Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

Calon hendaklah menjawab berdasarkan kerangka jawapan di bawah.

Format Perincian Markah Penuh

Memahami latar 1. Pengenalan 5 markah


belakang pembentukan Jelaskan secara umum tentang
Malaysia. Malaysia

Memahami cadangan 2. Cadangan pembentukan Malaysia. 30 markah


dan sebab-sebab Terangkan cadangan pembentukan
pembentukan Malaysia Malaysia berdasarkan perkara berikut:
(a) Idea cadangan pembentukan
Malaysia.[10 m]
(b) Sebab-sebab pembentukan
Malaysia
-Politik
-Ekonomi
-Sosial

Menganalisis reaksi 3. Reaksi pembentukan Malaysia. 15 markah


terhadap pembentukan Terangkan reaksi terhadap
Malaysia. pembentukan Malaysia.

Mengaplikasi semangat 4. Peranan pelajar mengamalkan 15 markah


1 Malaysia semangat 1 Malaysia.
Bagaimanakah para pelajar dapat
memupuk semangat perpaduan?

Menilai kejayaan- 5. Kejayaan Malaysia sehingga kini. 10 markah


kejayaan Malaysia Berdasarkan pemerhatian
sehingga kini anda,jelaskan kejayaan yang dicapai
oleh negara kita sehingga hari ini.

Mencipta/menjana idea 6. Cabaran menjamin kedaulatan 10 markah


untuk menghadapi negara dan bangsa Malaysia.
cabaran masa hadapan (a) Jelaskan cabaran yang dihadapi
bagi menjamin Malaysia kini.[5m]
kedaulatan negara dan (b) Nyatakan langkah-langkah
bangsa Malaysia. untuk mengatasi cabaran di atas.[5m]

Menghayati nilai-nilai 7. Penerapan nilai-nilai 10 markah


murni/iktibar/patriotisme murni/iktibar/patriotisme yang dapat
daripada pembentukan diterapkan daripada pembentukan
Malaysia. Malaysia.
Cadangan Peraturan Pemarkahan Kertas 3 Bab 6
1. Pengenalan
...Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 telah membawa kemerdekaan kepada Persekutuan
Tanah Melayu.
...Persekutuan Tanah Melayu terdiri daripada sembilan buah negeri Melayu.
...iaitu Johor,Negeri Sembilan,Selangor,Pahang,Perak,Kelantan,Terengganu,Kedah,Perlis dan dua
buah Negeri Selat iaitu Pulau Pinang dan Melaka.
...Singapura diletakkan di luar Persekutuan Tanah Melayu seperti yang terkandung dalam Perjanjian
Malayan Union (1946)
...Sarawak dan Sabah terus kekal sebagai Tanah Jajahan Mahkota.
...manakal Kesultanan Brunei terus dilindungi oleh British
...Keadaan ini kekal sehingga Malaysia terbentuk.
...Usaha pembentukan Malaysia menimbulkan reaksi serta cabaran dari dalam negeri dan negara
luar tetapi hal ini ditangani melalui pelbagai usaha.
...Pembentukan Malaysia akhirnya diterima oleh Perlembagaan Malaysia 1963 telah digubal.
[9x1m][Maksimum:5 markah]
2. (a) Idea cadangan pembentukan Malaysia.
Cadangan Lord Brassey
...Idea pembentukan Malaysia telah dikemukakan sejak awal abad ke 19.
...Cadangan pertama dikemukakan pada tahun 1887 oleh Lord Brassey,iaitu Pengarah Syarikat
Borneo Utara.
...Beliau mencadangkan agar kerajaan British menggabungkan Sarawak dan Sabah (Borneo Utara)
dengan Negeri-negeri Melayu dan Negeri-Negeri Selat.
Cadangan Sir Malcolm Mac Donald
...Pada tahun 1948,Gabenor Jeneral Asia Tenggara (1949-1952),Sir Malcolm MacDonald
mencadangkan supaya Sarawak ,Sabah,Singapura,Brunei,dan Persekutuan Tanah Melayu
digabungkan.
Cadangan Dato’ Onn Jaafar
...Pada tahun 1956,Dato’Onn Ja’afar mencadangkan agar Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka
dinamakan Malaysia.
...Beliau berpendapat British akan menggabungkan negeri Sarawak,Sabah,Brunei,dan Singapura
dengan Persekutuan Tanah Melayu pada suatu masa nanti.
Cadangan pemimpin-pemimpin Singpaura
...Pemimpin-pemimpin Singapura turut mencadangkan pembentukan Malaysia seperti Lim Yew
Hock,David Marshall (1955) dan Lee Kuan Yew (1959)
...Lee Kuan Yew mendesak British supaya berunding dengan Tunku Abdul Rahman untuk
menggabungkan Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu sahaja
...Idea ini tidak dipersetujui oleh Tunku Abdul Rahman kerana gabungan ini akan menyebabkan
berlakunya ketidakseimbangan penduduk..
Cadangan Tunku Abdul Rahman
...Pada 27 Mei 1961,Tunku Abdul Rahman menyetujui gagasan Malaysia dan mencadangkan
pembentukannya dalam majlis makan tengah hari anjuran Persatuan Wartawan Luar Negeri di Hotel
Adelphi,Singapura.
...Beliau menyuarakan harapannya supaya negara Malaysia dapat dibentuk bagi menjamin satu
kedudukan politik yang lebih kukuh dan disegani di rantau ini.
...Pembentukan Malaysia dapat mewujudkan kerjasama dalam bidang ekonomi dan social.
...Menurut beliau,pembentukan Malaysia memerlukan kerjasama antara British dengan rakyat
tempatan.
[13x1m][Maksimum 10 markah]
(b) Sebab-sebab pembentukan Malaysia
Faktor Politik
Keselamatan
...Lee Kuan Yew berminat untuk bergabung dengan Malaysia kerana perkembangan pengaruh
Barisan Sosialis yang memenangi pilihan raya Hong Lim di Singapura pada bulan April 1961.
...Kebangkitan pengaruh Barisan Sosialis akan melemahkan Parti Tindakan Rakyat,atau People’s
Action Party (PAP) pimpinan Lee Kuan Yew.
...Perkembangan di Singapura membimbangkan kerana pergerakan yang berlaku akan menggugat
rancangan Kerajaan British dalam memberikan kemerdekaan kepada Singapura.
...Lee Kuan Yew menganggap Barisan Sosialis sebagai gerakan berhaluan kiri.
...Lee Kuan yew menggunakan alasan ancaman komunis untuk mendesak British menggabungkan
Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu.
...Persekutuan Tanah Melayu berpengalaman dalam membanteras pengaruh Parti Komunis Malaya
(PKM) sepanjang tempoh darurat,iaitu daru tahun 1948 hingga tahun 1960.
...Ancaman komunis turut berlaku di Sarawak dan Clandestine Communist Organization (CCO) yang
bermatlamat menjadikan Sarawak sebagai negara komunis.
...Ancaman komunis merupakan antara faktor terpenting yang mendorong Tunku Abdul Rahman
mengemukakan idea pembentukan Malaysia.
...kerana penyertaan Singapura,Sarawak,dan Sabah dalam Malaysia diharapkan dapat menjadi
benteng yang kukuh bagi ancaman komunis.
Kemerdekaan
...Penubuhan Malaysia mencepatkan kemerdekaan Sarawak,Sabah,Singapura dan Brunei.
...kerana pada masa itu Sarawak,Sabah dan Brunei masih belum mampu berkerajaan sendiri.
...Penyertaan negara-negara ini dalam Malaysia dapat menjamin kemerdekaan yang lebih awal
kerana mengikut perancangan,Malaysia akan ditubuhkan dalam tempoh dua tahun.
...Dengan menyertai Malaysia,negara-negara ini juga dapat menikmati pembangunan
sosial,ekonomi,dan politik.
Dekolonisasi
...Penubuhan Malaysia merupakan satu usaha dekolonisasi British terhadap negeri-negeri kecil yang
belum membangun.
...Pada masa itu,hampir kesemua negara di Asia Tenggara telah mendapat kemerdekaan.
...Dalam perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) pada tahun 1960,timbul usul
agar tanah-tanah jajahan diberi kemerdekaan.
...Kejayaan pembentukan Malaysia diharapkan dapat memberikan kestabilan politik kepada rantau
Asia Tenggara.
...British berharap pembentukan Malaysia dapat menghalang penyebaran pengaruh komunis di
Sinngapura dan wilayah-wilayah Borneo.
...British perlu mengambil langkah-langkah ke arah memastikan kepentingan mereka terus
terkawal,terutamanya di pangkalannya,Singapura.
Faktor Ekonomi.
Kerjasama ekonomi.
...Penubuhan Malaysia akan mewujudkan satu pasaran yang lebih luas bagi menggalakkan
pelaburan dan perkembangan industri pertanian.
...Kerjasama serantau dalam bidang ekonomi dapat memanfaatkan keistimewaan dan sumber-
sumber yang ada di negeri-negeri ini.
...Tanah Melayu kaya dengan bahan mentah.
...seperti getah dan bijih timah,Sarawak dan Sabah mempunyai sumber balak manakala Brunei kaya
dengan sumber minyak.
Faktor Sosial.
Kependudukan
...Pembentukan Malaysia dapat mengimbangkan jumlah dan kadar pertumbuhan kaum dalam
kalangan negeri anggota.
...dengan memasukkan Sarawak,Sabah dan Brunei dalam gabungan itu.
[25x1m][Maksimum:20 markah]
3. Reaksi terhadap pembentukan Malaysia
Reaksi Dalam Negeri
Persekutuan Tanah Melayu
...Rakyat Persekutuan Tanah Melayu melihat persekutuan Malaysia sebagai usaha murni untuk
membantu dan memimpin negeri-negeri anggota.
...Pengalaman Persekutuan Tanah Melayu sebagai negara yang telah merdeka dan menjadi aset
yang boleh digunakan untuk memajukan Malaysia yang akan ditubuhkan.
...Kebanyakan parti politik di Persekutuan Tanah Melayu menyokong idea ini tetapi terdapat
perbezaan pendapat tentang cara pelaksanaannya.
...Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS) Barisan Sosialis meminta supaya idea ini dirundingkan terlebih
dahulu dalam kalangan penduduk Persekutuan Tanah Melayu.
...UMNO pula menyetujui penggabungan Persekutuan Tanah Melayu dengan Sarawak,Sabah,dan
Brunei tanpa Singapura.
Singapura
Parti Tindakan Rakyat(PAP)
...Sejak tahun 1950-an lagi,Singapura berhasrat bergabung dengan Persekutuan tanah Melayu.
...Lee Kuan Yew dan partinya,PAP menyokong usaha ini kerana bimbang dengan pengaruh parti
berhaluan kiri yang kuat.
...Lee Kuan Yew ingin mempertahankan kedudukannya sendiri.
...Menjelang bulan Disember 1961,Majlis Undangan Negeri Singapura meluluskan usul
penggabungan ini.
Barisan Sosialis
...Parti pembangkang Singapura yang terbesar,Barisan Sosialis menentang idea pembentukan
Malaysia kerana beranggapan gabungan tersebut merupakan satu bentuk penjajahan baru.
...Barisan Sosialis menuntut supaya pandangan rakyat Singapura diperoleh terlebih dahulu sebelum
Singapura menyertai gabungan ini.
Parti Buruh
...Parti Buruh pimpinan David Marshall menyokong pandangan Barisan Sosialis.
...Parti Rakyat Bersatu/United People’s Party pimpinan Ong Eng Guan turut menyokong pandangan
barisan Barisan Sosialis.
...Parti Rakyat Bersatu menggesa kerajaan Singapura mendapatkan pandangan rakyat.
...Pada 1 September 1962,satu referendum berhubung dengan persoalan dan syarat penggabungan
telah diadakan di Singapura.
...Dalam referendum ini,pengundi-pengundi Singapura memilih penggabungan diadakan mengikut
cadangan kerajaan Singapura seperti yang dipersetujui dengan Persekutuan Tanah Melayu pada
bulan November 1961.
Sarawak dan Sabah
...Reaksi segera di Sarawak dan Sabah selepas cadangan pembentukan Malaysia diumumkan
adalah ke arah menolak cadangan ini.
...Sebabnya kedua-dua negeri ini telah lama berada di bawah pemerintahan British,iaitu Sabah
selama 61 tahun dan Sarawak lebih daripada satu abad.
...Ramai yang ingin kekal di bawah pemerintahan British kerana mereka belum ada keyakinan untuk
membentuk pemerintahan sendiri.
...Sebelum ini,peluang mereka terlibat dalam politik adalah terhad.
Sarawak
...Kesemua parti politik di Sarawak akhirnya menyokong Sarawak menyertai Malaysia walaupun pada
peringkat awalnya mereka menentang kerana mereka inginkan kemerdekaan Sarawak dicapai
terlebih dahulu.
...Hanya SUPP yang terus menentang pembentukan Malaysia.
...Pada bulan Oktober 1962,lima buah parti,iaitu PANAS,SNAP,BERJASA,SCA,dan PESAKA telah
bergabung membentuk Parti Perikatan Sarawak.
...Parti Perikatan Sarawak telah berjuang ke arah menyokong Sarawak menyertai Malaysia dan
berusaha menyekat pengaruh SUPP.
Sabah
...Di Sabah,masih belum terdapat parti-parti politik,namun pengumuman tentang gagasan Malaysia
oleh Tunku Abdul Rahman telah melahirkan beberapa buah parti politik di Sabah.
Parti-parti politik ini bertujuan mengemukakan pandangan dan mendapatkan sokongan tentang
gagasan Malaysia.
...Pada bulan September 1961,kelima-lima parti politik,iaitu UNKO,USNO,Parti Pasok Momogun,Parti
Bersatu dan Parti Demokratik bergabung membentuk Parti Perikatan Sabah.
...Kesemua parti di Sabah menyokong penyertaan Sabah dalam Malaysia.
...Parti Perikatan telah mengemukakan tuntutan yang mempunyai 20 syarat yang dikenal sebagai
Perkara 20.
...Tuntutan ini kemudiannya turut diterima oleh Sarawak.
...Perkara 20 menyenaraikan tuntutan Sarawak dan Sabah yang hendak dimasukkan ke dalam
Perlembagaan Malaysia yang baru oleh Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK).
...Laporan JAK telah memuatkan tuntutan tersebut yang kemudiannya menjadi asas kepada
pembentukan perlembagaan Malaysia yang baru.
...Tuntutan tersebut dapat melindungi hak dan kepentingan penduduk Sabah dan Sarawak.
...Sabah dan Sarawak diberikan hak wilayah asingan yang menyentuh perkara seperti ketua
negeri/Bahasa Kebangsaan/Agama Islam/kedudukan istimewa penduduk asal negeri dan hal ehwal
imigresen/kerakyatan/peruntukan kewangan/pelajaran.
...Menjelang akhir tahun 1961,ramai pemimpin dan rakyat Sarawak dan Sabah mulai menyokong
pembentukan Malaysia.
...Perubahan sikap ini didorong oleh usaha kerajaan British dan Persekutuan Tanah Melayu
menjelaskan tentang gagasan Malaysia dan mempertimbangkan pandangan penduduk Sarawak dan
Sabah.
...Semangat perpaduan dan sikap toleransi yang diperlihatkan oleh para pemimpin Tanah Melayu
seperti Tunku Abdul Rahman,Tun Abdul Razak,Tun V.T Sambanthan dan Tun Tan Siew Sin telah
membantu kepada perubahan sikap ini.
...Usaha ini turut mendapat kerjasama daripada pemimpin-pemimpin Sarawak dan Sabah seperti
Datu Mustapha datu Harun,Temenggung Jugah,Donald Stephen,Ong Kee Hui,dan Stephen Kalong
Ningkan.
Brunei
...Sultan Brunei,Sultan Omar Ali Saifuddin menyokong gagasan Malaysia pada peringkat awalnya.
...Sultan Brunei telah membentuk sebuah suruhanjaya untuk meninjau pendapat rakyat Brunei.
...Parti Rakyat Brunei (PRB) pimpinan A.M Azahari menentang gagasan Malaysia kerana PRB ingin
menubuhkan Persekutuan Borneo,iaitu kerajaan Kalimantan Utara yang terdiri daripada
Sarawak,sabah dan Brunei.
...Anggota PRB menganggap gagasan Malaysia sebagai satu bentuk neokolonialisme.
...A.M Azahari telah melancarkan pemberontakan di bawah pasukan Tentera Nasional Kalimantan
Utara (TNKU) yang ditubuhkan di beberapa buah bandar di Sarawak,Sabah dan Brunei.
...Pemberontakan ini dilancarkan apabila Majlis Mesyuarat Undangan Negeri Brunei diadakan.Sultan
Brunei terpaksa menangguhkan keputusan tentang gagasan Malaysia.
...A.M Azahari dan pendokongnya mendapat bantuan dan sokongan daripada Indonesia dan Filipina.
...Pemberontakan Brunei yang berlaku pada 7 Disember 1962 dapat dipatahkan oleh tentera British
tetapi A.M Azahari yang berada di Manila tidak dapat ditangkap.
...A.M Azahari kemudiannya mendapat perlindungan politik di Indonesia.
Reaksi Negara Luar
Indonesia
....Indonesia membantah pembentukan Malaysia walaupun pada peringkat awalnya Indonesia tidak
menunjukkan sebarang reaksi terhadap pembentukan Malaysia.
...Penentangan Indonesia hanya berlaku pada akhir tahun 1962 kerana Indonesia berpendapat
bahawa pembentukan Malaysia merupakan satu bentuk neokolonialisme yang akan mengancam
Indonesia.
...Pandangan yang disuarakan oleh Parti Komunis Indonesia (PKI) telah mempengaruhi Presiden
Soekarno untuk mengisytiharkan Dasar Konfrontasi.
...Pada 20 Januari 1963,Indonesia melancarkan Dasar Konfrontasi dari segi ekonomi dan
kemasyarakatan terhadap Malaysia dengan konsep Ganyang Malaysia.
...Ganyang Malaysia merupakan dasar Indonesia untuk memusnahkan pembentukan Malaysia.
...Antara tindakan Indonesia melalui Ganyang Malaysia ialah menghantar pengintip untuk
memusnahkan gagasan Malaysia dari dalam secara sulit.
...Pada peringkat permulaan,Indonesia melakuakan serangan terhadap kapal-kapal nelayan Tanah
Melayu dan melakukan pencerobohan udara.
...Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu tidak mengambil sebarang tindakan pada peringkat ini tetapi
apabila tentera Indonesia mula melancarkan serangan terhadap Malaysia melalui Johor,Sarawak dan
Sabah,Malaysia bertindak balas dengan bantuan tentera Komanwel dari Britain,Australia,New
Zealand dan Kanada.
...Malaysia mempunyai perjanjian pertahanan dengan Britain.
...Tunku Abdul Rahman mengambil tindakan menghantar bantahan rasmi kepada Setiausaha Agung
Bangsa-Bangsa Bersatu berhubung dengan pencerobohan Indonesia terhadap Tanah
Melayu,Sarawak dan Sabah.
...Ancaman Indonesia untuk menekan Tanah Melayu dari segi ekonomi tidak berlaku tetapi
sebaliknya tindakan ini telah menjejaskan Indonesia sendiri.
...Malaysia juga terpaksa mengambil langkah memelihara kedaulatan negara dan rakyatnya apabila
Indonesia bertindak memburukkan nama Malaysia di negara Afro-Asian dan negara Dunia Ketiga.
...Perwakilan Malaysia yang diketuai oleh Tun Abdul Razak mengadakan lawatan ke beberapa buah
negara Afrika untuk menjelaskan masalah hubungan diplomatik antara Indonesia dengan Malaysia.
...Hubungan tegang antara Indonesia-Malaysia berterusan hingga bulan September 1965 apabila
berlaku pemberontakan bersejanta di Indonesia.
...Presiden Jeneral Soeharto telah menggulingkan Presiden Soekarno dalam pemberontakan
tersebut.
...Presiden Soeharto telah menghantar Menteri Luar Indonesia,Adam Malik bagi memulihkan
hubungan diplomatik Indonesia-Malaysia.
...Perundingan telah diadakan di Bangkok pada tahun 1966 dan Malaysia diwakili oleh Tun Abdul
Razak Hussein.
...Menjelang bulan Ogos 1966,konfrontasi Indonesia terhadap Malaysia ditamatkan.
Filipina
...Pada tahun Jun 1962,kerajaan Filipina di bawah pimpinan Presiden Macapagal membuat
pengumuman rasmi untuk menuntut hak terhadap Sabah.
...Kerajaan Filipina mendakwa bahawa Sabah masih merupakan sebahagian daripada milik
Kesultanan Sulu.
...Tuntutan Filipina dibuat berdasarkan perjanjian yang ditandatangani pada 22 Januari 1878 antara
Sultan Jamalul Alam dengan Baron Overbeck.
...Baron Overbeck kemudiannya telah menjualkan haknya kepada Alfred Dent yang menubuhkan
syarikat perdagangan yang berjaya memperoleh Piagam Diraja daripada British.
...Pada tahun 1881,syarikat ini dikenal sebagai Syarikat British Utara Borneo (SBUB)
...Syarikat ini memerintah Sabah sehingga kedatangan Jepun dan pada tahun 1946,SBUB
menyerahkan pemerintahan Sabah kepada British.
...Pada 22 Januari 1958,waris Sultan Sulu yang terakhir iaitu Sultan esmail Kiram telah
mengisytiharkan bahawa pajakan ini tamat.
...Walau bagaimanapun ,menjelang bulan Jun 1966,Filipina mengiktiraf penubuhan Malaysia untuk
membaiki hubungan antara Malaysia-Filipina melalui MAPHILINDO (Malaysia,Filipina,dan Indonesia)
[73x1m] [Maksimum:15 markah]
4. Bagaimanakah para pelajar dapat memupuk semangat perpaduan?
...Mengamalkan prinsip Rukun Negara.
...Menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi .
...Menyertai aktiviti sukan di sekolah.
...Melibatkan diri dalam aktiviti perkhemahan yang terdiri daripada pelajar pelbagai kaum.
...Mengadakan kempen kesedaran kepentingan perpaduan antara kaum.
...Mempelajari kepelbagaian budaya di Malaysia.
...Mengadakan minggu/bulan berkaitan dengan Semangat 1 Malaysia.
...Mengadakan pertandingan mengarang/menulis esei berkaitan dengan perpaduan kaum di
Malaysia.
...Menghormati budaya/kepercayaan sesuatu kaum.
...Bergaul mesra sesama rakan pelajar pelbagai kaum.
...Menyertai aktiviti kokurikulum secara aktif.
...Mengadakan kumpulan perbincangan/group study yang melibatkan pelbagai kaum.
...Mendeklamasikan sajak bertemakan “Perpaduan”
...Mengunjungi rumah terbuka bagi rakan-rakan yang berlainan bahasa.
...Mengadakan aktiviti gotong-royong di sekolah.
...Menjaga/meningkatkan nama baik sekolah secara bersama.
[16x1m][Maksimum:15 markah]
[Terima mana-mana jawapan yang munasabah]
5. Kejayaan Malaysia yang boleh dibanggakan oleh generasi kini
...Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA)
...Menara Berkembar Petronas Kuala Lumpur/KLCC
...Litar Sepang
...Menara Kuala Lumpur
...Perisytiharan Melaka/Pulau Pinang/sebagai bandaraya warisan dunia.
...Kejayaan pelayar negara Dato Azhar Mansor berjaya mengelilingi dunia.
...Program Angkasawan Negara/Dr.Sheikh Muzaffar Shukor.
...Dato’ Sharifah Mazlina berjaya merentasi kutub selatan .
...Koridor Raya Multimedia (MSC)
...Dato Malik Maidin merentasi Selat Inggeris.
...Jambatan Pulau Pinang.
...Kemajuan sistem pengangkutan/LRT/MRT/Monorel.
...Kereta nasional/Proton Saga/Myvi/Preve/Persona/Inspira
[13x1m][Maksimum:10 markah]
[Terima mana-mana jawapan lain yang munasabah]
6. (a) Cabaran menjamin kedaulatan negara dan bangsa Malaysia
...Mendapat pengiktirafan dari negara maju.
...Keruntuhan akhlak remaja.
...Nilai-nilai kemanusiaan semakin pudar.
...Penyalahgunaan dadah.
...Institusi kekeluargaan semakin luntur/penceraian meningkat.
...Demonstrasi jalanan untuk menyuarakan ketidakpuasan hati.
...Masalah kemiskinan.
...Kadar pengangguran tinggi.
...Sekatan/kawalan negara maju.
...Penyalahgunaan ICT.
[11x1m][Maksimum:5 markah]
[Terima mana-mana jawapan lain yang munasabah]
(b) Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran.
...Melahirkan modal insan berkualiti.
...Memperkukuh jati diri/PLKN
...Menerapkan integriti/anti rasuah.
...Merealisasikan wawasan 2020
...Menjayakan konsep 1 Malaysia
...Memperkasa sekolah agama
...Mengukuhkan institusi kekeluargaan.
...Memantapkan peranan masyarakat untuk mengatasi gejala sosial.
...Menguatkuasakan undang-udang secara adil
[9x1m][Maksimum:5 markah]
[Terima mana-mana jawapan lain yang munasabah]
7. Penerapan nilai-nilai murni/iktibar/patriotisme
...Kerjasama antara pemimpin-pemimpin/pemimpin-rakyat.
...Berfikiran positif
...Melakukan rundingan untuk menyelesaikan masalah.
...Berdaya saing.
...Memanfaatkan kurniaan Tuhan.
...Pemikiran yang matang.
...Mempunyai sikap positif.
...Mengekalkan tradisi bangsa.
...Berbangga dengan pencapaian negara.
...Tidak mudah putus asa.
...Memelihara jati diri.
...Tidak bekerjasama dengan kuasa asing yang merosakkan negara
...Mengukuhkan perpaduan kaum.
...Berdisiplin
[14x1m][Maksimum:10 markah]
[Terima mana-mana jawapan lain yang munasabah]
8. Rumusan
...Pengetahuan yang diperoleh.
...Iktibar kepada diri,bangsa dan negara.
...Harapan untuk masa depan ekonomi Malaysia yang lebih cemerlang.

Read more at https://amirulhakim1996.blogspot.com/2013/06/soalan-kertas-3-tingkatan-5-bab-


6.html#cXpYHclbBlVSMFzp.99
"Kerajaan British bersetuju menyerahkan kedaulatan Sabah, Serawak dan Singapura
kepada Kerajaan Malaysia pada 31 Ogos 1963. Sungguhpun begitu, Malaysia telah
ditentang keras oleh Indonesia dan Filipina. Setelah berjaya menghadapi cabaran getir,
lahirla sebuah kesatuan yang dikenali sebagai Malaysia pada 16 September 1963"

1. Pengenalan (rujuk Buku Teks, hlm 136)

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 telah membawa kemerdekaan kepada


Persekutuan Tanah Melayu . Persekutuan ini mengandungi 11 buah negeri. Singapura
diletakkan di luar Persekutuan Tanah Melayu seperti dalam Perjanjian Malayan Union 1946
dan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Sabah dan Sarawak kekakl sebagai Tanah Jajahan
Mahkota British. Keadaan ini kekal sehinggala timbul ura-ura Pembentukan
Malaysia. Usaha ini menimbulkan reaksi dan cabaran dari dalam dan luar negeri. Akhirnya,
pembentukan Malaysia diterima dan Perlembagaan Malaysia digubal pada tahun 1963.

2. Idea/ Cadangan Pembentukan Malaysia (hlm 137-138)

Idea/ cadangan Pembentukan Malaysia yang pertama oleh Lord Brassey iaitu Pengarah
Syarikat Borneo Utara British. Beliau mencadangkan agar Kerajaan British mengabungkan
Sarawaj dan Sabah dengan Negeri-Negeri Melayu dan Negeri-Negeri Selat.
Idea kedua ialah oleh Sir Malcom MacDonald pada tahun 1948. beliau seorang Gabenor
Jeneral Asia Tenggara. Cadangan beliau ialah Sarawak, Sabah, Singapura, Brunei dan
Persekutuan Tanah Melayu digabungkan.
Idea atau cadangan seterusnya daripada Dato' Onn Jaafar pada tahun 1956. Beliau
mencadangkan agar Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka dinamai "Malaysia". Beliau
berpendapat pada suatu hari nanti, British akan menggabungkan negeri Sarawak, Sabah,
Brunei dan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu
Selain itu, ada cadangan atau idea daripada pemimpin Singapura iaitu Lim Yew Hock, David
Marshall dan Lee Kuan Yew yang mendesak agar British berunding dengan Tunku Abdul
Rahman. Mereka mencadangkan agar gabungan tersebut diantara Singapura dan
Persekutuan Tanah Melayu sahaja. Namun begitu, cadangan ini tidak dipersetujui oleh
Tunku Abdul Rahman kerana akan berlaku ketidakseimbangan penduduk.
Seterusnya cadangan oleh Tunku Abdul Rahman pada 27 mei 1961. Beliau bersetuju
dengan gagasan Malaysia dan mengumumkan cadangan tersebut dalam Majlis Makan
Tengahari anjuran Persatuan Wartawan Luar Negeri di Hotel Adelphi, Singapura. hasrat
beliau ialah pembentukan Malaysia dapat menjamin kedudukan politik yang lebih kukuh
dan disegani di rantau ini. Selain itu, kerjasama ekonomi dan sosial dapat diwujudkan.

3. Faktor Pembentukan Malaysia (hlm 139-140)


Pertama ialah faktor politik. Lee Kuan Yew berminat bergabung dengan Malaysia kerana
bimbang pengaruh Barisan Sosialis yang telah menang dalam pilihanraya Hong Lim di
Singapura pada tahun 1961. Ini akan melemahkan Parti Tindakan Rakyat (PAP) kerana
Barisan Sosialis dianggap gerakan berhaluan kiri. Selain itu, kebangkitan Barisan Sosial
boleh menggugat rancangan British memerdekakan Singapura.
Selain itu ialah ancaman komunis yang menjadi faktor pembentukan Malaysia. Lee Kuan
Yew gunakan alasan ini untuk menggabungkan Singapura dengan Persekutuan Tanah
Melayu. Persekutuan Tanah Melayu dianggap mempunyai pengalaman luas dalam
membenteras ancaman komunis.
Tambahan pula ancaman komunis di Sarawak mendorong Tunku Abdul Rahman
mencadangkan Pembentukan Malaysia. Penyertaan Sarawak, Sabah dan Singapura boleh
menjadi benteng menghadapi ancaman komunis.
Pembentukan Malaysia dapat mempercepatkan kemerdekaan Sarawak, Sabah dan
Singapura serta Brunei. Penyertaan negara ini menyebabkan mereka dapat merdeka 2
tahun lebih awal. Disamping itu juga, mereka dapat menikmati pembangunan sosial,
ekonomi dan politik.
Penubuhan Malaysia merupakan satu proses dekolonisasi Britih terhadap negeri-negeri
Melayu. Usul oleh PBB ini ialah agar tanah-tanah jajahan dimerdekakan.

Faktor kedua ialah faktor ekonomi. Penubuhan Malaysia dapat mewujudkan satu
pasaran yang lebih luas, menggalakkan pelaburan dan perkembangan pertanian. selain itu,
memanfaatkan sumber dan keistimewaan yang ada kerana Tanah Melayu kaya dengan
bahan mentah seperti getah dan bijih timah.

Faktor ketiga ialah faktor sosial. Pembentukan Malaysia dapat mengimbangi jumlah dan
kadar pertumbuhan kaum. selain itu, memajukan negari seperti Sarawak dan Sabah.

4. Reaksi Terhadap Pembentukan Malaysia.

i) Reaksi Dalam Negeri.


Reaksi dari Singapura ialah Lee Kuan Yew dan PAP sangat menyokong usaha ini. Namun
begitu, penentangan daripada Barisan Sosialis yang mengatakan Pembentukan Malaysia
ialah satu bentuk penjajahan bentuk baru. Mereka menuntut agar cadangan ini mesti
mendapat pandangan rakyat Singapura terlebih dahulu. Maka satu referendum diadakan
dan hasilnya rakyat Singapura bersetuju dengan Pembentukan Malaysia.
Reaksi daripada Sabah ialah pada peringkat awalnya mereka menolak kerana sudah selesa
berada di bawah jajahan British. Begitu juga dengan negeri Sarawak yang menolak
cadangan tersebut pada peringkat awal. Namun setelah pelbagai usaha dilakukan rakyat
Sabah dan Sarawak sudah dapat menerima gabungan ini melainkan Pasti SUPP yang
menolak cadangan ini kerana bimbang Sarawak akan dikuasai oleh Persekutuan Tanah
Melayu.
Reaksi dari Tanah Melayu pula, semua parti politik bersetuju kecuali Parti PAS yang
meminta idea ini dirunding terlebih dahulu dengan penduduk Persekutuan Tanah Melayu.

ii) Reaksi Luar Negeri


Reaksi dari Indonesia ialah Indonesia membantah pembentukan Malaysia. Walaupun
pada peringkat awal, Indonesia tidak menunjukkan reaksi tetapi pada akhir tahun 1962,
mereka mula membantah.
Indonesia berpendapat Pembentukan Malaysia ialah satu bentuk neokolonisme yang akan
mengancam Indonesia. Pandangan ini disuarakan oleh Parti Komunis Indonesia (PKI) yang
telah mempengaruhi Presiden Soekarno sehingga mereka mengisytiharkan Dasar
Konfrontasi dengan Konsep Ganyang Malaysia.
Antara tindakan Indonesia untuk mengagalkan Pembentukan Malaysia ialah menghantar
pengintip dan melakukan serangan terhadap kapal-kapal nelayan Tanah Melayu. Selain itu,
Indonesia telah melakukan pencerobohan di ruang udara Tanah Melayu.
Indonesia turut melancarkan serangan ke atas Tanah Melayu melalui Johor, Sarawak dan
Sabah. Serangan ini menyebabkan Malaysia mengambil tindak balas dengan bantuan
daripada tentera komanwel.
Bukan itu sahaja, malah Indonesia turut memburuk-burukkan nama Malaysia di negara
Afro-Asia dan Negara Dunia Ketiga. Justeru, pewakilan Malaysia yang diketuai oleh Tun
Abdul Razak telah mengadakan lawatan ke negara-negara Asia bagi menjelaskan hubungan
Malaysia dengan Indonesia.
Reaksi daripada Filipina ialah Kerajaan Filipina dibawah Presiden Macapagal mendakwa
bahawa Sabah itu adalah hak milik Kesultanan Sulu. Tuntutan ini berdasarkan perjanjian
yang ditandatangi pada 22 Januari 1878 diantara Sultan Jamalul Alam dan Baron Von
Overbeck. Walau bagaimanapun, perjanjian ini telah tamat pada 22 Januari 1958.

Cadangan Jawapan KBAT : calon mesti memilih jawapan yang tepat berdasarkan soalan
pada tema khusus.

Soalan : Tindak balas pemimpin negara terhadap penentangan Indonesia dan Filipina
terhadap Pembentukan Malaysia.

Tindak balas yang dilakukan oleh Pemimpin Negara sewaktu penentangan Indonesia dan
Filipina terhadap Pembentukan Malaysia ialah menyusun semula pasukan pertahanan atau
Askar Wataniah. Selain itu, kita juga memberikan latihan ketenteraan kepada masyarakat
supaya mereka sentiasa bersedia. Pemimpin Negara juga mengarahkan kawalan yang lebih
ketat dipantai dan di laluan strategik yang boleh dicerobohi musuh. Seterusnya, pemimpin
negara mengadakan rundingan dengan pemimpin Indonesia dan Filipina.
Tindakan lain yang dibuat oleh pemimpin negara kita ialah mengedarkan poster
konfrontasi untuk makluman semua rakyat. Pemimpin Negara juga ada membuat bantahan
terhadap pencerobohan Indonesia kepada PBB.
Pekara ketujuh ialah pemimpin negara telah melawat negara-negara Afrika bagi
menjelaskn masalah diplomatik Malaysia dan Indonesia. Kita juga telah melakukan tindak
balas terhadap serangan Indonesia dengan bantuan tentera komanwel. Pemimpin negara
juga menawarkan hadiah bagi penangkapan musuh serta sentiasa mengarahkan supaya
melakukan tinjauan udara.

Soalan : Tunku Abdul Rahman berpendapat bahawa penubuhan Malaysia akan menjamin
kedudukan politik yang lebih kukuh dirantau ini. Bincangkan

Penubuhan Malaysia dapat menjamin kedudukan politik yang lebih kukuh di rantau ini
kerana negara akan menjadi lebih besar dan wilayah akan menjadi lebih luas.
Selain itu, pertahanan negara akan menjadi lebih kukuh kerana pasukan pertahanan dapat
bekerjasama antara satu sama lain. Selaras dengan perluasan wilayah, penduduk akan
bertambah ramai. Penubuhan Malaysia akan dapat membenteras pengaruh komunis yang
cuba menyebarkan pangaruh di negeri-negeri yang belum merdeka. Ekoran itu juga,
pasaran menjadi lebih luas dan dapat meningkatkan ekonomi serantau. Akhirnya kawasan
serantau juga akan mempunyai tenaga kerja yang lebih ramai.
Soalan : Peranan pelajar menjayakan Konsep 1Malaysia. Bagaimana pelajar memupuk
semangat perpaduan yang kukuh / memupuk rasa cinta dan sayangkan Malaysia.

Peranan pelajar bagi memupuk semangat perpaduan yang kukuh atau memupuk rasa cinta
dan sayangkan Malaysia ialah dengan mengamalkan prinsip Rukun Negara. Selain itu, pelajar
perlu menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi dan bersama-sama menyertai
aktiviti sukan dan perkhemahan di sekolah tanpa diskriminasi kaum.
Pelajar boleh memainkan peranan dengan mengadakan kempen kesedaran kepentingan
perpaduan antara kaum dan mempelajari kepelbagaian budaya di Malaysia.
Selain itu, pelajar boleh bersama-sama mengadakan minggu/bulan berkaitan dengan
Semangat 1 Malaysia dan menyertai pertandingan mengarang/menulis esei berkaitan dengan
perpaduan kaum di Malaysia.
Peranan seterusnya ialah belajar menghormati budaya/kepercayaan sesuatu kaum dan
sentiasa bergaul mesra sesama rakan pelajar pelbagai kaum.
Kumpulan perbincangan/group study yang melibatkan pelbagai kaum amat digalakkan
dalam usaha memupuk perpaduan atau cintakan Malaysia.
Antara peranan lain yang boleh dimainkan oleh para pelajar ialah mengunjungi rumah
terbuka bagi rakan-rakan yang berlainan bahasa dan juga mengadakan aktiviti gotong-royong
di sekolah bersama-sama semua kaum dan sentiasa menjaga/meningkatkan nama baik
sekolah secara bersama.

Soalan : Kejayaan yang dicapai oleh Malaysia

Kejayaan yang dicapai oleh Malaysia ialah dengan pembinaan Lapangan Terbang Kuala
Lumpur (KLIA) dan juga KLIA 2. Selain itu, tersergam megah Menara Berkembar Petronas
Kuala Lumpur/KLCC yang menjadi mercu tanda dan antara bangunan tertinggi di dunia.
Selain itu, kejayaan yang dicapai oleh negara kita ialah pembinaan Litar Formula One di
Sepang berjaya menarik pelancong asing seterusnya meningkatkan ekonomi
negara. Kejayaan lain ialah, pembinaan Menara Kuala Lumpur dengan restoran berputar
dapat menyaksikan keindahan Bandaraya Kuala Lumpur.
Antara kejayaan yang telah dicapai oleh Malaysia ialah Perisytiharan Melaka/Pulau
Pinang/sebagai bandaraya warisan dunia serta Kejayaan pelayar negara Dato Azhar Mansor
berjaya mengelilingi dunia secara solo.
Kejayaan seterusnya yang dicapai dan membanggakan rakyat Malaysia Program
Angkasawan Negara/Dr.Sheikh Muzaffar Shukor dan Dato’ Sharifah Mazlina berjaya
merentasi kutub selatan serta Dato Malik Maidin merentasi Selat Inggeris.
Seterusnya, pembinaan Koridor Raya Multimedia (MSC), Jambatan Pulau Pinang dan
Jambatan Sultan Abdul Halim Shah juga dilihat sebagai kejayaan yang dicapai oleh Malaysia.
Tidak dilupakan, Kemajuan sistem pengangkutan awam seperti LRT,MRT dan Monorel
banyak memberi keselesaan dan kemudahan kepada rakyat malaysia. Terakhirnya, kejayaan
yang dapat dicapai oleh Malaysia ialah pengeluaran Kereta nasional seperti Proton
Saga/Myvi/Preve/Persona/Inspira.

Soalan: Kewajaran tindakan Tunku Abdul Rahman mengeluarkan Singapura daripada


Malaysia.
Singapura wajar dikeluarkan daripada Malaysia untuk menjamin keharmonian negara. Selain
itu, tindakan ini dapat menjamin keselamatan negara dan mengukuhkan perpaduan.
Kewajaran tindakan ini dapat dilihat untuk mengelakkan berlaku rusuhan kaum serta
mengelakkan tercetusnya isu perkauman.
Lain daripada itu, kewajaran dapat dilihat tindakan ini dapat mewujudkan kestabilan politik
dan mewujudkan keamanan untuk negara. Seterusnya, kerajaan dapat menumpukan
pembangunan negara yang lebih baik.
Selain mengukuhkan pertahanan negara, tindakan ini amat wajar kerana menunjukkan
kebijaksanaan pemimpin yang berfikiran jauh ke hadapan.

Soalan : Cara meraikan hari Malaysia pada 16 September setiap tahun untuk mengukuhkan
penghayatan terhadap semangat Penubuhan Malaysia.

Cara untuk meraikan Hari Malaysia dalm usaha mengukuhkan penghayatan terhadap
semangat Penubuhan Malaysia ialah dengan melibatkan diri dalam Perbarisan Hari
Malaysia. Kita juga boleh mengibarkan bendera Jalur Gemilang di rumah-rumah kita. Kita
juga patut mengadakan pameran yang berkaitan dengan Malaysia serta menganjurkan
forum-forum yang berkaitan juga.
Seterusnya, belajar mengenal tokoh-tokoj yang berkaitan dengan merealisasikan
Penubuhan Malaysia dengan cara membaca bibliografi atau membuat kajian tentang mereka.
Disamping itu, menganjurkan Majlis Tahlil untuk pejuang-pejuang negara dan sentiasa
berdoa untuk kesejahteraan Negara.

Soalan : Cabaran / Masalah yang dihadapi oleh Malaysia menjamin kedaulatan negara serta
usaha/ langkah/ cara mengatasi nya.

i) cabaran/ masalah
Cabaran / Masalah yang dihadapi oleh Malaysia ialah kesukaran mendapat
pengiktirafan dari negara maju. cabaran kedua ialah gejala keruntuhan akhlak remaja akibat
daripada nilai-nilai kemanusiaan semakin pudar.
Cabaran ketiga ialah Penyalahgunaan dadah yang semakin merebak di kalangan belia
yang bakal menjadi pemimpin negara di masa hadapan. Cabaran ke empat ialah Institusi
kekeluargaan semakin luntur/penceraian meningkat menyebabkan ramai rakyat mula hilang
jati diri dan sukar dibawa berunding. Cabara ke lima ialah Demonstrasi jalanan untuk
menyuarakan ketidakpuasan hati semakin berleluasa sehingga menampakkan bentuk bentuk
keganasan yang bakal sukar untuk dikawal.

ii) Usaha/Langkah/cara
Usaha/Langkah/cara mengatasinya ialah dengan Melahirkan modal insan
berkualiti. Usaha seterusnya ialah Memperkukuh jati diri dalam program PLKN untuk pelajar
lepasan SPM.
Usaha/Langkah/cara lain yang dapat dibuat ialah dengan memperkasakan sekolah agama
bagi membentuk insan yang kamil dan cemerlang dunia dan akhirat. Usaha/Langkah/cara
keempat ialah dengan Menerapkan integriti diri dalam setiap rakyat menerusi sifat Bersih
Cekap dan Amanah. Usaha/Langkah/cara seterusnya, Mengukuhkan institusi kekeluargaan
supaya dapat Memantapkan peranan masyarakat untuk mengatasi gejala sosial.
Soalan : Penerapan nilai-nilai murni/iktibar/patriotisme
Nilai-nilai murni/iktibar/patriotisme ialah perlunya kerjasama antara pemimpin dengan
pemimpin dan pemimpin dengan rakyat. Nilai-nilai murni/iktibar/patriotisme seterusnya
ialah kita perlu Berfikiran positif dan melakukan rundingan untuk menyelesaikan masalah.
Nilai-nilai murni/iktibar/patriotisme ketiga ialah masyarkat kita perlu berani untuk berdaya
saing dengan negara-negara yang lebih maju. Nilai-nilai murni/iktibar/patriotisme ke empat
ialah, kita mesti berbangga dengan pencapaian negara. Seterusnya, Nilai-
nilai murni/iktibar/patriotisme kelima ialah tidak mudah putus asa walau sering berdepan
dengan pelbagai rintangan dan kesusahan serta sentiasa memelihara jati diri.
.
Soalan : Rumusan

Pengetahuan yang saya perolehi ialah pada peringkat awal Penubuhan Malaysia, kita
menghadapi pelbagai cabaran seperti penentangan dari Indonesia dan Filipina. Namun
begitu, saya juga memperolehi pengetahuan bahawa dengan usaha dan kesungguhan para
pemimpin, segala masalah itu dapat diatasi dan akhirnya Penubuhan Malaysia dapat
dilaksanakan.
Iktibar untuk diri, bangsa dan negara ialah, usaha yang bersungguh-sungguh tanpa rasa
putus asa dan menggunakan kebijaksanaan maka segala masalah akan dapat diatasi dengan
segera. Selain itu, iktibar yang saya dapati ialah semangat perpaduan dapat menjayakan
sesuatu rancangan.
Harapan saya agar Malaysia dapat dan mampu bersaing dengan negara-negara maju dari
segi ekonomi dan politik dan mampu mencorakkan aspek sosial dalam bentuk kita tersendiri.

You might also like