BM Akhir Tahun 2010

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 12

Bahagian A (i)

( Masa yang diperuntukan 40 minit )


( 20 markah )

Baca petikan di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis suatu ringkasan
tentang manfaat yang diperolehi melalui aktiviti sukan. Panjangnya ringkasan anda hendaklah
tidak melebihi 80 patah perkataan . Anda digalakakan menggunakan ayat sendiri tanpa
mengubah maksud asal petikan .

” Otak cerdas,badan cergas ”. Ungkapan ini berkait rapat dengan aktiviti sukan yang
menjanjikan badan yang cergas selain berupaya menjana daya pemikiran yang cemerlang.Sukan
juga dapat membentuk perpaduan kaum. Negara kita terdiri daripada pelbagai kaum dan sukan
merupakan suatu aktiviti yang dapat mengeratkan perpaduan.

Kerajaan, melalui Kementerian Belia dan Sukan, telah berusaha bersungguh-sungguh untuk
menjadikan sukan suatu kegiatan yang bermanfaat demi meningkatkan tahap kesihatan rakyat di
negara ini. Sukan bukan sahaja akan menjadikan badan sihat, malah berupaya memasarkan nama
negara di peringkat antarabangsa. Kerajaan juga turut berusaha menyedarkan masyarakat tentang
kebaikan bersukan dan beriadah melalui media massa dan kempen-kempen yang dijalankan oleh
pelbagai agensi kerajaan.

Kesungguhan kerajaan dalam bidang sukan dilihat melalui pembinaan stadium yang besar
dan berupaya menampung 100 000 penonton. Pembinaan Stadium Bukit Jalil merupakan prasarana
sukan untuk pembangunan negara secara berterusan.

Kerajaan juga berusaha menganjurkan kejohanan sukan yang bertaraf dunia semata-mata
mahu membuka minda masyarakat tempatan tentang kepentingan sukan. Sukan Komanwel ke -16
yang diadakan di Malaysia pada tahun 1998 telah berjaya mempromosikan nama negara ke serata
dunia kerana acara-acara yang dipertandingkan telah disiarkan secara langsung ke seluruh dunia.
Perlumbaan motosikal dan kereta yang diadakan di Litar Formula One di Sepang turut menaikkan
nama negara kerana acara tersebut turut disiarkan secara langsung di seluruh dunia.

Kegiatan sukan bukan sahaja mendatangkan banyak faedah kepada diri kita sendiri, malah
kepada negara. Pertandingan-pertandingan sukan peringkat antarabangsa yang diadakan di negara
ini mampu mendatangkan pendapatan yang lumayan kepada kerajaan kerana setiap atlet akan
berbelanja di negara ini sepanjang sesuatu kejohanan. Industri pembuatan dan pelancongan turut
mendapat manfaat daripada kegiatan ini.

Kerajaan melalui Kementerian Pelajaran turut mengambil langkah bijak dengan


menggalakan aktiviti sukan melalui kegiatan kokurikulum di sekolah-sekolah. Penglibatan pelajar
dalam aktiviti sukan bukan sahaja dapat menimbulkan daya saing dalam kalangan mereka, malah
mampu mengelakkan mereka daripada membuang masa dengan melakukan perkara yang tidak
mendatangkan sebarang manfaat. Justeru, mengapa perlu berfikir panjang apabila seseorang
mangajak kita pergi bersukan?

2
Bahagian A (ii) : Pemahaman
( 10 markah )

Berdasarkan petikan Bahagian A(i) , jawab soalan-soalan yang berikut dengan


menggunakan ayat anda sendiri.

1 Berikan maksud rangkai kata menjana daya pemikiran ( 2 markah )

2 Nyatakan dua langkah yang telah diambil oleh pelbagai pihak demi mengembangkan
bidang sukan di negara ini.
( 4 markah )
3 Pada pendapat anda , apakah yang harus dilakukan oleh kerajaan bagi meningkatkan
mutu sukan negara?.
(4 markah )

Bahagian B
( Masa yang dicadangkan : 25 minit )
( 20 markah )

Berdasarkan gambar di bawah ini, huraikan pendapat anda tentang faedah-faedah


bersukan . Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

3
Bahagian C
( Masa yang di cadangkan : 45 minit )
( 40 markah )

Pilih satu daripada soalan di bawah . Tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada
180 patah perkataan

1. Anda berpeluang untuk melancong bersama dengan keluarga ketika cuti sekolah yang
lalu. Gambarkan percutian anda itu.

2. Ibu bapa mempunyai tanggungjawab dalam memupuk minat membaca dalam kalangan
anak-anak. Berikan pendapat anda.

3. Kerajaan telah mengadakan kempen berbudi bahasa untuk mengalakkan masyarakat


Malaysia menghidupkan semula amalan tersebut.
Berikan pendapat anda tentang kepentingan mengamalkan amalan berbudi bahasa.

4. Semangat “Malaysia Boleh” menyebabkan banyak rekod tertentu dibuat oleh rakyat
Malaysia. Sebagai seorang wartawan anda diminta melaporkan berita tentang kebolehan
rakyat Malaysia demi mengharumkan negara di mata dunia. Tulis berita anda itu
selengkapnya.

5. Peribahasa “melentur buluh biarlah daripada rebungnya” bermaksud melatih anak biarlah
dari kecil . Tulis sebuah cerita berdasarkan maksud peribahasa tersebut.

4
Bahagian D
( Masa dicadangkan 10 minit )
( 10 markah )

Jawaban mestilah berdasarkan satu daripada novel-novel yang telah anda kaji di Tingkatan 1

(i) Sukar Membawa Tuah , karya M.Z Erlysha


(ii) Hikmah, karya Mohd. Faris Ikmal
( iii ) Istana Menanti karya Abdul Latip Talip
( iv ) Bukan Duniaku, karya Aida Shaira

Huraikan tiga persoalan yang terdapat dalam sebuah novel yang telah anda kaji

5
Soalan 1 hingga soalan 7
Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan memilih perkataan yang paling sesuai.

1. Pada masa ini, petani tidak perlu _________ padi berminggu-minggu kerana kerja
tersebut dilakukan oleh jentera.
A. menuai / C. memetik
B. memotong D. Memungut

2 Rakyat Malaysia telah ________________ Dataran Merdeka untuk menyambut Hari


Kebangsaan sejak awal pagi lagi.
A mendatangi C. mengerumuni
B. membanjiri D. Mengharungi

3 Asraf _________________ daripada khayalannya apabila ditegur oleh gurunya.


A. tergaman C. terkejut
B. tersentak D. terjaga

4. Bantuan kemanusiaan ______ dapat meringankan beban mangsa –mangsa peperangan


A. sebaik-baiknya C. seada-adanya
B secukup-cukupnya D. Sekurang-kurangnya

5. “ Tolong, tolong, rumah saya dijilat api!” __________________ Wan meminta pertolongan
. A. panggil C. laung
B. sergah D. Jerkah

6. Dato Rahim Razali merupakan _______________ sukan yang tersohor di negara kita .
A. pengurus C. pengadil
B. pengulas D. Penonton

6
7. Bantuan yang diberikan itu menunjukkan _______ masyarakat terhadap pihak yang
memerlukan.
A. timbang rasa / C. timbang terima
B. timbang tara D. timbang tunai

Soalan 8 hingga 14.


Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan , kesalahan itu
telah ditanda dengan A, B, dan C. Tandakan sama ada A, B, atau C jika ayat itu mengandungi
kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan dalam ayat berkenaan.

8. Semua orang boleh berjaya sekiranya 11. Puan Kamalia menghantar kedua
A A/
setiap usaha-usaha dilakukan secara anaknya ke pusat penjagaan
B/ B
bersungguh-sungguh.Tiada kesalahan kanak-kanak lebih dahulu sebelum
C D C
ke pejabat. Tiada kesalahan .
9. Pak Mahmud memberi kami seberkas D
A/
buah kelapa, limau bali, dan beberapa 12. Beberapakah jauh rumah kamu dari
B A/ B
batang tebu. Tiada kesalahan sekolah kita, Din ?” tanya Rita
C D
kepada Julia .Tiada kesalahan .
C D
10. Ibu meleteri kakak yang suka
A 13. Beberapa titis air mata ibu menitis
membazirkan wang dengan A
B ketika teringatkan ayah yang telah
membelikan alat-alat kosmetik B C
C tiada. Tiada kesalahan .
Tiada kesalahan
D. D
14. Akibat menonton filem seram, adik
A
mengigau dan terngiang-ngiang
B C
dalam tidur. Tiada kesalahan
D

7
Soalan 15 hingga soalab 17
Pilih ayat atau ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul dan
tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling sesuai.

15. I. Pemandangan orang tua itu kabur apabila senja menjelang


II Pemandangan di ladang teh itu amat menenangkan fikiran .
III Pemandangan yang utarakan Mansur tadi tidak bernas langsung.
IV Warna biru pada dinding itu menghasilkan pemandangan yang mengasyikkan

A. I , II dan III sahaja C. II , III dan IVsahaja


B. I , II dan IV sahaja / D. I, II, III dan IV sahaja

16. I. Urusan jual beli rumah pusaka itu dilakukan secara senyap-senyap.
II Ayah Mamat tidak dapat menghadiri mesyuarat itu kerana beliau banyak urusan di
pejabat
III Semua urusan perniagaannya dilakukannya sendiri tanpa bantuan sesiapa.
IV Mak Gayah kesal kerana tidak dapat urusan rumah tangganya dengan baik disebabkan
dia lumpuh.

A. I dan II C. I, II dan III/


B. II dan III D. I, II dan IV

17. I Pelajar Tingkatan I Amanah bersaing sesama mereka dalam peperiksaan.


II Adik- beradik itu bersaing berjalan ke sekolah
III Rakyat negara ini perlu berani bersaing hingga ke peringkat antarabangsa
IV Encik Rahman dan Encik Seman terpaksa bersaing untuk merebut jawatan itu

A. I dan III C. II, III dan IV


B. II dan IV D. I, III dan IV /

Soalan 18 hingga solan 21.


Sebahagian daripada ayat berikut telah digariskan. Bahagian yang bergaris itu mungkin
mengandungi kesalahan penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Jika anda menganggap
bahawa bahasa bahagian yang bergaris itu salah dan perlu diubah, anda hendaklah menandakan
A, B, atau C sebagai pilihan jawapan anda. Jika tiada kesalahan tandakan D.

18. Ketika mengemaskan stor itu, Encik Lim menemukan tiga butir peluru.
A. temui tiga butir peluru
B. bertemu dengan tiga butir peluru
C. menemui tiga butir peluru /
D. menemukan tiga butir peluru

19. Perdana Menteri akan membentangkan perbelanjaan negara pada bulan Oktober .
A. membentangkan belanja negara
B. membentangkan belanjawan negara
C. membentangkan belanjaan negara
D. membentangkan pebelanjaan negara

20. Oleh kerana keluarganya dari golongan kaya, Amirul tidak pernah mengambil berat tentang
soal pelajarannya
A. Oleh kerana keluarganya daripada golongan kaya
B. Oleh sebab keluarganya daripada golongan kaya
C. Oleh sebab keluarganya dari golongan kaya
D. Oleh kerana keluarganya dari golongan kaya

21. Walaupun sakit perut, namun dia masih datang ke sekolah.


A. masih datang ke sekolah
B. tetapi masih datang ke sekolah
C. malah dia masih datang ke sekolah
D. namun dia masih datang ke sekolah

Soalan 22 hingga soalan 24.


Pilih ayat yang mengandungi maksud yang sama atau yang paling hampir dengan ayat yang
dicetak tebal

22. Di kedai, ayah memunggah barang-barang yang baru sampai sambil dibantu oleh
abang dan pekerja lain.
A. Abang dan pekerja lain membantu ayah di kedai.
B. Di kedai, ayah memunggah barang-barang sambil dibantu oleh abang dan pekerja
lain.
C. Ayah, abang dan pekerja lain sedang memunggah barang-barang yang baru sampai
di kedai.
D. Ayah dibantu abang dan pekerja lain memunggah barang-barang yang baru
sampai di kedai.

23. Melalui Program Angkasawan, masyarakat dapat memperoleh pengetahuan yang


luas tentang angkasa lepas .
A. Pengetahuan yang luas tentang angkasa lepas diperoleh melalui angkasawan
B. Angkasawan menyebabkan masyarakat mahir tentang angkasa lepas
C. Masyarakat perlu memperoleh pengetahuan yang luas tentang angkasa lepas
D. Pengetahuan yang luas tentang angkasa lepas dapat kita peroleh melalui
Program Angkasawan.

24. Pada musim perayaan , banyak pasar raya yang mengadakan tawaran percuma
untuk menarik pelanggan
A. Tawaran percuma diadakan untuk menarik pelanggan ke pasar raya pada musim
perayaan
B. Untuk menggalakkan pelanggan berkunjung ke pasar raya, maka pihak
berkenaan mengadakan tawaran percuma
C. Yang sering dilakukan oleh pihak pasar raya pada musim perayaan ialah
mengadakan tawaran percuma
D. Untuk menggalakan pembeli ke pasar raya pada musim perayaan, banyak
pasar raya yang mengadakan tawaran percuma

Soalan 25 hingga soalan 27.


Pilih ayat atau ayat-ayat yang betul dan tentukan bahawa anda telah memilih jawapan
cadangan yang paling sesuai.

25. I Sani merupakan seorang anak yang pandai sekali


II Ibu tersangat rindu kepada abang
III Gambar itu cantik-cantik belaka
IV Dia tidak memperdulikan anaknya yang masih kecil itu.
A. I dan IV C. II, III dan IV
B. I, II dan III D. I, II, III dan IV

26. I Dia tidak menjelaskan yang dia tidak bersalah


II Meja yang cantik itu mahal harganya
III Jamilah terpaksa bekerja keras demi menyara kehidupannya sekeluarga
IV Samsul yang sakit kepala telah dihantar pulang ke rumahnya.
A. I dan IV C. II dan IV
B. I dan III D. II, III dan IV

27. I Pada pendapat saya, rancangan realiti televisyen itu menarik.


II Tuti menangis kerana petanda buku yang baru dibelinya itu hilang .
III Azman mencapai tualanya di atas katil lalu menuju ke bilik mandi.
IV Aduhai sahabat-sahabatku semua, marilah kita berlatih bersungguh-sungguh untuk
mencapai kejayaan.
A. I dan II sahaja C. I dan IV sahaja
B. I dan III sahaja D. II dan III sahaja

Soalan 28 hingga 30.


Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi soalan-soalan di bawah ini.

Lembu punya susu, sapi dapat nama

28. Peribahasa di atas bermaksud


A. orang lain yang berusaha , orang lain yang dipuji
B. orang lain yang bersalah , orang lain yang dituduh
C. Jika bernasib baik selamat, jika bernasib malang rugilah jawabnya
D. orang rajin selalu beruntung daripada orang yang malas.

29. Walaupun dia tidak faham akan topik yang diajarkan, namun dia malu bertanya kepada
gurunya .Sikapnya diibaratkan
A. alah bisa tegal biasa
B. malu bertanya sesat jalan
C. patah kemudi perahu hanyut
D. biduk berlalu kiambang berlalu.
30. “ Keadaan di sini tidaklah secantik seperti gambaran dan maklumat yang saya baca
sebelum ini,”rungut Zaiton.
Rungutan Zaida bersesuaian dengan peribahasa
A. Langkah kanan C. Hari tak siang sahaja
B. indah khabar dari rupa D. Seperti langit dengan bumi

Soalan 31 hingga soalan 35


Baca sajak di bawah ini dengan teliti , kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya .

Lebah dan Madu

Di pohon sana
pada dahan pohon tualang
lihatlah lebah-lebah
sudah membuat sarang
serangga yang cergas
sentiasa hidup sepakat
sikap yang terpuji.

Ada ratu ada pekerja


Berkumpul dan bekerjasama
madu manisnya
penawar penyakit manusia

Lebah-lebah
pada dahan pohon tualang
kau membuat aku sedar
harus selalu berusaha
dan meninggalkan jasa
seperti madunya yang istimewa.

Siti Zaleha M.Hashim

(Dipetik daripada antologi


Kasut Kelopak Jantung, DBP)

31. Apakah yang dimaksudkan dengan baris ‘membuat aku sedar’ seperti yang terdapat
dalam sajak itu?
A mengingatkan saya tentang sesuatu
B. menjadikan saya insaf
C. mengingatkan peristiwa yang lampau
D. tidak akan melupakan

32. Nilai utama yang terkandung dalam rangkap pertama sajak itu ialah
A. nilai kesabaran C. nilai keberanian
B. nilai bersatu padu D. nilai amanah

33. Antara keistimewaan lebah menurut pandangan penyajak termasuklah


I sentiasa hidup sepakat
II menghasilkan madu yang banyak khasiat
III serangga yang cergas
IV bersarang di dahan tualang
A. I, II, dan III C. II, III, dan IV
B I, III dan IV D. I, II, III dan IV

34. Berikut ialah persoalan-persoalan yang terdapat dalam sajak itu kecuali
A. amalan kerjasama merupakan sifat yang terpuji
B. sumber alam dapat dimanfaatkan oleh manusia untuk kebaikan
C. pohon tualang merupakan spesis kayu yang baik
D. sesuatu yang baik akan sentiasa menjadi sanjungan

35. Tema sajak “Lebah dan Madu” ialah


A. keistimewaan lebah yang dapat diteladani oleh manusia
B. madu mempunyai banyak khasiat
C. ketinggian pohon tualang sukar ditandingi
D. lebah sejenis serangga yang berbisa

Soalan 36 hingga soalan 40


Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Datuk Batin Alam pun menyerahkan Awang Sulung mengaji di rumah Tuan Kadil Alim lalu
disuruhnya Awang Sulung tinggal bersama Tuan Kadi Alim itu.
Pada malam Jumaat , Tuan Kadi pun mulai mengajar Awang Sulung membaca
Quran , tetapi baru saja Tuan Kadi membuka Quran , Awang Sulung telah menutupnya kerana
ia tidak mahu mengikut ajaran Tuan Kadi Alim itu.
“Sungguh hairan!” geleng Tuan kadi Alim melihatkan telatah Awang Sulung itu. “Dia
belum berakal lagi….”
Demikianlah berlaku sehingga malam yang ketujuh barulah dia menunjukkan minatnya
untuk belajar. Tetapi sungguh hairankan Tuan Kadi Alim, kerana bila Tuan Kadi membaca
sehelai, baginda membaca sejuzuk ; bila Tuan Kadi membaca sejuzuk, baginda membaca tiga
juzuk; bila Tuan Kadi membaca dua puluh juzuk; baginda membacanya sampai khatam!
Pada keesokan harinya pergilah Tuan kadi Alim menghantar Awang Sulung kembali
menemui Datuk Batin Alam. Awang Sulung kembali menemui Datuk Batin Alam. Awang
Sulung telah disambut dengan gembiranya kerana demikian cerdas dan cekapnya ia mengaji
Quran. Datuk Batin Alam pun menghadiahkan emas setaka kuning kepada Tuan Kadi itu.

(Dipetik daripada antologi Kasut


Kelopak Jantung , DBP)
36. Apakah yang dilakukan oleh Awang Sulung pada malam pertama dia dihantar mengaji
dengan Tuan kadi Alim?
A. Dia membaca dengan lancar sehingga khatam
B. Dia tidak mahu mengikut ajaran Tuan Kadi Alim
C. Dia menghadiahkan emas kepada Tuan kadi Alim
D. Dia melarikan diri dari rumah Tuan Kadi Alim

37. Mengapakah Tuan Kadi Alim menyatakan bahawa Awang Sulung belum berakal lagi?
A. Datuk Batin Alam menghantar Awang Sulung belajar mengaji terlalu awal.
B. Awang Sulung hanya menggelengkan kepala apabila diajar mengaji.
C. Awang Sulung tidak mahu mangaji Quran
D. Tuan Kadi Alim terkejut menerima hadiah emas dari Datuk Batin Alam

38. Peristiwa-peristiwa dalam petikan cerita di atas banyak berlaku di


A. rumah Datuk Batin Alam
B. rumah Tuan Kadi Alim
C. surau istana
D. sekolah

39. Apakah gaya bahasa yang digunakan dalam petikan cerita ini?
A. bahasa Melayu klasik
B. bahasa Melayu kuno
C. bahasa Melayu moden
D. bahasa istana

40. Antara persoalan yang terdapat dalam cerita “Budi Seorang Bapa Angkat” termasuklah
I persoalan tentang kasih sayang terhadap anak angkat
II persoalan tentang kepentingan pendidikan dunia dan akhirat
III persoalan tentang sikap suka mengambil kesempatan terhadap kesusahan orang
lain
IV persoalan tentang kerjasama seluruh anggota masyarakat dalam melaksanakan
sesuatu pekara yang besar.
A. I, II dan III C. II, III, dan IV
B. I, II dan IV D. I, II, III dan IV

You might also like