Soalan Tajuk 3

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

BAHAGIAN A

1. a) Seni rupa Alam Melayu wujud dengan penemuan-penemuan pelbagai artifak sejarah khususnya
artifak seni di beberapa tapak arkeologi di seluruh negara. Nyatakan tempat peninggalan sejarah yang
terdapat di Malaysia.

– Gua Niah , Sarawak

- Gua Cha, Kelantan

- Gua Kerbau, Perak

-Gua Runtuh, Perak

1. b) Seni Rupa Alam Melayu terdiri daripada seni peribumi yang melibatkan seni Kaum Jah-hut dan
Kaum Mah Meri. Jelaskan ciri-ciri suku budaya Kaum Jah Hut.

- Suku Kaum Jah-hut adalah suku bangsa Senoi yang mendiami negeri Pahang.

- Kaum ini terkenal dengan hasil anyaman dari mengkuang dan pandan, buluh dan rotan.

- Penghasilan arca dengan pengukiran kayu akibat daripada kepercayaan keagamaan mereka.

- Ciptaan berasaskan kepada imaginasi dan mimpi yang menggambarkan kuasa baik atau jahat.

BAHAGIAN B

2. ‘Islam telah merumuskan bahawa seni Islam ialah ciptaan bentuk yang mengandungi nilai estetik yang
berpadu kepada nilai etika Islam.’

Huraikan ciri-ciri seni melayu zaman awal islam secara terperinci.

1. Masa Awal Seni Tamadun Islam (610-660)

- tidak menyimpang daripada garis Islam. Maka tercetuslah seni rupa yang bermotifkan annabatiyah
(tumbuh-tumbuhan) dan ai-handasiyah (geometric).

-Seni arca (patung) tijauhi kerana bimbang mereka akan mengingati penyembahan musryrik.

2. Seni bina

-seni bina khas Arab dengan unsur-unsurnya :bentuk pilar, busur, kubah, ukiran lebah bergantung dan
menara yang menjulang tinggi.
-seni bina Islam boleh dibahagi kepada tiga cabang:

i. Bangunan sipil(‘imarah madaniyah), yang menyatakan tentang bandar-bandar dan gedung-gedung


khusus.

ii. Bangunan agama (‘imarah diniyah) yang wujud pada masjid –masjid dan tempat-tempat ibadat
lainnya.

iii. Bangunan milter (‘imarah harbiyah) yang terjelma pada benteng dan menara pertahanan.

3. Seni Rupa

-Seni ukir dan seni pahat merupakan cabang seni rupa yang mana menggunakan tulisan khat Arab
sebagai motifnya.

-kebiasaannya ayat Al-quran, Hadis, syair atau kata hikmah dipahat dan diukir pada dinding bangunan
masjid dan istana.

i. seni pahat dan ukir

-Seni pahat kebayakannya menghasilkan relief (bentuk gambar timbul). manakala seni khat
menghasilkan tulisan khat yang diukir dengan ayat Al-quran, hadis syair dan kata nasihat.

ii. Seni Sulam

-Seni sulam dihasilkan oleh golongan wanita di mana seni akan melahirkan kraftangan seperti sutera
dewangga, jubah, serban dan permaidani.

iii. Seni Lukis

-Seni lukis Islam memperlihatkan kehalusan bentuk dan warna yang mana telah memberi ilham kepada
orang Eropah. Buku bergambar pertama telah dikarang oleh Firdausi(995-1020 M) yang berjudul Syah
Nama.

You might also like