Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

RINGKASAN EKSEKUTIF

MEMORANDUM PERSEFAHAMAN DI ANTARA


UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
DENGAN
UNIVERSITY OF DHAKA, BANGLADESH

Tujuan kertas kerja ini adalah untuk memohon kelulusan Mesyuarat


Jawatankuasa Pengurusan Universiti bagi menandatangani memorandum
persefahaman di antara Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan University
of Dhaka, Bangladesh (UDB).

University of Dhaka, Bangladesh adalah sebuah institusi pengajian tinggi


awam di Bangladesh. UDB telah ditubuhkan pada tahun 1921. Universiti ini
merupakan pusat terunggulan dalam bidang akademik dan penyelidikan di
antara universiti-universiti di Bangladesh. UDB mempunyai kolaborasi
penyelidikan yang kukuh dengan beberapa universiti antarabangsa di United
States, Europe and South Asia, dan merupakan salah satu universiti yang
mempunyai ranking ketiga tertinggi dalam senarai institusi pengajian tinggi
awam di Bangladesh. UDB mempunyai enam fakulti iaitu Fakulti Art &
Humanities, Fakulti Business & Social Sciences, Fakulti Language & Culture,
Fakulti Medicine & Health, Fakulti Engineering dan Fakulti Science &
Technology.

Bagi mengukuhkan lagi hubungan di antara kedua buah universiti, UTM


bercadang untuk menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dalam
bidang akademik dan penyelidikan. Hubungan UTM dan UDB dikategorikan
sebagai hubungan Rakan Kerjasama.

Kerjasama di antara Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan UDB bermula


dengan lawatan akademik oleh profesor pelawat dari UDB, Profesor Dr. Md.
Ahsan Habib pada 22 Januari 2015 yang bertujuan untuk meninjau peluang
kerjasama antara UTM dan UDB. Pada pertemuan singkat antara Ketua
Jabatan Kimia dengan beliau, telah menghasilkan ’Letter of Intent’ sebagai
tanda kerjasama antara Jabatan Kimia, UTM dan Jabatan KImia, UDB. Pihak
UDB dan UTM telah bersetuju dan bercadang untuk menandatangani
Memorandum Persefahaman (MoU) di antara UDB dengan UTM dalam bidang
akademik dan penyelidikan bagi mengukuhkan lagi hubungan sedia ada.

Tujuan kerjasama tersebut diwujudkan untuk mempertingkatkan dan


mencapai misi dan objektif akademik kedua-dua buah institusi melalui
perhubungan antarabangsa.

Kerjasama yang akan berkuatkuasa selama 5 tahun ini juga akan memberi
fokus kepada program pertukaran pelajar, staf dan penyelidik antara kedua
belah pihak. Kerjasama secara usahasama ini dapat meningkatkan kepakaran
staf yang seterusnya akan disebarkan kepada pelajar disamping dapat
mewujudkan dan melebarkan jaringan kerjasama antarabangsa.

You might also like