Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

MOHD ASRI BIN MD REJAB

781206-02-5225
SMK Datuk Onn,
Jalan Gangsa, Bagan Ajam,
13000 Butterworth, P. Pinang.
__________________________________________________________________________

Pengetua, 1 April 2019


SMA Daeratul Maarifil Wataniah 2,
Guar Perahu,
14400 Kubang Semang, P. Pinang.

Melalui dan salinan :

Pengetua,
SMK Datuk Onn,
Jalan Gangsa, Bagan Ajam,
13000 Butterworth, P. Pinang.

Tuan,

MEMOHON PENANGGUHAN TUGAS DI SMA DAERATUL MAARIFIL WATANIAH 2

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dengan segala hormatnya, merujuk kepada surat daripada KPM yang bertarikh 5 Mac
2019 dengan No. Rujukan KPM.BPSM.S.500-3/9/7 Jilid 13 (157), saya telah diarahkan untuk
lapor diri dan memulakan tugas di sekolah baharu pada 18 Mac 2019. Walaubagaimanapun,
surat arahan penempatan ini saya baru terima pada 28 Mac 2019 yang lalu.

3. Sehubungan dengan itu, saya memohon pertimbangan pihak tuan untuk memberi
penangguhan sementara dari 1 April 2019 hingga 5 April 2019 untuk saya selesaikan
beberapa tugasan supaya nanti tidak menimbulkan masalah kepada pihak lain.

4. Untuk makluman, saya akan mula bertugas di SMA DMW 2 pada 8 April 2019
(Isnin) setelah urusan di SMK Datuk Onn, Butterworth selesai.

Kerjasama pihak tuan amatlah dihargai.


Sekian, terima kasih.

Yang benar,

.………………………………….
(MOHD ASRI BIN MD REJAB)

You might also like