Ail3020 Konflik Wilayah

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

SOALAN 6: HURAIKAN SALAH SATU KONFLIK WILAYAH YANG BERLAKU DI

INDONESIA

Pengenalan

Indonesia merupakan sebuah negara yang telah dijajah oleh kuasa Belanda. Pada 17 Ogos

1945, negara Indonesia telah memperolehi kemerdekaan daripada kuasa dan jajahan Belanda.

Indonesia sebelum ini dikenali sebagai Hindia Timur dan kemudian nama Indonesia telah digunakan

setelah Indonesia mendapat kemerdekaan. Negara Indonesia merupakan sebuah negara republik yang

diketuai oleh ketua kerajaan iaitu Presiden dan tidak mempunyai Raja seperti Tanah Melayu yang

kini dikenali sebagai Malaysia. Presiden pertama Indonesia ialah Soekarno di mana semasa

pemerintahan beliau dikenali sebagai pemerintahan orde lama. Tempoh pemerintahan Soekarni ini

adalah selama 22 tahun iaitu bermula pada tahun 1945 sehingga tahun 1967. Kemudian, jawatan

Soekarno ini diganti oleh Suharto di mana pada ketika ini bermulanya pemerintahan orde baru.

Presiden Suharto telah memerintah Indonesia selama 31 tahun dan telah membuat banyak perubahan

yang positif malah negatif dari segi politik, ekonomi dan sosial kepada Indonesia. Pemerintahan

Suharto ini telah memberi kesan yang sangat mendalam kepada masyarakat Indonesia ekoran corak

pemerintahan beliau yang menindas rakyat dan telah melanggar hak asasi manusia pada zaman orde

baru bagi mengukuhkan kuasa Suharto dalam Indonesia serta untuk menjaga kepentingan krooni-

kroninya.

Negara Indonesia terdiri daripada beberapa wilayah dan pualu-pulau besar seperti Pulau

Sumatera, Kalimantan, Irian Jaya, Sulawesi dan Jawa serta 17,508 pulau-pulau kecil yang
1
membentuk negara Indonesia. Negara yang luas dengan kepadatan penduduk yang tinggi

1
Muhammad Saleh Tajuddin, Mohd. Azizudin Mohd. Sani & Andi Terri Yeyeng, “Berbagai Kasus Konflik Di
Indonesia: Dari Isu Non Pribumi, Isu Agama, Hingga Isu Kesukuan”, Sulesana 10 (2016), hlm. 63-72.
menunjukkan negara lebih terdedah kepada konflik yang pelbagai. Setiap negara semestinya tidak

terlepas daripada menghadapi dan mengalami konflik terutama bagi negara-negara yang sedang

membangun. Republik Indonesia adalah negara yang sering menghadapi konflik dan masalah.

Menurut Mieka Kooistra, “Indonesia is a state torn by vicious and prolonged conflicts” 2 yang

membawa maksud negara Indonesia adalah negara yang terkoyak (tidak stabil) oleh konflik ganas

yang berpanjangan. Hal ini kerana melalui konflik yang terjadi di Indonesia, lebih kurang beribu-ribu

nyawa telah tergadai yang berpunca daripada pelbagai masalah seperti penindasan pemerintah pusat,

kesan proses transmigrasi, ketidakadilan ekonomi, pergeseran budaya, etnik serta isu agama.3

Indonesia adalah merupakan antara negara yang terbesar di rantau Asia Tenggara dan

mempunyai populasi penduduk dalam anggaran seramai 2 ratus juta orang. 4 Populasi yang ada

menunjukkan masyarakat Indonesia terdiri daripada pelbagai etnik, agama dan kebudayaannya yang

tersendiri. Kumpulan etnik yang terdapat di Indonesia juga dapat dipecahkan kepada puluhan malah

sampai ke ratusan etnik yang mendiami dan tinggal di Indonesia.

2
Mieka Kooistra, Indonesia: Regional Conflicts and State Terror, United Kingdom: MRG, 2001, hlm. 3.
3
Ibid.
4
Riwanto Tirtosudarno, “Economic Development, Migration, and Ethic Conflict in Indonesia: Preliminary
Observation”, ISEAS 12 (1997), hlm. 293-328.
Gambar 1.0: Peta Asia Tenggara

Sumber: http://www.smecorp.gov.my/index.php/en/pestech-sdn-bhd/book/28/1?page=223 (Diakes pada 2019, Mei 5)

Di Indonesia, masyarakatnya mempunyai pelbagai masyarakat di banyak kawasan

menyebabkan terdapatnya kepelbagaian budaya di mana salah satu darinya ialah struktur sosial. Hal

ini disebabkan kerana Kepulauan Indonesia merupakan suatu gugusan terpanjang dan terbesar di

dunia. 5 Faktor ini menyebabkan wujudnya banyak masyarakat dalam sebuah negara Indonesia.

Antara masyarakat tersebut ialah masyarakat Jawa, Batak, Minangkabau, Aceh, Bugis dan pelbagai

lagi masyarakat lainnya.

Masyarakat adalah sekumpulan orang yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan cara-cara

dan peraturan-peraturan tertentu.6 Masyarakat ialah satu kumpulan manusia yang berinteraksi dalam

kawasan atau sempadan yang telah ditetapkan dan dibimbing oleh satu budaya yang dikongsi

5
Koentjaraningrat, Manusia dan Kebudajaan di Indonesia, Indonesia: Penerbit Djambatan, 1971, hlm. 1.
6
http://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=masyarakat (Diakses pada 2019, Mei 5)
bersama.7 Antara istilah yang sinonim dengan masyarakat ialah bangsa, kaum, puak, penduduk dan

orang ramai. Indonesia merupakan sebuah negara yang terkenal dengan keluasan wilayah serta

keramaian penduduknya. Ianya terletak antara dua benua iaitu Benua Asia dan Benua Australia serta

di antara dua lautan, Lautan Hindi dan Lautan Pasifik. Terdapat lebih kurang 300 suku bangsa dan

742 suku bahasa atau dialek sekaligus menjadikan Indonesia sebuah negara yang unik.

Konflik Aceh

Aceh sinonim dengan identiti Islam dan menentang semua bentuk penjajah. Tidak

menghairankan bahawa Aceh telah disahkan sebagai ‘Daerah Istimewa’ oleh Soekarno dalam

menghalang penjajah Belanda masuk semula ke Indonesia.8 Walau bagaimanapun, tindakan Soekarno

itu hanya untuk menjaga kemerdekaan Republik Indonesia daripada dijajah semula oleh Belanda.

Provinsi Aceh terletak di hujung barat laut Sumatera dan Bandar Aceh merupakan ibu kota bagi Aceh.

Secara administrative, Aceh mempunyai kedudukan strategik yang sangat penting sebagai pintu

masuk ke laluan perdagangan antarabangsa yang menghubungkan dua lautan iaitu Laut India dan

Pasifik dan dua benua iaitu Asia dan Australia.9

Konflik di Aceh ini adalah merupakan antara konflik yang paling lama berlaku. Konflik Aceh

ini dibahagikan kepada beberapa tahap iaitu konflik Aceh sebelum orde baru iaitu pada era

pemerintahan Soekarno, selepas revolusi dan semasa pemerintahan orde baru di bawah pimpinan

Suharto.

7
Rahimah Abd. Aziz dan Mohamed Yusoff Ismail (penyunting), Masyarakat, Budaya dan Perubahan, Selangor:
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 2000, hlm. 7.
8
Jakobi, A.K., Aceh Daerah Modal: Long March ke Medan Area, Jakarta: Yayasan Seulawah RI-001, 1992, hlm. 33-35.
9
Pemerintah Aceh, Rencana Pembangunan Jangka Panjang (RPJP) tahun 2005-2025, Banda Aceh: Pemerintah Aceh,
2009, hlm. 10-11.
Konflik Aceh Sebelum Orde Baru

Konflik Aceh merupakan antara konflik yang paling lama berlaku bermula sbelum zaman

revolusi lagi iaitu sebelum perlaksanaan orde baru. Bahkan konflik antara Aceh dengan pemerintah

Indonesia sahaja sudah berlaku lebih kurang dua kali sejak Negara Kesatuan Republik Indonesia

(NKRI) dibentuk. Konflik yang berlaku dua kali ini adalah konflik Darul Islam-tentera Islam

Indonesia (DI/TII) pada tahun 1953 hingga tahun 1962 dengan konflik Gerakan Aceh Merdeka

(GAM). 10 Melalui Gerakan Aceh Merdeka ini, lahirnya pemberontakan yang berlanjutan kepada

gerakan perpisahan Aceh Merdeka.

Soekarno telah memproklamasikan kemerdekaan Republik Indonesia pada 17 Ogos 1945.

Selepas proklamasi pada 17 Ogos 1945, seramai 56 orang pemimpin Aceh termasuklah Tengku Nyak

Arief yang merupakan Gabenor Aceh yang pertama bersama 56 orang pemimpin Aceh bersetuju

dengan proklamasi Soekarno ini. 11 Pada ketika ini, Soekarno memproklamasikan negara merdeka

Republik Indonesia yang wilayahnya merangkumi dari Sabang di Aceh hingga ke Merauke di Irian

Barat.12 Tengku Nyak Arief sebagai Gabenor Aceh bersetuju dengan proklamasi oleh Soekarno dan

setia membela kemerdekaan Republik Indonesia.

Pada tahun 1948, pemerintahan Darurat di Indonesia di Yogjakarta menunjukkan Aceh telah

meminta autonomi sebagai provinsi sendiri daripada pemerintah pusat Republik Indonesia.

10
Suadi Zainal, “Transformasi Konflik Aceh dan Relasi Sosial-Politik di Era Desentralisasi”, Jurnal Sosiologi Masyarakat,
Ogos 2015, hlm. 82. – Diakses melalui journal.ui.ac.id/index.php/mjs/article/download/4757/pdf (Diakses pada 2019,
5 Mei)
11
Neta, S Pane, Sejarah dan Kekuatan Gerakan Aceh Merdeka: Solusi, Harapan dan Impian, Indonesia: PT Gramedia
Widiasarana Indonesia, 2001, hlm. 1.
12
Ibid, hlm. 2.
Kemudiannya Daud Beureuh dipilih sebagai calon Gabenor Aceh. Daud Beureuh merupakan salah

satu keturunan diraja Aceh yang lahir di desa Cumbok pada tahun 1910 dan merupakan orang yang

paling radikal terhadap kemerdekaan Republik Indonesia.13

Kelompok Dr Mansur mahu membebaskan Aceh dari kuasa Republik Indonesia dan ini

termasuklah kawasan Nias, Tapsel, Sumsel, Lampung, Bengkalis, Indragiri, Riau, Bengkahulu, Jambi

dan Minangkabau. Namun demikian, Daud Beureuh tidak bersetuju dengan gerakan Dr Mansur ini.

Hal ini kerana gerakan Dr Mansur ini menggesa rakyat melakukan pemberontakan kepada

pemerintahan pusat bagi menuntut Aceh merdeka.

Pada tahun 1949, Aceh telah mengumpul dana sebanyak 500,000 USD bersamaan 50 Billion

Rupiah untuk kerajaan revolusi di Yogjakarta. 100 ribu diberikan kepada pemerintah melalui A.A

Maramis bagi membiayai wakil Indonesia. Dana-dana tersebut telah digunakan bagi membiayai

tanggungan kos pengangkutan dan belanja Soekarno ke India dan Singapura. Hal ini kerana pada

ketika itu terdapat banyak penyokong Soekarno di India dan Singapura ekoran pimpinan revolusi

Soekarno. Malah, Aceh juga berjaya menghasilkan kutipan emas yang diperolehi sehingga dapat

menampung untuk membeli dua buah kapal terbang.

13
Ibid, hlm. 4.
Konflik Aceh Selepas Revolusi

Selepas Revolusi, konflik Aceh masih tidak dapat diselesaikan. Tambahan pula, konflik ini

semakin bertambah teruk apabila Aceh telah dimasukkan di dalam provinsi Sumatera Utara.

Sedangkan pada 16 Jun 1948, Soekarno pertama kali berkunjung ke Aceh dan beliau sendiri telah

bersumpah dengan nama Allah dan berjanji akan memberikan hak dan autonomi kepada penduduk

dan rakyat Aceh. Malah, Soekarno juga turut berjanji untuk menerapkan penerapan syariat Islam

dalam wilayah Aceh dan Indonesia.14 Tetapi apa yang dijanjikan oleh Soekarno hanya tinggal sebagai

janji sahaja. Soekarno melakukan sedemikian dengan memberikan janji-janji ‘palsu’ agar penduduk

Aceh mendukung perjuangan Indonesia dalam menghadapi Belanda bagi mempertahankan

kemerdekaan Republik Indonesia.

Kekecewaan rakyat Aceh jelas dilihat terhadap pemerintah terutamanya Soekarno apabila isu

ini dibawa ke dalam Kongres Kebangsaan Alim Ulama Se-Indonesia yang diadakan di Medan pada

21 April 1953.15 Oleh kerana kecewa dengan tindakan Soekarno,, Daud Beureuh telah mengumumkan

wilayah Aceh sebagai Negara Islam Indonesia (NII) dan bergabung dengan Kartosuwiryo yang telah

memperjuangkan Darul Islam sejak tahun 1948 sedangkan sebelum ini, Daud Beureuh sendiri

mempertahankan Aceh dalam Republik Indonesia. Sebelum tahun 1953 lagi, Kartosuwiryo meminta

Daud Beureuh untuk bergabung dan memperjuangkan Darul Islam ini tetapi tidak diterima oleh Daud

Beureuh. Hal ini kerana Daud Beureuh beranggapan Soekarno akan menunaikan janji dan sumpahnya

terhadap wilayah Aceh tetapi ternyata tidak. Oleh itu, Daud Beureuh mengambil pendekatan

bergabung dengan perjuangan Darul Islam kerana Daud Beureuh menginginkan pentadbiran Islam

dijalankan.

14
Ibid, hlm. 9.
15
Neta, S Pane, Sejarah dan Kekuatan Gerakan Aceh Merdeka: Solusi, Harapan dan Impian, hlm. 9.
Angkatan Bersenjata Republik Indonesia (ABRI) telah melakukan serangan terhadap wilayah

Aceh dan kemudiannya Aceh telah membentuk Darul Islam-Tentera Islam Indonesia (DI/TII).

Tentera Islam Indonesia ditubuhkan bagi untuk mengelakkan berlakunya perang terbuka daripada

Tentera Nasional Indonesia (TNI). Tentera Islam Indonesia juga mengambil pendekatan melakukan

gerakan dalam hutan. Hal ini kerana, semasa di dalam hutan, mereka dapat membangunkan dan

kekuatan dan melancarkan pergerakan mereka. Selain itu, Daud Beureuh telah membentuk tujuh

rejimen dan satu angkatan polis yang dipimpin oleh A.R Hasyim. Pasukan yang dibentuk oleh Daud

Beureuh ini mempunyai pelbagai kekuatan dalam militer yang digunakan untuk menentang pihak

Republik Indonesia.

Pada tahun 1955, Tentera Nasional Indonesia (TNI) telah mengakibatkan kematian orang

Aceh iaitu seramai 64 orang yang telah terbunuh. Pada tahun 1959, bagi mengambil hati orang Aceh,

Soekarno melakukan suatu pendekatan dengan menjadikan wilayah Aceh ini sebagai sebuah ‘Daerah

Istimewa’ bagi Republik Indonesia. Tetapi dalam pada masa yang sama, Soekarno masih lagi

menggerakkan Tentera Nasional Indonesia (TNI) ke Aceh. Pada tahun 1962, Daud Beureuh

mengambil keputusan dengan bersetuju berdamai dengan pemerintahan pusat. Keputusan ini dibuat

ekoran penderitaan yang dialami oleh rakyat dan penduduk Aceh kerana gerakan tentera yang dihantar

oleh Soekarno ke wilayah Aceh selama bertahun-tahun lamanya.

Konflik Aceh Semasa Orde Baru

Konflik Aceh ini masih tidak dapat diselesaikan malah konflik berpanjangan hingga ke masa

orde baru. Semasa orde baru adalah era pemerintahan Suharto, Presiden Republik Indonesia yang

kedua menggantikan Soekarno. Pada ketika ini, berlakunya ketidakadilan ekonomi dan penguasaan
ekonomi oleh orang asing terhadap ekonomi Aceh. Ketidakadilan ekonomi ini dapat dilihat pada

tahun 1971 apabila dijumpai hasil gas yang terbesar di kawasan utara Aceh iaitu di Lhoksuemawe.

Namun pada ketika ini, kerajaan pusat bertindak mengeksploitasi ekonomi masyarakat Aceh dengan

membina “Lhoksuemawe Industrial Zone” atau ZILS pada tahun 1977 dan perkara ini telah menjadi

‘turning point’ kepada masyarakat Aceh bahawa kerajaan melakukan eksploitasi terhadap mereka.16

Kerajaan pusat bertindak mengeksploitasi ekonomi di kawasan ini melalui dasar fiskal berpusat yang

bertindak mengeksploitasi ekonomi di kawasan ini di mana hampir semua hasil dari pelaburan akan

terus pergi kepada pelabur asing dan kerajaan pusat.

Sejak tahun 1980-an lagi, Aceh telah membekalkan 30% daripada hasil minyak di Indonesia

dan gas eksport yang mana hasil ini merupakan hasil utama buat pendapatan kerajaan.17 Namun, hasil

yang diberikan kembali kepada wilayah Aceh hanya pecahan kecil yang dijana daripada wilayah ini.

Perkembangan yang berlaku di Aceh dilihat memberi kesan yang negativf kepada masyarakat

setempat. Eksplotasi ini juga menyebabkan masyarakat Aceh kehilangan punca pendapatan,

penggunaan buruh juga hanya menggunakan buruh yang berkemahiran dari luar kawasan Aceh

melalui proses transmigrasi dan sebagainya.18 Walaupun Aceh mempunyai hasil minyak yang banyak,

namun disebabkan eksploitasi oleh kerajaan pusat menyebabkan Aceh menjadi antara wilayah yang

miskin dalam Indonesia.

Sekali lagi, Daud Beureuh menjalankan gerakan gerila sebagai tanda tidak berpuas hati

terhadap pemerintahan pusat. Pada tahun 1972, Daud Beureuh berhubungan dengan Hassan di Tiro.

16
Mieka Kooistra, Indonesia: Regional Conflicts and State Terror, hlm. 15.
17
Jacques Bertrand, Nationalism and Ethic Conflict in Indonesia, United States: Cambridge University Press, 2004, hlm.
170.
18
Mieka Kooistra, Indonesia: Regional Conflicts and State Terror, hlm. 15.
Pada ketika itu, Hassan di Tiro merupakan presiden dalam Gerakan Aceh Merdeka (GAM) yang

ditubuhkan pada 4 Disember 1976. Hassan di Tiro sebelum ini pernah memberitahu Daud Beureuh

bahawa dia akan menubuhkan gerakan untuk memerdekakan Aceh tetapi tindakan Hassan ini tidak

dipersetujui oleh Daud Beureuh.

Pemerintahan Sukarno dengan Suharto dilihat tidak mempunyai banyak perbezaan kerana

sikap kedua-dua pemimpin ini yang mengeksplotasi ekonomi Aceh terutama semasa era pemerintahan

Suharto. Kedua-dua pemerintah ini juga dilihat tidak melaksanakan janji dengan mengubah undang-

undang untuk mewujudkan negara Islam Indonesia. Pada tahun 1980-an hinggan 1990-an, Aceh telah

diletakkan sebagai Daerah Operasi Militer (DOM).19 Oleh disebabkan itu, Gerakan Aceh Merdeka

telah melakukan serangan gerila ke atas Republik Indonesia dan juga terhadap Suharto. Kejadian ini

memperlihatkan situasi konflik Aceh ini semakin memberuk dengan pemerintahan pusat.

Namun, semasa era reformasi, hubungan Jakarta dengan Aceh ini dilihat semakin baik. Hal

ini kerana Gus Dur iaitu Presiden Republik Indonesia yang ketiga, mengambil langkah yang lebih

humanisme dan berperikemanusiaan. Beliau mengambil langkah dengan berjumpa dengan pemimpin-

pemimpin Aceh bagi membincangkan isu konflik ini. Beliau juga pernah menjanjikan referendum

yang mengandungi bantuan Henry Dunant yang berjaya mewujudkan ‘Humanitarian Pause’. Henry

Dunant ini adalah wakil NGO luar negara yang pernah cuba untuk membawa Jakarta dan Aceh kepada

meja perundingan. Tetapi, referendum Gus Dur ini tidak dapat dilaksanakan kerana telah dicemari

dan mendapat tentangan oleh pihak tentera.

19
Ibid.
Pada tahun 2003, Aceh telah diletakkan kembali di bawah Darurat Operasi Militer (DOM).

Pada tahun seterusnya, telah berlakunya bencana besar iaitu tsunami di Indonesia dan bencana ini

memberi tamparan yang hebat kepada orang Aceh kerana Aceh mengalami kerosakan dan jumlah

yang paling teruk berbanding wilayah yang lain. Lebih kurang 250, 000 orang yang terkorban dalam

tragedi tsunami tersebut. Rundingan kemudian diteruskan pada 27 Februari 2005 antara Jakarta

dengan wakil Aceh yang diadakan di Finland. Presiden Finland menjadi orang tengah dalam

menyelesaikan perundingan antara kedua belah pihak ini dan rundingan ini telah berlangsung selama

25 hari. Akhirnya pada 17 Julai 2005, telah ditandatangani perjanjian di Vantaa, Helsinki, Finland

dan konflik di Aceh ini dapat diselesaikan melalui perundingan.


Kesimpulan

Secara kesimpulannya, konflik yang berlaku di Aceh ini secara tidak langsung telah

menyebabkan beberapa penduduk tempatan terkorban akibat daripada gerakan tentera yang

digerakkan oleh pemerintahan pusat ini. Kata-kata dan janji-janji palsu yang dibuat oleh pemerintah

pusat ini juga menyebabkan rakyat serta pemimpin tempatan kecewa dan mula mengambil tindakan

radikal bagi memerdekakan wilayah Aceh. Selain itu, rundingan antara pemerintah pusat dan

pemimpin tempatan sepatutnya dilakukan dengan lebih awal lagi bagi mengelakkan masalah yang

dan konflik yang berlaku. Namun, kesan daripada konflik bukan sahaja telah mengugat keamanan

malah telah mengorbankan beberapa nyawa penduduk Aceh. Terdapat banyak lagi konflik wilayah

yang berlaku di Indonesia seperti di wilayah Aceh, Papua, Maluku dan Kalimantan. Hampir kesemua

konflik ini adalah berpunca daripada isu agama, etnik malahan wilayah. Namun begitu, daripada

kesemua konflik ini, hanya terdapat beberapa konflik sahaja yang berjaya diselesaikan dan disepakati

bersama seperti konflik Aceh dan juga konflik Timor Timor. Tetapi konflik-konflik ini hanya berjaya

diselesaikan selepas adanya campur tangan dari pihak luar. Walaupun pelbagai cara telah dilakukan

untuk mengatasi konflik ini namun masih terdapat juga beberapa wilayah yang masih tidak dapat

diselesaikan sehingga ke hari ini.


Bibliografi

You might also like