Dokumen - Tips - Kertas Kerja Pertandingan Melukis Poster

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI LESONG

31950 MAMBANG DIAWAN, PERAK


KERTAS KERJA
PERTANDINGAN MELUKIS POSTER PERINGKAT KEBANGSAAN

PENGENALAN
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan
kolaborasi bersama Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) dan Lembaga Promosi
Kesihatan Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menganjurkan satu
pertandingan melukis poster peringkat kebangsaan bertemakan ‘Ke Arah Generasi
Tanpa Merokok’. Penyakit berkaitan merokok seperti kanser dan penyakit
kardiovaskular adalah penyebab utama kematian awal di peringkat global. Di Malaysia,
penyakit akibat amalan merokok telah menjadi punca utama kematian untuk tiga dekat
yang lalu.

RASIONAL

Sebagai langkah pencegahan awal kepada murid bagi menyedarkan mereka akan
bahaya dan kesan buruk amalan merokok.

OBJEKTIF

1. Untuk membawa kesedaran kepada masyarakat terutama golongan remaja


tentang bahayanya merokok.
2. Mendidik golongan remaja supaya menjauhi tabiat merokok.
3. Menggalakkan masyarakat mementingkan persekitaran yang bebas daripada
rokok.
4. Mempromosikan kempen blue ribbon.
5. Mencungkil bakat murid dalam bidang seni visual.
KUMPULAN SASARAN : Semua murid SK Sungai Lesong.

TARIKH PELAKSANAAN :

TAHAP 1 TAHAP 2
18- 22 April 2016 (waktu pengajaran dan 20 April 2016 (Hari Kokurikulum)
pembelajaran Dunia Seni Visual)

AGIHAN KUMPULAN DAN TEMPAT PERTANDINGAN : Mengikut Unit Beruniform

TKRS Bengkel Kemahiran Hidup


Puteri Islam Kantin
Pengakap Bilik Seni

KEWANGAN : Hadiah

Tempat Pertama RM 4.00 x 6 RM 24.00


Tempat Kedua RM 3.00 x 6 RM 18.00
Tempat Ketiga RM 2.00 x 6 RM 12.00
Jumlah RM 54.00

PENUTUP

Diharapkan program ini dapat memberi impak positif kepada murid di samping dapat
mencungkil bakat murid dalam bidang seni visual.
Disediakan oleh : Disemak dan disahkan oleh :

………………………….. …………………………………

(PN.NUR HAWA BINTI ZUL) (EN.ZAMRI BIN ABDUL RANI)


Ketua Panitia PSV Guru Besar Sk Sg Lesong

You might also like