Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Penggal 1 Minggu 17 (29.04.

2019 hingga
03.05.2019)
Tarikh 02.05.2019 Hari Khamis
Mata Pelajaran Dunia Sains Dan Teknologi (elemen SAINS)
Kelas Tahun 3 Inovasi
Tema Sains Hayat
Tajuk 4.0 Haiwan
Masa 7.00 – 8.30 pagi (90 Minit)
Standard Kandungan 4.1 Tabiat Pemakanan
Standard 4.1.1 Mengelas haiwan mengikut tabiat pemakanan
Pembelajaran 4.1.2 Menjelaskan dengan contoh tabiat pemakanan haiwan herbivor, karnivor dan omnivor
Objektif pembelajaran Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
1. menyatakan 3 tabiat pemakanan haiwan
2. mengelas sekurang-kurangnya satu haiwan berdasarkan tabiat haiwan
Kemahiran Proses Memerhati dan mengelas.
Sains
Aktiviti P&P Induksi (5 minit)
Murid memakai 10 topeng haiwan yang disediakan oleh guru.
Murid menamakan haiwan tersebut manakala guru mencatat jawapan murid
pada papan hitam. Guru memperkenalkan tajuk pada hari ini.

Aktiviti 1 : Pencetusan Idea (15 minit)


10 murid yang memakai topeng haiwan telah dibahagikan kepada lima kumpulan.
Se tiap kumpulan berbincang tentang haiwan dan makanannya.
Guru mencatat jawapan murid pada papan hitam.
Haiwan Makanan
Lembu Rumput
Ulat beluncas Daun
Rama-rama Madu bunga
Buaya Lembu, rusa
Ikan paus Ikan kecil
Tenggiling Semut
Kucing Ikan, nasi, tikus
Ayam bijirin, nasi, cacing
Beruang Ikan, buah
Ular Tikus, katak

Aktiviti 2: Penstrukturan semua idea (20 minit)

Guru menerangkan maksud herbivor, karnivor dan omnivor.


Guru bersoal jawab dengan murid.
G : Apakah makanan lembu?
M : Rumput
G : Adakah rumput tumbuhan atau haiwan?
M : Tumbuhan
G&M : Lembu makan rumput. Lembu makan tumbuhan. Lembu
ialah herbivor.
Guru mencatat jawapan murid dengan melengkapkan jadual tersebut.
Haiwan Makanan Tumbuhan atau Tabiat Makan
haiwan
Lembu Rumput Tumbuhan Herbivor
Ulat Daun Tumbuhan Herbivor
beluncas
Rama-rama Madu bunga Tumbuhan Herbivor
Buaya Lembu, rusa Haiwan Karnivor
Ikan paus Ikan kecil Haiwan Karnivor
Tenggiling Semut Haiwan Karnivor
Kucing Ikan, nasi, tikus Tumbuhan Dan Omnivor
Haiwan
Ayam bijirin, nasi, cacing Tumbuhan Dan Omnivor
Haiwan
Beruang Ikan, buah Tumbuhan Dan Omnivor
Haiwan
Ular Tikus, katak Haiwan Karnivor

Aktiviti 3: Aplikasi idea (15 minit)

Guru mengedarkan kertas A4 kepada setiap murid.


Murid melukis seekor haiwan dan makanannya dalam tempoh 7 minit.
Setiap murid membentangkan hasil lakarannya dengan tabiat makan haiwan
tersebut.
Murid menjalani penilaian secara bertulis.

Penutup: (5 minit)
1. setiap murid akan mempamerkan hasil dapatan mereka kepada rakan-rakan.
2. Hasil yang tercantik akan di pamerkan di dalam kelas.

EMK Kreativiti, pendidikan seni vvisual


Bahan Bantu Belajar
topeng haiwan, Kertas A4, Lembaran penilaian dalam buku latihan murid

Lembaran dalam buku aktiviti murid, Lembaran kerja pemulihan

Penilaian P&P Pentaksiran: Melalui hasil kerja murid.


Pengayaan : Latihan dalam buku aktiviti murid.
Pemulihan : Penerangan semula dan bimbingan semasa menjawab soalan latihan.

Refleksi

You might also like