Kertas Kerja Dewan Terbuka SKSL 2019

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 19

KERTAS KERJA DEWAN TERBUKA BERBUMBUNG DAN LALUAN PEJALAN KAKI BERBUMBUNG

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI LANANG

TAJUK PROJEK: DEWAN TERBUKA BERBUMBUNG DAN LALUAN PEJALAN


KAKI BERBUMBUNG

1.0 LATAR BELAKANG PROJEK

PROFIL SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Seri Lanang telah dibuka pada tahun 1890 sebagai Sekolah
Melayu Kampung Kelanang oleh Tuan Haji Abd Hamid, Ketua Kampung Kelanang yang
pada masa itu mempunyai 50 orang murid dan 6 orang guru. Kerajaan telah membina
bangunan baru ¾ batu dari Pekan Kelanang dan menamakan sekolah tersebut dengan Sekolah
Kebangsaan Kelanang. Dalam RMK ke 2, sekolah ini telah menerima perutukan dari
kerajaan untuk membina bangunan yang baru lebih kurang 1.5 km dari tempat yang asal.

Bangunan lama SK Kelanang pada tahun 1890.

Bangunan bangunan baru ( Blok A ) pada tahun 1977

1
KERTAS KERJA DEWAN TERBUKA BERBUMBUNG DAN LALUAN PEJALAN KAKI BERBUMBUNG

Nama : SK Seri Lanang


Alamat : 42700, Banting,Kuala Langat, Selangor
Tarikh ditubuhkan : 1890
Kod : BBA1029
Kategori :A
JPN : Selangor
Kawasan Parlimen : Kuala Langat
Majlis Bandaran : Banting
No. Telefon : 03-31201340
No. Fax : 03-31201340
Laman Web : http://skserilanang.wordpress.com
E-mail : bba1029@btpnsel.edu.my
Luas kawasan : 2.43 hektar
Peringkat : Rendah
Bahasa Pengantar : Bahasa Melayu
Bilangan murid : 311 orang
Bilangan guru : 33 orang

Seiring dengan perkembangan dunia pendidikan hari ini, SK Seri Lanang memerlukan
dewan terbuka berbumbung untuk menjalankan pelbagai aktiviti dalam sekolah dan aktiviti
kemasyarakatan sekitar Kg.Kelanang. Kawasan perhimpunan yang sedia ada tidak
berbumbung. Dewan sementara sekolah merupakan gabungan 3 kelas dan separuh dewan
yang akan dibuka setiap kali dijalankan program peringkat sekolah. Perkara ini seringkali
mengganggu tumpuan 3 kelas terbabit kerana terpaksa berpindah ke tempat lain setiap kali
dewan hendak digunakan. Sekiranya sekolah dapat membina Dewan Terbuka Berbumbung, ia
akan dapat mengurangkan semua masalah berkaitan.

2
KERTAS KERJA DEWAN TERBUKA BERBUMBUNG DAN LALUAN PEJALAN KAKI BERBUMBUNG

Kawasan cadangan Dewan Terbuka Berbumbung.

Laluan pejalan kaki berbumbung pula diperlukan untuk memudahkan murid-murid


bergerak ke dalam kawasan sekolah daripada pintu pagar murid. Keadaan dipintu pagar kedua
(B) yang menjadi laluan masuk murid-murid ke sekolah agak merbahaya. Ini adalah kerana
murid-murid dihantar dengan kenderaan terus ke dalam kawasan sekolah. Seringkali berlaku
masalah kesesakan lalu lintas di kawasan tersebut. Justeru, untuk mengatasi masalah
kesesakan dipintu masuk pagar kedua dan keselamatan murid, salah satu tembok bahagian
hadapan sekolah akan dipecahkan dan laluan pejalan kaki berbumbung diperlukan untuk
memudahkan pergerakan murid masuk ke dalam sekolah dengan selamat; sama ada ketika
panas atau hari hujan.

3
KERTAS KERJA DEWAN TERBUKA BERBUMBUNG DAN LALUAN PEJALAN KAKI BERBUMBUNG

Kawasan cadangan laluan Pejalan Kaki Berbumbung

OBJEKTIF PROJEK

2.1 Dewan terbuka berbumbung yang lengkap dengan kemudahan prasarana terkini dapat
digunakan untuk pelbagai tujuan aktiviti pendidikan dan kemasyakaratan.

2.2 Kemudahan dewan terbuka berbumbung dapat menampung kapasiti enrolmen pelajar
atau masyarakat selain lebih selesa dan kondusif.

2.3 Dewan terbuka berbumbung ini mampu menyumbang impak besar untuk memenuhi

4
KERTAS KERJA DEWAN TERBUKA BERBUMBUNG DAN LALUAN PEJALAN KAKI BERBUMBUNG

MMI demi mengelakkan pembaziran masa pengajaran dan pembelajaran murid-murid


apabila kelas-kelas yang dijadikan dewan sementara terpaksa dibuka dan ditutup
setiap kali dijalankan program atau aktiviti peringkat sekolah.

2.4 Laluan pejalan kaki berbumbung amat diperlukan untuk menjamin keselesaan dan
keselamatan. Murid-murid akan memasuki kawasan sekolah selepas diturunkan
oleh ibu bapa/penjaga masing-masing daripada kenderaan masing-masing melalui
pagar baharu yang akan dibina.

2.5 Murid-murid akan dapat memasuki kawasan sekolah dengan lancar walau pun ketika
hari hujan. Selain boleh dijadikan tempat menunggu ketibaan ibu bapa/penjaga untuk
murid-murid

3.0 KOMPONEN PROJEK

3.1 Komponen dewan besar serbaguna yang dicadangkan terdiri daripada:

3.1.1 Dewan Terbuka Berbumbung


3.1.2 Kipas
3.1.3 Lain- lain kemudahan

3.2 Komponen Laluan Pejalan Kaki Berbumbung

3.2.1 Laluan Pejalan Kaki Berbumbung sepanjang 42 kaki.

4.0 PELAN PROJEK

4.1 Pelan Dewan Terbuka Berbumbung ( Rujuk Pelan 1 )

4.2 Pelan Laluan Pejalan Kaki Berbumbung ( Rujuk Pelan 2 )

5.0 ANGGARAN KOS PROJEK

Bil. Perkara Anggaran kos

1. Dewan terbuka berbumbung RM 87,000.00

2. Laluan pejalan kaki berbumbung RM 13,000.00

Jumlah RM 100,00.00

5
KERTAS KERJA DEWAN TERBUKA BERBUMBUNG DAN LALUAN PEJALAN KAKI BERBUMBUNG

6.0 PENUTUP

Diharapkan projek ini akan berjaya dilaksanakan demi meningkatkan pembangunan


dan kemajuan SK Seri Lanang. Kemudahan prasarana yang baik akan mempengaruhi
perkembangan fizikal dan mental serta kerohanian anak-anak selaras dengan Falsafah
Pendidikan Negara.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

....................................... ..........................................

ZURAINI BINTI RAHMAD MOHD.FAZLEE BIN MOHD.LATIFF


Penyelaras Projek YDP PIBG Sk Seri Lanang
Sesi 2019/2020

Disahkan oleh,

..................................................

LAFISAH BINTI MOHD NOR


Penasihat PIBG merangkap
Guru Besar SK Seri Lanang

6
KERTAS KERJA DEWAN TERBUKA BERBUMBUNG DAN LALUAN PEJALAN KAKI BERBUMBUNG

Pelan Sekolah

7
KERTAS KERJA DEWAN TERBUKA BERBUMBUNG DAN LALUAN PEJALAN KAKI BERBUMBUNG

8
KERTAS KERJA DEWAN TERBUKA BERBUMBUNG DAN LALUAN PEJALAN KAKI BERBUMBUNG

Lampiran Pelan 1

Dewan Terbuka Berbumbung

9
KERTAS KERJA DEWAN TERBUKA BERBUMBUNG DAN LALUAN PEJALAN KAKI BERBUMBUNG

10
KERTAS KERJA DEWAN TERBUKA BERBUMBUNG DAN LALUAN PEJALAN KAKI BERBUMBUNG

11
KERTAS KERJA DEWAN TERBUKA BERBUMBUNG DAN LALUAN PEJALAN KAKI BERBUMBUNG

12
KERTAS KERJA DEWAN TERBUKA BERBUMBUNG DAN LALUAN PEJALAN KAKI BERBUMBUNG

13
KERTAS KERJA DEWAN TERBUKA BERBUMBUNG DAN LALUAN PEJALAN KAKI BERBUMBUNG

Lampiran Pelan 2

Laluan Pejalan Kaki Berbumbung

14
KERTAS KERJA DEWAN TERBUKA BERBUMBUNG DAN LALUAN PEJALAN KAKI BERBUMBUNG

15
KERTAS KERJA DEWAN TERBUKA BERBUMBUNG DAN LALUAN PEJALAN KAKI BERBUMBUNG

16
KERTAS KERJA DEWAN TERBUKA BERBUMBUNG DAN LALUAN PEJALAN KAKI BERBUMBUNG

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


SEKOLAH KEBANGSAAN SERI LANANG Telefon: 03-31201340
42700 BANTING, KUALA LANGAT Faks: 03-31201340

17
KERTAS KERJA DEWAN TERBUKA BERBUMBUNG DAN LALUAN PEJALAN KAKI BERBUMBUNG

SELANGOR DARUL EHSAN Website:https://serilanang.wordpress

Disediakan oleh,

Penyelaras Projek

18
KERTAS KERJA DEWAN TERBUKA BERBUMBUNG DAN LALUAN PEJALAN KAKI BERBUMBUNG

19

You might also like