Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Ciri-ciri sistem pendidikan di negara kita

sewaktu penjajahan British


ZAMAN PEMERINTAHAN BRITISH

1. terdapat 5 jenis pendidikan :sekolah inggeris,sekolah melayu,sekolah pondok,sekolah vernakular


cina dan sekolah vernakular india.

2. falsafah pendidikan :berbentuk kemahiran

3. halatuju pendidikan:menyekat peluang orang melayu mengembangkan bakat, memisahkan


mereka daripada perkembangan sosio-ekonomi.

Sumber: http://pengajianmalaysiasku3.blogspot.com/
3.0 SISTEM PENDIDIKAN SEMASA PENJAJAHAN BRITISH
3.1 Perkembangan Sekolah Vernakular Melayu ( 1786 – 1941 )
Sistem sekolah vernakular hanya diperkenalkan mulai dari pertengahan kurun ke – 19 apabila kerajaan
British mula mengambil perhatian terhadap pendidikan di Negeri – negeri selat. Pada tahun 1854
Gabenor Jeneral dari India telah mengarahkan Blundell, Gabenor Negeri – negeri Selat, menyediakan
satu laporan mengenai sistem pendidikan di Negeri – negeri Selat serta cadangan – cadangan yang
boleh memberi pendidikan kepada rakyat di bawah pemerintahan British. Blundell, tidak puasa hati
dengan sistem pendidikan di Negeri – negeri Selat, terutamanya pendidikan vernakular Melayu. Beliau
mencadangkan supaya ditubuhkan sekolah – sekolah vernakular Melayu di Negeri – negeri Selat
dengan bantuan kerajaan British.
Pada tahun 1856, dengan bantuan kewangan daripada DYMM Temenggung Johor dan Gabenor
Blundell, dua buah sekolah vernakular telah ditubuhkan di Singapura, sebuah di Teluk Belanga dan
sebuah lagi di Kampung Gelam. Selapas itu kerajaan British telah mendirikan sekolah vernakular
Melayu di Pulau Pinang dan Melaka.
Penubuhan sekolah vernakular ini tidak mendapat sambutan yang menggalakkan. Ibubapa menaruh
sangsi terhadap faedah menghantar anak – anak mereka ke sekolah yang tidak mengajar agama Islam.
Justeru itu, A.M Skinner Pemangku Majistret di Seberang Prai cuba mendirikan sekolah – sekolah
vernakular Melayu dengan pengubahsuaian daripada dasar kelas Quran. Mengikut cadangan Skinner,
di sekolah percubaan itu, pelajaran pada waktu pagi ditumpukankan pelajaran Bahasa Melayu,
manakala pelajaran Al-Quran akan diajar pada waktu petang.
Sistem yang diperkenalkan olek Skinner disambut baik dikalangan ibu bapa. Oleh itu sistem pendidikan
ini bukan sahaja mendapat kejayaan di Seberang Prai, tetapi juga di negeri – negeri lain, terutamanya
selepas Skinner dilantik menjadi nazir sekolah pada tahun 1872.
Antara mata – mata pelajaran yang diajar di sekolah vernakular Melayu ialah Bacaan, Mengarang,
Ejaan, Menulis Ilmu Hisab, Latihan Jasmani dan Ilmu Alam. Lampiran 1 menunjukkan jadual waktu di
sebuah sekolah Melayu dalam tahun 1880. Mulai dari awal kurun ke-20, mata – mata pelajaran seperti
Perkebunan dan Anyaman ditambah dalam kurikulumnya, ini berdasarkan cadangan Winstedt dalam
laporannya pada tahun 1917. Sekolah Vernakular Melayu hanya terbatas pada darjah empat sahaja.
Murid – murid di sekolah Melayu hanya belajar menulis, membaca, mengira, kegiatan perkebunan dan
cara menganyam. Kurikulum sekolah Melayu tidak berkembang lebih daripada darjah empat. Hanya
segolongan kecil dapat memasuki Maktab Perguruan atau Malay Special Class, di mana mereka boleh
meneruskan pelajaran mereka di sekolah Inggeris nanti.
3.2 Perkembangan Sekolah Vernakular Cina
Sekolah Vernakular Cina pertama yang terdapat di Tanah Melayu, adalah di dirikan oleh Persatuan
Mubaligh London di negeri Melaka pada tahun 1815. Perkembangan pendidikan Cina di Tanah Melayu
bermula dari tahu 1900 apabila Kang You Wei dan Liang Qi Chau, menteri dan pendidik yang terkenal
di Negeri China, terpaksa melarikan diri ke Tanah Melayu selepas reformasi mereka di Negeri China
gagal. Kedua mereka menggalakan orang cina supaya mendirikan sekolah berdasarkan prinsip
pendidikan baru yang menggabungkan pengajaran Confucius dengan sains Barat. Ramai pemimpin
tempatan menyambut baik sistem pendidikan cina yang diperkenalkan oleh mereka. Sebelum ini,
kurikulum sekolah vernakular Cina adalah berdasarkan pelajaran klasik lama. Selain daripada
menghafaz klasik lama, murid – murid juga belajar kaligrafi dan ilmu kira – kira dengan menggunakan
abakus. Rumah orang atau kuil sembahyang digunakan sebagai tempat menuntut ilmu. Bahasa
pengantar yang digunakan untuk mengajar ialah dielak tempatan.
Kerajaan British pada masa itu mengamalkan polisi yang liberal terhadap penubuhan sekolah Cina di
Tanah Melayu. Apabila Republik China ditubuhkan pada 1911, kerajaan China terus menyalurkan
bantuan kewangan serta memberi nasihat mengenai pentadbiran sekolah Cina di Tanah Melayu.
Tujuannya adalah untuk memperkenalkan ideologi Republik Rakyat China kepada orang Cina di Tanah
Melayu.
Menjelang Tahun 1920, terdapat 313 buah sekolah Cina telah dibina di Negeri – negeri Selat dan 181
buah sekolah Cina di Negeri – negeri Bersekutu.² Satu reformasi kebudayaan telah berlaku di China
ianya membawa kesan yang besar atas sisitem pendidikan Cina di Tanah Melayu. Salah satu perubahan
baru ialah sekolah – sekolah vernakular Cina mula menggunakan bahasa Mandarin, yang telah menjadi
menjadi bahasa pengantar yang rasmi di Negeri China. Semua buku teks datangnya dari Tanah Besar
China.
Penjajah British mula sedar bahawa sekolah – sekolah Cina di Tanah Melayu telah menjadi tempat –
tempat untuk menyebarkan ideologi kerajaan Cina. Pihak British telah pun menukar polisi liberal yang
diamalkan dulu dengan meluluskan Enakmen Pendaftaran Sekolah di Tanah Melayu pada tahun 1920,
tujuannya untuk mengawal aktiviti – aktiviti subversif di sekolah Cina. Antara perkara yang terkandung
dalam Enakmen pendaftaran sekolah ialah :
 Pengarah Pelajaran mempunyai kuasa menutup sebarang sekolah yang tidak mengikut peraturan
mengenai kurikulum, pentadbiran dan keadaan kesihatan sekolah itu yang ditetapkan oleh
pentadbiran British.
 Semua guru dan pentadbirnya dikehendaki berdaftar dan diseliakan oleh Pengarah Pelajaran.
 Sekolah – sekolah Cina yang didaftar di bawah Enakmen itu akan diberi bantuan kewangan oleh
kerajaan British.
 Sekolah yang hanya menggunakan dialek tempatan sebagai bahasa pengantar sahaja yang layak
menerima bantuan kewangan kerajaan.
Masyarakat Cina, pada keseluruhannya telah mencabuli hak asasi orang Cina dalam pengurusan
sekolah sendiri. Mereka membantah enakmen tersebut, namun demikian pihak British tetap dengan
pendirian mereka.
Enakmen Pendaftaran sekolah yang dikuatkuasa pada 1922 tidak dapat menyekat perkembangan
sekolah Cina. Justeru itu bahasa Mandarin juga telah diiktiraf oleh kerajaan British sebagai bahasa
rasmi di di sekolah Cina.
3.3 Perkembangan Sekolah Vernakular Tamil
Perkembangan sekolah Vernakular Tamil sebenarnya bermula semasa perkembangan ladang getah,
kelapa, kopi dan gula di mana ramai buruh dari India diambil untuk bekerja di ladang – ladang
tersebut. Penubuhan Sekolah Vernakular Tamil ini bergantung kepada majikan mereka atau usaha dari
Persatuan Mubaligh, kebetulan pada masa itu British masih lagi mengamal dasar membantu sekolah
vernakular Melayu.
Perkembangan ekonomi di Tanah Melayu pada awal kurun ke-20 memerlukan lebih banyak buruh
India bekerja di ladang getah. Untuk mendorong buruh – buruh ini datang bekerja di ladang – ladang di
Tanah Melayu, kerajaan British mula menukar polisi pendidikannya mulai tahun 1902. Mereka mula
memberi kemudahan untuk menubuh sekolah vernakular Tamil di mana – mana tempat yang difikirkan
perlu. Selain membantu sekolah vernakular Tamil di ladang British juga menubuhkan beberapa buah
sekolah di bandar untuk kanak – kanak India di mana bapa mereka bekerja di Jabatan Kerja Raya atau
di keretapi. Pada tahun 1920 , satu kod Buruh dikuatkuasakan. Kod Buruh itu mewajibkan setiap
ladang yang terdapat sepuluh orang kanak – kanak di dalam umur persekolahan ( 7 – 14 tahun )
dikehendaki menyediakan sekolah dan guru untuk kanak – kanak itu. Menjelang tahun 1920 jumlah
murid yang belajar di sekolah Tamil di Negeri – negeri Bersekutu telah meningkat lebih kurang 4000
orang. Dalam Tahun 1930 pula terdapat 4 jenis sekolah vernikular Tamil di tubuhkan di Tanah Melayu ,
anatarnya ialah :
i. Sekolah yang dibiayai dan diuruskan oleh kerajaan.
ii. Sekolah yang dibiayai dan diuruskan oleh majikan.
iii. Sekolah yang dibiayai dan diuruskan oleh komuniti India tempatan.
iv. Sekolah yang didirikan oleh Persatuan Mubaligh.
Untuk memperbaiki sistem sekolah vernakular Tamil, kerajaan British telah melantik seorang nazir
sekolah Tamil berbangsa Eropah dalam tahun 1930.
3.4 Perkembangan Sekolah Inggeris
Penang Free School merupakan sekolah Inggeris yang pertama ditubuhkan di bawah rancangan serta
bantuan kewangan kerajaan British. Penubuhan Penang Free School di bawah rancangan Hutchings
telah mendorong negeri – negeri yang lain menubuhkan Sekolah Inggeris yang serupa, misalnya di
negeri Melaka, sebuah sekolah Inggeris bernama Melaka Free School telah ditubuhkan pada tahun
1826.
Pada tahun 1905, kerajaan British telah menubuhkan Malay College di Kuala Kangsar, sebuah sekolah
berasrama penuh, khususnya bagi anak – anak Melayu peringkat atasan.Penubuhan Malay College
adalah dari inisiatif R.J Wilkinson dengan sokongan kuat dari DYMM Sultan Idris. Tujuan penubuhan
adalah untuk menyediakan pegawai kerajaan bagi bahagian tertentu. Penghujung tahun 1930 barulah
peluang untuk belajar di sekolah Inggeris dibuka kepada anak Melayu ( lelaki )melalui sistem Special
Malay Class. Mengikut sistem ini, murid anak Melayu dari darjah 4 dipilih masuk Special Malay Class
melalui suatu pepriksaan. Mereka dipilih dikehendaki belajar di Special Malay Class.
Selain daripada sekolah jenis free dan Malay College, kebanyakan sekolah Inggeris telah ditubuhkan
atas usaha mubaligh Kristian. Sekolah ini juga dikenali sebagai sekolah separa bantuan dari kerajaan
British. Sekolah – sekolah mubaligh ini dibuka kepada kanak – kanak berbilang kaum dan tujuan
menubuhkan sekolah ini ialah menyediakan pendidikan umum serta memperbaiki akhlak kanak –
kanak berdasarkan ajaran Kristian.
Sungguhpun kerajaan British menyediakan pendidikan Inggeris di Tanah Melayu dengan
mengambilalih sekolah jenis free dan menjadikan mereka sekolah kerajaan, namum bilangan murid
yang belajar di sekolah Inggeris amat tidak menggalakan berbanding dengan murid yang belajar di
sekolah – sekolah vernakular yang lain. Rujuk Lampiran 2.
Mengikut polisi pendidikan kerajaan British , mereka tidak setuju bahawa pendidikan Inggeris dibuka
secara bebas kepada orang ramai. Kerajaan British berpendapat memberi pendidikan Inggeris kepada
kanak – kanak tempatanakan menimbulkan masalah pengangguran serta perasaan kurang memberi
galakan untuk memperkembangkan pendidikan Inggeris di tanah jajahan mereka.
3.5 Institusi – Institusi Pendidikan Yang Lain
Sistem pendidikan sekolah Cina dan sekolah Inggeris merupakan lebih maju dan lebih sempurna. Bagi
sekolah Cina mereka ada sekolah menengah hingga Tingkatan 6. Selain itu mereka juga boleh
melanjutkan pelajaran mereka ke Universiti di Negeri China.
Sekolah Inggeris juga ada mempunyai sekolah menengah hingga ke peringkat Diploma. Murid – murid
dari sekolah Inggeris mempunyai peluang yang lebih luas dalam bidang pendidikan tinggi. Selepas lulus
peperiksaan Sijil Cambridge Seberang Laut, yang diperkenalkan kali pertama di Tanah Melayu pada
tahun 1891. Murid – murid mempunyai peluang untuk melanjutkan pelajaran mereka ke institusi –
institusi seperti Kelas Normal, Kolej Pertanian, Kelas Queen’s Scholarship dan seterusnya ke
SekolahTeknik, Kolej Perubatan, Kolej Raffles atau universiti - universiti luar negara.
3.6 Dasar Polisi Penjajah Terhadap Sistem Pendidikan
Keadaan pendidikan di sekolah Melayu, sekolah Cina,Sekolah Tamil dan Sekolah Inggeris adalah
disegajakan oleh divide and rule. Dengan dasar tersebut anak – anak Melayu kekal di desa, manakala
yang bukan Melayu ditadbir secara berasingan. Situasi begini mewujudkan berbagai – bagai kesulitan
dari segi sosioekonomi. Tambahan lagi, terdapat berbagai – bagai bantahan daripada kaum bukan
Melayu apabila cubaan diadakan untuk menyatukan semua sekolah vernakular iaitu Melayu, Cina dan
India.
3.7 Laporan Winstedt
Tahun 1916 R.O Winstedt, seorang pakar dalam dalam bidang bahasa dan adat Melayu, dilantik
sebagai Penolong pengarah Pelajaran. Pada tahun berikutnya beliau telah dihantar ke East Indies dan
Filipina untuk membuat kajian mengenai pendidikan vernakular dan vokasional. Sekembalinya, beliau
menyediakan laporan mengenai kajiannya serta mengemukan cadangan – cadangan untuk
memperpaiki sistem pendidikan Vernakular Melayu di Tanah Melayu di Tanah Melayu. Cadangan –
cadangan Winstedt adalah dikelaskan mengikut beberapa kategori seperti berikut :
i. Kurikulum
ii. Sekolah Vokasional dan Sekolah Pertanian
iii. Pentadbiran
iv Maktab Latihan Guru
3.8 Laporan Barnes
Pada tahun 1949, Jawatankuasa Barnes ditubuhkan untuk menyatukan semua sekolah vernakular, iaitu
sekolah Melayu, sekolah Cina, dan sekolah Tamil. Laporan Barnes dan bertujuan untuk membubarkan
sistem sekolah vernakular yang berasingan dan menggantikannya dengan sekolah kebangsaan bagi
semua kaum. Sekolah tersebut akan menggunakan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris sebagai
bahasa pengantarnya. Bahasa Cina dan Tamil terus diajar sebagai mata pelajaran sahaja di sekolah.
Rasionalnya adalah untuk mencapai perpaduan dikalangan kanak – kanak berbilang kaum. Barnes
menyarankan supaya satu corak sekolah rendah ditubuhkan, iaitu Sekolah Kebangsaan yang dibuka
kepada kanak – kanak semua bangsa dan diajar oleh guru – guru daripada pelbagai bangsa dan
keturunan. Sekolah – sekolah bahasa ibuda semua kaum dimansuhkan sementara diperingkat
menengah dan selanjutnya.
Laporan Barnes mendapat tentang dan kritikan daripada orang bukan Melayu atas alasan : Bagi orang
Cina dan India berpendapat Laporan Barnes ini menggugat bahasa dan budaya mereka daripada pupus
di Tanah Melayu dan berpendapat kanak – kanak ini harus menerima pendidikan rendah dalam bahasa
ibuda mereka sebelum bahasa lain diajar.
3.9 Laporan Fenn-Wu
Laporan Fenn-Wu pula dibentuk untuk mengkaji pendidikan Cina di Tanah Melayu. Dua orang
panasihat dari negeri China , Dr W.P Fenn dan Dr. Wu Teh Yau dijemput untuk mengkaji tentang sistem
pendidikan Cina itu. Kajian ini menitikberatkan tentang aspek yang berikut :
i. Pengkajian untuk menyesuaikan sistem persekolahan yang bercorak perkauman dengan sistem
persekolahan bercorak kebangsaan.
ii. Memberi nasihat tentang penyediaan buku teks yang berlatarbelakangkan kehidupan di Tanah
Melayu sebagai satui cara untuk mengasimilasikan keturunan Cina ke dalam masyarakat Tanah
Melayu.
Hasil daripada Laporan Fenn-Wu orang Cina memahami dan sedia belajar tiga bahasa, iaitu Bahasa
Cina, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Laporan Fenn-Wu ini berusaha meyakinkan kerajaan bahawa
sekolah vernakular Cina harus diteruskan kerana langkah ini boleh memberi sumbangan kerah
pembentukan penduduk Tanah Melayuyang bersatu padu, iaitu melalui penggunaan buku teks yang
berorientasikan negara ini.
3.10 Ordinan Pelajaran 1952
Didapati pandangan – pandangan dalam Laporan Barnes dan Laporan Fenn-Wu itu berlainan, kerajaan
British segera menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas untuk mengkaji kedua – dua Laporan tersebut.
Ordinan Pelajaran ini telah menggariskan beberapa perkara seperti berikut :
i. Dua jenis sistem persekolahan hendaklah ditubuhkan; sejenis sekolah yang menggunakan bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantarnya dan sejenis lagi menggunakan bahasa Inggeris sebagai
pengantarnya.
ii. Sekolah vernakular Cina dan Tamil tidak diteriam sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan
kebangsaan.
iii. Sekolah Kebangsaan Melayu akan mula mengajar bahasa Melayu bermula dari Darjah Tiga.
iv. Bahasa Melayu adalah wajib di sekolah Inggeris manakala Bahasa Inggeris adalah wajib di sekolah
Melayu.
Ordinan Pelajaran 1952 ini tidak dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya kerana masalah kewangan.
Kos bagi menukarkan aliran vernakular kepada sekolah kebangsaan tidak dapat ditanggung oleh
kerajaanBritish pada masa itu. Tambahan pula pada masa zaman Darurat.

Sumber:
http://abubakar69.blogspot.com/2010/01/hubungan
-etnik-sistem-pendidikan-semasa.html

You might also like