Soalazim

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 11

PROGRAM MATRIKULASI KPM 2018

SOALAN LAZIM
PROGRAM MATRIKULASI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

SOALAN 1
Bilakan Program Matrikulasi KPM ditubuhkan dan apakah keistimewaannya?
JAWAPAN 1
Penubuhan Program Matrikulasi KPM bermula hasil daripada Mesyuarat Jemaah
Menteri pada 10 Mac 1999 sebagai persediaan pelajar bumiputera lulusan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah pertama
di universiti-universiti tempatan dalam bidang sains, teknologi dan sastera ikhtisas.
Manakala mulai sesi pengambilan 2004/ 2005, 10% daripada keseluruhan pelajar
Program Matrikulasi KPM ditawarkan kepada pelajar bukan bumiputera.
Antara keistimewaan Program Matrikulasi KPM ialah
a) Lulusan Program Matrikulasi KPM akan memperolehi Sijil Matrikulasi yang
boleh digunakan untuk memohon 39 skim perkhidmatan Gred 29. Anda boleh
merujuk Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2016.
b) Elaun Wang Saku Pelajar (EWSP) turut diberikan kepada pelajar Program
Matrikulasi KPM yang layak.
c) Semua pelajar Program Matrikulasi KPM hanya perlu membayar yuran
pendaftaran sahaja. Manakala kos pengajian dan penginapan ditanggung oleh
Kerajaan. (Sila rujuk SOALAN 7)
d) Kolej matrikulasi terdapat di hampir semua negeri di seluruh Malaysia. (Sila
rujuk SOALAN 9)
e) Pelajar Program Matrikulasi KPM berpeluang menyambung pengajian bukan
sahaja di dalam negeri malah turut berpeluang meneruskan cita-cita mereka ke
luar negara. (Sila rujuk SOALAN 24)

SOALAN 2
Bagaimanakah cara memohon Program Matrikulasi KPM?
JAWAPAN 2
Pemohon boleh membeli No. Pengenalan Individu (NPI) lima (5) digit di mana-mana
kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) dengan bayaran RM10.06 (Ringgit
Malaysia Sepuluh dan sen enam sahaja) termasuk GST dengan menggunakan No.
Kad Pengenalan atau dokumen pengenalan yang digunakan untuk mendaftar masuk
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan Lembaga Peperiksaan Malaysia
(LPM).

SOALAN LAZIM PROGRAM MATRIKULASI


1 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
©2018
PROGRAM MATRIKULASI KPM 2018

SOALAN 3
Bilakah PMI (permohonan melalui internet) mula dibuka dan tarikh tutup
permohonan?
JAWAPAN 3
PMI mula dibuka pada 1 Julai dan ditutup pada 30 November pada tahun pemohon
menduduki SPM.

SOALAN 4
Apakah jurusan yang ditawarkan?
JAWAPAN 4
1. Program Matrikulasi Satu Tahun (PST) - dua semester. Jurusan Sains, Jurusan
Perakaunan dan Jurusan Kejuruteraan bagi pelajar Bumiputera dan bukan
Bumiputera.
2. Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT) - empat semester. Jurusan Sains bagi
pelajar Bumiputera sahaja.

SOALAN 5
Apakah bidang yang boleh diceburi bagi setiap jurusan yang ditawarkan?
JAWAPAN 5
1. Jurusan Sains – Perubatan, Kejuruteraan, Pergigian, Farmasi, Sains, Teknologi
Maklumat, Seni Bina, Kejururawatan dan lain-lain.

2. Jurusan Perakaunan – Perakaunan, Pengurusan, Perniagaan, Ekonomi,


Pentadbiran Perniagaan/ Awam, Teknologi Maklumat, Pengurusan, Sumber
Manusia, Undang-Undang dan lain-lain.

3. Jurusan Kejuruteraan – Kejuruteraan, Seni Bina dan teknikal lain.

SOALAN LAZIM PROGRAM MATRIKULASI


2 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
©2018
PROGRAM MATRIKULASI KPM 2018

SOALAN 6
Bolehkah murid yang tidak mengambil mata pelajaran Matematik Tambahan dalam
SPM memohon jurusan Perakaunan?
JAWAPAN 6
Tidak boleh. Matematik Tambahan merupakan mata pelajaran wajib untuk
memohon semua jurusan dalam Program Matrikulasi KPM.

SOALAN 7
Berapakah yuran pendaftaran Program Matrikulasi KPM bagi sesi 2018/2019?
Adakah yuran-yuran lain yang dikenakan?
JAWAPAN 7
Kadar yuran Pendaftaran Matrikulasi KPM bagi sesi 2018/2019 ialah :

PROGRAM PROGRAM
JURUSAN KOLEJ MARA
SATU TAHUN DUA TAHUN
SAINS RM499.64* RM630.00 RM499.64*
(Kolej Mara Kulim)

PERAKAUNAN RM446.64* RM600.00


(Kolej Mara Kuala Nerang)
KEJURUTERAAN RM499.64*
PDT III
RM296.64*
(SESI 2017/2018)
*Kadar ini TERMASUK caj perkhidmatan dan 6% GST
Tiada yuran lain yang dikenakan. Kos pengajian dan kos penginapan adalah
ditanggung sepenuhnya oleh Kerajaan.

SOALAN 8
Bagaimanakah proses pemilihan pelajar dibuat?
JAWAPAN 8
Pemilihan pelajar dibuat berdasarkan meritokrasi. Pengiraan merit mengambil kira
90% markah Akademik dan 10% markah Kokurikulum.

SOALAN LAZIM PROGRAM MATRIKULASI


3 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
©2018
PROGRAM MATRIKULASI KPM 2018

SOALAN 9
Dimanakah Program Matrikulasi KPM dilaksanakan?
JAWAPAN 9
Program Matrikulasi dilaksanakan di 15 buah kolej matrikulasi KPM dan dua buah
kolej MARA. Lokasi kolej matrikulasi dan kolej Mara adalah seperti berikut:
1. Kolej Matrikulasi Melaka, Masjid Tanah.
2. Kolej Matrikulasi N. Sembilan, Kuala Pilah.
3. Kolej Matrikulasi P. Pinang, Kepala Batas.
4. Kolej Matrikulasi Perlis, Arau.
5. Kolej Matrikulasi Labuan, WP Labuan.
6. Kolej Matrikulasi Johor, Tangkak.
7. Kolej Matrikulasi Perak, Gopeng.
8. Kolej Matrikulasi Kedah, Changlun.
9. Kolej Matrikulasi Pahang, Gambang.
10. Kolej Matrikulasi Selangor, Banting.
11. Kolej Matrikulasi Kelantan, Pasir Puteh.
12. Kolej Matrikulasi Sarawak, Kuching.
13. Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kedah, Pendang.
14. Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang, Jengka.
15. Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor,Pontian.
16. Kolej MARA Kuala Nerang, Kuala Nerang.
17. Kolej MARA Kulim, Kulim.

SOALAN 10
Bilakah keputusan calon yang berjaya ditawarkan ke Program Matrikulasi KPM bagi
sesi 2018/ 2019 akan diketahui?
JAWAPAN 10
Keputusan calon yang berjaya ke Program Matrikulasi KPM bagi sesi 2018/2019
ialah pada 24 April 2018. Jika saudara berjaya mendapat tawaran, saudara perlu
membuat prapendaftaran secara dalam talian mulai 14 Mei 2018 dan
prapendaftaran ini akan tamat pada 18 Mei 2018. Dapatkan maklumat lanjut
prapendaftaran ini daripada laman sesawang kolej saudara ditawarkan.

SOALAN LAZIM PROGRAM MATRIKULASI


4 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
©2018
PROGRAM MATRIKULASI KPM 2018

SOALAN 11
Bagaimanakah cara untuk mengetahui keputusan permohonan kemasukan Program
Matrikulasi.
JAWAPAN 11
Pemohon boleh menggunakan salah satu daripada cara berikut:
1. Melayari laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia -
www.moe.gov.my, atau

2. SMS dengan menaip MOE<jarak>MAT<jarak>NO.K.P dan hantar kepada


15888, atau

3. Talian telefon pejabat atau bantuan - 03 8884 4083 pada waktu pejabat bermula
8.30 pagi - 4.30 petang.

SOALAN 12
Bilakah pelajar mendaftar di kolej-kolej Matrikulasi bagi sesi 2018/ 2019?
JAWAPAN 12
Pelajar baharu akan mendaftar pada 23 Mei 2018.

SOALAN 13
Saya ditawarkan Program Matrikulasi Satu Tahun (PST), bolehkah saya memohon
Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT)? Bagaimanakah cara memohon?
JAWAPAN 13
Pelajar PST boleh memohon PDT di kolej Matrikulasi yang ditawarkan melalui
Pengarah kolej. Walau bagaimanapun, hanya pelajar Bumiputera sahaja yang boleh
memohon PDT dan perlu memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

SOALAN LAZIM PROGRAM MATRIKULASI


5 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
©2018
PROGRAM MATRIKULASI KPM 2018

SOALAN 14
Apakah syarat kelayakan minimum? Dan apakah mata pelajaran yang dikira merit?
JAWAPAN 14
Jadual di bawah adalah syarat kelayakan minimum dan mata pelajaran yang diambil
kira dalam pengiraan merit mulai sesi 2017/2018 sehingga sekarang.

JURUSAN SAINS JURUSAN PERAKAUNAN JURUSAN KEJURUTERAAN

C BAHASA MELAYU C BAHASA MELAYU C BAHASA MELAYU

C BAHASA INGGERIS C BAHASA INGGERIS C BAHASA INGGERIS

B MATEMATIK C MATEMATIK B MATEMATIK

MATEMATIK
C C MATEMATIK TAMBAHAN C MATEMATIK TAMBAHAN
TAMBAHAN
C KIMIA C FIZIK
FIZIK/ KIMIA/ BIOLOGI/ SAINS/ BIOLOGI/ SAINS
SAINS TAMBAHAN/ TAMBAHAN/ TEKNOLOGI
TEKNOLOGI KEJURUTERAAN/ KEJURUTERAAN/ ASAS
ASAS KELESTARIAN/ SAINS KELESTARIAN/ SAINS
PERTANIAN/ PERTANIAN/ PERTANIAN/ PERTANIAN/
EKONOMI RUMAH TANGGA/ EKONOMI RUMAH
SAINS RUMAH TANGGA/ TANGGA/ SAINS RUMAH
REKA CIPTA/ TEKNOLOGI TANGGA/ REKA CIPTA/
MAKLUMAT DAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
KOMUNIKASI/ SAINS DAN KOMUNIKASI/ SAINS
KOMPUTER/ SAINS SUKAN/ KOMPUTER/ SAINS
LUKISAN KEJURUTERAAN/ SUKAN/ LUKISAN
GRAFIK KOMUNIKASI KEJURUTERAAN/ GRAFIK
FIZIK / BIOLOGI C C
C TEKNIKAL/ PRINSIP KOMUNIKASI TEKNIKAL/
(SALAH SATU) PERAKAUNAN/ EKONOMI PRINSIP PERAKAUNAN/
ASAS/ EKONOMI/ EKONOMI ASAS/
PERDAGANGAN/ EKONOMI/
PERNIAGAAN/ PENDIDIKAN PERDAGANGAN/
SYARIAH ISLAMIAH/ PERNIAGAAN/ PENGAJIAN
TASAWWUR ISLAM/ KEJURUTERAAN AWAM/
PENGAJIAN KEJURUTERAAN PENGAJIAN
AWAM/ PENGAJIAN KEJURUTERAAN
KEJURUTERAAN MEKANIKAL/ MEKANIKAL/ PENGAJIAN
PENGAJIAN KEJURUTERAAN KEJURUTERAAN
ELEKTRIK & ELEKTRONIK ELEKTRIK & ELEKTRONIK
(DUA TERBAIK) (SALAH SATU)
LULUS KIMIA
LULUS SEJARAH LULUS SEJARAH LULUS SEJARAH
MATA PELAJARAN BERTANDA GELAP ADALAH UNTUK PENGIRAAN MERIT

SOALAN LAZIM PROGRAM MATRIKULASI


6 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
©2018
PROGRAM MATRIKULASI KPM 2018

SOALAN 15
Saya memohon Jurusan Sains semasa mengisi borang permohonan secara dalam
talian dan saya berjaya ditawarkan Jurusan Sains. Namun sekarang saya lebih
berminat dalam Jurusan Perakaunan. Apa yang perlu saya lakukan?
JAWAPAN 15
Permohonan menukar jurusan boleh dilakukan di kolej masing-masing melalui
Pengarah kolej apabila anda mendaftar di kolej yang telah ditawarkan. Walau
bagaimanapun ia bergantung kepada kekosongan dan nisbah Jurusan Sains kepada
Jurusan Perakaunan iaitu 80:20 di setiap kolej.

SOALAN 16
Bolehkah saya menangguh pendaftaran?
JAWAPAN 16
Boleh, walau bagaimanapun ia tertakluk kepada syarat berikut:-
Jika tempoh penangguhan kurang daripada LIMA hari dengan sebab munasabah
(contoh: kematian, kemalangan dll), permohonan rasmi perlu dibuat kepada
pengarah kolej yang ditawarkan.
Jika LIMA hari ATAU lebih, permohonan rasmi secara bertulis perlu dibuat kepada
Pengarah Bahagian Matrikulasi di Putrajaya.

SOALAN 17
Bilakah saya boleh membuat rayuan sekiranya tidak mendapat tawaran kemasukan
ke Program Matrikulasi KPM?
JAWAPAN 17
Boleh,
1. Rayuan boleh dilakukan secara dalam talian sebaik sahaja anda mengetahui
tidak berjaya, atau

2. Menulis surat permohonan rayuan secara rasmi ke Bahagian Matrikulasi KPM


bersama salinan keputusan SPM dan kad pengenalan yang telah disahkan.

SOALAN LAZIM PROGRAM MATRIKULASI


7 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
©2018
PROGRAM MATRIKULASI KPM 2018

SOALAN 18
Bagaimanakah saya dapat mengetahui keputusan rayuan tersebut?
JAWAPAN 18
Anda boleh mengetahui keputusan rayuan tersebut menggunakan salah satu
daripada cara berikut :
1. Melalui laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia – www.moe.gov.my,
atau
2. SMS dengan menaip MOE <jarak> MAT <jarak> NO. KP dan hantar kepada
15888, atau
3. Talian telefon pejabat atau talian bantuan – 03 8884 4083 pada waktu pejabat
bermula 8.30 pagi – 4.30 petang

SOALAN 19
Adakah pelajar dari Sabah, Sarawak dan Labuan boleh di tempatkan ke
Semenanjung Malaysia?
JAWAPAN 19
Tidak, kecuali pelajar yang ditawarkan Jurusan Kejuruteraan yang tinggal di Sabah
atau Sarawak atau WP Labuan. Mereka akan ditempatkan di Kolej Matrikulasi
Kejuruteraan yang terdapat di Semenanjung Malaysia.

SOALAN 20
Bolehkah saya mohon bertukar kolej?
JAWAPAN 20
Tidak dibenarkan kecuali bagi kes khas seperti sakit kronik yang memerlukan
rawatan berpanjangan, adik beradik kembar ditempatkan di kolej matrikulasi
berlainan dan pertukaran dari Semenanjung ke Sabah/ Sarawak atau sebaliknya.
Permohonan perlu dikemukakan kepada Pengarah Bahagian Matrikulasi KPM.

SOALAN LAZIM PROGRAM MATRIKULASI


8 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
©2018
PROGRAM MATRIKULASI KPM 2018

SOALAN 21
Adakah saya dibenarkan untuk menangguh pengajian?
JAWAPAN 21
Penangguhan pengajian tidak dibenarkan kecuali bagi kes kesihatan kronik yang
memerlukan rawatan berterusan. Walau bagaimanapun pelajar perlu mendaftar di
kolej matrikulasi yang ditetapkan sebelum memohon penangguhan pengajian.
Kelulusan penangguhan ini hanya dibenarkan sekali sahaja dan perlu mendapat
kelulusan pengarah kolej tempat anda mendaftar.

SOALAN 22
Adakah saya dikenakan penalti jika berhenti daripada pengajian?
JAWAPAN 22
Pelajar yang berhenti daripada Program Matrikulasi KPM dikehendaki membayar
penalti mengikut dasar pelanggaran perjanjian pelajar KECUALI:
a) Pelajar mengikuti program ijazah pertama di luar negara, atau
b) Pelajar mengikuti program ijazah pertama kelolaan Bahagian Pendidikan Guru,
Kementerian Pendidikan Malaysia, atau
c) Pelajar mengikuti mana-mana Program Asasi atau Ijazah dalam negara
dengan tajaan JPA, MARA, agensi-agensi kerajaan dan korporat, atau
d) Pelajar mengalami masalah kesihatan yang berlarutan selepas pernah
diluluskan sekali penangguhan dengan sokongan laporan perubatan hospital
kerajaan atau hospital pakar swasta sahaja, atau
e) Sebab-sebab lain mengikut keputusan Jawatankuasa Pengurusan
Pelanggaran Perjanjian Program Matrikulasi.

SOALAN 23
Di manakah saya boleh menyambung pengajian setelah lulus Program Matrikulasi
KPM?
JAWAPAN 23
Pelajar boleh menyambung pengajian di mana-mana Universiti Awam (UA) dalam
dan luar negara berdasarkan kelulusan (PNGK-Purata Nilai Gred Kumulatif) yang
diperolehi.
SOALAN LAZIM PROGRAM MATRIKULASI
9 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
©2018
PROGRAM MATRIKULASI KPM 2018

SOALAN 24
Saya berminat untuk menyambung pengajian ke luar negara, boleh berikan
universiti-universiti yang menerima masuk Program Matrikulasi di luar negara?
JAWAPAN 24
Antara universiti terkemuka yang menerima masuk lulusan Program Matrikulasi KPM
adalah seperti berikut:-
United Kingdom: New Zealand:
1. King’s College London 1. University of Auckland
2. University College London 2. University of Canterbury
3. University of Bristol 3. University of Otago
4. Victoria University of Wellington
4. University of Manchester
5. Massey University
5. University of Birmingham 6. Lincoln University
6. University of Warwick 7. Waikato University
7. University of Nottingham 8. Auckland University of
8. University of Sheffield Technology
9. University of Surrey
10. University of Southampton Korea Selatan:
11. University of Cardiff
12. St. Mary’s University 1. Korea University
2. Korea Advanced Institute of
Science and Technology
Australia : 3. Yonsei University
4. Sungkyunkwan University
1. Australian National University
2. University of Sydney
3. Monash University Hong Kong:
4. University of Queensland The Hong Kong Polytechnic University
5. University of Melbourne
6. University of Adelaide
7. University of New South Wales Indonesia:
1. Universitas Kristen Krida Wacana
Canada 2. Universitas Andalas
3. Universitas Sriwijaya
1. University of Toronto
4. Universitas Sumatera Utara
2. Trent University, Ontario
3. Ryerson University
4. Victoria University
5. York University
6. Brock University

SOALAN LAZIM PROGRAM MATRIKULASI


10 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
©2018
PROGRAM MATRIKULASI KPM 2018

United States of America:


1. Harvard University
2. Columbia University
3. Yale University
4. Princeton University
5. Massachusetts Institute of Technology
6. Boston University

SOALAN LAZIM
PROGRAM MATRIKULASI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

DISEDIAKAN OLEH

Pegawai Promosi
Bahagian Matrikulasi
Kementerian Pendidikan Malaysia
2018

SOALAN LAZIM PROGRAM MATRIKULASI


11 KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
©2018

You might also like