Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 4

NOTA UNTUK KERTAS 2 SAINS SPM

1. MENGKONSEPSI
○ Selalu berada pada soalan no 11(b) atau 12(b).
○ Markah: biasanya ada 7 markah, tetapi 6 markah sahaja yang diambil.
○ Contoh soalan (gabungan pelbagai bentuk soalan):

i. Tuliskan ​informasi​ daripada rajah di atas. [1m]


ii. Kenal pasti​ tiga ciri sepunya ​bagi bahan logam. [3m]

iii. Beri satu ​contoh lain​ bagi bahan logam. [1m]


iv. Beri satu​ bukan contoh​ bagi bahan logam (Beri satu contoh bahan bukan logam).
[1m]
v. Beri satu contoh bahan bukan logam dan ​cirinya​ (kadang-kadang: sebabnya)
[2m]
vi. Bina ​konsep awal​ bagi bahan logam. [1m]
vii. Hubung kaitkan ciri sepunya untuk membina ​konsep sebenar​ bagi bahan logam
(kadang-kadang ditulis sebagai konsep sahaja). [1m]

CONTOH JAWAPAN:

i. Barang perhiasan emas, mangga besi, kuali aluminium dan wayar kuprum
adalah bahan logam. [1m]

ii. Tiga ciri sepunya:


● mulur
● berkilat​
● boleh ditempa [3m]
iii. Satu contoh lain: pagar besi. [1m]
iv. Satu bukan contoh: pagar kayu. [1m]
v. Satu bukan contoh: pagar kayu. [1m]
Ciri/sebab: pudar. [1m]

vi. Konsep awal:


Bahan yang​ mulur​ dan ​berkilat​ adalah bahan logam. [1m]

vii. Konsep sebenar (konsep):


Bahan logam adalah bahan yang​ mulur​ dan ​berkilat​. [1m]

2. MENYELESAIKAN MASALAH
❏ Pada tahun 2017, bentuk penyelesaian masalah (problem solving) berada pada
soalan nombor 11(a) dan 11(b).
❏ Sebelum ini bentuk penyelesaian masalah selalu pada soalan nombor 11(b) atau
12(b).
❏ Contoh soalan:
❏ CONTOH JAWAPAN:
11 (a):

❏ Rajah berlabel dapat ​2 markah [maksima]


❏ Penerangan penghasilan tenaga elektrik: ​[2 markah maksima]
❏ Zink lebih reaktif daripada besi. [1m]
❏ Zink membebaskan elektron lalu diterima oleh besi. [1m]
❏ Arus elektrik mengalir daripada besi ke zink. [1m]
❏ Oren adalah sebagai elektrolit. [1m]

11(b):
❏ Tujuan pemilihan: Memilih/membeli bateri untuk digunakan dalam kereta mainan untuk
tempoh yang panjang. [1m]

❏ Kelebihan setiap bateri:


❏ Sel kering: ringan, mudah alih, murah [1m]
❏ Bateri alkali: ringan, mudah alih, tahan lama [1m]
❏ Bateri nikel-kadmium: ringan, mudah alih, tahan lama, dapat dicas semula [1m]

❏ Senarai bateri mengikut keutamaan: [1m]


i. Bateri nikel-kadmium
ii. Bateri alkali
iii. Sel kering

❏ Bateri paling sesuai:


Bateri nikel-kadmium paling sesuai kerana ia boleh digunakan dalam tempoh yang lama
atau dapat dicas semula. [1m]

You might also like