Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

STRATEGI-STRATEGI DAN LANGKAH-LANGKAH MEMBANTU MENGUKUHKAN

HUBUNGAN GURU DENGAN IBU BAPA DAN KANAK-KANAK POSITIF

Pendahuluan

Ibu bapa merupakan guru pertama dan paling lama bagi anak-anak mereka. Dalam proses
perkembangan yang biasa, ibu bapa banyak menyokong perkembangan bahasa, sosial dan akademik
anak-anak mereka. Terdapat bukti positif dalam tempoh 30 tahun yang lepas yang menunjukkan
bahawa mengajar kemahiran spesifik kepada ibu bapa dapat membantu dalam perkembangan anak-
anak di bawah jagaan mereka.

Penglibatan ibu bapa merupakan aspek penting dalam pendidikan kanak-kanak.Ibu bapa
adalah orang yang pertama mendidik anak-anak sebelum masuk ke sekolah.Oleh itu adalah sangat
wajar bagi ibu bapa untuk meneruskan penglibatan mereka dalam sama-sama mendidik anak-anak di
sekolah.Ibu bapa merupakan insan yang lebih mengenali anak-anak mereka, dan ibu bapa mempunyai
kuasa untuk terlibat secara aktif di dalam memberi pengalaman dan pengetahuan.

Kanak-kanak juga mempunyai sifat-sifat yang diperolehi melalui tindak balas dengan alam
sekeliling tempat mereka dilahirkan (Rosmah & Salma. 1985).Penglibatan ibu bapa dan komuniti
dalam pendidikan mempunyai kesan yang positif kepada murid, ibu bapa dan guru. Murid akan
merasakan pembelajaran bukan sahaja diperoleh daripada guru di sekolah tetapi boleh diteruskan di
rumah. Guru pula akan dapat mengembangkan peranan profesional mereka sebagai pemudahcara
pembelajaran kepada ibu bapa dan komuniti. Ibu bapa sebaliknya pula boleh menambah pengetahuan,
kemahiran dan keyakinan untuk membantu pembelajaran anak mereka melalui taklimat dan
perkongsian ilmu daripada guru. Menurut Siti Fatimah Abdul Rahman (2006), terdapat kajian
membuktikan bahawa ada kaitan antara penglibatan ibu bapa dengan pencapaian kanak-kanak. Dalam
kata lain, kajian ini merumuskan bahawa sekiranya kita mahu anak-anak berjaya dalam bidang
pendidikan, kita perlu terlibat secara langsung dalam arus pembelajaran mereka.

Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan anak-anak secara tidak langsung memberikan
kesan yang positif terhadap perkembangan anak-anak contohnya sikap bersugguh-sungguh dalam
aktiviti pembelajaran di samping menunjukkan tingkah laku yang lebih baik dan
seimbang.Pendekatan ini juga mendapat perhatian yang serius dari pihak kerajaan bagi melahirkan
anak-anak yang intelek dan berdaya maju seiring dengan perkembangan negara.Hal ini terbukti
dengan adanya kempen di peringkat kebangsaan untuk menggalakkan ibu bapa terlibat dengan
pendidikan anak-anak mereka.Melalui iklan di televisyen dan lagu di radio, ibu bapa disarankan agar
memastikan anak-anak mereka mengulang kaji pelajaran selama dua atau tiga jam sehari dengan
bimbingan ibu bapa.Penglibatan ibu bapa secara langsung dan tidak langsung akan memberi kesan
yang positif terhadap perkembangan murid prasekolah kerana mereka merupakan pendidik di rumah
(Jeffrey Glanz. 2006 ).

Sumbangan tenaga dan bahan-bahan.

Pada masa kini, ramai ibu bapa yang sibuk dengan kerjaya masing-masing sehingga tidak sempat
untuk melibatkan diri dalam aktiviti dan program yang dilaksanakan di sekolah mahupun tadika.Ibu
bapa kebanyakannya menyerahkan tanggungjawab terhadap guru setelah menghantar anak-anak
mereka ke tadika.Ramai ibu bapa yang tidak mengetahui tentang kepentingan mereka melibatkan diri
dalam aktiviti dan program yang dianjurkan oleh pihak tadika. Malahan, hubungan antara ibu bapa
dan guru serta kanak-kanak juga kurang memberangsangkan.

Terdapat pelbagai cara atau kaedah yang boleh digunakan dalam membantu mengukuhkan
hubungan guru dengan ibu bapa dan kanak-kanak di tadika. Antara cara atau kaedah yang ada ialah
dari segi sumbangan tenaga dan bahan-bahan. Sumbangan tenaga yang dimaksudkan ialah ibu bapa
melibatkan diri di dalam aktiviti yang dijalankan di tadika.Ibu bapa turut terlibat di dalam aktiviti
yang dijalankan dan menyumbang tenaga mereka sepanjang aktiviti itu berlangsung.Dari segi bahan
pula, ibu bapa memberi sumbangan dari segi wang atau bahan yang diperlukan untuk aktiviti yang
dijalankan.Sebagai contoh, terdapat aktiviti memasak bersama kanak-kanak.Ibu bapa turut terlibat
dengan aktiviti tersebut serta turut menyumbangkan bahan yang diperlukan untuk memasak.Akhir
sekali, melalui bahan-bahan.Ibu bapa boleh menyumbangkan bahan seperti buku cerita yang sudah
tidak digunakan di rumah kepada pihak tadika. Selain mendapat pahala, ibu bapa juga dapat
membantu memberi manfaat kepada kanak-kanak yang lain kerana mereka dapat membaca banyak
buku serta dapat menggunakannya pada masa akan datang.

Selain itu, ibu bapa juga boleh membantu dari segi sumbangan bahan contohnya
menyumbangkan alat-alat permainan kepada pihak tadika.Ini dapat membantu pihak tadika dalam
penambahan barang permainan kanak-kanak yang kurang di sesebuah tadika.Ia juga dapat membantu
meningkatkan perkembangan kanak-kanak. Selain itu, ibu bapa juga boleh menyediakan alat bantu
mengajar kepada pihak tadika seperti buku, kad imbasan dan sebagainya supaya dapat menarik minat
kanak-kanak untuk belajar. Hal ini juga dapat membantu ibu bapa untuk mengetahui cara
pembelajaran kanak-kanak di tadika. Ibu bapa juga dapat menggalakkan kanak-kanak untuk ke tadika
dan seterusnya meningkatkan semangat kanak-kanak untuk datang ke tadika. Ibu bapa dan guru juga
digalakkan menyediakan pelbagai bahan seperti alat bantu mengajar yang menarik kepada kanak-
kanak kerana ia dapat menarik minat kanak-kanak untuk belajar.

Selain itu, ibu bapa yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu boleh memberikan
sumbangan kepakaran kepada tadika contohnya ibu bapa yang bekerja sebagai doktor boleh memberi
pendedahan tentang kesihatan kepada kanak-kanak. Strategi ini sekaligus dapat membantu guru
mengurangkan kos perbelanjaan dan kewangan bulanan di tadika.
Program dan aktiviti bersama ibu bapa

Program bersama adalah digalakkan kerana ia adalah elemen penting dalam pelaksanaan kurikulum
prasekolah. Permuafakatan antara guru dengan ibu bapa dapat membantu dalam perkembangan dan
kemajuan kanak-kanak serta berterusan kearah melahirkan wrganegara yang baik dan
bertanggungjawab.Terdapat banyak strategi bagi mengukuhkan hubungan antara ibu bapa dengan
guru seperti program bersama yang dilakukan di tadika.Contoh program seperti Sambutan Hari Raya,
gotong royong dan hari sukaneka dan sebagainya.Pihak tadika boleh merancang program yang
melibatkan hari bersama ibu bapa selama satu hari bagi mengeratkan hubungan baik antara pihak
tadika dengan ibu bapa.

Seterusnya, pihak tadika boleh mengadakan rumah terbuka sempena hari raya dalam bulan
Syawal.Bagi memeriahkan majlis, pihak tadika boleh membimbing kanak-kanak untuk melakukan
persembahan ketika majlis tersebut sedang berlangsung, misalnya seperti pertandingan menyanyikan
lagu hari raya. Ibu bapa juga boleh menyediakan atau membawa makanan untuk berkongsi dengan
pihak tadika dan ibu bapa yang lain. Ini dapat mengeratkan perhubungan ibu bapa dengan pihak
tadika.

Selain itu, gotong royong juga adalah program bersama yang dapat dilakukan untuk
mengukuhkan perhubungan di antara ibu bapa dengan guru.Melalui aktiviti ini, sikap bekerjasama di
antara guru dengan ibu bapa dapat ditingkatkan.Ini dapat dilihat ketika ibu bapa dan pihak tadika
berkerjasama membersihkan kawasan tadika bersama-sama.Program gotong royong dapat
mengeratkankan hubungan silaturahim dan dapat berinteraksi sesama mereka.Program gotong royong
dapat dirancang beberapa kali dalam setahun.

Hari sukaneka dapat mengukuhkan hubungan antara guru dengan ibu bapa dan kanak-kanak.
Hubungan antara ibu bapa dengan kanak-kanak dan guru akan lebih mersa semasa mereka melakukan
aktiviti. Ini dapat dilihat apabila ibu bapa memberi semangat dan sokongan kepada kanak-kanak
untuk memenangi acara sukan tersebut.Acara sukan bagi kategori ibu bapa juga boleh diadakan bagi
memeriahkan program.

Program bersama penting untuk meningkatkan hubungan baik antara ibu bapa dengan guru
dan kanak-kanak.Sebagai ibu bapa, kita hendaklah membantu pihak tadika dalam meningkatkan serta
menggalakkan perkembangan kanak-kanak dalam semua aspek.Jika tiada kerjasama yang baik dan
berterusan daripada pihak ibu bapa tentulah sukar bagi pihak tadika untuk melaksanakan aktiviti yang
dirancang dengan sempurna. Paling utama apabila ibu bapa melibatkan diri, ibu bapa akan dapat
bersama memahami betapa mencabarnya peranan pendidik dalam memberi didikan yang terbaik
untuk anak-anak. Ini juga dpat mengelakkan sebarang kekeliruan diantara pendidik dengan ibu bapa.
Medium khas untuk komunikasi

Strategi untuk membantu mengukukan hubungan guru dengan ibu bapa dan kanak-kanak di tadika
yang terakhir ialah guru perlu memberitahu ibu bapa info-info semasa atau hal-hal penting yang
berlaku di sekolah. Contohnya guru perlu memberitahu perkara yang melibatkan ibu bapa dan kanak-
kanak seperti berlakunya kemalangan, kecederaan atau kanak-kanak yang sakit dan tidak boleh
mengikuti sesi pembelajaran dan pengajaran di sekolah. Pada hari pendaftaran guru akan meminta
ibu bapa mengisi borang maklumat yang berkaitan dengan maklumat diri atau peribadi seperti
nombor telefon, alamat rumah, alamat tempat kerja dan sebagainya. Jadi ibu bapa akan mengisi
borang tersebut seperti yang dikehendaki untuk memudahkan kerja guru jika ingin memaklumkan
sesuatu perkara yang penting. Dari nombor telefon yang diberi, guru akan membuat satu group
whatsapp atau telegram yang hanya terdiri daripada para ibu bapa sahaja. Melalui cara ini, guru akan
lebih mudah memberitahu atau memaklumkan jika anak-anak mereka sakit, kemalangan atau
kecederaan.

Selain itu, guru juga boleh memberitahu para ibu bapa perkara yang berkaitan dengan tadika
seperti menjelaskan bayaran yuran, menghadiri mensyuarat yang berkaitan dengan pengurusan
kanak-kanak di tadika dan sebagainya. Ibu bapa juga akan lebih mudah mengetahui maklumat yang
disampaikan dan tidak perlu membuang masa pergi ke tadika setiap hari untuk mengetahui sesuatu
perkara yang tidak diketahui dengan jelas. Dengan menggunakan strategi ini, hubungan ibu bapa
dengan guru akan lebih erat jika sama-sama memainkan peranan dengan baik kerana guru akan lebih
bersikap terbuka untuk berkomunikasi dengan ibu bapa yang mengambil berat anak-anak mereka.
Contohnya, mengikuti tahap perkembangan anak-anak dari semasa ke semasa, memberikan
sumbangan atau pertolongan bagi yang memerlukan dan sebagainya untuk kebaikan anak-anak
mereka.

Selain itu, melalui medium khas seperti whatsapp dan telegram juga dapat memberi peluang
dan ruang untuk ibu bapa dan guru berkongsi pendapat atau idea masing-masing bergantung kepada
topik yang mahu dibincangkan. Contohnya, jika guru tadika anak-anak kita inginkan pendapat atau
idea yang berkaitan dengan perkembangan anak-anak atau tadika, sebagai ibu bapa yang prihatin
perlu berkongsi serba banyak idea atau pendapat untuk meringankan beban guru dalam
menyelesaikan masalah itu. Para ibu bapa boleh memberitahu pendapat itu melalui group whatsapp
yang boleh dibaca oleh semua ibu bapa lain serta guru supaya pendapat itu tidak sama atau berulang-
ulang dan dalam masa yang sama boleh perbaiki kelemahan pada pendapat yang dikongsikan. Akhir
sekali, dengan menggunakan medium komunikasi ini turut membantu guru atau ibu bapa
menyampaikan maklumat dengan pantas.Contohnya, setiap ibu bapa perlu tahu segala maklumat yang
berkaitan dengan anak-anak mereka dengan segera dan mudah terutamanya jika anak-anak mereka
sakit atau kemalangan kerana perkara ini membabitkan keselamatan kanak- kanak.Dengan adanya
whatsapp atau telegram juga guru bpleh memberitahu perkara penting kepada ibu bapa yang
memerlukan respons secepat mungkin seperti sebab kanak-kanak datang lewat atau tidak hadir ke
sekolah dan sebagainya. Jadi guru tidak akan berfikir negatif seperti kanak-kanak itu malas atau
bangun lewat pagi kerana ibu bapa sudah maklumkan terlebih awal kepada guru dan dapat
mengelakkan kanak-kanak itu didenda oleh guru. Strategi yang saya kongsikan ini dapat membantu
semua pihak iaitu ibu bapa, guru tadika dan sebagainya dalam mengukuhkan hubungan dengan
kanak-kanak di tadika. Sebagai guru dan ibu bapa yang perihatin, mereka perlu menjalankan
tanggungjawab dan memainkan peranan yang baik bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini
berlaku.

Di samping itu, antara strategi lain bagi membantu untuk mengukuhkan lagi hubungan antara
guru dengan ibu bapa kanak-kanak di tadika adalah dengan penggunaan medium komunikasi yang
diguna pakai di seluruh dunia pada masa kini seperti aplikasi “wassap”,”wechat” dan
sebagainya.Dengan adanya penggunaan medium komunikasi yang serba canggih ini,perhubungan
antara guru dan juga ibu bapa kepada kanak-kanak akan menjadi lebih rapat dan lebih mudah untuk
berhubung antara semua ibu bapa kanak-kanak yang berdaftar di sesebuah tadika dengan guru
mahupun pengusaha tadika tersebut.Penggunaan medium komunikasi seperti aplikasi yang paling
mendapat sambutan pada era ini adalah aplikasi “wassap” yang ditubuhkan oleh guru menjadi satu
kumpulan dan di dalam kumpulan tersebut adalah mewakili waris setiap kanak-kanak.Selain daripada
pemberian surat rasmi daripada pihak tadika kepada waris kanak-kanak untuk memaklumkan sesuatu
perkara,guru juga boleh menggunakan aplikasi tersebut untuk memberitahu ibu bapa kanak-kanak
kesemua perkara atau program yang akan dijalankan di tadika sepanjang tahun seperti program yang
melibatkan kanak-kanak itu sendiri mahupun yang melibatkan ibu bapa seperti program hari terbuka
iaitu hari perjumpaan guru bersama ibu bapa,hari sukan tadika dan program –program lain.Dengan
itu,maklumat yang disampaikan melalui medium komunikasi ini adalah lebih pantas dan lebih mudah
untuk disalurkan kepada ibu bapa dan demikian tiada lagi timbul isu dimana ibu bapa tidak tahu dan
tidak hadirkan diri dalam sebarang aktiviti ataupun program yang akan dijalankan di tadika sepanjang
tahun. Oleh itu,tidak dapat dinafikan lagi,penggunaan medium komunikasi untuk mengukuhkan
hubungan antara guru dan juga ibu bapa kanak-kanak adalah sangat efektif dan juga sangat penting
pada era globalisasi ini.

Sehubungan dengan itu, medium khas untuk komunikasi ini juga berfungsi untuk mengetahui
perkembangan anak-anak dari semasa ke semasa sepanjang di sekolah.Hal ini demikian, ibu bapa
kurang masa untuk berjumpa dengan guru dek terlalu sibuk dengan pekerjaan.Ini menyebabkan,
fungsi khas aplikasi mudah alih seperti whatsapp dan telegram memudahkan lagi ibu bapa untuk
mengetahui perkembangan anak-anak mereka.Kebanyakan guru mengambil inisiatif untuk
menubuhkan group di whatsapp.Oleh itu, segala gambar anak-anak mereka yang diambil oleh guru di
hantar di dalam group tersebut serta membolehkan ibu bapa melihat keadaan anak-anaknya melalui
gambar yang dipamerkan oleh guru di media sosial whatsapp tersebut.

Penggunaan telefon bimbit seperti whatsapp atau telegram juga dapat mengukuhkan hubungan
diantara ibu bapa dan guru kanak-kanak.Ibu bapa dapat berkomunikasi dengan guru anak-anak
mereka hanya dengan menggunakan aplikasi whatsapp di telefon bimbit.Ibu bapa dapat
memaklumkan ketidakhadiran anak-anak mereka ke sekolah kepada guru hanya dengan menggunakan
aplikasi whatsapp atau telegram kepada guru anak-anak mereka.Hal ini ibu bapa dapat memaklumkan
kepada guru dengan lebih awal tentang ketidakhadiran anak-anak mereka ke sekolah pada keesokan
harinya. Ibu bapa juga dapat memberikan bukti kepada guru tentang ketidakhadiran anak-anak mereka
dengan menghantar gambar surat pengesahan cuti sakit daripada doktor ataupun surat rasmi
pengesahan cuti dengan lebih awal dan lebih cepat kepada guru. Oleh itu penggunaan whatsapp atau
telegram dapat mengukuhkan lagi hubungan diantara guru dengan ibu bapa kanak-kanak untuk
berkomunikasi dengan lebih cepat.

Membina persekitaran tadika yang mengalu-alukan, mesra dan selesa

Tadika merupakan tempat rasmi perjumpaan ibubapa dan guru.Persekitaran tadiak memainkan
peranan yang penting bagi menguatkan hubungan ibu bapa dan guru. Kawasan menyambut tetamu
dan pejabat tadika perlu disediakan dalam keadaan ceria,selesa dan memudahkan sesuatu urusan.
Pihak tadika perlu menyediakan tempat duduk atau kawasan pertemuan yang selasa supaya ibubapa
merasa kehadiran mereka di alukan oleh pihak tadika.Penyediaan kawasan permainan atau sudut
bacaan untuk kanak-kanak supaya ibubapa yang membawa kanak-kanak kecil tidak menganggu
urusan mereka. Ruang perjumpaan ibu bapa dan guru juga perlu dikawasan yang tertutup dan tiada
gangguan lalu lintas oleh guru atau kanak-kanak lain bagi membantu komunikasi menjadi lebih
berkesan.Guru-guru yang bertugas bagi menyambut tetamu terutama ketika waktu ketibaan dan waktu
pulang perlu menjadi seorang yang sangat mesra dan perihatin kepada kanak-kanak dan ibu bapa yang
hadir. Guru ini boleh bertanya beramah mesra dengan kanak-kanak dan ibu bapa dengan bertanya
kabar dan bertanya soalan yang mudah bagi mengukuhkan hubungan mereka. Selain daripada
perbualan, guru-guru juga perlu memberikan senyuman yang mesra dan menunjukkan perwatakan
yang baik dan positif kepada mereka.

Selain itu, pihak tadika perlu menyediakan medium penyampai maklumat seperti buku
informasi, dinding informasi atau papan informasi bagi memudahkan ibu bapa dan guru berhubung
secara tidak langsung dan maklumat aktiviti tadika boleh disampaikan dengan lebih baik. Pihak
sekolah juga perlu memberi surat atau jemputan khas kepada ibu bapa bagi menyertai aktiviti tadika
atau acara-acara tahunan tadika seperti sambutan hari guru, hari sukan, sambutan hari raya atau
sambutan-sambutan lain yang memerlukan untuk ibu bapa datang dan merayakan bersama. Pihak
tadika juga perlu menyediakan aktiviti yang membolehkan ibu bapa datang ke tadika dan menjadi
sebahagian sukarelawan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak. Ibu bapa boleh
berkongsi kerjaya mereka dangan kanak-kanak ketika tema pekerjaan di tadika.Ibu bapa boleh
menjadi pencerita atau temaan membaca kepada kanak-kanak di sekolah.Ibu bapa yang mempunyai
kemahiran khas juga boleh menjadi sukarelawan disekolah untuk berkongsi dengan kanak-
kanak.Selain daripada menguatkan hubungan ibu bapa dan kanak-kanak, ianya juga secara tidak
langsung boleh menguatkan hubungan dengan guru. Pihak sekolah boleh memberi penghargaaan
kepada ibu bapa yang menyertai aktiviti di tadika seperti memberi surat penghargaan, memberi hadiah
atau makanan atau memberi potongan kepada yuran kanak-kanak.

Pihak tadika juga perlu memberi peluang kepada ibu bapa bagi memberi idea atau pandangan
mereka terhadap penambahbaik atau kelemahan pihak tadika yang boleh diperbaiki pada masa
hadapan. Pihak tadika juga perlu sentiasa positif dan tidak cepat melenting jika terdapat kritikan atau
masalah oleh ibu bapa. Pangilan telefon atau sistem pesanan ringkas ibu bapa perlu direspon atau
dibalas secepat mungkin oleh pihak tadika supaya tidak timbul perasaan marah atau tidak puas hati
oleh ibu bapa.

2.5 Penyediaan waktu dan tempat yang sesuai bagi perjumpaaan

Perjumpaan ibu bapa dan guru tadika perlu dilakukan secara berkala.Guru-guru perlu menyusun
jadual waktu untuk berjumpa dengan ibu bapa terutama bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang
memerlukan perhatian lanjut oleh pihak tadika.Selain dari waktu operasi tadika, pihak tadika boleh
melanjutkan tempoh waktu khas bagi ibu bapa yang telah membuat perjanjian untuk berjumpa dengan
guru.Hari-hari khas atau sabtu boleh digunakan oleh pihak ibu bapa datang ke sekolah untuk
berjumpa dengan guru bagi membincangkan lebih lanjut perkembangan dan masalah kanak-
kanak.Guru-guru juga perlu fleksibel jika ibu bapa ingin membuat perjumpaan pada waktu sebelum
atau selepas waktu pejabat.

Tempat perjumpaan antara ibu bapa dan guru tidak sahaja terikat di sekolah, mereka oleh
merancang perjumpaan di tempat lain yang lebih selesa seperti di restoran, di taman atau di rumah ibu
bapa. Guru juga perlu sedia untuk membuat perjumpaan di rumah ibu bapa jika mereka mempunyai
kesukaran untuk hadir ke sekolah kerana masalah kenderaan, tiada penjaga untuk anak-anak kecil dan
sebagainya.Selain itu, guru-guru perlu mengambil kesempatan untuk mengeratkan hubungan mereka
ketika di jemput ke rumah kanak-kanak bagi menghadir majlis khas atas jemputan ibu bapa.Guru juga
meyediakan aktiviti atau kelas khas bagi kanak-kanak yang memerlukan bantuan.
Penyediaan bahan informasi bercetak atau elektronik bagi ibu bapa

Setiap ibu bapa mahu yang terbaik bagi anak-anak mereka, oleh itu ibu bapa yang menghantar anak-
anak mereka ke tadika memerlukan panduan atau bahan sokongan bagi membantu anak mereka.Pihak
tadika perlu menyediakan template atau bahan-bahan bercetak berkaitan maklumat perkembangan
kanak-kanak.Selain itu pihak tadika perlu menyediakan buku laporan aktivit atau perkembangan
kanak-kanak dari semasa ke semasa.Bagi ibu bapa yang mempunyai masalah kewangan dan perlu
bantuan, pihak tadika boleh menyediakan bahan atau medium penyampaian bagaimana ibu bapa boleh
lakukan bagi meminta bantuan seperti bantaun zakat, bantuan pendidikan, bantuan bencana atau
sebagainya.

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak-anak berkeperluan khas seperti autism, ADHD, disleksia
dan masalah pembelajaran guru boleh menyediakan bahan khas untuk dikogsi bersama-sama ibu bapa
bagi membantu kanak-kanak ini.Selain itu guru juga boleh memberi saranan kepada ibu bapa yang
bakal atau mungkin mempunyai kanak-kanak yang berkeperluan khas untuk di hantar kepihak
hospital bagi dirawat atau dikesan tentang masalah anak-anak mereka.Selain itu, guru dan ibu bapa
juga boleh mengadakan atau meyertai bengkel atau seminar yang lebih lanjut bagi kanak-kanak
berkeperluan khas.Pekara ini secara tidak langsung boleh meningkatkan hubungan antara ibu bapa
dan guru.

2.7 Sokongan kepada ibu bapa yang ingin membantu kanak-kanak di rumah

Selain waktu persekolahan, kanak-kanak juga boleh mempelajari sesuatu di rumah dengan ibu
bapa.Pihak tadika perlu memberi sokongan dan bantuan kepada ibu bapa yang ingin mengajar anak
mereka dirumah terutama pada waktu cuti sekolah.Pihak sekolah boleh membuat perbincangan
dengan pihak ibu bapa, aktiviti atau latihan yang boleh mereka langsungkan di rumah bersama anak-
anak.Guru juga boleh mengalakkan ibu bapa membuat program bacaan di rumah dengan memberi
cadangan bahan bacaan yang bersesuaian dengan kanak-kanak, ibu bapa juga digalakkan untuk
menyediakan perpustakkan mini di rumah bagi memupuk perassan cintakan buku kepada kanak-
kanak.

Pihak tadika juga perlu memberi jadual tahuanan berkaitan tema atau aktiviti yang akan
dilakukan di tadika kepada ibu bapa supaya mereka boleh menyesuaikan aktiviti di rumah. Guru-guru
juga boleh menyediakan latihan tambahan kepada kanak-kanak atau lembaran kerja yang memerlukan
bantuan ibu bapa bagi menyelesaikan masalah.Guru juga meminta ibu bapa menyediakan bahan-
bahan tertentu seperti untuk aktivit seni dan sains di sekolah, sekurang-kurangnya ibu bapa terlibat
secara tidak langsung dengan aktiviti kanak-kanak.Latihan pada waktu cuti sekolah juga boleh diberi
oleh guru dan meminta ibu bapa memantau supaya kanak-kanak menyiapkannya.Guru juga perlu
meyediakan satu laporan perkembangan kanak-kanak yang lengkap kepada ibu bapa supaya ibu bapa
dapat membantu kanak-kanak meningkatkan diri mereka dari kelemahan-kelamahan tersebut.

Strategi dalam meningkatkan komunikasi yang berkesan antara guru dan ibubapa

Permulaan

Guru perlu memulakan hubungan sebaik sahaja guru tahu pelajar yang berdaftar dan berminat untuk
memulakan sesi persekolahan di taska atau tadika. Hubungan permulaan antara ibu bapa dapat
membentuk kemesraan dan hubungan yang erat di antara guru dan ibu bapa. Perhubungan awal atau
permulaan awal ini menunjukkan keprihatinan guru dan kecaknaan guru itu terhadap keperluan dan
kehendak ibu bapa murid mereka. Kebiasaannya guru akan berhubung dengan ibu bapa menerangkan
mengenai maklumat tadika yang berkaitan seperti konsep/model pembelajaran dan pengajaran,
kelebihan tadika, yuran pengajian keseluruhan dan paling penting ialah keistimewaan tadika pemilik
yang menyumbang kepada kejayaan kepada anak mereka. Maklumat dan keterangan yang berpuas
hati akan memberi persepsi yang positif terhadap ibu bapa dan guru. Keterangan dan maklumat
mestilah tidak bercanggah dengan taklimat hari pertama perjumpaan dengan ibu bapa, sekiranya
pengusaha mempunyai pengajar atau pembantu guru mestilah menjelaskan polisi dan keterangan
maklumat tadika yang jelas dan selaras kepada staff mereka untuk disampaikan kepada ibu bapa.

Guru juga memulakan perhubungan mesra dalam penggunaan bahasa dan intonasi yang
bersesuaian dengan situasi ibu bapa dan iklim keluarga seseorang pelajar. Penggunaan bahasa amat
penting kepada ibu bapa, panggilan puan, tuan, encik, cik dalam perhubungan atau komunikasi yang
berkesan memberi keselesaan dan penghargaan kepada ibu bapa. Penggunaan bahasa yang kurang
menyenangkan dan tidak profesional akan memberi kesan kepada perhubungan guru dan ibu bapa
yang berkaitan. Malahan, memberi kesan kepada taska atau tadika murid berkaitan. Penggunaan
bahasa yang salah juga memberi menunjukkan guru atau pemilik institusi taska atau tadika tidak
mahir dalam perhubungan dengan ibu bapa murid. Sesetengah penggunaan bahasa panggilan akan
memberi salah tafsiran kepada ibu bapa dan memburukkan keadaan sekiranya tidak diselesaikan
dengan baik.

Guru atau pemilik tadika atau taska boleh mengenali melalui panggilan telefon pengenalan
atau surat ke rumah memperkenalkan diri kepada ibu bapa dan mewujudkan jangkaan yang positif.
Pelbagai bentuk medium komunikasi dapat dilaksanakan kepada ibu bapa yang lebih efektif bagi
memberikan komunikasi berkesan kepada ibubapa.
Ketepatan masa (Penyelesaian masalah)

Untuk membentuk komunikasi dan perhubungan yang baik pengusaha/ guru perlu menghargai masa
yang digunakan untuk berhubung dengan ibu bapa. Pengusaha perlu memberi penjelasan mengenai
permasalahan ibu bapa mengenai anak mereka di tadika. Permasalahan yang selalu timbul di tadika
biasanya di sebabkan oleh pengurusan pihak tadika yang tidak teratur. Masalah telah dikenal pasti
contohnya kehilangan botol air atau botol susu kanak-kanak yang selalu menjadi isu di tadika dan
taska.

Selain itu juga, kehilangan stokin, atau pakaian lain yang selalu menjadi permasalahan ibu
bapa yang perlu diselesaikan dengan segera selepas menerima aduan atau komen dari ibu bapa.
Sekiranya masalah itu tidak diselesaikan dengan lebih cepat ini akan membolehkan permasalahan
komunikasi menjadi lebih renggang dan menimbulkan permasalahan kepada ibu bapa. Ibu bapa juga
dikecam oleh anak- anak mereka kerana meminta pakaian atau bahan yang berkaitan yang telah
hilang. Ibu bapa akan merasa tidak selesa dan menjadi tekanan kepada mereka. Dengan demikian ibu
bapa akan menyalahkan pengurusan tadika atau guru yang tidak mahir dalam mengendalikan masalah
dan keralatan kanak-kanak di taska atau tadika. Pengurusan mestilah cepat dan teratur serta dapat
diselesaikan dengan mudah yang mana menunjukkan kepantasan guru dan tadika dalam pengurusan
teratur dan terurus. Hal ini menunjukkan ibu bapa yakin dan memberi kepercayaan terhadap tadika
atau taska. Tindakan yang pantas daripada pihak tadika dapat membina hubungan komunikasi yang
baik antara ibu bapa.

Konsisten dan kekerapan (Komunikasi):

Ibu bapa sibuk dengan kerja dan tidak mempunyai kelapangan masa dalam melibatkan diri dan
mengambil tahu mengenai hal anak-anak di tadika. Oleh itu pihak tadika mestilah membuat maklum
balas dan memberi maklum balas mengenai perkembangan anak-anak dari pelbagai aspek
perkembangan mereka sama ada mengenai aspek fizikal, mental, rohani,emosi dan sosial kanak-
kanak. Bukan itu saja pencapaian dari segi akademik juga adalah fokus utama ibu bapa untuk
mengetahui perkembangan anak mereka. Pengurusan pengusaha atau guru mestilah membuat laporan
atau memberi maklum balas mengenai anak mereka di tadika sama ada mingguan atau bulanan yang
telah diatur oleh pengurusan tadika.

Sesetengah pengusaha atau guru telah menyediakan laporan mingguan atau bulanan mengenai
rekod perkembangan murid. Rekod tersebut akan diteliti dan dibaca oleh ibu bapa bagi mengetahui
perkembangan anak-anak masing-masing. Ibu bapa akan mengetahui pembelajaran bulanan dan
mingguan sepanjang anak mereka belajar di tadika atau taska. Hal ini akan memberi keterujaan dan
kesedaran kepada ibu bapa mengenai pencapaian anak-anak mereka di taska atau tadika.

Rekod laporan atau kemajuan kanak-kanak akan di nilai oleh ibu bapa, mereka akan
mengetahui apa kelebihan dan kelemahan anak-anak mereka. Bagi ibu bapa yang mengambil berat
akan mengambil tindakan yang bersesuaian dengan pencapaian anak mereka. Ibu bapa juga akan
sedar mungkin kesibukkan bekerja menjejaskan pencapaian anak mereka. Selain itu, ibu bapa juga
akan mengetahui kelebihan dan bakat anak-anak mereka dalam pembelajaran mereka. Ibu bapa
mungkin akan datang berjumpa dengan guru untuk mengetahui prestasi anak mereka. Mereka akan
duduk berbincang bersama-sama untuk menyelesaikan masalah murid tersebut. Rekod kemajuan ini
perlu dikemas kini kepada ibu bapa supaya komunikasi guru dan ibu bapa berterusan dan berkesan.

Guru yang mengetahui permasalahan murid perlu memaklumkan kepada ibu bapa
termaksuklah perubahan sikap dan tingkah laku kanak-kanak itu. Permasalahan kanak-kanak ini
mungkin tidak diketahui oleh ibu bapa mungkin tidak perasan atau sibuk dengan kerjaya masing-
masing. Makluman kepada ibu bapa sangat penting bagi mencegah permasalahan yang lebih serius
berlaku kepada kanak-kanak berkaitan.

Tindakan Susulan:

Ibu bapa dan guru perlu sama-sama berganding bahu untuk mennyelesaikan permasalah yang berlaku
pada murid berkaitan. Ini merupakan juga salah satu cara membina hubungan komunikasi yang
efektif dan berkesan antara guru dan juga ibu bapa. Kesedaran antara ibu bapa dan juga guru akan
membantu kanak-kanak yang berkaitan dalam memperbaiki masalah yang berlaku sama ada dalam
aspek emosi, sosial dan tingkah laku kanak-kanak yang mana memberi kesan ke arah positif ataupun
negatif. Tambahan lagi komunikasi yang dibentuk boleh memberi faedah kepada ibu bapa dan guru
dalam menyelesaikan masalah kanak-kanak.

Tindakan susulan ini adalah persetujuan antara guru dan ibu bapa yang mana akan bersama-
sama bertindak dalam melaksanakan aktiviti atau program yang berkaitan dengan pembangunan
murid mereka. Kerjasama ibu bapa dalam melakukan program dan saranan guru membantu proses
pengajaran guru dalam membantu murid. Peranan ibu bapa dan guru dapat meningkatkan dan
memperbaiki kemahiran kanak-kanak. Bantuan ibu bapa bukanlah dalam bentuk sumbangan wang
atau kebendaan tetapi berbentuk juga dalam sokongan moral atau motivasi terhadap kanak-kanak
yang memerlukan perhatian khusus daripada ibu bapa dan juga guru.

Contohnya sekiranya ibu bapa mengetahui anak mereka lemah dalam aspek bahasa ibu bapa
perlulah mengambil berat mengenai cara meningkatkan kemahiran berbahasa yang sesuai terhadap
anak-anak mereka. Sokongan ibu bapa berbentuk motivasi dan pemberian hadiah kepada kanak-kanak
atas pencapaian anak mereka. Ibu bapa juga turut perlu bersama-sama membantu anak contohnya
baca buku bersama-sama bermain bahasa bersama dapat meningkatkan kemahiran bahasa tersebut.

Oleh itu tindakan susulan ini dapat disimpulkan bermaksud tindakan besrsama-sama dari ibu
bapa dan guru yang dapat memberi kesan terhadap peningkatan pencapaian ibu bapa. Pada aspek guru
tindakan susulan adalah tindakan memberitahu ibu bapa hasil pencapaian anak mereka. Oleh itu, ibu
bapa perlu laksanakan amanah yang disampaikan guru kepada mereka sama ada tindakan untuk
mengubah tingkah laku yang negatif atau meningkatkan tingkahlaku yang positif. Dengan ini
komunikasi guru dan ibu bapa bertambah lebih baik dan akrab.

Kejelasan dan kegunaan komunikasi:

Ibu bapa dan guru perlu mempunyai maklumat yang mereka perlukan untuk membantu pelajar, dalam
bentuk dan bahasa yang dapat difahami oleh mereka. Apa sahaja maklumat yang berkaitan dengan
anak mereka mestilah jelas dan difahami supaya tidak berlaku masalah komunikasi yang menjejaskan
hubungan guru dengan ibu bapa.Kejelasan yang dimaksudkan adalah apa yang perlu dilakukan oleh
ibu bapa, ini penting supaya ibu bapa tidak tersalah anggap dengan pihak tadika atau guru. Maklumat
yang salah akan memberikan kesan dalam komunikasi guru dan ibu bapa.

Salah satu pihak akan memberi pra sangka yang salah kepada yang lain .Guru juga akan
menjadi tidak bersemnagat dan dingin dengan ibu bapa yang berkaitan. Malahan guru juga akan
memberi layanan yang negatif terhadap murid. Kesannya guru tidak gembira dalam pengajaran
mereka. Kesimpulannya, komunikasi yang berkesan akan terbentuk sekiranya ibu bapa dan guru jelas
dalam memahami peranan masing-masing dalam mendidik kanak-kanak supaya lebih berdikari dan
lebih meningkatkan kemahiran mereka.

Penutup

Pelbagai strategi dan langkah-langkah perlu di ambil oleh pihak tadika dan guru dalam memastikan
hubunga dengan ibu bapa menjadi lebih erat dan baik. Strategi ini bukan sahaja akan membantu ibu
bapa dan guru untuk berhubung tetapi secara tidak langsung memberi kebaikkan kepada kanak-kanak
terutama kepada kanak-kanak yang baru memasuki alam persekolahan.
RUJUKAN

American Federation of Teachers, (2007).Building Parent-Teacher Relationships. Washington, D.C.:

American Federation of Teachers.

Virginia Department of Education (2010) Tips and strategies for Increasing Parent and Family

Involvement in Virginia School. Virginia: Virginia Commonwealth University.

You might also like