Teks Pengacara Majlis Pelancaran Minggu Antidadah

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

ROSE 2017

TEKS PENGACARA MAJLIS PELANCARAN MINGGU ANTIDADAH SK LKTP BATU 27


2019

BIL AGENDA TEKS


Bismillahirrahmanirrahim..
1. Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh,

 Yang Berusaha, Cikgu Ja’afar bin Md Nasir, Guru Besar SK LKTP


Batu 27,
 Yang Dihormati, Cikgu Abdul Halim Tawfek Bin Khalil, Guru
Penolong Kanan Pentadbiran SK LKTP Batu 27,
 Yang Dihormati, Cikgu Sulali binti Timyati, Guru Penolong Kanan
Hal Ehwal Murid,
 Yang Dihormati , Cikgu Rizal bin Sulehani, Guru Penolong Kanan
Kokurikulum,
 Yang dihormati Encik Khairol Azwan bin Aris, Pengurus Felda
Lenga
 Seterusnya guru-guru, kakitangan sekolah serta murid-murid yang
dikasihi.

2. Kata Alu- Selamat Datang Ke Majlis Pelancaran Minggu Antidadah SK LKTP


aluan Batu 27 2019.
“Komuniti Kita Tanggungjawab Kita” itulah TEMA sambutan Hari
Antidadah Peringkat Kebangsaan pada tahun ini. Saya percaya tema
ini akan memberikan kesan mendalam dalam diri kita dan melahirkan
semangat bermasyarakat dan kecintaan terhadap negara dalam hati
kita semua sebagai seorang warganegara Malaysia yang
bertanggungjawab terhadap masyarakat dan tanah air.

3. Bacaan doa Menadah tangan tanda kerendahan,


Lafaz Bismillah memperkukuh tautan,
Doa dipohon penuh pengharapan,
Agar Majlis mendapat keberkatan.
ROSE 2017

Pembuka tirai, sebelum majlis pada pagi ini diteruskan, dipersilakan Al-
fadhil Ustaz Nizam bin Rahim untuk memimpin bacaan doa.

******bacaan doa******

Aamiin, aamiin Ya Rabbal Alamin. Majlis merakamkan ucapan


terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi. Mudah-mudahan majlis
pada pagi ini berlangsung sebagaimana layaknya dan mendapat
keberkatan dariNya jua. Insya Allah.
4 Hadirin yang dikasihi,

Majlis kita pada pagi ini akan diteruskan lagi dengan bacaan Ikrar
Antidadah daripada warga sekolah. Untuk itu majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan Nurain Nadiah binti Zaide untuk mengetuai
bacaan Ikrar.

********** Bacaan Ikrar *************

5 PERUTUSAN Hadirin yang dihormati,


PENGARAH
PENDIDIKAN Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Cikgu Sulaili binti Timyati
JOHOR untuk membacakan Perutusan daripada Pengarah Pendidikan Johor
sempena minggu Antidadah. Dipersilakan.

****************bacaan perutusan************
Demikian tadi bacaan perutusan daripada Pengarah Pendidikan Johor
yang disampaikan oleh Cikgu Sulali. Terima kasih diucapkan.

6 PERUTUSAN Seterusnya, majlis mempersilakan pula, Cikgu Abdul Halim Tawfek bin
PENGARAH Khalil untuk membacakan perutusan daripada Pengarah Agensi
AADK Antidadah Kebangsaan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
ROSE 2017

**************bacaan Perutusan*********

Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Abdul Halim atas kesudian


membacakan perutusan itu tadi. Diharapkan apa yang telah
disampaikan itu tadi dapat memberi panduan kepada kita semua
dalam menjalani hidup yang penuh pancaroba ini lebih-lebih lagi pada
zaman ini yang semuanya hanya di hujung jari.

Kini, kita telahpun berada di hujung acara. Sebelum bersurai, kita


7 UCAPAN akan mendengar ucapan perasmian Pelancaran Minggu Antidadah
PERASMIAN Peringkat Sekolah yang akan disampaikan oleh Encik Khairol Azwan
bin Aris, Pengurus Felda Lenga. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

*************ucapan perasmian ***********


************Nyanyian Lagu Dadah Durjana********

Demikian tadi ucapan perasmian dan gimik pelancaran yang telah


disempurnakan oleh Encik Khairol Azwan bin Aris. Terima kasih
diucapkan. Dengan berakhirnya upacara itu tadi maka bermulalah
minggu Antidadah peringkat sekolah bagi Tahun 2019. Pelbagai aktiviti
telah dirancang dan diharapkan semuanya dapat berjalan lancar.

Sebagai tanda penghargaan atas kesudian merasmikan majlis


kami, dengan segala hormatnya dipersilakan Cikgu Ja’afar bin Md
Nasir, Guru Besar SK LKTP Batu 27, untuk menyampaikan
cenderamata kepada Encik Khairol Azwan. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan.

Saya serahkan majlis kepada pengawas bertugas.

You might also like