Ulasan Artikel

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

SUBJEK: FALSAFAH ILMU

KOD SUBJEK: HNF 3012

ULASAN ARTIKEL

TAJUK: TAHAP ‘SELF-ESTEEM’ DALAM KALANGAN GURU NOVIS PENDIDIKAN

JASMANI

PENSYARAH:

PUAN WAN NOOR ZEITI BINTI WAN ABDUL RASHID

NAMA: NUR DIANA BINTI MOHAMAD TARMIZI

NOMBOR MATRIK: D20181084517

PROGRAM: ISMP (PENDIDIKAN JASMANI)


KANDUNGAN

TAJUK MUKA SURAT

1. PENDAHULUAN 3

2. SINOPSIS ARTIKEL 5

3. ULASAN ARTIKEL 7

4. PERKAITAN DENGAN FALSAFAH ILMU 9

5. KESIMPULAN 10

2
1. PENDAHULUAN

Artikel ini mengisahkan tentang tahap self-esteem dalam kalangan

guru-guru novis pendidikan jasmani antara opsyen mahupun bukan opsyen.

Guru novis ini merupakan guru yang mengajar lebih daripada lima tahun.

Artikel ini juga diperoleh daripada sebuah jurnal iaitu ‘Journal of Sports Science

and Physical Education, Malaysia’. Artikel ini tergolong sebagai ‘research

article’ yang dikarang oleh Thoheroh Haslina bt Che Hasan Sabri dan Tajul

Arifin Bin Muhamad daripada Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan

Malaysia.

Dasawarsa ini, pendidikan amat penting dalam setiap individu untuk

mempunyai ilmu pengetahuan dari segi rohani mahupun jasmani. Oleh yang

demikian, pendidikan jasmani tidak boleh diperkotak-katikkan dalam segi

pembelajaran kerana hal ini akan memberi impak kepada pelajar. Seorang

guru yang baik akan cara penyampaian pembelajarannya akan memberi impak

yang positif kepada pelajar. Hal ini demikian kerana guru yang mencorakkan

prsepsi dan output kepada pelajar seperti kata pepatah, “bagaimana acuan,

begitulah kuihnya”.

Maka, amatlah berguna jika seseorang guru itu mempunyai ilmu

pengetahuan yang tinggi serta tahap motivasi dirinya yang tiada tolak

bandingnya untuk memberi kepercayaan dan pengaruh kepada pelajar.

Dengan ini, suka diperkatakan bahawa seorang guru yang mempunyai self-

esteem yang tinggi mempunyai satu bonus bagi keperluan pelajar pada masa

kini yang mempunyai daya fikiran yang luar daripada kotak. Berdasarkan

artikel yang telah dikaji, Seseorang guru yang mempunyai self-esteem yang

tinggi juga dapat mempengaruhi keyakinan dan meningkatkan motivasi para

3
pelajar, ini juga boleh menjadi satu faktor kepada kejayaan pelajar dalam

bidang akademik (Baunmeister et al, 2003).

Kepentingan kajian pengukuran self-esteem ini dijalankan adalah

kerana amat penting bagi seorang guru mempunyai keyakinan yang tinggi bagi

mempyunyai output yang baik kepada pelajar. Cara pembelajaran yang

berkesan amatlah memberi impak yang positif kepada diri seseorang pelajar

tersebut memperoleh antara satu kejayaan ataupun kegagalan. Berdasarkan

subjek pendidikan jasmani ini, adalah sangat penting bagi pelajar memperoleh

kejayaan yang maksimum untuk memahami apa yang diajar oleh guru mereka.

Pendidikan jasmai ialah proses yang memanfaatkan aktiviti jasmani yang

direncanakan sistematik bertujuan untuk mengembangkan dan meningkatkan

individu secara organik, neuromuskuler, perseptual, koginitif dan emosional

dalam kerangka sistem pendidikan kebangsaan (Falsah Pendidikan

Kebangsaan (jasmani))

Tanpa ilmu yang mencukupi juga, self-esteem seseorang guru

kemungkinan akan menjadi lemah. Oleh yang demikian, guru perlulah

mempunyai ilmu yang tinggi bagi membolehkan seseorang guru itu

mempunyai keyakinan diri yang tinggi dalam menjawab segala persoalan yang

berada pada fikiran pelajarnya. Hal ini secara tidak lansung membantu tahap

self-esteem seseorang guru kepada yang lebih baik. Program pendidikan

jasmani yang baik tentu harus dilandasi oleh pemahaman guru terhadap

karakteristik psikologis pelajar, dan yang paling penting dalam hal sumbangan

apa yang dapat diberikan oleh program pendidikan jasmani terhadap

perkembangan mental dan psikologis pelajar (Drs. Agus Mahendra, M.A.,

Falsafah Pendidikan Jasmani)

4
2. SINOPSIS ATRIKEL

Kajian ini dilakukan di sebuah sekolah rendah di daerah Sepang, Selangor.

Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk menilai tahap self-esteem guru novis

semasa melakukan pengajaran subjek Pendidikan Jasmani. Kajian kuantitatif yang

berbentuk tinjauan digunakan sebagai metod untuk melakukan kajian ini. Reka

bentuk kajian ini dipilih menggunakan borang soal selidik tahap self-esteem yang

dirujuk berdasarkan skala Rosenberg Self-Esteem bagi pengumpulan data dalam

mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Sampel yang dipilih adalah secara rawak iaitu

mengikut jantina dalam opsyen dan bukan opsyen Pendidikan Jasmani. Seramai

30 orang guru novis subjek Pendidikan Jasmani yang telah dipilih untuk melakukan

kajian ini. 30 orang guru novis itu terdiri daripada 15 orang guru lelaki dan 15 orang

guru perempuan.

Item dalam soal selidik itu dibahagikan kepada bahagian A dan bahagian B

dimana bahagian A menggunakan analisis deskriptif yang mengandungi faktor-

faktor demografi termasukalah jantina dan opsyen guru. Manakala, bahagian B

menggunakan analisis t-test tidak bersandar yang mengandungi 10 item bertujuan

untuk mengenal pasti tahap self-esteem opseyen dan bukan opsyen mengikut

jantina yang diadaptasikan oleh Rosenberg self-esteem. Darjah persetujuan

mereka terhadap pernyataan menggunakan 4 skala Guttman. Data ini dianalisis

menggunakan kekerapan taburan, min, sisihan piawai dan t-test tidak bersandar

bagi mengukur tahap self-esteem guru novis ini dengan pemboleh ubah

bersandar.

5
Keputusannya didapati bahawa tiada perbezaan yang ketara diantara tahap

self-esteem guru novis dengan jantina. Sebaliknya dari segi kajian berdasarkan

opsyen. Terdapat perbezaan yang ketara dapat diperhatikan diantara tahap self-

esteem guru bukan opsyen dan guru opsyen subjek Pendidikan Jasmani.

Keseluruhan keputusan didapati bahawa guru novis bukan opsyen Pendidikan

Jasmani mempunyai self-esteem yang rendah berbanding guru opsyen

Pendidikan Jasmani. Hal ini dibuktikan dengan analisis t-test yang dilakukan. Self-

esteem ini amat penting bagi meningkatkan lagi keberkesanan pembelajaran bagi

subjek Pendidikan Jasmani.

6
3. ULASAN ARTIKEL

Berdasarkan artikel yang dikarang oleh Thoheroh Haslina bt Che Hasan Sabri

dan Tajul Arifin Bin Muhamad, terdapat beberapa perkara yang boleh diulas.

Perkara tersebut ialah isi penting artikel, kekuatan dan kelemahan artikel serta

cadangan untuk penambahbaikan artikel ini.

Artikel ini merupakan satu artikel ilmiah yang menganalisis tentang tahap self-

esteem guru novis opsyen mahupun bukan opsyen bagi subjek Pendidikan

Jasmani di sebuah sekolah rendah daerah Sepang, Selangor. Para penulis artikel

ini bersetuju bahawa tiada perbezaan tahap self-esteem yang signifikasi antara

berlainan jantina iaitu lelaki dan perempuan. Berdasarkan hasil dapat kajian yang

dilakukan, perbezaan yang signifikasi adalah diantar guru opsyen subjek

Pendidikan Jasmani dan bukan guru opsyen bagi subjek Pendidikan Jasmani.

Self-esteem ini amat penting untuk seorang guru menyampaikan ilmu yang baik

dan berkesan. Berdasarkan tersebut terdapat beberapa fakta yang boleh

diperketengahkan iaitu, Frey & Carlock (Siahaan, 2008) mengemukakan setiap

individu mempunyai ciri-ciri self-esteem yang positif (tinggi) dan self-esteem yang

negatif (rendah). Self-esteem tidak dapat di ukur ketika seseorang individu berada

pada tahap bayi akan tetapi ia mula dapat dilihat sewaktu seseorang meningkat

kepada kanak-kanak serta bergantung kepada persekitaran termasuklah keluarga

yang menyebabkan mereka percaya pada diri sendiri dan kebolehan mereka

(Coopersmith, 1967). Seseorang yang mempunyai self-esteem yang tinggi lebih

cekap dan lebih bijak mengatur strategi untuk melakukan sesuatu.

7
Berdasarkan artikel ini, terdapat beberapa kekuatan yang menarik perhatian.

Antara kekuatan yang dimiliki termasuklah kecenderungan penganalisis yang

melakukan kajian kepada 15 orang lelaki dan 15 orang perempuan. Di sini,

kekuatannya dapat diperkatakan kerana bilangannya adalah sama rata. Maka

dengan itu, dapatannya sudah tentu relevan untuk digunakan. Seterusnya, penulis

juga menganalisis kajian ini menggunakan Rosebenrg self-esteem yang

kebolehpercayaannya adalah 0.70. Dengan ini, dapat kita letakkan kepercayaan

terhadap keputusan yang diperoleh. Bahagian tersebut juga menyatakan darjah

persetujuan mereka terhadap pernyataan yang diberikan menggunakan 4 skala

Guttman yang bermula dengan 1= sangat tidak setuju, 2= tidak setuju, 3= setuju,

4= sangat setuju. Instrument ini amat sesuai untuk mengkaji tahap self-esteem

guru novis di sekolah tersebut.

Namun yang demikian, terdapat juga beberapa kelemahan yang patut disentuh

iaitu pengkaji hanya menganalisis di satu kawasan sahaja iaitu daerah Sepang.

Sebolehnya, pengkaji haruslah menganalisis banyak kawasan untuk mendapatkan

kerelevanan keputusan yang maksimum. Seterusnya, penulis cenderung untuk

menganalisis pada bilangan guru novis opsyen dan guru novis bukan opsyen yang

rawak atau lebih senang diperkatakan tidak sama rata. Sewajarnya, penulis perlu

menganalisis pada bilangan yang sama bagi mendapatkan bancian yang lebih

tepat.

Keseluruhannya, saya mendapati kajian ini relevan pada sekolah yang

dijalankan itu, tetapi tidak kepada semua sekolah. Hal ini kerana, self-esteem

setiap individu berbeza-beza mengikut ilmu atau pengalam yang telah dipelajari

atau dilalui. Artikel ini membantu saya memperbaiki cara penyelidikan yang saya

patut tahu pada masa akan datang.

8
4. PERKAITAN DENGAN FALSAFAH ILMU

Artikel ini dapat diperkaitkan dengan Falsafah Ilmu dari tajuk yang telah

dibincangkan iaitu Epistologi Ilmu. Epistologi Ilmu telah menyatakan terdapat

kebenaran ilmu pada setiap ilmu yang diperoleh. Di sini perkaitannya tertakluk

kepada kebenaran keputusan tahap self-esteem yang telah dikaji. Diperkatakan

bahawa kebenaran adalah satu nilai utama dalam kehidupan manusia. Fungsi

rohani yang menjadikan manusia bermaruah sentiasa berkehendakkan kepada

kebenaran. Ia selaras dengan fungsi ilmu pengetahuan itu sendiri iaitu mencari

kebenaran.

Metod kajian yang dilakukan untuk menganalisis data seperti t-test,

mengumpul kekerapan taburan, min dan sisihan piawai juga berkait rapat dengan

teori kebenaran daripada Epistologi Ilmu. Melalui teori kebenaran, bukan semua

pengetahuan manusia boleh dikategorikan sebagai ilmu pengetahuan. Hanya

pengetahuan tertentu, yang diperolehi daripada kegiatan ilmiah, dengan metod

yang sistematik, analisis dan pengujian data yang dapat disebut sebagai ilmu

pengetahuan.

Melalui tajuk Kaedah Pemerolehan Ilmu juga dapat saya kaitkan Falsafah Ilmu

dengan artikel yang dibincangkan ini. Melalui artikel ini, penulis menggunakan

metodologi kajian bagi mendapat hasil dapatan kajiannya. Disini dapat dihuraikan

bahawa penulis ini menggunakan Kaedah Permerolehan Ilmu sperti yang

diperkatakan dalam Falsafah Ilmu bahawa metodologi adalah sebuah ilmu tentang

metod atau ilmu yang mempelajari prosedur atau cara mengetahui seseuatu.

9
5. KESIMPULAN

Kesimpulannya, jelaslah bahawa Falsafah Ilmu ini amat berguna kepada

sesuatu penyelidikan dalam mendapat sesuatu kebenaran yang tepat dan relevan.

Melalui artikel ini, saya belajar bagaimana untuk melakukan penyelidikan atau

kajian dengan tepat dan betul. Melalui teori kebenaran dalam Falsafah Ilmu,

terbukti bahawa setiap kebenaran perlulah mempunyai penyelidikan yang

sistematik untuk mempercayai kebenaran itu adalah sahih dan tepat. Sebagai

pengajaran, penyelidikan perlulah menggunakan kecenderungan sampel yang

sama rata.

Bagi rumusan artikel ini, dapat saya katakana bahawa self-esteem seseorang

guru amat penting bagi menggalakkan atau memberi kejayaan kepada pelajar

untuk menerima ilmu semaksimanya. Guru merupakan pemberi ilmu yang utama

bagi pelajar. Maka, wajarlah seorang guru itu mempunyai ilmu yang cukup dan

keyakinan yang tinggi bagi memperoleh self-esteem yang baik.

10

You might also like