Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Denggi – Mitos Jus Daun Betik dan Sup

Ketam

by Editor

29/01/2016

in Alam Semulajadi

0 0

Kebelakangan ini, negara digemparkan dengan peningkatan kes demam


denggi sehingga mendorong masyarakat mencuba pelbagai cara dan petua
untuk merawat penyakit itu termasuk kaedah tradisional.
Tidak dinafikan, setiap kali ada yang menghidap demam denggi, pasti
akan ada yang mengesyorkan pengambilan sup ketam dan jus daun betik
sebagai rawatan alternatif bagi membantu meningkatkan platlet dalam
darah.
Namun, Dekan Fakulti Perubatan Universiti Malaya (UM), Prof. Dr
Adeeba Kamarulzaman nyata mempunyai pandangan berbeza, malah
beliau menjelaskan punca kematian akibat demam denggi bukan
disebabkan platlet darah rendah dan dengan itu masyarakat tidak boleh
bergantung sepenuhnya kepada jus daun betik sebagai kaedah alternatif.

Prof. Dr Adeeba
Kamarulzaman, Sumber -Malaysianinsider
“Kematian pesakit denggi sebenarnya berpunca daripada kebocoran plasma
akibat tiada tekanan dalam salur darah sehingga menyebabkan tekanan
darah rendah dan tidak sampai ke jantung.
Beliau berkata demikian bagi mengulas pengambilan jus daun betik di
kalangan penghidap demam denggi yang dikatakan dapat meningkatkan
platelet darah.
Jelasnya, publisiti yang diberikan terhadap jus daun betik sebagai kaedah
alternatif untuk meningkatkan platelet darah hanya menutupi punca
sebenar kematian akibat demam denggi.
“Fokus lebih diberikan kepada jus daun betik untuk meningkatkan platelet
darah yang rendah sedangkan punca kematian sebenar pesakit adalah
akibat kebocoran plasma,” katanya.
[BACA – Cat Anti Nyamuk diperkenalkan]
Malah, menurut beliau, kaedah alternatif itu juga akan melengah-
lengahkan pesakit untuk mendapatkan rawatan di hospital yang sepatutnya
dilakukan dengan segera.
“Sekiranya pesakit mendapatkan rawatan awal di hospital dan diberikan
cecair intravena, risiko kematian boleh dielak,” katanya.
Dr Adeeba berkata, simptom kebocoran plasma boleh disedari menerusi
tanda amaran seperti sakit seluruh badan, loya, muntah, sesak nafas, gusi
berdarah dan tidak bermaya.
Katanya, pesakit yang terkena jangkitan tersebut untuk kali kedua berisiko
tinggi terkena demam denggi berdarah sehingga boleh membawa maut.
“Secara realitinya, demam denggi berdarah jarang berlaku disebabkan
platelet darah yang rendah. Ia disebabkan simptom kejutan denggi (shock)
yang bermaksud tekanan darah rendah,” katanya.
[BACA-Daun Betik Penawar Denggi]
Beliau berkata, kaedah paling efektif untuk mengelak demam denggi
berdarah adalah menyedari tanda amaran, kejutan denggi dan pesakit
diberi cecair intravena.
“Badan anda mempunyai keupayaan semula jadi untuk pulih. Platelet
darah akan kembali ke paras normal secara semula jadi dalam tempoh tiga
hingga empat hari selepas demam beransur baik tanpa pengambilan jus
betik, sup ketam dan beberapa rawatan alternatif lain,” katanya.
Dr Adeeba berpendapat, walaupun terdapat kajian ke atas jus daun betik
yang dikatakan mampu merawat penyakit ini, ia hanya melibatkan
sebilangan kecil pesakit dan perubahan platelet darah tidak begitu ketara.
“Kajian terlalu kecil dan saya rasakan masih kekurangan bukti saintifik
untuk menyokong jus tersebut berkesan merawat penyakit demam denggi,”
katanya.
Tegas beliau, pesakit diingatkan untuk mendapatkan rawatan di hospital
dengan segera jika terdapat tanda amaran penyakit ini.
Bagaimanapun, katanya, pengambilan jus daun betik tidak memberi kesan
sampingan kepada pesakit.
Menurut Dr Adeeba, terdapat kajian terhadap vaksin yang boleh merawat penyakit tersebut baru-
baru ini walaupun ia tidak mampu memulihkan pesakit sepenuhnya tetapi sekurang-kurangnya
dapat melegakan penghidap penyakit itu.“Jika ia boleh mengurangkan komplikasi, ini
menunjukkan vaksin tersebut ada keberkesanannya,” katanya.Kajian tersebut dijalankan meliputi
lebih 31,000 peserta di 10 negara endemik di Amerika Latin dan Asia termasuk Malaysia.Denggi
adalah penyakit endemik di lebih 100 negara, mengancam hampir separuh penduduk dunia
dengan seorang pesakit dimasukkan ke hospital akibat penyakit itu setiap minit.

SUMBER –mStar online

You might also like