Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Unit 22: Anak yang Taat

A. Baca petikan di bawah. Kemudian, jawab soalan-soalan


yang berikutnya.

Ibu bapa merupakan insan yang paling dekat dengan anak-anak


mereka. Sebagai anak yang baik, kita mestilah sentiasa mentaati
ibu bapa. Banyak cara yang boleh kita lakukan.
Antaranya termasuklah mendengar nasihat mereka supaya
belajar dengan bersungguh-sungguh. Ibu bapa hanya
mengharapkan kejayaan daripada anak-anaknya dan bukanlah
wang ringgit atau harta benda.
Selain itu, kita perlu meminta izin daripada ibu bapa sebelum
pergi bermain di taman. Tanggungjawab ini amat penting kerana
ibu bapa perlu kita hormati.
Seterusnya, kita juga hendaklah menjaga harta benda
dengan baiknya. Janganlah kita merosakkan harta benda yang
didapati daripada usaha ibu bapa.
Akhir sekali, kita sepatutnya membantu ibu bapa. Kita boleh
menolong ibu bapa melakukan kerja rumah seperti mengemas
rumah, mencuci kereta dan menyapu sampah.
Kesimpulannya, anak-anak perlu melaksanakan
tanggungjawab dengan penuh rasa keikhlasan bagi
mewujudkan sebuah keluarga yang harmoni dan cemerlang.

1. Berdasarkan petikan, nyatakan dua cara mentaati ibu bapa.

______________________________________________________________

______________________________________________________________

2. Mengapakah kita perlu menjaga harta benda dengan baik?

______________________________________________________________
______________________________________________________________

3. Bagaimanakah kita membantu ibu bapa?

______________________________________________________________

______________________________________________________________

4. Nyatakan nilai murni yang terdapat dalam petikan.

______________________________________________________________

______________________________________________________________

B. Jawab soalan-soalan berdasarkan jadual di bawah.


Jadual Anis pada hari Isnin
5.30 pagi Bangun daripada tidur,
menggosok gigi dan mandi
6.20 pagi Bersarapan
6.35 pagi Pergi ke sekolah
7.10 pagi – 12.50 tengah hari Waktu sekolah
2.00 petang – 3.30 petang Kelas tuisyen
5.00 petang – 7.00 malam Membasuh baju, mengemas
rumah dan memasak
8.00 malam Membuat kerja sekolah
9.00 malam Mengulang kaji pelajaran
10.00 malam Tidur

1. Pada pukul berapakah Anis pergi ke sekolah?

______________________________________________________________
______________________________________________________________

2. Apakah kerja rumah yang dibuat oleh Anis?

______________________________________________________________

______________________________________________________________

3. Anis _________________________________ pada pukul 9.00


malam.

4. Kelas tuisyen bermula _________________________________

hingga _________________________________

C. Isi tempat kosong dengan kata ganda berentak yang sesuai.


kusut-masai riuh-rendah lintang-pukang
desas-desus lauk-pauk segar-bugar

1. Dari lorong yang gelap itu saya terdengar


____________________ dua orang berbisik-bisik.

2. Penagih-penagih dadah berlari ____________________ apabila


polis datang.

3. Suasana majlis hari jadi itu menjadi ____________________


apabila ramai orang yang menjerit-jerit.

4. Ibu menghidangkan ____________________ untuk kami makan.

5. Rambut Mei Ling yang panjang itu ____________________


selepas bangun daripada tidur.

6. Sayur-sayuran di pasar raya ____________________.

You might also like