Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SCCA2023 COMMUNICATION LAW

MAKLUMAT TUGASAN

TUGASAN INDIVIDU (15%)

‘Etika pengamal media kini semakin menghakis’. Bahaskan kenyataan tersebut secara
mendalam dengan membawa bukti-bukti yang kukuh bagi menyokong pendapat anda.
Pemarkahan tugasan adalah berdasarkan laporan perbahasan secara bertulis.

TUGASAN KUMPULAN I (25%)

Anda akan didedahkan kepada platform pencarian pendapatan di Internet dan diberi masa
sebulan untuk menerokai platform tersebut secara individu. Berdasarkan penglibatan anda
dengan platform tersebut, kenalpasti dan bincangkan secara berkumpulan: i) Apakah hak-
hak pengguna (pemberi perkhidmatan/ penjual produk) yang telah dilindungi di bawah
undang-undang sedia ada, dan ii) Apakah isu-isu yang memerlukan pengemaskinian
perlindungan undang-undang sedia ada. Fokus isu dan perbincangan hendaklah berdasarkan
undang-undang yang berkait dengan bidang komunikasi. Pemarkahan tugasan adalah
berdasarkan laporan perbincangan secara bertulis mengikut format penulisan essei.

TUGASAN KUMPULAN II (10%)

Berdasarkan kepada laporan bertulis “Tugasan Kumpulan I”, buat satu video pendek yang
memberi kesedaran kepada masyarakat Malaysia mengenai kepentingan mengetahui hak-
hak individu sebagai pemberi perkhidmatan/ penjual produk di atas talian (online) menurut
undang-undang sedia ada. Pemarkahan tugasan adalah berdasarkan isi kandungan dan
pembentangan video di dalam kelas.

KUIZ (10%)

Dua kuiz akan diadakan. Waktu diadakan mungkin akan dinyatakan oleh pensyarah atau ia
mungkin juga berbentuk ‘spot quiz’ atau ‘online quiz’. Oleh itu pelajar hendaklah sentiasa
menghadirkan diri ke kelas dan bersedia untuk menduduki kuiz ini pada setiap masa.

MAKLUMAT PENTING

 Tugasan hendaklah ditaip menggunakan font: Times New Roman, saiz: 12, dan
langkau baris: 1.5 atau 2. Sertakan rujukan dan bibliografi yang lengkap (format
APA), dan helaian muka surat depan hendaklah mengandungi nama pelajar, nombor
matrik, kod kursus dan tajuk tugasan (rujuk Online Learning untuk format muka surat
depan tugasan).

 Warna muka surat depan tugasan adalah ditentukan seperti berikut:


KUMPULAN TUGASAN INDIVIDU TUGASAN KUMPULAN
A Merah Kuning
SCCA2023 COMMUNICATION LAW

 Jumlah muka surat daripada pengenalan – penutup hendaklah tidak melebihi 10


muka surat bagi tugasan individu dan tidak melebihi 15 muka surat bagi tugasan
kumpulan I. Ini tidak termasuk helaian depan, isi kandungan, bibliografi dan
lampiran.

 Semua pelajar hendaklah membentuk kumpulan pada minggu pertama kursus dan
menyerahkan nama ahli kumpulan masing-masing kepada pensyarah kursus selewat-
lewatnya pada 8/09/2016.

 Pelajar boleh menunjukkan draft/outline tugasan kepada penyelia kursus untuk


mendapatkan komen dan respon.

 Plagiarisme adalah merupakan jenayah akademik yang amat berat. Oleh itu,
‘citation’ yang lengkap mesti dinyatakan kepada ‘quotations’, ‘paraphrasing’ atau
idea yang diambil daripada pihak/sumber selain daripada penulis laporan sendiri.

 Tugasan individu hendaklah dihantar selewat-lewatnya pada 03/10/2016, jam


5.30pm, tugasan kumpulan I hendaklah dihantar selewat-lewatnya pada
24/11/2016, jam 5.30pm, dan tugasan kumpulan II hendaklah dihantar selewat-
lewatnya 3 HARI SELEPAS PEMBENTANGAN.

 Penghantaran yang lewat tidak akan diterima kecuali disertakan sebab dan bukti
yang kukuh menurut pandangan pensyarah kursus.

 Pembentangan bagi tugasan kumpulan II dijangka diadakan pada 08 dan


12/12/2016. Semua ahli kumpulan hendaklah mengambil bahagian di dalam
pembentangan tersebut, dan semua pelajar di dalam kursus ini diwajibkan hadir.

You might also like