Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 22

DCA ditubuhkan sebagai sebuah agensi di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) untuk

menyediakan pengangkutan udara yang selamat dan cekap, dengan aliran teratur, di samping mengawal selia
aktiviti-aktiviti penerbangan di Malaysia. Perkembangan pesat sektor penerbangan Malaysia dan industri
pengangkutan udara sebahagian besarnya hasil pendekatan pragmatik yang diambil oleh DCA dalam
memastikan pematuhan terhadap piawaian dan amalan yang disyorkan oleh Organisasi Penerbangan Awam
Antarabangsa (ICAO).

VISI
 Menjadi pakar penerbangan terkemuka di dunia
MISI
 Meningkatkan keselamatan, perlindungan dan kecekapan secara berterusan demi industri penerbangan
yang mampan.
NILAI
 Profesional
 Kecemerlangan
 Integriti
 Bertanggungjawab
 Esprit de Corps
PENSIJILAN ISO

1) MS ISO/IEC 27001:2005 ISMS pada 28 Mac 2014 bagi skop berikut:


Sistem MAAIS yang disokong oleh DCA dan terletak di bilik pelayan

2) MS ISO 9001:2008 QMS pada 31 Mac 2014 bagi skop berikut:


Penyediaan Perkhidmatan Pakej Maklumat Penerbangan Bersepadu (AIP) yang terdiri daripada AIP, Tambahan
kepada AIP dan Surat Pekeliling Maklumat Penerbangan (AIC).
Cadangan Pemberian Notis kepada Juruterbang (NOTAM)

3) MS ISO 9001:2008 QMS pada 31 Mac 2014 bagi skop berikut:


Pemberian Notis kepada Juruterbang (NOTAM), termasuk Ringkasan NOTAM; NOTAM dan Buletin Maklumat
Sebelum Penerbangan (PIB); serta Senarai Semak dan Senarai NOTAM yang sah, kecuali aktiviti Rancangan
Penerbangan.

POLISI AGENSI

Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCAM) akan menyediakan piawaian keselamatan tertinggi yang
munasabah dalam organisasi yang dirancang, disediakan dan dikendalikannya dengan mengenalpasti serta
meminimumkan risiko-risiko yang timbul hasil aktiviti-aktiviti DCAM, ke tahap yang dianggap rendah lagi
munasabah.
 DCAM akan menganggap keselamatan organisasi sebagai pertimbangan yang paling penting dalam
keseluruhan aktiviti-aktivitinya.
 Keselamatan membentuk bahagian peruntukan yang penting bagi sistem pengangkutan udara yang
efisien lagi berkesan. Semua pengurus bertanggungjawab untuk prestasi tugasan masing-masing.
 DCAM akan terus menggunapakai piawaian keselamatan eksplisit yang mematuhi kewajiban berkanun
dan keperluan-keperluan keselamatan bahagian kawal selia.
 DCAM akan memperkembangkan budaya dalam kalangan pengurus dan kakitangan yang memupuk
pemahaman yang meningkat tentang kepentingan keselamatan dalam semua aktiviti kami dan hasil
tanggungjawab setiap individu. Ia akan menyediakan persekitaran, sokongan dan latihan yang
diperlukan untuk mencapai matlamat ini.
 DCAM akan memastikan bahawa sistem-sistem dan teknologi yang digunakan, sama ada dihasilkan
secara dalaman ataupun dibeli dari luar, menepati piawaian keselamatan sistem yang dinyatakan
dengan sewajarnya. Demikian juga , ia akan memastikan bahawa penyelenggaraan sistem-sistem ini
dijalankan oleh sub-kontraktor yang menepati keperluan dan piawaian keselamatan DCAM.
SEKTOR DAN BAHAGIAN

1. Airworthiness

PROFIL
Unit Keselamatan Terbang (Airworthiness Unit) ditubuhkan pada tahun 1972, di bawah Bahagian Operasi
Penerbangan untuk mengawal selia aktiviti-aktiviti penyelenggaraan pesawat. Pihak Berkuasa Penerbangan
Awam, United Kingdom (CAAUK) telah diberikan kontrak untuk mengurus unit ini. Pegawai keselamatan
terbang CAAUK ditempatkan di Malaysia dan menggunapakai Piawaian Keselamatan Terbang
Britain. Perkembangan fungsi dan tanggungjawab telah membawa kepada unit ini dinaik taraf ke sebuah
Bahagian pada tahun 1992. Pegawai-pegawai CAAUK secara beransur-ansur diganti dan sejak tahun 1999,
Bahagian Keselamatan Terbang dikendalikan sepenuhnya oleh rakyat Malaysia. Kontrak UKCAA ditukar
menjadi penyedia perkhidmatan perundingan. Bahagian Keselamatan Terbang seterusnya berkembang
menjadi sebuah Sektor pada tahun 2007, dengan fungsi-fungsi dan tanggungjawabnya diperluaskan.

FUNGSI
Sektor Keselamatan Terbang berfungsi untuk mengawal selia perkara berkaitan dengan keselamatan terbang
melalui penetapan piawaian, amalan dan garis panduan yang disyorkan, dan penguatkuasaannya seperti yang
diperlukan oleh Akta Penerbangan Awam [CAA] 1969.

PROGRAM-PROGRAM
Peranan utama Sektor ini adalah untuk meningkatkan dan menggalakkan keselamatan penerbangan melalui
peraturan keselamatan untuk terbang yang berkesan dan terkini. Aktiviti-aktiviti keselamatan terbang dikawal
selia melalui pelbagai proses, dengan mengambil kira semua aspek keselamatan terbang yang mempunyai
kesan terhadap keselamatan penerbangan. Proses-proses ini termasuk pendaftaran pesawat awam, pensijilan
reka bentuk pesawat dan piawaian binaan, pelesenan jurutera penyelenggaraan pesawat, kelulusan organisasi
yang relevan, perkembangan piawaian dan penyiasatan keselamatan. Aktiviti-aktiviti keselamatan untuk
terbang adalah:

A. Kejuruteraan
1. Pensijilan produk-produk aeronautik
2. Pengeluaran Arahan-arahan Keselamatan Terbang
3. Kelulusan Pengubahsuaian dan Kerja Pembaikan
4. Kelulusan daripada Organisasi Reka Bentuk dan Organisasi Pengeluaran
B. Stesen Pembaiki
1. Penyiasatan Kejadian & Kerosakan
2. Kelulusan Organisasi Penyelenggaraan/ Stesen Pembaiki
C. Penyelenggaraan
1. Pengeluaran Awal dan Pembaharuan Sijil Keselamatan Terbang
2. Kelulusan Kemudahan dan Penyelenggaraan Pesawat
3. Penyelenggaraan Keselamatan Terbang yang Berterusan
4. Penyiasatan Kejadian & Kerosakan
D. Pelesenan Jurutera
1. Peperiksaan bagi Jurutera
2. Kelulusan bagi Organisasi-organisasi Latihan
3. Pelesenan jurutera penyelenggaraan pesawat
E. Piawaian
1. Pendaftaran semua pesawat awam dan gadai janji pesawat
2. Perkembangkan dan kemas kini piawaian, keperluan dan prosedur
3. Analisis data keselamatan terbang, termasuk semua laporan kejadian, pelaporan kesukaran
perkhidmatan, malfungsi dan kerosakan.
2. Pengurusan Trafik Udara

PROFIL
Sektor Pengurusan Trafik Udara merupakan sektor terbesar dalam Jabatan Penerbangan Awam
Malaysia. Terdapat 775 Pengawal Trafik Udara dan 193 kakitangan pentadbiran dalam sektor ini, yang
ditempatkan di seluruh Malaysia. Pengarah Sektor ATM disokong oleh Pengarah Serantau I (Semenanjung
Malaysia), Pengarah Serantau II (Sabah), Pengarah Serantau III (Sarawak), Pengarah KLIA dan Pengarah
Pusat Kawalan Trafik Udara KL dalam kefungsian sektor tersebut.

Sektor ATM ditadbir dalam dua peringkat; ibu pejabat dan operasi. Ibu pejabatnya terletak di Putrajaya
manakala operasi-operasinya ditempatkan di pelbagai stesen di Semenanjung Malaysia dan Malaysia
Timur. Ruang udara Malaysia dibahagikan kepada Rantau-rantau Maklumat Penerbangan (FIR) Kota Kinabalu
dan Kuala Lumpur dan di mana operasi berhubung-kait dengan unit-unit kawalan trafik udara. Terdapat 2
pusat kawalan trafik udara; di Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu, sebuah sub-pusat di Kuching di samping 12
Menara Kawalan di Semenanjung Malaysia, 4 di Sabah dan 8 di Sarawak.

FUNGSI
Sektor Pengurusan Trafik Udara bertanggungjawab untuk menyediakan perkhidmatan trafik udara untuk
pengendalian penerbangan yang selamat dan cekap dalam ruang udara Malaysia, mengikut Konvensyen
Chicago 1947. Perkhidmatan Trafik Udara adalah istilah generik dan merangkumi kawalan trafik udara,
penasihat, maklumat penerbangan serta perkhidmatan amaran.

PROGRAM & AKITIVITI


Piawaian ICAO dan amalan-amalan yang disyorkan (SARPS) yang berkaitan dengan tanggungjawab sektor
ATM adalah yang terkandung dalam

 Annex 1 – Personnel licensing,


 Annex 2 – Rules of the Air,
 Annex 3 – Meteorological Service for International Air Navigation
 Annex 4 – Aeronautical Charts,
 Annex 5 – Units of Measurement to be used in Air and Ground Operations,
 Annex 10 – Aeronautical Telecommunications
 Annex 11 – Air Traffic Services,
 Annex 12 – Search and Rescue,
 Annex 14 – Aerodromes; dan
 Annex 15 – Aeronautical Information Services.

Dokumen-dokumen relevan yang lain adalah DOC 4444 – Air Traffic Management Procedures for Air
Navigation, DOC 9859 – Safety Management System Manual, CIR 314 – Threat and Error Management (TEM),
DOC 9910 – Normal Operations Safety Survey (NOSS), Doc 9426 – Air Traffic Services Planning Manual dan
DOC 9683 – Human Factors Manual.

Dalam pelaksanaan fungsinya, Sektor ATM menjalankan pelbagai aktiviti di peringkat ibu pejabat dan
peringkat operasi, termasuk:

Ibu pejabat:

 Penerbitan Maklumat Aeronautik (AIP)


 Perkhidmatan Maklumat Aeronautik (AIS)
 Pengurusan dan Perancangan Ruang Udara
 Kemudahan Pengawasan, Navigasi dan Komunikasi (CNS)
 Pengutipan Caj Kemudahan Navigasi Udara (ANFC).
 perkembangan prosedur-prosedur penerbangan
 Had Pelepasan Halangan (OCL)
 pengurusan bahagian sumber manusia,
 perkembangan prosedur-prosedur ATC
 pengurusan keselamatan

Operasi-operasi

 Melatih Pengawal Trafik Udara


 Perkhidmatan Radar Kawal Sua (Approach Radar Control)
 Perkhidmatan Radar Kawal Kawasan (Area Radar Control)
 Perkhidmatan Kawal Prosedur Sua (Approach Procedure Control)
 Perkhidmatan Kawal Prosedur Kawasan (Area Procedure Control)
 Perkhidmatan Kawalan Aerodrom
 Perkhidmatan Maklumat Penerbangan
 Perkhidmatan Mudah Alih Aeronautik
 Perkhidmatan Pengkoordinatan Cari dan Selamatkan

3. Operasi Penerbangan

PROFIL
Bahagian Operasi Penerbangan ditubuhkan pada awal tahun 1970an untuk mengurus semua perkara
mengenai pelesenan, keselamatan terbang dan penentukuran. Penstrukturan semula organisasi DCA pada
tahun 1992 memperlihatkan Unit Keselamatan Terbang dinaikkan taraf kepada bahagian yang berasingan
untuk menjalankan peranan-peranan dan tanggungjawab-tanggungjawab yang semakin bertambah berkaitan
dengan pensijilan operator udara. Buat masa kini, Bahagian Operasi Penerbangan telah dinaikkan taraf kepada
sebuah Sektor.

FUNGSI
Fungsi Sektor ini adalah untuk mengawal selia aktiviti-aktiviti operasi penerbangan termasuk pelesenan krew
penerbangan dan pensijilan operator udara/darat. Bahagian Penentukuran Penerbangan sektor ini
menyediakan perkhidmatan penentukuran bantuan navigasi secara tempatan dan serantau.

PROGRAM DAN AKTIVITI


 Pelesenan Krew Penerbangan dikuatkuasakan terhadap para juruterbang untuk pelbagai kategori dan
jenis-jenis penarafan. Aktiviti ini termasuk pengeluaran, pembaharuan dan pengesahan lesen-lesen
juruterbang dan jurutera penerbangan. Lesen juruterbang yang diproses ialah Lesen Penerbangan
Persendirian (PPL), Lesen Juruterbang Perdagangan (CPL) dan Lesen Juruterbang Pengangkutan Udara
(ATPL). Terma-terma digunapakai untuk conversion of foreign licence oleh warganegara Malaysia
dan validation of foreign licence untuk bukan warganegara Malaysia. Sila layari FAQ untuk pertanyaan
umum mengenai pelesenan krew penerbangan dan How to be a Pilot untuk mendapatkan maklumat
kerjaya.

 Peperiksaan Krew Penerbangan dijalankan mengikut kaitannya dengan keperluan-keperluan pelesenan


juruterbang. Sektor ini merupakan pihak berkuasa yang menyediakan kertas-kertas peperiksaan,
pengawasan dan pemarkahan. Sukatan pelajaran bagi peperiksaan krew penerbangan termasuk:
- Maklumat Am Pesawat
- Undang-undang Udara
- Kumpulan Navigasi ATPL
- Kumpulan Navigasi CPL
- Sukatan Pelajaran PPL
- Pemuatan
- Prestasi dan Batas Kemampuan Manusia
- Kumpulan Prestasi
 Sijil Operator Udara diperlukan sebagai peruntukan bagi penerbangan berjadual atau tidak berjadual, di
samping apa-apa kerja aerial termasuk latihan yang berkaitan dan penyemburan tanaman oleh mana-
mana syarikat penerbangan. Sektor Operasi Penerbangan bekerja rapat dengan Sektor Keselamatan
Terbang kerana skop kerjanya melibatkan inspektor pesawat dan penilaian prestasi simulator
penerbangan. Deskripsi komprehensif tentang tanggungjawab inspektor didokumentasikan di dalam Flight
Operations Surveillance Inspectors (FOSI) Handbook. Maklumat dan panduan mengenai Pentadbiran
Operator Udara dan Sijil Operator Udara didokumentasikan di dalam FOSI Handbook – Volume II AOC.
Senarai Surat Pekeliling AOC yang berkaitan boleh didapati di AIC 17-2005.
 Sijil Kelulusan diperlukan bagi mana-mana organisasi yang bertujuan mengendalikan aktiviti-aktiviti
penerbangan untuk melatih juruterbang pelajar atau bagi tujuan rekreasi.
 Pelaporan Kejadian Mandatori (MOR) scheme membolehkan kakitangan penerbangan
mengemukakan laporan-laporan kejadian berhubung dengan keselamatan dan ini disimpan di dalam
pangkalan data. Analisis laporan-laporan ini penting bagi pemantauan dan kajian semula keselamatan.
 Penyiasatan Kemalangan dijalankan untuk menentukan faktor-faktor penyumbang kepada sesuatu
kemalangan, saranan keselamatan berkaitan yang disyorkan dan tindakan-tindakan pembetulan.
 Penentukuran Penerbangan dijalankan untuk menentukan ketepatan dan kebolehpercayaan pelbagai
alat bantuan navigasi yang digunakan di ruang udara Malaysia, seperti Sistem Pendaratan Alatan (ILS –
Instrument Landing System) dan VOR/DME. Perkhidmatan ini ditawarkan pada peringkat rantau secara
kontraktual.

4. Piawaian Lapangan Terbang

PROFIL
Piawaian keselamatan dan kecekapan yang perlu dipatuhi oleh para pemilik aerodrom dan/atau operator
dibentangkan sebagai Piawaian dan Amalan yang Disyorkan [SARPS – Standards and Recommended Practic],
Lampiran 14 dari Convention on International Civil Aviation and Aerodrome Directives yang diterbitkan oleh
Jabatan Penerbangan Awam. Ia membentuk asas bagi penilaian untuk pensijilan, pelesenan dan pendaftaran
aerodrom, dengan mengambil kira skala dan skop aktiviti penerbangan yang akan mengambil tempat di
aerodrom. Semua aspek aerodrom dan pengurusannya yang mempunyai kesan terhadap keselamatan
aeronautik akan dipertimbangkan.

Bahagian Piawaian Lapangan Terbang bekerja rapat bersama para pemilik dan/atau operator aerodrom untuk
menghasilkan sistem-sistem pengurusan keselamatan yang efisien untuk mengekalkan, dan di mana wajar,
meningkatkan tahap keselamatan berlatarkan ramalan perkembangan dan permintaan industri penerbangan.

FUNGSI
Peranan utama Bahagian Piawaian Lapangan Terbang adalah untuk mengawal selia aktiviti-aktiviti aerodrom
dalam memastikan operasi yang selamat dan cekap untuk keselamatan masyarakat di sekitar aerodrom.

PROGRAM & AKITIVITI


 Pensijilan Aerodrom [Borang Permohonan AD103/CERT/APL1]
Bahagian Piawaian Lapangan Terbang memastikan bahawa mana-mana aerodrom yang dibuka kepada
operasi pengangkutan awam mesti menepati keperluan-keperluan Lampiran 14 dari aspek kemudahan dan
spesifikasi.
 Pelesenan Operator Aerodrom [Borang Permohonan DCA/AD/L/001]
Memastikan bahawa pemilik atau operator aerodrom yang dibuka kepada operator pengangkutan awam
mematuhi piawaian yang ditetapkan Akta Penerbangan Awam 1969 Seksyen 5A dan Seksyen 24A.
 Pendaftaran Aerodrom [Borang Permohonan OL/APL1]
Aerodrom persendirian yang tidak berlesen mesti didaftarkan untuk memastikan pematuhan terhadap
keperluan-keperluan keselamatan yang minimum untuk pesawat di aerodrom, dan masyarakat awam serta
harta benda di sekitarnya.
 Pembangunan Aerodrom
Bahagian ini menawarkan panduan dan nasihat mengenai pembangunan aerodrom perdagangan dan
bukan perdagangan untuk memastikan pengamalan Piawaian Antarabangsa dan Amalan yang Disyorkan
dengan sewajarnya, di samping keperluan-keperluan keselamatan yang lain.
 Kelulusan Denotasi Halangan
Menyediakan panduan dan nasihat mengenai kawalan halangan, dalam dan di sekitar aerodrom, dan
pengamalan Piawaian Antarabangsa dan Amalan yang Disyorkan dengan sewajarnya mengenai penandaan
dan pencahayaan halangan.
 Pengesahan Prestasi CNS
Piawaian-piawaian ini digunakan untuk komunikasi, navigasi dan kemudahan pengawasan yang dibekalkan
untuk menyokong navigasi udara mengikut Piawaian Antarabangsa dan Amalan yang Disyorkan.
 Nasihat Operasi Aerodrom
Menyediakan panduan dan nasihat mengenai perkara-perkara yang meliputi operasi aerodrom mengikut
Piawaian Antarabangsa dan Amalan yang Disyorkan, dan keperluan-keperluan keselamatan yang lain.

5. Pengangkutan Udara

PROFIL
Bahagian Pengangkutan Udara merupakan tumpuan utama bagi perkara-perkara yang berhubung dengan
Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan perkara-perkara yang merangkumi industri
penerbangan antarabangsa secara am. Ia mengkordinasi respons bagi pematuhan terhadap piawaian-piawaian
antarabangsa dan obligasi-obligasi lain. Bahagian tersebut bekerja rapat dengan syarikat penerbangan dan
pemegang kepentingan lain dalam penerbangan untuk memudahkan kemampanan dan pertumbuhan industri
penerbangan awam. Bahagian Pengangkutan Udara juga mengumpulkan dan menyebarkan statistik tentang
penerbangan.

FUNGSI
Peranan utama Bahagian Pengangkutan Udara adalah untuk mempromosi industri pengangkutan udara yang
mampan, berekonomi dan efisien.

PROGRAM & AKTIVITI


 Pengeluaran Lesen Perkhidmatan Udara, Permit Perkhidmatan Udara dan Permit Barangan
Berbahaya
Lesen dan permit diperlukan untuk mengangkut penumpang, mel atau kargo untuk sewa dan
upah. Dengan kerjasama pihak Operasi Penerbangan dan Sektor-sektor Keselamatan Terbang, Bahagian
tersebut memastikan para operator memenuhi keperluan-keperluan bagi Lesen Perkhidmatan Udara atau
Permit Perkhidmatan Udara. Pengeluaran Permit Barangan Berbahaya diselaraskan dengan Sektor Operasi
Penerbangan dan Bahagian Keselamatan Penerbangan.
 Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO)
Malaysia adalah negara pejanji ICAO. Bahagian ini bertindak sebagai tumpuan utama bagi perkara-perkara
ICAO dan menyelaraskan respons-respons mengenai piawaian dan amalan yang disyorkan, Audit
Pemantauan Keselamatan, program-program latihan dan acara-acara berhubung dengan penerbangan.
 Penerbangan Antarabangsa
Bahagian ini menyertai pengurusan isu-isu penerbangan seperti liberalisasi, ASEAN dan APEC, pada
peringkat rantau dan antarabangsa.
 Kelulusan Tambang dan Penerbangan
Selaras dengan amalan antarabangsa, kelulusan diberi untuk penerbangan-penerbangan berjadual bagi
jadual musim panas dan musim sejuk.
 Statistik dan Data Penerbangan
Statistik dan data yang dikumpulkan termasuk pergerakan pesawat, pergerakan penumpang, kelewatan
penerbangan, kargo, mel dan pelaburan.
 Isu-isu semasa tentang penerbangan
Bahagian tersebut akan menyelaraskan isu-isu semasa berhubung dengan penerbangan seperti impak
terhadap persekitaran dan Influenza A (H1N1).
 Syarikat dan pekerjaan
Bahagian ini mengeluarkan saranan bagi penubuhan syarikat penerbangan dan penggajian ekspatriat.

6. Inspektorat Trafik Udara

PROFIL
Pada tahun 1985, Unit Inspektorat ditubuhkan, di bawah Bahagian Perkhidmatan Kawalan Trafik Udara, DCA
dengan matlamat untuk memastikan bahawa Pegawai Kawalan Trafik Udara (PKTU) mempunyai pengetahuan,
pengalaman, kecekapan, kemahiran, kecergasan fizikal dan mental selaras dengan piawaian yang termaktub
dalam ICAO Annex 1 to the Chicago Convention – Personnel Licensing. Walau bagaimanapun, hanya fungsi
peperiksaan kawalan trafik udara ( KTU ) dikendalikan oleh Unit tersebut disebabkan oleh beberapa kekangan
pada masa itu. Berikutan itu, pelesenan PKTU bermula pada tahun 1992; peruntukan ini (Peraturan-Peraturan
Penerbangan Awam 1996, peraturan 92) merangkumi semua PKTU di DCA, termasuk Tentera Udara Di Raja
Malaysia (TUDM), khususnya bagi PKTU yang mengawal trafik awam. Memandangkan aktiviti-aktiviti Unit yang
melibatkan skop fungsi kerja dan tanggungjawab kian bertambah, Unit tersebut telah dinaikkan taraf kepada
sebuah Bahagian pada tahun 2002. Bahagian Inspektorat Perkhidmatan Trafik Udara (ATS) terdiri daripada
PKTU yang berkelayakan dan terpilih berdasarkan pengalaman, pengetahuan dan atribut kerja spesifik. Hasil
lanjutan dari Universal Safety Oversight Audit Programme (USOAP) pada tahun 2005, selain kawalselian ATS,
fungsi dan tanggungjawab Bahagian Inspektorat ATS diperluaskan untuk merangkumi bidang-bidang lain
dalam perkhidmatan navigasi udara (ANS), iaitu Procedures for ANS-Aircraft Operations (PANS-
OPS), Aeronautical Information Services (AIS), Aeronautical Charts (CHART), Communication Navigation and
Surveillance (CNS), Aeronautical Meteorology (MET) dan Search and Rescue (SAR). Sehubungan itu, nama
baru bahagian iaitu Bahagian Inspektorat Trafik Udara (BIT) kini mempunyai tanggungjawab kawalselia untuk
memastikan bahawa pemberi ANS melaksanakan segala peruntukan berhubung dengan ANS mengikut
perundangan Negara dan ICAO Annexes, khususnya ICAO Annex 1 – Personnel Licensing (berkaitan pelesenan
ATC dan ATC-ATO sahaja), Annex 2 Rules of the Air, Annex 3 Meteorological service for International air
navigation, Annex 4 Aeronautical Charts, Annex 10 Aeronautical Telecommunications, Annex 11 ATS, Annex 12
SAR, Annex 15 AIS, dan termasuk Annex 15 Units of Measurement to be used in Air and Ground Operations.

Pada April 2015, tanggungjawab kawalselia BIT diselaraskan bagi memberi fokus terhadap fungsi kawalselia
pemberi ANS dalam bidang ATS, PANS-OPS, AIS, CHART, MET dan SAR; di mana CNS di kawalselia oleh
Bahagian Piawaian Lapangan Terbang, DCA. Sehubungan itu, Annexes ICAO yang berkaitan dengan
tanggungjawab kawalselia BIT adalah Annexes 1 (ATS dan ATC-ATO sahaja), 2, 3, 4 (Instrument Charts
sahaja), 11, 12, 15 dan 19 Safety Management (ATS sahaja).

FUNGSI
Bahagian Inspektorat Trafik Udara (BIT) adalah badan kawalselia yang menyelia peruntukan ANS oleh
pemberi ANS untuk memastikan pematuhan dengan perundangan nasional, terutamanya Akta Penerbangan
Awam 1969 dan Peraturan Penerbangan Awam 2016, serta ICAO Annexes to the Chicago
Convention berkaitan dan ICAO Docs.

PROGRAM & AKTIVITI


BIT menetapkan piawaian/peruntukan ANS, dan menjalankan aktiviti kawalseliaan serta pemantauan yang
bertujuan utama untuk mengawal atur pemberi ANS. ANS Regulatory Manual mengandungi keperluan-
keperluan dan prosedur-prosedur mengenai peruntukan ANS, yang terutamanya berdasarkan standards and
recommendations (SARPs) dari ICAO Annexes to the Chicago Convention, lain-lain dokumen ICAO dan amalan
terbaik (best practices) seperti yang ditetapkan oleh BIT yang akan digunapakai di Malaysia. Dari masa ke
semasa, BIT boleh menambah (supplement) piawaian ANS ini dalam bentuk penerbitan seperti Air Traffic
Inspectorate Directives (ATIDs) atau Aeronautical Information Circulars (AICs). Di mana wajar, penerbitan
tersebut akan dimasukkan ke dalam Manual melalui pindaan (amendment).
(1) Audit / Pemeriksaan Pemantauan (Safety Oversight Audit / Inspection) terhadap pemberi ANS
dijalankan untuk mengawalselia peruntukan ANS secara berkesan. BIT menjadualkan audit / pemeriksaan
rasmi secara berkala, juga termasuk cara rambang (random) seperti mana dan apabila diperlukan, tanpa
sebarang pemberitahuan awal kepada penberi ANS. Pengauditan menggunakan soalan protokol (protocol
questions) dan senarai semakan pematuhan (compliance checklists) untuk menilai tahap pematuhan terhadap
perundangan Negara, dan ICAO Annexes to the Chicago Convention, lain-lain dokumen ICAO dan amalan
terbaik (best practices).

(2) Aktiviti-aktiviti Peperiksaan ATC termasuk semua kursus ATC di organisasi-organisasi latihan ATC yang
diluluskan oleh Ketua Pengarah Penerbangan Awam (DGCA) dan peperiksaan ATC di unit-unit ATS yang
mengawal trafik awam. Walau bagaimanapun, beberapa fungsi diwakilkan kepada Pegawai Pemeriksa ATC
yang dilantik bagi tempoh dua tahun oleh DGCA.

(3) Peruntukan Pelesenan ATC diisytiharkan dalam Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016. BIT
adalah pihak berkuasa bagi pengeluaran, pembaharuan, pengendorsan dan pengesahan Lesen ATC
mengikut ICAO Annex 1 to the Chicago Convention – Personnel Licensing.

(4) Penilaian Perubatan Kelas 3 Untuk PKTU, sebagai sebahagian daripada pra-syarat untuk Lesen ATC,
hanya akan dikeluarkan oleh Designated Aviation Medical Examiner (DAME). BIT mengekalkan satu pangkalan
data yang lengkap tentang maklumat pelesenan bagi semua pemegang lesen.

(5) Penilaian Kefasihan Bahasa Inggeris (English Language Proficiency – ELP) diperlukan untuk
PKTU yang mesti memenuhi keperluan minimum bagi tahap kefasihan untuk komunikasi radiotelephony iaitu
Tahap 4 mengikut ICAO Annex 1 to the Chicago Convention – Personnel Licensing. Berkuatkuasa 31 Mac
2011, Lesen ATC tidak akan dikeluarkan atau diperbaharui kecuali diluluskan dan dibenarkan oleh DGCA.

(6) Penyiasatan Kejadian ATC dijalankan untuk kejadian ATC yang berhubung kait dengan keselamatan
(safety) untuk menilai keberkesanan sistem ATC dan komponen-komponennya, di samping menyarankan
tindakan mitigasi untuk meningkatkan safety. Proses penyiasatan termasuk Panel Kajian Semula Kejadian
(Incident Review Panel – IRP), Lembaga Penyiasatan (Board of Inquiry – BOI) dan Lembaga Kajian Semula
Keselamatan (Safety Review Board – SRB).

7. Keselamatan Penerbangan

PROFIL
Kemalangan pesawat di Tanjung Kupang pada tahun 1978 telah mendorong penubuhan Unit Keselamatan
Penerbangan sebagai sebahagian daripada Bahagian Piawaian Lapangan Terbang Airport. Cabaran-cabaran
dan ancaman-ancaman terhadap keselamatan penerbangan yang tersorot oleh kejadian 11 September pada
tahun 2001 dan AVSEC dinaikkan taraf kepada sebuah Bahagian pada tahun 2002.

FUNGSI
Bahagian Keselamatan Penerbangan bertanggungjawab untuk melindungi penerbangan awam antarabangsa
dan tempatan daripada tindakan-tindakan gangguan yang menyalahi undang-undang, seperti dipandu oleh
Lampiran 9, 17 dan 18 ICAO, serta DOC 8973 dan DOC 9284.

PROGRAM & AKITIVITI


 Program Keselamatan Penerbangan dihasilkan oleh organisasi-organisasi berkaitan untuk memastikan
bahawa tahap langkah-langkah keselamatan di lapangan terbang dan di tempat-tempat pelaksanaan yang
penting memenuhi undang-undang tempatan dan piawaian ICAO. Ini termasuk keperluan keselamatan
semasa pembinaan dan pengubahsuaian lapangan terbang. Program tersebut mendefinisikan undang-
undang, piawaian dan peraturan keselamatan penerbangan yang berkaitan dengan Program Keselamatan
Syarikat Penerbangan yang berasaskan peraturan NCASP dan ICAO. Bahagian tersebut juga mengkaji
semula prosedur kendalian piawai unit-unit keselamatan dan menilai Pelan-pelan Kontingensi.
 Pengangkutan Barangan Berbahaya melalui Udara mesti mematuhi semua undang-undang,
piawaian dan peraturan seperti yang disebutkan oleh ICAO. Bahagian AVSEC memproses dan memberi
kelulusan berhubung dengan pengangkutan barangan berbahaya seperti bahan-bahan radioaktif, senjata,
amunisi dan letupan. Pengajian semula undang-undang dan pengauditan operasi dijalankan secara
berkala untuk memastikan keselamatan.
 Fungsi siasatan yang dijalankan oleh Bahagian ini meliputi gangguan yang menyalahi undang-undang dan
kejadian-kejadian yang berhubung dengan pengangkutan barangan berbahaya melalui udara.
 Maklumat risikan mengenai isu-isu keselamatan penerbangan dari sumber-sumber rasmi dan yang
boleh dipercayai dikumpulkan, diproses, disaring dan diedarkan, untuk membantu mencegah aktiviti-
aktiviti penyeludupan.
 Pensijilan Latihan mengendors institusi-institusi dan program-program yang berasaskan Program
Latihan Keselamatan Negara. Seterusnya, Bahagian ini juga memberi pensijilan kepada kakitangan
keselamatan penerbangan sebagai kompeten untuk menjalankan fungsi-fungsi penyaringan penumpang.
 Program-program Audit Tahunan dijalankan untuk organisasi-organisasi yang berhubung dengan operasi
yang berhubung rapat dengan keselamatan penerbangan, seperti Ejen Terkawal, syarikat penyajian,
pengendali di darat, institusi-institusi latihan, penerbangan kebangsaan dan syarikat-syarikat
pengangkutan udara. Bahagian ini akan berhubung dengan organisasi-organisasi ini untuk menjalankan
tinjauan, pemerhatian dan pengujian.

Keahlian Jawatankuasa pegawai-pegawai AVSEC termasuk:

1. Pengerusi Program Latihan Marsyal Udara.


2. Setiausaha Jawatankuasa Keselamatan Penerbangan Awam Negara.
3. Ahli Jawatankuasa Keselamatan KLIA.
4. Ahli Working Group for Transportation of Dangerous Goods dikendalikan oleh SIRIM Berhad.
5. Ahli Working Group for Transportation of Dangerous Goods (SEA) oleh SIRIM Berhad.
6. APEC Transportation Working Group.
7. Jawatankuasa Keselamatan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.
8. Ahli Security Control on Atomic and Radioactive Source dikendalikan oleh LPTA.
9. Cooperative Aviation Security Programme-South East Asia (CASP-SEA).

8. Akademi Penerbangan Malaysia

PROFIL
Arahan formal pengawal trafik udara hanya bermula dari tahun 1950an hingga ke 1960-an, dalam bentuk
kelas-kelas sementara secara ad-hoc yang dikendalikan oleh pengawal-pengawal kanan. Sebelum ini, latihan
dijalankan sewaktu bekerja dan pelantikan dibuat berdasarkan kecekapan. Selepas tahun 1960an, beberapa
pengawal dihantar ke luar negara. Berikutan keperluan yang semakin bertambah untuk melatih pengawal
secara tempatan, sebuah Pusat Latihan Penerbangan Awam telah didirikan di Lapangan Terbang Paya Lebar di
Singapura.

Perpisahan Singapura daripada Malaysia membawa kepada penyusunan semula pentadbiran penerbangan
awam. Encik. A. Parker, pakar Colombo Plan dari Australia dan dua perunding lain; S. Hill (ATC) dan Mathisen
(Perkhidmantan Kebakaran) membantu mendirikan pusat latihan di bawah Australian Aid Program. Pada 21
September 1969, Pusat Latihan Penerbangan Awam (CATC – Civil Aviation Training Centre) telah ditubuhkan
dengan dua cawangan, khususnya ‘the School of Air Traffic Services’ dan ‘the School of Aerodrome Fire and
Rescue Services’. CATC ditempatkan buat sementara waktu bersebelahan dengan bangunan terminal utama di
Subang, di bangunan-bangunan yang pada asalnya dibina sebagai stesen kuarantin.

Kumpulan pelatih ATC pertama lulus dari CATC pada 25 April 1970. Simulator RADAR pertama telah dipasang
pada tahun 1974. Menjelang akhir 1970an, CATC telah mula sesak dan perancangan telah dijalankan untuk
memperluaskan bangunan terminal tersebut, justeru itu, membawa kesan kepada CATC, terutamanya latihan
AFRS. Pihak kerajaan telah meluluskan pelan pembangunan 2 fasa untuk CATC. Fasa 1 terdiri daripada 4 blok
yang diperbuat daripada kayu, dibina di atas anak bukit merentasi jalan dari bangunan terminal di Subang.
Fasa kedua melibatkan pembinaan struktur-struktur kekal dan blok-blok yang diperbuat daripada kayu telah
ditukarkan kepada hostel bagi para pelatih. Fasa pertama pelan dilaksanakan dan kolej baru dibuka secara
rasmi pada 1 Januari 1981 dan dinamakan semula ‘Civil Aviation College’ (CAC). Kolej tersebut dikecilkan dari
segi saiz pada bulan Oktober 1992, apabila operasi lapangan terbang diswastakan. Sekolah AFRS berpindah ke
Pulau Pinang untuk menyertai Pusat Latihan Keselamatan, dan menjadi sebahagian daripada operator
lapangan terbang, pusat latihan Malaysia Airports Berhad.

Pada tahun 1996, dalam persiapan untuk pembukaan lapangan terbang baru KLIA di Sepang, dan penyusunan
semula serentak struktur ruang udara Kuala Lumpur FIR, satu jadual latihan secara besar-besaran diperlukan
untuk melatih ramai pengawal baru di samping melatih semula semua pengawal semasa. Atas sebab kolej
tersebut tidak berkemampuan menampung bilangan peserta yang sedemikian, latihan tersebut telah dikontrak
kepada IAL-Serco dan Airspace Management Services (usaha sama antara sebuah syarikat tempatan dan
Ambidji dari Australia).

Fasa kedua kompleks latihan tetap hanya direalisasikan pada tahun 2009. Bangunan-bangunan baharu di
Sepang kini beroperasi. Keperluan-keperluan latihan sebelumnya, serentak dengan pembukaan KLIA telah
membawa kepada perolehan dua simulator radar baharu dengan lebih 25 Nod, sebilangan simulator Bukan
Radar dan 3 unit Simulator Aerodrom 2-D dan satu unit Simulator Aerodrom 360 Darjah. Peralatan ini
ditempatkan di kampus cawangan CAC di Taman SEA, Petaling Jaya.

Dengan penempatan semula ke Sepang, lebih banyak simulator dan sumber-sumber latihan lain akan
ditambah. MAVA dilengkapi dengan rangkaian kemudahan yang menyeluruh untuk menjalankan semua
kursus yang diperlukan termasuk melatih Pengawal bertaraf dunia bagi menyediakan perkhidmatan ATM di
Malaysia dan di peringkat antarabangsa.

FUNGSI
MAVA menyediakan latihan berhubung dengan penerbangan untuk memenuhi keperluan-keperluan negara
dan antarabangsa; untuk kakitangan operasi dan pengurusan.

PROGRAM & AKITIVITI


Aktiviti-aktiviti utama MAVA adalah berkaitan dengan latihan pengawal Trafik Udara, yang mematuhi piawaian
antarabangsa dan teknik-teknik terkini. Latihan pengawal termasuk suatu rangkaian kursus dari latihan ab-
initio bagi rekrut baharu ke kursus-kursus lanjutan yang diperlukan untuk menyediakan Perkhidmatan Trafik
Udara di Malaysia. Penjadualan kursus ATC diselaraskan dengan Sektor ATM berasaskan keperluan.

Kursus-kursus pengurusan lain berkaitan dengan penerbangan akan dijalankan ke arah membangunkan MAVA
sebagai pusat kecemerlangan untuk latihan. MAVA juga mengambil bahagian dalam Malaysian Technical
Cooperation Program (MTCP) dan menyediakan latihan untuk peserta antarabangsa di bawah payung ICAO.

Program-program latihan yang berikut dijalankan di MAVA:

 Primary ATC
 Kursus Kawalan Aerodrom
 Kursus Approach Procedure Control
 Kursus Approach Radar Control
 Kursus Approach Radar Control (Pertukaran)
 Kursus Area Procedure Control
 Kursus Area Radar Control
 Kursus Pengurusan Aliran Trafik Udara
 Penyelaras Misi Cari dan Selamat (SAR MC)
 Perkhidmatan Tetap Aeronautik
 Perkhidmatan Mudah Alih Aeronautik / HF
 Sistem Pensuisan Mesej Automatik
 Teknik Pengajaran Asas
 Latihan Laluan RVSM / RNAV
 Bahasa Inggeris Teknikal Pengautomatikan ATC
 Penerbangan
 Had Pelepasan Halangan

Malaysian Technical Cooperation Program (MTCP)

Dilaksanakan sejak tahun 1980, MTCP dirumuskan berasaskan kepercayaan bahawa pembangunan sesebuah
negara bergantung pada kualiti sumber manusianya. Program ini menggabungkan pelbagai bentuk kerjasama
teknikal yang ditawarkan oleh Malaysia kepada negara-negara membangun yang lain, sejak tahun 1960an dan
mengatur aktiviti-aktiviti kerjasama teknikal secara sistematik dan mampan. Dengan itu, MTCP menekankan
pembangunan bahagian sumber manusia melalui peruntukan latihan dalam pelbagai bidang yang sangat
penting kepada perkembangan sesebuah negara seperti pentadbiran masyarakat, pembangunan pertanian,
pembangunan perancangan, pengurangan kemiskinan, penggalakan pelaburan, bank berpusat dan Bahasa
Inggeris.

Melalui usaha-usaha kerjasama ini, hubungan dua hala Malaysia dengan negara-negara ahli MTCP telah
diperkasakan, dengan sokongan besar kepada falsafah Malaysia mempromosi perkongsian-perkongsian pintar,
kerjasama serantau seperti ASEAN-East Asia dan suatu kedudukan bersatu Selatan-Selatan. MTCP
dilaksanakan melalui beberapa program kerjasama seperti latihan dalam kursus jangka pendek dan jangka
panjang; lawatan belajar dan latihan amali sambil bekerja; perkhidmatan nasihat melalui penghantaran ahli
pakar; dan sokongan berasaskan projek yang termasuk peruntukan peralatan dan berbentuk sokongan
berdasarkan pemilihan ketat dan berdasarkan kes-kes tertentu.

CAC menjadi institusi yang ditetapkan untuk mengendalikan latihan khusus dalam bidang kepakarannya –
Penerbangan Awam secara am, tetapi lebih pengkhususan dalam bidang Pengurusan Trafik Udara. Kursus
antarabangsa yang pertama dikendalikan pada tahun 1984 oleh AFRS School. Kursus antarabangsa yang
pertama telah dikendalikan oleh School of ATC pada tahun 1989 bagi operator rangkaian telekomunikasi tetap
Aeronautik (AFTN). Pada tahun 1989, kursus ATC yang pertama, kursus An Approach Control (Non
Radar) telah dijalankan.

Sejak tahun 1989, CAC telah melatih lebih daripada 300 pengawal dari 44 negara dalam suatu rangkaian
kursus ATC. Setakat tahun 2008, MAVA meneruskan program ini sebagai institusi latihan yang ditetapkan.

9. Perkhidmatan Pengurusan

PROFIL
Bahagian ini terdiri daripada tiga (3) seksyen, khususnya Bahagian Sumber Manusia dan Seksyen Pentadbiran
Am, Seksyen Kewangan dan Seksyen Pembangunan. Setiap seksyen diketuai oleh seorang Timbalan Pengarah
yang bertanggungjawab bagi tugasan yang berkenaan. Bahagian Sumber Manusia dan Seksyen Pentadbiran
Am dibahagikan kepada lima (5) unit; Unit Penilaian Kecekapan dan Perkembangan Kerjaya, Unit Pentadbiran
dan Perkhidmatan Unit Pengurusan Maklumat, Unit HRMIS dan Unit Kaunseling. Setiap unit diketuai oleh
seorang Timbalan Pengarah.

Di Seksyen Kewangan, terdapat bahagian Kontrak dan Perolehan di samping Unit Perakaunan dan Kewangan.
Seksyen Pembangunan merupakan seksyen terkecil tanpa sebarang sub-unit.

FUNGSI
Bahagian Perkhidmatan Pengurusan menyelia perkemasan jabatan, termasuk perkara-perkara kewangan,
pentadbiran, perkhidmatan dan kebajikan bagi para pegawai dan kakitangan.
PROGRAM & AKITIVITI
1) Seksyen Pentadbiran Am dan Sumber Manusia mengurus perkara-perkara seperti pelantikan,
peletakan jawatan, pengesahan pekerjaan dan pencen. Aktiviti-aktiviti lain yang berkaitan adalah perancangan
dan pengurusan:

 Program penilaian kecekapan


 Kursus dalaman dan luar/latihan termasuk Induksi dan Kursus BTN.
 Pelantikan pegawai kontrak dan pembaharuan pelantikan.
 Mengemaskinikan dan mencatatkan maklumat pegawai/kakitangan di dalam buku perkhidmatan.
 Mengemaskinikan Departmental Personnel Management System (SISPEN) and Human Resource
Management Information System (HRMIS).
 Penyediaan jawatan bagi semua peringkat dan bahagian di DCA.
 Sistem dan sumber perpustakaan DCA.
 Promosi untuk kakitangan perkhidmatan /pegawai tertutup di DC.
 Program-program kaunseling
 Pembangunan IT
 Perkara-perkara tentang disiplin

2) Seksyen Kewangan dan Perakaunan merancang dan menyediakan pelan belanjawan operasi tahunan
Jabatan dan mengurus perbelanjaan operasi. Bil, invois, tuntutan, gaji dan elaun diproses oleh seksyen
ini. Lain-lain kegiatan ialah

 Menyediakan laporan kewangan dan penyata audit


 Mengurus perolehan melalui sebut harga dan tender
 Memantau pengurusan kewangan dan pertanyaan tentang audit
 Mengurus komputer dan permohonan pinjaman kenderaan
 Mengurus pengeluaran tiket penerbangan untuk pegawai/kakitangan bagi tugasan rasmi dan mengurus
permohonan bayaran pendahuluannya.
 Pengumpulan hasil

3) Seksyen Pemantauan Projek memantau pelaksanaan projek-projek pembangunan dari aspek fizikal dan
kewangan; dan melaporkan peringkat-peringkat kemajuan kepada pihak pengurusan dan kementerian.
Laporan-laporan dan maklum balas relevan mengenai status projek disediakan untuk pihak kementerian dan
agensi-agensi berpusat setiap minggu dan bulan. Seksyen ini menyelaraskan perkara-perkara berhubung
dengan projek pembangunan sektor penerbangan dan mengenai penggunaan tanah oleh Jabatan
Penerbangan Awam.

4) Unit Teknologi Maklumat menyimpan dan memantau pemasangan aplikasi sistem dan mengurus
sumber-sumber IT termasuk perkakasan, perisian dan kemampuan rangkaian. Unit ini membantu
menyelaraskan dan melaksanakan inisiatif e-Government pada peringkat jabatan. Ia juga menyelia dan
memantau keselamatan ICT di DCA termasuk keselamatan fizikal, keselamatan rangkaian dam makmal
komputer, di samping menasihati pengguna DCA tentang isu-isu teknikal IT.

5) Unit Teknologi Maklumat menyelenggara dan memantau pelaksanaan aplikasi sistem dan mengurus
sumber IT, termasuk perkakasan, perisian dan kemampuan rangkaian. Unit ini membantu menyelaraskan dan
melaksanakan inisiatif e-Kerajaan di peringkat jabatan. Ia juga menyelia dan memantau keselamatan ICT di
DCA, termasuk keselamatan fizikal, keselamatan rangkaian dan makmal komputer, serta memberitahu
pengguna DCA tentang isu teknikal IT.
10. Penasihat Undang-undang

PROFIL
Unit Penasihat Undang-undang ditubuhkan pada bulan April 2003 dengan seorang penasihat undang-undang
L48 yang ditugaskan ke Jabatan ini. Pada tahun 2007, dua lagi jawatan L41 telah diluluskan untuk unit ini.
Pegawai-pegawai tersebut dipindahkan dan ditempatkan dari pejabat Peguam Negara.

FUNGSI
Fungsi unit ini adalah untuk menasihati DCA mengenai perkara undang-undang yang berkaitan dengan
kefungsian jabatan.

PROGRAM & AKITIVITI

 Tafsiran Undang-undang
Untuk membantu DCA mentaksirkan undang-undang yang relevan, yang digunapakai dalam
menjalankan peranan DCA dalam industri penerbangan.
 Penasihat
Untuk menasihati DCA mengenai perkara-perkara undang-undang yang dirujuk dari masa ke semasa.
 Dokumentasi
Untuk mendraf atau menyemak dokumen-dokumen undang-undang seperti notis, arahan, kontrak,
perjanjian dan memorandum persefahaman untuk melindungi kepentingan-kepentingan Jabatan.
 Menggubal Undang-undang dan Peraturan-peraturan
Untuk membantu DCA menggubal undang-undang/peraturan-peraturan baru atau meminda undang-
undang/peraturan-peraturan.
BAHAGIAN OPERASI

Bahagian operasi DCA terbahagi kepada empat unit iaitu:

1. Unit Perkhidmatan Kawalan Trafik Udara (ATCS).


2. Unit Inspektorat.
3. Unit Mencari dan Menyelamat (SAR).
4. Unit Latihan.

1. UNIT PERKHIDMATAN KAWALAN TRAFIK UDARA

1. Perkhidmatan Kawalan Approach (APCs).


2. Perkhidmat Kawalan Aerodrome (ADCs).
3. Perkhidmatan Kawalan Area (ACs).
4. Perkhidmatan Maklumat Aeronautical (AIS).
5. Perkhidmatan Maklumat Penerbangan (FIS).

Perkhidmatan Kawalan Trafik Udara disediakan untuk:

 Semua pesawat IFR di ruang udara kelas A,B dan C.


 Semua pesawat VFR di ruang udara kelas B dan C.
 Semua pesawat utama VFR.
 Semua trafik aerodrome yang berada di bawah kawalan aerodrome.

Objektif perkhidmatan Kawalan Trafik Udara adalah untuk:

 Mencegah perlanggaran diantara kapal terbang semasa di udara.


 Mencegah perlanggaran diantara kapal terbang dengan halangan-halangan di daratan.
 Mempercepatkan dan melicinkan pergerakan lalulintas di udara.
 Memberi maklumat berguna kepada juruterbang pesawat untuk kelancaran lalulintas udara.
 Memberi maklumat berguna kepada juruterbang pesawat demi keselamatan sesuatu penerbangan.
 Memberi maklumat dan bersedia memberi bantuan kepada pihak-pihak yang berkenaan sekiranya
terdapat kecemasan atau nahas kapal terbang.

Semua operasi Unit Kawalan Trafik Udara adalah termaktub dibawah kawalan undang-undang, peraturan dan
pekeliling-pekeliling yang berkaitan iaitu:

 Manual Air Traffic Services (MATs).


 Aerodrome Information Publication (AIP).
 International Civil Aviation Organization (ICAO).
 Air Navigation Order (ANO).
 Civil Aviation Act 1969.
 Regional Operation Instructions (ROIs).
 Pekeliling-pekeling Perkhidmatan dan Perbendaharaan.
KEPAYAN TOWER

1. Perkhidmatan Kawalan Approach (APCs)

Unit ini bertanggungjawab mengawal penerbangan bagi pesawat yang berlepas dan mendarat. Mereka akan
saling bekerjasama dengan pegawai-pegawai kawalan trafik udara untuk memastikan kelancaran sesuatu
penerbangan. Perkhidmatan akan tertumpu khususnya di kawasan yang berada di bawah kawalan mereka
selaras dengan peruntukan yang terdapat dalam Manual Traffic Services (MATs). APC perlu menyediakan
perkhidmatan di lokasi-lokasi yang telah ditetapkan kepada mereka dan ia adalah tertakluk di bawah UOI .
Beberapa prosedur mesti dipatuhi dan harus menepati piawaian agar satu penyelarasan yang spesifik dapat
ditentukan khususnya di antara unit yang menyediakan perkhidmatan Area Control dari mana-mana ‘local
instruction’ serta yang ada kaitan dengan unit APC.

APC juga bertindak untuk:

 Menentukan jarak yang selamat di antara pesawat IFR/VFR di ruang kelas udara yang dibenarkan.
 Menetapkan paras sesebuah pesawat supaya sentiasa berada di tahap ketinggian yang dibenarkan dengan
mematuhi semua prosedur yang telah ditetapkan. Prosedur-prosedur tersebut mestilah dipatuhi oleh
semua juruterbang.

Unit APC bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan trafik udara kepada semua pesawat merangkumi
masa, paras dan tempat iaitu seperti:

 Pesawat yang berada di bawah kawalan area dan kemudian kawalan tersebut akan diambil-alih/dilepaskan
kepada bahagian kawalan aerodrome.
 APC akan bertanggungjawab ke atas setiap pesawat yang memasuki ruang udaranya samada dari ruang
udara di luar lingkungan kawalan sehinggalah kawalan tersebut diambil alih oleh bahagian kawalan
aerodrome.
 Mengambil alih tugas mengawal pesawat yang berlepas dari kawalan aerodrome sehinggalah kawalan
tersebut dipindahkan ke kawalan APC, berada di ruang udara dan jaraknya adalah jauh dari mana-mana
pesawat IFR dan VFR yang lain.
 Pesawat yang melalui atau melepasi ruang udara APC.

Untuk memastikan perkhidmatan tersebut berjalan dengan lancar, ia akan diuruskan oleh pegawai-pegawai
kawalan yang berikut:
Pegawai Kawalan Approach bertanggungjawab untuk:

 Berkomunikasi secara langsung dengan juruterbang yang bertugas untuk menentukan jarak yang selamat
di antara pesawat.
 Menyelaras pelan tindakan segera dengan unit perkhidmatan kawalan trafik yang lain untuk mengawal dan
mengatur keadaan trafik.
 Memberi bantuan kepada pesawat yang dalam kecemasan atau menghadapi masalah ketika dalam
penerbangan.

Pegawai Kawalan Perancang Approach bertanggungjawab untuk :

 Mengaktif dan menguruskan Electronic Flight Strips (EFS).


 Menyelaras sokongan kepada pegawai kawalan approach.
 Merancang pergerakan pesawat yang berkaitan dengan aktiviti penerbangan yang lain seperti gun firing,
parajump, pyrotechmics show dan latihan jet ketenteraan.
 Mengurus maklumat Aeronautical dan Meteorological.
Secara ringkasnya, tugas dan tanggungjawab pegawai kawalan approach dan Pegawai kawalan perancang
approach adalah seperti berikut:

 Mengekalkan tumpuan mengawal keadaan trafik (penerbangan) kecuali keadaan berada dalam tahap yang
memuaskan.
 Menjadi penyelia Pusat Kawalan Trafik Udara seperti yang diperuntukkan dalam perkhidmatan kawalan
trafik udara di sekitar kawasan approach Kinabalu.
 Memastikan laluan trafik yang selamat, pantas dan sistematik.
 Sentiasa mengamalkan sikap berjaga-jaga secara berterusan dengan mendengar saluran-saluran
komunikasi yang telah dipertanggungjawabkan untuk mengelak dari sebarang perkara yang tidak diingini.
 Mengekalkan paparan data (skrin) berkenaan perkembangan penerbangan ke semua pesawat yang berada
di bawah kawalannya.
 Menyampaikan laporan mengenai perkhidmatan yang boleh diguna pakai dan memberi bantuan navigasi
kepada pesawat di bawah kawalannya sekiranya perlu.
 Mematuhi semua petunjuk dan arahan-arahan semasa.

Penyelarasan APC Dengan ADC


Pegawai Kawalan Approach akan bertanggungjawab mengawal pergerakan setiap pesawat yang tiba sehingga
kawalan tersebut diambil-alih oleh pegawai kawalan aerodrome (ADC). Proses pemindahan kawalan dilakukan
dengan mengarahkan pesawat yang tiba mengubah frekuensi sedia ada seperti yang telah dipersetujui dalam
prosedur kawalan APC dan ADC.
Setelah penyelarasan dibuat dengan ADC, pegawai APC akan:

 Mengarahkan pesawat yang memasuki ruang udara approach agar berada dalam lingkungan yang
ditetapkan/menahan pesawat tersebut dari mendarat sehinggga ADC memberi arahan yang selanjutnya.
 Memberi kuasa kepada ADC membenarkan pesawat untuk berlepas bergantung kepada pertimbangan ADC
dengan memberi keutamaan kepada pesawat yang ingin mendarat.
 APC boleh memberi/menentukan masa berlepas bagi sesebuah pesawat kepada ADC jika diperlukan
bertujuan untuk menjarakkan pesawat yang telah dan akan berlepas supaya berada dalam jarak yang
selamat.

Pertukaran Data Penerbangan Dan Kawalan Dengan ADC


APC haruslah memaklumkan ADC berkenaan dengan semua data yang berkaitan dengan kawalan
penerbangan IFR/VFR seperti berikut:

 ETA (Estimate Time of Arrival) untuk aerodrome atau untuk kemudahan yang berkaitan dengannya
sekiranya diperlukan.
 Pemindahan/pengalihan control point.
 Senarai pesawat yang dijangka akan dipindahkan kawalannya.
 Penundaan pelepasan trafik yang dijangka dan sebab-sebab penundaan.

Pemindahan Kawalan Dari APC Kepada ADC


APC boleh memindahkan kawalan kepada ADC berkenaan ketibaan pesawat IFR berdasarkan perkara-perkara
berikut:

 Keutamaan mendarat diberikan kepada pesawat yang membawa peralatan dan dilaporkan lulus FAF serta
bahagian yang lain seperti yang telah dipersetujui.
 Pesawat yang berikutnya yang tiba dan berada pada jarak yang selamat daripada pesawat sebelumnya
serta telah memasuki kawasan aerodrome.
 Pesawat yang beroperasi dalam lingkungan/kawasan trafik.
 Pesawat yang meghampiri aerodrome dan dapat dilihat pada jarak 5km atau lebih.
APC Dengan Area Control (AC)
APC mesti memberitahu AC berkenaan dengan data-data yang berkaitan dengan penerbangan IFR seperti
berikut:

 Paras yang lengang/kosong. Purata jarak waktu antara pesawat-pesawat yang tiba secara berurutan
seperti yang ditentukan oleh APC.
 Semakan terhadap EAT (Expected Approach Time) yang dikeluarkan oleh AC apabila pengiraan yang
dilakukan APC menunjukkan perbezaan masa 5 minit atau berlainan seperti yang tersedia dalam UOI.
 Masa ketibaan pesawat yang berada di holding point sekiranya terlewat 3 minit atau lebih.
 Pembatalan penerbangan IFR.
 Waktu untuk berlepas.
 Missed approach apabila perubahan laluan perlu dilakukan supaya tindakan seterusnya dapat diselaraskan
untuk membantu pesawat mendarat dengan selamat.
 Semua maklumat yang diperolehi berhubung kelewatan melapor pesawat yang tidak dilaporkan.
 Sekiranya pesawat-pesawat yang melintas/melalui laluan udara boleh menyebabkan
kelewatan/penundaan, APC boleh meminta AC melepaskan kawalan ke atas pesawat-pesawat tersebut
bagi membolehkan penyusunan lalulintas dengan lebih teratur dan berkesan.

LAPANGAN TERBANG LAHAD DATU

2. Perkhidmatan Kawalan Aerodrome (ADC)

ADC memberi perkhidmatan kawalan trafik di kawasan aerodrome yang beroperasi di Menara Kawalan,
Perkhidmatan Maklumat Penerbangan (FIS) dan perkhidmatan mengawasi pesawat-pesawat. Perkhidmatan
yang disediakan oleh bahagian ini meliputi:

 Pesawat-pesawat yang terbang dengan rujukan visual ke permukaan dan kawasan/zon trafik aerodrome.
 Pesawat-pesawat yang dikendalikan dalam kawasan pengendalian.

ADC bertanggungjawab memastikan keselamatan serta kawalan trafik yang teratur, cepat dan selamat di
kawasan trafik udara dan di kawasan aerodrome untuk mengelak perlanggaran di antara:
 Pesawat yang terbang di litar trafik aerodrome.
 Pesawat yang dikendalikan di kawasan maneouvering.
 Pesawat yang berada di kawasan maneouvering dan yang menghalang kawasan itu.

Di CTRS yang tidak mempunyai unit kawalan, pembahagian approach akan dibuat. ADC akan memberikan
perkhidmatan kawalan approach dan aerodrome serentak. Unit ADC juga akan menyediakan lokasi surface
movement control (SMC). Mereka akan bertanggungjawab untuk menyelaraskan pergerakan dan memastikan
trafik di litar tersebut tidak menganggu trafik di litar bersebelahan. Selain dari itu, mereka juga
bertanggungjawab mengawasi perkhidmatan keselamatan tempatan untuk pesawat yang mendarat dan
berlepas telah dimaklumkan berkenaan perkhidmatan keselamatan yang dikategorikan di bawah terbitan
lapangan terbang.

Perkhidmatan Maklumat Penerbangan Aerodrome/Aerodrome Flight Information Services (AFIS) akan


disediakan di sesetengah kawasan aerodrome yang tidak mempunyai kawalan trafik udara. Perkhidmatan ini
beroperasi di kawasan aerodrome yang tidak begitu sibuk dan kekurangan pegawai yang berkelayakan untuk
dilantik bagi mewujudkan satu unit yang dikenali sebagai Unit Perkhidmatan Kawalan Aerodrome (ADC).
AFIS bertanggungjawab untuk menyediakan segala maklumat penting yang berkenaan kepada juruterbang
yang akan membuat pendaratan. Walau bagaimanapun, AFIS tidak termasuk dalam perhkidmatan kawalan
trafik Udara. Perbezaan di antara AFIS dan ATCS (Air Traffic Control Services) ialah AFIS tidak mengawal dan
memberi arahan kepada pesawat sepertimana yang dilakukan dalam ATCS. Oleh itu, juruterbang akan hanya
diberi maklumat yang diperlukan dan mereka harus membuat keputusan sendiri dalam melakukan sesuatu
tindakan.

Maklumat-maklumat yang disediakan oleh AFIS adalah seperti berikut:

 Maklumat berkenaan cuaca.


 Maklumat berkenaan keadaan aerodrome dan kemudahan-kemudahannya.
 Menyampaikan mesej dari/ke Pusat Maklumat Penerbangan masing-masing.
 Maklumat mengenai sebarang kenderaan yang terdapat di kawasan pergerakan aerodrome.
 Maklumat mengenai nahas di aerodrome dan perkhidmatan bomba serta pemberitahuan perkhidmatan
kecemasan yang lain.
 Maklumat mengenai keadaan lampu-lampu kecemasan di kawasan aerodrome.
 Maklumat mengenai keadaan lalulintas yang lain.

LAPANGAN TERBANG TAWAU

3. Perkhidmatan Kawalan Kawasan / Area Control Services (ACS)

Perkhidmatan Kawalan Kawasan (ACS) merujuk kepada perkhidmatan kawalan trafik udara untuk mengawal
pesawat-pesawat yang terbang dan yang berada dalam lingkungan kawalan kawasan tersebut. Perkhidmatan
Kawalan Kawasan Beradar/Tanpa Radar disediakan kepada pesawat yang berada di Kuala Lumpur dan Kota
Kinabalu FIRs, persisiran Laut China Selatan dan ruang udara yang berdekatan. Had liputan ruang udara
adalah ditentukan oleh keupayaan radar yang digunakan dan yang tertakluk dalam UOI. ATSC digabungkan
dengan unit APC bagi menyediakan perkhidmatan kawalan approach untuk kepentingan TMA. ATSC memberi
kebenaran kepada pesawat untuk beroperasi sejajar dalam peruntukan maklumat penerbangan dan
perkhidmatan oleh ATSC boleh didapati dengan lengkap di dalam UOI. Di dalam bahagian tugas dan
tanggungjawab, ACs ada menyediakan perkhidmatan pengawalan penerbangan dalam kawasan kawalan
apabila tidak disediakan oleh kawalan aerodrome atau kawalan approach. Kawalan kawasan dibahagikan
kepada dua sector iaitu sektor satu dan sector dua. Tujuannya adalah untuk mengurangkan beban kerja
pengawalan trafik udara. Oleh itu, setiap sektor ATC hanya akan dipertanggungjawabkan di bahagian masing-
masing agar pengawalan kawasan dapat meningkatkan mutu pengawalan trafik udara yang cekap dan
sistematik.

Pengsektoran Kawalan Area


Dalam peruntukan perkhidmatan AC, ATSC mempunyai beberapa sector yang berhubung rapat dalam
menjalankan tugas di dalam satu bahagian. Pengendalian dan cara operasi setiap sektor mungkin berbeza di
setiap ATSC. Ini ditentukan terutamanya oleh skop perkhidmatan masing-masing. Walau bagaimanapun,
mereka akan sentiasa memberikan perkhidmatan berdasarkan prinsip-prinsip berikut:

 Pegawai kawalan di setiap sector mesti bertanggungjawab untuk mempamerkan mutu kerja yang cekap
khususnya terhadap tugas yang telah ditentukan seperti di dalam deskripsi tugas.
 Pegawai kawalan mestilah saling mengawasi rakan sekerja mereka ketika bertugas untuk memastikan
mereka melakukan tugasan yang telah ditetapkan dan dibenarkan sahaja.
 Setiap sector mesti mempunyai system paparan data penerbangan utama yang akan memaparkan semua
arahan yang telah diluluskan dan dikeluarkan serta penerimaan komunikasi untuk tujuan mengesan dan
menyelesaikan sebarang konflik.
 Pegawai kawalan radar tidak boleh mengubah sebarang prosedur yang telah disahkan tanpa penyelarasan
dengan pegawai kawalan perancang kecuali ketika keadaan trafik udara memerlukan tindakan
segera/prosedur-prosedur tersebut telah dikuatkuasa dan telah ditetapkan dalam UOI.
 Pegawai kawalan perancang bertanggungjawab untuk memastikan setiap sektor di bawah kawalannya
beroperasi dengan cekap.
 Pegawai perancang sektor dan pegawai kawalan radar bertanggungjawab ke atas keselamatan,
kecekapan, peruntukan perkhidmatan kawalan trafik udara mengikut keutamaan, perkhidmatan maklumat
penerbangan dan perkhidmatan memberi amaran di dalam lingkungan kawasan yang telah
dipertanggungjawabkan seperti dalam MATS.
 Pegawai kawalan radar mestilah menyediakan perkhidmatan radar yang bersesuaian kepada setiap
pesawat yang berada dalam lingkungan sektor mereka sehinggalah kawalan de atas pesawat tersebut
dipindah ke sector/unit ATS yang lain.
 Pegawai kawalan perancang sector mesti merancang dan menyelaras seperti yang dikehendaki mengikut
keperluan ketika menguruskan semua penerbangan yang akan beroperasi di sector masing-masing. Dalam
hal ini, pegawai kawalan tersebut haruslah:
 Mengeluar/mengesahkan pelepasan laluan pesawat yang boleh digunakan.
 Mematuhi/bersetuju ke atas semua prosedur penerimaan dan pemindahan pesawat secara sistematik.
 Mengekalkan sistem paparan data penerbangan yang terkini.
 Menyediakan maklumat yang penting dan berguna kepada pegawai kawalan sector radar mengikut
peruntukan perkhidmatan kawalan trafik udara.

LAPANGAN TERBANG SANDAKAN

4. Perkhidmatan Penerbangan Aeronautikal / Aeronautical Information Services (AIS)

Objektif AIS ialah memastikan penyaluran maklumat yang diperlukan demi keselamatan, ketetapan dan
kecekapan Penerbangan Udara Antarabangsa.

AIS juga bertanggungjawab ke atas penerbitan dan pengedaran maklumat penting demi keselamatan,
ketetapan dan kecekapan navigasi udara. Maklumat tersebut disediakan dalam bentuk yang bersesuaian untuk
keperluan pengoperasian seperti:

 Pegawai operasi penerbangan termasuk anak-anak kapal dan kepada perkhidmatan lain yang
bertanggungjawab ke atas maklumat pra-penerbangan.
 Unit perkhidmatan trafik udara yang bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan maklumat
penerbangan(FIS).

Fungsi utama AIS ialah:

 Mengumpul, menyemak, menyunting dan menyampaikan maklumat aeronautical yang mencukupi dan
tepat pada masanya. Kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan adalah seperti berikut:
1. a. Aerodromes.
2. b. Perkhidmatan trafik udara dan kemudahan.
3. c. Komunikasi dan kemudahan serta perkhidmatan navigasi udara.
4. d. Perkhidmatan meteorology.
5. e. Perkhidmatan dan kemudahan mencari dan menyelamat.
6. f. Prosedur dan keperluan peraturan berkaitan dengan navigasi udara.
7. g. Pemberitahuan mengenai bahaya kepada navigasi udara.
8. h. Imigrasi, kesihatan dan keperluan kastam.
 Menerima maklumat post-flight daripada kakitangan pesawat/operator dan menyampaikannya kepada
sesiapa yang berkenaan.
 Mendapatkan maklumat pre-flight untuk memenuhi keperluan maklumat in-flight daripada AIS di negeri
lain dan daripada sumber lain yang boleh didapati.

Untuk menyokong fungsi AIS. International NOTAM Offices (NOF) dan Briefing Offices telah ditubuhkan di
beberapa buah lapangan terbang seperti:

 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).


 Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah.
 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dan Kuching (tahap maklumat terhad).
Selaras dengan keperluan ICAO, maklumat aeronautical yang diperlukan akan diterbitkan sebagai Intergrated
Aeronautical Information Package. Antara isi kandungannya adalah seperti berikut:

 Aeronautical Information Publication (AIP) termasuk satu perkhidmatan pindaan.


 Tambahan kepada AIP.
 NOTAM dan Pre-Flight Information Bulletins (PIB).
 Aeronautical Information Circulars (AIC).
 Senarai semakin dan ringkasan.

Selain daripada fungsi yang utama, International NOTAM Offices juga berfungsi untuk menerima dan
memproses flight plans termasuk yang diserahkan oleh operator penerbangan dibawah sistem Repetitive Flight
Plan (RPL).

5. Perkhidmatan Maklumat Penerbangan (FIS)

Perkhidmatan Maklumat Penerbangan (FIS) adalah maklumat yang disediakan oleh Perkhidmatan Trafik Udara
berkenaan dengan keselamatan pesawat. Bahagian ini ditubuhkan untuk memberi maklumat penerbangan kan
perkhidmatan kecemasan kepada pesawat yang beroperasi di luar ruang udara kawalan oleh pegawai kawalan
FIS. Pegawai kawalan trafik udara bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan maklumat penerbangan
kepada semua pesawat. Maklumat tersebut disampaikan melalui perkhidmatan kawalan trafik udara/mana-
mana unit trafik udara bertanggungjawab meyediakan perkhidmatan maklumat penerbangan kepada semua
pesawat. Maklumat tersebut disampaikan melalui perkhidmatan kawalan trafik udara/mana-mana unit trafik
udara yang berkenaan. Maklumat yang disediakan oleh unit ini adalah seperti:

 Laporan SIGMET.
 Perubahan kegunaan alat pandu arah.
 Perubahan keadaan aerodrome dan kemudahan berkaitan termasuk kawasan pergerakan yang telah
dikenalpasti.
 Aktiviti letusan gunung berapi.
 Pelepasan bahan radioaktif/bahan toksid ke atmosfera.
 Unmanned free ballons.
 Laporan keadaan cuaca/ramalan cuaca di kawasan pelepasan dan ketibaan aerodrome.
 Gangguan berbahaya kepada operasi kapal terbang di ruang udara klas C, D dan G.
 Panggilan radio, kedudukan, laluan sebenar, kelajuan dan lain-lain maklumat ketika kapal berada di
permukaan atas permintaan juruterbang untuk penerbangan di kawasan berair.

Sekiranya diperlukan:

1. Arah laluan dan trek permulaan pesawat untuk berlepas.


2. Arah pendaratan yang dirancang.

Peralatan Yang Digunakan Dalam Kawalan Trafik Udara


1. Radar (AIT).
2. Alat Pandu Arah – VOR (VHF OmniDirectional Radio Beacon).
3. Alat Bantuan Pendaratan.
2. UNIT INSPEKTORAT

 Mengawal operasi para pegawai ATS dan pelatih baru.


 Dkendalikan oleh tiga pegawai senior dari ATSS yang terdiri daripada:
1. 1. Pegawai Inspektorat.
2. 2. Pengurus Latihan.
3. 3. Pegawai Pemeriksa.

Objektif:

 Memastikan setiap pegawai ATC mempunyai pengetahuan asas dan berkeupayaan tinggi untuk
membolehkan mereka mencapai objectif ATS.
 Memastikan keberkesanan program latihan, memeriksa system perlesenan, rating, peperiksaan dan
pengawasan.
 Memastikan objektif ATCS dicapai.

Fungsi:

 Menilai kelayakan pemohon lesen / rating.


 Mengeluar dan mengesahkan lesen /rating.
 Meluluskan kursus-kursus latihan ATC.
 Meluluskan penggunaan simulasi untuk mendapatkan pengalaman / demonstrasi kemahiran yang diminta
berkenaan isu-isu lesen /rating.
 Mengesahkan isu berkenaan dengan permohonan lesen oleh negara-negara yang tertakluk di bawah
ICAO.
 Mencadangkan/memperakui permintaan orang perseorangan berkenaan dengan perkara-perkara di atas.

3. UNIT MENCARI DAN MEYELAMAT (SAR)

Perkhidmatan mencari dan menyelamat pesawat di Malaysia disediakan oleh Jabatan Penerbangan Awam
dengan kerjasama TUDM,TLDM,PDRM dan Jabatan Marin. Apabila operasi mencari dan menyelamat yang
melibatkan pesawat awam diperlukan, beberapa pusat akan diaktifkan di kawasan mencari dan menyelamat
(Search and Rescue Regions-SRR) Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu seperti:

 Pusat Penyelarasan Menyelamat / Rescue Co-ordination Centre (RCC).


 Sub-pusat Menyelamat / Rescue Sub-Centre (RSC).

Perkhidmatan SAR yang disediakan di kawasan Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu adalah selaras dengan
peruntukan yang terkandung di dalam ICAO-Annex-Search and Rescue.

SAR Emergency Drill


DCA juga ada menyediakan peralatan keselamatan yang lengkap dan mencukupi. Untuk operasi menyelamat,
sebuah pesawat yang besar khas untuk situasi maritim boleh didapati di tempat-tempat berikut:

 Butterworth, Pulau Pinang;


 Kuala Lumpur;
 Kuantan, Pahang;
 Kuching, Sarawak;
 Labuan.
Maklumat yang cepat dan tepat mengenai pergerakan semua pesawat adalah penting untuk memastikan
keberkesanan setiap operasi yang dijalankan. Juruterbang dan operator penerbangan perlu memaklumkan
kepada organisasi yang berkenaan agar persediaan yang rapi dapat dilakukan untuk menghadapi sebarang
kemungkinan yang memerlukan operasi SAR dilaksanakan.
Perjanjian SAR telah dimeterai di antara Jabatan Penerbangan Awam Malaysia, Brunei, Indonesia, Filipina,
Singapura dan Thailand. Perjanjian dua hala ini adalah persetujuan untuk melaksanakan operasi SAR di
lingkungan kawasan terbabit di negara masing-masing. Perjanjian ini juga membenarkan pesawat SAR dari
mana-mana negara memasuki ruang udara negara yang lain untuk operasi SAR/memberi bantuan di dalam
operasi tersebut. Tiada sebarang bayaran dikenakan untuk tujuan perkhidmatan SAR di mana-mana negara
boleh menggunakan kemudahan yang disediakan di Malaysia selagi permintaan tersebut dimaklumkan kepada
Pusat Penyelaras Menyelamat atau Pusat Kawalan Trafik Udara Malaysia.

4. UNIT LATIHAN

Unit ini merupakan cawangan kolej DCA Subang. Fungsinya ialah untuk menjalankan kursus-kursus yang tidak
dapat dikendalikan oleh Kolej DCA Subang terutama yang melibatkan pelatih dari Sabah.

Taklimat SAR di Malindo


Unit latihan di Pusat Kawalan Trafik Udara Wilayah II ini hanya menjalankan latihan untuk kursus-kursus
utama iaitu:

 Kursus Aerodrome.
 Kursus Approach Control.
 Kursus Area Radar.

Selain memberi latihan kepada pelatih baru, unit ini juga bertanggungjawab memberikan latihan kepada
pegawai yang dalam perkhidmatan dan perlu mengikuti kursus seterusnya serta memberikan latihan kepada
pegawai yang telah lama dalam perkhidmatan untuk tujuan memperbaharui lesen. Terdapat dua bentuk
latihan yang dijalankan iaitu secara praktikal dan juga secara lisan. Peperiksaan yang dijalankan pula adalah
secara bertulis, praktikal dan juga lisan.

You might also like