Kepentingan Penambahbaikan Pengurusan Prestasi Pekerja

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

Kepentingan Penambahbaikan Pengurusan Prestasi Pekerja

oleh

MAD FAZRI BIN PHILIP


HUBUNGAN INDUSTRI
Universiti Malaysia Sabah

Pengurusan prestasi pekerja menjadi semakin penting kerana ia merupakan satu sistem
pengurusan prestasi yang menyeluruh dan tidak hanya melihat kepada individu sahaja, individu dilihat
sebagai modal insan dan penggerak utama dalam menerajui keupayaan organisasi merancang dan
melaksanakan dengan baik serta berkesan dalam meningkatkan produktiviti kerja mereka. Oleh itu,
penilaian prestasi individu semata-mata tidak dapat memastikan pencapaian matlamat strategi yang
telah ditetapkan dalam perancangan strategik organisasi di Malaysia. Maka pihak pengurusan
organisasi dan dibantu oleh kesatuan sekerja hendaklah memastikan matlamat dan sasaran prestasi
yang dipersetujui boleh dicapai (realistic), dilihat (visible) dan diukur (measureable). Hal ini
dipengaruhi daya saing negara dalam industri berasaskan buruh semakin berkurangan dengan
kebangkitan negara China dan India sebagai kuasa ekonomi dunia yang memiliki bekalan buruh yang
ramai dan jauh lebih murah kosnya. Faktor ini menjadi daya tarikan kepada syarikat-syarikat
multinasional untuk melabur dan memindahkan kilang-kilang mereka untuk memaksimumkan
keuntungan. Penambahbaikan pengurusan prestasi pekerja ini akan memastikan aspek sistem
penyampaian perkhidmatan yang bersih, telus, cepat dan tepat dalam usaha menarik masuk pelabur
dan modal asing khususnya pelaburan jangka panjang yang boleh mewujudkan peluang-peluang
pekerjaan baru kepada rakyat Malaysia.

[Katakunci: kesatuan sekerja, prestasi, produktiviti, pekerja, Malaysia]

Rujukan:

Azizan, H. M., & Razlina, H. J. (2015). Relationship between workplace incivility, job attitudes and
muslim religiosity personality among trade union members. Global Journal Al-Thaqafah, 5(2), 43-51.

Satar, N. S. M., & Morshidi, A. (2007). An Evaluation of Cultural Roles and Usability Attributes in
Learning Management System. Faculty of Information Technology and Multimedia Communication,
Open University Malaysia.

Morshidi, A. H., & Hamid, F. A. (2010). E-Government and Malaysia: A Theoretical


Consideration. SOSIOHUMANIKA, 3(2).

Nurhizam, Azizan dan Yuriny (2019). Revolusi Perindustrian 4.0: Satu Pemanfaatan Transformasi
Digital dalam Sektor Awam. UKM Pakarunding, Bangi. ISBN: 9789671244210

You might also like