Kelulusan Pembangunan

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

PERSATUAN IBU BAPA & GURU

SK (P) BANDAR KLUANG


JALAN ESA, 86000 KLUANG KOD SEKOLAH : JBA 2022
NO. TEL / FAX : 07-7712552
JOHOR DARUL TAKZIM.

Rujukan Kami : JBA2022/pibg/fk/17 (09)


Tarikh : 12 Mei 2019

Kepada
Pengarah,
Jabatan Pendidikan Negeri Johor,
Wisma Pendidikan, Jalan Tun Abdul Razak,
80604 Johor Bahru, Johor.

Tuan,

MEMOHON KELULUSAN MEMBAIK PULIH BANGUNAN DEWAN WARISAN

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah telah
bersetuju untuk membaik pulih bangunan Dewan Warisan SK (P) Bandar Kluang.

3. Untuk pengetahuan pihak tuan, dewan warisan ini telah dibina sejak tahun 1935. Banyak
kerosakan bahagian dalam bangunan tersebut yang memerlukan kerja baik pulih bagi menjaga
keselamatan murid dan seterusnya memelihara bangunan warisan tersebut.

4. Oleh demikian, kami ingin memohon kelulusan daripada pihak tuan untuk membaik
pulih bangunan Dewan Warisan tersebut. Bersama-sama ini disertakan Laporan Bergambar
Bahagian Kerosakan Bangunan dan Butiran Cadangan Baik Pulih Bangunan untuk rujukan pihak
tuan.

Kerjasama dan perhatian sewajarnnya daripada pihak tuan amat dihargai dan diucapkan
ribuan terima kasih.

Sekian Terima Kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang Menjalankan Tugas

……………………………………
(SAMSULHARUL BIN ANUAR)
Yang Di Pertua PIBG
SK (P) Bandar Kluang (Integ)

You might also like