Professional Documents
Culture Documents
Minit Mesyuarat Panitia Teknologi Maklum PDF
Minit Mesyuarat Panitia Teknologi Maklum PDF
Minit Mesyuarat Panitia Teknologi Maklum PDF
Kehadiran
1 Pn. Noor Laila Bt Ishak Penolong PPD Teknik & Vokasional (Rendah)
2 En. Bahauddin Yaakub Guru Besar SK Dalarama (Pengerusi), Kel 4
3 Pn. Rubaiah Adawiah Tahir Guru Besar SK Rungkup , Kel 8
4 Pn. Rohana Bt Mohamed Nor PK Pentadbiran SK Convent, Kel 3
5 En. Sarji Bin Amat PK HEM SK Seri Langkap, Kel 1
6 En. Azhar Mohd Hashim PK Kokurikulum SK Chikus, Kel 2
7 En. Zulkefle Bin Tuan Ismail PK Kokurikulum SK Ulu Bernam, Kel 5
8 En. Mohamad Azam bin Hassan PK Kokurikulum SK Sungai Batang, Kel 7
9 En. Samsuri Ishak Guru SK Seri Langkap, Kel 1
10 En. Mohd Rozlisham bin Mohd Saad Guru SK Dalarama, Kel 4
11 En. Mohd Tauhid B. Mohd Tahir Guru SK Sungai Batang, Kel 7
12 En. Abdullah Syukur Mohd Nadzri Guru SK Rungkup, Kel 8
Tidak Hadir
1 Wakil Kelompok 6 SK Simpang Empat
1.3 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada pihak PPD kerana memilih
dan melantik SK Dalarama sebagai pengerusi daerah Panitia TMK
Untuk makluman
2.0 UCAPAN PENOLONG PPD TEKNIK DAN VOKASIONAL
2.1 Pn. Noor Laila mengucapkan terima kasih kepada pengerusi mesyuarat
dan semua yang hadir.
2.2 Beliau menekankan bahawa TMK merupakan satu subjek baru dan perlu
mempunyai satu panitia yang berdiri sendiri sama seperti subjek
elektif yang lain di mana semua pekeliling berkaitan panitia adalah terpakai.
Segala yang berkaitan dengan pengurusan panitia adalah tertakluk kepada
Arahan Perkhidmatan dan Surat Pekeliling Ikhtisas berikut:
2.4 Subjek TMK ini berkait rapat dengan FROG VLE dan amat digalakkan
pengajaran TMK melalui VLE.
2.5 Kewangan panitia TMK adalah di ambil dari panitia Kajian Tempatan
dengan mengambil kira bilangan murid tahun 4 seperti dalam surat siaran
PCG panitia TMK.
Untuk Makluman
3.0 MAKLUMAT/PERKONGSIAN
3.1 Pn. Noor Laila memaklumkan bahawa subjek TMK akan berjalan dalam
masa 1 jam dan berkongsi waktu dengan subjek RBT secara serentak.
Pihak JPN Perak telah menetapkan kedua subjek ini dijalankan secara
serentak samada secara selang topik atau selang minggu. Ini dilaksanakan
atas dasar perpindahan murid, dan murid tidak tercicir untuk belajar kedua
subjek ini tanpa gangguan atau keciciran.
Tindakan Pentadbiran Sekolah dan Ketua Panitia
3.2 Kewangan panitia TMK peringkat sekolah adalah mengikut formula berikut:
Untuk makluman
4.1.1 Pelancaran komuniti maya panitia TMK peringkat daerah samada dalam
bentuk Group FB, Blog , Portal atau Penggunaan Google+ yang
disokong oleh 1Bestarinet.
5.0 KEWANGAN
5.1 Pn. Laila memaklumkan bahawa peruntukan untuk aktiviti panitia peringkat
daerah sebanyak RM 300.00
Untuk makluman
6.1 En. Azahar meminta pihak PPD menyediakan semula indeks fail yang
standard untuk menyeragamkan fail panitia TMK di semua peringkat
sekolah.Pn. Laila menyatakan bahawa indek fail telah terbina dan akan
diedarkan.
Tindakan PPD
6.2 En. Samsuri Ishak menyatakan masalah komputer rosak atau kurang di
peringkat sekolah tidak selesai dan perlu satu cara untuk menyelesaikan
masalah ini.
Untuk makluman
6.3 Pn. Noor Laila mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan
beliau berharap Panitia TMK ini akan menjalankan semua aktiviti dengan
baik walaupun merupakan satu subjek elektif.
Untuk makluman
En. Mohd Rozlisham bin Mohd Saad En. Bahauddin bin Yaakub
Setiausaha Panitia TMK Daerah Pengerusi Panitia TMK Hilir Perak
Ketua Panitia TMK SK Dalarama Guru Besar SK Dalarama