Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 25

Kesediaan Guru Melaksanakan

Rancangan Pendidikan Individu (RPI)


dalam Bahasa Melayu Bagi
Murid Berkeperluan Khas (MBK)

Nur Syakirah Binti Awanzy

1
ABSTRAK

Rancangan Pendidikan Individu (RPI) merupakan satu pendekatan ke arah pencapaian objektif
pengajaran dan pembelajaran (PdP) individu yang memberi impak positif. Kajian ini bertujuan
untuk meninjau kesediaan guru melaksanakan Rancangan Pendidikan Individu (RPI) dalam
Bahasa Melayu bagi murid berkeperluan khas. Kajian ini dijalankan di kawasan Kota Kinabalu
iaitu Sekolah Kebangsaan Inanam 2, Sekolah Kebangsaan Bukit Padang, Sekolah
Kebanggsaan Tamparuli dan Sekolah Kebangsaan Telipok. Kajian ini hanya memfokuskan
kepada guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu dan melaksanakan RPI bagi murid
berkeperluan khas. Kajian ini berbentuk kajian tinjauan. Instrumen yang digunakan untuk kajian
ini adalah soal selidik dan temu bual. Data akan dianalisis menggunakan program SPSS for
Windows (version 23.0).

2
Bab Perkara Halaman

HALAMAN JUDUL 1

ABSTRAK 2

KANDUNGAN 3

SENARAI RAJAH 4

SENARAI SINGKATAN 5

SENARAI LAMPIRAN 5

Bab Perkara Halaman

BAB 1 PENDAHULUAN 6

1.1 PENGENALAN 6

1.2 PERNYATAAN MASALAH 7

1.3 TUJUAN KAJIAN 8

1.3.1 OBJEKTIF KAJIAN

1.3.2 PERSOALAN KAJIAN

1.4 SKOP DAN BATASAN KAJIAN 9

1.4.1 LOKASI

1.4.2 RESPONDEN

1.5 KEPENTINGAN KAJIAN 9

1.6 DEFINISI OPERASIONAL 10

1.6.1 PELAKSANAAN

1.6.2 TAHAP PENGETAHUAN

1.6.3 RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU (RPI)

1.6.4 MURID BERKEPERLUAN KHAS 11

3
BAB 2 TINJAUAN LITERATUR 12

2.1 PENGENALAN KEPADA KONTEKS KAJIAN 12

2.2 TEORI / MODEL KAJIAN 12-13

2.3 DAPATAN KAJIAN LALU 14

2.4 KERANGKA KONSEPTUAL 15

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 16

3.1 PENGENALAN 16

3.2 REKA BENTUK KAJIAN 16

3.3 PERSAMPELAN 16

3.4 INSTRUMEN KAJIAN 17

3.4.1 KESAHAN

3.4.2 KEBOLEHPERCAYAAN

3.5 KAJIAN RINTIS 18

3.6 PROSEDUR PENGUMPULAN DATA 18

3.7 PROSEDUR PENGANALISISAN DATA 18

SENARAI RUJUKAN 19-20

LAMPIRAN 21-25

NO. RAJAH SENARAI RAJAH HALAMAN

1 KOMPONEN PROSES PENGAJARAN DAN 12

PEMBELAJARAN (PdP)

2 TEORI MODEL INPUT-OUTPUT PENGAJARAN BERKESAN 15

SLAVIN (1994)

4
SENARAI SINGKATAN
SINGKATAN PENERANGAN

PPKI PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

RPI RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

KPM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SK SEKOLAH KEBANGSAAN

PPD PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH

SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN PENERANGAN

A Carta Gantt Bagi Projek Penyelidikan


Tajuk: Kesediaan Guru Melaksanakan Rancangan Pendidikan
Individu (Rpi) Dalam Bahasa Melayu Bagi Murid
Berkeperluan Khas.

B Borang Soal Selidik Mengenai Tahap Pengetahuan dan Tahap


Kemahiran Guru Melaksanakan Rancangan Pendidikan Individu
(RPI) dalam Bahasa Melayu Bagi Murid Berkeperluan Khas (MBK)

5
Bab 1.0 Pendahuluan

1.1 Pengenalan
Bahasa Melayu adalah satu mata pelajaran yang perlu dipelajari oleh setiap individu tidak
terkecuali murid berkeperluan khas yang menuntut ilmu di sekolah yang terdapat di Malaysia
sama ada sekolah rendah atau sekolah menengah. Mata pelajaran Bahasa Melayu ini perlu
dipelajari kerana Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan di Malaysia dan hampir semua
masyarakat di Malaysia menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan. Walau
bagaimanapun, untuk murid berkeperluan khas, pembelajaran Bahasa Melayu untuk mereka
tidak sesukar pembelajaran Bahasa Melayu murid-murid yang berada di arus perdana. Murid
berkeperluan khas ini hanya mempelajari Bahasa Melayu untuk memudahkan mereka
berkomunikasi dengan orang lain serta murid dapat mempelajari serba sedikit asas
pembelajaran yang terdapat dalam sukatan mata pelajaran tersebut.

Di sekolah yang mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), guru yang
mengajar murid berkeperluan khas di PPKI akan menyediakan satu Rancangan Pendidikan
Individu (RPI) untuk setiap murid yang di ajar di setiap kelas. Rancangan Pendidikan Individu
(RPI) mempunyai banyak maksud yang tersendiri, boleh dipecahkan kepada satu-satu
perkataan serta memperoleh maksud dan apabila digabungkan akan menjadi satu maksud
yang terarah kepada RPI. Dalam Kamus Pelajar edisi Kedua rancangan bermaksud sesuatu
yang perlu dirancang terlebih dahulu, pendidikan pula bermaksud sesuatu perbuatan yang
mendidik manakala individu membawa maksud satu individu atau seorang diri. Oleh itu,
berdasarkan maksud yang diperoleh daripada Kamus Pelajar edisi Kedua dapat disimpulkan
bahawa Rancangan Pendidkan Individu (RPI) bermaksud sesuatu perancangan yang perlu
dirancang terlebih dahulu untuk seseorang individu iaitu murid berkeperluan khas. Di samping
itu, dalam portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyatakan bahawa
Rancangan Pendidikan Individu RPI) adalah satu dokumen bertulis yang dirancang khusus
untuk seseorang murid iaitu murid berkeperluan khas. Menurut KPM juga, Rancangan
Pendidikan Individu (RPI) ini berfungsi sebagai satu instrumen untuk menentukan kerjasama
dan kolaborasi di antara sekolah, guru, ibu bapa, murid berkeperluan khas, pegawai
pendidikan daerah, individu dari agensi serta khidmat sokongan lain.

6
1.2 Pernyataan Masalah
Guru yang bertanggungjawab untuk mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu untuk murid
berkeperluan khas seharusnya mencari jalan yang terbaik bagi memastikan murid ini
memahami apa yang telah dipelajari oleh guru. Pemilihan strategi pembelajaran dan
pemudah caraan (PdPc) berdasarkan tahap kemampuan murid haruslah difikirkan oleh
seorang guru bagi menarik minat murid berkeperluan khas ini mempelajari mata pelajaran
Bahasa Melayu. Dalam pembinaan Rancangan Pendidikan Individu (RPI), guru haruslah bijak
memilih strategi yang sesuai supaya pengajaran serta objektif yang telah dirancang dapat
dicapai dengan baik tanpa ada apa-apa halangan.

Kajian ini akan meninjau sejauh mana tahap pengetahuan dan tahap kemahiran guru
yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu dalam melaksanakan Rancangan Pendidikan
Individu (RPI) bagi murid berkeperluan khas. Tahap pengetahuan guru ini lebih berfokus
kepada guru haruslah mengetahui masalah kecacatan yang dialami oleh murid supaya dapat
merancang Rancangan Pendidikan Individu (RPI) mengikut tahap kemampuan dan kebolehan
seseorang murid. Selain itu, seorang guru pendidikan khas haruslah mempunyai
pengetahuan yang lebih terutama sekali berkaitan dengan cara pengajaran yang bersesuaian
dengan murid berkeperluan khas supaya murid ini mudah memahami apa yang mereka
pelajari.

Di samping itu, mata pelajaran Bahasa Melayu adalah satu mata pelajaran yang
memerlukan kreativiti seorang guru ketika menyediakan Rancangan Pendidikan Individu (RPI)
supaya murid tidak mudah bosan dengan pengajaran yang disampaikan oleh guru.
Seseorang guru haruslah mempunyai kemahiran dalam memilih strategi pengajaran yang
berkesan, kaedah pengajaran yang terbaik dan bahan bantu mengajar (BBM) yang sesuai
supaya pengajaran serta objektif yang dirancang dapat dicapai oleh murid.

Seterusnya, kajian ini juga meninjau permasalahan yang dihadapi oleh guru yang
mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu dalam melaksanakan Rancangan Pendidikan
Individu (RPI) bagi murid berkeperluan khas. Permasalahan yang dihadapi adalah seperti
pembinaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang bersesuaian untuk murid, huraian sukatan
pelajaran dan sebagainya. Permasalahan yang timbul ini akan memberi halangan kepada
murid untuk mencapai objektif pembelajaran yang telah dirancang dalam Rancangan
Pendidikan Individu (RPI).

7
1.3 Tujuan Kajian

1.3.1 Objektif Kajian


Kajian ini secara umumnya bertujuan untuk melihat tahap kesediaan guru melaksanakan
Rancangan Pendidikan Individu (RPI) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu bagi murid
berkeperluan khas. Namun secara khususnya, kajian ini akan meninjau beberapa objektif
iaitu:

i. Mengenal pasti tahap pengetahuan guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa
Melayu dalam melaksanakan Rancangan Pendidikan Individu bagi murid berkeperluan
khas.
ii. Mengenal pasti tahap kemahiran guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu
dalam melaksanakan Rancangan Pendidikan Individu bagi murid berkeperluan khas.
iii. Mengenal pasti permasalahan yang dihadapi oleh guru yang mengajar mata pelajaran
Bahasa Melayu dalam melaksanakan Rancangan Pendidikan Individu bagi murid
berkeperluan khas.

1.3.2 Persoalan Kajian


Terdapat beberapa persoalan kajian yang akan difokuskan untuk permasalahan yang
ingin dikaji iaitu kesediaan guru melaksanakan Rancangan Pendidikan Individu (RPI)
dalam mata pelajaran Bahasa Melayu bagi murid berkeperluan khas. Antara persoalan
kajian tersebut adalah:

i. Apakah tahap pengetahuan guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu dalam
melaksanakan Rancangan Pendidikan Individu (RPI) bagi murid berkeperluan khas?
ii. Apakah tahap kemahiran guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu dalam
melaksanakan Rancangan Pendidikan Individu (RPI) bagi murid berkeperluan khas?
iii. Apakah permasalahan yang dihadapi oleh guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa
Melayu terhadap pelaksanaan Rancangan Pendidikan Individu (RPI) bagi murid
berkeperluan khas ?

8
1.4 Skop dan Batasan Kajian
1.4.1 Lokasi
Pengkaji meletakkan batasan untuk melaksanakan kajian mengenai kesediaan guru
melaksanakan Rancangan Pendidikan Individu (RPI) dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu bagi murid berkeperluan khas di sekitar 4 buah sekolah di kawasan Kota
Kinabalu, Sabah. Antara empat buah sekolah yang dipilih oleh pengkaji adalah Sekolah
Kebangsaan (SK) Inanam 2, Sekolah Kebangsaan (SK) Tamparuli, Sekolah
Kebangsaan (SK) Telipok dan Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Padang.

1.4.2 Responden
Berdasarkan lokasi yang telah dipilih oleh pengkaji, responden yang akan terlibat dalam
kajian ini adalah guru-guru yang mengajar dan melaksanakan Rancangan Pendidikan
Individu (RPI) mata pelajaran Bahasa Melayu bagi murid berkeperluan khas di keempat-
empat buah sekolah yang dipilih.

1.5 Kepentingan Kajian


Kajian yang akan dijalankan ini sangat penting kepada semua pihak yang terlibat seperti guru
yang mengajar Bahasa Melayu bagi murid berkeperluan khas, ibu bapa, murid berkeperluan
khas dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memberikan maklumat yang tepat
kepada pihak-pihak yang terlibat dalam penambahbaikan sistem Rancangan Pendidikan
Individu (RPI) ini supaya objektif pembelajaran dapat dicapai seperti yang dirancang.

Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti kesediaan guru melaksanakan Rancangan
Pendidikan Individu (RPI) dari aspek tahap pengetahuan dan kemahiran seseorang guru.
Kajian ini nanti akan memberikan satu ilmu yang berguna kepada semua guru dengan menilai
kembali pelaksanaan Rancangan Pendidikan Individu (RPI) dengan menambahbaik akan
kesedaran dan peranan guru terhadap kepentingan pelaksanaan Rancangan Pendidikan
Individu (RPI) untuk murid berkeperluan khas.

Pengkaji berharap agar kajian ini dapat memberi maklumat yang jelas tentang tugas ibu
bapa bagi menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang sesuai kepada
anak-anak mereka dengan cara berkerjasama bersama guru dalam melaksanakan
Rancangan Pendidikan Individu (RPI) supaya objektif pembelajaran murid tercapai.

9
1.6 Definisi Operasional

1.6.1 Pelaksanaan
Definisi pelaksanaan dalam Kamus Pelajar edisi Kedua merupakan sesuatu perbuatan
atau perkara yang bertujuan untuk mengusahakan atau menjalankan sesuatu. Hal ini
membawa maksud segala sesuatu yang telah dirancang, apabila ia dijalankan kepada
seseorang individu atau masyarakat, perkara tersebut juga dikenali sebagai satu
pelaksanaan terhadap apa yang telah dirancang.

1.6.2 Tahap Pengetahuan


Seseorang individu yang ingin melaksanakan sesuatu perkara haruslah mempunyai
tahap pengetahuan berkaitan tentang perkara tersebut. Tahap pengetahuan ini boleh di
pisahkan menjadi dua maksdu dan boleh juga di definisikan menjadi satu maksud.
Menurut Kamus Dewan edisi Keempat, tahap membawa maksud peringkat atau tingkat
manakala pengetahuan pula membawa maksud satu ilmu atau apa sahaja yang
diketahui atau yang dipelajari tentang sesuatu ilmu. Apabila kedua-dua maksud ini
digabungkan, tahap pengetahuan merupakan satu peringkat iaitu di mana seseorang
individu mempunyai ilmu yang mereka ketahui atau telah pelajari.

1.6.3 Rancangan Pendidikan Individu


Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Rancangan Pendidikan Individu
(RPI) adalah satu dokumen bertulis yang dirancang khusus untuk seseorang murid
berkeperluan khas. Dokumen bertulis ini dibentuk adalah bertujuan untuk
mendokumentasikan segala pengubahsuaian dan penerapan ke atas program
pembelajaran yang disediakan. Rancangan Pendidikan Individu (RPI) ini berfungsi
sebagai satu instrumen untuk menentukan kerjasama di antara sekolah, ibu bapa,
murid, Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) serta kumpulan pelbagai sokongan yang lain.
Menurut Jamila K.A Muhammad (2008), Rancangan Pendidikan Individu (RPI) dibentuk
oleh satu organisasi yang melibatkan phak sekolah, ibu bapa, guru dan murid itu sendiri
sekiranya diperlukan. Rancangan Pendidikan Individu (RPI) adalah satu program yang
dibuat melalui beberapa mesyuarat dan hasil daripada meyuarat tersebut dinyatakan
secara bertulis dalam bentuk rancangan pendidikan untuk setiap murid berkeperluan
khas.

10
1.6.4 Murid Berkeperluan Khas
Dalam buku ‘Program pengurusan tingkah laku kanak-kanak berkeperluan khas’, murid
Berkeperluan khas adalah murid yang diperakukan oleh pakar perubatan, pakar optik,
pakar audiologi atau pakar psikologi sebagai murid yang mempunyai ketidakupayaan
dari segi penglihatan, pendengaran, pertuturan, fizikal, masalah pembelajaran atau apa
sahaja ketidakupayaan yang dialami oleh murid (Jabatan Peguam Negara, 2013).
Manakala menurut Noriati A.Rashid, Boon Pong Ying dan Sharifah Fakhriah, murid
berkeperluan khas adalah murid-murid yang menghadapi masalah tingkah laku, emosi
dan perkembangan sosial yang memerlukan modifikasi kaedah serta teknik dalam
pengajaran dan pembelajaran (PdP).

11
Bab 2.0: Tinjauan Literatur

2.1 Pengenalan Kepada Konteks Kajian


Dalam bab dua ini iaitu bab tinjauan literatur, pengkaji akan meninjau teori atau model
yang mempunyai kaitan atau yang digunakan dalam kajian ini. Kajian ini juga akan melihat
kajian-kajian lalu untuk memerhati serta mempelajari apa yang perlu ada dalam satu
kajian dan apa yang perlu dibincangkan dalam kajian ini.

2.2 Teori / Model Kajian


Kajian berkaitan kesediaan guru melaksanakan Rancangan Pendidikan Individu (RPI)
dalam mata pelajaran Bahasa Melayu bagi murid berkeperluan khas boleh dikaitkan
dengan model pengajaran Glaser. Melalui penulisan daripada Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia, model pengajaran Glaser dikemukakan oleh Robert Glaser pada tahun 1962.
Model ini adalah satu model asas yang dapat menggambarkan proses pengajaran dan
pembelajaran (PdP). Model Glaser telah membahagikan proses pengajaran dan
pembelajaran (PdP) kepada empat komponen iaitu:

Tingkah
Objektif Prosedur Penilaian
laku sedia
pengajaran pengajaran prestasi
ada

Rajah 1: Komponen proses pengajaran dan pembelajaran (PdP)

Keempat-empat komponen yang telah dibahagikan dalam Model Claser mempunyai


penerangan terhadap ciri-ciri pengajaran yang perlu diketahui oleh seorang guru.
Kompenen yang pertama adalah komponen objektif pengajaran. Dalam objektif
pengajaran ini, domain utama yang ingin dikembangkan dalam diri setiap murid adalah
seperti domain kognitif, domain afektif dan domain psikomotor. Objektif pengajaran yang
dirancang haruslah mengambil kira kebolehan murid, tempoh masa dan persekitaran yang
memudahkan tercapainya objektif pengajaran. Objektif pengajaran yang baik akan
menghasilkan pencapaian yang akan memberi perubahan kepada tingkah laku,
perolehan, penguasaan ilmu pengetahuan dan kemahiran.

12
Komponen yang kedua adalah komponen pengetahuan sedia ada. Model Glaser
menyatakan bahawa pengetahuan sedia ada merupakan ilmu yang diketahui atau telah
diperoleh oleh murid sebelum pengajaran. Pengetahuan sedia ada yang dimaksudkan
dalam Model Glaser ini adalah merujuk kepada kebolehan intelek, aras motivasi murid
dan budaya belajar murid termasuklah murid berkeperluan khas. Seseorang guru haruslah
mengetahui apa sahaja pengetahuan sedia ada murid sebelum memulakan sesuatu
pengajaran supaya guru rancangan pengajaran yang mudah difahami oleh murid.

Komponen yang ketiga adalah komponen kaedah mengajar. Seseorang guru haruslah
memikirkan kaedah mengajar yang lebih menarik dan berkesan supaya objektif
pembelajaran yang diingini dapat dicapai oleh murid dengan baik. Kaedah mengajar yang
dirancang juga akan membawa kepada prestasi dan keberhasilan murid yang dihajati.
Guru seharusnya menggunakan kaedah mengajar yang berbeza-beza mengikut objektif
yang telah dirancang serta ditentukan di dalam Rancangan Pendidikan Individu (RPI).

Komponen yang keempat adalah komponen penilaian. Setelah memikirkan kaedah


mengajar yang sesuai untuk murid terutama sekali untuk murid berkeperluan khas, guru
perlu menyediakan satu penilaian bagi menilai sejauh mana murid memahami apa yang
mereka pelajari. Penilaian yang dibuat oleh guru ini juga boleh menentukan sama ada
objektif pengajaran dan pembelajaran (PdP) dapat dicapai atau tidak. Penilaian ini boleh
terdiri daripada ujian atau pemerhatian yang akan dibuat kepada murid.

Secara kesimpulannya, model Glaser ini dapat membantu guru dalam meningkatkan
keberkesanan pengajaran di dalam bilik darjah. Keempat-empat komponen dalam model
ini sangat penting kepada guru terutama sekali dalam penghasilan serta pelaksanaan
Rancangan Pendidikan Individu (RPI) untuk murid berkeperluan khas. Dalam komponen
model Glaser, penilaian yang dibuat akan memberi maklum balas yang boleh digunakan
di dalam perancangan seterusnya. Guru juga perlu mencari serta memikirkan strategi
pengajaran yang berkesan bagi mengatasi kelemahan dan kekurangan yang ada.

13
2.3 Dapatan Kajian Lalu
Pengkaji Suhaimie Bin Moridan daripada Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia
(UTM) telah mengkaji satu kajian mengenai kesediaan guru melaksanakan Rancangan
Pendidikan Individu (RPI) dalam Pendidikan Islam bagi pelajar Pendidikan Khas.
Rancangan Pendidikan Individu (RPI) merupakan satu pendekatan ke arah pencapaian
objektif pengajaran dan pembelajaran individu yang berkesan. RPI ini menitik beratkan
aspek pencapaian individu pelajar yang berbeza tahap pencapaian dan kebolehan. Kajian
ini bertujuan untuk meninjau kesediaan guru melaksanakan Rancangan Pendidikan
Individu (RPI) Pendidikan Islam bagi pelajar pendidikan khas di dua daerah iaitu Muar dan
Batu Pahat. Kajian ini menggunakan kaedah gabungan yang melibatkan 99 orang guru
yang mengajar Pendidikan Islam bagi pelajar pendidikan khas. Instrumen yang digunakan
ialah soal selidik dan temu bual. Data dianalisis menggunakan program SPSS for
Windows (version 19.0), yang melibatkan statistic deskriptif seperti peratusan, frekuensi
dan min.

Hasil kajian mendapati sikap guru-guru Pendidikan Islam dalam melaksanakan RPI
bagi pelajar pendidikan khas adalah positif. Manakala tahap pengetahuan, tahap
kemahiran guru-guru juga adalah tinggi. Strategi pengajaran guru pula menunjukkan
kekerapan yang sering digunakan guru iaitu strategi pemusatan guru. Kedua, strategi
pemusatan murid dan yang ketiga adalah strategi pemusatan bahan. Kajian juga
mendapati tiada perbezaan yang signifikan bagi sikap, tahap kemahiran dan strategi
pengajaran guru dalam melaksanakan Rancangan Pendidikan Individu mata pelajaran
pendidikan Islam bagi pelajar penddikan khas berdasarkan kategori pentauliahan guru.
Akan tetapi bagi tahap pengetahuan guru pula terdapat perbezaan yang signifikan. Selain
itu, kajian mendapati hampir semua respoden menyatakan bahawa mereka memerlukan
kursus dan latihan khas bagi memantapkan pelaksanaan Rancangan Pendidikan Individu
dalam mata pelajaran pendidikan Islam.

14
2.4 Kerangka Konseptual
Kerangka konseptual yang digunakan dalam kajian ini adalah berdasarkan kerangka teori
model input-output pengajaran berkesan Slavin (1994) yang menyatakan bahawa
pengajaran guru yang berkesan dipengaruhi oleh empat faktor. Antaranya ialah kualiti
pengajaran, kesesuaian aras pengajaran, insentif dan masa yang menjadi pemboleh ubah
tidak bersandar. Insentif adalah keupayaan guru memberi motivasi kepada murid untuk
terus belajar dan menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru. Manakala untuk output
pula, peningkatan dalam pencapaian akademik murid lebih kepada pemboleh bersandar.

Input Proses Output

Guru yang
- Tahap Melaksanakan
mengajar mata
pengetahuan Rancangan
pelajaran Bahasa
- Tahap kemahiran Pendidikan Individu
Melayu bagi murid
- permasalahan (RPI)
berkeperluan khas.

Rajah 2: Teori model input-output pengajaran berkesan Slavin (1994)

Berdasarkan kajian yang akan dijalankan oleh pengkaji, pembolehubah tidak bersandar
adalah tahap pengetahuan, tahap kemahiran dan pemasalahan yang dihadapi oleh guru
yang melaksanakan Rancangan Pendidikan Individu (RPI) dalam Bahasa Melayu bagi
murid berkeperluan khas. Manakala pembolehubah bersandar dalam kajian ini adalah
guru melaksanakan Rancangan Pendidikan Individu (RPI).

15
Bab 3.0: Metodologi Kajian

3.1 Pengenalan
Bab 3 ini akan menerangkan tentang metodologi kajian yang merangkumi prosedur yang
diperlukan untuk mencapai objektif yang telah dirancang. Metodologi dalam satu kajian
adalah satu bentuk kawalan untuk memperolehi data dan maklumat yang diperlukan agar
objektif yang telah ditetapkan dapat dijawab dengan baik. Secara khususnya, bab ini
menerangkan tentang metodologi kajian yang merangkumi reka bentuk kajian,
persampelan kajian, instrumen kajian, kajian rintis, prosedur pengumpulan data serta
prosedur penganalisisan data.

3.2 Reka Bentuk Kajian


Kajian berkaitan kesediaan guru melaksanakan Rancangan Pendidikan Individu (RPI)
dalam mata pelajaran Bahasa Melayu bagi murid berkeperluan khas ini menggunakan
data-data kuantitatif dan kualitatif yang akan dikutip melalui soal selidik dan temu bual
terhadap responden yang telah dipilih. Kajian ini juga menggunakan reka bentuk kajian
penyelidikan deskriptif melalui instrumen soal selidik berkaitan tentang tahap pengetahuan
serta tahap kemahiran guru melaksanakan Rancangan Pendidikan Individu (RPI) dalam
mata pelajaran Bahasa Melayu bagi murid berkeperluan khas.

3.3 Persampelan
Pengkaji akan menggunakan persampelan bertujuan. Menurut (Chua, 2006) Persampelan
bertujuan ini adalah merujuk kepada prosedur persampelan di mana sekumpulan subjek
yang mempunyai ciri-ciri tertentu yang akan diplih sebagai responden kajian. Sampel yang
dipilih adalah guru pendidikan khas yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu dan
guru tersebut melaksanakan Rancangan Pendidikan Individu (RPI) di 4 buah sekolah
yang telah dipilih di sekitar kawasan Kota Kinabalu, Sabah.

16
3.4 Instrumen Kajian
Kajian mengenai kesediaan guru melaksanakan Rancangan Pendidikan Individu (RPI)
dalam mata pelajaran Bahasa Melayu bagi murid berkeperluan khas ini menggunakan
instrumen soal selidik dan temu bual. Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini adalah
soal selidik yang berskala likert-5. Dalam soal selidik ini terdapat dua perkara yang akan
difokuskan bagi mendapatkan hasil keputusan daripada responden yang telah dipilih.

Antara dua perkara tersebut adalah tahap pengetahuan dan tahap kemahiran guru
yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu dalam melaksanakan Rancangan
Pendidikan Individu (RPI) bagi murid berkeperluan khas. Di samping itu, temu bual yang
akan dijalankan adalah berkaitan tentang permasalahan yang dihadapi oleh guru yang
mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu terhadap pelaksanaan Rancangan Pendidikan
Individu (RPI) bagi murid berkeperluan khas.

3.4.1 Kesahan
Menurut Miller, Linn dan Gronlund (2009), kesahan adalah kesesuaian,
ketepatan intrepretasi dan kegunaan keputusan sesuatu pentaksiran untuk
sekumpulan individu. Berdasarkan buku pentaksiran dalam pendidikan, kesahan
dibahagikan kepada empat jenis kesahan iaitu kesahan kandungan, kesahan
konstruk, ramalan dan kriteria. Kesahan yang akan digunakan untuk instrument
dalam kajian ini iaitu soal selidik dan temu bual adalah kesahan konstruk.
Menurut Gronlund dan Linn (1990), konstruk merupakan satu kualiti psikologikal
yang menerangkan beberapa aspek tingkah laku. Oleh itu, kesahan konstruk
adalah suatu ujian yang boleh menguji kesemua atribut yang ingin diuji. Melalui
instrument kajian yang telah dibina, kesahan akan dibuat oleh individu yang
berpengalaman dan berpengetahuan seperti pensyarah.

3.4.2 Kebolehpercayaan
Berdasarkan buku pentaksiran dalam pendidikan, kebolehpercayaan di
definisikan sebagai satu ketekalan untuk sesuatu pengukuran.
Kebolehpercayaan satu ujian merupakan satu ketekalan hasil dapatan data
responden melalui instrument yang sama tetapi ditadbirkan pada masa yang
berlainan. Kebolehpercayaan intstrumen yang digunakan dalam kajian ini boleh
diuji melalui pelaksanaan kajian rintis.

17
3.5 Kajian Rintis
Kajian rintis adalah kajian yang dijalankan secara kecil-kecilan sebelum melaksanakan
satu kajian besar dan sebenar. Pengkaji akan menjalankan kajian rintis ini adalah untuk
mendapatkan maklumat mengenai kesahan dan kebolehpercayaan instrumen yang akan
dihasilkan. Kajian rintis ini dijalankan adalah untuk menguji item-item dalam sola selidik.
Hal ini adalah untuk memastikan soal selidik yang dihasilkan tidak mempunyai kekeliruan,
kesalah fahaman dan sukar untuk dijawab. Sampel yang terlibat dalam kajian ini adalah
guru pendidikan khas yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu dan melaksanakan
Rancangan Pendidikan Individu (RPI) untuk murid berkeperluan khas.

3.6 Prosedur Pengumpulan Data


Prosedur pengumpulan data dijalankan selepas pelaksanaan kajian rintis. Prosedur yang
dijalankan oleh pengkaji untuk mengumpul data adalah yang pertama adalah pembinaan
soal selidik dan temu bual. Pembinaan soal selidik dan temu bual ini akan menjawab
kepada persoalan kajian dalam kajian ini. Soal selidik akan cuba menjawab tahap
pengetahuan dan tahap kemahiran guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu
dalam melaksanakan Rancangan Pendidikan Individu (RPI) bagi murid berkeperluan
khas. Prosedur yang kedua adalah mengedarkan borang soal selidik dan menjalankan
temu bual kepada responden yang telah dipilih dalam empat buah sekolah iaitu SK
Inanam, SK Bukit Padang, SK Telipok dan SK Tamparuli. Prosedur yang terakhir adalah
proses mengumpul data. Soal selidik yang di edarkan akan dikumpul oleh pengkaji dan
dapatan temu bual yang dijalankan akan dinilai oleh pengkaji sendiri.

3.7 Prosedur Penganalisisan Data


Dalam buku Proceedings International Seminar on Islamic Jurisprudence in Contemporary
Society (ISLAC 2017), prosedur penganalisisan data merupakan satu proses yang
menganalisis, merumuskan, menghuraikan dan memberi penjelasan data kandungan
terhadap satu kajian. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh pengkaji, proses
penganalisisan data dimulakan dengan mengutip data yang telah di edarkan kepada
responden yang telah dipilih. Kemudian, data soal selidik yang telah dikumpul akan
dianalisis menggunakan aplikasi SPSS (Statistical Package for the Social Sciences) 23.0.
Manakala data temu bual yang dikumpul akan dianalisis menggunakan data kualitatif.

18
Rujukan

Aziah Tajudin, M. F. (2016). Kamus Pelajar Bahasa Melayu Dewan Edisi Kedua. Dewan
Bahasa dan Pustaka, Malaysia.

Boon Pong Ying, L. L. (2017). Pentaksiran dalam Pendidikan. Selangor Darul Ehsan: Oxford
Fajar Sdn. Bhd.

Hamdan, H. (1995). Laporan Teknik: Penulisan dan Penyampaian. Johor Bahru: Univerisiti
Teknologi Malaysia.

Lee Lay Wah, S. B. (n.d.). Program Pengurusan Tingkah Laku Kanak-Kanak Berkeperluan
Khas. Universiti Sains Malaysia: Pulau Pinang.

Malaysia, K. P. (2019). Definisi dan Konsep. Retrieved Mac 31, 2019, from Portal Rasmi :
Kementerian Pendidikan Malaysia: https://www.moe.gov.my/index.php/pendidikan-
khas/rancangan-pendidikan-individu/4241-definisi-dan-konsep

Malaysia, T. H. (2019). Course Hero . Retrieved April 1, 2019, from Model Pengajaran Glaser:
https://www.coursehero.com/file/p73t3ei/MODEL-PENGAJARAN-GLASER-Model-ini-
dikemukakan-oleh-Robert-Glaser-1962-Model-ini/

Mohd Hanafi Mohd Yasin, M. M. (2016). Prosiding Seminar Antarabangsa Pendidikan Khas
Rantau Asia Tenggara Siri Ke-6, 2016. Selangor Darul Ehsan: Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Moridan, S. B. (November 2013). Kesediaan Guru Melaksanakan Rancangan Pendidikan


Individu dalam Pendidikan Islam Bagi Pelajar Pendidikan Khas. 1-27.

Muhammad, J. K. (2008). Special Education for Special Children. Bandung: Mizan Media
Utama (MMU).

Noriati A.Rashid, B. P. (2017). Murid dan Pembelajaran. Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar
Sdn.Bhd.

Piaw, C. Y. (2006). Kaedah penyelidikan (Book 1). Kuala Lumpur: Mc Graw Hill.

Pustaka, D. B. (2014). Kamus Dewan edisi keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka.

19
Siti Fatimah Binti Saleh, M. S. (2017). Proceedings International Seminar on Islamic
Jurispridence in Contemporary Society 2017. Terengganu: Universiti Sultan Zainal
Abidin.

Sitti Hasnah Binti Bandu, Z. M. (n.d.). Cabaran Penyediaan Rancangan Pendidikan Individu
(RPI) Di Sekolah Pendidikan Khas Integrasi. Universiti Kebangsaan Malaysia, Seminar
Internasional Pelajar Pascasiswasah Pendidikan khas, 1-14.

Yasin, S. N. (2016). Pengetahuan, Kemahiran dan Cabaran Guru-Guru Pendidikan Khas


terhadap Penggunaan Rancangan Pendidikan Individu bagi Murid-Murid Pendidikan
Khas Bermasalah Pembelajaran. Seminar Antarabangsa Pendidikan Khas Rantau Asia
Tenggara Siri Ke-6, 2016 (pp. 898-903). Selangor Darul Ehsan: Universiti Kebangsaan
Malaysia.

20
Lampiran
Lampiran A:
CARTA GANTT BAGI PROJEK PENYELIDIKAN
TAJUK: KESEDIAAN GURU MELAKSANAKAN RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU (RPI)
DALAM BAHASA MELAYU BAGI MURID BERKEPERLUAN KHAS.

TUGASAN BULAN
Aktiviti Penyelidikan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogos Sept Okt Nov Dis
Penyediaan kertas
cadangan penyelidikan
Kajian literature

Pemilihan reka bentuk


kajian
Pemilihan instrumen
kajian
Pembinaan instrumen
kajian
Pemilihan prosedur
kajian
Pembentangan kertas
cadangan penyelidikan
Pengedaran instrumen
kajian
Proses pengumpulan
data
Proses penganalisisan
data

21
Lampiran C: Instrumen Kajian

Borang Soal Selidik Mengenai Tahap Pengetahuan dan


Tahap Kemahiran Guru Melaksanakan Rancangan
Pendidikan Individu (RPI) dalam Bahasa Melayu Bagi Murid
Berkeperluan Khas (MBK)

22
A. MAKLUMAT DEMOGRAFI

Bahagian ini adalah untuk mendapatkan maklumat berkaitan demografi responden.

Arahan: Sila tandakan ( ⁄ ) di dalam kotak yang berkenaan.

1. Jantina.
( ) Lelaki ( ) Perempuan

2. Tempat mengajar.
( ) Sekolah Kebangsaan Inanam 2
( ) Sekolah Kebangsaan Bukit Padang
( ) Sekolah Kebangsaan Tamparuli
( ) Sekolah Kebangsaan Telipok

3. Mata pelajaran yang di ajar.


( ) Bahasa Melayu
( ) Bahasa Inggeris
( ) Sains
( ) Matematik

4. Melaksanakan Rancangan Pendidikan Individu (RPI) di sekolah.


( ) Ya ( ) Tidak

23
B. TAHAP PENGETAHUAN GURU MELAKSANAKAN RANCANGAN PENDIDIKAN
INDIVIDU (RPI) DALAM BAHASA MELAYU BAGI MURID BERKEPERLUAN KHAS.

Bahagian ini bertujuan untuk melihat tahap pengetahuan responden melaksanakan RPI
dalam Bahasa Melayu bagi murid berkeperluan khas.

Arahan: Sila tandakan ( ⁄ ) di dalam kotak yang berkenaan.

1 Sangat tidak setuju


2 Tidak setuju
3 Kurang setuju
4 Setuju
5 Sangat setuju

Bil Senarai tahap pengetahuan 1 2 3 4 5

1 Objektif pembelajaran jangka pendek dapat dicapai.

2 Objektif pembelajaran jangka panjang dapat dicapai.

3 Mengetahui ciri-ciri murid berkeperluan khas.

Mengetahui format Rancangan Pendidikan Individu


4
dengan baik.

5 Dapat mengenal pasti pengetahuan sedia ada murid.

24
C. TAHAP KEMAHIRAN GURU MELAKSANAKAN RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU
(RPI) DALAM BAHASA MELAYU BAGI MURID BERKEPERLUAN KHAS.

Bahagian ini bertujuan untuk melihat tahap kemahiran responden melaksanakan RPI dalam
Bahasa Melayu bagi murid berkeperluan khas.

Arahan: Sila tandakan ( ⁄ ) di dalam kotak yang berkenaan.

1 Sangat tidak setuju


2 Tidak setuju
3 Kurang setuju
4 Setuju
5 Sangat setuju

Bil Senarai tahap kemahiran 1 2 3 4 5

Strategi pengajaran yang dipilih dapat membantu murid


1
memahami isi pengajaran yang diajar.

Kaedah pengajaran yang dipilih dapat menarik minat


2
murid untuk belajar.

Pendekatan pengajaran yang dipilih dapat memberi


3
impak yang baik kepada murid.

Teknik pengajaran yang disediakan berkesan untuk


4
pembelajaran murid.

25

You might also like