Surat Polis 2012

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN KEBOR BESAR

21200 KUALA TERENGGANU


TERENGGANU DARUL IMAN
TBA 3063 Ruj. Kami : SKKB(KT)01/12/001( 73 )
TEL: 09-6151002 FAKS: 09-6155939 Tarikh : 26 Januari 2012
“RAKYAT DIDAHULUKAN,
PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”
E-mail : skkb3063@gmail.com

Ketua Polis Balai,


Balai Polis Manir,
Kuala Terengganu,
Terengganu.

Melalui,

Ketua Polis Daerah,


Ibu Pejabat Polis Daerah,
Kuala Terengganu.

Tuan,

Jemputan Ke Majlis Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah Kebangsaan Kebor Besar

Perkara di atas adalah dengan segala hormatnya dirujuk.

2. Pihak sekolah menjemput tuan hadir ke majlis berkenaan dan seterusnya memohon jasa
baik tuan untuk memberikan sedikit ucapan dan penyampaian Watikah Lantikan Pengawas
kepada pelajar yang terlibat pada majlis tersebut.

3. Untuk makluman tuan, majlis tersebut akan diadakan mengikut butiran berikut :

Tarikh : 12 Februari 2012


Hari : Ahad
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Sk Kebor Besar

4. Semoga dengan kehadiran dan kerjasama daripada pihak tuan akan melancarkan lagi
program yang dirancang. Segala kerjasama yang diberikan oleh pihak tuan, pihak sekolah
ucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”

Saya yang menurut perintah,

( EN. KAMARUDDIN KAFFI )


Guru Besar,
Sk Kebor Besar,
21200 Kuala Terengganu.

s.k - Fail Badan Disiplin Sekolah


- Fail Sekolah
SEKOLAH KEBANGSAAN KEBOR BESAR
21200 KUALA TERENGGANU
TERENGGANU DARUL IMAN
Ruj. Kami : SKKB(KT)01/12/001( 74 )
TBA 3063
Tarikh : 26 Januari 2012
TEL: 09-6151002 FAKS: 09-6155939 “RAKYAT DIDAHULUKAN,
PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”
E-mail : skkb3063@gmail.com

Pengarah
Pelajaran Negeri Terengganu
Jalan Bukit Kecil
20604 Kuala Terengganu
UP: En. Wahab b. (Pegawai Perhubungan Sekolah )

Tuan,

Jemputan Ke Majlis Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah Kebangsaan Kebor Besar

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Sekolah Kebangsaan Kebor Besar akan


mengadakan Kem Kepimpinan Pengawas 2012 sebagaimana berikut :

Tarikh : 12 Januari 2012 ( Ahad )


Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Sekolah Kebangsaan Kebor Besar

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah memohon jasa baik tuan untuk menjayakan majlis
tersebut.

4. Kerjasama dan sokongan daripada tuan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”


“ BERSAMA MELONJAKKAN PRESTASI PENDIDIKAN ”

Saya yang menurut perintah,

( EN. KAMARUDDIN KAFFI )


Guru Besar,
Sk Kebor Besar,
21200 Kuala Terengganu.

s.k - Fail Badan Disiplin Sekolah


- Fail Sekolah

You might also like