Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

TEKS UCAPAN PENGACARA MAJLIS

PERHIMPUNAN KOKURIKULUM BULANAN SK DR SULAIMAN TAHUN 2019

Acara Teks
Perarakan Mengumumkan perarakan masuk Guru-guru dan AKP ke Dewan
masuk Terbuka

Ucapan alu- Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh dan selamat petang.


aluan
Pengacara Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Hanafi bin Haji Deris
Majlis Guru Besar Sekolah Kebangsaan Dr Sulaiman

Encik Zainal Abidin bin Umar


Guru Penolong Kanan Pentadbiran

Encik Noor Hisham bin Md Yusof


Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Puan Hajah Noor Paridah binti Abdul Hamid


Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Puan Siti Marliana binti Zakaria


Pengerusi Kelab Ukhuwah SK Dr Sulaiman

Seterusnya barisan guru yang dihormati, AJK PIBG serta murid-murid


dan warga perhimpunan yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah


Rahmat dan kurnia-Nya dapat kita sama-sama berkumpul dalam
Sambutan Hari Guru Peringkat SK Dr Sulaiman bagi Tahun 2019.

Bacaan Doa Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita
mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh saudara

…………………………………………………………….. Dipersilakan.

***
Amin, amin Ya Rabbal Alamin. Majlis mengucapkan terima kasih atas
pimpinan bacaan doa sebentar tadi.

Ucapan Wakil Sambutan Hari Guru kita pada hari ini, diteruskan lagi dengan ucapan
Murid oleh wakil murid. Untuk itu dijemput saudara/ saudari

………………………………………………………………………….. untuk
menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

***
Majlis merakamkan setinggi tahniah dan terima kasih atas ucapan
bermakna daripada wakil murid kita sebentar tadi.
Ucapan Guru Untuk tidak melengahkan masa marilah sama-sama kita mendengar
Besar ucapan daripada Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Hanafi bin Haji
Deris, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Dr Sulaiman dan
seterusnya merasmikan Sambutan Hari Guru Peringkat SK Dr
Sulaiman bagi tahun 2019. Majlis dengan penuh hormat dan takzim
mempersilakan.

***
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang
tidak terhingga atas kesudian Yang Berusaha Tuan Haji Mohd
Hanafi bin Haji Deris, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Dr
Sulaiman menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan
Sambutan Hari Guru Peringkat SK Dr Sulaiman bagi tahun 2019.

Gimik Sekarang marilah kita bersama-sama melihat gimik pelancaran


Sambutan Sambutan Hari Guru Peringkat SK Dr Sulaiman bagi tahun 2019.

Bacaan Ikrar Majlis tanpa melengahkan masa menjemput semua guru dan AKP
Hari Guru dan untuk acara Ikrar Hari Guru yang akan diketuai oleh Yang Berusaha
Koir Tuan Haji Mohd Hanafi bin Haji Deris, Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Dr Sulaiman dan seterusnya kita akan menyaksikan
persembahan koir “Kami Guru Malaysia”.

Persembahan Kini kita akan bersama-sama menyaksikan persembahan murid-murid


prasekolah prasekolah SK Dr Sulaiman bersempena dengan Sambutan Hari Guru
bagi tahun 2019. Dipersilakan.

***

Penyampaian Hadirin Hadirat sekalian,


Hadiah oleh Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah oleh murid-murid
murid-murid SK Dr Sulaiman kepada guru-guru mereka. Untuk itu kita mulakan
dengan Murid Prasekolah terlebih dahulu.

Seterusnya, dijemput:-
Murid PPKI
Murid Tahun 1
Murid Tahun 2
Murid Tahun 3
Murid Tahun 4
Murid Tahun 5
Murid Tahun 6

Rehat Majlis kita berehat sebentar. Dijemput semua guru dan AKP untuk
menikmati jamuan yang telah disediakan di kantin. Murid-murid Tahap
1 dan 2 akan berehat di kantin di bawah pengawasan Para Pengawas
Sekolah.
Permainan Alhamdulillah kita telah selesai berehat. Acara diteruskan lagi dengan
Aktiviti Permainan oleh guru-guru dan AKP. Murid-murid akan
menyaksikan guru-guru menunjukkan kebolehan mereka dalam
permainan sambil memberi sokongan padu kepada guru-guru.

Permainan
- Hantaran Kasih
- Telefon Buruk
- Bowling Botol Air
- Bola Dalam Bakul
- Kereta Api Terpanjang

Pertukaran Kini kita beralih kepada acara pertukaran hadiah, penyampaian hadiah
Hadiah oleh Kelab Ukhuwah SKDS dan penyampaian anugerah-anugerah
guru. Untuk itu dijemput sekali lagi Yang Berusaha Tuan Haji Mohd
Doorgift Hanafi bin Haji Deris, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Dr
Sulaiman untuk menyempurnakan majlis.
Anugerah
Guru Pertukaran Hadiah
***

Doorgift Kelab Ukhuwah


***

Anugerah Guru
- Best Dress
- Guru Paling Handsome (Lelaki)
- Guru Paling Cun (Perempuan)
- Guru Paling Rajin
- Guru Paling Garang
- Guru Paling Sempoi
- Guru Paling Kelakar
- Guru Paling Peramah
- Guru Paling Penyayang
- Guru Paling Lemah Lembut

Bersurai Dengan berakhirnya acara penyampaian hadiah dan anugerah itu tadi,
maka berakhirlah sudah majlis kita pada hari ini. Tahniah dan syabas
diucapkan kepada guru-guru dan murid-murid sekalian. Semoga
Guru-guru dan AKP Sekolah Kebangsaan Dr Sulaiman akan terus
berkhidmat dengan penuh iltizam demi kecemerlangan anak-anak
didik bangsa Malaysia.

Dengan penuh takzim saya menutup tirai majlis ini dengan lafaz
Wabillahitaufik walhidayah assalamualaikum warahmatullahi
wabarokatuh.

You might also like