Forum 1

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

FORUM 1

SOALAN FORUM 1

Huraikan dengan jelas perbezaan antara Pengurusan Pendidikan dengan Pentadbiran


Pendidikan. Berikan pendapat anda, adakah seseorang pengetua/guru besar adalah merupakan
seorang pengurus @ pentadbir?

JAWAPAN
Dalam sesebuah organisasi termasuk organisasi pendidikan, pengurusan dan pentadbiran
adalah tersangat penting. Tanpa pengurusan dan pentadbiran yang cekap proses transformasi
organisasi tidak dapat berjalan dengan baik.

Menurut beberapa ahli falsafah, Pengurusan ialah satu proses sosial dibentuk untuk
mendapatkan kerjasama, penyertaan dan penglibatan ahli-ahli dalam sesebuah organisasi
untuk mencapai sesuatu maklumat atau objektif yang paling berkesan, maklumat ini disokong
oleh pandangan yang menyatakan bahawa kecekapan pentadbiran akan menyumbang kepada
matlamat organisasi. . Tanpa pengurusan yang cekap proses pengeluaran tidak dapat berjalan
dengan baik dan juga tidak dapat menyempurnakan kehidupan manusia

Pentadbiran adalah satu corak tingkahlaku yang didapati dalam semua organisasi manusia.
Ia adalah proses yang mengatur dan mengawal sesuatu organisasi sosial itu. Drucker(1945)
pula menjelaskan pentadbiran itu ialah sumber asas dan sumber yang paling berharga. Dalam
proses pentadbiran,ia berlaku sama ada di dalam sesebuah organisai yang besar mahupun
kecil serta organisasi formal dan juga yang tidak formal.

Walaubagaimanpun pentadbiran dan pengurusan tiada bezanya. Jadi secara ringkasnya


dapat rumuskan, perkara yang penting dalam aspek definisi pentadbiran pendidikan ialah
Pengendalian, Matlamat, Kualiti atau mutu, dan juga keberkesanan apa yang telah
dirancangkan.

Pada pendapat saya, Guru Besar memainkan peranan penting dalam pengurusan dan
pentadbiran iaitu membimbing, menyedar dan menyelia guru-guru di bawahnya
ketika melaksanakan tugas mereka untuk memastikan segala program dan kegiatan yang

1
dijalankan itu sesuai, selaras dengan falsafah dan matlamat pendidikan tersebut. Beliau juga
memainkan peranan yang positif dan serius untuk menjamin staf profesionalnya bukan sahaja
setakat memahami bahkan juga bertindak untuk mencapai matlamat pendidikan yang
ditetapkan, sama ada secara tersurat atau tersirat. Beliau juga perlu mempunyai peranan dan
tanggungjawab ke atas kejayaan pencapaian hasrat, cita- cita dan kehendak falsafah dan
matlamat pendidikan sesebuah sekolah

REPLY

1. Saya setuju dengan pendapat saudari iaitu,

Seseorang guru besar hendaklah membentuk struktur formal dan tidak formal dalam
menggunakan sumber-sumber manusia dan lain-lain dengan cekap, penyerahan autoriti dan
perkongsian tanggungjawab.Beliau juga merancang untuk membuat jangkaan dan
menyesuaikan perubahan-perubahan dalam matlamat dan polisi

Merancang untuk membuat jangkaan dan menyesuaikan perubahan-perubahan dalam


matlamat dan polisi . Selain itu mengekalkan komunikasi yang berkesan antara individu di
dalam organisasi dan juga di luar oraganisasi. Malah menjadikan sekolahnya sebagai
lambang kepada segala nilai, kepercayaan, cita-cita dan hasrat yang diperjuangkan oleh
sekolahnya serta berkeupayaan untuk menjelaskan tujuan dan rasional di sebalik pelaksanaan
kurikulum dan kokurikulum sekolah kepada semua pihak yang berkenaan. dan membimbing
dan mendorong serta merangsang guru untuk bekerja dengan semangat dedikasi dan
komitmen yang tinggi dengan menggunakan kemahiran berkomunikasi.

2. Saya setuju dengan pendapat saudari iaitu,

Peranan guru besar adalah sangat penting bagi menentukan matlamat sekolah dengan jelas
agar tenaga guru-guru mempunyai matlamat bersama tanpa adanya percanggahan. Tenaga
guru amat diperlukan bagi mencapai matlamat sesebuah organisasi.Amalan penyelarasan
maklumat di sekolah adalah sangat penting bagi meningkatkan kualiti organisasi. Sekolah
merupakan organisasi sosial yang berfungsi untuk mendidik, melatih dan mengawal murid-
murid. Terdapat dua faktor yang telah dirumuskan dalam matlamat pendidikan di Malaysia.
Pertama ialah, melahirkan tenaga rakyat jangka panjang dan pendek yang diperlukan Negara.

2
Bagi matlamat yang kedua iaitu menghasilkan satu masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin
dan terlatih. Matlamat pendidikan boleh difahami dengan lebih lanjut melalui falsafah
pendidikan Negara. Falsafah ini dijadikan sebagai satu amalan dan matlamat para pendidik
agar sentiasa bersatu dalam apa jua aktiviti.

3. Saya setuju dengan pendapat saudari iaitu,

Guru Besar mesti mempunyai kemahuan kuat untuk memimpin, mempunyai visi, contoh
yang baik, berilmu, proaktif, rajin, tidak mudah mengalah dan mempunyai kemahiran
komunikasi yang tinggi. Sementara itu, pemimpin sekolah yang berkesan menggunakan
kemahiran komunikasi yang cemerlang, mempunyai hubungan manusia yang baik, sensitif
kepada adat dan budaya yang pelbagai, mempunyai visi yang jelas, mampu mewujudkan
persekitaran pendidikan yang dinamik, menerima tugas sebagai tanggungjawab profesional,
membuat keputusan berdasarkan persetujuan bersama dan mahir dalam pengurusan dan
teknologi maklumat; dan kemahiran personal yang lain.

4. Ya saya setuju dengan pendapat saudari iaitu,

Guru besar seringkali memainkan peranan sebagai pemimpin dalam pengurus dan
pentadbiran.Mereka bertindak sebagai koordinator, pengawal, perancang dan pelaksana. Guru
besar sahaja yang menghasilkan kepimpinan untuk penambahbaikan di sekolah.Kepimpinan
seharusnya disebarkan di kalangan guru-guru untuk mengelakkan beban tugas, memastikan
tugas dilaksanakan dengan cekap dan berkesan serta dapat mewujudkan peluang kepimpinan
dalam skala yang lebih besar. Selain itu, guru besar sekolah mesti mempunyai kemahuan
kuat untuk memimpin, mempunyai visi, contoh yang baik, berilmu, proaktif, rajin, tidak
mudah mengalah dan mempunyai kemahiran komunikasi yang tinggi.

3
5. Saya setuju dengan pendapat saudari,

Pengetua adalah orang yang memainkan peranan yang amat penting di sekolah. Dia adalah
seorang pentadbir, pengurus dan yang lebih besar di situ adalah seorang pemimpin.Sebagai
seorang pengetua, sudah semestinya mahu menjadi seorang pengetua yang berkesan.Seorang
pengetua yang berkesan akan melahirkan guru, sekolah dan pelajar yang
berkesan.Sifat pengetua yang menekankan kepada jenis kepemimpinan demokratik
merupakan asas kepada keberkesanan seorang pengetua. Seorang pengetua yang
mengutamakan corak kepimpinan yang demokratik akan disayangi dan mudah didampingi
oleh guru. Dia mengambil kira dan turut berkongsi pengalaman serta idea dengan orang-
orang di bawah kumpulannya. Sifat menghargai dan sentiasa membawa perbincangan dari
idea-idea yang diketengahkan oleh kumpulannya adalah satu cara yang amat penting dalam
menjalankan urusan pengajaran dan pembelajaran disekolah.

4
FORUM 2

SOALAN FORUM 2

Komunikasi dikatakan sebagai 'darah daging' sesebuah organisasi termasuklan sekolah.


Sebagai seorang Pengetua atau Guru Besar, apakah langkah yang perlu anda lakukan untuk
mewujudkan komunikasi berkesan supaya keseluruhan guru-guru berada dalam 'in-group'
dengan anda?.

JAWAPAN
Seorang guru besar yang mempunyai daya kepimpinan yang tinggi juga mempunyai
perhubungan yang baik dan rapat dengan guru-gurunya.Guru besar juga perlu
menentukan masa paling sesuai untuk menyampaikan maklumat seperti mengambil masa
perjumpaan selama lima minit selepas setiap perhimpunan pagi bagi menyampaikan
maklumat kepada guru-gurunya.

Penggunaan bahasa yang seragam dan mudah difahami semasa menyampaikan maklumat
akan membantu pentadbir menambahkan keberkesanan komunikasinya.Dalam hal ini
penggunaan Bahasa Melayu rasmi yang standard seharusnya ditekankan dalam usaha
menyeragamkan penggunaannya di seluruh sekolah di Malaysia.

Penggunaan telefon, mesin faks, khidmat pesanan ringkas (Short Messages Service – SMS)
dan mel elektronik (e-mel) di sekolah mampu membantu pentadbir menyampaikan maklumat
dengan lebih pantas. Semakin singkat masa yang digunakan untuk menyampaikan maklumat,
semakin baik kesannya.

Guru besar juga perlu bertanggungjawab membuat pemantauan dan memastikan guru-guru
menjalankan tugas yang diamanahkan sebaik mungkin. Pemantauan dan pemastian ini adalah
penting dalam usaha menentukan matlamat akhir daripada proses komunikasi dapat
dilaksanakan dengan tepat dan betul.

Pertemuan secara tidak rasmi akan membuatkan warga sekolah berasa lebih selesa untuk
berkomunikasi kerana tidak terikat dengan agenda formal. Agenda formal kadang-kadang
menyebabkan idea, komen, cadangan mereka tidak dapat disampaikan dengan berkesan
kerana tidak mempunyai ruang dan peluang untuk berbuat demikian. Melalui pertemuan

5
secara tidak rasmi, mereka berpeluang untuk menyampaikan maklumat yang secara berkesan
kerana mereka tidak terikat dengan etika dan protokol sebagaimana yang terdapat dalam
mesyuarat formal.

Galakan dan motivasi seharusnya diberikan semasa proses komunikasi untuk menunjukkan
betapa idea yang dikemukakan, amat dihargai oleh pihak sekolah. Persaingan yang sihat
dalam kalangan warga sekolah dengan cetusan idea baru akan mampu membentuk kumpulan
kerja yang dinamik.

Hubungan interpersonal yang baik antara individu dalam kalangan warga sekolah juga perlu
ditingkatkan agar maklumat dapat disalurkan dengan cekap dan berkesan. Jika semua warga
sekolah dapat merasakan bahawa maklumat yang mereka perolehi daripada pentadbir adalah
merupakan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan, maka pencapaian matlamat akhir
komunikasi akan menjadi lebih mudah.

Selain itu,management by walking around akan membolehkan pentadbir sekolah berinteraksi


dan bertukar-tukar pendapat semasa membuat pemantauan secara tidak rasmi di dalam
kawasan sekolah. Pentadbir akan dapat menjalinkan hubungan yang positif dengan
subordinatnya dengan berbual secara langsung. Komunikasi secara ‘empat mata’ dapat
dilaksanakan dan perkara ini merupakan salah satu ciri penting dalam komunikasi berkesan.

REPLY

1. Saya besetuju pendapat saudari dan ingin menambah,

Sesi pertemuan secara tidak rasmi juga dalam kalangan warga sekolah merupakan salah satu
asek penting dalam usaha mewujudkan komunikasi berkesan. Sesi seperti jamuan bulanan
atau jamuan Hari Guru dapat digunakan sebagai medan menyampaikan maklumat dalam
suasana tidak formal. Warga sekolah boleh membincangkan masalah sekolah di samping
dapat bertemu, berinteraksi dan berkongsi tentang banyak perkara dalam suasana gembira,
menarik dan ceria. Begitu juga, pertemuan di kantin sekolah sewaktu sarapan, minum pagi
atau makan tengahari akan mewujudkan suasana mesra dan akrab, tanpa terikat dengan
agenda formal seperti yang terdapat dalam mesyuarat rasmi. Pengurus sekolah juga dapat
menyampaikan maklumat secara langsung kepada guru-gurunya secara individu kerana

6
terdapat banyak ruang dan peluang untuk beliau berbuat demikian dalam majlis yang tidak
rasmi seperti ini.

2. Saya setuju dengan pedapat saudari,

Sekiranya kebebasan memberikan pandangan disekat akan menjadikan warga sekolah berasa
takut memberikan pandangan dan komen. Mereka akan merasakan pandangan dan komen
tidak akan dihargai oleh pihak sekolah. Halangan komunikasi seperti ini akan membuatkan
mereka jumud dan seringkali berdiam diri apabila perbincangan dua hala dilaksanakan.
Sekolah akan mengalami kerugian kerana potensi dan keupayaan warga sekolah tidak mampu
digembleng sepenuhnya.Dapat dirumuskan di sini bahawa kebebasan mengemukakan
pandangan merupakan satu elemen penting dalam menjayakan komunikasi berkesan. Warga
sekolah akan terasa dihargai apabila mereka bebas memberikan pandangan lalu membentuk
prestasi kerja yang cemerlang. Selain itu, kebebasan ini akan mampu mewujudkan pasukan
kerja yang dinamik kerana mereka berpeluang bersaing secara sihat melalui aktiviti yang
mereka lakukan.

3. Saya setuju dengan pendapat saudari dan ingin menambah,

Menstruktur semula organisasi dalam konteks komunikasi berkesan adalah untuk


mempastikan maklumat dapat disampaikan dengan lebih cekap dan cepat. Antara struktur
penting yang perlu diberi perhatian adalah latihan komunikasi serta saluran komunikasi.
Latihan komunikasi secara berkesan dalam kalangan warga sekolah, perlu dinilai semula
untuk melihat aspek yang boleh dipertingkatkan keberkesanannya. Latihan komunikasi yang
memberikan penekanan kepada komunikasi lisan dan bukan lisan dilihat sebagai satu
keperluan khusus yang menumpukan kepada kemahiran ‘soft skills’

7
4. Saya setuju dengan pendapat saudari dan ingin menambah,

Perantara atau orang ketiga akan bertindak mendapatkan kepercayaan bagi setiap kumpulan
dan membimbing setiap kumpulan untuk bertolak ansur antara satu sama lain. Perantara
biasanya dilantik daripada kalangan warga sekolah yang neutral, adil dan dipercayai oleh
kumpulan yang berkonflik. Kefahaman perantara terhadap masalah sekolah akan
mewujudkan sesi perbincangan dan mencari jalan penyelesaian terbaik agar setiap kumpulan
boleh bekerjasama antara satu sama lain.Penggunaan perantara atau orang ketiga adalah
sangat diperlukan lebih-lebih lagi jika terdapat konflik dalaman di sesebuah sekolah.
Pentadbir sekolah boleh menggunakan teknik ini dalam usaha mewujudkan komunikasi
berkesan dalam usaha membentuk pasukan kerja yang dinamik

5. Saya setuju dengan pendapat saudari dan ingin menambah,

Guru Besar perlu memastikan perhubungan dalam kalangan guru-guru penolong kanan
(GPK), ketua-ketua bidang, ketua-ketua panitia, guru-guru mata pelajaran dan staf sokongan
sekolah berada dalam kedaan baik.Semua warga sekolah mampu menyampaikan pendapat,
idea dan komen dalam suasana yang harmoni dan terkawal. Hal ini penting dalam usaha
memastikan organisasi sekolah dapat melaksanakan sebarang tindakan dengan baik dan
berkesan. Perhubungan yang baik dalam kalangan warga sekolah akan membolehkan pihak
sekolah mewujudkan kumpulan kerja yang dinamik.

8
6. Saya setuju dengan pendapat saudari iaitu,

Pentadbir sekolah seharusnya memberikan kebebasan kepada warga sekolah untuk


mengemukakan pandangan dan komen dalam mewujudkan komunikasi berkesan. Idea-idea
baru yang dikemukakan oleh warga sekolah mampu mencetus prestasi kerja yang
cemerlang.Kebebasan memberikan pandangan disekat akan menjadikan warga sekolah berasa
takut memberikan pandangan dan komen. Mereka akan merasakan pandangan dan komen
tidak akan dihargai oleh pihak sekolah. Halangan komunikasi seperti ini akan membuatkan
mereka jumud dan seringkali berdiam diri apabila perbincangan dua hala dilaksanakan.
Sekolah akan mengalami kerugian kerana potensi dan keupayaan warga sekolah tidak mampu
digembleng sepenuhnya.

9
ISI KANDUNGAN
PENGHARGAAN 1

SOALAN 1 2

SOALAN 2 4

SOALAN 3 5

SOALAN 4 7

SOALAN 5 8

PENUTUP 9

RUJUAN 11

10

You might also like