Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

3.1 Cabaran pengglobalisasian pendidikan di dunia dan Malaysia.

Isu kepada situasi ini ialah globalisasi mencabar kepakaran guru. Dunia pendidikan kita ini menghadapi
keterbukaan terhadap semua pihak tidak kira pengajar atau pelajar. Sesebuah negara akan mengalami
situasi kebanjiran maklumat, akses mudah serta layaran tanpa bayaran ke alam siber yang mana ini
telah membawa kepada isu bahawa penglobalisasian pendidikan di termasuklah di Malaysia. Guru perlu
memastikan dirinya mempunyai pengetahuan berkaitan teknologi supaya dirinya dapat bersama-sama
murid dalam mengakses maklumat yang diterima serta menyediakan keperluan bahan pengajaran yang
sesuai dengan kandungan mata pelajaran. Menurut Muhammad Faizal Ghani & Khalil Adnan (2015)
cabaran terbesar guru dalam mendepani pembelajaran Abad 21 ialah guru perlu memberikan
komitmen yang tinggi terhadap pengajaran dengan melengkapkan diri terhadap kemahiran penguasaan
teknologi maklumat dan kemahiran berfikir aras tinggi agar hasrat melahirkan murid yang produktif
tinggi, mahir dalam komunikasi, mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi serta mahir dalam
penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) terhasil. Walau bagaimanapun, konflik ini boleh
diatasi jika guru bersikap positif terhadap proses globalisasi yang berlaku dengan menganggap bahawa
pendidikan di Malaysia perlu bersifat lebih ke depan dalam menghadapi perubahan dunia untuk
menyediakan modal insan kelas pertama. Perubahan kaedah pengajaran yang berasaskan teknologi
berbanding statik boleh melahirkan murid yang mempunyai pelbagai kemahiran berfikir sama ada
secara kritis, kreatif dan mampu menyelesaikan masalah.

You might also like