Karangan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

Pelaburan merujuk kepada penanaman modal dalam sesuatu usaha seperti

pengeluaran barang, perniagaan, pembangunan syarikat dan sebagainya dengan


harapan mendapat keuntungan yang berlipat ganda pada masa hadapan. Antara
tujuan pelaburan adalah untuk menerima pulangan dalam bentuk syer bonus dan
dividen serta menambahkan nilai keuntungan modal. Prestasi pelaburan di
Malaysia adalah stabil berbanding dengan negara-negara lain. Statistik yang sahih
lagi tepat daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
menunjukkan bahawa Malaysia telah merekodkan peningkatan pelaburan
diluluskan bagi sektor pembuatan dan perkhidmatan pada suku pertama tahun 2015
membabitkan nilai RM57.4 bilion, iaitu meningkat sebanyak 18.8 peratus
berbanding RM48.4 bilion dicatatkan bagi tempoh masa yang sama pada tahun
2014, Terdapat pelbagai jenis pelaburan di negara kita. Sesetengah daripadanya
berisiko tinggi manakala terdapat pelaburan yang berisiko rendah. Nasib pelabur
boleh dikaitkan dengan peribahasa untung sabut timbul untung batu
tenggelam kerana mereka boleh memperoleh keuntungan atau kerugian pada bila-
bila masa sahaja. Persoalannya, apakah jenis-jenis pelaburan yang berisiko rendah?
Bagaimanakah pula cara untuk mengurangkan kerugian yang diperoleh daripada
pelaburan? Oleh itu, terdapat pelbagai jenis pelaburan yang patut disertai oleh
masyarakat.
Jenis pelaburan utama yang patut disertai oleh masyarakat ialah amanah saham.
Hal ini demikian kerana pelaburan amanah saham merupakan sejenis skim
pelaburan jangka sederhana dan panjang yang dikendalikan oleh pengurus-
pengurus dana berpengalaman dengan melaburkan wang dalam syarikat-syarikat
yang dikenal pasti boleh berkembang. Pelaburan berisiko rendah ini termasuklah
Amanah Saham Bumiputera, Unit Amanah (Unit Trust), Amanah Saham Nasional
dan Sijil Simpanan Premium (BSN). Tamsilnya, Amanah Saham Bumiputera
memberi pulangan kadar dividen sebanyak 7% hingga 10% tanpa mengenakan caj-
caj tambahan semasa memulakan pelaburan. Kesannya, pelabur boleh menjana
keuntungan yang lebih tinggi berbanding dengan simpanan wang di bank.
Sekiranya berlaku kecemasan yang memerlukan wang tunai, pemegang unit boleh
menjual balik saham atau menebus unit saham pada bila-bila masa sahaja. Hal ini
dapat mengelakkan diri kita menjadi seperti cacing kepanasan semasa
memerlukan wang yang dilabur apabila berlaku kecemasan. Justifikasinya,
izharlah bahawa masyarakat patut melabur dalam amanah saham.
Selain itu, jenis pelaburan lain yang patut disertai oleh masyarakat ialah pelaburan

pendidikan. Hal ini disebabkan pelabuhan tersebut meningkatkan keupayaan

seseorang individu untuk bersaing merebut peluang kerjaya dan pendapatan yang

lebih baik. Pelabuhan jangka masa panjang ini boleh digunakan untuk membiayai

kos pendidikan di institusi pengajian tinggi yang sangat mahal. Misalnya, Skim

Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dan Pelan Pendidikan BSN Prudential


merupakan antara pelabuhan pendidikan di negara kita. SSPN menawarkan

keistimewaan pelepasan taksiran cukai sehingga RM6000 setahun berdasarkan

simpanan bersih tahun semasa. Dengan itu, masyarakat boleh mengurangkan

pembayaran cukai dan menjimatkan kos untuk tujuan pendidikan peringkat tinggi

pada masa hadapan. Senario yang persis dengan peribahasa di mana ada

kemahuan, di situ ada jalan kerana kos pengajian tinggi yang ingin dipelajari boleh
dicapai dengan pelaburan setiap tahun seperti sedikit-sedikit lama-lama jadi

bukit. Tegasnya, jelaslah bahawa pelaburan pendidikan merupakan pelaburan

yang patut disertai oleh masyarakat.

Sudah terang lagi bersuluh bahawa masyarakat patut melabur dalam

pelaburan kesihatan. Hal ini demikian kerana kos rawatan di hospital semakin

meningkat dari setahun ke setahun. Sebagai contoh, kos rawatan barah telah
mencecah sebanyak RM300 000. Pelaburan kesihatan seperti Insurans Kesihatan,

Insurans Hayat dan Insurans Kewangan meringankan beban kewangan pesakit

dengan menanggung sebahagian atau sepenuhnya daripada bil rawatan

menggunakan premium yang dibayar. Ahli keluarga pesakit yang mempunyai

Insurans Hayat turut dapat menerima sejumlah wang sekiranya individu tersebut

meninggal dunia akibat penyakit-penyakit tertentu yang telah ditetapkan. Tindakan


membeli insurans kesihatan seiring dengan peribahasa sediakan payung sebelum

hujan kerana malang tidak berbau. Oleh itu, jelaslah bahawa masyarakat patut

menyertai pelabuhan kesihatan di negara kita.

Intihanya, bulan semakin terang, bayang kian jelas bahawa jenis-jenis

pelaburan yang patut disertai oleh masyarakat ialah Amanah Saham, pelaburan

pendidikan dan pelaburan kesihatan. Pelaburan ini bukan sahaja berisiko rendah
tetapi juga mendatangkan pelbagai manfaat kepada masyarakat. Melalui

pendidikan, masyarakat dapat menangguhkan penggunaan wang yang diperoleh

untuk kegunaan masa hadapan. Wang yang dilabur sebenarnya menjadi penggerak

kepada kemajuan ekonomi negara. Oleh itu, masyarakat digalakkan melabur untuk

kepentingan diri dan juga negara.

Karangan penuh :Pelaburan ialah kaedah


penanaman modal terhadap sesuatu syarikat
dengan tujuanuntuk mendapat keuntungan
dalam tempoh tertentu. Terdapat pelbagai
jenis pelaburanyang boleh disertai seperti
pelaburan amanah saham dan pelaburan
terbuka.
Contohnya, Amanah Saham Nasional Berhad
dan Amanah Saham Didik. Amalan melabur w
ajardiamalkan kerana banyak kepentingannya
kepada masyarakat. Antara kepentingan
melabur kepada masyarakat ialah simpanan
untuk masa depan atauuntuk usia tua. Hal ini
kerana apabila usia kita telah meningkat,
kemampuan untuk bekerjasemakin berkurangan.
Tambahan pula, orang yang berada di sekeliling
kita sekarang belumtentu dapat menyara kita
pada usia tua kelak. Penting untuk kita
melabur sekarang sebagaipersiapan kita
menghadapi hari tua. Sejajar dengan
peribahasa,
sediakan payung sebelumhujan
.Selain itu, pelaburan penting untuk
pendidikan anak-anak. Kos untuk
melanjutkanpelajaran pada peringkat diploma
dan ijazah semakin mahal pada masa ini. Pinjaman
ataubiasiswa yang disediakan kerajaan mungkin
tidak mencukupi untuk menampung kospengajian
tersebut. Pelaburan yang dibuat ibu bapa pada
masa ini mampu menyerapkenaikan kos
pengajian yang semakin meningkat
kelak.Seterusnya, pelaburan juga penting sebagai
pengurangan inflasi. Kenaikan harga
barangkeperluan asas seperti gula, garam, beras
dan sebagainya menimbulkan keresahan
dalamkalangan masyarakat. Pendapatan yang
diperolehi tidak mampu menampung
kenaikanharga barangan tersebut. Oleh itu,
melabur dapat menghadapi masalah inflasi
iaitupeningkatan harga barang di
pasaran. Akhir sekali, pelaburan juga memberi
keuntungan kepada negara dan juga kepada
pelabur. Melabur seperti rumah, hartanah,
saham dan sebagainya dapat
memberikeuntungan lumayan. Bukan
itu sahaja, pelabur asing secara tidak
langsung dapatmeningkatkan pembangunan
infrastruktur negara ini kerana teknologi dari
luar negara dibawa masuk ke negara
kita.Kesimpulannya, pelaburan amat penting
bagi memenuhi tujuan kita. Pelaburan
awalakan memberi keuntungan untuk masa
depan kita. Oleh itu, amalan melabur
wajarditerapkan dalam kalangan masyarakat
agar masa depan terjamin. Jangan
hendaknya,
sudah terhantuk baru tergandah,
kerana kesukaran hidup pada masa tua sukar
dijangka.

You might also like