Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 12

SK SAUJANA UTAMA

SG. BULOH, SELANGOR


______________________
Folio Sejarah
______________________

TOKOH PEJUANG TANAH AIR

Nama : Damiya Maisarah bt. Muhd Sulaiman


Darjah: 5 Al-Nafis
Guru mata pelajaran: Pn. Hayati
Isi Kandungan

Bil Perkara Muka Surat


1 Biodata 3
2 Pengenalan 4
3. Tokoh pejuang tanah air
a. Dato’ Maharaja Lela Pejuang 5
Kebanggaan Perak
b.Dato’ Bahaman Pahlawan 6
Pahang
c.Rentap wira Sarawak 7
d. Mat Salleh Menyanggah SBUB 8
e.Tok Janggut Pejuang Jihad 9
4. PETA I-THINK 10
-Sebab penentangan
5. Rumusan 11

Biodata
Nama saya Damiya Maisarah bt Muhd. Sulaiman. Umur saya 11

tahun. Saya dilahirkan pada 26 Ogos 2008 di Putra Medical Centre, Sg. Buloh,

Selangor.

2
Nama bapa saya Muhd. Sulaiman b Kamari. Beliau bekerja sebagai

pegawai tadbir di sebuah syarikat swasta di Shah Alam. Ibu saya pula bernama

Siti Masturah bt Suratman yang bertugas sebagai guru di Bandar Puncak Alam.

Saya mempunyai 3 orang abang. Abang sulong saya bernama Muhd.

Luqman Hakim,. Dia berumur 21 tahun dan kini merupakan seorang guru yang

mengajar di sekolah swasta.. Abang kedua saya pula telah meninggal dunia

semasa usianya 13 tahun, manakala abang saya yang ketiga iaitu Muhd Luqman

Harith berumur 14 tahun, sedang mengikuti pengajian tahfiz di Madrasah al

Fateh, Klang, Selangor..

Saya sangat meminati bidang rekacipta. Cita cita saya ialah menjadi

seorang ustazah yang mulia. Makanan kegemaran saya ialah nasi ayam dan

minuman kegemaran saya ialah air bandung.

Pengenalan
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan

terima kasih kepada ibu bapa tersayang yang telah memberi

banyak sokongan dan semangat kepada saya bagi

menyempurnakan folio ini. Terima kasih juga kepada guru subjek

Sejarah saya, Pn. Hayati yang telah banyak memberi panduan,

3
nasihat serta bimbingan untuk menyiapkan folio ini. Tidak lupa

kepada rakan-rakan kelas saya yang telah memberi kerjasama

serta sumbangan semasa folio ini dilalukan.

Antara objektif kajian yang ingin dicapai ialah :

 Mengetahui bahawa penjajahan menyebabkan penderitaan

dan penghinaan.

 Memahami dan menyedari sebab-sebab penentangan dan

kesan-kesannya.

TOKOH PEJUANG TANAH AIR


Dato’ Maharaja Lela Pejuang Kebanggaan Perak

4
Latar Belakang

Dato Maharaja Lala ialah Orang Besar Berlapan Perak dan


penghulu di Pasir Salak. Pada November 1874 , Perak menerima
Residen British iaitu J.W.W. Birch hasil daripada Perjanjian
Pangkor. Pelantikan itu menimbulkan konflik antara Brich , sultan
dan pembesar Perak yang mencetuskan kebangkitan di Pasir
Salak.

Faktor Penentangan

(a)Mengambil Hak Mengutip Cukai

Pada 24 Julai 1875 , Birch memaksa Sultan Abdullah

menandatangani pengisytiharkan yang membolehkan British

mengambil hak mengutip cukai.

Sultan Abdullah diugut akan diturunkan takhta jika enggan

menandatangani. Birch membakar rumah Raja Ngah Orang Besar

Perak kerana meneruskan

kutipan cukai timah di Bidor.

(b)Mencabar Ketuanan Melayu

5
Kemarahan sultan dan pemesar Perak memuncak.

Pada 2 Oktober 1875 , Sultan Abdullah didesak menandatangani

perisytiharkan penyerahan kuasa kepada British.

( c ) Memperkenalkan Cukai Baru Birch bertindak sesuka hati.

Birch memperkenalkan cukai baru seperti cukai padi , perahu ,

atap , senjatah dan bayaran permit untuk membalak.

Setiap isi rumah dikehendaki membayar 2 dolar sebagai cukai

kelamin.

Dato’ Bahaman Pahlawan Pahang

Latar Belakang

Nama sebenarnya Abdul Rahman Bin Imam Noh. Dianugerahi

gelaran Orang Kaya Dato’ Setia Perkasa Pahlawan Semantan.

Diberikan anugerah kerana kegagahan dan keberanian beliau

dalam perang saudara di Pahang dan Perang Klang di Selangor.

Dilantik sebagai pembesar Temerloh setelah kematian Orang

Kaya Indera Segera. Dato’ Bahaman tidak mengiktiraf

pemerintahan British di Pahang.

6
Rentap Wira Sarawak

Rentap merupakan seorang pahlawan Dayak (Iban) terkenal


dalam sejarah Sarawak. Pada tahun 1853, beliau merupakan
salah seorang pemimpin penentang kepada pemerintahan Raja
Putih Brooke. Rentap atau nama sebenarnya Libau menjadi ketua
pahlawan Iban di Skrang dan Sariba. Gelaran Rentap yang
bermaksud Ensumbar dalam bahasa Iban atau membuat dunia
bergegar diberikan kepada Libau selepas beliau memenggal
kepala musuh dalam perang pertamanya.

Mat Salleh Menyanggah SBUB

7
Latar Belakang

Nama sebenar Dato Mohammad Salleh Bin Dato Batu. Dilahirkan

di Inanam dan menjadi pemerintah Sungai Sugut. Berketurunan

Bajau dan Suluk. Mewarisi sifat kepahlawanan dan keberanian

berperang. Kebangkitan Mat Salleh merupakan kebangkitan

paling besar dalam sejarah penentangan di Sabah.

Faktor Penentangan

(a) Perjuang Jihad

Kebangkitan berpunca daripada semangat perjuangan jihad

orang Sulu menentang Sepanyol di selatan Filipina .

(b) Peraturan Yang Membebankan SBUB memperkenalkan

peraturan baru di Sabah seperti amalan buruh paksa , cukai

beras dan lesen perahu yang membebankan rakyat .

Tok Janggut Pejuang Jihad

8
Nama sebenar Haji Mat Hassan Bin Munas. Dikenali sebagai

Tok Janggut kerana beliau menyimpan janggut hingga ke

paras dada. Dilahirkan pada tahun 1853 di Kampung Jeram, Pasir

Puteh, Kelantan. Mendapat pendidikan pondok di Kelantan dan

Makkah. Mahir dalam ilmu persilatan.

Menetap di Kampung Nering, Kelantan. Bekerja sebagai petani

dan peniaga.

Faktor Penentangan

(a)Peraturan Tanah

Tok Janggut menentang peraturan cukai pada tahun 1915 yang

mewajibkan petani membayar cukai tanah.

(b)Pengenalan Cukai Yang Membebankan

Petani dikehendaki membayar cukai seperti :

 Cukai pokok kelapa berbuah sebanyak 3 sen sepokok

 Pokok pinang 1 sen sepokok

 Sirih 5 sen sejunjung

 Kerbau dan lembu sebanyak 20 sen seekor

Peraturan ini membebankan rakyat.

9
PETA I-THINK

1. DASAR PENAKLUKAN 3. PEMBESAR TEMPATAN KEHILANGAN


BRITISH KUASA

5 4. 4. KESULITAN
PENDUDUK
TEMPATAN
5 SEBAB
PENENTANGAN
PEMIMPIN TEMPATAN
TERHADAP BRITISH

5. EKSPLOITASI
TERHADAP EKONOMI
TEMPATAN

2. CAMPURTANGAN
BRITISH DALAM ADAT RESAM

10
Rumusan

Dalam bab ini , saya telah mengetahui bahawa penjajahan

menyebabkan penderitaan dan penghinaan. Kekayaan tanah air

telah dibolot oleh penjajah dan penduduknya pula ditindas. Demi

mengembalikan maruah bangsa dan kedaulatan negara,

pahlawan tanah air telah berjuang bersama -sama rakyat

tempatan untuk menentang penjajah, tetapi British telah

menggunakan tipu helah, kekuatan tentera dan

menguatkuasakan undang-undang untuk

melumpuhkan perjuangan mereka. Pejuang-pejuang negara

dijatuhi hukuman mati, dibuang negara, dipenjara, harta benda

dirampas dan perkampungan

mereka dibakar. British juga mengisytiharkan pejuang tanah air

sebagai pemberontak dan penderhaka. Walaupun mereka gagal,

namun semangat dan

keberanian mereka amat dikagumi dan menjadi inspirasi kepada

pejuang seterusnya. Penjajahan British telah meninggalkan

kesan yang pahit kepada

seluruh rakyat.

Belajarlah daripada sejarah, jika kita lupa dan leka kita

akan dijajah semula. Oleh itu, untuk kekal menjadi bangsa yang

bermaruah dan negara yang

berdaulat adalah menjadi tanggungjawab kita untuk membina jati

diri serta memperkasa bangsa dan negara.

11
12

You might also like