Minit Mesyuarat Agung Pibg 2017

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 7

MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SEKOLAH KEBANGSAAN DR. SULAIMAN


KALI KE-17 TAHUN 2017

Tarikh : 16 Februari 2017 (Khamis)


Masa : 2.30 petang
Tempat : Dewan Sekolah Kebangsaan Dr. Sulaiman
Kehadiran : 160 orang

1. Ucapan Alu-aluan Pengerusi / NYDP PIBG

1.1. Mesyuarat dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah.

1.2. Pengerusi mengucapakan tahniah dan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat
yang sanggup meluangkan masa untuk hadir ke Mesyuarat Agung pada hari ini.

1.3. Mengucapkan terima kasih kepada Guru Besar SK. Dr. Sulaiman, Tn. Hj. Mohd Hanaf
bin Derisdan semua guru di atas segala sumbangan yang telah diberikan dalam fokus
peningkatan kecemerlangan akademik dan sahsiah sepanjang tahun 2016

1.4. Mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua ibu bapa dan guru di atas
kerjasama dan usahasama yang telah diberikan sepanjang tahun 2016 yang lepas.

1.5. Menekankan kepada semua ahli mesyuarat tentang tugas dan tanggungjawab yang
dipikul oleh semua ahli persatuan bagi memenuhi kehendak misi dan visi sekolah
yang telah digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

1.6. Menyatakan sokongan pihak PIBG kepada pihak sekolah dalam menjalankan program
Dual Language Program (DLP) yang bermula pada tahun ini melibatkan murid kelas
Tahun 1 Arif.

1.7. Menyarankan agar semua ahli terus memberi sumbangan kepada persatuan dari
segenap aspek dan menjayakan setiap program persatuan secara kerjasama.

2. Ucapan Guru Besar / Penasihat PIBG

2.1. Mengucapkan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat di atas komitmen yang
ditunjukkan melalui kehadiran yang sangat memberangsangkan.

2.2. Mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada PIBG kerana melaksana serta
membantu beberapa program kecemerlangan murid pada tahun 2016 yang lepas.

2.3. Memaklumkan kepada ahli mesyuarat berkenaan Dual Language Program (DLP) yang
dijalankan di sekolah ini bermula awal tahun ini.

2.3.1. Program dwi bahasa ini menekankan kepada penguasaan Bahasa Malaysia
dan Bahasa Inggeris di kalangan murid dengan subjek Matematik dan Sains
diajar dalam Bahasa Inggeris dan subjek-subjek lain diajar dalam Bahasa
Malaysia.
2.3.2. Sekolah ini telah dipilih sebagai salah sebuah sekolah rintis menjalankan
program ini.

2.3.3. Program ini telah bermula sejak awal tahun 2017 ini dan hanya melibatkan
murid Tahun 1 Arif sahaja. Murid-murid kelas ini akan mengikuti program DLP
sehingga ke Tahun 6.

2.4. Tuan Guru Besar memperingatkan ibu bapa berkenaan Pentaksiran Berasaskan
Sekolah (PBS) yang menjadi kaedah pentaksiran utama sekolah.

2.4.1. Pencapaian murid dinilai sepanjang tahun melalui dua kategori pentaksiran
iaitu:
2.4.1.1. Pentaksiran akademik:
2.4.1.1.1. Pentaksiran Pusat (PP)
2.4.1.1.2. Pentaksiran Sekolah (PS)
2.4.1.2. Bukan akademik:
2.4.1.2.1. Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kolurikulum
(PAJSK)
2.4.1.2.2. Pentaksiran Psikometrik (PPsi)

2.4.2. Pentaksiran dibuat secara formatif (pentaksiran berterusan sepanjang tahun


seiring dengan proses PDPc) dan sumatif (pentaksiran bulanan / penggal
persekolahan) berasaskan sekolah.

2.4.3. Keputusan ujian pertengahan tahun dan akhir tahun tidak menjadi kayu ukur
tunggal dalam menilai pencapaian murid. Ia harus dibaca bersama dengan
band / tahap yang dicapai oleh murid dalam penilaian formatif secara
berterusan.

2.4.4. Murid yang tamat Tahun 6 yang memohon kemasukan ke sekolah menengah
akan dinilai melalui pencapaian murid dalam PP dan PS.

2.5. Tuan Guru Besar turut memaklumkan kepada semua ibu bapa dan penjaga mengenai
amalan Pembelajaran Abad Ke-21yang digerakkan melalui Pelan Pembangunan
PendidikanMalaysia (PPPM) bermula tahun 2013.

2.5.1. Tuan Guru Besar menyeru agar semua ahli persatuan baik dari kalangan guru
mahupun ibu bapa agar memberi penekanan kepada 10 ciri Pembelajaran
Abad ke-21 iaitu:
2.5.1.1. Berpusatkan murid
2.5.1.2. Penggunaan komputer (terutamanya VLE Frog)
2.5.1.3. Pembelajaran aktif
2.5.1.4. Pembelajaran kendiri
2.5.1.5. Persekitaran yang kondusif
2.5.1.6. Pelajar faham dan mematuhi arahan
2.5.1.7. Saling hormat menghormati
2.5.1.8. Pelajar bertanggungjawab terhadap pelajaran mereka
2.5.1.9. Penilaian berasaskan pencapaian
2.5.1.10. Pembelajaran kolaboratif.
2.5.2. Tuan Guru Besar turut memaklumkan kepada ibu bapa bahawa pihak sekolah
sangat menggalakkan murid untuk log masuk ke dalam Suasana Pembelajaran
Maya / Virtual Learning Environment (VLE) Frog. Murid yang mempunyai
rekod log masuk yang tinggi diberikan hadiah khas dari Tuan Guru Besar
sendiri.

2.5.3. Kelas-kelas di sekolah telah dilengkapi dengan suasana Pembelajaran Abad


ke-21 dengan susunan tempat duduk murid yang menepati ciri-ciri
Pembelajaran Abad ke-21 serta bahan-bahan yang berkenaan seperti traffic
lights, reward chart, lesson objectives dan success criteria dipaparkan di
setiap kelas.

2.6. Tuan Guru Besar memaklumkan bahawa melalui Gelombang Kedua PPPM 2016 –
2020, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkemaskan melalui proses
semakan. Bermula tahun ini, murid Tahun 1 diperkenalkan dengan KSSR semakan.
KSSR semakan ini melibatkan beberapa penambah baikan antaranya:

2.6.1. Gabungan beberapa matapelajaran seperti Pendidikan Seni dan Pendidikan


Seni digabungkan menjadi matapelajaran Pendidikan Kesenian sementara
matapelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan digabungkan
menjadi Pendidikan Jasmani Kesihatan.

2.6.2. Pengiraan peruntukan masa bagi matapelajaran diperkemas.

2.6.3. Elemen teknologi maklumat dan komunikasi diterapkan dalam kebanyakan


matapelajaran.

2.6.4. Bagi program j-QAF (Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardhu Ain), pelaksaan
Model Tasmik dijalankan di luar jadual waktu persekolahan manakala Kelas
Literasi Al-Quran (KLaQ), Kem Cemerlang Jawi (KCJ) dan Kem Bestari Solat
(KBS) dijalankan pada hari Sabtu mengikut bilangan jam kredit yang
ditetapkan.

2.7. Tuan Guru Besar turut menyentuh berkenaandasar-dasar Kementerian Pendidikan


Malaysia seperti:

2.7.1. MBMMBI: Memartabat Bahasa Malaysia dan Memperkukuh Bahasa Inggeris


- Penekanan pendidikan terhadap penguasaan dwi bahasa oleh murid-
murid selaras dengan Anjakan ke-2 dalam Gelombang ke-2, PPPM.

2.7.2. 1M1S: 1 Murid 1 Sukan


- Mewajibkan setiap murid Tahap 2 mengikuti sekurang-kurangnya satu
aktiviti sukan.

2.8. Tuan Guru Besar menayangkan kepada ahli mesyuarat aktiviti-aktiviti sekolah
sepanjang tahun 2016 melalui tayangan slide.

2.9. Memaklumkan bahawa pihak sekolah telah menetapkan target bagi UPSR pada
tahun ini dengan 10% murid mendapat keputusan cemerlang.
3. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-16, Tahun 2016

3.1. Dibentang oleh : Pn. Nurul Zaida binti Dahalan


3.1.1. Pencadang : Pn. Juriah binti Johari
3.1.2. Penyokong : Pn. Juliana binti Mohd

4. Membentang Laporan Aktiviti Tahunan PIBG Sesi 2016

4.1. Dibentang oleh : En. Ahmad Fadzli bin Pardon


4.1.1. Pencadang : En. Mohd Daud bin Ali
4.1.2. Penyokong : Disokong sebulat suara

5. Membentang dan Menerima Penyata Kewangan Tahunan bagi Tahun 2016

5.1. Dibentangkan oleh : En. Yusof bin Yunus


5.1.1. Pencadang : Ustaz Mohd Rashid bin Hj. Ahmad Idris
5.1.2. Penyokong : Disokong sebulat suara

6. Pembubaran Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2016 / 2017 dan Pemilihan Ahli Jawatankuasa PIBG
Sesi 2017 /2018

6.1. Ahli mesyuarat sebulat suara bersetuju untuk mengekalkan Jawatankuasa yang sedia
ada sebagai Ahli Jawatankuasa PIBG bagi sesi 2017 / 2018.

6.1.1. Yang Dipertua : En. Mohd Bukhari bin Hamed


6.1.2. Naib Yang Dipertua : Pn. Nurul Zaida binti Dahalan
6.1.3. Setiausaha : En. Ahmad Fadzli bin Pardon
6.1.4. Bendahari : En Yusof bin Yunus
6.1.5. Ahli Jawatankuasa : En. Fazli bin Musa
: Tn. Hj. Azis bin Hj. Ahmat
: En. Amir Hamzah bin Sidol
: Pn. Ema Jueta binti Ahmad Kamal
: Pn. Maznah binti Mahat
:Pn. Ratna Ambun binti Abdullah
: En. Shaharin bin Mohamed Sarep
: Pn. Yuslinda binti Mohd Yusop
: Pn. Zaharah binti Tarmiji@Satar
: Pn. Noor Azura binti Abd. Kadir
: Pn. Hjh. Salmy binti Abu Bakar
: Pn. Zainuri binti Johari
6.1.6. Pemeriksa Kira-kira : En. Badrul Ramzan bin Abdul Hamid
: Pn. Marlyza binti Abdul Manaf
7. Membentang dan Membahaskan Usul

7.1. Pn. Syazwani binti Abdul Ghani mencadangkan kepada pihak sekolah agar
mebekalkan tali leher berzip untuk murid-murid.

Jawapan: Guru Besar, Tn. Hj. Mohd Hanaf bin Deris menerima cadangan
tersebut. Tali leher berzip akan mula dijual pada tahun hadapan.

7.2. Pn. Zaiwatul Guriza binti Zakaria mencadangkan agar buku teks / buku latihan murid
yang tidak terlibat dengan kerja sekolah ditinggalkan di sekolah bagi mengurangkan
berat beg yang digalas oleh murid.

Jawapan: Guru Besar menyatakan bahawa buku teks tidak boleh disimpan di
sekolah kerana keselamatan buku tersebut tidak dapat dijamin. Kelas
yang digunakan pada sesi pagi turut dikongsi guna dengan murid-
murid Kelas Agama Petang (KAP). Manakala buku aktiviti / buku
latihan dibenarkan untuk disimpan di sekolah.

7.3. Pn. Hanapiza binti M. Ali mencadangkan agar pihak pengusaha kantin sekolah
menjual makanan berat untuk murid KAP.

Jawapan: Guru Penolong Kanan HEM, En. Maidin bin Mohammad akan
membawa cadangan ini kepada pihak pengusaha kantin.

7.4. En. Zamri bin Anuar mengusulkan agar:


7.4.1. Pihak sekolah memperkenalkan Bahasa Cina / Bahasa Tamil yang berfokus
komunikasi sebagai aktivti kokurikulum sekolah.
7.4.2. Menambah baik kaedah pengajaran dan pembelajaran agar lebih berkesan
dan mudah difahami oleh murid.

Jawapan: Guru Besar memaklumkan bahawa sekolah ini telah memilih Bahasa
Arab sebagai bahasa ketiga sekolah. Justeru itu, aktiviti Bahasa Arab
dilihat lebih utama berbanding menambah bahasa-bahasa tambahan
yang lain.
Guru Besar turut memaklumkan bahawa guru-guru sentiasa diberi
latihan untuk mengasah serta memantapkan kemahiran PDPc di
dalam bilik darjah. Beliau menasihatkan para guru untuk terus
berusaha memantapkan lagi PDPc agar lebih effisien.

7.5. Pn. Mashita binti Haron mencadangkan agar semua pelajar perempuan agar jangan
memasukkan T-Shirt Sukan / Pendidikan Jasmani ke dalam seluar.

Jawapan: Guru Besar menerima baik cadangan tersebut namun mencadangkan


agar murid perempuan Tahap 1 kekal memasukkan baju ke dalam
seluar supaya kelihatan lebih kemas.

7.6. Pn. Faridah binti Samah mencadangkan agar:


7.6.1. Memantau penjaja makanan di luar pagar sekolah kerana mereka menjual
makanan yang tidak berkhasiat dan tidak mengenyangkan.
7.6.2. Pihak guru tidak melengahkan atau melewatkan waktu pulang murid dari
sekolah kerana ibu bapa yang menjemput murid perlu bergegas kembali ke
tempat kerja.

Jawapan: Guru Besar memaklumkan bahawa pihak sekolah tiada kuasa untuk
menghalang penjaja dari berniaga di luar kawasan sekolah. Beliau
mencadangkan agar pihak sekolah dan ibu bapa agar terus
menasihati murid supaya sentiasa memilih dan membeli makanan
yang berkhasiat sahaja.

Guru Besar turut menasihatkan guru-guru agar sentiasa peka dengan


waktu yang diperuntukan untuk PDPc.

7.7. Pn. Norhafza binti Abdul Rahim mencadangkan agar pihak sekolah menukar waktu
Tasmik Tahun 1 kepada hari Khamis kerana kelas KAP (Pulau Sebang) berjalan pada
setiap hari Isnin hingga Rabu.

Jawapan: Guru Besar mengingatkan para ibu bapa bahawa persekolahan pagi
adalah persekolahan yang utama dan tidak boleh terikat dengan KAP.
Sebaiknya KAP perlu menyesuaikan waktu operasi mereka dengan
waktu persekolahan pagi.

7.8. Pn. Norlaila binti Kamarudin mencadangkan:


7.8.1. Membuat penukaran rumah sukan murid pada setiap tahun.
7.8.2. Mengadakan lawatan sambal belajar untuk murid-murid supaya murid dapat
menambah ilmu pengetahuan, menimba pengalaman baru, menerapkan
nilai-nilai murni dan memberi semangat kepada murid-murid.

Jawapan: Guru Besar menyatakan bahawa penukaran Rumah Sukan murid pada
setiap tahun tidak sesuai kerana ia akan melibatkan proses kerja yang
rumit setiap tahun.

Beliau turut memaklumkan bahawa lawatan sambal belajar telah


sedia menjadi aktiviti tahunan di sekolah. Pada tahun lepas, murid-
murid dibawa melawat ke Kidzania.

7.9. Pn. Khuzama binti Mohamed Ghazali mengusulkan agar Mesyuarat Agung PIBG
dibuat pada hari cuti bagi memudahkan ibu bapa yang bekerja untuk hadir.

Jawapan: Guru Besar memohon maklumbalas ibu bapa yang hadir berkanaan
waktu yang sesuai untuk diadakan mesyuarat agung PIBG. Respon
menunjukkan majoriti ibu bapa bersetuju untuk tidak dilaksanakan
pada waktu cuti / hujung minggu.

7.10. Pn. Roshidah binti Mohd Razak mencadangkan kepada pihak sekolah supaya
menjalankan kelas tambahan bagi matapelajaran Matematik dan Sains untuk murid.
Jawapan: Guru Besar memaklumkan bahawa setakat hari ini, pihak sekolah
hanya dapat menyediakan kelas tambahan untuk murid-murid Tahun
6 sahaja.
7.11. En. Eddy Emran bin Salim mencadangkan agar:
7.11.1.Pemakaian T-Shirt Sukan / Pendidikan Jasmani, murid lelaki diberi kebebasan
untuk memakai T-Shirt berlengan panjang atau pendek manakala murid
perempuan mesti memakai T-Shirt berlengan panjang.
7.11.2.Pihak sekolah memantau kebersihan di kantin termasuk tatacara berpakaian
pekerja-pekerja di kantin.

Jawapan: Guru Besar menerima baik kedua-dua cadangan daripada En. Eddy
Emran. Beliau memohon agar jawatankuasa kantin sekolah
mengambil perhatian berkenaan kebersihan dan tatacara pemakaian
pekerja kantin.

8. Hal-hal Lain

8.1. Naib Yang Dipertua, Pn. Nurul Zaida binti Dahalan mencadangkan agar sumbangan
PIBG bagi tahun ini diteruskan dengan kadar yang sama seperti tahun 2016 iaitu
sumbangan sebanyak RM 70.00 bagi satu keluarga. Cadangan ini dipersetujui oleh
semua ahli mesyuarat sebulat suara.

8.2. Ustaz Mohd Rashid bin Hj. Ahmad Idris memohon agar pihak PIBG dan pihak sekolah
agar dapat mengusahakan pembinaan sebuah tempat parkir basikal dan motosikal di
sebelah bilik pengawal keselamatan berhampiran pagar sekolah. Perkara tersebut
akan dibawa ke dalam mesyuarat AJK PIBG.

8.3. Tn. Guru Besar memaklumkan bahawa pihak sekolah bercadang untuk melaksanakan
sukan tahunan sekolah pada bulan Mei.

9. Ucapan Penangguhan

9.1. Pn. Nurul Zaida selaku Pengerusi Mesyuarat mengucapkan terima kasih kepada
semua ahli mesyuarat dan berharap agar sokongan ini berterusan dan bertambah
baik.

9.2. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.05 petang.

Disediakan oleh: Disemak oleh

AHMAD FADZLI BIN PARDON EN. MOHD BUKHARI BIN HAMED


Setiausaha Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru
SK. Dr. Sulaiman, 73000 Tampin, SK. Dr. Sulaiman, 73000 Tampin,
Negeri Sembilan. Negeri Sembilan

You might also like