Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

LATIHAN PENGUKUHAN (PELARASAN PADA AKHIR TEMPOH)

1. Urusniaga Syarikat DCE adalah seperti berikut:


a. Menjual barang niaga secara kredit RM500
b. Seorang pelanggan telah membayar RM800 sebagai deposit untuk satu
barang niaga tetapi barang itu belum lagi dihantar kepada pelanggan
tersebut.
c. Perniagaan dce telah melabur di dalam Syarikat X Bhd. dan syarikat
tersebut telah mengisytiharkan dividen kepada pemegang-pemegang
sahamnya. Perniagaan DCE sepatutnya memperoleh dividen sebanyak
RM200, tetapi Syarikat X Bhd. masih belum membuat bayaran.
Dikehendaki:
Sediakan catatan dalam jurnal dan lejar.

2. Belanja elektrik bagi bulan Januari hingga November 2013 yang berjumlah
RM7,500 telah pun dibayar. Belanja elektrik yang sudah berlaku dalam bulan
Disember 2013 yang berjumlah RM970 seperti bil yang dihantar oleh TNB masih
belum dibayar.
a. Sediakan catatan jurnal.

3. Perniagaan membayar premium insurans sebanyak RM2,400 secara tunai pada 1


Oktober 2013 untuk 12 bulan.
Diekehendaki : Sediakan catatan jurnal 1 Oktober 2013 dan 31 Disember 2013;
dan lejar.
4. Cik Nordin, seorang pengusaha yang menjalankan perniagaan pengurusan acara
sejak dua tahun lalu telah memberikan Imbangan Duga perniagaannya pada 31
Disember 2017 seperti berikut:

Perniagaan Cempaka
Imbangan Duga pada 31 Disember 2017

Maklumat tambahan:
1) Bekalan dalam tangan RM1,125.
2) Susut nilai untuk Okt, Nov, dan Dis 2017 RM600
3) Belanja faedah terakru atas nota belum bayar yang diterbitkan pada 1 Oktober
2017 ialah RM300 (faedah utk 3 bulan)
4) Insurans yang cukup tempoh pada 31 Disember (utk 2 bulan) adalah sebanyak
RM600.
5) Fi untuk perkhidmatan yang sudah diperoleh berjumlah RM1,150, tetapi
belum lagi dibilkan kepada pelanggan
6) Salah seorang pelanggan yang masih berhutang telah bankrap dan baki
hutangnya ialah RM700.
7) Pada 31 Disember 2017, seorang pelanggan telah membayar pendahuluan
untuk perkhidmatan sebanyak RM 500. Kerja-kerja pengurusan acara itu akan
dijalankan oleh perniagaan ini pada pertengahan Januari 2014.
8) Dianggarkan sebanyak 2% daripada Akaun Belum Terima tidak dapat dikutip.
Dikehendaki:
i) Sediakan jurnal bagi urus niaga dalam maklumat tambahan di atas.
ii) Sediakan lejar bagi catatan jurnal dalam (i)
iii) Sediakan Imbangan Duga Terlaras pada 31 Disember 2017.
iv) Sediakan Penyata Pendapatan Komprehensif bagi sukuan tahun berakhir
31 Disember 2017
v) Sediakan Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Disember 2017.

You might also like