Akademi Bola Sepak

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

PROGRAM PEMBANGUNAN AKADEMI

BOLA SEPAK
KHUAN TAM PHOI FC
SK BUKIT TAMPOI
PROGRAM : Pembangunan Bola Sepak SK Bukit Tampoi

MATLAMAT : Mencungkil dan menonjolkan bakat serta mendedahkan permainan sebenar


dikalangan murid- murid seterusnya mewakili sekolah untuk samada
dianjurkan
oleh pihak kementerian atau pihak NGO.

OBJEKTIF : 1. Mencungkil bakat murid


2. Melatih murid untuk mempunyai keyakinan diri dan berani.
3. Memberi pengalaman dalam permainan sebenar.
4. Memberi pendedahan sebenar mengenai undang-undang permainan.
5. Memilih wakil sekolah untuk pertandingan yang akan datang.

KATEGORI : Bawah 8 tahun


Bawah 10 tahun
Bawah 12 tahun

SASARAN : Murid tahun 1 hingga 6

TENAGA : 1. Jurulatih bola sepak sekolah


PENGAJAR 2. Jurulatih jemputan

STRATEGI :1. Majlis Pra Pelancaran Akademi Bola Sepak Khuan Tham Poi FC
2. Mengadakan sesi pendaftaran keahlian
3. Sesi latihan setiap minggu
4. Membentuk pasukan mengikut kategori
5. Menyertai liga atau sebarang pertandingan yang dianjurkan di sekitar
Kedah,
Perlis dan Pulau Pinang

SUMBER : Yuran keahlian, yuran bulanan dan pihak penaja


KEWANGAN

KAWALAN/ : 1. Penolong Kanan Kokurikulum


PENYELIAAN 2. Jurulatih
KOS

Kos pengurusan:

1. Bayaran jurulatih

Minggu 1 = 2 hari
2 orang x RM 80.00 = RM 160.00

Minggu 2 = 1 hari
2 orang x RM 40.00 = RM 80.00

Minggu 3 = 2 hari
2 orang x RM 80.00 = RM 160.00

Minggu 4 = 1 hari
2 orang x RM 40.00 = RM 80.00

JUMLAH = RM 480.00

2. Jersi

RM 25 x 45 orang = RM 1125.00

3. Peralatan

RM 1000.00 = RM 1000.00

JUMLAH BESAR = RM 2605.00

Pendapatan
Yuran keahlian
RM 50 X 45 orang = RM 2250.00
Yuran bulanan
RM 25 X 45 orang = rm 1125.00
AHLI JAWATANKUASA

PENGERUSI
ENCIK MANSOR BIN HAJI IDRIS
(GURU BESAR SK BUKIT TAMPOI)

TIMB. PENGERUSI
ENCIK AKMAL BIN AHMAD
(PEN. KANAN KOKURIKULUM)

PENYELARAS
ENCIK MOHD FADZLI BIN YAAKOB

SETIAUSAHA
MOHD FAISOL BIN ABD HAMID

BENDAHARI
ENCIK MOHAMAD BIN YOB

Disediakan Oleh

…………………………………
MOHD FADZLI BIN YAAKOB
Penyelaras

Disemak oleh :

.............................................
(AKMAL BIN AHMAD)
Pen. Kanan Kokurikulum

Disahkan oleh :

............................................
(MANSOR BIN HAJI IDRIS)
Guru Besar SK Bukit Tampoi
PERLEMBAGAAN AKADEMI BOLA SEPAK
KHUAN THAM POI FC
SK BUKIT TAMPOI

1. NAMA KELAB : AKADEMI BOLA SEPAK KHUAN THAM POI FC (KTP FC)

2. ALAMAT : SK BUKIT TAMPOI, JALAN POKOK SENA-KUALA NERANG,


06300 POKOK SENA, KEDAH

3. MATLAMAT

3.1 Memupuk semangat kerjasama dan kesukanan di kalangan ahli persatuan.

3.2 Mempertingkatkan kualiti dan kuantiti para pelajar yang terlibat dalam aktiviti bola
sepak.

4. OBJEKTIF

4.1 Memberi latihan dan kemahiran asas.

4.2 Mendedahkan tentang peraturan bola sepak mengikut FIFA.

4.3 Pelajar boleh mengelolakan pertandingan bola sepak di peringkat sekolah, daerah,
negeri dan kebangsaan

4.4 Mewujudkan sifat kepimpinan di kalangan pelajar.

4.5 Berdisiplin dan mempunyai nilai-nilai murni sebagai ahli sukan yang boleh
dibanggakan oleh masyarakat dan negara.

5. KEAHLIAN

5.1 Dibuka kepada semua murid sekolah ini

5.2 Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan
5.3 Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan dan akan
mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan persatuan ini.

6. GURU PENASIHAT

6.1 Guru Penasihat ialah terdiri daripada guru sekolah ini.

6.2 Guru Penasihat hendaklah memebEri nasihat dan mempunyai kuasa mutlak
merancang, melaksana atau membatalkan sesuatu aktiviti apabila difikirkan perlu.

6.3 Guru Penasihat hendaklah sentiasa hadir dan bersama-sama ahli-ahli semasa aktiviti
dijalankan.

6.4 Guru Penasihat mempunyai kuasa membuat penilaian kokurikulum.

7. AHLI JAWATANKUASA

7.1 Dilantik semasa Mesyuarat Agung.

7.2 Ahli yang hadir dan ahli yang tidak hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak
dicalonkan sebagai AJK

7.3 Pemilihan AJK secara undian.

7.4 AJK Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan mesyuarat.

7.5 AJK yang hendak meletak jawatan hendaklah menghantar surat perletakkan jawatan
kepada Guru Penasihat.

7.6 AJK Persatuan hendaklah terdiri

Pengerusi :

Timbalan Pengerusi :

Setiausaha 1 :
Setiausaha 2 :

Bendahari :

AJK Peralatan :

AJK Tugas- tugas Khas :

8. KEWANGAN

8.1 Sumber utama kewangan adalah melalui yuran yang telah ditetapkan dan sebarang
perubahan hendaklah dibincang dalam mesyuarat

8.2 Persatuan boleh memperoleh kewangan melalui aktiviti.

8.3 Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan besar
boleh dikenakan derma / yuran khas bagi membiayai ahli-ahli tersebut.

9. KEHADIRAN / PENYERTAAN

9.1 Ahli-ahli persatuan dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan


sepanjang tahun.

9.2 Kegagalan berbuat demikian sebanyak 5 kali boleh dikenakan tindakan disiplin
dan kehilangan hak-hak keahlian persatuan / kelab.

10. AKTIVITI

10.1 Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat Agung atau mesyuarat AJK

10.2 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Guru Penasihat dan diumumkan
untuk pengetahuan ahli.
11. PERATURAN-PERATURAN

11.1 Peraturan sekolah menjadi peraturan asas.

11.2 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.

11.3 Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.

12. TINDAKAN DISIPLIN

12.1 Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaam persatuan/kelab dan tidak
mematuhi peraturan yang ditetapkan.

12.2 Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut ;

Amaran lisan

Amaran bertulis

Gantung keahlian

Pecat keahlian

12.3 Ahli yang dikenakan tindakan disiplin akan hilang semua hak keahlian.

12.4 Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan
kepada Guru Penasihat secara bertulis dan keputusan Guru Penasihat adalah muktamad.

13. PINDAAN PERLEMBAGAAN

13.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda

13.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, AJK, Guru Penasihat atau
pentadbir sekolah secara bertulis.

13.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri Guru Penasihat dan AJK akan membincangkan
cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.
13.4 Setiap pindaan yang diluluskan hendaklah dipamerkan di papan
kenyataan kelab/persatuan dan disahkan oleh Guru Besar.

14. PEMBUBARAN PERSATUAN

14.1 Guru Besar diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jika didapati
melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara.

14.2 Segala hutang wajib dijelaskan. Baki kewangan diputuskan dalam Mesyuarat
Agung
Tergempar.

15. HAL-HAL LAIN

15.1 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang
dijalankan.

15.2 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat.

Pengurusi Kelab

1. Bertanggungjawab terhadap segala urusan

2. Pengerusi mesyuarat

3. Mengawal disiplin semua ahli.

Timbalan Pengerusi

1. Mengawal disiplin semua ahli.

2. Mengambil kehadiran ahli untuk semua aktiviti

3. Penasihat kepada semua sub-komuniti.

4. Menyediakan jadual tugas menilai keceriaan papan notis.

5. Penasihat kepada semua sub-komuniti.


Setiausaha

1. Menyimpan segala rekod aktiviti

2. Melengkapkan Folio Kokurikulum

3. Bertanggungjawab dalam hal-ehwal surat-menyuarat.

4. Memaklumkan guru penasihat tentang segala aktiviti yang

berkaitan dengan

Timbalan Setiausaha

1. Membantu segala urusan setiausaha.

2. Mencatat minit-minit mesyuarat.

3. Menyediakan Laporan Penilaian Papan Notis

Bendahari

1. Bertanggungjawab menguruskan kewangan

2. Mengutip sebarang bayaran anjuran aktiviti-aktiviti

3. Bertanggungjawab mengeluarkan sijil-sijil.

Publisiti

1. Bertanggungjawab menguruskan papan notis.

2. Memaparkan notis-notis pada papan notis.

3. Jurugambar dan webmaster


SENARAI AKTIVITI KELAB KTP FC

AKTIVITI
Latihan dan perlawanan antara ahli kelab
Latihan Intensif dan Kecergasan (kemahiran Asas) Menyepak Bola dengan teknik yang betul
Latihan Intensif dan kecergasan (kemahiran Asas) (Mengelecek bola)
Latihan dan peraturan permainan (kemahiran asas) Mendada Bola
Latihan dan peraturan permainan
Latihan dan corak permainan
Latihan dan corak permainan
Latihan dan perlawanan untuk ahli kelab
Latihan dan perlawanan untuk ahli kelab (Timbal balik)
Klinik Bola Sepak Lepasan UPSR

Matlamat

Memupuk semangat kerjasama dan kesukanan dalam kalangan ahli persatuan.


Mempertingkatkan kualiti dan kuantiti para pelajar yang terlibat dalam aktiviti bola
sepak.

Objektif

Memberi latihan dan kemahiran asas.


Mendedahkan tentang peraturan bola sepak mengikut FIFA.
Mewujudkan sifat kepimpinan di kalangan pelajar.
Berdisiplin dan mempunyai nilai-nilai murni sebagai ahli sukan yang boleh dibanggakan
oleh masyarakat dan negara.
Aktiviti

Latihan kesegaran dan kecergasan


Mempraktikkan kemahiran asas seperti menyepak, mengelecek, mendada dan melontar
bola.
Mempelajari sistem permainan.
Mempelbagai kaedah latihan.
Teori berkenaan peranan setiap pemain.
Perlawanan persahabatan dengan pasukan luar.
Ujian bertulis tentang undang-undang permainan, kemahiran bola sepak, sejarah bola
sepak dan lain-lain.
Pemilihan pelajar mewakili sekolah.
Latihan intensif.

You might also like