Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

LAPORAN LAWATAN BERMAKLUMAT KE CAMERON HIGHLANDS 2018

TARIKH : 2-3 MAC 2018

HARI : JUMAAT - SABTU

TEMPAT : CAMERON HIGHLANDS

Objektif :

Antara objektif Lawatan Berinformasi ini ialah:

1. Memberikan pengetahuan dan pengalaman kepada murid-murid tentang perihal ibu negara
Malaysia.
2. Meningkatkan kesedaran, menanamkan rasa tanggungjawab, menimbulkan kepercayaan diri
dan daya saing.
3. Mendapat pengalaman hasil daripada pemerhatian sendiri ke tempat yang dilawati.
4. Mendedahkan kepada murid tentang perkembangan pembangunan yang pesat di sekitar
Cameron Highlands dan tempat menarik sekitar Cameron Highlands.
5. Merangsang dan menyuburkan motivasi diri pelajar untuk terus cemerlang dalam kehidupan
mereka.
6. Meningkatkan semangat mencintai tanah air dan negara di kalangan murid-murid.

MAKLUMAT LANJUT LAWATAN

Rombongan ini terdiri daripada 19 orang murid dan 7 orang guru pengiring yang di ketuai oleh
Encik Sophian B Md Noor, Guru Penolong Kanan KoKurikulum SK Pechah Rotan, Kuala
Terengganu.

Murid Tahun 6 – 6 orang

Murid Tahun 5 – 7 orang

Murid Tahun 4 – 6 orang

Guru - 7 orang

Ahli Keluarga - 9 orang

Jumlah - 35 orang
TENTATIF

MASA ATURCARA

8.00 am Murid berkumpul dan diberi taklimat.


Bertolak ke Cameron Highlands menggunakan bas sewa.

12.00 am Makan tengah hari di RnR.

4.15 pm Melawat sekitar Taman Lavender.

5.30 pm Melawat Taman Lebah. Rombongan tidak berpeluang melawat sarang lebah kerana
hujan.

6.15 pm Membeli makanan untuk makan malam di Pasar Malam Cameron.

8.00 pm Check in di homestay Rayal Lily.

HARI KEDUA
7.30 am Sarapan. Bertolak ke Taman Pertanian Mardi. Melawat sekitar dan membeli sedikit
pokok.

10.30 am Bertolak ke KEA Farms. Membeli buah tangan – strawberry, keledek dan sayur.

12.00 pm Bertolak ke Cameron Valley. Melawat sekitar ladang teh.

1.15 pm Bertolak balik ke sekolah.

8.00 pm Tiba di SKPR.

Pada 2-3 Mac 2018 unit Kokurikulum dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling telah berjaya
mengadakan program Lawatan Bermaklumat ke Cameron Highlands.

PENUTUP

Pihak Jawatankuasa Lawatan Sekolah, Sekolah Kebangsaan Pechah Rotan mengharapkan agar segala
perancangan yang dibuat ini dapat dilaksanakan dengan jayanya demi untuk kecemerlangan terutamanya
kepada pelajar-pelajar yang terbabit dalam lawatan berinformasi ini. Selain itu, diharapkan dengan
lawatan ini memberi lebih pendedahan kepada para pelajar tentang kehidupan sebenar di luar kehidupan
seharian mereka yang tinggal di pelosok kampung. Pihak kami juga merakamkan jutaan terima kasih
kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan lawatan
berinformasi kali ini.
GAMBAR LAWATAN KE CAMERON HIGHLANDS 2018
Disediakan oleh : Disahkan oleh,

………………………………………………. ……………………………………………….
(HAJJAH NORAINI BINTI CHE EMBONG) (CHE HARON BIN ABDULLAH)
Setiausaha Kokurikulum, Guru Besar,
SK Pechah Rotan, K.Nerus. SK Pechah Rotan,K.Nerus.

You might also like