Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

1. 1.

Ramalan 1 Kepentingan Kegiatan Kokurikulum di Sekolah Kegiatan kokurikulum


ialah aktiviti luar bilik darjah yang dibimbing oleh guru-guru. Pelbagai aktiviti
kokurikulum yang dijalankan di sekolah, misalnya aktiviti kelab dan persatuan,sukan dan
permainan serta pasukan beruniform. Oleh yang demikian, aktiviti kokurikulum perlu
disertai oleh murid-murid kerana ada banyak kepentingannya. Kegiatan kokurikulum
dapat mengisi masa lapang. Dengan menyertai aktiviti kokurikulum, kita tiada masa
untuk melepak dan bergaul dengan budak-budak nakal. Secara tidak langsung akan dapat
menghindari diri kita daripada terjebak dengan gajala sosial. Contohnya, jika kita aktif
dalam bidang sukan, masa lapang kita akan diisi dengan latihan yang diselia oleh guru-
guru. Selain itu, kegiatan kokurikulum dapat membentuk disiplin diri. Contohnya, semasa
menyertai aktiviti persatuan, sukan atau unit beruniform, kita akan dilatih menepati masa,
berpakaian kemas dan mematuhi peraturan. Disiplin sangat penting untuk mencapai
kejayaan. Pelajar yang tidak berdisiplin susah untuk berjaya. Di samping itu, kegiatan
kokurikulum juga dapat melatih pelajar menjadi pemimpin. Ada pelbagai jawatan dalam
persatuan seperti pengerusi, setiausaha, bendahari, ahli jawatankuasa dan ahli biasa.
Apabila pelajar memegang sesuatu jawatan maka kita akan belajar menjadi ketua dan
menguruskan aktiviti persatuan. Oleh hal yang demikian, dengan menyertai aktiviti
kokurikulum, pelajar akan belajar menjadi pemimpin. Seterusnya, kegiatan kokurikulum
akan mengukuhkan lagi perpaduan. Setiap unit kokurikulum mempunyai ramai ahli yang
terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain. Dalam aktiviti
yang dijalankan, semua ahli akan berkumpul. Kita boleh berbincang untuk bertukar-tukar
pendapat serta bekerjasama dalam melakukan sesuatu aktiviti. Dengan ini akan
mengeratkan hubungan sesama ahli. Kesimpulannya, banyak kepentingan kegiatan
kokurikulum kepada murid-murid di sekolah. Oleh itu, pihak sekolah hendaklah
mengadakan aktiviti yang menarik untuk menggalakkan pelajar menyertainya. Ibu bapa
pula hendaklah menggalakkan anak-anak mereka terlibat dengan kegiatan kokurikulum.
2. 2. Ramalan 2 Kepentingan Sukan kepada Murid Sukan merupakan aktiviti yang wajib
bagi setiap sekolah. Setiap tahun, sekolah-sekolah akan sibuk mengadakan hari sukan.
Hal ini membuktikan sukan sangat penting kepada murid-murid. Aktiviti sukan sangat
baik untuk kecergasan murid-murid. Murid-murid dapat mengeluarkan peluh dan dapat
melakukan aktiviti bersukan dengan teknik yang betul. Apabila badan cergas, pasti
murid-murid dapat menimba ilmu dengan baik. Selain itu, bersukan juga dapat
meredakan tekanan belajar. Apabila murid-murid menyertai aktiviti bersukan, mereka
akan melupakan pelajaran buat seketika dan mapu mengelak diri mereka daripada
menghadapi tekanan belajar. Aktiviti sukan juga dapat merapatkan hubungan antara
murid. Mereka akan mendapat ramai kawan dan hubungan juga lebih akrab. Contohnya
denganm menyertai pertandingan sukan, semangat berkumpulan dan saling bekerjasama
untuk merangkul kemenangan akan lebih membara. Di samping itu, pihak sekolah juga
boleh mencungkil bakat-bakat baharu dalam bidang sukan. Bakat-bakat ini perlu digilap
untuk mewakili sekolah ke peringkat daerah seterusnya ke peringkat negeri. Secara tidak
langsung, akativiti sukan juga dapat mengharumkan nama sekolah ke seluruh Negara.
Kesimpulannya, sukan sangat penting kepada murid-murid untuk mencapai
kecemerlangan dalam kokurikulum mahupun kurikulum. Pihak sekolah dan PIBG
haruslah berganding bahu menyokong aktiviti sukan agar mencapai matlamatnya.
3. 3. Ramalan 3 Kepentingan Makanan Seimbang Makanan seimbang ialah pengambilan
makanan yang cukup untuk keperluan tubuh badan. Manusia memerlukan makanan dan
vitamin untuk pembesaran dan menjaga kesihatan. Media massa turut mempopularkan
pemakanan seimbang menerusi pelbagai program dan penulisan artikel mengenai
pemakanan yang sihat ini. Oleh itu, wujud pelbagai kebaikan daripada makanan
seimbang ini. Tubuh badan menerima semua keperluan zat yang diperlukan untuk
membina tubuh badan yang kuat daripada keperluan fizikal manusia. Keupayaan fizikal
yang ketara ini menjadikan seseorang manusia itu boleh menjalankan tugasnya dengan
begitu baik dan sempurna. Jelaslah, pemakanan seimbang menjadikan fizikal manusia itu
lebih baik berbanding manusia lain yang kurang menjaga aspek pemakanannya.
Keperluan vitamin yang cukup ini menjadikan tubuh manusia itu lebih tahan untuk
menghadapi sebarang jangkitan penyakit atau tidak mudah untuk jatuh sakit. Kesihatan
manusia dikatakan perkara yang paling penting dalam kehidupan seseorang itu.
Sesungguhnya, manusia yang mengamalkan pemakanan seimbang akan mempunyai
kesihatan yang sihat sejahtera sahaja. Salah satu aspek utama dalam pemakanan
seimbang ialah manusia perlulah mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi
cukup khasiat yang diperlukan oleh badan. Pengawalan pemakanan sebegi menjadikan
tubuh seseorang itu tidak terlalu gemuk dan memudahkan mereka untuk menjalankan
pelbagai aktiviti terutama aktiviti senaman yang mampu menyihatkan badan pula. Oleh
itu, obesiti mampu diatasi jika seseorang itu mempunyai diet pemakanan seimbang dalam
hidupnya. Kekurangan zat makanan yang tertentu boleh menjadikan mental seseorang itu
tidak cukup cerdas atau mudah letih apabila cuba menyelesaikan sesuatu perkara yang
dialami dalam kehidupan seseorang itu. Keadaan ini menjadikan seseorang itu gagal
berfikir untuk menyelesaikan masalahnya dengan lebih efektif berbanding dengan
individu yang seimbang aspek pemakanannya. Jadi, pemakanan seimbang menjadikan
aspek mental manusia lebih stabil dan berdaya tahan. Kita perlu mengambil makanan
yang seimbang kerana semua kepentingannya sudah dinyatakan tadi. Bukan sahaja
individu tetapi masyarakat dan seterusnya negara akan menerima kesan positif daripada
pemakanan yang baik ini. Jika masyarakat masih ingkar dan tidak mahu berubah sudah
pasti jumlah pesakit penyakit kronik di negara ini akan bertambah pula. Ketika itu
mungkin sudah terlewat untuk kita semua mengambil langkah pencegahannya. “Tepuk
dada tanya selera”.
4. 4. Ramalan 4 Faedah Berjimat-cermat Banyak faedahnya apabila kita berjimat-cermat.
Antara faedahnya ialah kita boleh menyimpan atau menabung wang untuk tujuan yang
lebih penting. Wang itu nanti boleh digunakan untuk perkara yang lebih berfaedah seperti
membeli buku-buku latihan dan sebagainya lagi. Selain itu, sikap berjimat-cermat akan
menyebabkan seseorang sentiasa berfikir panjang sebelum membeli sesuatu barangan.
Sikap seperti ini boleh mengurangkan kesilapan membeli sesuatu barangan yang kurang
perlu sehingga akhirnya barangan tersebut terbuang begitu sahaja. Ini tentu merugikan
kita. Berjimat-cermat juga mengelakkan seseorang daripada terjebak dengan masalah
hutang. Orang yang berbelanja dengan boros biasanya tidak berfikir panjang untuk
berbelanja sehingga mereka sanggup berhutang. Ini menyebabkan mereka terjerat dengan
masalah hutang hingga menyusahkan diri mereka sendiri. Berjimat-cermat juga bermakna
kita dapat memanfaatkan masa dengan sebaik mungkin. Sebagai contoh, mengisi masa
lapang dengan bersukan akan menjadikan tubuh kita sihat dan cergas. Ini dapat
mengelakkan kita daripada selalu berulang-alik ke klinik atau hospital akibat daripada
masalah kesihatan. Hal yang demikian tentu akan membazirkan masa dan wang untuk
mendapatkan rawatan. Di samping itu, amalan berjimat-cermat juga menjadikan
seseorang itu berdisplin tinggi. Mereka sentiasa mengambil berat tentang penjimatan dan
kecermatan. Misalnya, mereka akan sentiasa menutup kembali barangan elektrik seperti
kipas, pendingin hawa dan sebagainya selepas digunakan. Ini akan mengelakkan mereka
daripada membayar bil elektrik yang tinggi. Kesimpulannya, kita perlu sentiasa berusaha
bagi memastikan amalan berjimat-cermat menjadi budaya hidup kita. Amalan ini pasti
akan menguntungkan kita serta mengelakkan kita ditimpa pelbagai masalah.
5. 5. Ramalan 5 Membaca Jambatan Ilmu Slogan “Membaca Jambatan Ilmu” sering kali
kita gunakan untuk menunjukkan betapa pentingnya amalan membaca dalam usaha kita
mencari ilmu pengetahuan. Membaca merupakan antara kegiatan yang amat penting
dalam kehidupan manusia di samping mampu membangunkan dan memajukan sesuatu
masyarakat. Insan yang berbudaya membaca merupakan manusia yang berilmu. Minat
membaca berkait rapat dengan budaya ilmu kerana minat ini mampu melonjakkan
pembangunan dan kemajuan dalam kehidupan masyarakat majmuk Malaysia yang
berorientasikan sains dan teknologi. Amalan membaca perlu dijadikan suatu budaya
dalam kehidupan masyarakat kita. Budaya ini pula tidak seharusnya terbatas di sekolah,
kolej atau universiti semata-mata tetapi juga patut dikembangluaskan dalam kehidupan
masyarakat termasuklah masyarakat di luar bandar. Hal ini penting agar masyarakat luar
bandar yang sering dikaitkan seperti katak di bawah tempurung akan dapat menimba dan
menambahkan ilmu pengetahuan dan pengalaman agar mereka tidak ketinggalan dalam
arus kemajuan dan pembangunan global. Seseorang individu atau sesuatu bangsa yang
mempunyai kekuasaan atau kejayaan dalam sesuatu bidang tidak berdaya tahan sekiranya
ketandusan atau kemunduran dalam buana ilmu yang bermutu dan mutakhir. Sebaliknya,
masyarakat yang ketinggalan atau yang mengabaikan budaya ilmu akan bergantung harap
kepada orang atau bangsa lain yang berilmu dan cendekia. Buktinya kita dapat melihat
betapa negara pengeluar minyak yang kaya-raya terpaksa bergantung hampir dalam
semua aspek penting kehidupan negara masing-masing kepada negara lain yang lebih
maju dan dominan dalam bidang keilmuan dan kepakaran. Akhir kata, ingin saya
tegaskan bahawa kehidupan yang lebih sempurna akan dapat dibentuk sekiranya
masyarakat kita membudayakan amalan membaca dalam kehidupan mereka sehari-hari.
Amalan murni ini secara langsung akan melahirkan modal insan dan masyarakat
Malaysia yang berilmu, berwawasan dan bertamadun tinggi.
6. 6. Ramalan 6 Gaya Hidup Sihat Amalan gaya hidup sihat harus diterapkan dalam
kehidupan setiap insan kerana kesihatan kita diibaratkan anugerah Tuhan yang sangat
berharga. Kita haruslah mengamalkan amalan gaya hidup sihat dengan bersenam.
Misalnya, kita mestilah ke taman rekreasi untuk bersenam. Ini akan mengelakkan diri kita
daripada penyakit yang berbahaya. Bersenam juga dapat mencergaskan badan kita dan
mencerdaskan otak kita. Jelaslah bahawa amalan gaya hidup sihat boleh dilakukan
melalui bersenam. Selain itu, kita haruslah makan makanan yang seimbang bagi
mengamalkan gaya hidup sihat. Amsalnya, kita mestilah makan mengikut piramid
makanan. Kuantiti makanan yang kita ambil tidak boleh kurang atau lebih daripada
piramid makanan. Ini dapat mengelakkan diri kita daripada masalah obesiti yang
mengugat hampir separuh rakyat di negara kita. Hal ini jelas menunjukkan bahawa, kita
haruslah makan makanan bagi mempratikkan amalan gaya hidup sihat.
Selanjutnya,dengan mengamalkan amalan gaya hidup sihat kita dapat mengelakkan diri
kita daripada banyak penyakit. Contohnya, penyakit seperti diabetis, kegagalan buah
pinggang, obesiti, dan sebagainya. Penyakit seperti ini tidak boleh diubati dengan senang.
Bak kata pepatah, “mencegah lebih baik daripada mengubati”. Tambahan pula, jika
amalan gaya hidup sihat tidak dipratikkan kita akan mengalami ketegangan. Misalnya,
kita akan mula berasa takut atau cemas mengingatkan kos perubatan yang perlu
ditanggung. Pendek kata, jika amalan gaya hidup sihat tidak diamalkan tentulah banyak
kesan buruk akan kita hadapi. Seterusnya, kerajaan harus mengadakan kempen- kempen
dan program- program untuk memberitahu peri pentingnya gaya hidup sihat kepada
rakyat. Barulah rakyat akan sedar peri pentinya kesihatan mereka. Kerajaan juga hrus
menyediakan peralatan senaman dan jug ataman rekreasi di setiap taman supaya rakyat
dapat berekreasi. Tambahan pula, kerajaan harus membina banyak pusat sukan untuk
melahirkan masyarakat yang cergas. Intihanya, kita sebagai masyarakat yang berdedikasi
harus mengamalkan amalan gaya hidup sihat kerana kesihatan amat vital berbanding
dengan benda- benda lain.
7. 7. Ramalan 7 Cara-cara mengisi masa lapang Pelbagai istilah tentang masa yang kita
dengar atau lihat. Antaranya ialah "Masa itu Emas", "Masa ialah Kehidupan" dan
sebagainya. Ini menunjukkan masa sangat penting dalam kehidupan kita kerana masa
yang berlalu tidak dapat diganti. Oleh itu, kita harus bijak mengurus masa supaya tidak
membazir begitu sahaja. Masa dapat digunakan dengan berfaedah apabila kita
memenuhinya dengan melakukan hobi yang bermanfaat. Contohnya, bersukan,
melancong, berekreasi, mengumpul setem dan sebagainya. Jika kita gunakan masa
dengan hobi yang bermanfaat akan dapat memberikan kepuasan kepada kita. Selain itu,
kita dapat gunakan masa yang terluang dengan menziarahi sanak saudara, datuk dan
nenek serta teman-teman. Selain dapat bersiar-siar, kita akan dapat mengeratkan
hubungan kekeluargaan dan persahabatan. Aktiviti yang paling bermanfaat untuk mengisi
masa lapang ialah membaca. Pelbagai bahan bacaan dapat dibaca seperti buku rujukan,
surat khabar, novel, majalah, jurnal dan sebagainya. Kita dapat mencedok ilmu dan
maklumat sebanyak mungkin daripada bahan bacaan ini. Di samping itu, kita dapat
menggunakan masa yang terluang dengan membantu ibu bapa membuat kerja-kerja
rumah. Kita perlu faham situasi ibu bapa kita yang seharian penat bekerja. Oleh itu, jika
kita membantu mereka mengemas rumah, menyapu sampah dan sebagainya, kita secara
tidak langsung dapat meringankan beban mereka. Kita juga akan dapat mengeratkan
hubungan kekeluargaan. Kesimpulannya, kita sebagai manusia sewajarnya
mendisiplinkan diri supaya tidak membuang masa begitu sahaja kerana masa sangat
berharga. Oleh itu, uruslah masa dengan bijak.
8. 8. Ramalan 8 Cara-cara Menjadi Murid yang Cemerlang dalam Pelajaran Setiap orang
mahukan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Namun demikian,
kecemerlangan tersebut tidak datang dengan sendirinya, sebaliknya, perlu disusuli
dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Bagi mendapat keputusan yang cemerlang
dalam peperiksaan, seseorang murid perlulah tekun belajar. Contohnya ketika di dalam
kelas, kita perlu menumpukan sepenuh perhatian terhadap apa yang disampaikan oleh.
Dengan ini, kita dapat memahami dan mengingati pelajaran yang disampaikan oleh guru.
Selain itu, kita juga perlu mengulang kaji pelajaran. Contohnya, apabila di rumah, kita
perlu membaca nota pelajaran yang diberikan oleh guru. Oleh itu, sesuatu topic itu akan
kekal dalam ingatan dan minda kita. Seterusnya, kita juga boleh mengikuti kelas
tambahan yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Ini kerana melalui kelas tambahan, guru-
guru akan member penekanan pada topik-topik yang sukar. Kesannya, pemahaman
terhadap sesuatu pelajaran itu akan meningkat. Di samping itu, kita juga perlu banyak
membuat latihan. Contohnya, latihan-latihan berbentuk soalan peperiksaan perlu kita
lakukan berulang kali. Ini akan memudahkan kita menjawab soalan-soalan peperiksaan
kerana sudah biasa dengan pola-pola soalan tersebut. Kesimpulannya, kita perlu berusaha
bersungguh-sungguh untuk menjadi murid yang cemerlang dalam pelajaran. Kejayaan
kita pasti akan menggembirakan ibu bapa dan guru-guru.
Recommended

You might also like