Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 17

PROGRAM

ANUGERAH SEKOLAH CEMERLANG AKADEMIK

TAHUN 2008

RASIONAL

Keunggulan murid-murid Negeri Terengganu mendominasikan kecemerlangan

lapan tahun berturut dalam peperiksaan UPSR dan Peperiksaan Awam lain ( PMR,SPM
dan STPM) merupakan satu pencapaian yang tiada tolok banding. Semua kejayaan ini
adalah hasil dari penglibatan dan keringat daripada semua pihak terutamanya murid,
guru, pentadbir sekolah,pegawai di Jabatan dan juga keprihatinan pucuk pimpinan
negeri terhadap pendidikan. Atas kerjasama inilah kejayaan demi kejayaan dibina dan
dicipta oleh anak-anak UPSR negeri Terengganu.

Pencapaian keputusan yang cemerlang yang ditunjukkan dalam UPSR

mencapai kemuncak pada tahun 2007 dengan pencapaian 17.02 peratus. Tetapi
kehebatan Terengganu dalam mengungguli kecemerlangan UPSR masih lagi utuh
dengan pencapaian permulaan yang hebat dalam subjek PPSMI iaitu sebanyak 14.40
peratus. Dalam peperiksaan Awam PMR,SPM dan STPM negeri Terengganu mula
menserlahkan kejayaan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Menyedari tentang kehebatan pencapaian UPSR,PMR,SPM dan STPM di

semua sekolah pada tahun permulaan subjek PPSMI ini maka Jabatan Pelajaran
Negeri Terengganu dengan kerjasama daripada Kerajaan Negeri Terengganu
bercadang untuk memberikan anugerah dan penghargaan kepada Sekolah-Sekolah
Terbaik Akademik Negeri.
TUJUAN

Sebagai penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjana

kecemerlangan dan kegemilangan Peperiksaan Awam Negeri Terengganu maka
amatlah wajar Anugerah diberi bagi menghargai kejayaan tersebut. Kejayaan ini
diadakan dengan kerjasama antara Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu dan
Kerajaan Negeri dalam merai kejayaan kerja sehasrat antara semua pihak bagi
‘Bersama Melonjakkan Prestasi Pendidikan’ Negeri Terengganu.

Kerjasama yang sedia terjalin selama ini dari semua pihak terutamanya
daripada Kerajaan Negeri amatlah penting dalam memberikan suntikan semangat
kepada semua yang terlibat untu bersama-sama mendokong kejayaan dan keunggulan
kita dalam Peperiksaan Awam.

OBJEKTIF

Objektif Am:

1. Memberikan suntikan semangat kepada murid dan guru untuk berjaya lebih
cemerlang dalam peperiksaan yang akan datang.

2. Memberi peluang kepada murid dan guru menghargai diri sendiri dan rasa
dihargai oleh orang lain.

3. Memastikan setiap murid dan guru mendapat manfaat daripada Program

PPTT yang terajui oleh Kerajaan Negeri bagi mengekalkan kejayaan .

Objektif Khusus:
1. Melonjakkan prestasi Peperiksaan Awam pada masa hadapan.

2. Memastikan semua yang terlibat dalam menghasilkan kejayaan ini merasa

dihargai.

3 Memberi penghargaan kepada semua murid, guru dan sekolah dalam

penjelmaan murid,guru dan sekolah cemerlang.

KOMPONEN ANUGERAH SEKOLAH CEMERLANG :

Setiap sekolah yang berjaya dinobatkan sekolah cemerlang Akademik 2008

mengikut kategori masing-masing akan diberi Sijil Penghargaan dan Wang Tunai
sebanyak RM5 000.00 ( Lima Ribu Ringgit Sahaja ).

PERUNTUKAN :

1. Sekolah Rendah ( UPSR )

i) Sekolah Terbaik 7A / 5A mengikut Daerah : 8 buah sekolah ( Daerah

Kuala Terengganu dipecah kepada Kuala Terengganu Selatan dan
Utara).

JUMLAH : RM5 000.00 x 8 sekolah = RM40 000.00

( Empat Puluh Ribu Ringgit Sahaja).

ii) Sekolah Lompatan 7A/5A cemerlang mengikut Daerah : 8 buah sekolah

( Daerah Kuala Terengganu dipecah kepada Kuala Terengganu Selatan
dan Utara).

JUMLAH : RM5 000.00 x 8 sekolah = RM40 000.00

( Empat Puluh Ribu Ringgit Sahaja).

iii) Sekolah Cemerlang Daerah Kuala Terengganu Selatan.

JUMLAH : RM5 000.00 x 5 sekolah = RM25 000.00

( Majlis penyerahan Replika Cek telah disempurnakan oleh

YAB Menteri Besar di Kediaman Rasmi Menteri Besar,
Kuala Terengganu).
2. Sekolah Menengah ( PMR )

RM5 000.00 x 4 sekolah = RM20 000.00

3. Sekolah Menengah ( SPM)

RM5 000.00 x 4 sekolah = RM20 000.00

4. Sekolah Menengah ( STPM )

RM5 000.00 x 1 sekolah = RM5 000.00

5. Anugerah Keseluruhan Peperiksaan Awam

RM5 000.00 x 2 sekolah = RM10 000.00

6 Anugerah Keseluruhan Terbaik

RM5 000.00 x 2 sekolah = RM10 000.00

JUMLAH BESAR : RM170 000.00 ( Seratus Tujuh Puluh Ribu Ringgit

Sahaja).

RUMUSAN

Dengan adanya galakan dan juga dorongan serta keprihatinan dari pihak
Kerajaan Negeri Terengganu terhadap pendidikan, Insya Allah murid-murid kita
akan terdorong kearah kecemerlangan yang berganda dimasa hadapan. Selain itu
usaha dan kerja kuat daripada murid dan guru-guru di sekolah juga dihargai oleh
pihak Kerajaan Negeri Terengganu. Harapan kami di Jabatan Pelajaran Negeri
Terengganu semoga majlis sebegini akan memberikan seribu kenangan dan juga
akan mendorongkan semua pihak di negeri ini untuk bekerja lebih kuat untuk masa
depan pendidikan Negeri Terengganu yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.
MAJLIS PENGHARGAAN KECEMERLANG UPSR
BAGI GURU BESAR DAN GURU-GURU DAERAH
BERSAMA AHLI PARLIMEN TAHUN 2008

RASIONAL

Keunggulan Negeri Terengganu mendominasikan kecemerlangan lapan tahun

berturut-turut dalam peperiksaan UPSR merupakan satu pencapaian yang tiada tolok
banding. Malah ia merupakan satu sinonim apabila sahaja disebut UPSR maka yang
ramai menempa kejayaan itu adalah anak-anak kita dari negeri Terengganu Darul
Iman. Semua kejayaan ini adalah hasil dari penglibatan dan keringat daripada semua
pihak terutamanya guru, pentadbir sekolah,pegawai di Jabatan dan juga keprihatinan
pucuk pimpinan negeri terhadap pendidikan. Atas kerjasama inilah kejayaan demi
kejayaan dibina dan dicipta oleh anak-anak UPSR negeri Terengganu.

Pencapaian keputusan yang cemerlang yang ditunjukkan dalam UPSR

mencapai kemuncak pada tahun 2007 dengan pencapaian 17.02 peratus. Tetapi
kehebatan Terengganu dalam mengungguli kecemerlangan UPSR masih lagi utuh
dengan pencapaian permulaan yang hebat dalam subjek PPSMI iaitu sebanyak 14.40
peratus..

Menyedari tentang kehebatan pencapaian UPSR di semua sekolah pada tahun

permulaan subjek PPSMI ini maka Jabatan Pelajaran Negeri dengan kerjasama
daripada Kerajaan Negeri Terengganu bercadang untuk menganugerahkan sijil
penghargaan kepada 3070 orang guru yang mengajar Tahun 6 disemua sekolah negeri
ini.
TUJUAN

Sebagai penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjana

kecemerlangan dan kegemilangan UPSR negeri Terengganu maka amatlah wajar satu
majlis bagi meraikan dan menghargai kejayaan tersebut diadakan peringkat negeri dan
juga daerah. Kejayaan ini dirai bersama dengan kejayaan dalam usaha kerja sehasrat
bagi ‘Bersama Melonjakkan Prestasi Pendidikan’ Negeri Terengganu.

Kerjasama yang sedia terjalin selama ini dari semua pihak terutamanya
daripada Kerajaan Negeri memberikan suntikan semangat kepada semua yang terlibat
untuk bersama-sama mendokong kejayaan dan keunggulan kita dalam UPSR ini.

OBJEKTIF

Objektif Am:

1. Memberikan suntikan semangat kepada guru untuk bekerja kuat bagi meraih
kejayaan yang lebih cemerlang dalam peperiksaan yang akan datang.

2. Memberi peluang kepada guru menghargai diri sendiri dan rasa dihargai oleh
orang lain.

3. Memastikan guru memanafaatkan Program PPTT yang terajui oleh Kerajaan

Negeri untuk kejayaan setiap murid

Objektif Khusus:

1. Memberi penghargaan kepada semua guru Tahun 6 di Negeri Terengganu.

2. Melonjakkan prestasi UPSR pada masa hadapan.

4 Memastikan semua yang terlibat merasa dihargai.

KOMPONEN MAJLIS PENGHARGAAN

GURU BESAR DAN GURU UPSR DAERAH TAHUN 2008

Program / Aktiviti

Program ini akan dilaksanakan dengan mengambilkira semua yang terlibat

dalam menjaya dan menjelmakan pencapaian gemilang Terengganu dalam
peperiksaan UPSR terbaik selama lapan tahun berturut-turut. Mereka adalah terdiri
daripada 347 orang Guru Besar dan 3070 orang Guru Penolong Kanan dan Guru-guru
yang mengajar Tahun 6 subjek teras.

Pengisian Program

1. Peserta / Jemputan
Guru Besar : 347 orang
Guru Tahun 6 : 3070 orang
Pegawai JPN dan PPD : 50 orang
----------------
JUMLAH : 3467 orang
=========

2. Anggaran Perbelanjaan:

2.1 Sijil Penghargaan Guru

3070 orang x RM10.00 : = RM 30,700.00

2.2 Makan
3467 orang x RM 12.00 : = RM 41 604.00
------------------------
JUMLAH BESAR : RM 72 304.00
==============

Jadual Program:

1. Tarikh : 19 Januari 2009 (ISNIN) serentak

2. Tempat : Bergantung Kepada Daerah Masing-masing
3. Masa : 11.00 pagi hingga 2.00 petang.
4. Perasmian : YB. Ahli Parlimen
Kawasan Masing-masing.

RUMUSAN

Dengan adanya galakan dan juga dorongan serta keprihatinan dari pihak
Kerajaan Negeri Terengganu terhadap pendidikan, insya Allah setiap guru akan
terdorong kearah penghasilan kecemerlangan yang berganda dimasa hadapan.
Selain itu usaha dan kerja kuat daripada guru-guru di sekolah juga dihargai oleh
pihak Kerajaan Negeri Terengganu. Harapan kami di Jabatan Pelajaran Negeri
semoga majlis sebegini akan memberikan seribu kenangan dan juga dorongan
kepada semua pihak di negeri ini untuk bekerja lebih kuat untuk masa depan
pendidikan Negeri Terengganu yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.

PROGRAM
ANUGERAH SEKOLAH CEMERLANG AKADEMIK
TAHUN 2008

RASIONAL

Keunggulan murid-murid Negeri Terengganu mendominasikan kecemerlangan

lapan tahun berturut dalam peperiksaan UPSR dan Peperiksaan Awam lain ( PMR,SPM
dan STPM) merupakan satu pencapaian yang tiada tolok banding. Semua kejayaan ini
adalah hasil dari penglibatan dan keringat daripada semua pihak terutamanya murid,
guru, pentadbir sekolah,pegawai di Jabatan dan juga keprihatinan pucuk pimpinan
negeri terhadap pendidikan. Atas kerjasama inilah kejayaan demi kejayaan dibina dan
dicipta oleh anak-anak UPSR negeri Terengganu.

Pencapaian keputusan yang cemerlang yang ditunjukkan dalam UPSR

mencapai kemuncak pada tahun 2007 dengan pencapaian 17.02 peratus. Tetapi
kehebatan Terengganu dalam mengungguli kecemerlangan UPSR masih lagi utuh
dengan pencapaian permulaan yang hebat dalam subjek PPSMI iaitu sebanyak 14.40
peratus. Dalam peperiksaan Awam PMR,SPM dan STPM negeri Terengganu mula
menserlahkan kejayaan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Menyedari tentang kehebatan pencapaian UPSR,PMR,SPM dan STPM di
semua sekolah pada tahun permulaan subjek PPSMI ini maka Jabatan Pelajaran
Negeri Terengganu dengan kerjasama daripada Kerajaan Negeri Terengganu
bercadang untuk memberikan anugerah dan penghargaan kepada Sekolah-Sekolah
Terbaik Akademik Negeri.

TUJUAN

Sebagai penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjana

kecemerlangan dan kegemilangan Peperiksaan Awam Negeri Terengganu maka
amatlah wajar Anugerah diberi bagi menghargai kejayaan tersebut. Kejayaan ini
diadakan dengan kerjasama antara Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu dan
Kerajaan Negeri dalam merai kejayaan kerja sehasrat antara semua pihak bagi
‘Bersama Melonjakkan Prestasi Pendidikan’ Negeri Terengganu.

Kerjasama yang sedia terjalin selama ini dari semua pihak terutamanya
daripada Kerajaan Negeri amatlah penting dalam memberikan suntikan semangat
kepada semua yang terlibat untu bersama-sama mendokong kejayaan dan keunggulan
kita dalam Peperiksaan Awam.

OBJEKTIF

Objektif Am:

1. Memberikan suntikan semangat kepada murid dan guru untuk berjaya lebih
cemerlang dalam peperiksaan yang akan datang.

2. Memberi peluang kepada murid dan guru menghargai diri sendiri dan rasa
dihargai oleh orang lain.
3. Memastikan setiap murid dan guru mendapat manfaat daripada Program
PPTT yang terajui oleh Kerajaan Negeri bagi mengekalkan kejayaan .

Objektif Khusus:

1. Melonjakkan prestasi Peperiksaan Awam pada masa hadapan.

2. Memastikan semua yang terlibat dalam menghasilkan kejayaan ini merasa

dihargai.

5 Memberi penghargaan kepada semua murid, guru dan sekolah dalam

penjelmaan murid,guru dan sekolah cemerlang.

KOMPONEN ANUGERAH SEKOLAH CEMERLANG :

Setiap sekolah yang berjaya dinobatkan sekolah cemerlang Akademik 2008

mengikut kategori masing-masing akan diberi Sijil Penghargaan dan Wang Tunai
sebanyak RM5 000.00 ( Lima Ribu Ringgit Sahaja ).

PERUNTUKAN :

1. Sekolah Rendah ( UPSR )

iv) Sekolah Terbaik 7A / 5A mengikut Daerah : 8 buah sekolah ( Daerah

Kuala Terengganu dipecah kepada Kuala Terengganu Selatan dan
Utara).

JUMLAH : RM5 000.00 x 8 sekolah = RM40 000.00

( Empat Puluh Ribu Ringgit Sahaja).

v) Sekolah Lompatan 7A/5A cemerlang mengikut Daerah : 8 buah sekolah

( Daerah Kuala Terengganu dipecah kepada Kuala Terengganu Selatan
dan Utara).
JUMLAH : RM5 000.00 x 8 sekolah = RM40 000.00
( Empat Puluh Ribu Ringgit Sahaja).

vi) Sekolah Cemerlang Daerah Kuala Terengganu Selatan.

JUMLAH : RM5 000.00 x 5 sekolah = RM25 000.00

( Majlis penyerahan Replika Cek telah disempurnakan oleh

YAB Menteri Besar di Kediaman Rasmi Menteri Besar,
Kuala Terengganu).
2. Sekolah Menengah ( PMR )

RM5 000.00 x 4 sekolah = RM20 000.00

6. Sekolah Menengah ( SPM)

RM5 000.00 x 4 sekolah = RM20 000.00

7. Sekolah Menengah ( STPM )

RM5 000.00 x 1 sekolah = RM5 000.00

8. Anugerah Keseluruhan Peperiksaan Awam

RM5 000.00 x 2 sekolah = RM10 000.00

7 Anugerah Keseluruhan Terbaik

RM5 000.00 x 2 sekolah = RM10 000.00

JUMLAH BESAR : RM170 000.00 ( Seratus Tujuh Puluh Ribu Ringgit

Sahaja).

RUMUSAN

Dengan adanya galakan dan juga dorongan serta keprihatinan dari pihak
Kerajaan Negeri Terengganu terhadap pendidikan, Insya Allah murid-murid kita
akan terdorong kearah kecemerlangan yang berganda dimasa hadapan. Selain itu
usaha dan kerja kuat daripada murid dan guru-guru di sekolah juga dihargai oleh
pihak Kerajaan Negeri Terengganu. Harapan kami di Jabatan Pelajaran Negeri
Terengganu semoga majlis sebegini akan memberikan seribu kenangan dan juga
akan mendorongkan semua pihak di negeri ini untuk bekerja lebih kuat untuk masa
depan pendidikan Negeri Terengganu yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.

Disediakan oleh

(MUSTAFFA BIN MOHD)

Unit Kurikulum Rendah
Sektor Pengurusan Akademik
Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu
Disediakan oleh

(MUHAMMAD BIN MAT AMIN)

Ketua Unit
Unit Kurikulum Rendah
Sektor Pengurusan Akademik
Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu

Disokong oleh

(HAJI MOHD ZUBIR BIN EMBONG0

Ketua Sektor
Sektor Pengurusan Akademik
Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu

Diluluskan / Tidak Diluluskan

.................................................................
JABATAN PELAJARAN NEGERI TERENGGANU

Sektor Pengurusan Akademik,

Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu.

You might also like