 tahun iaitu 9 orang (4.6 peratus) dan responden berumur 51-
55 tahun iaitu 9 orang (4.6 peratus). Responden yang berumur diantara 26-30 tahun
adalah seramai 34 orang (17.3 peratus), manakala responden yang berumur 36-40
tahun seramai 28 orang (14.2 peratus). Selebihnya responden yang berumur 41-45
tahun adalah seramai 36 orang (18.3 peratus) dan responden yang berumur diantara
46 hingga 50 tahun seramai 29 orang (14.7 peratus).
57

4.2.4 Taburan Responden Berdasarkan Status Perkahwinan

Jadual 4.4 : Taburan Responden Berdasarkan Status Perkahwinan

Status Perkahwinan Kekerapan (f) Peratus (%)


Bujang 32 16.2
Berkahwin 163 82.7
Lain-lain 2 1.0
Jumlah 197 100.0

Jadual 4.4 menunjukkan taburan responden mengikut status perkahwinan.


Hasil daripada analisis yang dibuat didapati kebanyakkan responden terdiri yang
sudah berkahwin iaitu seramai 163 orang (82.7 peratus). Manakala responden yang
masih bujang seramai 32 orang (16.2 peratus). Selebihnya terdiri status lain-lain
adalah seramai 2 orang (1 peratus).

4.2.5 Taburan Responden Berdasarkan Kelulusan Akademik Tertinggi

Jadual 4.5 : Taburan Responden Mengikut Kelulusan Akademik Tertinggi

Kelulusan Akademik Kekerapan (f) Peratus (%)


Tertinggi
SPM 30 15.2
STPM / Diploma 57 28.9
Ijazah Pertama 87 44.2
Ijazah Sarjana 23 11.7
Jumlah 197 100.0
58

Jadual 4.5 menunjukkan taburan responden mengikut kelulusan akademik


yang tertinggi di sekolah rendah di zon Sungai Balang di daerah Muar. Hasil
daripada analisis yang telah dibuat didapati responden yang memiliki ijazah pertama
sebagai kelulusan akademik tertinggi adalah yang paling ramai iaitu 87 orang (44.2
peratus). Manakala responden yang memiliki ijazah sarjana sebagai kelulusan
akademik tertinggi adalah yang paling sedikit iaitu 23 orang (11.7 peratus).
Responden yang mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah
seramai 30 orang (15.2 peratus) daripada keseluruhan responden. Responden yang
memiliki kelulusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau Diploma adalah
seramai 57 orang (15.2 peratus) daripada jumlah keseluruhan responden.

4.2.6 Taburan Responden Mengikut Kelayakan Ikhtisas

Jadual 4.6 : Taburan Responden Mengikut Kelayakan Ikhtisas

Kelayakan Ikhtisas Kekerapan (f) Peratus (%)


Sijil / Diploma Perguruan 127 64.5
Diploma Pendidikan (Lepasan 70 35.5
Ijazah)
Jumlah 197 100.0

Jadual 4.6 menunjukkan taburan responden mengikut kelayakan


ikhtisas yang mengajar di sekolah rendah di zon Sungai Balang, di daerah Muar.
Dapatan daripada data yang telah dianalisis terdapat 127 orang responden (64.5
peratus) mempunyai kelayakan ikhtisas seperti sijil/ diploma perguruan dan ini
sebagai bilangan responden yang tertinggi. Manakala responden yang memiliki
diploma pendidikan lepasan ijazah adalah seramai 70 orang (35.5 peratus).
59

4.2.7 Taburan Responden Mengikut Pengalaman Mengajar

Jadual 4.7 : Taburan Responden Mengikut Pengalaman Mengajar

Pengalaman Mengajar Kekerapan (f) Peratus (%)


1 - 5 tahun 33 16.8
6 - 10 tahun 60 30.5
11 - 15 tahun 32 16.2
16 - 20 tahun 41 20.8
21 - 25 tahun 31 15.7
Jumlah 197 100.0

Jadual 4.7 memaparkan taburan responden mengikut pengalaman mengajar


sebagai guru di sekolah rendah di zon Sungai Balang di daerah Muar. Hasil daripada
analisis yang telah dibuat didapati responden yang mempunyai pengalaman antara
setahun hingga lima tahun adalah seramai 33 orang (16.8 peratus). Responden yang
mempunyai pengalaman mengajar antara enam hingga 10 tahun adalah seramai 60
orang (30.5 peratus) dan ini adalah responden yang paling ramai di dalam kajian ini.
Responden yang mempunyai pengalaman mengajar antara 11 hingga 15 tahun adalah
seramai 32 orang (16.2 peratus). Manakala responden yang mempunyai pengalaman
mengajar antara 16 hingga 20 tahun adalah seramai 41 ( 20.8 peratus). Dan akhir
sekali, responden yang mempunyai pengalaman mengajar antara 21-25 tahun adalah
seramai 31 orang iaitu (15.7 peratus).

4.3 Analisis Takbiran (Inferensi) Mengikut Persoalan Kajian

Bahagian ini merangkumi 66 item soal selidik yang digunakan untuk


mengkaji persoalan kajian mengenai tahap punca tekanan kerja dalam kalangan guru
dari beberapa aspek. Aspek-aspek yang dinilai ialah pengurusan disiplin pelajar,
aspek pengurusa kurikulum, pengurusan persekitaran, hubungan interpersonal. Selain
60

itu, bahagian ini juga mencari hubungan yang signifikan diantara elemen tekanan
kerja dalam kalangan guru dengan pengalaman mengajar responden serta hubungan
antara elemen tekanan kerja dalam kalangan guru dengan umur responden.

4.3.1 Tahap punca tekanan kerja dalam kalangan guru dari aspek
pengurusan disiplin

Jadual 4.8 : Skor min dan sisihan piawai punca tekanan kerja dalam kalangan
guru dari aspek pengurusan disiplin

No. Item Pengurusan Disiplin Pelajar Min Sisihan


Item Saya berasa tertekan apabila……………. Piawai

1 Pelajar kelas saya terdapat ramai kaki ponteng kelas 3.416 1.316

2 Pelajar kelas saya terdapat ramai kaki ponteng sekolah 3.056 1.375
Pelajar kelas saya tidak memberi tumpuan semasa guru 3.619 1.157
3
sedang mengajar di dalam kelas.
Pelajar kelas saya membuat bising apabila guru tiada di 3.848 0.941
4
dalam kelas.
Pelajar datang ke kelas tanpa membawa buku teks dan buku 3.548 1.136

5 latihan yang diperlukan dalam sesi pembelajaran dan


pengajaran.
Pelajar datang ke kelas tidak mengenakan pakaian yang 3.041 1.101
6
kemas.
Pelajar tidak dapat menerima teguran dari saya apabila 3.381 1.302
7
melakukan kesalahan
Pelajar bergaduh di dalam kelas sehingga mengganggu kelas 3.431 1.378
8
sebelah.
Terdapat segelintir pelajar keluar kelas tanpa meminta 3.142 1.270
9
keizinan dari guru.
Terdapat pelajar meniru semasa ujian atau peperiksaan 3.218 1.301
10
dijalankan.

11 Pelajar makan dan minum di dalam kelas. 2.980 1.173


61

Pelajar menconteng harta benda sekolah seperti meja, kerusi 3.274 1.194
12
dan dinding.
Pelajar tidak menghormati lagu kebangsaan dan negeri 3.234 1.343
13
semasa perhimpunan.
Pelajar bermain di dalam bilik darjah apabila guru tiada di 3.574 1.090
14
dalam kelas.
Pelajar memasuki bilik khas seperti makmal sains, makmal 3.147 1.307

15 komputer, bengkel kemahiran hidup tanpa meminta


kebenaran guru.
Jumlah keseluruhan Pengurusan Disiplin Pelajar 3.327 1.012

Berdasarkan Jadual 4.8 menunjukkan skor min dan sisihan piawai punca
tekanan kerja dalam kalangan guru dari aspek pengurusan disiplin. Dapatan kajian,
mendapati item empat iaitu “Saya berasa tertekan apabila pelajar kelas saya membuat
bising apabila guru tiada di dalam kelas” mencatatkan skor min tertinggi iaitu 3.848
dengan sisihan piawai 0.941. Seterusnya, item tiga memberi nilai skor min 3.619
dengan sisihan 1.157. Pernyataan item tiga ialah “ Saya berasa tertekan apabila
pelajar kelas saya tidak memberi tumpuan semasa guru sedang mengajar di dalam
kelas.

Dapatan kajian juga menunjukkan item empat belas iaitu “Saya berasa
tertekan apabila pelajar bermain di dalam bilik darjah apabila guru tiada di dalam
kelas” mencatatkan skor min 3.574 dengan sisihan piawai 1.090. Pernyataan item
lima “Saya berasa tertekan apabila pelajar datang ke kelas tanpa membawa buku teks
dan buku latihan yang diperlukan dalam sesi pembelajaran dan pengajaran” telah
mencatatkan skor min 3.548 dan sisihan piawai 1.136.

Bagi item lapan, pernyataan “Saya berasa tertekan apabila pelajar bergaduh di
dalam kelas sehingga mengganggu kelas sebelah” mencatatkan skor min 3.431 dan
sisihan piawai 1.378. Hasil daripada kajian menunjukkan item satu iaitu “Saya
berasa tertekan apabila pelajar kelas saya terdapat ramai kaki ponteng kelas”
62

mencatatkan skor min 3.416 dan sisihan piawai 1.316. Manakala item tujuh iaitu
“Saya berasa tertekan apabila pelajar tidak dapat menerima teguran dari saya apabila
melakukan kesalahan dengan skor min 3.381 dan sisihan piawai 1.302.

Dapatan kajian mendapati item 12 dengan pernyataan “Saya berasa tertekan


apabila pelajar menconteng harta benda sekolah seperti meja, kerusi dan dinding”
mencatatkan skor min 3.274 dan sisihan piawai 1.194. Bagi item 13, dengan
pernyataan “Saya berasa tertekan apabila pelajar tidak menghormati lagu kebangsaan
dan negeri semasa perhimpuan” mempunyai skor min 3.234 dan sisihan piawai
1.343. Seterusnya bagi item 10 dengan pernyataan “Saya berasa tertekan apabila
terdapat pelajar meniru semasa ujian atau peperiksaan dijalankan” memberikan nilai
skor min 3.218 dan sisihan piawai 1.301.

Kesepuluh-sepuluh item ini mencatatkan jumlah skor min yang paling tinggi
berbanding skor min item yang lain. Berdasarkan jadual ini juga menunjukkan skor
min item sebelas paling rendah iaitu iaitu 2.980 dengan sisihan piawai 1.173.
Pernyataan item sebelas adalah “Saya berasa tertekan apabila pelajar makan dan
minum di dalam kelas”.

4.3.2 Tahap punca tekanan kerja dalam kalangan guru dari aspek pengurusan
kurikulum.

Jadual 4.9 : Skor min dan sisihan piawai punca tekanan kerja dalam kalangan
guru dari aspek pengurusan kurikulum

Item Pengurusan Kurikulum Min Sisihan


Saya berasa terbeban apabila…………. Piawai

1 Bilangan waktu mengajar melebihi 32 waktu seminggu 4.005 1.062


63

Terpaksa menyiapkan sesuatu tugasan yang diberi oleh pihak 4.142 0.931
2
atasan dalam tempoh yang singkat
mendapat arahan bagi mengisi markah peperiksaan Penggal ke 3.406 1.119
3
dalam Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)
Setiap kali mengisi band pelajar ke dalam Sistem Pengurusan 4.036 1.002
4
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS)
Diarahkan untuk melakukan banyak tugas yang berbeza dalam 4.208 0.853
5
tempoh masa yang sama
Pihak atasan mengarahkan supaya mengemaskinikan fail-fail 3.629 0.974
6
panitia matapelajaran.

7 Terpaksa membawa pulang kerja murid ke rumah 3.498 1.096


Akan dicerap oleh guru besar atau guru penolong kanan 3.548 1.012
8
semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran.

9 Setiap kali menanda kertas jawapan peperiksaan penggal 3.015 1.023


Setiap kali mengadakan kelas tambahan pada hujung minggu 3.294 1.042
10
atau cuti penggal persekolahan.

11 Diarahkan mengajar kelas peperiksaan (UPSR) 3.188 1.156


Diarahkan mengajar kelas yang terdiri pelajarnya yang lemah 3.101 1.085
12
dan sederhana.

13 Mendapat jadual waktu gentian 3.132 1.001


Dikehendaki menghadirkan diri ke kursus yang berkaitan 2.822 1.099
14
dengan pembelajaran dan pengajaran.
Menggunakan laptop dan LCD semasa proses pembelajaran 2.746 1.077
15
dan pengajaran dijalankan.

16 Menghadirkan diri ke mesyuarat panitia matapelajaran. 2.853 1.056


Jumlah keseluruhan Purata Pengurusan Kurikulum 3.414 0.715

Jadual 4.9 di atas menunjukkan skor min dan sisihan piawai bagi item-item
punca tekanan kerja dalam kalangan guru dari aspek pengurusan kurikulum. Dapatan
kajian menunjukkan item lima mencatatkan nilai skor min paling tinggi iaitu 4.208
dengan sisihan piawai 0.853. Pernyataan item lima adalah “Saya berasa terbeban
apabila diarahkan melakukann banyak tugas yang berbeza dalam tempoh masa yang
sama”.
64

Seterusnya item dua memberi nilai skor min 4.142 dengan sisihan piawai
0.931. Pernyatataan item dua adalah “Saya berasa terbeban apabila terpaksa
menyiapkan sesuatu tugasan yang diberi oleh pihak atasan dalam tempoh yang
singkat” Manakala item empat iaitu “Saya berasa terbeban setiap kali mengisi band
pelajar ke dalam Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah”. Item ini
memberi nilai skor min 4.036 dengan sisihan piawai 0.853. Berdasarkan jadual ini
juga jelas menunjukkan terdapat item yang mencatatkan nilai skor min yang paling
rendah seperti item 15 dengan skor min 2.746 dan sisihan piawai 1.077. Pernyataan
item lima belas ialah “Saya berasa tertekan menggunakan laptop dan LCD semasa
proses pembelajaran dan pengajaran dijalankan.

Dapatan kajian mendapati item pertama mempunyai nilai skor min 4.005 dan
sisihan piawai 1.062. Pernyataan item pertama adalah “Saya berasa terbeban apabila
bilangan waktu mengajar melebihi 32 waktu seminggu”. Bagi item enam pula
dengan pernyataan “Saya berasa terbeban apabila pihak atasan mengarahkan supaya
mengemaskinikan fail-fail panitia matapelajaran. Item enam ini menyumbangkan
nilai skor min 3.629 dan sisihan piawai 0.974.

Berdasarkan jadual diatas didapati item lapan yang mempunyai nilai skor min
3.548 dan sisihan piawai 1.012. Pernyataan item lapan adalah “Saya berasa terbeban
apabila akan dicerap oleh guru besar atau guru penolong kanan semasa menjalankan
pengajaran dan pembelajaran”. Bagi item tujuh memberikan nilai skor min 3.498 dan
sisihan piawai 1.096. Pernyataan item tujuh adalah “Saya berasa terbeban apabila
terpaksa membawa pulang kerja murid ke rumah”.

Seterusnya item tiga mempunnyai nilai skor min 3.406 dan sisihan piawai
1.119. Pernyataan item tiga ialah “Saya berasa terbeban apabila mendapat arahan
bagi mengisi markah peperiksaan penggal ke dalam Sistem Analisis Peperiksaan
Sekolah (SAPS)”. Manakala bagi item 10 dengan pernyataan “Saya berasa terbeban
apabila setiap kali megadakan kelas tambahan pada hujung minggu atau cuti penggal
persekolahan dengan menyumbangkan nilai skor min 3.294 dan sisihan piawai 1.042.
65

Seterusnya bagi item 11 menyumbang nilai skor min 3.188 dan sisihan
piawai 1.156. Pernyataan bagi item 11 adalah “Saya berasa tertekan apabila
diarahkan mengajar kelas peperiksaan (UPSR)”. Selain itu item 14 juga mencatatkan
skor min yang rendah iaitu 2.822 dengan sisihan piawai 1.099. Pernyataan item ini
ialah “Saya berasa terbeban apabila dikehendaki menghadiri kursus yang berkaitan
dengan pembelajaran dan pengajaran.

4.3.3 Tahap punca tekanan kerja dalam kalangan guru dari aspek
pengurusan persekitaran sekolah

Jadual 4.10 : Skor min dan sisihan piawai punca tekanan kerja dalam kalangan
guru dari aspek pengurusan persekitaran sekolah

Item Pengurusan Persekitaran Sekolah Min Sisihan


Saya berasa tidak selesa apabila……………….. Piawai
Mengajar di dalam kelas yang jumlah pelajarnya terlalu 4.036 1.002
1
padat.
Peralatan di dalam kelas sudah uzur dan boleh mengundang 4.203 0.897
2
bahaya
Terdapat kerusi dan meja pelajar yang rosak diletakkan 3.929 0.982
3
dibelakang kelas
Terdapat peralatan elektrik seperti troli LCD yang tidak 3.919 0.949
4
diurus dengan baik di dalam kelas.

5 Kipas dan lampu di dalam kelas tidak berfungsi dengan baik. 4.091 1.016
Bau busuk dari tong sampah yang berada dibelakang kelas 4.157 1.088
6
semasa sesi pembelajaran dan pengajaran dijalankan.

7 Kerusi dan meja guru di dalam kelas dipenuhi dengan habuk. 4.025 1.047
terdapat sampah seperti kertas dan plastik makanan di atas 4.056 1.112
8 Lantai ketika hendak memulakan sesi pembelajaran dan
pengajaran dijalankan.
Melihat perabot yang sudah rosak dikumpulkan di belakang 3.817 1.119
9
sekolah
66

Melihat tong sampah yang sudah penuh di koridor kelas tidak 3.970 1.182
10
dibersihkan oleh tukang kebun sekolah
Terdapat banyak daun-daun kering bertaburan di koridor 3.767 1.193
11
kelas, gelanggang dan tapak perhimpunan.

12 Sampah bekas makanan bertaburan di sekitar kantin sekolah 3.940 1.181


Terdapat sisa makanan di dalam sinki semasa hendak 4.031 1.160
13
mencuci tangan.

14 Terhidu bau busuk semasa menjamu selera di kantin 4.081 1.188


Terdapat habuk di atas meja dan kerusi semasa berada di 3.914 1.105
15
dalam bilik guru.
Tong sampah yang sudah penuh di dalam bilik guru tidak 3.934 1.165
16
dibersihkan dengan sepatutnya oleh tukang kebun.
Terdapat banyak kertas, buku dan fail-fail bertimbun tidak 3.878 1.100
17
disusun dengan rapi semasa berada di dalam bilik guru.
Bekas makanan yang tidak dibersihkan semasa berada di 3.914 1.141
18
dalam bilik guru.
Jumlah keseluruhan Pengurusan Persekitaran Sekolah 3.979 0.933

Jadual 4.10 ini menunjukkan skor min item punca tekanan kerja dalam
kalangan guru dari aspek pengurusan persekitaran sekolah. Dapatan kajian
mendapati item kedua menunjukkan skor min paling tinggi 4.203 dengan sisihan
piawai 0.897. Pernyataan item ini ialah “Saya berasa tidak selesa apabila peralatan di
dalam kelas sudah uzur dan boleh mengundang bahaya” Seterusnya skor min kedua
tertinggi ditunjukkan pada item enam iaitu 4.157 dengan sisihan piawai 1.088.
Pernyataan item ini adalah “Saya berasa tidak selesa apabila bau busuk dari tong
samapah yang berada di belakang semasa sesi pembelajaran dan pengajaran di dalam
kelas”.

Item lima mencatat skor min yang ketiga tertinggi iaitu 4.091 dengan sisihan
piawai 1.061. Pernyataan item lima ialah “Saya tidak selesa apabila kipas dan lampu
di dalam kelas tidak berfungsi dengan baik”. Bagi item 11 mencatatkan skor min
yang paling rendah iaitu 3.767 dan sisihan piawai 1.193. Pernyataan item 11 adalah
“Saya berasa tidak selesa apabila terdapat banyak daun-daun kering bertaburan di
67

koridor kelas, gelanggang dan tapak permainan. Bagi item 14 mencatatkan skor min
4.081 dan sisihan piawai 1.188. Pernyataan item 14 adalah “Saya berasa tidak selesa
apabila terhidu bau busuk semasa menjamu selera dikantin”

Manakala item lapan memberikan skor min 4.056 dan sisihan piawai 1.112.
Pernyataan item lapan ialah “Saya berasa tidak selesa apabila terdapat sampah seperti
kertas dan plastik makanan di atas lantai ketika hendak memulakan sesi
pembelajaran dan pengajaran dijalankan”. Bagi item satu mencatatkan nilai skor min
4.036 dan sisihan piawai 1.002. Pernyataan bagi item satu adalah “Saya berasa tidak
selsesa apabila mengajar di dalam kelas yang jumlahnya terlalu padat”.

Daripada jadual di atas didapati item 13 mencatatkan skor min 4.031 dan
sisihan piawai 1.160. Pernyataan item 13 adalah “Saya berasa tidak selesa apabila
terdapat sisa makanan di dalam sinki semasa hendak mencuci tangan”. Manakala
item tujuh yang pernyataannya adalah “Saya berasa tidak selesa apabila kerusi dan
meja guru di dalam kelas dipenuhi dengan habuk”. Nilai skor min yang diacatatkan
pada item tujuh adalah 4.025 dan sisihan piawai 1.047.

Dapatan kajian juga mendapati item 10 memberikan skor min 3.970 dan
sisihan piawai1.182. Pernyataan item 10 adalah “Saya berasa tidak selesa apabila
melihat tong sampah yang sudah penuh di koridor kelas tidak dibersihkan oleh
tukang kebun sekolah”. Manakala item 12 dengan pernyataannya “Saya berasa tidak
selesa apabila sampah bekas makanan bertaburan disekitar kantin sekolah. Item 12
telah memberikan skor min 3.940 dan sisihan piawai 1.181.
68

4.3.4 Tahap punca tekanan kerja dalam kalangan guru dari aspek
pengurusan hubungan interpersonal

Jadual 4.11 : Skor min dan sisihan piawai punca tekanan kerja dalam kalangan
guru dari aspek pengurusan hubungan interpersonal

Item Hubungan Interpersonal Min Sisihan


“Saya berasa tertekan apabila……………………….. Piawai
rakan sekerja tidak memberi bantuan dan nasihat semasa 3.797 0.984
1
menyiapkan sesuatu program dan aktiviti sekolah.
rakan sekerja tidak memberikan kerjasama semasa menyiapkan 3.843 1.000
2
tugasan yang diberi oleh pihak atasan.
pihak pentadbir kurang memberi galakan untuk bekerja dengan 3.720 1.004
3
lebih baik.

4 disisihkan oleh rakan sekerja 3.670 1.194


rakan sekerja tidak menghormati tindakan, perasaan dan 3.609 1.130
5
pendapat saya.
pihak pentadbir kurang meluangkan masa untuk mendengar 3.660 1.036
6
masalah berkaitan profesion perguruan.

7 ditegur oleh pihak pentadbir apabila melakukan kesilapan. 3.310 0.990


pihak pentadbir kurang memberikan penghargaan terhadap 3.523 1.057
8
tugas-tugas yang saya lakukan.
rakan sekerja menganggap saya lebih mementingkan diri 3.355 1.150
9
sendiri di dalam banyak hal.
rakan sekerja tidak memberi respon apabila diminta memberi 3.460 1.100
10
pendapat tentang sesuatu tugasan yang hendak disiapkan.
tidak pernah meluangkan masa untuk memenuhi jemputan 3.025 1.113
11
rakan sekerja ke majlis yang dianjurkan oleh mereka.
terdapat rakan sekerja tidak membalas salam yang diberikan 3.076 1.216
12
apabila berselisih jalan.

13 terdapat staf pejabat kurang menghormati saya. 3.122 1.288


14 staf pejabat kurang mesra semasa berurusan. 3.168 1.285
staf pejabat tidak memberikan kerjasama yang sepatutnya 3.228 1.267
15 semasa meminta peruntukan kewangan berkaitan pengajaran
dan pembelajaran.
69

Jumlah keseluruhan Hubungan Interpersonal 3.443 0.909

Jadual di atas menunjukkan skor min dan sisihan piawai bagi ítem-item soal
selidik punca tekanan kerja dalam kalangan guru sekolah rendah di zon Sungai
Balang dari aspek pengurusan interpersonel. Dapatan kajian menunjukkan bahawa
item dua mencatatkan skor min paling tinggi iaitu 3.843 dengan sisihan piawai 1.000.
Pernyataan item dua ialah “Saya berasa tertekan apabila rakan sekerja tidak
memberikan kerjasama semasa menyiapkan tugasan yang diberi oleh pihak atasan”.
Skor min kedua tertinggi pula ialah item satu iaitu 3.797 dengan sisihan piawai
0.984. Pernyataan item satu adalah “Saya berasa tertekan apabila rakan sekerja tidak
memberi bantuan dan nasihat semasa menyiapkan sesuatu program dan aktiviti
sekolah”.

Skor min item yang ketiga tertinggi adalah item tiga iaitu 3.720 dengan
sisihan piawai 1.004. Pernyataan item tiga adalah “Saya berasa tertekan apabila
pihak pentadbir kurang memberi galakan untuk bekerja dengan lebih baik”.
Manakala item 11 mempunyai skor min terendah iaitu 3.025 dan sisihan piawai
1.113. Pernyataan item 11 adalah “Saya berasa tertekan apabila tidak pernah
meluangkan masa untuk memenuhi jemputan rakan sekerja ke majlis yang
dianjurkan oleh mereka”.

Dapatan kajian juga menunjukkan item empat menunjukkan skor min 3.670
dan sisihan piawai 1.194. Pernyataan item empat adalah “Saya berasa tertekan
apabila disisihkan oleh rakan sekerja”. Manakala item enam menyumbang skor min
3.660 dan sisihan piawai 1.036. Pernyataan bagi item enam ialah “Saya berasa
tertekan apabila pihak pentadbir kurang meluangkan masa untuk mendengar masalah
berkaitan profesion perguruan.

Daripada jadual diatas juga didapati item lima mempunyai skor min 3.609
dan sisihan piawai 1.130. Daripada soal selidik, pernyataan bagi item lima adalah
70

“Saya berasa tertekan apabila rakan sekerja tidak menghormati tindakan, perasaan
dan pendapat saya”. Bagi item lapan memberikan skor min 3.523 dan sisihan piawai
1.057. Pernyataan dari item lapan adalah “Saya berasa tertekan apabila pihak
pentadbir kurang memberikan penghargaan terhadap tugas yang saya lakukan”.

Item 10 dengan pernyataan “ Saya berasa tertekan dengan rakan sekerja tidak
memberi respon apabila diminta memberi pendapat tentang sesuatu tugas yang
hendah disiapkan”. Item 10 menyumbangkan skor min 3.460 dan sisihan piawai
1.100. Manakala item sembilan mempunyai skor min 3.355 dan sisihan piawai
1.150. Pernyataan item sembilan adalah “Saya berasa tertekan apabila rakan sekerja
menganggap saya lebih mementingkan diri sendiri di dalam banyak hal”.

Bagi item tujuh dengan pernyataan “Saya berasa tertekan apabila ditegur oleh
pihak pentadbir apabila melakukan kesilapan”. Item tujuh memberikan nilai skor
3.310 dan sisihan piawai 0.990.

4.3.4 Tahap pengurusan tekanan kerja dalam kalangan guru dari setiap
elemen punca tekanan kerja.

Jadual 4.12 : Skor min dan sisihan piawai elemen punca tekanan kerja dalam
kalangan guru
Pengurusan Tekanan Kerja Min Sisihan Piawai

Pengurusan Disiplin Pelajar 3.327 1.012


Pengurusan Kurikulum 3.414 0.715
Pengurusan Persekitaran Sekolah 3.979 0.933
Hubungan Interpersonal 3.443 0.909
Keseluruhan Pangurusan 3.540 0.642
Nota: n=197
71

Jadual 4.12 menunjukkan min keseluruhan dan sisihan piawai setiap aspek
yang menjadi punca tekanan dalam kalangan guru. Pengurusan persekitaran sekolah
mencatatkan skor min paling tinggi 3.979 dengan sisihan piawai 0.933. Seterusnya
pengurusan interpersonal mencatatkan skor min 3.443 dengan sisihan piawai 0.909.
Bagi aspek pengurusan kurikulum pula memberi nilai skor min 3.414 dengan sisihan
piawai 0.715 manakala aspek pengurusan disipilin memberi nilai skor min 3.327
dengan sisihan piawai 1.012. Skor min keseluruhan elemen tekanan kerja dalam
kalangan guru sekolah rendah zon Sungai Balang, Muar adalah 3.540 dengan sisihan
piawai 0.642. Oleh yang demikian skor min keseluruhan elemen tekanan kerja adalah
sederhana.

4.4 Analisis Inferensi Berdasarkan Hipotesis Kajian

Bahagian ini menerangkan hasil dapatan daripada analisis inferensi


berdasarkan kepada pengujian hipotesis yang telah dibina oleh pengkaji. Hasil
daripada penganalisisan data yang telah dibuat melalui pengujian pekali iaitu kolerasi
Pearson. Di dalam kajian ini kolerasi Pearson digunakan untuk mengkaji hipotesis
satu dan dua iaitu melihat pengurusan tekanan kerja dengan pengalaman mengajar
dan umur guru. Jika statistik kolerasi Pearson kurang daripada aras signifikan yang
ditetapkan (0.001), maka tidak wujud hubungan yang signifikan antara dua
kumpulan yang dikaji.

4.4.1 Hubungan antara pengurusan tekanan kerja dengan pengalaman


mengajar guru di sekolah rendah Zon Sungai Balang, daerah Muar.
72

Ho 1: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pengurusan tekanan kerja


dengan pengalaman mengajar guru di sekolah rendah Zon Sungai Balang,
daerah Muar.

Jadual 4.13 : Hubungan Antara Pengurusan Tekanan Kerja Dengan Pengalaman


Mengajar

Perkara n r p

Hubungan antara pengurusan tekanan kerja 197 0.26 0.713

dengan pengalaman mengajar

Nota: Korelasi adalah signifikan pada paras signifikan 0.001 (Ujian 2 hala)

Daripada Jadual 4.13 diatas menunjukkan nilai r = 0.26 adalah lebih besar
pada paras signifikan 0.001. Ujian kolerasi pearson digunakan untuk menguji
hubungan antara pengurusan tekanan kerja dengan pengalaman mengajar. Dalam
Jadual 4.13 menunjukkan dapatan bagi ujian korelasi Pearson yang telah dijalankan.
Daripada jadual ini bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara
pengurusan tekanan kerja dengan pengalaman mengajar dimana nilai r = 0.26,
n=197, p=0.713 . Oleh itu kesimpulan yang dapat dibuat adalah pengurusan tekanan
kerja tidak mempengaruhi pengalaman mengajar guru. Maka dengan hipotesis nol
diterima.

4.4.2 Hubungan antara pengurusan tekanan kerja dengan umur guru di


sekolah rendah Zon Sungai Balang, daerah Muar.

Ho 1: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pengurusan tekanan kerja


dengan umur guru di sekolah rendah Zon Sungai Balang, daerah Muar.
73

Jadual 4.14: Hubungan Antara Pengurusan Tekanan Kerja Dengan Umur Guru

Perkara n r p

Hubungan antara pengurusan tekanan kerja 197 -0.101 0.159

dengan umur guru

Nota: Korelasi adalah signifikan pada paras signifikan 0.001 (Ujian 2 hala)

Daripada Jadual 4.14 diatas menunjukkan nilai r = -0.101 adalah lebih besar
pada paras signifikan 0.001 . Dalam kajian ini ujian kolerasi Pearson digunakan
untuk menguji hubungan diantara pengurusan tekanan kerja dengan umur guru. Di
dalam jadual 4.15 menunjukkan dapatan bagi ujian korelasi pearson yang telah
dijalankan. Daripada jadual ini bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan
antara pengurusan tekanan kerja dengan umur guru dengan nilai r=-0.101, n=197,
p=0.159 . Oleh itu kesimpulan yang dapat dibuat adalah pengurusan tekanan kerja
tidak mempengaruhi umur guru. Maka dengan ini hipotesis nol diterima.

4.5 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, di dalam bab ini membincangkan hasil daripada


dapatan kajian berdasarkan kepada penganalisisan data secara infrensi dan deskriptif.
Bahagian demografi responden seperti jantina, bangsa, umur, pengalaman mengajar
dan kelulusan akademik tertinggi telah dianalisis secara deskriptif menggunakan
peratusan dan kekerapan. Manakala bagi bahagian pengurusan disiplin pelajar,
pengurusan kurikulum, pengurusan persekitaran sekolah dan hubungan interpersonal
juga dianalisis secara deskriptif menggunakan min dan sisihan piawai. Bagi
pengujian hipotesis pekali kolerasi Pearson telah digunakan bagi menguji setiap
74

hipotesis yang dibina oleh pengkaji. Setiap data daripada dapatan kajian yang
diperolehi akan dianalisis menggunakan Statistical Package For Social Science
(SPSS 19.0).
75

BAB 5

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

Di dalam bab ini penyelidik membincangkan keputusan kajian yang


diperolehi hasil daripada analisis data yang yang telah dibuat di dalam bab empat. Di
samping itu rumusan dan cadangan kajian dibuat sebagai rujukan dan juga bagi
tujuan panduan kepada kajian yang akan datang.

5.2 Rumusan Kajian

Kajian ini memberi tumpuan kepada guru-guru sekolah rendah di zon Sungai
Balang, daerah Muar. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif spenuhnya.
Seramai 197 responden telah memberi kerjasama dalam menjawab borang soal
selidik yang disediakan bagi melihat pengurusan tekanan kerja dikalangan guru.
Terdapat enam aspek utama yang diketahui oleh penyelidik iaitu tahap punca tekanan
76

guru dari aspek pengurusan disiplin, pengurusan kurikulum, pengurusan persekitaran


sekolah dan hubungan interpersonal. Serta hubungan antara aspek pengurusan
tekanan kerja dengan pengalaman mengajar guru dan hubungan antara aspek
pengurusan tekanan kerja dengan umur guru.

Item-item dalam soal selidik disesuaikan dengan Teacher Stress Inventory


yang diperkenalkan oleh Boyle et al. (1995) dan telah diubahsuai oleh Kamaruzaman
Kamaruddin (2007). Soal selidik ini juga telah diuji terhadap 30 orang guru di
sebuah Sekolah di daerah Muar, melalui satu kajian rintis. Alpha Cronbach yang
diperolehi daripada kajian rintis tersebut menunjukkan nilai pekali kebolehpercayaan
bagi keseluruhan instrument adalah tinggi iaitu 0.960. Seterusnya, kajian diteruskan
terhadap 27 buah sekolah di Zon Sungai Balang, daerah Muar. Dimana sembilan
orang guru dipilih secara rawak bagi setiap sekolah.

Data kajian kuantitatif dianalisis menggunakan program SPSS Version 19.0


bagi analisis deskriptif dan statistik inferesi. Data deskriptif terdiri daripada
peratusan, min dan sisihan piawai. Bagi data inferensi pula terdiri daripada kolerasi
Pearson.

a. Majoriti responden dari penyelidikan ini adalah perempuan. Berdasarkan


statistik kajian min keseluruhan pengurusan tekanan kerja 3.540 iaitu berada
ditahap sederhana.

b. Bagi aspek pengurusan disiplin pelajar skor min sebanyak 3.327 iaitu berada
pada tahap sederhana. Min bagi aspek pengurusan kurikulum sebanyak 3.414
iaitu berada pada tahap sederhana. Min bagi aspek pengurusan persekitaran
sekolah sebanyak 3.979 iaitu berada pada tahap tinggi. Manakala aspek
hubungan interpersonal memberikan skor min sebanyak 3.443 iaitu berada
pada sederhana.
77

c. Hasil daripada penyelidikan didapati tidak terdapat hubungan yang signifikan


antara pengurusan tekanan kerja dengan pengalaman mengajar guru di
sekolah rendah di zon Sungai Balang, daerah Muar.

d. Dapatan kajian ini juga menunjukkan tidak terdapat hubungan yang


signifikan antara pengurusan tekanan kerja dengan umur guru di sekolah
rendah di zon Sungai Balang, daerah Muar.

5.3 Perbincangan Hasil Kajian

Beradasarkan rumusan hasil kajian, berikut adalah perbincangan secara


terperinci mengenai dapatan kuantitatif mengikut punca tahap tekanan kerja setiap
apsek pengurusan tekanan kerja iaitu aspek pengurusan disiplin, pengurusan
kurikulum, pengurusan persekitaran sekolah dan hubungan interpersonal.

5.3.1 Hasil Dapatan Maklumat Demografi Responden

Hasil daripada penyelidikan menunjukkan bahawa jumlah keseluruhan


responden adalah seramai 197 orang guru di sekolah rendah Zon Sungai Balang,
daerah Muar. Hasil dapatan kajian menunjukkan responden lelaki lebih sedikit iaitu
43 orang (21.8%) berbanding reponden perempuan yang lebih ramai iaitu 154 orang
(78.2%). Keadaan ini disebabkan ramai graduan-graduan perempuan lebih berminat
menjadi guru berbanding dengan lelaki dan pada masa kini terdapat ramai pelajar
perempuan lebih cemerlang dari lelaki. Sekaligus pelajar perempuan lebih layak
78

memohon menjadi guru. Hal ini dapat dibuktikan bahawa pelajar perempuan lebih
banyak menggunakan strategi mendengar ketika belajar subjek bahasa dan juga
strategi membaca, contohnya mereka banyak menggunakan strategi belajar
berbanding lelaki. (Zamri Mahamod, 2005). Daripada kenyataan tadi bahawa pelajar
perempuan lebih memberi tumpuan di dalam kelas semasa guru sedang mengajar dan
seterusnya mendapat keputusan yang cemerlang. Akhirnya peluang mendapat tempat
untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian lebih banyak berbanding dengan
pelajar lelaki.

Hasil dapatan dari segi bangsa responden pula, menunjukkan bilangan


responden Melayu yang paling ramai sekali iaitu 143 orang (68%), diikuti guru
berbangsa Cina 62 orang (31.5%) dan India seorang (1%). Hal ini wujud kerana
sekolah rendah di Zon Sungai Balang terletak di luar bandar dan majoriti penduduk
di sini terdiri dari orang Melayu. Manakala di zon Sungai Balang tidak terdapat
Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil.

Dari segi umur responden pula, didapati bahawa bilangan responden yang
berumur dalam linkungan 31 tahun hingga 35 tahun adalah yang paling ramai
daripada jumlah keseluruh iaitu seramai 52 orang (26.4%). Ini diikuti dengan
responden yang berumur dalam lingkungan 26 tahun hingga 30 tahun iaitu seramai
34 orang (17.3%). Hal ini menunjukkan bahawa kebanyakkan responden merupakan
guru yang baru berkhidmat di dalam bidang pendidikan dan dihantar ke kawasan luar
bandar. Perkara ini disokong oleh Setiausaha Agung NUTP mencadangkan supaya
guru yang baru tamat latihan perguruan diwajibkan berkhidmat di kawasan
pedalaman dan luar Bandar mengikut tempoh yang tertentu. Ini sekaligus dapat
mengatasi kekurangan tenaga pengajar di kawasan luar bandar. Faktor ini menjadi
penyebab responden yang berumur dalam linkungan 31 tahun hingga 35 tahun lebih
ramai berbanding responden yang lain di dalam penyelidikan ini.

Hasil dari dapatan kajian mendapati tahap kelulusan akademik bagi


responden yang mempunyai ijazah pertama adalah seramai 87 orang (44.2%).
79

Responden yang terdiri dari lepasan diploma seramai 57 orang (28.9%). Manakala
bagi tahap kelayakan ikhtisas pula mencatat responden yang memiliki Diploma
Pendidikan (lepasan ijazah) adalah seramai 70 orang (35.5%). Manakala guru dari
lepasan Diploma Perguruan adalah 127 orang (64.5%). Situasi ini terjadi kerana
syarat dan kriteria yang diperlukan bagi seorang guru pada masa sekarang telah
ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia adalah sekurang-kurangnya
memiliki ijazah pertama bagi guru yang mengajar di sekolah rendah dan
dianugerahkan gred DG41. Ini adalah salah satu usaha pihak kementerian Pendidikan
menaik taraf bagi jawatan guru sekaligus kerjaya guru pada masa kini dipandang
tinggi oleh masyarakat kerana mempunyai guru-guru yang berkualiti. Kerjaya guru
bukan lagi sebagai jalan terakhir bagi graduan yang tidak mendapat kerja.

Dari segi status perkahwinan pula, dapatan kajian menunjukkan bahawa


majoriti responden adalah telah berkahwin iaitu seramai 163 orang dan selebihnya
seramai 32 orang responden masih bujang Perkara ini berlaku disebabkan ramai
pasangan yang sudah berkahwin berpindah mengajar di kampung halaman. Ini
kerana ramai guru yang mengajar di zon Sungai Balang adalah terdiri daripada orang
tempatan yang sudah berkahwin. Ini dibuktikan dalam laporan Berita Harian
bertarikh 14 November 2013, mengatakan Kementerian Pendidikan mendedahkan
ramai warga guru di negara ini memohon pulang ke kampung halaman masing-
masing. Oleh itu sudah terbuktilah bahawa zon Sungai Balang adalah kawasan
kampung yang mana ramai guru yang mengajar di kawasan ini terdiri daripada orang
tempatan.

Dari segi pengalaman mengajar responden sebagai guru, didapati majoriti


responden yang berpengalaman antara enam tahun hingga 10 tahun mengajar
memcatatkan angka yang tinggi iaitu 60 orang (30.5%). Berbanding jumlah
responden yang mempunyai pengalaman mengajar antara 16 hingga 20 tahun iaitu 41
orang (20.8%). Hal ini mungkin terjadi disebabkan ramai guru yang telah mengajar
empat atau lima tahun di tempat orang, memohon pindah untuk berkhidmat di
kampung masing-masing.
80

5.3.2 Hasil Dapatan Mengikut Persoalan Kajian

Hasil dapatan kajian mengikut persoalan kajian, berikut adalah perbincangan


secara terperinci mengenai hasil dapatan kuantitatif mengikut tahap punca tekanan
setiap aspek pengurusan disiplin pelajar, pengurusan kurikulum, pengurusan
persekitaran sekolah, hubungan interpersonal dan pengurusan tekanan kerja.

5.3.2.1 Tahap Punca Tekanan Dari Aspek Pengurusan Disiplin Pelajar

Matalamat utama untuk mendapatkan data mengenai tahap adalah untuk


menjawab persoalan kajian iaitu “Apakah tahap punca tekanan guru dari aspek
pengurusan disiplin pelajar di sekolah rendah Zon Sungai Balang, daerah Muar?”.
Tahap yang dimaksudkan disini adalah mempunyai tiga peringkat iaitu tahap rendah,
tahap sederhana dan tahap tinggi yang dinyatakan dalam bab 3.
Tahap punca tekanan guru dari aspek pengurusan disiplin pelajar mempunyai
skor min 3.327 iaitu berada di tahap sederhana. Mengikut Laporan Jawatankuasa
Kabinet yang mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran 1979 merumuskan pengertian
„disiplin‟ adalah seperti berikut :-

“Disiplin dimaksudkan dengan kesanggupan seseorang individu


menghormati dan mematuhi undang-undang sama ada disiplin itu
dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri. Disiplin juga
bermakna kesanggupan seseorang itu bekerja atau membuat
sesuatu dengan cukup tertib, kesanggupan menghormati hak
individu lain, kesanggupan mengamalkan tingkah laku yang baik
dan tidak mengganggu tingkah laku orang lain, kesanggupan
hormat menghormati di antara satu dengan lain dan mempunyai
semangat tolong menolong dan kesanggupan membina keadaan
81

yang sedia ada menerusi usaha yang membina serta sanggup


berkhidmat kepada masyarakat”.

Daripada pengertian disiplin diatas dapat dirumuskan bahawa masalah


disiplin berpunca dari diri pelajar itu sendiri kerana mereka tidak menghormati dan
mematuhi undung-undang di sekolah. Pada masa kini masalah disiplin pelajar
menjadi perbualan hangat di media massa. Pelbagai kaedah digunakan oleh pihak
sekolah untuk menurunkan peratusan pelajar yang mempuyai masalah disiplin. Ada
pihak sekolah menggunakan kaunselor luar untuk memberi kaunseling kepada pekar
yang mempunyai masalah disiplin.

Awang Had Salleh (1977) menyatakan bahawa umumnya orang menganggap


disiplin sebagai ketenteraan dan pengawasan tingkah laku dengan kekerasaan, iaitu
hukuman fizikal. Manakala Ee Ah Meng (1985) disiplin merupakan peraturan yang
telah dipersetujui oleh sesuatu kelompok masyarakat bagi mewujudkan tingkah laku
yang baik demi kesempurnaan kehidupan.

Ahli Pemikir moden berpendapat bahawa disiplin adalah pengawasan yang


sepatut dibina dalam diri bagi mandapat cara hidup yang teratur dan sistematik
supaya masa dan tenaga individu dapat digunakan sebaik mungkin.

Kesimpulannya, disiplin merupalkan konsep yang mempunyai pengertian


yang yang luas dan mempunyai pelbagai tafsiran. Seterusnya, disiplin mempunyai
kaitan dengan tatasusila, kesopanan dan akhlak. Pelajar yang berdisiplin sentiasa
rasional, keyakinan diri dan mempunyai ketabahan hati, setia kepada sekolah dan
negara. Seseorang yang berdisiplin beradab, sentiasa menjaga ketertiban, berakhlak
mulia, mematuhi ajaran dan nilai-nilai agama dan kebudayaan yang dianuti.
82

Kebanyakkan sekolah pada masa kini berhadapan dengan masalah ponteng


sekolah dikalangan pelajar. Ini dapat dibuktikan melalui Azizi & Rohaya (2010)
menyatakan ponteng sekolah adalah salah satu masalah disiplin yang sering kali
dilakukan oleh pelajar sekolah setiap hari. Ponteng sekolah didefinisikan sebagai
perbuatan yang menjauhkan diri daripada sekolah tanpa keizinan guru ataupun ibu
bapa (Mohd. Nor bin Long, 1982, 2). Masalah ponteng sekolah semakin hari
semakin meningkat akibat daripada pengaruh luar. Masalah ponteng ini sebenarnya
menyusahkan pihak pendidik, ibu bapa dan masyarakat. Dengan melakukan ponteng,
pelajar boleh terjerumus dalam kumpulan jahat, merokok, menghisap dadah,
berfoya- foya dan sebagainya. Keadaan ini menyebabkan pelajar-pelajar ketinggalan
dalam pelajaran serta mewujudkan masalah sosial.

Menurut Marzita Abdullah (2004), sepanjang tahun 2002 sehingga 2004


sebanyak 5,807 pelajar diperiksa dalam operasi ponteng sekolah (Ops Sayang) yang
dijalankan oleh polis di seluruh negara. Sebanyak 4,097 orang (71 peratus) pelajar
lelaki dan 1,710 pelajar perempuan terlibat dalam pemeriksaan sepanjang operasi
berkenaan. Bagaimanapun, daripada statistik tersebut, jumlah pelajar perempuan
yang diperiksa semasa operasi itu adalah melebihi pelajar lelaki di Pulau Pinang.

5.3.2.2 Tahap Punca Tekanan Dari Aspek Pengurusan Kurikulum

Objektif kajian yang kedua adalah untuk mendapatkan tahap punca tekanan
dari aspek pengurusan kurikulum. Hasil dari penyelidikan yang dibuat, menunjukkan
guru-guru di Zon Sungai Balang, daerah Muar mempunyai tahap tekanan dari aspek
pengurusan kurikulum yang sederhana iaitu dengan skor min 3.414.

Beradasarkan Akta Pendidikan 1996, kurikulum bermaksud “Suatu program


pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi
83

semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan


untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi
jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai
moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan”.

Menurut Smith et. al (1957) kurikulum merupakan satu urutan pengalaman


yang disediakan di sekolah bagi tujuan mendisiplinkan pelajar dalam cara berfikir
dan bertindak secara kumpulan. Manakala Tanner & Tanner (1980) mengatakan
kurikulum adalah proses pembinaan semula pengetahuan dan pengalaman, dibina
secara sistematik di bawah penyeliaan sekolah atau universiti, untuk membolehkan
pelajar meningkatkan pengetahuan dan pengalaman mereka.

Pada masa kini guru-guru dibebani tugas yang bukan tugas mengajar seperti
mengemaskini fail-fail panitia, memasukan markah ke dalam Sistem Analisis
Peperiksaan Sekolah dan membuat laporan yang diminta oleh Pejabat Pelajaran
Daerah. Semua tugas yang disebutkan tadi menyebabkan guru berasa tertekan kerana
selain ditugaskan mengajar, kerja-kerja pentadbiran perlu di selesaikan. Kesan dari
beban tugas yang berat dan terpaksa dipikul oleh guru-guru, menyebabkan mereka
tidak dapat menyempurnakan tugas mereka dengan baik dan seterusnya ditegur atau
dimarahi oleh pihak atasan. Akhirnya mereka akan mengalami stres. Ini akan
menyebabkan guru itu kurang bersemangat dan tidak bermotivasi di dalam
menjalankan tugas.

Kebelakangan ini beban tugas guru menjadi perbualan hangat di media


massa. Ada guru terpaksa mengorbankan waktu tidur mereka semata-mata untuk
mengisi prestasi murid atau band di dalam Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah
(SPPBS). Guru-guru terpaksa bangun tiga pagi hingga empat pagi semata-mata
untuk mengisi band ke dalam SPPBS. Perkara ini terjadi disebabkan pada waktu
siang atau puncak sistem ini tidak boleh digunakan kerana jumlah pengguna yang
terlalu ramai. Kadang-kala walaupun guru itu berjaya memasuki SPPBS tetapi proses
84

memasukan band pelajar amat perlahan. Ini menyebabkan guru terlalu lama bagi
mengisi prestasi murid untuk satu-satu kelas.

Menurut Akhbar Harian (20 November 2013), Timbalan Menteri Pendidikan


II, P Kamalanathan, berkata kerajaan sedar dan memandang serius keluhan guru
mengenai sistem itu terutama aduan liputan internet yang sangat tidak memuaskan
sehingga melambatkan proses pentaksiran dan menambah beban tugas mereka.
Katanya, sistem PBS dihentikan ketika cuti sekolah untuk membolehkan usaha naik
taraf liputan internet, sekali gus mengatasi masalah dihadapi sistem itu yang
diwujudkan bukan untuk membebankan guru, tetapi bagi menyediakan pentaksiran
pelajar secara lebih holistik dan bukan berlandaskan peperiksaan semata-mata.

Menurut Che Yaakob (1996), para guru kini telah dibebankan dengan tugas-
tugas sampingan yang banyak sehingga mengurangkan tumpuan mereka kepada
tugas yang utama, iaitu mengajar. Ini menyebabkan kualiti pengajaran dan pembelaj
aran akan turut terjejas. Jika hal ini berlanjutan tanpa mendapat perhatian pihak
pengurusan sekolah, sudah pasti murid-murid akan menerima musibahnya. Murid-
murid akan menjadi rnangsa kerana mereka sentiasa mengharapkan sesuatu yang
terbaik dalam setiap pengajaran dan pembelajaran, sedangkan guru-guru tidak
mempunyai cukup masa untuk menjalankan tugas pengajaran.

Tugas akademik terbahagi kepada dua kategori, iaitu tugas rutin (harian) dan
tugas bermusim (berkala). Antara yang termasuk dalam tugas rutin (harian) ialah
mengajar subjek opsyen dan bukan opsyen, meyediakan buku rekod mengajar,
membuat bahan bantu mengajar, membuat persediaan mengajar (termasuk membuat
rujukan) dan memeriksa buku nota dan latihan murid. Tugas akademik bermusim
ialah menyediakan soalan ujian bulanan dan ujian penggal, memeriksa kertas ujian
murid, mengajar kelas tambahan, mengadakan mesyuarat panitia dan merekodkan
markah murid.
85

Tugas bukan akademik juga terbahagi kepada dua ketegori, iaitu tugas rutin
dan tugas bermusim. Antara yang termasuk dalam tugas rutin ialah mencatat
kedatangan murid, menyelia dan mencatat rekod Rancangan Makanan Tambahan
(RMT), menjalakan aktiviti kokurikulum seperti kelab dan persatuan, mengemaskini
rekod profil muird, memastikan kebersihan dan keceriaan kelas. Tugas bukan
akademik bermusim pula termasuk menutup daftar kedatangan murid, menghubungi
ibubapa, menyediakan resit, mengurus pinjaman dan pemulangan buku teks, jurulatih
sukan untuk pertandingan luar (Majlis Sukan-Sukan Sekolah), jurulatih bagi setiap
aktiviti berbentuk pertandingan, menguruskan hari sukan, menguruskan hari khas
seperti sukan, kokurikulum, kantin dan penyampaian hadiah dan sebagainya. (Abdull
Sukor Shaari et. al. 2006)

5.3.2.3 Tahap Punca Tekanan Dari Aspek Pengurusan Persekitaran Sekolah

Bagi menjawab persoalan kajian yang ketiga adalah untuk mendapatkan


tahap punca tekanan dari aspek pengurusan persekitaran sekolah. Hasil dari
penyelidikan yang dibuat, menunjukkan guru-guru di Zon Sungai Balang, daerah
Muar mempunyai tahap tekanan dari aspek persekitaran sekolah yang tinggi iaitu
dengan skor min 3.979.

Persekitaran sekolah yang kondusif dan menarik dapat menghasilkan


persekitaran kerja yang berkualiti. Keadaan sekolah yang menarik dan cantik boleh
membuatkan guru berasa selesa dan sekaligus dapat memotivasi diri untuk bekerja
dengan lebih bersunggu-sungguh. Sekiranya keceriaan sekolah tidak dijaga, hal ini
akan mewujudkan suasana sekolah yang „mati‟ dan membosankan apabila kita
menjejakkan kaki ke kawasan sekolah tersebut.
86

Pada amnya, iklim dan persekitaran sekolah akan membawa pengaruh yang
penting terhadap pembentukan tingkah laku, imej mental, aspirasi dan interaksi
sosial bagi anggota-anggota di dalamnya (Abdullah Sani bin Yahya, 2007). Menurut
McGrath (1970), situasi persekitaran tempat kerja boleh menyebabkan tekanan.
Tekanan berlaku apabila seseorang menganggap tuntutan kerja yang dipikul
mengancam melampui kemampuannya. Ia juga berlaku apabila seseorang itu berada
didalam dilemma untuk memenuhi tuntutan tersebut atau tidak kerana jangkaan
terhadap ganjara yang akan diperolehi adalah tidak jelas.

Di sekolah, persekitaran bersih bilik darjah amatlah penting. Bilik darjah


yang bersih akan membuatkan guru malahan murid pun akan berasa selesa apabila
berada di dalamnya. Guru akan menumpukan proses dan pengajaran dengan lebih
berkesan tanpa ada ganguan. Gangguan disini seperti kelas yang kotor, meja dan
kerusi murid tidak disusun dengan betul, peralatan elektrik didalam kelas seperti
kipas dan lampu tidak berfungsi dengan baik dan bau busuk dari tong sampah di
dalam kelas.

Di kantin sekolah masih terdapat lagi pinggan mangguk yang besepah , bau
yang kurang menyenangkan semasa menjamu selera dan terdapat sisa makanan di
dalam sinki. Keadaan ini dapat memberi gangguan kepada guru apabila hendak
menjamu selera di kantin. Apabila perkara ini berlanjutan ia akan memberi tekanan
kepada guru apabila menjamu selera di kantin. Tekanan yang guru hadapi akan
memberi kesan negetif kepada prestasi kerja guru dan juga motivasi guru untuk
mengajar dengan baik. Akhirnya murid-murid tidak dapat menerima apa yang
sepatutnya di sekolah.

Persekitaran kerja juga boleh menyebabkan tekanan kepada seseorang.


Layanan yang tidak sesuai, kebisingan, pencemaran udara, bau yang tidak
menyenangkan, kesibukan, suhu yang keterlaluan dan perkakasan yang merbahaya
boleh merosakkan kesihatan fizikal dan mental serta produktiviti yang rendah
(Scharmenhorn, Hunt dan Osborn, 1991; French, Kast dan Rosenway, 1995)
87

5.3.2.4 Tahap Punca Tekanan Dari Aspek Hubungan Interpersonal

Objektif kajian yang keempat adalah untuk madapatkan tahap punca tekanan
dari aspek hubungan interpersonal. Data yang diperolehi menunjukkan guru-guru di
sekolah rendah Zon Sungai Balang mempunyai tahap hubungan interpersonal yang
sederhana dengan skor min 3.443.

Kemahiran hubungan interpersonal diantara rakan sekarja dan pihak atasan


mempengaruhi tahap pembangunan dan organisasi sekolah. Hubungan interpersonal
adalah merupakan elemen yang penting di dalam pengurusan organisasi sekolah.
Kebolehan guru besar atau pihak atasan menyampaikan maklumat dan arahan yang
jelas serta mudah difahami akan memberi motivasi dorongan kerja yang tinggi
dikalangan guru-guru. Kesan dari hubungan interpersonal yang baik dari pihak
atasan adalah konflik dapat dielakkan, salah faham dan dapat mewujudkan perasaan
saling percaya mempercayai antara satu sama lain.

Antara penyebab mengapa hubungan interpersonal antara guru dengan pihak


atasan mengalami jurang adalah tiada kemahiran komunikasi, maklumat atau arahan
dismpaikan tidak jelas, prosedur kerja tidak sistematik kurang penghargaan, kurang
kemesraan dan kurang keperihatinan antara pihak atasan dengan guru-guru sehingga
menimbulkan ketidakpuasan guru.

Menurut Bulach, Winston & Diana (1998) mendapati kesilapan yang sering
dilakukan oleh Guru Besar ialah mempunyai kemahiran hubungan manusia yang
lemah dan mempunyai kemahiran komunikasi interpersonal yang rendah. Kemahiran
komunikasi interpersonal seseorang pemimpin adalah penting kepada sesebuah
organisasi. Ini adalah kerana komunikasi disifatkan sebagai satu proses yang
dihadapi setiap hari oleh pemimpin. Melalui kemahiran komunikasi interpersonal ini
akan dapat melahirkan insan yang berkualiti dalam organisasi.
88

Menurut Teori Multiple Intelligences (Gardner,1993), kemahiran


interpersonal didefinisikan sebagai keupayaan untuk berinteraksi dengan orang lain
dan memahami mereka. Terdapat enam kategori kemahiran interpersonal iaitu
keupayaan untuk menerima perasaan dan idea, bertanya soalan, menyampaikan
maklumat dan pertunjuk dan yang paling penting ialah kemahiran komunikasi.
Kemahiran berkomunikasi boleh dikuasai melalui proses pembelajaran. Melalui
interaksi seseorang itu dapat bertukar pendapat dan berkongsi pengalaman dengan
individu lain. Individu yang mempunyai kemahiran komunikasi mempunyai peluang
lebih baik menyesuaikan dirinya dengan persekitarannya. (Mohd Shafiee et. al, 2008)

5.3.2.5 Tahap Keseluruhan Pengurusan Tekanan Kerja Dikalangan Guru

Objektif kajian yang kelima adalah untuk mendapatakan tahap pengurusan


tekanan kerja berdasarkan elemen punca tekanan kerja. Elemen yang terdapat
didalam pengurusan tekanan kerja ialah pengurusan disiplin pelajar dengan skor min
3.327, pengurusan kurikulum dengan skor min 3.414, pengurusan persekitaran
sekolah dengan skor min 3.979 dan hubungan interpersonal 3.443. Hasil kajian yang
diperolehi bagi tahap keseluruhan pengurusan tekanan kerja menunjukkan guru-guru
di sekolah rendah Zon Sungai Balang mempunyai skor min 3.540 dan berada tahap
sederhana.

Dapatan kajian ini mendapati tahap punca tekanan guru dari aspek
pengurusan persekitaran sekolah mempunyai skor min tahap tinggi. Ini menunjukkan
persekitaran sekolah di zon Sungai Balang perlu diperbaiki dan di perindahkan lagi
persekitaran sekolah supaya guru-guru berada dalam keadaan yang selesa serta lebih
bermotivasi untuk menjalankan tugas.
89

5.3.2.6 Hubungan Antara Pengurusan Tekanan Kerja Dengan Pengalaman


Mengajar

Penyelidik telah melakukan pengujian hipotesis untuk melihat hubungan


diantara pengurusan tekanan kerja dengan pengalaman mengajar responden.
Pengujian hipotesis ini dilakukan menggunakan Ujian Kolerasi Pearson. Hasil kajian
mendapati tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pengurusan tekanan kerja
dengan pengalaman mengajar guru di sekolah rendah Zon Sungai Balang, daerah
Muar. Dapatan kajian ini bererti bahawa pengalaman mengajar guru tidak
mempunyai kesan keatas pengurusan tekanan kerja.

Tanggapan masyarakat pada masa kini, jika seseorang guru yang sudah lama
berkhidmat dalam bidang pendidikan, sudah tentu guru itu mempunyai pengalaman
yang luas dan mereka dapat menyelesaikan segala permasalahan di dalam bidang
pendidikan. Walaubagaimanapun hasil kajian mendapati guru yang berpengalaman
tidak dapat menguruskan tekanan kerja dengan baik dari aspek pengurusan disiplin
pelajar, pengurusan kurikulum, pengurusan persekitaran sekolah dan hubungan
interpersonal dikalangan guru.

Dari aspek pengurusan disiplin, guru yang mempunyai pengalaman masih


tidak dapat mengurangkan masalah disiplin mengajar di sekolah. Akhirnya ia akan
memberi tekanan kepada guru tersebut. Ini disebabkan guru itu tidak memahami
kehendak murid-murid pada masa kini. Murid hari ini terdedah dengan pelbagi gajet
yang boleh membawa kesan negetif. Antaranya murid terdedah dengan video aksi
ganas dan lucah yang mana bahan tersebut mudah didapati dari internet yang
menggunakan telefon pintar.

Dari aspek pengurusan kurikulum pula, guru yang berpengalaman pun masih
tidak dapat menguruskan hal-hal berkaitan dengan kurikulum dan akhirnya ia akan
mengundang masalah tekanan kepada guru. Hal ini terjadi kerana pada masa kini
90

terdapat banyak tugas yang menggunakan internet atau pun secara online,
sedangakan guru yang berpengalaman lebih selesa menggunakan kaedah yang lama
iaitu menggunakan kertas untuk mengisi borang dan menggunakan mesin taip bagi
menulis surat-menyurat.

Manakala dari aspek pengurusan persekitaran sekolah, guru yang


berpengalaman pun terdedah dengan masalah persekitaran sekolah yang tidak
kondusif dan akhirnya akan menganggu proses pengajaran dan pembelajaran.
Apabila perkara berlanjutan ia akan memberi tekanan kepada guru dan boleh
menyebab guru tidak bermotivasi untuk menjalankan tugas. Hal ini disebabkan
terdapat peralatan yang uzur di dalam kelas yang boleh mengundang bahaya. Sedikit
sebanyak ia akan memberikan kurang selamat apabila berada di dalam kelas.
Adakalanya bau busuk dari tong sampah yang berada di dalam kelas atau di tepi
koridor kelas dan akhirnya ia akan menggangu sesi pengajaran dan pembelajaran
yang dijalankan.

Guru yang sudah lama berkhidmat di dalam bidang pendidikan juga tidak
terlepas dengan masalah hubungan interpersonal dikalangan guru. Masalah ini terjadi
kerana terdapat rakan sekerja di dalam kumpulan tidak memberikan kerjasama
semasa menyiapkan tugasan yang diberi oleh pihak atasan. Kadangkala pihak
pentadbir kurang mendengar masalah dari pihak bawahan dan akhirnya ia akan
memberi tekanan kepada guru-guru dan setrusnya mereka tidak bermotivasi semasa
menjalankan tugas.

5.3.2.7 Hubungan Antara Pengurusan Tekanan Kerja Dengan Umur Guru

Bagi menjawab persoalan seterusnya, penyelidik telah melakukan pengujian


hipotesis untuk melihat hubungan diantara pengurusan tekanan kerja dengan umur
responden. Pengujian hipotesis ini dilakukan menggunakan Ujian Kolerasi Pearson.
91

Hasil daripada pengujian hipotesis ini mendapati tidak terdapat hubungan yang
signifikan antara pengurusan tekanan kerja dengan umur guru di sekolah rendah Zon
Sungai Balang, daerah Muar. Dapatan kajian ini bererti bahawa umur guru tidak
mempunyai kesan keatas pengurusan tekanan kerja.

Kebiasaannya masyarakat menganggap guru yang muda tidak pandai


menguruskan disiplin pelajar. Tetapi dalam kajian ini faktor umur bukan penentu
seseorang guru itu berkebolehan menguruskan disiplin pelajar. Ada diantara guru
yang muda umurnya lebih baik dari guru senior dari segi menguruskan disiplin
murid. Contohnya, guru muda masuk ke kelas menggunakan laptop untuk proses
pengajaran dan pembelajaran dapat menarik perhatian murid untuk memberi
perhatian di dalam kelas. Akhirnya kelas menjadi terkawal dan tiada masalah disiplin
di dalam kelas.

Dapatan kajian mendapati faktor umur bukan penentu seseorang guru itu
mempunyai kebolehan dalam menguruskan kurikulum sekolah. Adakalanya guru
muda lebih bermotivasi dan berkebolehan dalam menguruskan kurikulum sekolah
seperti menyediakan laporan aktiviti, pengurusan fail-fail panitia dan maklumat
sekolah secara dalam talian.

Dari aspek pengurusan persekitaran sekolah pula, dapatan kajian mendapati


faktor umur bukan penentu seseorang guru dapat menguruskan persekitaran sekolah
dengan lebih baik. Terdapat ramai guru muda yang dapat menguruskan persekiataran
sekolah seperti membaiki peralatan elektrik yang mudah seperti radio, kamputer dan
mesin pencetak.

Hubungan interpersonal juga boleh menyebabkan tekanan diantara guru.


Dapatan kajian mendapati, punca tekanan hubungan interpersonal dikalangan guru
tidak dipengaruhi oleh umur guru. Ini bermaksud bukan guru muda sahaja yang
menghadapi masalah berkomunikasi dengan guru dan pihak atasan. Guru yang sudah
92

berumur atau senior juga menghadapi masalah komunikasi dengan pihak atasan dan
juga semasa guru. Situasi ini terjadi kerana pihak atasan kurang mempunyai
kemahiran komunikasi sehingga menyebabkan maklumat dan arahan yang hendak
disampaikan menjadi terganggu.

5.4 Cadangan Tindakan Kajian

Berdasarkan dapatan kajian dan perbincangan yang telah dihuraikan pada bab
sebelum ini, beberapa cadangan tindakan kajian boleh dikemukakan di dalam kajian
ini bagi memberi manfaat kepada semua pihak. Hasil kajian ini menunjukkan
bahawa pengurusan tekanan kerja di kalangan guru-guru sekolah rendah Zon Sungai
Balang, daerah Muar mempunyai skor min pada tahap sederhana. Manakala tahap
punca tekanan guru dari aspek pengurusan disiplin pelajar berada pada tahap
sederhana. Pihak Kementarian Pendidikan Malaysia (KPM) boleh mengambil lebih
banyak lagi guru-guru yang baru supaya dapat mengisi kekosongan jawatan
diperingkat sekolah. Ini dapat menambahkan bilangan guru di sekolah dan secara tak
langsung bilangan murid bagi setiap kelas dapat dikurangkan. Pada ketika ini jumlah
murid bagi setiap kelas adalah 35 hingga 40 orang. Ini akan menimbulkan masalah
guru untuk mengawal kelas, murid pula berada dalam keadaan tidak selesa
seterusnya situasi ini akan mewujudkan bunyi bising di dalam kelas. Jikalau bilangan
murid di dalam kelas dapat dikurangkan masalah kelas bising akan dapat
dikurangkan.

Bagi mengurangkan beban tugas guru, pihak KPM disarankan supaya


mengambil lebih ramai lagi Pembantu Tadbir Gred N17. Pembatu Tadbir ini dapat
membantu guru dari segi pengemaskinian fail, mengisi markah dan prestasi pelajar
secara online, mengisi maklumat pelajar iaitu Aplikasi Pengkalan Data Murid,
Maklumat Asas Guru, Pengkalan Data Guru serta kerja-kerja yang berkaitan dengan
tugas pengkeranian. Apabila tugas-tugas pengkeranian diambil alih oleh pembantu
93

tadbir, maka guru-guru dapat menumpukan perhatian kepada proses pengajaran dan
pembelajaran murid dengan lebih berkesan lagi. Perkara ini apabila dijalankan nanti
akan dapat mengurangkan tekanan guru yang dihadapai pada masa kini.

Adalah disaran supaya pihak sekolah dapat menukar peralatan yang rosak
sebelum sesi baru persekolahan dibuka. Ada sekolah didapati tidak menukar
peralatan yang tidak boleh digunakan lagi apabila sesi persekolahan baru berrmula.
Situasi ini boleh menjejaskan motivasi guru apabila proses pengajaran dan
pembelajaran dijalankan. Malahan murid tidak bersemangat untuk menumpukan
pelajaran di dalam kelas kerana menggunakan peralatan yang rosak semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Pihak sekolah disarankan supaya melakukan proses pelupusan perabot yang


telah rosak dengan segera. Contohnya meja, kerusi pelajar, meja guru dan kerusi
guru serta almari dan rak buku yang sudah tidak boleh digunakan lagi. Apabila
proses pelupusan siap dijalankan, ia akan memudahkan pihak Pejabat Pelajaran
Daerah untuk membekalkan perabot yang baru kepada sekolah yang memerlukan. Ini
akan menjamin kualiti proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih baik.

Bagi menambaik komunikasi berkesan antara pihak atasan dengan guru


supaya segala arahan dan maklumat yang terkini dapat disampaikan dengan betul.
Sehubungan dengan itu, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan
Pelajaran Negeri boleh memberi kursus kemahiran komunikasi kepada pihak atasan
sekolah dan juga kepada guru-guru yang berminat. Dengan adanya kursus kemahiran
komunikasi ini diharap dapat meningkatkan kemahiran komunikasi dengan berkesan.

Pihak sekolah disarankan supaya mengaktifkan lagi Kelab Guru dan Staf.
Kelab Guru dan Staf bole melakukan aktiviti seperti Hari Keluarga. Dengan adanya
aktiviti Hari Keluarga kelab ini berjalan secara aktif ia akan dapat merapatkan lagi
jurang antara pihak pentadbir dengan guru serta staf sokongan. Manakala hubungan
94

antara guru dapat dieratkan lagi. Ini secara tidak langsung dapat mewujudkan kerja
berpasukan yang mantap apabila diberi tugas kelak.

5.4 Cadangan Kajian Lanjutan

Kajian lanjutan perlu dilaksanakan supaya kajian tentang pengurusan tekanan


kerja dikalangan guru sekolah rendah lebih bermakna dan menyumbang ke arah
perkembangan pendidikan negara. Antara kajian lanjutan yang dicadangkan oleh
penyelidik ialah:-

1) Penyelidikan ini hanya dijalankan ke atas guru-guru sekolah rendah di Zon


Sungai Balang, daerah Muar sahaja. Bilangan persampelan adalah agak kecil
dan tidak sesuai kerana tidak menggambarkan situasi yang sebenar. Oleh yang
demikian, penyelidik mencadangakan agar kajian selanjutnya dapat dijalankan
diseluruh sekolah rendah dan sekolah menengah di Malaysia. Kajian boleh
dibuat secara online supaya semua sampel dapat mengisi soal selidik dengan
lebih mudah. Oleh itu dapatan kajian dapat diperolehi lebih tepat.

2) Kajian ini hanya memberi fokus kepada aspek pengurusan disiplin pelajar,
kurikulum, persekitaran sekolah dan hubungan interpersonal sahaja. Sedangkan
guru pada masa kini menghadapi pelbagai punca tekanan seperti berpunca dari
kerenah ahli jawatankuasa PIBG, kerenah prosedur perbelanjaan peruntukan
sekolah dan pengurusan pengendalian beban tugas.

3) Penyelidik berharap kajian lanjutan dijalankan supaya melibatkan responden


daripada guru sekolah menengah. Kajian lanjutan ini bertujuan untuk melihat
perbandingan punca tekanan guru di sekolah menengah dan sekolah rendah.
95

5.6 Kesimpulan

Hasil kajian ini menunjukkan bahawa pengurusan tekanan kerja guru sekolah
rendah di Zon Sungai Balang daerah Muar berada pada tahap sederhana. Manakala
tahap punca tekanan guru dari aspek pengurusan persekitaran sekolah adalah yang
paling tinggi di kalangan tahap punca yang lain. Ini diikuti dengan aspek pengurusan
disiplin murid, kurikulum dan hubungan interpersonal.

Kajian ini diharapkan pihak berwajib mengetahui tekanan yang dihadapi oleh
guru di sekolah rendah. Pihak yang berwajib perlu mencari jalan supaya tekanan
kerja yang dihadapi oleh guru dapat dikurangkan. Situasi ini penting bagi guru tidak
menghadapai tekanan kerja yang melampau supaya mereka dapat menjalankan tugas
dengan lebih bersemangat untuk mendidik anak bangsa seterusnya dapat melahirkan
generasi yang berkualiti.
96

RUJUKAN

Abdull Sukor Shaari, Abd. Rahim Romle & Mohamad Yazi Kerya (2006). Beban Tugas
Guru Sekolah Rendah. Seminar Kebangsaan Kepimpinan dan Pengurusan Sekolah.
Seremban.

Abdullah Sani Yahaya, Abdul Rashid Mohamed & Abd. Ghani Abdullah (2007). PTS
Professional.

Ahmad Johari Bin Sihes & Mohamad Zuhairy Bin Shaari (2010). Kepuasan Kerja Di
Kalangan Guru Teknikal Di Empat Buah Sekolah Menengah Teknik Sekitar Johor
Bahru. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Ahmad Zabidi Abdul Razak (2006). Ciri Iklim Sekolah Berkesan: Implikasinya Terhadap
Motivasi Pembelajaran.

Azizi Yahaya, Jamaludin Ramli & Mazeni Ismail (2010). Stres Dalam Kalangan Guru
Sekolah Menengah Di Empat Buah Negeri Di Malaysia. Asia Pacific Journal Of
Educators and Education, Vol. 25, 103-136, 2010.

Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon, Abdul Rahim Hamdan
(2007). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan : Teori Analisis dan Interpretasi
Data. Kuala Lumpur. PTS Profesional Publishing.

Che Yaacob Che Ahmad (1996). Punca Ketegangan Guru Matematik Sekolah Rendah Di
Kelantan, Tesis Sarjana Sains Pengurusan. Universiti Utara Malaysia. Sintok

Chua Yan Piaw (2011). Kaedah Penyelidikan : Kaedah Dan Statistik Penyelidikan. Kuala
Lumpur. MacGraw Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

Bulach, C, Pickett. W, Boothe D. ERIC Clearinghouse on Educational Management, Digest


122, June 1998

Esah Sulaiman (2003). Amalan Profesionalisme Perguruan. Skudai, Universiti Teknologi


Malaysia.

Faridah Karim dan Zubaidah Aman (1999). Peramal Burnout Di Kalangan Guru, Faktor Latar
Belakang, Tekanan Di Peringkat Organisasi Dan Sokongan Sosial. Jurnal Pendidikan.
(4): 13-23.
97

French, W. L., Kast. F.E., & Rosenzweig, J.E. (1985). Understanding Human Behaviour In
Organizations. New York: Harper & Row.

Gardner, H. (1983; 1993) Frames of Mind: The theory of multiple intelligences, New York.

Hans Selye (1976). Stress in Health and Disease. United States Of America. Butterworth-
Heinemann Limited (Publisher). Inc.

Hatta Sidi, Mohamed Hatta Shaharom (2002). Mengurus Stres : Pendekatan Yang Praktikal.
Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka

http://satusekolahuntuksemua.files.wordpress.com/2009/07/018_laporan-jawatankuasa-
kabinet-mengkaji-pelaksanaan-dasar-pelajaran-19791.pdf

http://www.treasury.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=2280%3Abaj
et-2012&catid=87%3Acatbajet-tahunan&Itemid=195&lang=my

Dunham, J. (1992). Stress In Teaching. London, Routledge.

Stoner, J.A.F. and Charles Wankel (1986). Management. Engelwood Cliffs, New Jersey.
Prentice Hall Inc.

Johari Hassan & Noornazifah Md. Suandi (2011). Kajian Terhadap Stres Di Kalangan Guru
Sekolah Rendah Di Zon Permas Jaya, Johor Bahru Dari Aspek Personaliti. Fakulti
Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Kamaruzaman Kamaruddin (2007). Tekanan Kerja Di Kalangan Guru Sekolah Rendah.


Jurnal Kemanusiaan Bil 10, Disember 2007.

Kepimpinan Dan Pengurusan Kurikulum Di Sekolah (2001). Pusat Perkembangan


Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia.

McGrath, J.E. (1970). Stress and Behaviour In Organization. In Handbook Of Industrial and
Organization Psychology. Journal Of Psychology.

Mior Khairul Azrin (2011). Sistem Pendidikan Di Malaysia: Dasar, Cabaran Dan
Pelaksanaan Ke Arah Perpaduan Nasional. Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan,
Universiti Sains Malaysia.
98

Mohamad Abdillah Royo & Woo Sew Fun (2010). Faktor-faktor Yang Mendorong Tekanan
Kerja (Stres) Di Kalangan Guru-Guru (SJKC) : Satu Kajian Di Tiga Buah Sekolah Di
Wilayah Persekutuan. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Mohamad Najib Abdul Ghafar (2010). Pembangunan Organisasi Pendidikan. Skudai.


Penerbit UTM Press.

Mohd Safiee Hj. Idrisa, Hj. Ashari Sikorb, Siti Zahara Binti Mohd Ariff, Mohd Zaid
Mustafac, Ahmad Rizal Madard dan Latifah Md. Ariffine (2008). Komunikasi
Interpersonal Dalam Pengajaran DiKalangan Guru-Guru Teknikal Sekolah
Menengah Teknik Di Negeri Melaka. Fakulti Pendidikan, Universiti Tun Hussein
Onn Malaysia.

Mohd. Najib Abdul Ghafar (2003). Rekabentuk Soal Selidik Pendidikan. Skudai. Penerbit:
Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd. Razali Othman & Abang Mat Ali Bin Abang Masagus (1997). Strategi Menangani
Tekanan Di Kalangan Guru-Guru Sekolah Menengah Zon A Di Bahagian Kuching /
Samarahan, Sarawak : Satu Tinjauan. Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan
Manusia, Universiti Malaysia Sarawak.

Motivasi Pembelajaran. Jurnal Pendidikan 31.

Omardin Ashaari (1996). Pengurusan Sekolah. Kuala Lumpur. Utusan Publication &
Distributors Sdn. Bhd.

Pauline Graham (1995). Mary Parker Follet Prophet Of Management : A Celebration


Writings From The 1920’s. United States Of America. President and Fellows Of
Havard College.

Saedah Siraj & Mohammed Sani Ibrahim (2012). Standard Kompetensi Guru Malaysia.
Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya.

Safiah Hj. Shain (2006). Tahap Punca Tekanan Dan Strategi Menangani Tekanan Di
Kalangan Guru-Guru Sekolah Rendah Di Daerah Kota Samarahan, Sarawak. Jurnal
Akademik Institut Perguruan Tun Abdul Razak.
99

Sapora Sipon (2010). Stres Kerja Guru : Punca, Kesan Dan Strategi Daya Tindak. Prosiding
Seminar Profesion Perguruan.

Scharmenhorn, Hunt & Osborn (1991). Managing Organization Behavior. New York : John
Wiley & Sons.

Syed Ismail Syed Mustapa & Ahmad Subki Miskon (2010). Guru Dan Cabaran Semasa.
Pusat Bandar Puchong : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Tajulashikin Jumahat, Fazura Mohd. Noor & Mohd. Burhan Ibrahim (2013). Faktor-Faktor
Penentu Stres Dalam Kalangan Guru: Sekolah Rendah Mubaligh Di Kuala Lumpur.
Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, April 2013, Bil 1, Isu 2.

Zamri Mahamod & Mohamed Amin Embi (2005). Strategi Pembelajaran Bahasa Melayu
Mengikut Jantina di Luar Kelas. Jurnal Pendidikan 30.

Zuraidah Abdul Rahman (2011). Kauseling Dalam Pengurusan : Kaunseling & Motivasi Diri.
Shah Alam. Marshall Cavendish (Malaysia) Sdn. Bhd.

You might also like