Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Pemilihan Projek sebagai Pelaburan Syarikat Canon TAN JIA HUI

IRR (Kadar Pulangan Dalaman) adalah merupakan satu teknik penilaian yang penting
untuk mengukur tahap keberuntungan sesuatu pelaburan. IRR adalah kadar diskaun yang
menghasilkan nilai sifar kepada siri nilai kini aliran tunai. Ini bermaksud IRR ialah kadar
pulangan yang menghasilkan jumlah nilai kini aliran tunai. Ini bermaksud IRR ialah kadar
pulangan yang menghasilkan jumlah nilai kini aliran tunai masa hadapan bersamaan dengan
sifar yang menggambarkan nilai akhir sesuatu projek atau pelaburan bersamaan dengan
harga pasaran semasa. IRR adalah penunjuk kepada tahap keberkesanan atau kualiti
pulangan kepada sesuatu pelaburan iaitu sebanyak 13.55%. Oleh itu, Syarikat Canon sangat
wajar untuk menerima projek ini dengan serta-merta.

Seterusnya, IRR ialah ukuran keberuntungan projek di mana ia menunjukkan kadar


pulangan projek. Istilah ‘dalaman’ digunakan untuk menggambarkan bahawa perbelanjaa
(modal dan operasi/ penyelenggaraan) yang dilakukan untuk projek akan menjana aliran
terimaan yang akan memberi balik pulangan tertentu kepada pelaburan iaitu IRR. Penilaian
sama ada bagi menerima atau menolak sesuatu projek dengan menggunakan IRR ialah
membandingkan IRR dengan kos melepas modal (atau kos modal) yang digunakan oleh
pelabur sebagai kadar pulangan bolehterima yang maksimum.

Yang izharnya, IRR bagi Syarikat F&N (13.55%) adalah lebih tinggi daripada IRR bagi
Syarikat Nestle (6.95%). Ini bermaksud kadar pulangan dalaman bagi syarikat F&N adalah
lebih tinggi Syarikat Nestle. Lantaran itu, jika Syarikat Canon melabur dalam Syarikat F&N,
Syarikat Canon akan mendapat keuntungan yang lebih banyak berbanding dengan melabur
di Syarikat Nestle.

Memandangkan IRR projek Syarikat F&N lebih besar daripada kos modal projek,
terimalah projek ini. Sehubungan dengan itu, syarikat F&N boleh mengelakkan daripada
terambil projek yang mengembalikan wang kurang daripada yang syarikat bayar untuk
meminjam wang (kos modal). Jika saya memilih Syarikat F&N, saya akan dapatkan
keuntungan kerana saya boleh mendapat wang yang lebih daripada modal yang saya
laburkan. Selain itu, sama seperti nilai semasa bersih, saya telah mempertimbangkan sama
ada projek tersebut bebas atau saling ekslusif.
Secara keseluruhannya, berpaksikan IRR yang telah dihitung, Syarikat Canon wajar
melabur di Syarikat F&N demi keuntungan dan masa depan syarikat.

You might also like