Modul Pertanian

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 35

MODUL PERTANIAN

PENGENALAN

Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997 Bahagian II


3(2) yang menyatakan:

“Seseorang murid dengan keperluan khas adalah boleh dididik jika dia mampu untuk
mengurus diri sendiri tanpa bergantung kepada orang lain dan disahkan oleh panel yang
terdiri daripada pengamal perubatan, pegawai Kementerian Pendidikan dan pegawai
Jabatan Kebajikan Masyarakat, sebagai berupaya mengikuti program Pendidikan
Kebangsaan layak untuk menghadiri program pendidikan khas kecuali murid-murid yang
berikut;
-murid yang cacat anggota tetapi mempunyai kebolehan mental untuk belajar seperti murid
biasa; dan
-murid yang mempunyai pelbagai kecacatan atau yang sangat cacat anggotanya atau yang
terencat akal yang berat.”

* Semua murid OKU wajib diberi pendidikan tanpa mengira latar belakang sosial
/perkembangan intelek
* Pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih fleksibel, menarik,
berfokus, dan bersesuaian dengan keupayaan serta kebolehan murid PKBP

KOMPONEN PERTANIAN

 Komponen Pertanian ialah salah satu daripada komponen yang terdapat dalam
Kurikulum Pravokasional Bermasalah Pembelajaran sekolah menengah memberi
penekanan kepada pendedahan secara praktis kepada murid bermasalah
pembelajaran dalam bidang pertanian.
 Komponen ini adalah kesinambungan daripada mata pelajaran Kemahiran Hidup
Bermasalah Pembelajaran di sekolah rendah ke arah mendedahkan kemahiran
praktis serta keusahawanan asas di kalangan murid bermasalah pembelajaran.
 Komponen ini bertujuan memberi latihan kepada murid dalam mengusahakan
tanaman makanan seperti sayur-sayuran, herba dan ulam, haiwan peliharaan dan
ikan hiasan.

 Murid perlu menjalankan kerja amali mengenai kaedah penanaman yang meliputi
penyediaan bahan dan alatan, tapak atau kawasan, pembajaan, kawalan perosak
dan penyakit, dan pemungutan serta penjualan hasil.
 Mereka juga mengaplikasikan teknologi dalam tanaman makanan di kawasan
berstruktur untuk menghasilkan pelbagai produk tanaman untuk tujuan komersil.
 Penguasaan kemahiran dalam komponen ini membolehkan murid mempraktikkan
beberapa komponen tertentu berkaitan pertanian dan menyediakan mereka untuk
melibatkan diri dalam kerjaya dalam bidang pertanian pada masa akan datang.

1
MATLAMAT

Kurikulum PKBP bermatlamat menyediakan ilmu pengetahuan dan kemahiran melalui


proses pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel untuk memenuhi keperluan individu
dengan pelbagai tahap keupayaan ke arah kehidupan bermakna.

OBJEKTIF

Kurikulum PKBP membolehkan murid:


- mengamalkan tingkah laku dan sikap positif dalam menguruskan kehidupan seharian yang
lebih bermakna serta menjadi warganegara yang berguna
-mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran serta dapat berdikari dalam kehidupan seharian
-mempunyai kemahiran dan ketrampilan ke arah kehidupan berkerjaya
-menjaga kesihatan dan keselamatan diri dengan sempurna
-memperkembangkan kemahiran berbahasa untuk berkomunikasi, berinteraksi dan
bersosialisasi dengan menepati tata susila masyarakat majmuk
-mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian bagi yang beragama Islam
-mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian
-memahami perkembangan jasmani dan menguasai kemahiran motor untuk melibatkan diri
dalam aktiviti riadah
-mempunyai daya kreatif dan estetika untuk menghargai keindahan alam dan warisan
budaya
-bersedia mengembangkan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi seiring dengan
perkembangan semasa

2
MODEL KONSEPTUAL KURIKULUM

KEPELBAGAIAN KEUPAYAAN INDIVIDU

 MENYELURUH DAN BERSEPADU


 PEMBELAJARAN YANG MENGGEMBIRAKAN DAN BERMAKNA
 PENDIDIKAN SEPANJANG HAYAT

 BERDIKARI
 BERDISIPLIN DAN BERSIKAP POSITIF
 BERMORAL DAN BERETIKA
 BERKEMAHIRAN DAN BERKETRAMPILAN
 PRODUKTIF DAN BOLEH MENYUMBANG KEPADA
KELUARGA, MASYARAKAT DAN NEGARA

KEHIDUPAN BERMAKNA

3
PRINSIP

Kurikulum ini berlandaskan kepada tiga prinsip utama:

 Pendidikan menyeluruh dan bersepadu bertujuan memberi fokus kepada potensi


individu meliputi aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Potensi ini
hendaklah dipertingkatkan melalui penglibatan kumpulan pelbagai disiplin secara
kolaboratif dan bersepadu.
 Pembelajaran yang menggembirakan dan bermakna merujuk kepada proses
pengajaran dan pembelajaran yang merangsang dan mengekalkan minat murid
berkeperluan khas kepada pembelajaran. Suasana pembelajaran yang kondusif
perlu diberi penekanan agar murid dapat menguasai pengetahuan dan kemahiran
yang boleh digunakan untuk keperluan diri dan kehidupan bermasyarakat. Ini dapat
melahirkan murid yang berkeyakinan dan berfikiran terbuka.
 Pendidikan sepanjang hayat merupakan pemerolehan ilmu pengetahuan dan
kemahiran di alam persekolahan yang dapat menjana peluasan ilmu secara
berterusan untuk digunakan dalam kehidupan seharian.

MODUL PERTANIAN DI PROGRAM PENDIDIKAN KHAS

TANAMAN /SAYURAN
-POLIBEG
-PASU
-BATAS
-DAN LAIN-LAIN YANG SESUAI

MATLAMAT MODUL PERTANIAN

Matlamat komponen pertanian adalah untuk melahirkan murid yang berkemahiran dan
produktif. Penekanan juga diberi kepada pengamalan budaya kerja yang baik dan selamat
serta penerapan ciri-ciri keusahawanan asas supaya murid bermasalah pembelajaran juga
berupaya menjadi penyumbang tenaga kerja dalam bidang pertanian.

OBJEKTIF MODUL PERTANIAN

Pada akhir pembelajaran, murid dapat :


- membuat dan menggunakan kompos.
- mengenal pasti sayuran, tanaman hiasan, tanaman herba
/ ulam dan tanaman yang sesuai untuk taman mini.
- menyedia bahan dan alatan perkebunan dan tapak
semaian.
- menyediakan tapak semaian.
- memilih benih dan menanam tanaman.
- menjaga tanaman yang diusahakan dengan betul.
- menjaga pemakanan dan kebersihan haiwan peliharaan.
- memungut dan menjual hasil.

4
ORGANISASI TEMPAT KERJA PERTANIAN

Murid didedahkan kepada aspek keselamatan semasa di tempat kerja. Murid juga diajar
kemahiran menguruskan kerja dengan berkesan, mengamalkan peraturan-peraturan kerja
serta memilih dan menggunakan peralatan yang diperlukan.
- Peraturan bengkel
- Keselamatan bekerja
- Penggunaan peralatan
- Kawasan aktiviti pertanian

PELAKSANAAN AKTIVITI TANAMAN SAYURAN

Murid didedahkan dengan pengetahuan penanaman sayur-sayuran seperti sayuran jenis


daun, kekacang, buah dan ubi.
Aspek yang didedahkan kepada murid termasuklah pengenalan alatan, cara penggunaan
alatan, pemilihan teknik / sistem penanaman, pengurusan tanaman dan pengendalian
memungut hasil tanaman.
- pengenalan alatan dan penggunaan –parang, cangkul, pongkes, sudip dan lain-lain
- pemilihan teknik/sistem tanaman – terbuka (batas)/polibeg/pasu
- Penyediaan tanah
- Pemilihan tapak
- Membersih tapak
- Menggembur tanah
- Membuat batas/Mengisi tanah dalam pasu/polibeg
- Membaja
- Sungkupan
- Pemilihan biji benih.
- Penyemaian dan penanaman biji benih.
- Penyemaian biji benih halus
- Penanaman
- Pengubahan anak benih atau penjarangan
- Penjagaan
- Pemungutan hasil

MODUL 1 : TANAMAN SAYUR

SASARAN MODUL
- Mengenali peralatan dan kefungsian,
- Mengenal pasti jenis tanaman dan benih,
- Proses menanam dan penjagaan,
- Memungut dan pemasaran hasil tanaman sayur-sayuran di kawasan
terbuka/polibeg/pasu.

OBJEKTIF:

Selepas mengikuti modul ini murid dapat:


- Mengenal pelbagai jenis sayur-sayuran.
- Menamakan sayur-sayuran mengikut jenis seperti daun, ubi dan buah.
- Mengenal pasti tapak yang sesuai untuk penanaman sayur-sayuran.
- Melakukan kerja penyediaan tapak sayur-sayuran.
- Menanam dan menjaga tanaman sayur-sayuran.
- Memungut hasil tanaman sayur-sayuran.

5
CONTOH TANAMAN YANG BOLEH DIJADIKAN MODEL

- Tanaman berdaun - sawi/kangkung/kailan


- Tanaman keledek/keladi
- Tanaman bendi/terung/cili
- Tanaman kacang panjang /timun/petola/peria

CONTOH TANAMAN KELEDEK CONTOH TANAMAN SAWI

CONTOH TANAMAN BENDI CONTOH TANAMAN CILI

6
PROSES TANAMAN BENDI

LANGKAH-LANGKAH TANAMAN BENDI

Tajuk Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti BBM/Catat


Pembelajaran Pembelajaran/Pengajaran an
1.Tanaman Selepas mengikuti unit ini 1. Penerangan dan simulasi Sudip
berbuah- murid dapat: peraturan bengkel guru- Takong
Tanaman 1. Mengetahui murid; murid-murid Cangkul
Bendi peraturan bengkel 2. Pengenalan peralatan – Carta
2. Mengenali semua sebut, lukis, warna, baca peraturan
peralatan yang 3. Demontrasi pengunaan bengkel
digunakan di alatan oleh guru-murid Baja
kebun 4. Amali penggunaan alatan organik
3. Memahami cara yang ditetapkan mengikut
penggunaan topik pembelajaran
alatan dengan
cara yang betul
dan selamat

7
2. Tanaman Selepas mengikuti unit ini 1. Memperkenalkan jenis Tanah
berbuah- murid dapat: tanah kepada murid-tanah hitam
Tanaman 1. Mengenali jenis hitam/merah, organik dan Tanah
Bendi tanah yang akan lain Merah
digunakan dalam 2. Murid merasa/pegang/gaul Sabut
tanaman bendi tanah dengan Sudip
2. Proses tangan/sudip Takong
menggaul/menca 3. Mengajar komposisi Polibeg
mpur tanah dan campuran tanah – 1 Baja
memasukkan bahagian sabut/2 organik dll
dalam polibeg bahagian tanah hitam/2
3. Menyusun polibeg bahagian tanah merah
untuk tanaman (1;2;2)
4. Memasukan tanah yang
dicampur dalam polibeg
mengikut individu
/kumpulan/kelas/tanaman

3. Tanaman Selepas mengikuti unit ini 1. Memperkenalkan jenis Biji benih


berbuah- murid dapat: benih tanaman-halus, Penyiram
Tanaman 1. Mengenali jenis kecil/kasar, tanam Baja
bendi benih tanaman 2. Menyemai biji benih Pongkes
2. Mengetahui cara tanaman mengikut Rajun
penyemaian penjenisan biji benih – perosak
benih iaitu Pam racun
3. Penjagaan awal halus/kecil/kasar/tanam
pembenihan 3. Penjagaan biji benih dan
tanaman pengawalan, penjarangan,
siraman, kawalan rumpai ,
pembajaan hari ke
7/15/21, penyakit dan
perosak
4. Tanaman Selepas mengikuti unit ini 1. Memperkenalkan jenis Biji benih
berbuah- murid dapat: benih tanaman-halus, Penyiram
Tanaman 1. Mengenali jenis kecil/kasar, tanam Baja
bendi benih tanaman 2. Menyemai biji benih Pongkes
2. Mengetahui cara tanaman mengikut Rajun
penyemaian penjenisan biji benih – perosak
benih iaitu Pam racun
3. Penjagaan awal halus/kecil/kasar/tanam
pembenihan 3. Penjagaan biji benih dan
tanaman pengawalan, penjarangan,
siraman, kawalan rumpai ,
pembajaan hari ke
7/15/21, penyakit dan
perosak
4.

8
5. Tanaman Selepas mengikuti unit ini 1. Mengalih benih tanaman Biji benih
berbuah- murid dapat: yang sesuai ke lokasi Penyiram
Tanaman 1. Mengalih benih yang tetap Baja
bendi tanaman ke 2. Pengawasan proses Pongkes
tempat kekal mengalih benih tanaman Rajun
2. Penjagaan 3. Pelabelan tanaman dan perosak
tanaman-siraman, laporan Pam racun
kawalan rumpai, 4. Aktiviti penjagaan dan dll
pembajaan, pengawalan, penjarangan,
kawalan perosak siraman, kawalan rumpai ,
pembajaan hari ke
7/15/21, penyakit dan
perosak
6. Tanaman Selepas mengikuti unit ini 1. Mengalih benih tanaman Biji benih
berbuah- murid dapat: yang sesuai ke lokasi Penyiram
Tanaman 1. Mengalih benih yang tetap Baja
bendi tanaman ke 2. Pengawasan proses Pongkes
tempat kekal mengalih benih tanaman Rajun
2. Penjagaan 3. Pelabelan tanaman dan perosak
tanaman-siraman, laporan Pam racun
kawalan rumpai, 4. Aktiviti penjagaan dan dll
pembajaan, pengawalan, penjarangan,
kawalan perosak siraman, kawalan rumpai ,
pembajaan hari ke
7/15/21, penyakit dan
perosak
7. Tanaman Selepas mengikuti unit ini 1. Menunjuk cara proses Sekatuer
berbuah- murid dapat: memilih dan memungut Penimban
Tanaman 1. Mengetahui cara hasil yang matang/tidak g
bendi memungut hasil matang Plastik
tanaman dan 2. Membuat demontrasi Takong
penggredan hasil memungut hasil yang Dll
2. Mengajar murid diplih
membuat aktiviti 3. Amali murid dalam proses
pembungkusan memiilih dan memungut
hasil tanaman hasil tanaman
3. Melatih murid 4. Membuat aktiviti
untuk membuat penggredan hasil tanaman
aktiviti pemasaran dan pembungkusan hasil
hasil tanaman 5. Latihan menimbang dan
mengikut kuantiti pemasaran hasil tanaman
yang ditetapkan 6. Aktiviti amali yang sesuai
dengan lokasi

9
PENILAIAN

Logo
Sekolah

PENILAIAN KOMPONEN PERTANIAN

Modul 1 Tanaman Sayuran


Unit 1 1.1 Tanaman Bendi
Tugasan 1.Memahami dan mengamalkan peraturan bengkel semasa membuat
aktiviti pertanian
Pencapaian 1.Mengetahui peraturan semasa di dalam bengkel
Standard 2.Mengenali peralatan perkebunan dan mengetahui cara penggunaan
alatan
2.Mengamalkan peraturan keselamatan di bengkel
Nama murid
Skim Penilaian Prestasi
Pencapaian Ketrampilan Penilaian 1 Penilaian 2 Catatan
Bil Kreteria Trampil Tidak Trampil Tidak
Trampil Trampil
1. Mengetahui peraturan bengkel

2. Mengenali semua peralatan


yang digunakan di kebun

3. Memahami cara penggunaan


alatan dengan cara yang betul
dan selamat

Tarikh Penilaian
Keputusan T T.T T T.T

Nama Guru dan Tanda Tangan

Catatan: T- Trampil; T.T- Tidak trampil

NOTA:

MODUL PERTANIAN TANAMAN SAYURAN DIBERIKAN SATU CONTOH SAHAJA.


TANAMAN LAIN BOLEH DIUBAHSUAIKAN SEBAGAIMANA DICADANGKAN
DIPERMULAAN MODUL INI

10
MODUL 2: KOMPOS

PENGENALAN.

Kompos digunakan oleh pekebun sebagai pengganti baja kimia dalam penanaman.
Penggunaan kompos dapat membantu kita berjimat cermat. Tambahan pula bahan-bahan
untuk membina kompos mudah diperolehi. Membuat kompos juga merupakan salah satu
cara melupuskan sisa-sisa makanan, sampah atau tumbuh-tumbuhan di samping memberi
faedah kepada petani dan tanaman.

OBJEKTIF

Selepas mengikuti modul ini murid dapat:

1. Menyatakan kepentingan baja kompos


2. Menyediakan bahan dan alatan untuk membuat kompos.
3. Menyenaraikan bahan-bahan untuk pembinaan kompos.
4. Menyusun bahan-bahan untuk dijadikan kompos.
5. Menghasilkan kompos.
6. Menyatakan kepentingan baja kompos
7. Menyediakan bahan dan alatan untuk membuat kompos.
8. Menyenaraikan bahan-bahan untuk pembinaan kompos.
9. Menyusun bahan-bahan untuk dijadikan kompos.
10. Menghasilkan kompos.

KANDUNGAN MODUL:

UNIT 2.1 Penyediaan Kompos


UNIT 2.2 Kegunaan Kompos

UNIT 2.1 PENYEDIAAN KOMPOS.

PENGENALAN.

Murid dapat menghasilkan kompos untuk kegunaan tanaman sebagai sumber nutrien.
Aspek-aspek yang dipelajari meliputi pemilihan bahan-bahan dan kaedah pembinaan
kompos daripada bahan buangan

OBJEKTIF UNIT

1. Menamakan bahan-bahan membuat kompos.


2. Menyenaraikan bahan-bahan membuat kompos.
3. Membina kompos.
4. Menyenaraikan alatan untuk membuat kompos.

11
UNIT 2.1 PENYEDIAAN KOMPOS
_______________________________________________________

MAKLUMAT RUJUKAN.

PENGENALAN

Bahan yang diperlukan untuk menghasilkan kompos terdiri dari bahan yang mudah reput
seperti ranting kayu, rumput, sisa tumbuhan, sisa makanan, sampah dan makanan.

Rumput kering

Lapisan campuran baja tahi


ternakan - tanah
Lapisan
kapur Lapisan bahan sisa
Lapisan bahan tanaman
kasar Tanah yang agak curam
Rajah 1. Kompos

PENYEDIAAN KAWASAN ATAU TAPAK

Sediakan lokasi yang sesuai untuk membina kompos.

BAHAN DAN PERALATAN

1. Sisa tumbuhan.
2. Sisa makanan.
3. Kapur.
4. Najis ternakan.
5. Tanah.
6. Parang.
7. Cangkul.
8. Mesin “chipper”/”shredder”
9. Skop / sudip
10. Penyiram
11. Sarung tangan.
12. Meter PH.

PENJAGAAN.

Memastikan supaya bahan dan peralatan sentiasa baik untuk melakukan proses membina
kompos.

12
UNIT 2.1 PENYEDIAAN KOMPOS

PANDUAN KERJA

BAHAN PERALATAN.

Sisa tumbuhan, Sisa makanan, Kapor Najis ternakan, Tanah, Parang, Cangkul, Mesin
“chipper”/”shredder”, Skop / sudip, Penyiram, Sarung tangan dan Meter PH.

TUGASAN.

Menyediakan bahan dan alatan membina kompos mengikut nisbah dan aturan yang betul.

PENCAPAIAN STANDARD.

1. Menggunakan bahan membuat kompos dengan nisbah yang betul.


2. Menyusun bahan-bahan kompos dengan teknik dan kaedah yang betul.
3. Menguji nilai PH kompos dengan tepat.

“Shredder”
Menghancurkan dahan kayu, batang jagung

Meter pH
Menguji pH tanah pada tapak penanaman

LANGKAH-LANGKAH KERJA

1. Menyediakan kawasan yang sesuai untuk membina kompos.


2. Menghimpun bahan –bahan membuat kompos.
3. Menyediakan peralatan.
4. Menggaul bahan membuat kompos dengan kaedahdan nisbah yang betul serta pada
tingkat / hiraki yang ditetapkan.
5. Menguji nilai PH kompos.

13
UNIT 2.2 PENGGUNAAN KOMPOS.

PENGENALAN.

Kompos adalah sejenis bahan organic yang dihasilkan melalui proses pereputan bahan-
bahan sisa seperti sisa tanaman, sisa makanan dan najis ternakan.

0BJEKTIF UNIT

Di akhir unit ini murid boleh:

1. Menggunakan kompos sebagai baja asas.


2. Dapat mengenalpasti kompos yang sedia digunakan.
3. Menggunakan kompos dengan kadar yang betul.

UNIT 2.2 PENGGUNAAN KOMPOS

MAKLUMAT RUJUKAN.

PENGENALAN

Kompos yang boleh digunakan mestilah yang telah sempurna reput. Biasanya kompos
digunakan sebagai baja asas atau campuran dalam medium penanaman.

PENYEDIAAN BAHAN

Sediakan kompos yang telah sempurna reput berhampiran dengan kawasan penanaman.

UNIT 2.2 PENGGUNAAN KOMPOS.

PANDUAN KERJA

BAHAN PERALATAN.

Sisa tumbuhan, Sisa makanan, Kapor Najis ternakan, Baja Nitrogen, Batang Jagung, Tanah,
Parang, Cangkul, Mesin “chipper”, Kereta Sorong, Pita Ukur, Skop / sudip, Penyiram,
Sarung tangan dan Meter PH.

TUGASAN.

Menggunakan kompos untuk pertanian mengikut kaedah dan aturan yang betul.

14
PENCAPAIAN STANDARD.

1. Menggunakan bahan kompos dengan kaedah dan aturan yang betul.


2. Menyiram timbunan kompos.
3. Menguji nilai PH kompos dengan tepat.

LANGKAH KERJA

1. Menyediakan kawasan yang sesuai untuk membina kompos.


2. Menghimpun bahan –bahan membuat kompos.
3. Menyediakan peralatan.
4. Menggaul bahan membuat kompos dengan kaedahdan nisbah yang betul serta pada
tingkat / hiraki yang ditetapkan.
5. Menguji nilai PH kompos.

15
MODUL 3: TAMAN MINI

Murid didedahkan kepada asas reka bentuk taman mini. Aspek yang dipelajari meliputi
pemilihan pokok dan bahan yang sesuai, reka bentuk taman mini, penanaman,
penyelengaraan dan penjualan hasil taman mini.

OBJEKTIF:

Modul ini membolehkan murid

1. Memilih bahan dan tumbuhan-tumuhan yang bersesuian.


2. Mereka bentuk taman mini.
3. Penjagaan (pengairan, merumput dan pembajaan)
4. Menyediakan taman mini

KANDUNGAN MODUL.

Unit 3.1: Pengenalan


Unit 3.2: Pemilihan bahan dan tumbuhan
Unit 3.3: Reka bentuk taman mini.
Unit 3.4: Penanaman
Unit 3.5: Penjagaan
Unit 3.6: Pemasaran

UNIT 3.1 : TAMAN MINI

___________________________________________________________________

MAKLUMAT RUJUKAN
___________________________________________________________________

PENGENALAN.

Bumi yang menghijau sangat penting dalam kehidupan kita. Keadaan ini membolehkan kita
hidup dalam persekitaran yang indah dan menarik. Satu daripada cara untuk menghijaukan
bumi adalah dengan menanam tumbuhan hiasan. Tumbuhan hiasan juga boleh
menambahkan keceriaaan sesuatu kawasan.

Perhatikan gambar di bawah adalah salah satu contoh taman mini. Taman mini boleh dibina
di rumah atau kawasan yang sempit. Taman mini boleh dikomersilkan sebagai sumber
pendapatan.

16
Contoh Taman mini.

PEMILIHAN BAHAN DAN TUMBUHAN

Semasa merancang memilih bahan dan tumbuhan beberapa prinsip asas perlu diberi
perhatian antaranya ialah pemilihan daripada segi saiz, warna, fokus, bentuk dan
keseimbangan.

1. Saiz
Hendaklah mengambilkira bekas atau kawasan yang sedia ada contohnya
taman mini yang terlalu kecil berhampiran bangunan yang besar adalah tidak
sesuai.

2. Warna

Berdasarkan daun atau bunga yang sesuai mengikut corak serta gabungan warna
yang menarik

3. Fokus

Mempunyai objek yang menarik untuk dijadikan fokus seperti hiasan, kolam buatan
atau tumbuhan

4. Tekstur

Boleh ditentukan oleh daun, bunga dan batang. Tumbuhan yang halus akan
memberikan kesan pandangan jauh manakala yang kasar sebaliknya.

5. Bentuk

Tumbuhan yang dipilih hendaklah yang sesuai terutam tanaman jenis menjalar.

6. Kesimbangan.

17
Tumbuhan yang ditanam hendaklah seimbang dari segi warna, bentuk dan saiz
taman mini yang dibina.
REKA BENTUK TAMAN MINI

Terdapat tiga reka bentuk taman mini pada masa ini antaranya ialah terarium, taman mini
dalam bekas terbuka dan taman mini di kawasan terhad.

PENANAMAN.

1. Terarium

Alatan Bahan

a.Sudip tangan a.Bekas dengan penutup.


b.Alatan yang diubah suai. b.Batu kerikil.
c.Penyembur tangan c.Serpihan arang.
d.Corong. d.Tumbuhan hiasan
e.Kertas. e.Tanah loam
f.Kad manila f.Bahan organic.
g.Pasir sungai.

1.1 Membina Terarium.

1. Sediakan pelan contoh rajah 1


2. Bersihkan bekas dan keringkan.
3. Masukkan satu lapisan batu kerikil yang telah dibersihkan.
4. Masukkan satu lapisan serpihan arang melalui corong.
5. Sediakan empat bahagian tanah loam, tiga bahagian bahan organik dan dua
bahagian pasir sungai. Gaul ketiga-tiga bahan hingga rata.
6. Masukkan medium ke dalam bekas melalui corong hingga memenuhi
sepertiga bekas.
7. Bentukkan permukaan medium mengikut pelan.
8. Tanam tumbuhan hiasan dengan bantuan alatan yang diubah suai mengikut pelan.
9. Siram tumbuhan melalui bahagian tepi dalam bekas.
10 Lapkan dinding bahagian dalam bekas.
11 Tutup bekas apabila kelembapan medium stabil.

18
Rajah 1.
Taman mini dalam bekas terbuka.

Alatan Bahan

a.Sudip tangan. a.Serpihan arang


b.Bekas leper dan bermulut terbuka. b.Batu kerikil
c.Penyembur tangan. c.Tanah loam.
d.Bahan organic.
e.Pasir sungai.
f.Tumbuhan hiasan.
g.Bahan hiasan.

Membina Taman Mini Dalam bekas Terbuka.

1. Sediakan pelan seperti dalam rajah 2


2. Bersihkan bekas dan keringkan.
3 .Masukkan satu lapisan batu kerikil ke dalam bekas.
4 .Masukkan satu lapisan serpihan arang.
5. Sediakan mediumtanaman dengan mencampurkan tiga bahagian tanah loam, dua
bahagian bahan organic dan satu bahagian pasir sungai.
6. Masukkan medium menanam ke dalam bekas.
7. Bentukkan permukaan medium mengikut pelan.
8 Letak bahan hiasan di dalam bekas.
9. Tanam tumbuhan hiasan mengikut pelan.
10. Penjagaan dan pengairan tumbuhan.

Rajah 2

Taman Mini Di kawasan Terhad.

Alatan Bahan

a.Pita pengukur a.Bahan hiasan


b.Cangkul b.Tumbuhan hiasan
c.Pongkes c.Bahan organik
d.Penyiram d.Tanah loam
e.Sudip tangan
f.Skop.

19
Membina Taman Mini Di luar Bangunan.

1. Sediakan pelan rujuk rajah 3.


2. Ukur dan bersihkan kawasan.
3. Gemburkan tanah.
4. Campurkan tanah loam dengan bahan organic dalam nisbah 3:1
5. Bentukkan permukaan medium mengikut pelan.
6. Letakkan bahan hiasan.
7. Tanam tumbuhan hiasan mengikut pelan.
8. Siram tumbuhan hiasan.
9. Lakukan penjagaan.

Rajah 3

PENJAGAAN

1. Lakukan penyiraman jika didapati mediumnya kering


2 Keluarkan daun yang layu dan mati dari bekas..
3. Tumbuhan yang terlalu rimbun perlu dicantas.
4. Lapkan dinding sebelah dalam terarium sekiranya berkabus atau kotor
5. Gantikan tumbuhan yang telah layu atau mati.
6. Gemburkan medium dan buang rampai
7. Pembajaan perlu dilakukan dengan baja kimia atau baja organic.

PEMASARAN

1. Membuat pengiklanan barangan .


2. Mempamerkan barangan diruangan khas
3. Membuat lelongan.

20
MODUL 3 : TAMAN MINI

PANDUAN KERJA

BAHAN DAN PERALATAN

Taman mini dalam bekas terbuka.

Sudip tangan.
Bekas leper dan bermulut terbuka
Penyembur tangan.
Serpihan arang
Batu kerikil
Tanah loam.
Bahan organic.
Pasir sungai.
Tumbuhan hiasan.
Bahan hiasan.

Taman Mini Di kawasan Terhad.

Pita pengukur
Cangkul
Pongkes
Penyiram
Sudip tangan
Skop.
Bahan hiasan
Tumbuhan hiasan
Bahan organic
Tanah loam

TUGASAN

1.Melakar pelan taman mini.


2.Membina taman mini secara terbuka atau terhad.
.
PENCAPAIAN STANDARD

1. Menyediakan bahan dan alatan yang diperlukan.


2. Menyediakan taman mini terbuka atau terhad secara bebas.

21
LANGKAH KERJA

Taman Mini Dalam bekas Terbuka.

1. Sediakan pelan
2. Bersihkan bekas dan keringkan.
3. Masukkan satu lapisan batu kerikil ke dalam bekas.
4. Masukkan satu lapisan serpihan arang.
5. Sediakan medium tanaman dengan mencampurkan tiga bahagian tanah loam, dua
bahagian bahan organic dan satu bahagian pasir sungai.
6. Masukkan medium menanam ke dalam bekas.
7. Bentukkan permukaan medium mengikut pelan.
8. Letak bahan hiasan di dalam bekas.
9. Tanam tumbuhan hiasan mengikut pelan.
10. Siram tumbuhan.

Taman Mini Di luar Bangunan.

1. Sediakan pelan rujuk rajah 3.


2. Ukur dan bersihkan kawasan.
3. Gemburkan tanah.
4. Campurkan tanah loam dengan bahan organic dalam nisbah 3:1
5. Bentukkan permukaan medium mengikut pelan.
6. Letakkan bahan hiasan.
7. Tanam tumbuhan hiasan mengikut pelan.
8. Siram tumbuhan hiasan.
9. Lakukan penjagaan.

MODUL 4: TANAMAN HERBA

PENGENALAN.

Murid didedahkan kepada kaedah penanaman herba, pengurusan tanaman, penuaian hasil
dan penjualan. Murid-murid diperkenalkan dengan pelbagai jenis ulaman dan khasiat herba
sebagai ulam segar.

OBJEKTIF UNIT

11. Menyediakan bahan dan alatan perkebunan.


12. Memilih benih yang baik sebagai induk tanaman herba
13. Penjagaan tanaman dan pembajaan mengikut teknik / cara yang betul.
14. Memungut hasil tanaman.
15. Mengred, menimbang dan menjual hasil tuaian.

KANDUNGAN MODUL:

15.1 Penanaman Serai


15.2 Penanaman Ulam Raja.
15.3 Kunyit.
15.4 Cekur.
15.5 Selum.

22
15.6 Kesum.

UNIT 4.1 PENANAMAN SERAI

OBJEKTIF UNIT

Pada akhir unit ini murid boleh:

1. Membersihkan kawasan tanaman daripada rumput-rumpai.


2. Menggemburkan batas menggunakan alatan yang betul.
3. Melakukan pembajaan menggunakan kaedah dan jenis baja yang dipelajari.
4. Menanam rizom serai ke dalam lubang dengan kaedah yang betul.
5. Memungut, membersih dan mengikat hasil tuaian.

UNIT 4.1 PENANAMAN SERAI

MAKLUMAT RUJUKAN.

PENGENALAN

Serai ialah sejenis tanaman saka dari keluarga Poaceae dan spesis Symbopogon Citratus.
Ulam ini banyak ditanam di Malaysia untuk kegunaan sebagai bahan perasa masakan dan
ubatan tadisional dan modern seperti Salap Serai.

Rajah 1 : Rumpun Pokok Serai

PENYEDIAAN KAWASAN ATAU TAPAK

Kawasan penanaman perlu digemburkan dan dibersihkan daripada rumput-rumpai.


Serai juga boleh diusahakan dalam polybag dan bekas kitar semula (tong, tayar)

23
BAHAN TANAMAN

Serai dibiakkan melalui rizom yang berakar serabut. Pilih rizom yang sihat dan segar
sebagai induk tanaman. Potong daun, tinggalkan rizom berakar anggaran 15cm hingga
20cm panjang.

1. Sediakan batas yang telah digemburkan tanahnya.


2. Gali lubang pada jarak 0.6m hingga 1 meter sepanjang batas.
3. Tanam 2 hingga 3 batang rizom serai kedalam setiap lubang pada kedudukan
condong.
4. Proses penanaman serai memerlukan kelembapan yang cukup.

0.3 hingga1 meter

0.6 hingga 1 meter

Rajah 2 : Jarak tanaman

PENJAGAAN

1. Menyiram 2 kali sehari untuk mengekalkan kelembapan tanah.


2. Pembajaan. Gunakan baja sebatian atau baja Urea ketika umur serai 2 bulan dan ke
atas.
3. Merumput 2 kali sepanjang musim tanaman serai.
4. Serangan penyakit dan serangga perosak: Hubungi Jabatan Pertanian atau MARDI
yang berhampiran.

MEMUNGUT HASIL.

1. Serai boleh dituai pada umur 8 hingga 9 bulan. Rumpun serai dituai menggunakan
kaedah mencangkul atau menggali rumpun serai tersebut.
2. Aktiviti melerai rumpun dan membersihkan batang serai.
3. Memotong daun dan melerai upeh tua sebelum di timbang atau ikat.

24
UNIT 4.1 PENANAMAN SERAI

PANDUAN KERJA

BAHAN PERALATAN.

Cangkul, pongkes, pita ukur, tali, baja organik, serampang, pisau, penyiram dan rizom serai.

TUGASAN.

Menyediakan batas, menyediakan benih serai (rizom), penanaman, penjagaan dan


pemungutan hasil.

PENCAPAIAN STANDARD.

Murid boleh melakukan kerja-kerja seperti berikut;

1. Menyediakan kawasan tanaman.


2. Menggemburkan tanah / batas.
3. Mengukur dan menyediakan lubang pada jarak 0.6m antara pokok dan 1m
antara baris.
4. Masukkan baja asas NPK 12:12:17:2 + T.E pada kadar 250kg per hekter semasa
penanam.
5. Menanam serai mengikut aturan / kaedah yang betul.
6. Menjaga tanaman, menyiram 2 kali sehari, merumput dan membaja tanaman
ketika umur serai 2 hingga 4 bulan.
7. Memungut hasil ketika umur serai 8 hingga 9 bulan mengikut aturan yang
ditetapkan.

LANGKAH-LANGKAH KERJA

1. Menyediakan kawasan tanaman / batas.


2. Menggemburkan tanah / batas.
3. Mengukur dan menyediakan lubang untuk menanam rizom serai.
4. Masukkan baja asas NPK
5. Menanam serai mengikut aturan / kaedah yang betul.
6. Menjaga tanaman, menyiram, merumput dan membaja mengikut jadual.
7. Memungut hasil mengikut aturan yang ditetapkan.
8. Meleraikan rumpun serai, membersih, memotong daun dan membuang upeh tua.
9. Mengikat atau menimbang serai untuk jualan.

UNIT 4.2 PENANAMAN ULAM RAJA

PENGENALAN.

25
Murid didedahkan kepada kaedah penanaman herba, pengurusan tanaman, penuaian hasil
dan penjualan. Murid-murid diperkenalkan dengan pelbagai jenis ulaman dan khasiat herba
sebagai ulam segar.

OBJEKTIF UNIT

1. Menyediakan bahan dan alatan perkebunan.


2. Menyediakan tapak tanaman.
3. Mengenali ulam raja dan jenis-jenis ulamnya.
4. Menanam dan menjaga tanaman ulam raja.
5. Memungut hasil.
6. Mensasarkan jualan hasil tuaian ulam raja..

UNIT 4.2 PENANAMAN ULAM RAJA

MAKLUMAT RUJUKAN

PENGENALAN

Ulam raja adalah sejenis tanaman pembuka selera semasa makan nasi. Tumbuh subur di
tanah yang banyak humus, lembab dan cukup cahaya matahari. Ulam raja banyak
mengandungi kalsium dan vitamin A.

Rajah 3 : Pokok Ulam Raja

PENYEDIAAN KAWASAN ATAU TAPAK

1. Kawasan penanaman perlu digemburkan dan dibersihkan daripada rumput-rumpai.


2. Batas berukuran 120cm lebar dan 20cm tinggi.
3. Campurkan kapor sebanyak 2kg untuk setiap 10m panjang batas.
4. Tanah perlu gembur dan campurkan 10kg baja organik bagi setiap 10m panjang.

BAHAN TANAMAN

Biji benih.

26
PENANAMAN

1. Tabur biji benih matang ke atas batas.Sediakan batas yang telah digemburkan
tanahnya.
2. Lakukan penjarakan anak pokok ulam raja kepada 25 cm tiap satu.

25cm

25cm

Rajah 4 : Jarak tanaman

PENJAGAAN

1. Pengairan renjis 2 kali sehari.


2. Membaja menggunakan baja NPK 15:15:15 selepas 5 hingga 6 minggu.
3. Kawalan rumpai menggunakan tangan atau cangkul.

MEMUNGUT HASIL.

1. Memetik pucuk ulam raja selepas 5 hingga 6 minggu selepas proses menanam.
2. Pucuk ulam raja boleh dituai beberapa kali sehingga ulam raja beruah atau tua.

PENGENDALIAN SELEPAS TUAI.

1. Bersihkan ulam raja dengan air.


2. Tuskan ulam raja.
3. Timbang atau ikat untuk dijual.

UNIT 4.2 PENANAMAN ULAM RAJA

PANDUAN KERJA.

BAHAN PERALATAN.

Cangkul, pongkes, baja organik, serampang, pisau, penyiram dan baja NPK.

TUGASAN.

27
Menyediakan batas, menyediakan benih ulam raja, penanaman, penjagaan dan
pemungutan hasil.

PENCAPAIAN STANDARD.

Murid boleh melakukan kerja-kerja seperti berikut;

1. Menyediakan kawasan tanaman.


2. Menggemburkan tanah / batas.
3. Mengukur dan menyediakan lubang.
4. Menanam serai mengikut aturan / kaedah yang betul.
5. Menjaga tanaman, menyiram 2 kali sehari, merumput dan membaja tanaman.
6. Memungut hasil ketika umur 5 hingga 6 minggu mengikut aturan yang ditetapkan.

LANGKAH-LANGKAH KERJA

1. Menyediakan kawasan tanaman / batas.


2. Menggemburkan tanah / batas.
3. Menabur benih ulam raja.
4. Penjarakan anak ulam raja.
5. Pengairan renjis 2 kali sehari.
6. Menjaga tanaman, menyiram, merumput dan membaja mengikut jadual.
7. Memungut hasil mengikut aturan yang ditetapkan.

28
NAMA PELAJAR :
KAD PENGENALAN :
MODUL 4.2 : TANAMAN ULAM RAJA

UNIT : 4.2 Tanaman ulam Raja


TUGASAN : 1. Menanam dan menjaga tanaman serta
memungut hasil tanaman.

PRODUK DI ATAS : ……………………………………………...


TELAH SAYA HASILKAN PADA : . ……………………………….....................
TANDATANGAN MURID : ...…………………………………………......
TANDATANGAN PENTAKSIR SEKOLAH: …………………………………………

29
PENILAIAN KOMPONEN PERTANIAN

MODUL 4 TANAMAN HERBA

UNIT 4.2 TANAMAN ULAM RAJA

TUGASAN 1. Menabur benih dan menjaga tanaman ulam raja serta


memungut hasil tanaman
PENCAPAIAN 1. Membina batas tanaman
STANDARD 2. Menabur baja organik dan mmengaulnya di atas batas
tanaman
3. Membiarkan batas tanaman selama seminggu
4. Mengubah anak benih ke atas batas tanaman.

NAMA MURID

SKIM PENILAIAN PRESTASI

PENCAPAIAN KETERAMPILAN PENILAIAN 1 PENILAIAN 2 CATATAN


BIL KRITERIA Tramp Tidak Tramp Tidak
il Tramp il Trampil
il

1. Mengamalkan peraturan
dan keselamatan di tapak
pertanian
2. Mengamalkan kebersihan
ketika dan selepas aktiviti
3. Mengenal dan mengendali
peralatan dengan betul.
4. Melaporkan kerosakan
yang berlaku kepada guru.
5. Berkerja dalam satu
pasukan.

TARIKH PENILAIAN

Tramp Tidak Tramp Tidak


KEPUTUSAN PENILAIAN il Tramp il Trampil
il

NAMA & TANDATANGAN GURU

30
PROSES DOKUMENTASI HASILAN : UNIT 4.2 TANAMAN HERBA

TUGASAN : 1. Menanam dan menjaga tanaman ulam raja serta


memungut hasil tanaman.

GAMBAR JENIS SAYUR MURID MEMAKAI PAKAIAN KEBUN

MEMBUAT BATAS MURID MENGUTIP HASIL TANAMAN

31
MODUL 4.2 TANAMAN ULAM RAJA
UNIT 4.2 ULAM RAJA
TUGASAN Menanam dan menjaga tanaman ulam serta memungut hasil tanaman

PENCAPAIAN 1. Membina batas tanaman


STANDARD 2. Menabur baja organik dan mmengaulnya di atas batas tanaman
3. Membiarkan batas tanaman selama seminggu
4. Mengubah anak benih ke atas batas tanaman.

NAMA MURID

SOALAN LISAN

PERHATIAN:
1. Soalan ini ditanya semasa, sebelum atau sesudah calon menjalankan tugasan yang
diberikan.
2. Keputusan soalan lisan ini akan disemak bersama SKIM PENILAIAN PRESTASI

BIL SOALAN TERAMPI TIDAK CATATAN


L TERAMPI
L
1. Ulam termasuk dalam kumpulan jenis
herba
2. Apa kebaikan makan ulam……..
3. Ulam raja sesuai ditanam …………
4. Sebutkan faktor yang diperlukan ketika
memilih tapak kawasan herba
5. Tanah yang sesuai untuk tanaman ulam
raja

TERAMPIL BELUM TERAMPIL

TANDATANGAN GURU MENILAI

NAMA GURU MENILAI

TARIKH PENILAIAN

32
KEPUTUSAN UJIAN LISAN

JAWAPAN SOALAN LISAN

BIL. JAWAPAN
 Daun
1.
 Untuk mendapatkan vitamin
2.
 Di batas
3.
 1. jenis tanah 2. Berdekatan sumber air 3. Tanah rata
4.
 Tanah loam – peroi
5.

33
MODUL 4 TANAMAN HERBA
UNIT 4.2 TANAMAN ULAM RAJA
TUGASAN Menanam dan menjaga tanaman herb serta memungut hasil tanaman

PENCAPAIAN 1. Membina batas tanaman


STANDARD 2. Menabur baja organik dan mmengaulnya di atas batas tanaman
3. Membiarkan batas tanaman selama seminggu
4. Menabur benih ke atas batas tanaman.

NAMA MURID

PENILAIAN PENGETAHUAN

PERHATIAN :

Ujian ini untuk menilai tahap pengetahuan murid bagi Tugasan …………………………………..
ARAHAN :

1. Jawab semua soalan.

2. Jawab di atas kertas soalan ini.

3. Gunakan pen mata bulat.

4. Masa yang dibenarkan 60 minit

34
PENILAIAN PENGETAHUAN :

SOALAN

Jawab soalan di bawah. Pilih dan bulatkan jawapan yang paling tepat. (CONTOH)

1. Di antara berikut yang manakah benar pemungutan ulam raja


A. Mencabut atau mengali
B. Memotong
C. Memetik

2. Tempoh pungutan ulam raja


A. 1 hingga 2 minggu
B. 10 hingga 20 hari
C. 6 hingga 8 minggu

3. Kaedah pembiakan ulam melalui


A. Daun
B. Biji benih
C. Keratan batang

4. Apakah aktiviti penjagaan herba sebaik sahaj selepas ditanam


A. Merumput dan membaja
B. Membuat sokongan
C. Memberi sungkupan

5. Di antara berikut yang manakah bukan sifat biji yang baik


A. Ringan
B. Serang kulat
C. Bernas dan berat

KEPUTUSAN PENCAPAIAN

TERAMPIL BELUM TERAMPIL

TANDATANGAN GURU MENILAI

NAMA GURU MENILAI

TARIKH PENILAIAN

35

You might also like