Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

BIOGRAFI TUN HAJI ABDUL MALEK BIN YUSOF

Tun Haji Abdul Malek bin Yusuf, Dato' Maha Kurnia merupakan Menteri Besar Pertama Negeri
Sembilan (1948-1953) dan juga Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka yang
kedua. Beliau mengangkat sumpah jawatan sebagai TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka pada
31 Ogos 1959 dan berkhidmat selama tiga penggal.

Allahyarham Tun. Hj. Abdul Malek bin Yusuf merupakan anak lelaki tunggal daripada tiga orang
adik beradik. Dilahirkan pada tahun 1899 di Kampung Chengkau, Rembau, Negeri Sembilan
dan dibesarkan dalam kehidupan kampung.
Allahyarham mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Chengkau, Negeri Sembilan pada
tahun 1907 seterusnya melanjutkan pelajarannya di peringkat tinggi di Maktab Melayu Kuala
Kangsar, Perak pada tahun 1910.

Tun Hj. Abdul Malek telah mendirikan rumahtangganya dengan Puan Khatijah bte Ahmad dan
mereka dikurniakan dua orang cahayamata iaitu Halimah dan Habibah. Walau bagaimanapun,
isterinya telah kembali ke rahmatullah pada tahun 1950. Selepas itu, beliau berkahwin dengan
isteri keduanya, Toh Puan Fatimah bte Ismail pada tahun 1964. Toh Puan Fatimah mendapat
pendidikan awal di Sekolah Melayu Langat dan Sekolah Melayu Kajang.

Sebagai seorang isteri kepada pemimpin tertinggi negeri, peranan Toh Puan Fatimah saling
bersandaran dengan peranan suaminya sebagai seorang Yang di-Pertua Negeri.
Memandangkan Tun Hj. Abdul Malek sering menjadi tetamu terhormat pada setiap masa, Toh
Puan juga turut sama memainkan peranannya sebagai isteri yang sering mengiringi suaminya
dalam sesebuah acara rasmi yang memerlukan kehadirannya. Sebagai isteri kepada Yang di-
Pertua Negeri Melaka, Toh Puan aktif dalam pertubuhan Wanita peringkat negeri Melaka.
Beliau juga menjadi penaung Persatuan Kebajikan dan Sukarela di Melaka.

Tun juga merupakan seorang tuan rumah yang ramah mesra dan sering melayan tetamu-
tetamu negeri. Pada masa inilah, Toh Puan Fatimah bersama suaminya meraikan para tetamu
dengan menyajikan hidangan yang lazat yang disediakan sendiri olehnya. Penglibatan dalam
bidang sosial sememangnya tidak dapat dinafikan. Ini kerana dalam tempoh perkhidmatannya,
telah banyak kemajuan dicapai khususnya pembangunan luar bandar. Dalam bidang
pendidikan contohnya, Tun telah membangunkan sekolah-sekolah menengah di beberapa
kawasan iaitu di Bandar Besar, Melaka, Alor Gajah dan Jasin. Ini antara lain untuk memberi
pendidikan yang secukupnya kepada penduduk tempatan dan telah dapat memberikan peluang
kepada rakyat untuk meningkatkan taraf hidup mereka.

Dalam bidang pertanian, Tun amat prihatin terhadap para petani yang menghadapi masalah air
bagi penanaman padi. Pelbagai usaha telah dilaksanakan bagi mengatasi masalah ini
termasuklah bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dalam menangani isu-isu yang
berkaitan.

Dalam bidang sukan dan rekreasi, Tun Hj. Abdul Malek tidak melepaskan peluang untuk turut
sama bergiat dalam bidang tersebut. Antara sukan yang pernah disertainya ialah permainan
golf. Tun pernah menjadi ketua bagi pasukan negeri Melaka menentang pasukan Jemaah
Menteri dan ahli-ahli diplomat yang diketuai oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra
Al-Haj.

Sebagai seorang pemerintah tertinggi negeri Melaka, Tun Hj. Abdul Malek amat
menitikberatkan pembangunan negeri dari segi ekonomi, politik dan sosial. Bagi mengenang
jasa dan khidmat bakti yang telah disumbangkan terhadap negara, Tun Hj. Abdul Malek telah
dianugerahkan dengan beberapa darjah kebesaran. Di antaranya ialah Dato' Maha Kurnia
Negeri Sembilan pada tahun 1954 dan Anugerah Darjah Seri Maharaja Mangku Negara
(S.M.N) yang membawa gelaran Tun oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong III pada
4 Januari 1961.

Antara jawatan yang pernah disandang oleh Tun Hj. Abdul Malek ialah :

1917 – Penolong Pegawai Daerah Kuala Pilah


1921 – Pegawai Daerah Seremban
1922-1925 – Setiausaha di Pejabat Tanah Jelebu, Seremban, Rembau, Majlis Bandaran
Seremban dan juga Pegawai Perlesenan Kenderaan Negeri Sembilan
1927-1938 – Pegawai di Pejabat Tanah Negeri Sembilan, Pahang, Selangor dan Perak
1942 – Pegawai Pemungut Hasil Tanah di Kuala Lumpur
1945 – Pegawai Daerah Tampin
1946 – Memangku jawatan Hakim daerah Selangor dan Tanjung Malim, Perak. Penolong
Setiausaha Sekretariat Malayan Union di Kuala Lumpur
1948-1953 – Menteri Besar Negeri Sembilan
1954 – Ahli Lembaga Perlantikan dan Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam
1957-1959 – Speaker Majlis Perundangan Persekutuan (menggantikan Yang Mulia Raja Tun
Uda sehingga 27 Jun)

You might also like