Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

KERTAS KERJA MEMOHON SUMBANGAN PERALATAN MEMANAH

SK BANDAR SUNGAI BUAYA 2019

1.0 PENGENALAN

Pihak sekolah ingin menubuhkan Pasukan Elit Memanah dan kami juga bercita-cita untuk
menyertai pertandingan memanah peringkat MSSD. Bagi menampung ketidakmampuan dari
segi kos penyediaan peralatan, maka kerta kerja ini dikemukakan bertujuan memohon
peruntukan membeli peralatan memanah.

2.0 MATLAMAT DAN OBJEKTIF

2.1 Memberi pendedahan kepada semua pemain memanah sekolah untuk merasai
suasana pertandingan di peringkat yang lebih tinggi.
2.2 Memberi peluang kepada pemain untuk mengetengahkan bakat yang dimiliki.
2.3 Melahirkan pelajar yang seimbang dan cemerlang dari aspek Kurikulum dan
Kokurikulum.

3.0 SASARAN PENCAPAIAN

Melatih dan menyertai pertandingan memanah Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD).

4.0 PERANCANGAN

4.1 Mengadakan latihan mingguan mengikut jadual kokurikulum sekolah.


4.2 Mengadakan latihan pusat secara berterusan.
4.3 Mengadakan perlawanan persahabatan dengan sekolah berhampiran.
4.4 Mengadakan program motivasi bagi meningkatkan ketahanan mental pemain.

5.0 TEMPAT

Padang Sekolah Kebangsaan Bandar Sungai Buaya

6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Sila rujuk lampiran 1


7.0 PENUTUP

Dengan hormatnya kertas kerja ini dikemukakan kepada pihak berkaitan untuk
mempertimbangkan permohonan sekaligus meluluskan sumbangan yang diperlukan.
Pihak kami mengharapkan semoga program ini akan mencapai objektif dan seterusnya
mencapai matlamat untuk melahirkan pelajar yang seimbang akademik, sahsiah dan
Kokurikulum disamping mengharumkan nama SKBSB di arena sukan.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

........................................................ .........................................................
(ZULKEFLI BIN ITAM)

Diluluskan oleh :

........................................................................
Lampiran 1

ANGGARAN PERBELANJAAN

6.1 PERALATAN RECURVE INTERMEDIATE BOW X 3 SET

BIL PERKARA JUMLAH


1. SF Premium + 25" Handle C/W Cushion & Rest 3 X RM 250
2. SF Premium Carbon Limb 3 X RM 250
AKSESORI
3. Fast Flight String 3 X RM 58
4. Hoyt Hunter Rest 3 X RM 10
6. Cartel K Sight 3 X RM 164
7. Nocking point 3 X RM3
8. Cartel Cordovan Tab 3 X RM 64
9. Cartel Chest Guard 101 3 X RM 46
10. Cartel Arm Guard 3 X RM 22
11. Cartel Bow Stand RX103 3 X RM 58
12. Cartel Quiver 501 C/W Belt 3 X RM 108
13. Soft Case 3 X RM 90
ARROW
15. Easton Carbon One C/W Point (dozen) 3 X RM 200
16. ACE / 'G' Nock (dozen) 3 X RM 32
17. Diamond Vanes (50pcs) 3 X RM 32.50
18. Fletching Service (dozen) 3 X RM 44

JUMLAH RM 4, 294.50

Lampiran 2
PROFIL PASUKAN MEMANAH MADRASAH TARBIAH ISLAMIAH

Latar Belakang Kelab Memanah Madrasah Tarbiah Islamiah

Kelab ini telah ditubuhkan pada awal 2015. Kelab ini mempunyai keahlian seramai 42 orang
terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan dan bilangan guru penasihat serama 2 lelaki dan 4
guru perempuan. Buat setakat ini peralatan memanah hanyalah terdiri daripada panah
tradisional sebanyak 4 set.

Pencapaian Pasukan Memanah Madrasah Tarbiah Islamiah

Pertandingan Memanah Kawasan Kerdau 2017

Pencapaian
Juara, tempat kedua dan ketiga
Juara Raja Bola

Pertandingan antara Pendudukan Kampung Chatin

Pencapaian
Tempat Kedua Lelaki

You might also like