NS BM1 PDF

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 14

SULIT

0
2
1
/ JABATAN PELAJARAN NEGERI SEMBILAN
0
3
1
Pra-UPSR SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH NEGERI SEMBILAN 2012

BAHASA MELAYU – PEMAHAMAN 021/031


Julai

50 minit Lima puluh minit

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas soalan ini mengandungi 40 soalan.

2. Jawab semua soalan.

3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Bagi
setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Hitamkan jawapan kamu pada kertas
jawapan objektif yang disediakan.

4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat.
Kemudian hitamkan jawapan yang baharu.

Kertas soalan ini mengandungi 14 halaman bercetak dan 2 halaman tidak bercetak

[Lihat halaman sebelah


SULIT
SULIT 2

Soalan 1 hingga Soalan 20

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Pegawai polis telah berjaya __________ barang-barang tiruan di dalam sebuah


kontena.

A menemukan
B pertemuan
C ditemukan
D menemui

2 Kad ucapan itu telah diterima __________ rakannya di Sabah.

A kepada
B demi
C pada
D daripada

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah.

3 Wai Loon __________ kuku dengan pengetip kuku.

A membuang
B mengerat
C mengetip
D memotong

021/031 © 2012 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan SULIT


SULIT 3

4 Satu pameran tentang sejarah negara sedang diadakan di __________.

A Tugu Negara
B Muzium Negara
C Pusat Sains Negara
D Balai Seni Lukis Negara

Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.

5 Encik Cheng bernyanyi sambil __________ gitar.

A bermain
B menekan
C memetik
D memegang

6 Abang saya bekerja sebagai __________ di Plaza Tol Seremban.

A jurukimpal
B jurumudi
C jurutaip
D jurutol

021/031 © 2012 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan SULIT


SULIT 4

Soalan 7 berdasarkan gambar di bawah.

7 Ravi dan Nathan __________ tentang keputusan perlawanan bola sepak malam
tadi.

A bertikam lidah
B bercakap besar
C berbual kosong
D bermasam muka

Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah.

8 Penduduk kampung __________ air ke arah rumah yang sedang terbakar itu.

A menjirus
B merenjis
C menyiram
D menyimbah

021/031 © 2012 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan SULIT


SULIT 5

9 Kakak memakai __________ anting-anting berlian semasa menghadiri majlis


jamuan itu.

A sebiji
B sebuah
C sebutir
D sepasang

10 Prema sangat sayang __________ kucing peliharaannya.

A sedang
B hendak
C akan
D telah

11 __________ diarahkan memungut sampah di kawasan padang sekolah setelah


habis bersukan.

A Mereka
B Beliau
C Baginda
D Awak

Soalan 12 berdasarkan gambar di bawah.

12 Ah Seng sedang __________ buah mangga yang sudah masak.

A mencolok
B menjolok
C menolak
D mengait

021/031 © 2012 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan SULIT


SULIT 6

13 Jalur Gemilang __________ megah di puncak Gunung Everest.

A melayang-layang
B melambai-lambai
C bergerak-gerak
D berkibar-kibar

14 __________ guru menyanyikan lagu Guru Malaysia sempena sambutan Hari


Guru.

A Para
B Segala
C Setengah
D Pelbagai

Soalan 15 berdasarkan gambar di bawah.

15 Puan Laila __________ anaknya yang sedang menangis.

A mengangkat
B mendukung
C memeluk
D mengendong

021/031 © 2012 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan SULIT


SULIT 7

16 Kamu akan berjaya dengan cemerlang __________ kamu belajar bersungguh-


sungguh.

A semasa
B semenjak
C sekiranya
D sungguhpun

17 Badan yang sihat akan menjadikan otak __________.

A tangkas
B cergas
C pintar
D cerdas

18 Puan Lim membeli __________ cincin yang bertatahkan __________ permata.

A sebentuk…sebutir
B sepasang...sebentuk
C sebutir…seulas
D sebuah…sebiji

19 Lauk di atas meja itu tidak boleh dimakan kerana sudah __________.

A layu
B basi
C busuk
D mentah

20 “__________, merahnya baju yang dipakai oleh pengantin itu!” kata Hua Lian.

A Eh
B Wah
C Aduh
D Amboi

021/031 © 2012 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan SULIT


SULIT 8

21 Suara penjual itu begitu lantang sehingga menarik perhatian orang ramai.

Perkataan berlawan bagi lantang ialah ...

A lunak
B garau
C perlahan
D lembut

22 Ganesh terperanjat apabila ternampak seekor ular yang berlingkar di bawah


pokok.

Perkataan seerti bagi terperanjat ialah ...

A tersedar
B terkejut
C teragak
D terganggu

Soalan 23 hingga Soalan 24

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

23 I Tania menangis kerana getah padamnya hilang.


II Api telah padam apabila bomba sampai ke tempat kejadian.
III Mukanya menjadi merah padam kerana berjemur di tengah panas.
IV Habitat binatang liar semakin padam akibat kerja-kerja pembangunan.

A I dan II
B III dan IV
C II dan III
D II, III dan IV

24 I Abang dimarahi ibu kerana selalu pulang jauh malam.


II Proses membuat dodol memerlukan masa yang jauh.
III Jarak rumah Umairah dari sekolah sangat jauh.
IV Bala dihormati kerana mempunyai pengalaman yang jauh.

A I dan III
B III dan IV
C I, II dan III
D II, III dan IV

021/031 © 2012 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan SULIT


SULIT 9

Soalan 25 hingga Soalan 26

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

25 Daniel dan David anak kesayangan Encik Steven.

A Daniel dan David ialah anak lelaki Encik Steven.


B Anak kesayangan Encik Steven ialah Daniel dan David.
C Daniel dan Steven ialah anak kesayangan Encik David.
D Encik Steven ialah anak kesayangan Daniel dan David.

26 Pelancong dari luar negara itu kagum akan keindahan Pulau Pangkor.

A “Nah, indahnya Pulau Pangkor ini!” kata pelancong dari luar negara.
B Kata pelancong dari luar negara itu, “ Syabas, pulau ini sungguh indah!
C “Eh, Pulau Pangkor ini sungguh indah!” kata pelancong dari luar negara itu.
D “Wah, sungguh indah Pulau Pangkor ini!” kata pelancong dari luar negara itu.

Soalan 27 hingga Soalan 28

Pilih ayat yang betul.

27 A Kanak-kanak itu didapati hilang di waktu senja.


B Televisyen itu ialah abang yang membaikinya.
C Cikgu Choo mendengar ceramah sambil mencatat nota.
D Hamzah kelihatan jelita apabila memakai baju Melayu.

28 I Sungguh lebat rambut bayi yang baru lahir itu.


II Badan saya terasa amat segar selepas mandi.
III Sila jangan merokok di kawasan sekolah.
IV Berapakah barang-barang itu disimpan?

A I dan II
B II dan III
C I, II dan IV
D II dan IV

021/031 © 2012 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan SULIT


SULIT 10

Soalan 29 berdasarkan gambar di bawah.

Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.

29 A Mengapakah rupa saya seiras dengan kawan awak?


B Adakah rupa awak seiras dengan kawan saya?
C Mengapakah awak merenung wajah saya?
D Adakah rupa saya seiras dengan kawan awak?

Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di bawah.

30 Adakah kamu faham apa yang saya katakan tadi?

A Penjelasan cikgu tadi agak terperinci.


B Ya, penjelasan cikgu tadi telah saya fahami.
C Pengajaran cikgu tadi akan saya praktikkan.
D Pengajaran cikgu tadi cukup jelas dan tepat

021/031 © 2012 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan SULIT


SULIT 11

Soalan 31 hingga Soalan 35

Baca iklan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

PERTANDINGAN MENGARANG
Anjuran Berita Unggul Sdn. Bhd.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN:
1. Berkisarkan kasih sayang dan kekeluargaan. Diadakan dua minggu sekali selama 3
bulan dari bulan Oktober hingga Disember 1999.
2. Dibahagikan kepada dua kategori iaitu:
a) Peringkat Sekolah Rendah - 7 hingga 12 tahun
b) Peringkat Sekolah Menengah - 13 hingga 19 tahun
3. Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan tetapi hendaklah menggunakan
borang penyertaan asal yang tersiar dalam akhbar Asuh, Prestasi Pelajar atau Berita
Unggul.
4. Alamatkan penyertaan anda kepada:

Peraduan mengarang Berita Unggul,


Unit Pendidikan,
Berita Unggul Sdn. Bhd,
50, Jalan Riong,
59100 Kuala Lumpur.

5. Tarikh tutup ialah dua minggu selepas setiap peraduan disiarkan.


6. Nama pemenang akan disiarkan dalam akhbar-akhbar terbitan Berita Unggul sahaja iaitu
dua minggu selepas tarikh tutup peraduan. Keputusan hakim adalah muktamad.
Sebarang surat- menyurat tidak akan dilayan.

HADIAH-HADIAH
Tajaan Dewan Bahasa dan Pustaka

* Pertama : RM 150 + Tiga buah buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka
* Kedua : RM 100 + Dua buah buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka
* Ketiga : RM 50 + Sebuah buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka
* 10 hadiah sagu hati bernilai RM 50 setiap satu

021/031 © 2012 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan SULIT


SULIT 12

31 Pertandingan mengarang di atas dianjurkan oleh…

A Akhbar Asuh
B Unit Pendidikan
C Dewan Bahasa dan Pustaka
D Berita Unggul Sdn. Bhd.

32 Penyertaan kamu akan ditolak sekiranya

A tidak menggunakan borang penyertaan asal


B menghantar lebih daripada satu penyertaan
C menghantar penyertaan dua minggu sebelum tarikh tutup
D tidak melanggan sebarang akhbar terbitan Berita Unggul

33 Bilakah nama-nama pemenang peraduan ini akan diumumkan?

A Dua minggu sebelum dan selepas peraduan disiarkan


B Empat minggu selepas borang peraduan disiarkan
C Nama pemenang hanya diberitahu melalui pos
D Dua minggu sebelum tarikh tutup peraduan

34 Frasa “Sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan” bermaksud

A keputusan pihak hakim boleh dipertikaikan


B pihak penganjur tidak terlayan surat-surat yang dikirimkan
C sebarang aduan atau rungutan tidak akan diberikan perhatian
D peserta tidak dibenarkan menulis sebarang surat kepada pihak akhbar

35 Hadiah-hadiah kepada pemenang ditaja oleh

A Berita Unggul
B Akhbar Asuh
C Prestasi Pelajar
D Dewan Bahasa dan Pustaka

021/031 © 2012 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan SULIT


SULIT 13

Soalan 36 hingga Soalan 40

Baca cerita di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Bapa Mukri merupakan seorang usahawan yang berjaya. Walaupun mereka hidup
dalam kemewahan tetapi ibu bapanya sangat baik hati, berbeza dengan perangai Mukri yang
sombong dan bongkak. Di kelasnya ada seorang anak yatim piatu bernama Husni. Hidupnya
miskin tetapi Husni pandai berdikari. Selain daripada rajin belajar, Husni juga selalu
membantu orang yang dalam kesusahan.
Pada suatu petang, Husni telah ke rumah Mukri kerana ayah Mukri telah
mengupahnya untuk menebas rumput dan menanam pokok bunga. Setibanya Husni di sana,
dia telah diherdik dan dihalau oleh Mukri. Ibu Mukri, Mak Cik Bedah melihat kejadian itu.
Dia tidak senang dengan kelakuan anaknya. Ibunya cuba menasihati Mukri tetapi tidak
dihiraukan olehnya. Sudahlah begitu, Mukri bersikap biadap terhadap ibunya sendiri. Mak
Cik Bedah sangat sedih dengan perangai Mukri.
Suatu hari, selepas pulang dari sekolah, Mukri dan beberapa orang kawannya telah
singgah dan mandi di sebuah bekas lombong. Entah bagaimana tiba-tiba Mukri tidak boleh
bernafas. Dia tercungap-cungap di dalam air. Kawan-kawannya tidak berani menyelamatkan
Mukri. Mereka menjerit meminta pertolongan. Kebetulan Husni lalu di situ dan mendengar
jeritan mereka. Tanpa berlengah lagi, Husni terjun ke dalam air. Dia berenang ke tengah dan
berjaya menarik Mukri ke tebing.
Mukri menyesal dan malu kerana sikap sombongnya terhadap Husni. Dia berazam
ingin mengubah perangai buruknya. Semenjak hari itu, Husni dan Mukri bersahabat baik. Ibu
dan bapa Mukri mengajak Husni tinggal bersama mereka tetapi Husni telah menolaknya
dengan baik.

021/031 © 2012 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan SULIT


SULIT 14

36 Mengapakah Husni pergi ke rumah Mukri?

A Untuk mengisi masa lapangnya


B Untuk mengharapkan simpati ibu dan ayah Mukri
C Diupah untuk menebas rumput dan menanam bunga
D Mengambil wang upah bagi menampung perbelanjaannya

37 Apakah yang telah terjadi di rumah Mukri?

A Husni telah mengherdik Mukri


B Mukri telah menghalau Husni dari rumahnya
C Husni telah mendapat upah kerjanya
D Ibu Mukri berasa sedih melihat keadaanHusni

38 Semasa melalui kawasan bekas lombong, apakah yang didengar oleh Husni?

A Bunyi riuh-rendah budak-budak bermain air bekas lombong


B Mukri menjerit meminta pertolongan
C Jeritan kawan-kawan Mukri meminta pertolongan
D Tangisan Mukri dan kawan-kawan

39 Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan tersebut.

A Mukri bersikap biadap terhadap ibunya sendiri.


B Mukri diselamatkan oleh Husni daripada mati lemas.
C Ibu bapa Husni telah meninggal dunia.
D Husni bersetuju tinggal di rumah Mukri.

40 Maksud diherdik dalam petikan ialah

A ditengking
B dikasari
C dipukul
D dihina

KERTAS SOALAN TAMAT

021/031 © 2012 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan SULIT

You might also like