Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

LAPORAN AKTIVITI KOKURIKULUM

MINGGU KETIGA

NAMA PELAJAR Siti Farhaini Binti Muhammad Fauzi


Pertandingan Kemahiran Amal Islami Peringkat Sekolah
PROJEK / AKTIVITI
Agama Menengah Bagan Terap Tahun 2019
TARIKH 27 Februari 2019
MASA 8:00 pagi – 4:30 petang
TEMPAT Sekolah Agama Menengah Bagan Terap
NAMA GURU PENASIHAT Encik Alias Bin Majit
KOKURIKULUM / Encik Abdul Alim Bin Marjunid
PENGANJUR Puan Siti Farhaini Binti Muhammad Fauzi
BILANGAN PELAJAR 333 orang
Kemahiran Amal Islami ini diadakan bertujuan seperti
berikut :

1. Memperkukuh penguasaan ilmu serta budaya Amal


Islami dalam kalangan murid-murid SAM Bagan Terap
bagi melahirkan muslim bertaqwa untuk mendapat
keredhaan Allah selaras dengan IHES dan kehendak
Falsafah Pendidikan Islam JAIS.

OBJEKTIF
2. Mengembangkan bakat dan potensi dalam lima
kemahiran utama iaitu kemahiran Al Quran, Dwibahasa,
Pengucapan awam, Fardhu kifayah dan Kesenian Islam
agar mampu melahirkan Da’i, Ulama’ dan Umara’ dalam
kalangan murid SAM Bagan Terap.

3. Menyuburkan ukhuwwah Islamiyah antara guru,


murid-murid dan seluruh warga SAM Bagan Terap.
Semua pelajar Tingkatan 1 - 5 Sekolah Agama
Menengah Bagan Terap
1. Pada jam 7:30 pagi semua murid sekolah Agama
LAPORAN
Menengah Bagan Terap berkumpul di datran untuk
bacaan Iqra’ Fajar dan mendengar sedikit taklimat
berkenaan perjalanan program KAMIL oleh Puan Siti
Farhaini Binti Muhammad Fauzi yang bakal berlangsung
pada hari tersebut.

2. Pada jam 8:00 pagi pelajar beredar ke tempat


pertandingan yang telah ditetapkan mengikut setiap
acara. Pelajar mendaftarkan diri kepada urusetia acara
mengikut firqah dan hakim-hakim yang bertugas yang
terdiri daripada guru-guru SAM Bagan Terap. Setiap
peserta diberikan nombor giliran setelah cabutan undian
dilaksanakan.

3. Pada jam 8:30 pagi sehingga jam 10:30 pagi,


sebanyak 8 acara berlangsung iaitu pertandingan
Khutbah Lelaki (Menengah Rendah & Atas), Tilawah
Lelaki & Perempuan (Menengah Rendah & Atas),
Hafazan Lelaki & Perempuan (Menengah Rendah &
Atas), Rawi Marhaban Lelaki & Perempuan (Terbuka),
Tajhiz Jenazah Perempuan (Terbuka), Syarahan Bahasa
Melayu Lelaki & Perempuan (Menengah Rendah & Atas),
dan Khat Lelaki & Perempuan (Menengah Rendah &
Atas).

4. Seterusnya, pada jam 11:30 pagi, acara diteruskan


dengan pertandingan Tafsir Lelaki & Perempuan
(Menengah Rendah & Atas), Nasyid Perempuan
(Terbuka), Tajhiz Jenazah Lelaki (Terbuka), Syarahan
Bahasa Arab Lelaki & Perempuan (Menengah Rendah &
Atas), dan Syarahan Bahasa Inggeris Lelaki &
Perempuan (Menengah Rendah & Atas).

5. Selepas makan tengahari dan menunaikan Solat


Zuhur, semua pelajar dan guru-guru bergerak ke Surau
Al-Hidayah untuk menyaksikan acara terakhir iaitu
Nasyid Lelaki (Terbuka) dan bersama-sama menyertai
Majlis Penyampaian Hadiah Dan Penutup Program
Kemahiran Amal Islami Peringkat sekolah Agama
Menengah Bagan Terap Tahun 2019.

6. Seusai acara Nasyid Lelaki (Terbuka), dan para hakim


selesai membuat pengiraan markah bagi setiap acara
yang telah dipertandingkan, Majlis Penyampaian Hadiah
dan Penutup bermula. Majlis meraikan ketibaan Tuan
Pengetua Sekolah Agama Menengah Bagan Terap,
Tuan Alias Bin Majit dan Penolong Kanan Kokurikulum
SAM Bagan Terap, Tuan Haji Abdul Alim Bin Marjunid.

7. Pihak pengerusi majlis, Puan Noliza Binti Nurut


memulakan ucapan alu-aluan dan kemudian menjemput
Tuan Pengetua, Tuan Alias Bin Majit untuk
menyampaikan ucapannya. Majlis kemudian diteruskan
dengan penyampaian hadiah kepada pemenang tempat
pertama ahingga ketiga bagi setiap acara yang telah
dipertandingkan yang disampaikan oleh Tuan Pengetua
dengan diiringan Penolong Kanan Kokurikulum.

8. Selesai acara penyampaian hadiah, majlis diteruskan


dengan pengumuman keputusan keseluruhan bagi
Program KAMIL Sekolah 2019. Tempat keempat
disandang oleh Firqah Ibnu Khaldun dengan 64 mata,
tempat ketiga disandang oleh Firqah Ibnu Sina dengan
76 mata, manakala Naib Johan pula disandang oleh
Firqah Ibnu Batuta denag 84 mata dan Johan telah
dimenangi oleh Firqah Ibnu Rushd dengan sebanyak 97
mata. Piala Pusingan KAMIL telah disampaikan oleh
Tuan Pengetua kepada Ketua Firqah Ibnu Rushd iaitu
Mohd Ikhwan Bin Sarbaini.

9. Pada jam 4:30 petang, setelah tamatnya majlis


penyampaian hadiah dan penutup, semua tetamu dan
pelajar dibenarkan bersurai. Tuan pengerusi majlis
mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru
dan pelajar di atas kerjasama mereka.

Secara keseluruhannya, aktiviti berjalan dengan lancar


dan telah Berjaya mencapai objektif yang dirancangkan.
Tetapi terdapat beberapa masalah timbul sepanjang
ULASAN GURU / program ini berlangsung kerana terdapat kekurangan
PEMBIMBING bilangan pelajar yang menjadi peserta menyebabkan ada
acara yang terpaksa dimulakan lewat kerana perlu
menunggu pelajar yang sama yang menyertai banyak
acara.

T.T PELAJAR

T.T PENASIHAT
KOKURIKULUM /
PENGANJUR
NAMA PENASIHAT
KOKURIKULUM / Encik Abdul Alim Bin Marjunid
PENGANJUR
TARIKH
LAPORAN AKTIVITI KOKURIKULUM

MINGGU KEENAM

NAMA PELAJAR Siti Farhaini Binti Muhammad Fauzi


Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Agama Menengah
PROJEK / AKTIVITI
Bagan Terap Tahun 2019
TARIKH 20 Mac 2019
MASA 7:30 petang – 1:00 petang
TEMPAT Stadium Sabak Bernam
Encik Alias Bin Majit
NAMA GURU PENASIHAT
Encik Abdul Alim Bin Marjunid
KOKURIKULUM /
Encik Azmi Bin Ahmad
PENGANJUR
Encik Azrul Bin Abdullah
BILANGAN PELAJAR 333 Orang
1. Melahirkan dan mengetengahkan atlit berpotensi
besar lagi berkualiti di peringkat sekolah.
2. Melahirkan masyarakat sekolah yang minat bersukan
dan sihat.
OBJEKTIF 3. Menggalakkan interaksi yang aktif dan sihat dalam
kalangan warga sekolah dapat memupuk permuafakatan
dan perpaduan yang utuh.
4. Menyemai dan memupuk nilai-nilai murni melalui
aktiviti bersukan.
Pada jam 7.00 pagi, pelajar bergerak dari dataran
Sekolah Agama Menengah Bagan Terap ke Stadium
Sabak Bernam. Acara bermula pada pukul 8:00 pagi
sehingga 1:00 tengahari.
Program ini disertai oleh semua pelajar SAM Bagan
Terap. Pada pagi itu, kesemua olahragawan beratur
LAPORAN
mengikut rumah masing-masing untuk masuk ke padang.
Pasukan unit beruniform dan persatuan berkawad kaki
mengikut rentak muzik menghangatkan lagi suasana
temasya sukan tahunan kali ini. Mereka memberikan
tabik sebagai tanda hormat kepada guru-guru dan ahli
PIBG.
Sejurus selepas itu, Ketua Kontinjen dikehendaki
membaca ikrar. Pengerusi PIBG turut dijemput berucap
dan merasmikan kejohanan sukan tersebut.
Selepas itu bermulalah acara. Antara acara yang
dipertandingkan termasuklah acara 100m, 200m, 400m,
4x100m dan 4x200m. Selain itu, acara lontar peluru,
lompat tinggi, lompat jauh dan tarik tali turut
dipertandingkan. Pengerusi PIBG dan Pengetua Sekolah
Agama Menengah Bagan Terap serta beberapa orang
ahli Jawatankuasa Kejohanan Sukan juga dijemput untuk
menyampaikan pingat dan hadiah kepada semua
pemenang. Mereka juga mengucapkan tahniah kepada
pemenang.
Secara keseluruhannya, Rumah Sukan Ibnu Batuta telah
mendahului rumah-rumah sukan yang lain dan muncul
sebagai johan. Naib johan pula dimenangi oleh Rumah
Sukan Ibnu Rushd manakala Rumah Sukan Ibnu Sina
mendapat tempat ketiga dan tempat keempat dipegang
oleh Rumah Sukan Ibnu Khaldun. Bagi acara perbarisan,
Rumah Sukan Ibnu Sina berjaya dianugerahkan tempat
pertama.
Sebelum pulang, Pengetua meminta semua murid
membersihkan padang .Pengetua juga mengucapkan
tahniah kepada pemenang dan memberikan nasihat
kepada peserta yang kalah. Berakhirnya majlis
penyampaian hadiah oleh Pengetua maka berakhirlah
juga Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Tahun 2019.
Semua aktiviti berjalan dengan lancar. Terdapat
ULASAN GURU / beberapa orang pelajar yang mengalami kecederaan
PEMBIMBING yang tidak serius dan telah diberikan rawatan oleh
petugas kesihatan yang dipertanggungjawabkan.

T.T PELAJAR

T.T PENASIHAT
KOKURIKULUM /
PENGANJUR
NAMA PENASIHAT
KOKURIKULUM / Encik Abdul Alim Bin Marjunid
PENGANJUR
TARIKH

You might also like